Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Siti Nurhaliza & Suami Bakal Tunai Umrah Hujung Ramadan

Posted: 04 Aug 2012 03:00 PM PDT

Siti Nurhaliza & Suami Bakal Tunai Umrah Hujung Ramadan. Seperti tahun-tahun sudah, bersempena dengan bulan ramadan, Dato' SIti Nurhaliza bakal mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah bersama suami tercinta.

"InsyaAllah jika tiada sebarang halangan Siti dan suami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada penghujung ramadan ini. Alhamdullilah tahun ini ada lagi rezeki Siti dan suami pergi ke sana untuk beribadat. Kami akan pulang sehari sebelum hari raya dan akan beraya di Kuala Lumpur pada hari raya pertama. Selepas itu baru kami putuskan untuk pulang beraya di Kuala Lipis atau kampung suami di Kedah."

Datuk Siti Nurhaliza ditemui di majlis pelancaran produk terbaru Simplysiti, Bejeweled yang berlangsung di Berjaya Times Square, baru-baru ini. Dia yang juga pengasas Simplysiti kini sedang sibuk mempromosikan rangkaian terbaru produk kosmetiknya Bejeweled yang telah pun berada di pasaran.

Dalam perkembangan lain, dia juga turut mengadakan lawatan ke kaunter-kaunter Simplysiti di seluruh Malaysia bermula pada 1 Ogos ini.

Koleksi gambar Dato' Siti Nurhaliza semasa melancarkan produk terbaru SimplySiti – Bejeweled.

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Tags: , , , , , ,

Tags: , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Lagu Muara Duet Hafiz & Siti Nurhaliza Lagu Tema Adam Hawa

Posted: 04 Aug 2012 06:34 AM PDT

Lagu Muara Duet Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza dipilih menjadi lagu tema sebuah drama terbaru Astro iaitu Drama Adam & Hawa. Untuk info pembaca budiey.com, drama Adam & Hawa akan disiarkan mulai 27 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, 9 & 9.30 malam (dua episod berturut-turut) di Astro Mustika HD.

Kolaborasi Dato' Siti Nurhaliza bersama penyanyi lain seringkali tidak menghampakan. Terbaru, penyanyi tersohor negara ini telah bekerjasama dengan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip untuk sebuah lagu duet bersama berjudul Muara.

Pada 1 Ogos 2012 lalu, Budiey telah merakam video Hafiz menyanyikan lagu tema Adam & Hawa ini tanpa kehadiran Dato' Siti Nurhaliza.

Lagu yang diberi judul Muara tersebut merupakan ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense untuk drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.

"Siti baru sahaja selesai merakamkan lagu tersebut dan begitu juga Hafiz. Tetapi masih ada beberapa bahagian yang perlu di touch up dan kami akan masuk semula ke studio untuk mengemaskan lagi lagu ciptaan Adi Sixth Sense tersebut. Lagu ini dicipta sebagai lagu tema bagi drama Adam & Hawa dan memang dicipta untuk berduet dengan Hafiz. Lagu ini tidak terlalu slow dan boleh dikatakan agak catchy juga dan Siti menyukai hasil karya daripada Adi Sixth Sense," ujarnya yang akan merakamkan album terbaru tidak lama lagi.

Sinopsis Drama Adam & Hawa:

Perkahwinan paksa akibat fitnah memaksa Ain Hawani melarikan diri. Setelah bertahun lamanya, dia ditemukan semula dengan Adam, lelaki yang pernah memusnahkan hidupnya. Namun mampukah mereka menelan ego dan mengakui perasaan kasih yang sediakala tercipta?

Saksikan Adam dan Hawa, eksklusif di Mustika HD, saluran rancangan hiburan Melayu berdefinisi tinggi pertama di Malaysia.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Keluar Kereta Baru, Ika Nabila Tiada Persediaan Sambut Aidilfitri

Posted: 02 Aug 2012 11:11 PM PDT

Pelakon cantik Ika Nabila merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Gadis manis yang pernah dilanda kontroversi apabila didakwa bercinta dengan kaum sejenis ini, kini lebih senang bergerak sendiri ke majlis-majlis anjuran media tanpa ditemani pembantu peribadinya (PA).

"Majlis ini Ika datang sorang je, PA Ika tak datang sebab Ika dari rumah tadi. Jadi kalau tak ada perkara yang melibatkan kerja, Ika akan datang sorang je la," ujar Ika apabila diajukan soalan kemana perginya PA beliau.

Ketika sesi temubual antara pihak OHBULAN! dengan Ika Nabila di Majlis Buka Puasa anjuran Astro di Hotel Royal Bintang, Damansara, Selangor, rabu lalu Ika memaklumkan bahawa untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, beliau tidak banyak membuat persediaan kerana beliau baru sahaja mengeluarkan kereta baru.

"Tahun ini perancangan untuk Raya tak banyak sangat sebab Ika baru keluarkan kereta baru." Apabila ditanya apakah jenis kereta barunya itu Ika menjawab, "Alah kereta biasa jer, kereta Vios," ujarnya sambil tergelak.

Menurut Ika, pada tahun ini beliau akan menyambut Raya di rumah keluarganya di Pulau Pinang, dan setelah itu beliau akan pulang ke kampung di Perak.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Ika baru sahaja selesai pengambaran filem Tanda Putera dan sekarang ini beliau tengah sibuk untuk pengambaran drama TV3 untuk slot Azalia, Darjat.

Kehangatan Pada Musim Panas!

Posted: 02 Aug 2012 10:59 PM PDT

Fesyen musim panas 2012 semakin berkembang pantas seiring dengan arus permodenan dalam penggayaan. Bagi si cantik yang gemar dalam penggayaan, terdapat beberapa produk yang memberi kepuasan maksimum untuk digayakan pada musim panas ini.

Explore In Canvas

Tampil menawan, ranggi dan bergaya daripada koleksi Trusting's menjanjikan kepuasan kepada setiap pencinta beg.

Beg yang dihasilkan ini menjelaskan cita rasa moden, sofistikated dan penuh elegan disamping meningkatkan keyakinan diri untuk kelihatan mempersona.

Warna coklat gelap, pastel lembut, dan hijau zaitun merupakan warna pilihan daripada koleksi Trusting's dalam menghasilkan rekaan yang sempurna disamping mengekalkan kemodenan dalam rekaan.

Langkah dengan penuh kemewahan hasil daripada kombinasi kanvas dan kulit dalam setiap rekaan menyerlahkan lagi personaliti si pemakai.

Beg serbaguna yang dihasilkan daripada England ini sangat sesuai digunakan bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak.

Koleksi musim panas menampilkan ideologi dan keunikan rekaan tersendiri dengan  3 corak yang klasik antaranya Tan, Olive, Dan Brown.

Black Folk Clutch

Melangkah penuh mempersona dan berkeyakinan dengan beg gengam hitam mati garapan Alexander McQueen iaitu Black Folk Clutch terdiri daripada lapisan kanvas kapas dengan ruang zip berasingan besar bagi menyerlahkan lagi nilai eksklusif si pemakai.

Beg yang berwarna gelap ini sesuai dikombinasikan dengan busana dan aksesori yang menarik tambahan pula ianya dapat menyempurnakan penampilan saat ke pesta.

Beg tersebut menjadi investasi mewah dan juga merupakan pelaburan mewah yang membolehkan si pemakai tampak lebih elegan apabila menghadiri majlis-majlis glamor.

Alexander McQueen mengetengahkan produk yang unik kerana setiap rekaannya mempunyai hasil seni yang tersendiri dalam memfokuskan nilai yang eksklusif.

Harga produk yang dijual amatlah berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap wanita, jadi mengenai isu harga tiada apa yang perlu dirisaukan.

Maison Scotch

'Stripe black and white' atau bercorak belang adalah kombinasi rona warna yang menarik untuk menyerlahkan personaliti si jelita.

Dengan potongan mengikut bentuk badan hasil daripada gabungan elemen 'rogue' dan tambahan 'je ne sais quoi' tertentu ilham daripada Maison Scotch berasaskan label  Scotch & Soda ini pasti tidak akan menghampakan si pemakai yang inginkan kelainan dalam penggayaan.

Bagi mereka yang bertubuh gempal, singkirkan rasa negatif dan bangkitkan aura positif dalam menggayakan Maison Scotch.

Jelas kelihatan corak berjalur dan berbelang ini sebenarnya amat menarik dan ranggi jika bijak digayakan dengan aksesori serta bahan tambahan sampingan seperti beg, kasut dan sebagainya.

Kualiti fabriknya juga memberikan keselesaan kepada si cantik dalam mengayakan setiap perincian fabrik tersebut untuk membolehkan anda kelihatan mewah bergaya walaupun 'simple'.

Lincah dalam melangkah dengan memberi aura santai menjadi pilihan remaja lebih-lebih lagi wanita yang berkejaya. Si cantik pasti kelihatan sempurna terhadap setiap pakaian yang diperagakan.

Havaiana Pedicure Brilliant Brazilian Flip Flop

Menggabungkan ciri keselesaan dan gaya yang feminin, itulah gambaran koleksi yang dihasilkan daripada rangkaian jenama Brilliant Brazilian flip flop Havaianas iaitu Havaianas Beauty Bar.

Koleksi yang diberi nama Havaianas ini bukan sahaja mementingkan keselamatan si pemakai, malahan gaya yang dikeluarkan juga sesuai untuk lapisan umur.

Terdapat pelbagai warna yang dihasilkan antaranya hijau muda, biru, merah dan sebagainya. Merah tetap dihati. Itulah warna yang menjadi pilihan utama wanita untuk tampil lebih berani sebagai pembakar semangat.

Bentuk produk yang mesra pengguna ini terdiri daripada warna yang terang bakal menyerlahkan lagi personaliti si pemakai untuk tampak seksi.

Pasti anda mendapat jelingan mata daripada wanita sekeliling.

Rio Flat Laidback London

Bingkisan istimewa daripada produk Laidback London iaitu Rio flat yang mampu menawarkan kepuasan maksimum kepada si pemakai yang ingin tampil bersahaja.

Rangkaian produk ini menitikberatkan kesempurnaan dan elegan dengan rekaan moden untuk memberikan gaya pemakaian sepatu hebat musim ini.

Hasil buatan tangan yang bermanik-manik, teliti dan kemas dengan  menggunakan teknik-teknik tradisional daripada Kenya, Afrika ini membantu si jelita untuk melangkah dengan penuh keyakinan.

Sandal Rio flat yang 'chic' berona coklat keemasan ini juga sesuai dipadankan dengan warna-warna bumi seperti coklat tanah, hijau dan warna gelap yang lain.

Permukaannya yang nipis serta ringan memudahkan gerakan si jelita untuk menghadiri ke pesta-pesta dan memjamin ciri-ciri keselematan selain untuk kegunaan harian pada musim panas ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


(Gambar) Wajah Anak Kedua Dynas, Mohamed Haqaish

Posted: 03 Aug 2012 03:06 AM PDT


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D

Rumah Aznil Dipecah Masuk, Kerugian RM40 Ribu

Posted: 03 Aug 2012 02:23 AM PDT

RUMAH AZNIL NAWAWI DIMASUKI PEROMPAK

Lepas satu, satu rumah selebriti dimasuki perompak dan ianya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Terbaru, rumah pengacara terkenal, Aznil Nawawi pula menjadi sasaran perompak apabila rumahnya dipecah masuk pada malam Rabu lalu.

Seperti dilaporkan Kosmo, kediaman Aznil di Taman Yarl itu dimasuki perompak kira-kira jam 10 malam. Ketika kejadian, hanya ibunya serta dua orang pembantu rumah berada di rumah berkenaan.

Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah Aznil dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap. Dalam rompakan tersebut, Aznil kerugian dalam lingkungan RM40,000 apabila penjenayah melarikan barang kemas, komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Berita baiknya, ibu Aznil serta dua orang pembantu rumahnya tidak diapa-apakan dan Aznil melalui Twitternya memberitahu yang kesemua mereka berada dalam keadaan selamat. Syukur alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Trik Tampil Cantik dalam Setiap Foto

Posted: 04 Aug 2012 09:15 PM PDT

MESKI bukan seorang model, wanita gemar mengabadikan setiap momennya dengan berfoto. Untuk tampil cantik saat difoto, berikut ini caranya.
 
Bila Anda gemar berfoto, tentu Anda tahu bahawa tak semua foto yang Anda hasilkan selalu baik. Hal ini biasanya disebabkan kerana Anda tak tahu angle yang tepat bagi wajah Anda dihadapan kamera. Namun jangan khuatir, beberapa model professional siap membantu Anda untuk mendapatkan hasil foto terbaik.
 
Berikut ini bocorannya, seperti dilansir Marie Claire:
 
Percaya diri
 
Kunci tampil baik di hadapan kamera ialah percaya diri. Cubalah untuk berpose di depan cermin saat dirumah. Saat Anda berfikir itu bagus, kemungkinan hasilnya juga bagus.
 
Terima kekurangan
 
Banggalah dengan segala kekurangan yang Anda miliki, kerana hal itulah yang membuat diri Anda menjadi unik. Saat Anda merasa nyaman dengan diri Anda, hal itu akan terpancar. Namun jika gagal, jangan khuatir kerana masih boleh dibenahi dengan Photoshop.
 
Angle tepat
 
Memiringkan wajah pada sudut 45 derajat hampir tak pernah salah dalam berfoto.
 
Rawat alis Anda
 
Alis merupakan salah satu bagian penting dari wajah. Alis yang bagus dapat membingkai wajah dengan bagus pula.
 
Jangan takut pada kamera
 
Bila Anda takut pada kamera, maka hal itu akan terpancar pada hasilnya. Beberapa model mengungkapkan bahawa dirinya menyanyikan sebuah lagu yang sesuai dengan tema pemotretan tersebut. Hal ini cukup dapat menghilangkan rasa malu Anda pada kamera.
 
Bebas
 
Bergaya bebaslah di hadapan kamera. Serta jangan malu untuk banyak bergerak dan mendapatkan angle-angle berbeza. 

Pisau Tertelan Saat Tertawa

Posted: 04 Aug 2012 09:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang wanita berusia 30 tahun tak sengaja menelan pisau saat ia sedang tertawa. Kejadian itu bermula saat wanita yang punya riwayat bulimia itu sedang menunjukkan pada temannya bahawa ia tak lagi punya refleks memuntahkan.
Kemudian ia memasukkan pisau ke mulutnya dan tertawa, pada saat itulah pisaunya terlepas dan ia menelannya. Beruntung doktor berhasil mengambil pisau tersebut dan tak ada kerosakan fisik yang dialaminya. Sebelumnya ia juga pernah menelan pisau. Ia kemudian dirujuk untuk berkonsultasi ke psikiater.
Menurut doktor ahli pencernaan, kes orang yang menelan benda-benda sebenarnya cukup sering berlaku. Misalnya saja saja bateri, pisau cukur, objek metal, pensil, berus gigi, sudu, dan duit syiling.
Kemampuan pencernaan manusia memang luar biasa. Perut kita memiliki daya tahan lebih dari yang kita bayangkan. Pernah diberitakan seorang lelaki yang makan sepotong demi sepotong bagian dari pesawat Cessna tempat duduk.
Anda mungkin juga pernah melihat orang-orang yang suka mengikuti kontes banyak-banyakan makan dalam waktu cepat. Kemampuan mereka dalam menampung porsi makan sangat besar dalam waktu singkat sangat mengagumkan.
Akan tetapi mereka beresiko besar mengalami gangguan perut, bahkan tak sedikit yang harus menjalani operasi usus. Mereka juga biasanya menderita obesitas dan berkurangnya kemampuan perut untuk mengosongkan isinya. Gejalanya adalah mual, hipoglikemi, dan rasa tidak nyaman pada perut.
Di dalam perut, sebenarnya benda-benda "asing" yang tidak sengaja, atau sengaja, kita telan hampir 90 peratusnya mampu melewati usus dan pindah ke bagian lain.
Kendati pencernaan punya kemampuan melindungi diri dari benda-benda asing tersebut, ternyata sekitar 1500 kematian setiap tahunnya disebabkan karena tertelannya benda asing.
Selain itu, tentu diperlukan biaya yang tidak sedikit untuk tindakan medis mengambil benda-benda asing itu dari perut.

Harga Cat kuku Ini Setara Kereta Ferrari 458

Posted: 04 Aug 2012 08:45 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Ini adalah cat kuku paling mahal di dunia yang dibuat oleh perusahaan penghasil perhiasan, Azature, yang berbasis di Los Angele, Amerika Syarikat (AS).
Dilansir Daily Mail, Sabtu (4/8/2012), cat kuku berlabel Black Diamond Nail Polish ini mengandung 267 karat berlian hitam yang tersimpan dalam botol kecil dan dijual dengan harga 250 ribu dollar AS. Sebagai perbandingan, harga satu mobil  Ferrari 458 berada di kisaran 225.325 dollar AS.
Meski demikian, hanya satu botol yang diproduksi, versi termurahnya akan dijual pada bulan ini. Harganya diperkirakan cukup masuk akal iaitu 25 dollar per botol  dan akan dijual di toko Fred Segal di Los Angeles.
Azature, orang di balik jenama ini, mengatakan jika berlian hitam adalah yang terbaik. "Suatu ketika saya berfikir mengapa tidak menampilkan gaya di kuku. Jadi saya membuat Black Diamond Nail Polish yang menampilkan keanggunan berlian hitam," demikian kata Azatura.
Ini bukan pertama kali cat kuku termahal dibuat. Tahun lalu, perusahaan Inggris Models Own, merilis kuteks yang diberi nama Gold Rush Couture yang harganya dijual di angka 132.800 dollar AS. Cat kuku ini berisi 1.118 butir berlian.

Iklan Ais Krim Paling Menyeramkan di Dunia [Video]

Posted: 04 Aug 2012 08:30 PM PDT


Dengan membawa lenama imut 'Little Baby's Ice Cream', iklan dari produk ais krim di Philadelphia ini seharusnya berkesan imut serta menggemaskan seperti nama produknya. Namun kenyataannya justru tidak sama sekali. 
Ini iklan pertama mereka yang dirilis pada bulan Mei. Cukup mengganggu mental.
Dan ini iklan ke dua yang baru dirilis. Sentuhan psycho-nya jauh lebih terasa. Super aneh dan lebih mirip trailer film thriller daripada iklan makanan. 
Lirik:
There's good reason for my glistening skin.
And how I shine. And how my pores are so…clean, clear.
I eat Little Baby's ice cream.
It keeps me young.
It keeps me…light on my feet.
I spring, from activity to activity.
I love my job. I love my life.
When you eat Little Baby's ice cream
you'll wink and nod and hug
and high five each other with great enthusiasm.
This is a special time.
Little Baby's ice cream.
Ice cream...is a feeling.

Kapal selam paling hebat

Posted: 04 Aug 2012 08:15 PM PDT


Inilah kapal selam paling hebat di dunia, EGO, yang memungkinkan pengendara melihat seluruh isi laut sekaligus melihat seluruh permukaan laut.Penumpang boleh duduk melihat seluruh isi laut atau duduk santai sambil menikmati indahnya laut lepas.

Jendela EGO terbuat dari material akrilik yang biasa dipakai untuk akuarium dengan tekanan air tinggi. Kecepatan kapal selam unik ini sendiri boleh mencapai 4 knots, sementara durasi kapal ini sendiri mencapai 6-10 jam.

Perlengkapan lain dari kapal ini adalah sistem monitor LCD, sistem monitor bateri,VHF marine two way radio, alat digital pengukur kedalaman, kompas, dan jam.


  

Di Temukan Manusia Bersayap, Menggemparkan Dunia Maya (FOTO)

Posted: 04 Aug 2012 08:00 PM PDT


Beberapa waktu yang lalu dunia maya  Guangzhou (China) di gemparkan dengan beredarnya foto manusia bersayap yang di temukan di daerah tersebut. Menurut berita yang beredar saat di temukan manusia bersayap itu sudah dalam keadaan tidak bernyawa. Cerita tentang foto tersebut menimbulkan berbagai macam spekulasi tentang apa sebenarnya sosok misterius yang di gambarkan sebagai perempuan tua dengan pakaian serba putih dengan sayap yang sudah tidak ada bulunya lagi. Anggapan paling banyak adalah bahwa manusia bersayap tersebut adalah malaikat yang jatuh dari langit.

Begitu cepatnya cerita tersebut beredar, menyebabkan dua orang mahasiswa menyelidiki kebenaran foto yang ramai dibicarakan oleh para pengguna Internet. Dari pengamatan yang mereka lakukan, muncul sebuah kesimpulan bahwa Foto ini di buat dengan teknik manipulasi yang lumayan bagus. Kesalahan dalam foto ini adalah sayap perempuan tua yang di sebut-sebut sebagai malaikat yang jatuh dari langit ternyata hanya "SAYAP AYAM"









Jerit mahu pulang sebelum terjun

Posted: 04 Aug 2012 07:45 PM PDT


MIRI - Beratus-ratus penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri.
Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.
Kosmo! Ahad difahamkan, tindakan lelaki itu membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat tersebut berhenti serta-merta.
Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang.
Sementara itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama berkata, sebaik pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit 'saya mahu pulang' sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan.

Chong diberi rawatan selepas terjun dari pesawat AirAsia.


"Ketika pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas, tiba-tiba lelaki tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat dan terjun sekali gus menyebabkan pesawat berhenti mengejut.
"Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak demikian masih kurang jelas," kata saksi itu.
Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra  berkata, penumpang yang terjun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.
Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.
sumber : kosmo online

Ibu bapa dipenjara seumur hidup

Posted: 04 Aug 2012 07:30 PM PDT


LONDON - Sepasang suami isteri berbangsa Pakistan tergamak membunuh anak gadis mereka kerana dia terpengaruh dengan cara hidup Barat.
Jenayah tersebut terbongkar apabila adik mangsa memberitahu sebuah mahkamah Britain bahawa ibu bapa mereka melemaskan kakaknya yang berusia 17 tahun dengan menekup hidung dan mulut mangsa.
Kelmarin, Hakim Roderick Evans menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Iftikhar Ahmed, 52, dan isterinya Farzana Ahmed, 49, kerana membunuh anak mereka, Shafilea Ahmed (gambar kecil) pada tahun 2003.
Seorang sepupu pasangan suami isteri itu yang berasal dari perkampungan Uttam di Pakistan dipenjara 25 tahun kerana bersubahat dalam jenayah tersebut.
"Dia (mangsa) terhimpit antara dua budaya dan cara hidup iaitu budaya yang dia mahukan (Barat) dan cara hidup yang kamu paksa ke atas dirinya," kata Evans semasa menjatuhkan hukuman di Mahkamah Diraja Chester, di barat daya England kelmarin.
Di Britain, lebih 25 wanita dibunuh dalam kes yang dilabel 'pembunuhan demi maruah' sejak sedekad lalu.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu kebanyakannya dilakukan oleh keluarga Islam dari Asia ekoran malu kerana anak perempuan mereka mengikut cara hidup Barat atau enggan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.


Menurut pendakwa raya, Andrew Edis, Shafilea baru berusia 10 tahun apabila dia mula membantah peraturan ketat ibu bapanya.
Anak gadis itu akan menyembunyikan mekap dan pakaian Barat di sekolah dan memakai pakaian konservatif sebelum ibu bapanya tiba untuk mengambilnya pulang.
Namun, pada tahun lalu, kata adik Shafilea, ibu bapa mereka menolak kakaknya sehingga jatuh di atas sofa selepas berlaku satu pertengkaran.
Mereka kemudian memasukkan beg plastik ke dalam mulut mangsa dan menekup mulut serta hidungnya dengan menggunakan tangan sehingga dia meninggal dunia.
Ketika dia menyaksikan pembunuhan tersebut, Alesha berkata, dia berusia 12 tahun.
Menurut Alesha, selepas kakaknya dibunuh, adik-beradiknya yang lain naik ke tingkat atas rumah mereka dan melihat bapa mereka memasukkan mayat Shafilea yang dibalut dengan sehelai selimut, ke dalam keretanya.
Mangsa dilaporkan hilang tidak lama kemudian. Ibu bapanya turut berpura-pura menangis ketika merayu di media tempatan bagi mendapatkan maklumat yang dapat membantu mencari anak perempuan mereka.
Namun, polis yang mengesyaki pembabitan mereka, mencuri dengar perbualan di kediaman berkenaan sebelum bertindak menahan pasangan suami isteri itu.
Mayat Shafilea akhirnya di temui di Sungai Kent, Daerah Cumbria pada Februari 2004.
Namun, Alesha hanya memberi keterangan sebagai saksi dalam kes tersebut pada tahun 2010.

sumber : kosmo online

Tanam mayat bawah karavan

Posted: 04 Aug 2012 07:15 PM PDT


AMSTERDAM: Suspek kes pembunuhan menanam mayat seorang wanita di bawah karavan miliknya dan tinggal di atasnya selama lima bulan, lapor kenyataan mahkamah, semalam.
Darius Majchrzak, 39, dan pasangannya, Samea Kubiak, 35, dituduh mencekik Paulina Starczewska sebelum menyembunyikan mayat mangsa lebih daripada satu dekad lalu.

Pasangan itu yang kini menetap di Midlands Barat hanya dikaitkan dengan kes pembunuhan yang belum selesai itu selepas Samea mengaku kepada polis ketika pihak berkuasa mengendalikan insiden keganasan rumahtangga di luar kediaman mereka. Dia kemudian diterbangkan ke Belanda dan membawa polis negara itu ke lokasi di mana mayat Paulina ditanam di kawasan perkhemahan di Landsmeer di luar Amsterdam.


Samea mendakwa Majchrzak mencekik Paulina hingga mati selepas cuba menyerang kedua-dua wanita itu ekoran parti dadah.

Pasangan itu kemudian terus tinggal di kawasan perkhemahan berkenaan selama lima bulan walaupun mayat mangsa ditanam tidak jauh daripada karavan mereka. Hakim di mahkamah magistret Westminster mengarahkan supaya Majchrzak dihantar pulang ke Belanda untuk menghadapi dakwaan membunuh dan bersubahat terhadap perbuatan menanam mayat tanpa prosedur yang sah. Samea yang turut berdepan pertuduhan sama masih menunggu sama ada dia juga akan dihantar pulang. Pasangan itu meninggalkan kawasan perkhemahan berkenaan untuk pergi ke Perancis sejurus selepas pembunuhan itu yang berlaku pada awal 2000 sebelum menetap di Dudley enam tahun lalu. Kedua-duanya ditahan Mei lalu selepas polis dihubungi ekoran kejadian pergaduhan di luar kediaman mereka. Samea pada awalnya dianggap sebagai saksi tetapi menjadi suspek selepas dia pulang ke Britain dan ditahan polis Midlands Barat atas permintaan pihak berkuasa Belanda.


Sambil mengarahkan supaya Majchrzak diekstradisi, hakim Michael Snow berkata: "Jelas sekali pihak berkuasa Belanda tidak tahu apa-apa mengenai pembunuhan Paulina hingga Samea melaporkannya kepada polis Mei lalu.



"Selepas polis Britain berhubung dengan pihak berkuasa Belanda, Samea pulang ke negara itu untuk mengenal pasti lokasi di mana mayat mangsa ditanam," katanya. - DM


sumber : myMetro

Sekeluarga nyaris maut bongkah batu terpelanting depan rumah

Posted: 04 Aug 2012 07:00 PM PDT


BEIJING: Sebuah keluarga nyaris maut apabila bongkah batu seberat dua tan yang runtuh daripada gunung berhampiran terpelanting ke depan pintu rumah mereka.
Bongkah batu itu hanya berhenti apabila tersekat di dinding. Ia terpelanting akibat kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat selama beberapa minggu melanda Mentougou, kawasan pergunungan dekat ibu negara China itu. "Satu lagi lantunan dan ia mungkin ada dalam bilik bersama keluarga itu. Mereka memang bertuah. "Keseluruhan halaman dan belakang rumah dipenuhi dengan runtuhan batu-batan. Mereka hanya selangkah daripada ditimbus hidup-hidup," kata jurucakap polis.

Mentougou terletak di kawasan pergunungan di barat Beijing dan kaya dengan sumber semula jadi seperti arang batu, granit dan batu kapur. Walaupun meraih populariti sebagai destinasi pelancongan, hampir seluruh kawasan berada jauh di pedalaman dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan banyak kediaman diancam bahaya. - DM



sumber : myMetro

Lima beranak berhimpit di ruang tamu

Posted: 04 Aug 2012 06:45 PM PDT


RANTAU PANJANG: Lima beranak hanya mampu tidur beralaskan tikar getah dan berhimpit di ruang tamu memandangkan rumah yang didiami sejak 17 tahun tidak mempunyai bilik tidur.
Pasangan suami isteri, Abdullah Yah, 39, dan isterinya, Fatimah Mat Hassan, 49, hidup dalam kemiskinan, menyebabkan mereka tidak mampu untuk membaik pulih rumah di Kampung Kubang Puyuh, di sini.

Tiga anak mereka berusia 18 hingga 14 tahun terpaksa dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan dua daripadanya masih meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periuk.


Menurut Abdullah, dia mempunyai pendapatan tidak menentu dan hanya melakukan kerja kampung yang cukup untuk digunakan bagi makan dan minum sekeluarga.

"Rumah ini didirikan atas tanah mentua yang diserahkan kepada isteri. Ini saja rumah yang mampu saya sediakan untuk keluarga berteduh dan ia semakin usang.


"Saya tidak mampu mengeluarkan wang bagi membaik pulih rumah kerana pendapatan sekadar cukup untuk menyara keluarga," katanya.



Tinjauan Harian Metro ke rumah itu semalam, mendapati keadaan rumah keluarga terbabit terlalu sempit untuk didiami dan hanya mempunyai ruang tamu serta dapur.

Keluarga terbabit juga terpaksa tidur beralaskan lantai papan kerana tidak mampu membeli tilam.


Abdullah berkata, dia sedar sememangnya tidak sesuai bagi dua anak lelaki dan perempuannya untuk tidur di satu ruang sama, namun mereka tiada pilihan lain.

Katanya, selain masalah rumah, dia runsing mengenai keadaan kesihatan isteri yang menghidap penyakit kencing manis dan perlu mendapatkan rawatan susulan setiap bulan.


"Isteri saya perlu mengambil suntikan sebanyak dua kali disebabkan penyakit kencing manis dialami selepas melahirkan anak bongsu.


"Mengenai rumah, saya memohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan berharap ia dapat dipertimbangkan supaya dapat tinggal dalam rumah lebih selesa," katanya.



sumber : myMetro

Abby, Norman rujuk?

Posted: 04 Aug 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan," kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.
"Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka," katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008. 
Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu.

Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.



"Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.



sumber : myMetro

Parah ditikam selepas nikah

Posted: 04 Aug 2012 06:15 PM PDT


PADANG BESAR: Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar parah ditikam bekas suami wanita yang dinikahinya di Pekan Siam, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa berusia 55 tahun parah di badan akibat ditikam seorang lelaki selepas majlis akad nikah dia dan wanita berkenaan selesai dijalankan.

Akibat tikaman itu, mangsa yang baru beberapa bulan bertugas di Unit Peronda IPD Kangar dikejarkan ke klinik pekan sempadan itu, namun kemudian dirujuk ke Hospital Hatyai, Thailand apabila keadaannya semakin parah.


Sumber polis Thailand berkata, mangsa ditikam di Pekan Siam oleh seorang lelaki, dipercayai bekas suami wanita yang dinikahinya.

"Pihak berkuasa Thailand di Pekan Padang Besar mengenal pasti suspek dan gerakan memburu dilakukan.


"Kita belum mengenal pasti sama ada wanita berkenaan orang tempatan (Thailand) atau luar," katanya di sini, semalam.



Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun ketika dihubungi mengesahkan seorang anggotanya ditikam di selatan Thailand.

"Saya mengarahkan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros dan Timbalan Ketua IPD Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa ke Hatyai bagi mendapat laporan lengkap mengenai kejadian itu.


Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa memasuki negara jiran itu untuk berkahwin.

"Saya dimaklumkan, anggota kami parah ditikam seorang lelaki di Pekan Siam, tetapi maklumat lengkap belum diperoleh. Anggota berkenaan bertugas di Unit MPV Kangar.


"Anggota berkenaan memasuki pekan sempadan atas urusan peribadi dan bukan pada waktu bertugas. Kami tidak tahu dia menyeberangi sempadan atas urusan pernikahan.


"Kami masih menunggu laporan dua pegawai (Che Man dan Ismail) yang diarahkan ke Hatyai," katanya.


Sementara itu, Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan ketika dihubungi mengesahkan, anggota polis berkenaan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Nagarind, Hatyai dan keadaannya dilaporkan stabil.


"Mangsa masih tidak sedarkan diri akibat beberapa tikaman di badan," katanya.



sumber : myMetro

Hadiah beg tangan umpan sihir

Posted: 04 Aug 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Persahabatan mereka bermula atas dasar kerja sewaktu sama-sama menjayakan persembahan. Sebagai artis baru, bertemu penyanyi pujaannya membuatkan hati rasa berbunga.
Layanan baik ditunjukkan setiap kali bertemu membuatkan hubungan antara mereka lebih rapat.

Memanggil penyanyi kesayangannya sebagai kakak, apabila berkesempatan bertemu, mereka duduk berbual. Peluang itu digunakan untuk belajar dan mendalami ilmu penyanyi ternama itu, terutama membabitkan industri muzik tempatan.


Artis wanita ini sewaktu ditemui berkata, pada permulaan persahabatan mereka, penyanyi terbabit sering memberikannya hadiah. Pemberian itu dianggap sebagai penghormatan terhadap persahabatan yang dijalin.

"Saya tak pernah terfikir buruk mengenainya dan menganggap pemberiannya ikhlas. Hinggalah satu hari saya memuji beg tangan dipakainya. Terharu saya apabila dia terus menghulurkan beg terbabit dan mahu saya menerimanya sebagai hadiah.


"Menghargai pemberiannya, saya sering menggunakan beg terbabit. Namun setiap kali menyandang atau menggenggam beg terbabit, tangan saya terasa panas seperti terkena bara api. Sedikit demi sedikit, saya berasa bahang panas itu merebak ke seluruh tubuh," katanya.



Lebih memburukkan keadaan, situasi dialami turut mengganggu tumpuannya setiap kali mahu mengadakan persembahan di pentas. Debaran dada menjadi kencang, susah untuk bernafas dan pernah suaranya hampir tidak keluar.

"Yang menyebabkan saya pelik, apabila pergi ke klinik dan hospital, doktor kata saya sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit.


"Perkara itu berlarutan hampir tiga bulan hinggalah setelah bertemu doktor sama sebanyak tiga kali, dia menasihati saya supaya mendapatkan rawatan alternatif," katanya.

Artis baru ini kemudian berjumpa pakar perubatan alternatif dan terkejut apabila ustaz yang mengubatinya mendakwa ada orang cuba mensabotaj kerjaya seninya. Sihir menjadi pilihan orang terbabit untuk mencapai hasratnya dan cara terbaik dilakukan menerusi barangan diberikan.



sumber : myMetro

Hadiah beg tangan umpan sihir

Posted: 04 Aug 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Persahabatan mereka bermula atas dasar kerja sewaktu sama-sama menjayakan persembahan. Sebagai artis baru, bertemu penyanyi pujaannya membuatkan hati rasa berbunga.
Layanan baik ditunjukkan setiap kali bertemu membuatkan hubungan antara mereka lebih rapat.

Memanggil penyanyi kesayangannya sebagai kakak, apabila berkesempatan bertemu, mereka duduk berbual. Peluang itu digunakan untuk belajar dan mendalami ilmu penyanyi ternama itu, terutama membabitkan industri muzik tempatan.


Artis wanita ini sewaktu ditemui berkata, pada permulaan persahabatan mereka, penyanyi terbabit sering memberikannya hadiah. Pemberian itu dianggap sebagai penghormatan terhadap persahabatan yang dijalin.

"Saya tak pernah terfikir buruk mengenainya dan menganggap pemberiannya ikhlas. Hinggalah satu hari saya memuji beg tangan dipakainya. Terharu saya apabila dia terus menghulurkan beg terbabit dan mahu saya menerimanya sebagai hadiah.


"Menghargai pemberiannya, saya sering menggunakan beg terbabit. Namun setiap kali menyandang atau menggenggam beg terbabit, tangan saya terasa panas seperti terkena bara api. Sedikit demi sedikit, saya berasa bahang panas itu merebak ke seluruh tubuh," katanya.



Lebih memburukkan keadaan, situasi dialami turut mengganggu tumpuannya setiap kali mahu mengadakan persembahan di pentas. Debaran dada menjadi kencang, susah untuk bernafas dan pernah suaranya hampir tidak keluar.

"Yang menyebabkan saya pelik, apabila pergi ke klinik dan hospital, doktor kata saya sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit.


"Perkara itu berlarutan hampir tiga bulan hinggalah setelah bertemu doktor sama sebanyak tiga kali, dia menasihati saya supaya mendapatkan rawatan alternatif," katanya.

Artis baru ini kemudian berjumpa pakar perubatan alternatif dan terkejut apabila ustaz yang mengubatinya mendakwa ada orang cuba mensabotaj kerjaya seninya. Sihir menjadi pilihan orang terbabit untuk mencapai hasratnya dan cara terbaik dilakukan menerusi barangan diberikan.



sumber : myMetro

Suami isteri sering gaduh

Posted: 04 Aug 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Sepanjang beberapa tahun berkahwin, rumah tangga artis jelita ini tidak pernah bergelora. Bagaimanapun, kebahagiaan itu berubah sekelip mata apabila emosi suaminya menjadi tidak menentu secara tiba-tiba.
Enggan berfikir perkara buruk, pelakon popular itu menganggap perkara itu mungkin disebabkan hasutan keluarga yang sebelum ini tidak merestui hubungan mereka, dan perselisihan faham yang berlaku akan berakhir apabila hati si suami kembali sejuk. Biasalah, adat orang berumah tangga. 
Bagaimanapun, apabila masalah berlarutan malah bertambah buruk, timbul kesangsian di hati. Apatah lagi, suami yang dulunya sangat penyayang pasti mencari gaduh setiap kali pulang daripada bertemu ahli keluarganya.

Paling menyedihkan, si suami seolah-olah hilang pertimbangan apabila sanggup memulakan pertengkaran walaupun anak berada di sebelah.



Ini menyebabkan si anak trauma, mengigau pada waktu tidur, sering meradang tanpa sebab dan paling membuatkan hatinya tersentuh, keluar perkataan 'papa jahat' daripada mulutnya.



sumber : myMetro

Pelik...Nak bunuh diri tapi tertidur

Posted: 04 Aug 2012 05:30 PM PDT

Guangzhou - Yang Jun (30),kecewa karena pernikahannya gagal. Lelaki China ini pun berniat mengakhiri hidupnya.

 Agar yakin dirinya benar-benar tewas, Yang Jun mencuba dua metode bunuh diri sekaligus. Melompat dari Jembatan Haiyin di Guangzhou dan minum ubat tidur hingga over dose. Demikian ditulis orange.co.uk.

 Jadi, sebelum memanjat jambatan dia memakan ubat tidur. Jumlahnya 50 butir lebih.

 Di atas jembatan, petugas penyelamat berusaha meyakinkan agar Yang tidak jadi melompat. Saat itulah Yang merasa sangat mengantuk. Matanya berat dan dia berkali-kali menguap. Hingga tanpa sedar dia tertidur pula.

 Saat tidur  inilah, petugas keamanan mendekati Yang. Mereka memasang tali pengaman sebelum menarik turun lelakii patah hati ini. Ketika sedar, Yang Jun sudah berada di hospital.

 "Saya tidak tahu mana cara yang terbaik untuk bunuh diri. Melompat atau makan ubat tidur berlebihan, jadi saya lakukan keduanya. Di atas saya merasa sangat mengantuk dan ketika sedar sudah berada di hospital," ujar Yang Jun yang akhirnya kembali rujuk dengan isterinya.

Kesalahan berfashion yang serius

Posted: 04 Aug 2012 05:15 PM PDT

 

image

Wanita ini ingin berfashion tetapi salah cari penasihat…….

Gadis yang nyaris kehilangan nyawa

Posted: 04 Aug 2012 05:00 PM PDT



Cheating death: The 20-year-old woman on just managed to roll into the foetal position before the heavy lorry fell on top of the Nissan Micra

Cheating death: The 20-year-old woman on just managed to roll into the foetal position before the heavy lorry fell on top of the Nissan Micra

Bravery and intelligence: The young woman was left with only a hand injury after her lightning-fast reactions



Aneh…Lelaki Ini Tersiksa Akibat Alergik Suara

Posted: 04 Aug 2012 04:45 PM PDT


VIVAnews -  Seorang pemuzik rock Inggris berusia 33 tahun mengalami alergik terhadap suara. Doktor menyebut gangguan yang dialami Chris Singleton sebagai hyperacusis atau sangat sensitif terhadap suara dengan volume normal sekalipun.

"Rasanya seperti lawak buruk," kata Chris dengan sedih, dikutip dari Daily Mail.

Chris mengatakan ini benar-benar mimpi buruk. Dia boleh sangat tersiksa hanya kerana mendengar suara kucuran air ketika mandi atau dering telefon.

Penderitaan ini disedari Chris di awal 2004. Saat itu telinga kirinya mulai merasa seperti berdengung, seolah-olah dia sedang berenang dan ada cairan masuk ke telinga.

"Setelah beberapa minggu kemudian, aku pergi menemui doktor. Dan doktor mengatakan bahawa ada lubang di gendang telinga saya. Lalu dia memberi saya antibiotik," katanya.

Keluhan Chris sempat hilang. Tetapi beberapa minggu kemudian, gangguan yang sama muncul kembali. "Aku mulai merasakan bila mendengar nada tinggi, itu terasa menyakitkan. Dan tidak hanya di telinga kiri saya, telinga kanan saya juga mengalami hal aneh."

Kehidupan Chris mulai tidak menyenangkan sejak itu. Ketika bertemu kereta api, dia harus mencari tempat duduk sejauh mungkin untuk menghindari suara keretapi.

"Rasa sakit itu menyiksa, ini merupakan salah satu jenis ketidaknyamanan orang dengan pendengaran normal. Rasanya seperti mendengar pekikan menengking menggunakan mikrofon," kata Dr Veronica Kennedy, seorang spesialis di NHS Bolton.

Kennedy menambahkan, "Bagi sebahagian orang, masalahnya mungkin sesekali dan cukup ringan, tetapi untuk orang lain itu dapat menjadi sangat membatasi hidup."

Para ahli memperkirakan bahwa antara dua dan lima peratus dari populasi orang dewasa berpotensi menderita hyperacusis di beberapa titik. Tapi, Kennedy tidak jelas mengapa hal itu terjadi.

"Ada teori bahwa hal itu dapat dipicu oleh paparan suara keras tiba-tiba atau mungkin terkait dengan peristiwa stress atau trauma, seperti kecelakaan," kata Kennedy.

Bahkan, banyak orang yang mengalami hyperacusis mengenakan penutup telinga, tetapi itu tidak mengatasi masalah. "Ketika Anda melepaskan penutup telinga, suara akan menjadi lebih keras. Ini adalah lingkaran setan."

Menurut Kennedy, hyperacusis kemungkinan besar disebabkan oleh sebab-sebab fizik seperti cedera kepala.

Ibu remaja 15 tahun gembira anaknya hamil anak luar nikah

Posted: 04 Aug 2012 04:30 PM PDT


THORNABY, Britain - Seorang remaja perempuan, Soya Keaveney (gambar) menggembirakan ibunya selepas dia hamil luar nikah ketika berusia 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika usianya baru menjangkau 12 tahun, Soya Keaveney pernah beraksi untuk sesi fotografi dengan cuma memakai pakaian dalam kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang model.

"Saya terkejut pada mulanya tetapi kini saya sungguh teruja," kata Soya yang kini hamil 16 minggu.

"Saya merupakan wanita yang pertama akan melahirkan anak dalam kalangan rakan-rakan saya, tetapi saya tidak fikir saya dewasa dengan terlalu cepat," tambahnya.

Ibunya yang menganggur, Janis, 48, turut gembira kerana kehamilan Soya membolehkan mereka memohon rumah kerajaan yang lebih besar untuk keluarga itu termasuk anak-anaknya yang lain iaitu Coco, Ritzy, Tarot dan Jake di bawah skim kebajikan Britain.

Soya mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Jake Gray, 17, hasil hubungan intim mereka pada Mei lalu.

Janis yang membenarkan Jake tinggal di rumah mereka menyatakan, anak perempuannya benci pengguguran bayi.

"Saya yakin dia akan menjadi seorang ibu yang baik dan akan mendidik anaknya dengan penuh disiplin seperti yang saya lakukan," kata wanita itu.

- Agensi


Gaun pengantin yang boleh dimakan

Posted: 04 Aug 2012 04:15 PM PDT

Gaun pengantin yang sudah dibeli mahal-mahal sayang kalau hanya boleh dipakai sekali sahaja.Seorang artis Lukka Sigurdardottir mempunyai  jalan penyelesaiannya.Dia telah membuat gaun pengantin yang boleh dimakan selepas dipakai.Menjimatkan kos katanya.




Pakai baju ala pembantu rumah,anak artis China ini kena kutuk di internet

Posted: 04 Aug 2012 04:00 PM PDT

HANGZHOU - Puteri bintang China, Xu Jiao dikecam netizen kerana mengenakan pakaian pelayan saat menghadiri pameran komik, dan games di Hangzhou.

Kedatangan puteri Xu Jiao yang namanya dirahasiakan mengenakan pakaian pelayan ke pameran dianggap menyamakan pakaian pembantu rumah tangga dengan karakter komik, yang jelas berbeza. Demikian seperti dilansir Sina.

Para netizen itu mengtakana, kalau pembantu tidak termasuk dalam karakter kostum animasi. Puteri Xu Jiao diejek dengan kata-kata kasar oleh netizen yang kesal melihat aksinya itu.

Mendapati kostum yang dipakainya menuai kontroversi, gadis berusia 14 tahun itu memposting permintaan maaf, dan menyebutkan kalau dia tidak seorang profesional. Namun, hanya penggemar buku komik.

Sejumlah besar orang netizen meninggalkan komen untuk mendukung, mengatakan dia lucu dan cantik.
(efi)

Kalau perempuan macam ni selayaknya dipanggil apa?

Posted: 04 Aug 2012 10:30 AM PDT











apa selayaknya nak dipanggil perempuan ini dan 
apa pulak nak digelar lelaki macam ini?Sayang atau mengambil kesempatan
kerana sayang....


Ais krim dengan rasa pelik

Posted: 04 Aug 2012 10:15 AM PDT


Siapa yang tidak kenal ais krim? Makanan penutup mulut serta makanan ringan dari lemak susu ini banyak penggemarnya kerana rasanya yang manis, lembut, dan segar. Rasa ais krim yang beragam juga menjadi daya tarik utama, seperti coklat, vanila, strawberry, dan lain-lain. Nah, selain rasa ais krim normal seperti itu, jangan ketinggalan untuk merasa ais krim rasa pelik  ini! Berikut 7 ais krim dengan rasa unik.


1. Ais krim rasa kaktus


Ais krim ini muncul di Jepun dengan nama Saboten Aisu. Konon katanya, rasa ais krim ini seperti siraman air yang mengalir dari kaktus yang kering terjemur di padang pasir. Hmm ada awas, mungkin masih ada duri kaktus yang masuk!


2. Ais krim rasa arang


Es krim unik dengan rasa arang yang dingin, Hmm seperti apa ya?


3. Ais krim drakula


Nah, ais krim ini dilarang keras untuk para drakula. Pasalnya,ais krim ini memiliki rasa bawang putih yang kuat. Ais krim ini diakui memiliki kandungan yang berkhasiat untuk tubuh. Hmm mungkin boleh juga untuk bumbu dapur ya?


4. Ais krim laut


Seperti namanya, ais krim ini memiliki rasa laut! Asin, dan mungkin lidah Anda mati sejenak kerana rasa dingin yang muncul. Ais krim asal Jepun ini mungkin hanya disukai oleh penggemar berat pantai ya?


5. Ais krim sambal


Siapa yang tak tahu wasabi, sambal khas Jepun yang kuat rasanya. Nah, ternyata kini wasabi juga boleh dinikmati dalam bentuk ais krim dengan campuran rasa lain seperti lobak dan ikan.


6. Ais krim rasa tinta sotong


Bukan hanya berbahan dasar tinta sotong saja, tapi ais krim ini juga dikombinasikan dengan udang, gurita, belut, dan bahkan paus!


7. Ais krim rasa viagra


Anda yang teruja bagaimana rasanya viagra dalam ais krim, wajib mencubanya!


Sumber : http://www.langitberita.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS