Adsense

Sabtu, 4 Ogos 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Siti Nurhaliza & Suami Bakal Tunai Umrah Hujung Ramadan

Posted: 04 Aug 2012 03:00 PM PDT

Siti Nurhaliza & Suami Bakal Tunai Umrah Hujung Ramadan. Seperti tahun-tahun sudah, bersempena dengan bulan ramadan, Dato' SIti Nurhaliza bakal mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah bersama suami tercinta.

"InsyaAllah jika tiada sebarang halangan Siti dan suami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada penghujung ramadan ini. Alhamdullilah tahun ini ada lagi rezeki Siti dan suami pergi ke sana untuk beribadat. Kami akan pulang sehari sebelum hari raya dan akan beraya di Kuala Lumpur pada hari raya pertama. Selepas itu baru kami putuskan untuk pulang beraya di Kuala Lipis atau kampung suami di Kedah."

Datuk Siti Nurhaliza ditemui di majlis pelancaran produk terbaru Simplysiti, Bejeweled yang berlangsung di Berjaya Times Square, baru-baru ini. Dia yang juga pengasas Simplysiti kini sedang sibuk mempromosikan rangkaian terbaru produk kosmetiknya Bejeweled yang telah pun berada di pasaran.

Dalam perkembangan lain, dia juga turut mengadakan lawatan ke kaunter-kaunter Simplysiti di seluruh Malaysia bermula pada 1 Ogos ini.

Koleksi gambar Dato' Siti Nurhaliza semasa melancarkan produk terbaru SimplySiti – Bejeweled.

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Tags: , , , , , ,

Tags: , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Lagu Muara Duet Hafiz & Siti Nurhaliza Lagu Tema Adam Hawa

Posted: 04 Aug 2012 06:34 AM PDT

Lagu Muara Duet Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza dipilih menjadi lagu tema sebuah drama terbaru Astro iaitu Drama Adam & Hawa. Untuk info pembaca budiey.com, drama Adam & Hawa akan disiarkan mulai 27 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, 9 & 9.30 malam (dua episod berturut-turut) di Astro Mustika HD.

Kolaborasi Dato' Siti Nurhaliza bersama penyanyi lain seringkali tidak menghampakan. Terbaru, penyanyi tersohor negara ini telah bekerjasama dengan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip untuk sebuah lagu duet bersama berjudul Muara.

Pada 1 Ogos 2012 lalu, Budiey telah merakam video Hafiz menyanyikan lagu tema Adam & Hawa ini tanpa kehadiran Dato' Siti Nurhaliza.

Lagu yang diberi judul Muara tersebut merupakan ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense untuk drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.

"Siti baru sahaja selesai merakamkan lagu tersebut dan begitu juga Hafiz. Tetapi masih ada beberapa bahagian yang perlu di touch up dan kami akan masuk semula ke studio untuk mengemaskan lagi lagu ciptaan Adi Sixth Sense tersebut. Lagu ini dicipta sebagai lagu tema bagi drama Adam & Hawa dan memang dicipta untuk berduet dengan Hafiz. Lagu ini tidak terlalu slow dan boleh dikatakan agak catchy juga dan Siti menyukai hasil karya daripada Adi Sixth Sense," ujarnya yang akan merakamkan album terbaru tidak lama lagi.

Sinopsis Drama Adam & Hawa:

Perkahwinan paksa akibat fitnah memaksa Ain Hawani melarikan diri. Setelah bertahun lamanya, dia ditemukan semula dengan Adam, lelaki yang pernah memusnahkan hidupnya. Namun mampukah mereka menelan ego dan mengakui perasaan kasih yang sediakala tercipta?

Saksikan Adam dan Hawa, eksklusif di Mustika HD, saluran rancangan hiburan Melayu berdefinisi tinggi pertama di Malaysia.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: