Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


The Proposal – Video Pra Perkahwinan Nabil & Nazirah Ayub

Posted: 20 Sep 2011 05:12 AM PDT

VIDEO DAN GAMBAR PRA PERKAHWINAN NABIL RAJA LAWAK DAN NAZIRAH AYUB

Bagi anda yang masih tidak tahu ataupun sudah lupa, Nabil (Raja Lawak) akan bernikah dengan buah hatinya, Nazirah Ayub pada 30 September ini dan akan melangsungkan majlis resepsi pada 2 Oktober di I-City, Shah Alam.

Kami pasti, pihak Nabil dan pihak Nazirah Ayub sedang sibuk membuat persiapan terakhir sekarang ni. Maklum sajalah, hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi majlis penyatuan Nabil dan Nazirah akan berlangsung.

Sebelum berlangsungnya majlis pernikahan Nabil dan Nazirah itu, pihak LhmediaTV telah menghasilkan sebuah video yang diberi tajuk The Proposal, Raja Lawak menjadi Raja Sehari sebagai video pra perkahwinan. Enjoy!

Psstt: iPad 2 untuk dimenangi setiap hari

Related Posts with Thumbnails

Dialog Hina Rasulullah – Zizan Mohon Maaf

Posted: 20 Sep 2011 03:28 AM PDT

FILEM HANTU BONCENG

Bagi anda yang sudah menyaksikan filem Hantu Bonceng, pasti anda perasan dimana ada satu babak Zizan menyebut "asyhadu anna Muhammadar syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan".

Kami cuba mendapatkan video bagi menunjukkan lebih jelas babak yang dimaksudkan itu kepada anda. Tapi sayangnya, video telah di'claim oleh Astro sebagai hak cipta terpelihara.

Disebabkan dialog tersebut, Zizan telah menerima kritikan hebat daripada banyak pihak kerana apa yang keluar dari mulut Zizan itu jelas menghina Rasulullah S.A.W walau pada dasarnya Zizan tidak bermaksud sedemikian.

Bagi menjernihkan keadaan dan mengakui kesilapan sendiri, Zizan melalui laman Twitter'nya memohon maaf di atas keterlanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W itu.

FILEM HANTU BONCENG

Zizan turut menyatakan yang dia tiada niat untuk menghina Rasulullah S.A.W dengan menyebut dialog tersebut malah menjelaskan yang perkataan syaitan yang disebutnya itu ditujukan kepada Kunyit, salah satu watak yang merupakan kawan Zizan dalam filem tersebut.

FILEM HANTU BONCENG

Kami no comment cuma kami harap, para pelakon atau sesiapa sahaja lebih berhati-hati mengeluarkan apa-apa ayat yang mampu mengundang implikasi buruk agar perkara sebegini tidak berulang di masa hadapan.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lisdawati, Almy Nadia & Yatt Hamzah Dalam Telemovie 3 Mawar Dara

Posted: 20 Sep 2011 06:17 PM PDT

Gandingan Lisdawati, Almy Nadia dan Yatt Hamzah Dalam Telemovie 3 Mawar Dara Hujung Minggu Ini di TV2

KUALA LUMPUR, 20 September – Dibintangi watak-wataknya oleh dramatis popular Lisdawati, Almy Nadia, Yatt Hamzah, Fizow Omar, Roy Azman dan Rizal Jaafar, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi drama menarik, 3 Mawar Dara pada 24 September 2011 (Sabtu), jam 10.00 pagi di TV2.

Ia berlegar sekitar watak Miza, Zana dan Amy merupakan rakan sekampung yang dari kecil berkawan baik. Biarpun mereka serasi bersama, tetapi perangai dan karakter masing-masing amat berbeza. Miza, hanya berkelulusan SPM terkenal dengan sikapnya yang agak kelam kabut. Zana pula memiliki karektor yang kasar, tegas tetapi baik hati. Manakala Amy, bertubuh paling kecil, seorang yang amat pemalu dan agak penakut. Bila bercakap, suaranya selalu seperti dengar atau tidak. Kerana itu dia selalu dimarahi oleh Zana. Tetapi akan ditenangkan oleh Miza yang sederhana.

babak dalam 3 Mawar dara

Sebaik tamat belajar, mereka tinggal bersama di Kuala Lumpur bekerja mengikut haluan dan kelayakan masing-masing. Miza, seorang kerani di bahagian Jabatan Sumber Manusia sebuah syarikat pengedar produk kecantikan. Walaupun sikapnya agak kelam-kabut namun dia seorang yang rajin bekerja di pejabat dan disukai oleh pekerja yang lain. Dia sering menjadi mangsa usikkan Faizal, eksekutif muda yang baru bekerja selama 4 bulan di situ. Walaupun nakal, Faizal seorang yang baik, selalu belikan sarapan untuk Miza kerana Faizal tahu Miza selalu tak sempat untuk bersarapan.

Zana pula berkelayakan ijazah dari IPTA dan bekerja sebagai pengurus di sebuah cafe eksklusif. Sifatnya yang garang dan tegas itu amat sesuai dengan pekerjaannya yang menuntut dia mementingkan kebersihan, perkhidmatan pelanggan yang baik dan kualiti makanan. Zana akan memarahi semua pelayannya sekiranya mereka melakukan sebagai kecuaian. Dia akan berceramah dengan tukang masak berkenaan dan amat penting baginya untuk memastikan kepuasan pelanggan dan kebersihan.

Sementara itu Amy pula memang seorang pemalu, tetapi banyak cakap jika bersama rakan-rakan yang dikenalinya. Dia bekerja di sebuah syarikat menjual dan mengedar uniform serta pelbagai pakaian sebagai penolong pengurus tukang jahit. Oleh kerana kebanyakan rakan dan orang bawahannya wanita, dia cukup risau dan pemalu apabila ada lelaki yang cuba mendekatinya. Hinggalah pada suatu hari, Amy yang baru pulang dari kerjanya singgah di sebuah kedai tudung dan berkenalan dengan pekerja baru kedai itu bernama Salleh.

Kehidupan mereka bertiga lancar sehinggalah satu hujung minggu mereka balik kampung bersama. Yang menghairankan mereka, kesemua ibu mereka bertanyakan dan mendesak mereka untuk berkahwin. Mak Semah, ibu Miza mahu jodohkan dia dengan seorang sepupunya. Begitu juga dengan Zana, tiba-tiba ibunya bertanyakan bila mahu berkahwin. Zana mentertawakan hasrat ibunya itu. Makcik Habibah geram dan mereka mula bertelagah. Ayahnya secara lembut menasihati agar Zana mula fikirkan tentang jodoh kerana usianya dan Miza serta Amy sudah memasuki 30 tahun. Malah dengan tegas, ibunya memberi Zana masa pada tahun ini juga untuk mencari bakal suami dan memperkenalkan kepada mereka.

Cik Bunga pula, seorang janda dan ibu kepada Amy juga menasihatkan Amy untuk mula memikirkan jodoh mereka kerana sudah sampai masanya mereka berkeluarga. Cik Bunga memberi kata dua kepada Amy, samada Amy berkahwin atau dia yang akan berkahwin dalam tahun itu juga.

Pulang dari kampung, semua senyap dalam kereta. Dan apabila seorang bersuara, barulah masing-masing riuh bercerita tentang ibu bapa mereka yang bertanyakan perkara yang sama kepada mereka. Hinggakan mereka membuat spekulasi bahawa ibu bapa mereka berpakat untuk memaksa mereka mencari jodoh. Akhirnya mereka berpakat untuk cuba merealisasikan kehendak ibu bapa mereka walaupun pahit untuk dilakukan.

Lalu apakah keputusan yang diambil mereka? Dapatkah mereka mencari jodoh pilihan sendiri atau pun terpaksa menurut pilihan keluarga yang mahu kan mereka berumah tangga tahun itu juga?

Fizo dan Almy Nadia dalam 3 Mawar Dara

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lisdawati, Almy Nadia, Yatt dalam Telemovie 3 Mawar Dara
  • Gambar Almy Nadia dan Fizow
  • Gambar Almy Nadia di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa
  • Yatt Hamzah
  • Koleksi Gambar Baby Pertama Yatt Hamzah
  • Yatt Mahu Bertunang Dengan Boy Friend, tapi…
  • Jawapan Trivia: Gambar Yatt Selepas Kahwin
  • Almy Nadia Niat Bertudung Dalam Telemovie Niat Hawa
  • Gambar Pelakon Yatt dan Suami Yang Merah Sedondon
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Skrin 2008
  • TV AlHijrah Umum 10 Peserta Program Realiti Solehah

    Posted: 20 Sep 2011 05:59 PM PDT

    PERSAINGAN 10 PESERTA KINI BERMULA
    SOLEHAH BAKAL MENEMUI PENONTON MULAI 23HB SEPTEMBER 2011

    Mengambil kira akan kekurangan penerbitan program realiti televisyen berkonsepkan Islam dan berkisar tentang wanita, TV Alhijrah tampil dengan SOLEHAH, di mana kewujudannya dijangka mampu menjadi program pendidikan Islam tidak formal yang mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap agama, bangsa dan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) berkata, "SOLEHAH merupakan sebuah program realiti televisyen yang berhasrat untuk melahirkan barisan muslimah yang mempunyai ciri-ciri dan sifat seorang muslimah solehah dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai "role model" kepada wanita masa kini."

    Sesi ujibakat yang berlangsung selama 3 bulan bermula dari Kuala lumpur, Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan berakhir di Sarawak membabitkan penyertaan Lebih 600 orang peserta dengan pelbagai latarbelakang telah menghadiri ujibakat yang diadakan. Mereka kebanyakannya graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia termasuk Universiti Islam Jambi Indonesia di dalam pengkhususan seperti Bioteknologi, Sarjana Muda Syariah, Sarjana Muda Komunikasi, Ijazah Sarjana Undang-Undang Sivil dan Syariah dan juga Kejuruteraan Elektronik. Tidak kurang juga yang sudah bekerjaya seperti Guru Bahasa Arab, Pegawai Operasi dan lain-lain.

    Solehah

    Namun begitu, hanya 10 orang peserta sahaja yang diperlukan bagi meneruskan pembelajaran di dalam madrasah SOLEHAH. 10 wanita yang dipilih sebagai peserta akhir ini merupakan antara mereka yang terbaik , mampu dan berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan dan mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam ucapannya menegaskan bahawa ,

    Atas dasar tersebut, SOLEHAH mengambil pendekatan berbeza di dalam menampilkan keunikkannya. Kesemua 10 peserta Madrasah SOLEHAH akan dikekalkan hingga ke akhir episod siaran. Tiada penyingkiran akan dilakukan sebagaimana yang lazimnya dipraktiskan oleh mana-mana program berbentuk realiti. "Kesemua peserta akan melalui sesi pembelajaran dan akan keluar serentak sebagai barisan muslimah yang baru diiktiraf". tegas Dato' Seri Jamil Khir.

    Solehah

    Untuk mencapai matlamat melahirkan wanita yang bukan sahaja berintegriti dan berpengetahuan luas di dalam perihal agama, format penyiaran program realiti sulung TV AlHijrah ini akan dibahagikan kepada dua penerbitan utama iaitu Penerbitan Lokasi dan Penerbitan Secara langsung. Penerbitan lokasi membabitkan kapsul diari Madrasah Solehah dan Tugasan Solehah . Kedua-dua penerbitan ini sudah dirangka dan disusun secara sistematik bagi menguji keperibadian dan kemahiran mereka sebagai individu dan dalam perkumpulan.
    SOLEHAH akan bersiaran secara langsung selama 13 episod mulai 23hb September 2011 di Dewan Muktamar , Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Bagi mengikuti perkembangan terkini peserta SOLEHAH, TV AlHijrah akan menyiarkan kapsul harian selama 2 minit khas untuk penonton setia TV AlHijrah.

    Menyentuh perihal juri dan musyrifah yang akan bertanggungjawab mendidik dan mengadili kesemua peserta sepanjang program ini, beliau berkata , "seramai 4 orang musyrifah (tenaga pengajar) telah dipilih khas untuk membimbing mereka. Mereka terdiri daripada Ustazah Norsalehah Bte Mohd Saleh ( Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), Ustazah Norhafizah Bte. Musa ( Pensyarah Pengajian Islam Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur) Ustazah Suriani Bte. Sudi ( Pensyarah di Jabatan Al-Quran & Sunnah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) Puan Hajah Haslina Bte. Mohd Ali ( Pengarah Pemasaran & Korporat Sri Munawwarah Design )".

    Solehah

    Sementara itu, barisan juri yang akan mengadili, menilai serta memberi pemarkahan kepada peserta terdiri dari 3 tokoh akedemik terkenal iaitu Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Binti Syed Ismail (Pensyarah di Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mariani Binti Md Nor (Pensyarah di Fakulti Pendidikan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya), Puan Isfadiah Bt Mohd Dasuki (Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa).

    Tidak ketinggalan, 4 Rakan Penerbitan SOLEHAH yang turut sama memainkan peranan bagi menjayakan penerbitan SOLEHAH.
    1. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menyediakan dewan siaran langsung,
    2. IKIM.fm sebagai Radio rasmi,
    3. INTEKMA Resort & Convention Centre yang menyediakan tempat penginapan peserta SOLEHAH serta
    4. T JETS Sdn Bhd yang menyediakan pengangkutan untuk tugasan peserta

    Lain-lain rakan penerbitan adalah:-
    1. Sri Munawarrah Design – grooming dan busana
    2. Bobbi Brown –Tajaan tatarias dan
    3. Tajiri Spa – Tajaan kecantikkan

    Solehah

    Solehah

    Solehah

    Solehah

    Solehah

    Solehah

    Solehah

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Reality TV Programme, MAGGI® Mencari Bintang Coming Soon @ TV3
  • Fiq Tetamu Istimewa Program Realiti My Starz LG
  • Showcase My Starz LG
  • Peserta Program Realiti TV Pernah Bersekedudukan?
  • MasterChef Malaysia Bakal Umum Senarai Juri
  • Discover Smiles Zoom! Malaysia
  • So You Think You Can Dance?
  • Siti Sarah Guna Mandrem Untuk Menang Dalam OIAM?
  • Ujibakat Ewah-Ewah di Sri Pentas Hari Ini dan Esok
  • Awal Ashaari Hos Program Realiti TV Aci Tak Aci
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    Eksklusif Foto : Kad Kahwin Nabil & Zira Tampil Konsep Buku Cerita Dongeng.

    Posted: 20 Sep 2011 11:24 PM PDT

    Nota : OHBULAN! merupakan media online rasmi yang melaporkan perkembangan perkahwinan Nabil & Zira dengan kerjasama Festival Pengantin.

    "Kad Lestari bersyukur apabila dipilih oleh pasangan Nabil & Zira sebagai pereka kreatif untuk kad kahwin yang unik ini. Apa yang unik? Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti," kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.

    "Atas kepercayaan yang diberikan oleh Nabil & pihak Festival Pengantin, pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan 'edisi resepsi' sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku."

    "Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras," jelas Jamil lagi.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Wednesday Lite : Filem Hijab Membuka Mata Kasar, Menerpa Benda Halus.

    Posted: 20 Sep 2011 09:23 PM PDT

    Rafael (lakonan Pierre Andre) merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.

    Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu.

    Teman wanita Rafael, Qiss (lakonan Nur Fathia) yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut.

    Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.

    Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael.

    Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan 'kelebihan' yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya.

    Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada 'sesuatu' turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.

    Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan 'anugerah' itu?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Jom Kita Intip Ruang Khusus Masturbasi di Sebuah Lab Klinik Kesuburan

    Posted: 20 Sep 2011 09:00 PM PDT



    Program bayi tabung dilakukan dengan mempertemukan sel telur dan sperma di laboratorium. Jika pada perempuan sel telur dikeluarkan oleh doktor, laki-laki harus mengeluarkan spermanya sendiri sehingga ada ruang khusus di klinik kesuburan yang disebut ruang masturbasi.

    Di ruang masturbatorium disediakan majalah majalah dewasa dan CD video porno

    Ruang masturbasi yang rasminya bernama sperm collection room merupakan ruang khusus di klinik kesuburan yang disediakan khusus untuk pesakit laki-laki. Sesuai namanya, ruangan ini menjadi tempat untuk mengeluarkan sperma untuk kemudian ditampung dalam botol khusus.

    "Kami menyadari betul, terkadang tidak mudah untuk mengelurkan sperma. Kerana itu kami sediakan ruangan seperti hotel lengkap dengan fasilitinya," ungkap dr Budi Wiweko, SpOG(K) dari Klinik Yasmin Kencana RS Cipto Mangunkusumo (RSCM) pada Detikhealth .


    Ruang khusus masturbasi, boleh menonton filem porno untuk tujuan mengeluarkan sperma

    Untuk melihat fasiliti apa saja yang tersedia, detikHealth berkesempatan mengunjungi sperm collection room alias ruang masturbasi di Klinik Yasmin Kencana RSCM Jakarta. Ruangan tersebut terletak paling hujung, terhubung langsung melalui sebuah jendela kecil menuju ruang penyerahan sperma untuk diperiksa.

    Berbeza dengan ruangan lain yang ada di laboratorium tersebut, ruang masturbasi benar-benar seperti bilik hotel. Dindingnya dihiasi wallpapper oranyge bermotif bunga-bunga, dengan penerangan lampu remang-remang sehingga sama sekali tak terasa kalau sedang berada di laboratorium.

    Fasilitas yang ada di ruangan itu antara lain spring bed berukuran twin yang cukup untuk ditempati
    2 orang, televisyen LCD 29 inchi, DVD player serta 1almari berisi koleksi filem dan majalah khusus dewasa. Di dalam ruangan juga ada bilik mandi, yang boleh dipakai untuk membersihkan diri.


    Kalau di China proses pengeluaran sperma dibantu oleh jururawat klinik.

    Menurut jururawat yang bertugas, tempat tidur yang tersedia cukup untuk ditempati 2 orang kerana kadang-kadang ada pesakit laki-laki yang tidak boleh mengeluarkan spermanya sendiri. Solusinya, pesakit yang kesulitan melakukan masturbasi boleh mengajak isterinya ke dalam ruangan.

    Di dalam ruangan, pesakit laki-laki bebas melakukan apa saja untuk mengeluarkan sperma. Kebanyakan hanya melakukan masturbasi dengan bantuan isteri mahupun menggunakan media berupa DVD dan majalah dewasa yang telah disediakan, namun ada juga yang sampai harus bersetubuh dengan istrinya.

    "Boleh-boleh saja mahu bersetubuh, yang penting setelah itu spermanya harus segera ditampung dalam botol," tambah dr Budi, yang juga menjabat sebagai Manager Unit Pelaksanaan dan Pemasaran INA Repromed di Klinik Yasmin Kencana RSCM.

    Jika spermanya tetap tidak keluar, dr Budi bersama pasukannya akan melakukan alternatif terakhir untuk mengeluarkannya yakni melalui operasi. Jika keluar air mani tetapi tidak ada sel spermanya atau disebut juga azoospermia, maka spermanya juga harus diambil melalui operasi.
    (detikhealth)-dipetik dari ruanghati.com

    Gila..Simpan mayat ibu saudara 89 tahun dalam peti sejuk

    Posted: 20 Sep 2011 08:40 PM PDT


    VIENNA: Polis semalam menemui mayat seorang wanita berusia 89 tahun di dalam peti sejuk bekunya.

    Polis turut mengesahkan, anak saudara wanita berkenaan mengaku memasukkan mayat itu ke dalam peti terbabit.


    Jurucakap polis, Markus Haindl berkata, suspek yang belum didedahkan identitinya mendakwa, ibu saudaranya mati akibat penyakit biasa dan dia tidak melaporkan kematiannya kepada pihak berkuasa bagi membolehkannya memperoleh elaun bulanan si mati.


    Polis masih menanti keputusan bedah siasat untuk memastikan kematian wanita itu di Neuhohofen.Ybbs, kira-kira 100 kilometer ke barat Vienna, tidak membabitkan perbuatan jenayah. - Reuters

    sumber : myMetro

    Turki larang lelaki, benarkan wanita dan kanak-kanak tonton bola sepak untuk benteras keganasan

    Posted: 20 Sep 2011 07:40 PM PDT


    ANKARA: Turki membuat perubahan radikal bagi membanteras keganasan dalam perlawanan bola sepak apabila melarang kemasukan penyokong lelaki dan hanya membenarkan wanita serta kanak-kanak menyaksikan menyaksikan aksi.

    Berdasarkan peraturan baru yang diluluskan Persatuan Bola sepak Turki, hanya wanita dan kanak-kanak bawah 12 tahun dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan secara percuma membabitkan pasukan yang dihukum atas perangai buruk penyokong mereka.
    Fenerbahce mengedar kira-kira 27,000 tiket percuma kepada wanita dan kanak-kanak bagi menyaksikan perlawanan kelab itu menentang Manisaspor di Istanbul. - AP

    sumber : Berita Harian

    Wow...140 bilion gambar dalam Facebook

    Posted: 20 Sep 2011 06:00 PM PDT


    LOS ANGELES: Apabila anda memuatnaikkan gambar ke dalam Facebook, bayangkan angka ini - 140 bilion.

    Itulah jumlah gambar yang terdapat dalam rangkaian sosial popular itu.


    Jumlah itu adalah 10,000 kali lebih banyak daripada katalog gambar yang terdapat di Perpustakaan Kongres, perpustakaan terbesar di dunia.


    Flickr, laman web yang menjadi hos khusus untuk imej dan video, juga ketinggalan dengan 140 bilion gambar yang dimuatnaikkan ke Facebook.

    sumber : myMetro


    Kira-kira 2.5 bilion orang di seluruh dunia memiliki kamera digital.


    Hakikatnya, jumlah gambar yang dirakam setiap dua minit sehari adalah sama jumlahnya dengan gambar yang dirakam pada 1880-an.



    Jika seseorang merakam 150 gambar setahun, ini bermakna 375 bilion gambar diambil secara keseluruhan.


    Lebih 70 bilion gambar dijangka dimuatnaikkan dalam Facebook tahun ini, bermakna kira-kira 20 peratus daripada semua gambar yang diambil akan dimasukkan ke laman itu. - Agensi

    Lawak....Pencuri curi barang dari pencuri

    Posted: 20 Sep 2011 05:40 PM PDT


    Baca judulnya dah buat kita tersenyum, tapi yang pasti ini cerita sebenar. Seperti yang diberitakan Metro.co.uk, 2 orang pencuri meninggalkan kedai perhiasan di Milwaukee dengan membawa hasil curian iaitu wang tunai dan batu permata.

    Sayangnya kedua pencuri itu tak boleh menikmati hasil curian mereka. Sebelum berhasil merayakannya, kedua pencuri itu ternyata juga diincar oleh pencuri yang lain. Dan barang curian mereka dicuri oleh kelompok pencuri lain ketika cuba keluar dari kedai tersebut.

    Menurut Leftnan polis Thomas Welch, kerana kejadian itu timbul perkelahian di jalan sebelum akhirnya kelompok pencuri berhasil lari dengan menggunakan kendaraan dan terjadi kejar-kejaran diantara mereka.

    Untungnya polis berhasil membuat kedua kendaraan itu menepi dan menahan 4 orang termasuk 2 orang pencuri pertama yang berusia 40 dan 31 tahun. Adapun group pencuri yang ke 2 berusia 22 dan 27 tahun. Ke 4 pencuri itu berasal dari Illinois.

    Tapi menurut Leftnan Thomas Welch, para polis tak menemukan wang tunai atau juga perhiasan dan mereka sedang mencari kemungkinan adanya tersangka lain dalam persitiwa itu.

    Keterlaluan perangai pasangan ini

    Posted: 20 Sep 2011 11:01 AM PDT

    dah tak ada perasaan malu dan segan....

    Kesian..Tetangga curi dan robohkan rumah lelaki ini ketika pergi bercuti

    Posted: 20 Sep 2011 10:30 AM PDT

    gambar hiasan

    Seorang lelaki asal Russia kembali dari percutian dan mendapati rumahnya yang 2 tingkat di curi oleh tetangganya sendiri.

    Yuri Knostantinov, berusia 50 tahun yang berasal dari daerah Astrakhan, kembali ke rumahnya dari kunjungannya ke tempat anggota keluarganya.
    Sekembalinya dari tempat percutian ia menemukan rumahnya sudah di robohkan dan semua isi rumahnya di jual. Yang tersisa hanyalah tapak rumah tersebut.

    Ketika polis cuba mencari tahu, mereka menemukan kalau pencurinya adalah seorang tetangga Yuri sendiri. Semua perabot rumah, bahkan batu bata, kerangka-kerangka jendela dan wastafel dapur juga dijual.

    "Seorang tetangga memutuskan mengambilnya sepotong demi sepotong, dan ia mengambilnya untuk bahan-bahan bangunan. Meski begitu, kejadian ini bukanlah yang pertama kalinya. Di daerah-daerah terpencil, hal itu dianggap normal oleh beberapa orang," jelas seorang juru bicara polis.

    Kesian..Bayi Ini Lahir dengan Lidah Terjulur

    Posted: 20 Sep 2011 09:50 AM PDT


    PADANG, KOMPAS.com- Seorang bayi laki-laki lahir dengan lidah terjulur di kawasan Pampangan, Kota Padang, Sumatera Barat. Anak pasangan suami isteri Sartika (23) dan Anton (27) itu lahir pada 5 September lalu lewat prosedur kelahiran normal.

    Hingga Selasa (20/9/2011), bayi itu masih dirawat di rumah sewa yang ditinggali pasangan tersebut. Bayi yang diberi nama Fakri Arrahman itu masih relatif kesulitan menerima susu formula. Sebahagian besar rongga mulutnya tertutup lidah yang menjulur.

    "Saya sempat bawa ke hospital, tapi diminta untuk mengurus dulu jaminan kesihatan," kata Sartika.

    Lurah Pampangan, Syafril, mengatakan, kerana Jamkesda ketika ini sudah tidak ada, pihaknya berupaya mencari bantuan lain melalui Badan Amil Zakat Kota Padang. "Besok (Rabu) pagi, bayi ini rencananya akan dibawa ke RSUP M. Djamil untuk dirawat," katanya.

    Lelaki mengadu bungkusan gula-gula ini terlampau seksi

    Posted: 20 Sep 2011 08:35 AM PDT


    Seorang lelaki Inggris mengeluh tentang pembungkus gula-gula yang 'seksi'.


    Simon Simpkins dari Pontefract menulis kepada Haribo untuk memberikan keluhannya ,mengenai pembungkus gula-gula Maoam, dimana menurutnya pembungkus itu memperlihatkan gambar kartun sebuah jeruk (nipis)lelaki memegang lemon (sitrun/ limau) perempuan dengan pegangan/remasan yang seksi.

    Menurut Simon jeruk nipis itu memiliki wajah yang mengerikan dan tidak enak di pandang kartunnya.


    Pihak Haribo mengatakan mereka tak berfikiran gambar tersebut boleh diinterpretasikan sebagai sesuatu yang seksual dan tak sedar kalau pembungkus itu dilihat seperti itu.

    "Tak ada maksud kalau pembungkus itu dibuat untuk menciptakan gambaran-gambaran seksual," ujar juru bicara Haribo seperti diberitakan Femalefirst.co.uk

    Wow, Datuk Ini Memiliki 50 Anak

    Posted: 20 Sep 2011 07:45 AM PDT


    BRASILIA - Seorang datuk berusia 90 tahun di Brazil menjadi ayah bagi 50 orang anak dari empat orang isterinya yang termasuk adik iparnya sendiri dan ibu mertuanya.Luis Costa de Oliveira yang sudah pencen dari pekerjaannya sebagai seorang petani memiliki 17 anak dari isteri pertamanya yang sudah meninggal dunia.


    Dirinya pun menikah dengan Maria Francisca da Silva, dan memiliki 17 orang anak lagi. Demikian seperti diberitakan Telegraph, Selasa (20/9/2011).

    Yang paling mengejutkan adalah dirinya menikahi adik dari isterinya sendiri, Ozelita Francisca da Silva. Dari pernikahannya dengan Ozelita, Oliveira mendapatkan 15 orang anak. Selain Ozelita, datuk ini juga menjalin hubungan dengan mertuanya sendiri, Francisca Maria da Silva yang berusia 89 tahun. Hubungan Oliveira dengan mertuanya juga menghasilkan seorang anak.

    "Hal yang paling menakjubkan yang pernah diciptakan Tuhan adalah wanita," ujar Oliveira yang tinggal di Campo Grande, Negara Bagian Rio Grande do Norte, Brazil.

    Lelaki berusia 90 tahun itu mengatakan, dirinya sudah memiliki 100 cucu dan 30 cicit. Oliveira bahkan tidak mengetahui nama-nama mereka.

    Isteri kedua dan juga adik ipar Oliveira mengatakan, keramahan Oliveira menjadi rahsia baginya dalam menaklukkan setiap wanita.

    "Dia (Oliveira) tidak pernah berlaku kasar pada kami, dan dia selalu menjaga anak-anak dengan baik," ujar Maria Francisca da Silva.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Ada teknik tampar payudara dan muka untuk kelihatan cantik di Thailand,jom tengok videonya

    Posted: 20 Sep 2011 06:30 AM PDT

    Lelaki ini digelar 'The Hardware Store'kerana doktor jumpa paku,duit syling,tembaga berkarat didalam perutnya

    Posted: 20 Sep 2011 05:45 AM PDT


    Requelme Abanto, lelaki Peru baru beberapa hari lalu harus menjalani pembedahan di perutnya.

    Para doktor di kota Cajamarca memutuskan membedah Requelme setelah mereka menemukan sebuah lubang dalam perut Requelme.

    Namun para doktor di rumah sakit Cajamarca jadi terkejut ketika mengoperasi perut Requelme. kerana dalam perut Requelme terdapat berbagai barang 'berat' seperti paku, duit syiling, kabel tembaga berkarat dan potongan logam, yang mana semua seberat 900 grams.


    "Kami terus berfikir kalau itu kerana radang usus buntu, namum kami begitu terkejut dengan apa yang kami temukan – sebuah lubang di perutnya," ujar Carlos Delgado, dokter bedah.

    "Mereka meengelarku "The Hardware Store' ," ujar Requlme di hospital di daerah Peru bagian utara.

    Menurut Dr. Carlos, para ahli sedang meneliti kesihatan mental Requelme sejak dirinya dalam masa penyembuhan.

    Requelme sendiri adalah seorang pekerja kontrak dan sudah punya kebiasaan makan besi sejak berbulan-bulan. Bahkan kepada televisyen Peru, Channel 9, kemungkinan dirinya bakal melakukannya di hadapan publik sebagai 'olah raga'.

    "Aku menelan 17 paku di bulan Febuari dan tidak mati," ujarnya. "5 inci (12,7 cm), semuanya dalam 1 hari," ujar lelaki26 tahun itu, seperti diberitakan metro.co.uk.-
    sumber : metro.co.uk

    Romantiknya biawak ni

    Posted: 20 Sep 2011 04:00 AM PDT

    Kisah sedih..Bayi Anjing Laut Albino yang Paling Kesepian di Dunia

    Posted: 20 Sep 2011 03:40 AM PDT


    Siapa yang tahu cerita mengenai 'Itik Buruk Rupa'? Kisah seekor anjing laut dari RuSsia ini hampir menyerupai kisah tersebut.

    Lahir dalam keadaan yang 'berbeZa' dengan anjing laut pada umumnya, anak anjing laut ini bahkan tidak mampu memenangkan kasih sayang ibunya.

    Dengan bulu yang berwarna kuning kecoklatan, kaki yang berwarna merah muda, serta mata besar yang berwarna biru dan juling, dia ditinggalkan oleh koloninya, mempertahankan diri demi kelangsungan hidup.

    Menatap kelompoknya yang sedang bermain dari kejauhan

    Fotografer Anatoly Strakhov, 61, menemukan anak anjing laut yang menyedihkan ini sedang bersembunyi di bawah beberapa kayu gelondongan di Pulau Tyuleniy, RuSsia.

    Strakov mengatakan dia tidak bermain dengan para bayi anjing laut lainnya dan terus bersembunyi menunggu kedatangan sang ibu untuk memberinya makan.

    "Begitu aku melihatnya aku tahu dia berbeza, dia memiliki bulu dengan warna yang sangat aneh dan tampak berbeza dari (bulu) kedua saudaranya yang (berwarna) hitam," katanya.

    Strakov mengatakan anjing laut malang tersebut hampir buta dan kelihatannya tidak mungkin untuk boleh bertahan hidup di alam liar.

    Namun, keberuntungan rupanya masih berpihak bagi si bayi anjing laut.

    Strakov bekerja di sebuah perusahaan dolphinarium (aquarium untuk lumba-lumba) di Russia dan akan mengambil anak anjing laut itu untuk dirawat oleh mereka.

    Para ahli mengatakan warna aneh yang dimilikinya mungkin adalah hasil dari akumulasi zat besi pada bulunya.

    Sumber: couriermail

    Demi anak bapa ini sanggup tinggalkan kerja di syarikat insuran dan jadi pelayan di asrama universiti tempat anaknya belajar

    Posted: 20 Sep 2011 02:00 AM PDT


    Seorang lelaki sanggup berhenti dari pekerjaannya di sebuah syarikat indurans untuk bekerja di asrama universiti tempat anak lelakinya menuntut ilmu.

    Alasannya, lelaki itu ingin membantu pembelajaran anak tercintanya di sebuah kampus di Wuhan, Provinsi Hubei, China.

    Dikutip dari Xinhua, Sun biasanya menerima 3.000 yuan dengan bekerja sebagai agen insurans. Namun anak lelakinya mengatakan kepada dia bahawa kehidupan di kampus pascasarjana sangat keras, sehingga membuatnya berfikir untuk menyerah dan tak mahu belajar.

    Khuatir dengan pendidikan anaknya, Sun lalu mengundurkan diri dari pekerjaannya dan menjadi pelayan di asrama kampus universiti anaknya. Jelas bayaran 800 yuan sebagai pelayan yang diterima Sun jauh dibandingkan bayaran dari pekerjaan sebelumnya. Namun itu dilakukan agar anak lelakinya tidak menggantungkan beg dan berhenti dai belajar.

    bk- pening juga dapat anak macam ni

    Remaja perempuan ini tikam lelaki yang mengejek kakinya berbau

    Posted: 20 Sep 2011 01:25 AM PDT


    Seorang remaja Amerika ditahan setelah dengan sengaja menikam dengan pisau seorang lelaki yang mengejek kakinya berbau.

    Dallas Amber Smith, 18 tahun dikhabarkan balas dendam dengan seorang remaja 19 tahun setelah lelaki itu mengejeknya tentang aroma kaki Dallas.

    Dallas pun menikam belakang si lelaki dengan pisau dan menyebabkan salah satu paru-paru si lelaki tak berfungsi.

    Peristiwa itu sendiri terjadi setelah Dallas sedang minum-minum dengan teman-temannya dan kemudian ditentang untuk menanggalkan kasutnya itu Dallas pun melepaskan kasutnya dan si korban diduga mulai mengejek-ngejek kakinya yang berbau.

    Dallas saat ini menghadapi tuntutan penyerangan tingkat 2 dengan menggunakan senjata yang boleh menyebabkan kematian .

    Seks Menyimpang: Nyawa Wanita Ini Melayang Setelah Setubuhi Anjing

    Posted: 20 Sep 2011 12:45 AM PDT


    Selain sia-sia kerana tak mungkin menghasilkan keturunan, hubungan seks antara 2 spesies yang berbeza juga berbahaya bagi kesihatan. Dalam sebuah kes, seorang perempuan tewas setelah disetubuhi seekor anjing gembala. Kes yang terjadi pada tahun 2008 lalu ini menimpa perempuan Ireland berusia 43 tahun yang sudah punya 4 orang anak. Kejadian itu berlaku 7 Oktober 2008, ia melakukan hubungan seks dengan seekor anjing gembala dari jenis German Shepherd yang tubuhnya cukup besar kerana diminta temannya.

    Penyimpangan seks begitu berbahaya baik secara kejiwaan mahupun kesihatan

    Beberapa jam sesudahnya, perempuan yang tidak disebutkan namanya ini mengalami anaphylaxis atau reaksi alergi yang berlebihan. Ia mengalami sesak nafas dengan disertai gejala mirip alergi kacang, namun sangat parah sehingga harus dilarikan ke Mid-Western Regional Hospital di Limerick, Ireland.

    Reaksi alergi yang dialaminya terlalu parah, hingga akhirnya ia sama sekali tidak boleh bernafas. Dikutip dari Thejournal, Isnin (19/9/2011), perempuan ini juga diketahui punya kecenderungan fetish atau perilaku seks yang menyimpang ini akhirnya meninggal dunia.

    Peristiwa tragik ini bermula dari perjumpaannya dengan sesama kaum fetish, yakni seorang laki-laki 57 tahun bernama Sean McDonnell di sebuah forum internet. McDonnell merupakan pemilik anjing gembala yang sekaligus menyuruh si perempuan bersetubuh dengan anjing tersebut. Sebagai pemilik anjing, McDonnell akhirnya diadili dengan ancaman penjara seumur hidup yang hukumannya diputuskan baru-baru ini.

    Penyimpangan perilaku seks yang dialami oleh pasangan ini dikategorikan sebagai parafilia, atau ketertarikan seksual terhadap objek yang tidak wajar. Kerana kebetulan objek yang membuat ghairah seksualnya meningkat adalah binatang, maka penyimpangan ini lebih spesifik disebut zoofilia atau bestiality.

    Ketertarikan seksual terhadap objek lain punya nama sendiri-sendiri misalnya pedofilia untuk yang terangsang oleh anak kecil, atau nekrofilia untuk yang terangsang oleh mayat. Ketertarikan terhadap pakaian tertentu seperti stocking dan skirt mini lebih lazim disebut dengan istilah umumnya, yakni fetish pakaian (clothes fetish).

    Pada pengidap zoofilia, objek yang membangkitkan ketertarikan seksual tidak selalu sama misalnya ada sebagian laki-laki yang suka menyetubuhi angsa. Sementara pada perempuan, zoofilia biasanya melampiaskan ghairah seksnya dengan binatang yang tubuhnya cukup besar misalnya anjing atau kuda.


    Melakukan persetubuhan dengan binatang tentu saja penuh risiko. Tak hanya menyebabkan alergik yang mematikan seperti yang terjadi di Ireland, perilaku ini juga boleh menularkan penyakti-penyakit bersumber binatang yang disebarkan melakui hubungan cairan tubuh misalnya rabies. (detikhealth)

    Lelaki ini terlekat diatas mangkuk tandas

    Posted: 19 Sep 2011 11:45 PM PDT


    Seorang lelaki terlekat dimangkuk atau kursi toilet di sebuah pusat membeli belah setelah seseorang meletakkan gam cepat lengket (super glue) pada kursi/dudukan toilet tersebut.

    Sebuah ambulans dipanggil untuk membantu si lelaki yang berusia 58 tahun itu tergam di atas mangkuk toilet pada Sabtu dalam sebuah mall yang ramai.

    Paramedik berhasil memindahkan dudukan toilet dari toilet dan membawanya ke hospital, dimana para staff medik mempergunakan produk industri untuk melepaskan dudukan toilet tersebut.

    Di Forsyth, ketua pemerintahan setempat mengatakan kalau si lelaki, yang tak beritahu diidentitunya tak mengalami luka, namun malu dengan pengalaman yang dia alami itu.

    Petugas menggabarkan gam itu sebagai Super Glue. Menurut mereka kejadian itu sebuah kejahilan dan menggambarkannya sebagai humor yang sakit.

    Ms Forsyth mengatakan : "Aku muak bahawa seorang lelaki baik-baik harus mengalami hal itu kerana seseorang mengira hal itu lucu. Itu adalah lawak yang sakit," seperti diberitakan Metro.co.uk.

    OMG...Budak tadika curi wang dan barang sekolahnya sendiri

    Posted: 19 Sep 2011 10:25 PM PDT


    Polis di Romania terkejut ketika mereka mengetahui kalau sekolah Tadika kecurian, dan pelakunya adalah oleh murid-murid Tadika tersebut.

    2 orang kanak-kanak yang tak disebutkan namanya itu masih berumur 6 dan 7 tahun dan bersekolah di Tadika Galati. Mereka mengambil beberapa barang milik sekolah seperti wang, pensil dan juga buku mewarna.

    Bagaimana juga mereka boleh masuk?

    Menurut polisi, salah seorang anak mencuri kunci dari dompet gurunya, dan ketika waktu sekolah selesai di petang hari, mereka memulakan aksi mereka.

    Guru Besar sekolah, Lenusa Boubatran, mengungkapkan kalau kedua muridnya tak membuat banyak kerosakan, dan hanya menduga kalau kedua muridnya itu melakukan balas dendam. Sedozen buku mewarna dan buku bacaan mereka buang ke luar saat hujan.

    Salah seorang ibu kepada si anak membela si anaknya dengan mengatakan kalau anaknya tak mengerti tindakan yang ia lakukan.
    "Anakku benar-benar tak mengerti kalau apa yang dia lakukan itu buruk. Dia mengatakan padaku kalau dia pergi ke sana untuk bermain," ujar si ibu seperti yang diberitakan Ananova.com.

    Menurut polis , orang tua murid-murid itu boleh didenda atas tindakan anak-anak mereka.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS