Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


(Gambar) Zoey Rahman Drama Klik! – Risau Tentang Akaun Facebook Palsu

Posted: 19 Jan 2011 01:50 AM PST

Astro Ceria akan menayangkan sebuah drama komedi yang berjudul Klik! pada setiap hari Ahad, jam 10.30 pagi bermula pada 9 Januari 2011 menerusi saluran 611. Zoey Rahman, memegang watak sebagai Haziq yang berusia 16 tahun dan merupakan abang kepada Aminah. Tidak kamceng dengan Redwan (Ariel Zafril), memegang jawatan sebagai pengawas yang kononnya tegas dan berdisplin namun suka menghukum orang yang tidak digemarinya.

Di sidang media drama Klik!, kami berjaya membuatkan Zoey beraksi comel khas untuk pembaca OHBULAN! Menurut Zoey, dia kini sudah mempunyai sebuah website rasmi ZoeyRahman yang baru dilancarkan pada 2 Januari 2011. Kini, Zoey jarang menggunakan Myspace untuk berinteraksi dengan peminat, sebaliknya lebih mudah menggunakan Facebook & Twitter.

Menurut Zoey lagi, dia risau dengan kemunculan sebuah akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai dirinya, iaitu akaun Zoey Fc.

"Saya terkejut kerana akaun tersebut mempunyai gambar-gambar yang saya sendiri tidak ingat daripada mana munculnya. Kadang-kadang, ada peminat yang bertanya khabar, namun dibalas oleh empunya akaun fake ini seperti saya pula yang jawab. Setakat ini, akaun tersebut tidaklah memburukkan apa-apa pasal saya. Cuma saya risau dengan peminat yang percaya bahawa akaun palsu tersebut adalah milik saya," balas Zoey dengan nada gusar.

Enjoice pose comel Zoey Rahman selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lirik Altimet feat. Imran Ajmain – Maafkan Kami

Posted: 19 Jan 2011 08:20 PM PST

Lirik Altimet feat. Imran Ajmain – Maafkan Kami

Sebuah lagu yang mengadaptasi irama Maafkan Kami yang pernah dilagukan oleh Allahyarham P. Ramlee. Cuma lirik lagu ini ditukar untuk mencipta satu kelainan. Begitu juga dengan bahagian part untuk rapping oleh penyanyi hip hop solo terkenal iaitu Altimet, ditambah untuk menambah perisa dan diharap lagu ini boleh dijual di pasaran. Syabas untuk Imran Ajmain dan Altimet. Maafkan Kami sebenarnya adalah luahan hati mereka kepada peminat dan semua pendengar.

[Altimet]
Hello
Cuba teka siapa kembali
Mmm di main sample lagi
Macam lagu dulu pukul 6 pagi
Mereka yang mereka terus sakit hati
Bisik bisik bisik bikin kontroversi
Bukan lagu dia seakan seperti
Lagi si fulan yang itu ini
Tapi dilajukan key lebih tinggi
Jadi mereka menuding jari
Kamu tak kreatif sang pencuri
Tak kamu kurang memahami
Dalam muzik kami inilah naluri

[Imran Ajmain]
Wahai cik abang janganlah meradang
Kami di sini hanya berdendang

[Korus]
Maafkan kami (x8)
Maafkan kami..

[Imran Ajmain]
Wahai cik abang
Bawalah bertenang
Cerita kami bukan temberang

Jadi kami susun sepuluh jari tapi
Tak berani janji takkan sample lagi
Kami makan dulang mari jemput mari
Tua muda bismillah kongsi royalti
Bukan pencuri kami anak seni
Dari bawah tanah diam berisi
Tak perlu tongkat boleh berdiri
Kalau tak sudi kami jalan sendiri
Mari mari kita sama berniaga
Kamu kami kita saya berkarya
Masing-masing tepuk dada tanya selera
Kami tak kisah asal selesa

[Korus]
Maafkan kami (x8)
Maafkan kami..

[Imran Ajmain]
Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami..

Maafkan kami (x 19)

Altimet dan Imran Ajmain juga turut hadir di Party Ulangtahun Budiey.com ke-4 yang diadakan pada 8 Januari 2011 lalu.

Imran & altimet

Imran Ajmain yang makin berisi. Senang hati…

Imran & altimet

Altimet turut menghiburkan pembaca dengan lagu Syukur dan berduet dengan dua orang pembaca bertuah untuk lagu Kalau Berpacaran.

Terima kasih kepada Imran Ajmain dan Altimet kerana sudi hadir.

Kepada pembaca, jangan lupa tonton HIP TV di TV9 malam ini jam 9.30 malam kerana Hip TV akan memaparkan sekitar Party Budiey.com ke-4. Jangan lupa tonton!

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ucapan Selamat Hari Raya dari Imran Ajmain
  • Pemenang Pertandingan Menulis Lirik Lagu Imran Ajmain
  • Imran Ajmain Rakam Lagu Bersama Nabil & Diana Danielle
  • Ucapan Salam Aidilfitri 1430H Dari Imran Ajmain
  • Lirik Seribu Tahun – Imran Ajmain Lagu Emil Emilda
  • Show Imran Ajmain di No Black Tie 19 Mei 2009
  • Imran Ajmain dan Sairah Cover Majalah SUTRA
  • Video Imran Ajmain Nyanyi Lagu Harapan Kecewa
  • Peraduan Hari Kekasih Bersama Imran Ajmain
  • Gambar Cheryl Samad dan Imran Ajmain Program TV Aidilfitri
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Ariel Zafril, Zoey Rahman Drama KLIK Astro Ceria

    Posted: 19 Jan 2011 08:44 AM PST

    Sesi ramah mesra bersama pelakon drama berunsur komedi terbaru di Astro Ceria berjudul KLIK telah berlangsung pada jam 4 petang semalam di Mid Valley.

    Antara pelakon remaja yang terlibat dengan drama terbitan David Teo ini ialah Ariel Zafril, Aren Yunus, Erin Malek, Fifi Natasya, Jorrin atau Chee Ka-Yee dan Wawa Zainal.

    Pelakon Klik

    Drama KLIK ni lebih kurang macam Geng Bas Sekolah versi sekolah menengah. Sentuh pasal Geng Bas Sekolah yang sekarang memasuki musim ke-5 memang mendapat sambutan dan rating pun boleh tahan juga. Sama juga dengan Geng Bas Sekolah, KLIK menampilkan watak-watak remaja di sekolah dengan macam-macam perangai.

    Drama bersiri ini disiarkan mulai 9 Januari 2011 di Astro Ceria saluran 611 jam 10.30 pagi. Bersiaran selama 30 minit dan mempunyai 13 episod. KLIK menceritakan kehidupan sekumpulan remaja yang terdiri daripada remaja sekolah. Konsep KLIK memang santai dan mencuit hati dengan gelagat bersahaja serta mengupas persoalan dalam lingkungan remaja seperti persaingan mendapat tempat terbaik, kemahuan untuk dikenali dan menjadi pujaan ramai.

    Selain kisahnya memberi pengajaran kepada remaja, kisah KLIK ini juga akan menyingkap keindahan dunia remaja pada zaman kini yang biasanya dipandang serong. KLIK bertujuan untuk menyedarkan para penonton bahawa hidup sebagai seorang remaja tidak kira di kota besar atau di pinggar bandar, mereka tetap seorang remaja yang perlu didekati. Menonton drama ini membolehkan kita lebih memahami dan membantu mereka pada masa hadapan untuk sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

    Semua pelakon ada karakter masing-masing. Redwan yang agak nakal dan suka melawak. Ameer yang kononnya tegas dan berdisiplin namun suka menggunakan kedudukannya untuk menghukum orang yang tidak disukainya. Elisya yang bijak dan cantik, Aizat yang merupakan seorang pelajar yang pintar dan agak kelam kabut, Alia pula seorang yang lucu dan sangat suka membantu. Karthik seorang yang tegas. Wawa yang merasakan dirinya hebat dan selalu berlagak diva dan eve pula suka mengampu.

    Pelakon Klik

    Ariel Zafril sebagai Redwan

    Pelakon Klik Fifi Natasya

    Fifi Natasya sebagai Alia

    Pelakon Klik Zoey Rahman

    Zoey sebagai Ameer

    Pelakon Klik Wawa Zainal

    Wawa sebagai Amanda

    Pelakon Klik Jureen

    Jorrin sebagai Eve

    Pelakon Klik Aren Yunus

    Aren Yunus sebagai Aizat

    Pelakon Klik

    Kamal Fariz sebagai Cikgu Shah

    Pelakon Klik

    Pengarah drama

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Dagu Zoey Memang Dagu Asli
  • Gambar Zoey Mengerjakan Umrah di Mekah
  • Zoey Couple Dafi AF5 ?
  • Lapan Suspek Penyebar Video Lucah Ariel
  • Perubahan Wajah Zoey Dulu Dan Kini
  • Video Temuramah Bersama Pelakon Ariel
  • Mila, Zahid, Syawal di Karnival Sukaria Ceria! 2009
  • Ariel Peterpan Meninggal Dunia?
  • Video Temuramah Bersama Ariel: Part 2
  • Siapa Penyebar Video Porno Mirip Ariel Luna Maya
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    aReaL&Celebrity

    sumber :-

    aReaL&Celebrity


    Antonio Vincent, Penyanyi Utama Kumpulan Sweet September Meninggal Dunia.

    Posted: 19 Jan 2011 01:04 AM PST

    Salam 1Malaysia,Salam Takziah Buat Keluarga Antonio Vincent Yang Telah Meninggal Dunia Petang Semalam Dipercayai Akibat Serangan Sakit Jantung Di Rumahnya Di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.. Maybe 80% Daripada Korang Yang Membaca Berita Ini Tidak Mengenali Mendiang, Jadi Aku Story Sikit Kat Sini.. Aku Pon Samar2 Juga Dengan Artis Ni.. Jadi Aku Pon Meminta Pertolongan Google..



    Okey, Antonio Vincent,57 Merupakan Artis Popular Pada Tahun 70-an Dan Merupakan Penyanyi Utama Kumpulan Sweet September.. Kumpulan Sweet September Ini Terdiri Daripada Lima Anggota,Iaitu Ignatius James ,Dean Yusof,Adrian James,Ronnie Ng Lian Seng Dan Antonio Vincent.. Kumpulan Ini Mempunyai 3 Vocalist,Seorang Bersuara Kasar,Satu Bersuara Serak Dan Antonio Vincent Mempunyai Suara Yang Nyaring.. Popular Dengan Lagu "Hatiku Kau Guris Luka".. *Sumpah Aku Ingatkan Pempuan Yg Nyanyi Lagu Nih...*. Seorang Yang Rendah Diri Dan Kelakar.. Digelar "Bee Gees Malaysia" Masa Dulu2.. Apapun.. R.I.P Bro...

    Berita Penuh Kat Bawah Nih.. Klik Buka..

    Spoiler:
    GEORGE TOWN: Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dipercayai akibat sakit jantung.

    Antonio yang popular dengan lagu Hatiku Kau Guris Luka ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.

    Menurut Annie, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap suaminya apabila mendiang berada terlalu lama dalam di dalam bilik air selain tidak menjawab sahutannya.

    "Saya mengesyaki dia mungkin tergelincir atau menghadapi serangan jantung," katanya.

    Gambar kenangan Kumpulan Sweet September.

    Selain isteri, Antonio turut meninggalkan seorang anak perempuan iaitu Rina yang berusia 30 tahun.

    Sweet September dianggotai oleh lima ahli kumpulan tetapi sekarang hanya mempunyai dua anggota iaitu Ignatius James dan Dean Yusof masing-masing bermain piano dan drum.

    Ignatus berkata, kumpulan itu merakamkan lapan album sejak tahun 1982 hingga 1986 termasuk beberapa album kompilasi.

    Selain Antonio, dua anggota lain kumpulan tersebut iaitu Adrian James dan Ronnie Ng Lian Seng telah meninggal dunia masing-masing pada tahun 1996 dan 2009.

    Penyanyi kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam yang mengenali Antonio pada tahun 1969 semasa sedang belajar memberitahu mendiang merupakan individu yang baik rendah diri dan juga kelakar.

    Majlis pengebumian dijangka akan di adakan di Tanjung Bungah, Rabu.


    Kalau Masih Tak Kenal Gak, Maybe Lagu Ni Dapat Membantu...





    Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
    Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

    Air Tin Pepsi Berwajah Dato Siti Dijual Dengan Harga RM2000...!!! WoW...!!!

    Posted: 18 Jan 2011 09:12 PM PST

    Salam 1Malaysia, Berita Baik Kepada Peminat Yang Kaya Raya Dato Siti Nurhaliza.. Jika Korang Salah Seorang "KIPASSUSAHNAKMATI" Dato Siti Yang Gemar Mengumpul Koleksi Setiap Barangan Dato Siti Ni, Korang Boleh La Try Usha Sebuah Iklan Yang Menarik Di Laman Mudah.Com Nih.. Air Tin Pepsi Bertemakan Dato Ini Di Keluarkan Pada Tahun 2000 Kini Mula Di Lelong Di Sana..



    Pemilik Air Tin Pepsi Ini,Ikhwan Abdul Malik Mahu Menjual Koleksi Air Tin Pepsi Dengan Harga RM2000.Pada Yang Yang Tak Berduit *Macam AKu*, Maybe Rasa Mahal Nak Mampos... Tapi... Bagi Mereka Yang Berduit *Macam Dato K* Rasanya Teramatlah Berbaloi Jikalau Memilikinya.. Mana BOleh Cari Lagi Dah Air Tin Ni Kat Mana2.. Jadi, Baik Beli Cepat.. Dato' K,Tunggu Apa Lagiii..? Harharhar..
    Mmm... Zaman Sekarang Nih Kan, Macam-Macam Orang Boleh Buat Duit.. Dengan Hanya Menyimpan Air Tin Selama 10 Tahun, Kini Korang Boleh Menggandakanya Kepada Imbuhan Yang Lumayan... Tak Lama Lagi, Sardin Tin Punya Tin Pon Orang Boleh Jual Gak... kuikuikui... Bak Kata Uncle John *Member Aku* "Kalu Itu Olang Pandai Cakiap, Batu Pon Buleh Jual Hoo..."

    P/s:Aku Suka Simpan Duat Kertas Yang Lama2.. Korang Rasa, Lagi 160 Tahun, Ada Harga Lagi Tak Duit Yang Aku Simpan Nih Haa..???

    P/p/s:Korang Suka Kumpual Apa ? Kumpual Hutang Ek !!!


    Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
    Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    [Ajaib] Kanak-kanak berubah alat kelamin

    Posted: 19 Jan 2011 09:00 PM PST


    Bandung -  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun tiba-tiba berubah kelamin.

    Awalnyanak perempuan sulung pasangan Damin (26) dan Rani Marlinda (23) ini lahir seperti anakyang biasa. Memiliki struktur tubuh seperti anak perempuan. Namun ketika  usia 4 tahun, tumbuh penis di kemaluannya.

    Ditemui di kediamannya,  anak kecil itu sangat manja di pangkuan ibunya. Mungkin kerana malu,sesekali dia menangis. "Anak saya lahir sebagai perempuan. Waktu lahir pun punya vagina. Keanehan muncul ketika berusia 4 tahun. Di celah-celah vagina ada benjolan seperti penis," kata Rani.

    Penis di kelamin , semakin lama semakin tumbuh hingga keluar sekitar 5 cm. Namun untuk buang air kecil, cairan keluar dari lubang kemaluan perempuan.

    "Saya pasrah anak saya mahu jadi lelaki atau perempuan sama saja. Saya ikut keputusan doktor," kata Damin yang datang tak lama setelah kedatangan wartawan di rumahnya.

    sumber : http://www.ngobrolaja.com

    Selepas 3 hari dikuburkan seorang datuk pulang ke rumah

    Posted: 19 Jan 2011 08:17 PM PST

    Penduduk Padang digegarkan dengan peristiwa aneh  kerana ada seorang datuk berusia 75 tahun sudah dikubur boleh hidup kembali.

    Datuk tersebut bernama Faizal (75). Dia dikuburkan pada Sabtu 15 Januari lalu pukul 15.00 ptg. namun pada hari Isnin 18 Januari pada pukul 15.30 ptg tiba-tiba dia pulang ke rumah.

    Faizal tiba di rumah dengan dihantar oleh tentangganya. Keluarga yang sedang mempersiapkan majlis doa tahlil  lari ketakutan melihat datuk itu pulang dihantarkan tetangga.

    Afrizon (35), anak Faizal  bercerita, ketika ayahnya  pulang orang yang datang ke rumah ingin membaca doa bersama langsung lari ketakutan.

    "Mereka takut kerana ayah kan sudah dimakamkan tiga hari lalu," katanya pada okezone

    Kejadian bermula, ketika Afrizon melihat di media ada mayat tak dikenal di rumah mayat RSUP dr Djamil Padang yang ditemukan di Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman.

    "Saya melihat gambar mayat itu mirip bapak saya, dan pada Sabtu kira-kira pukul 02.00 saya datang ke hospital itu dan memeriksa keadaan mayat tersebut, ciri-cirinya mirip dengan bapak saya," tuturnya.

    Ciri-ciri yang meyakinkan mirip dengan bapaknya itu pelipis kiri ada bekas goresan luka, pergelangan tangan kirinya ada jejak patah tulang, serta di celah-celah jari manis dan jari tengah ada peluru yang masih tertanam dan sudah menyatu dengan dagingnya.

    Sementara bahagian dada ada bekas tembakan peluru dan begitu juga di perut ada bekaspembedahan. "Begitu pula wajahnya dan rambutnya mirip dan pakaian yang dikenakan juga sangat mirip, membuat saya percaya bahawa itu bapak saya," katanya.

    Pihak hospital juga tidak memiliki identiti mayat yang ditemukan polis itu, kemudian pada Sabtu g Afrizon bersama saudara lain mendatangi hospital itu untuk memeriksa kembali dan mereka setuju bahawa itu ayah mereka.

    "Pada pukul 14.30 ptg mayat dimandikan dan langsung dikafani serta dibawa ke rumah. Pukul 15.00 ptg mayat yang sudah sampai di rumah langsung di kebumikan di tanah kelurgayang tak jauh dari rumah," ulasnya.

    Sumber : http://news.okezone.com

    Ini ikan atau buaya

    Posted: 19 Jan 2011 07:35 PM PST

    Jika kita diperhatikan gambar diatas, pasti anda akan menjawab itu adalah buaya. Tetapi lihatlah lebih dekat, perhatikan baik baik. Mulutnya panjang dan bergigi tajam. Panjangnya boleh mencapai 3 meter dan berat 100 kg.  Mungkin Ini Buaya Ikan atau Ikan Buaya.Yang mana satu ye???




    giginya dah macam gigi buaya...


    [Gempak] Pergi pejabat naik basikal torpedo

    Posted: 19 Jan 2011 06:25 PM PST

    Gempak betul....saya petik dari kosmo online

    WHITMORE REANS, Britain - Seorang pekerja di sebuah pusat pembangunan basikal, Ian Fardoe mencipta 'basikal torpedo' untuk pergi ke pejabatnya ketika harga petrol meningkat tinggi di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

    Ia dikenali sebagai 'basikal torpedo' kerana bentuknya seperti peluru berpandu torpedo.

    Fardoe yang berumur 39 tahun duduk di dalam basikal torpedo itu yang mempunyai pengayuh dan bumbung serta diberi nama velomobile itu ke tempat kerjanya sejauh 9.65 kilometer dari rumahnya.

    Menurutnya, dia berasa selamat apabila menggunakan kenderaan itu di sebuah lebuh raya di Midlands.

    "Tidak ada kos petrol dan tidak terlalu banyak penyelenggaraan yang perlu dilakukan, Ia hanya diperbuat daripada peralatan basikal," kata Fardoe. - Agensi

    Wanita rosakkkan apartment kerana kekasih melakukan seks dengan wanita lain

    Posted: 19 Jan 2011 05:45 PM PST

    Memang kecewa betul perempuan ni...sampai dia sanggup
    melakukan perkara begini....saya petik dari myMetro

    DUBAI: Seorang wanita yang kecewa bertindak membalas dendam dengan merosakkan apart- men bekas teman lelakinya dan mengancam lelaki itu serta teman wanita barunya dengan pisau.

    Wanita warga Brazil itu yang dinamakan oleh pihak polis sebagai P, dikatakan berang apabila menemui bekas teman lelakinya, warga New Zealand yang dinamakan D, melakukan seks dengan teman wanita barunya, rakyat Britain, juga dinamakan D, pada hari yang sama lelaki itu memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan.

    Polis berkata, P pergi ke rumah bekas teman lelakinya pada awal pagi dan mendapati teman wanita barunya berada di atas katil.

    Menurut polis, P tidak dapat mengawal kemarahannya dan merosakkan apartmen itu.

    Dia kemudian didakwa cuba menyerang bekas teman lelaki dan teman wanita barunya dengan pisau.

    Lelaki itu menelefon polis yang kemudian menangkap ketiga-tiga mereka.

     Menurut polis, mereka kini ditahan di Balai Polis Bur Dubai dan kedua-dua wanita terbabit ditahan di dalam bilik kurungan yang sama. Wanita Britain itu memberitahu polis, dia terlalu takut dan cuba bersembunyi di dalam bilik mandi apabila wanita Brazil berusia 24 tahun itu menyerangnya.

    Polis berkata, kes itu sudah diserahkan kepada pendakwa raya. - GN

    Kanak-kanak 6 tahun di telanjangi oleh 23 rakan sekelasnya

    Posted: 19 Jan 2011 04:00 PM PST

    LONDON - Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menderita setelah disiksa secara fizik dan seksual oleh 23 teman kelasnya. Insiden yang terjadi disebuah sekolah rendah di England telah mengundang kontroversi.

    Menurut laporan The Sun, mangsa setipa hari menerima perlakukan tidak senonoh dari teman sekelas tersebut. Ibu mangsa mengakui jika anaknya sering mendapatkan tindak tersebut dari teman-teman sekelasnya.

    "Amat mengerikan mendengar apa yang telah dia alami. Setiap hari dia ditelanjangi. Tiap hari dirinya mengalami siksaan fizik serta seksual dan setiap hari pula dia menangis meminta pertolongan tetapi tidak ada seorangpun yang mahu menolongnya," kata ibu mangsa.

    Ketika ini pihak berwajib  terus menyelidiki mengapa anak-anak pelaku pelecehan tersebut masih dapat bebas bersekolah.Orang awam ini terus memperhatikan kes yang memasuki proses penyelidikan atas tuduhan pelecehan ini.

    Sementara pihak sekolah dan pihak berwajib setempat menyatakan, jika keseluruhan murid yang diduga terlibat dalam kes ini tidak dapat diproses kerana masih dibawah umur yang ditetapkan untuk bertanggung jawab atas tindakan jenayah.

    Lepas cium yang satu suka ,yang satu lemas

    Posted: 19 Jan 2011 10:01 AM PST


    comel....

    Lelaki Saman Syarikat Jual Gajet Seks yang Gagal Besarkan Saiz "anu"nya

    Posted: 19 Jan 2011 09:30 AM PST

    gambar hiasan

    Di DigitalSpy UK tersiar berita tentang seorang lelaki Kanada telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat kerana mendakwa alat pembesar zakar yang dibeli daripada syarikat itu tidak berkesan.

    Lelaki yang juga seorang ahli bina badan yang hanya mahu dikenal dengan nama "Charles" menyaman Montreal HotGVibe berkaitan dengan pembelian  X4 Extender Deluxe Edition, alat  pembesar zakar pada tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh Examiner .

    Menurut La Voix de l'est, Charles memberitahu mahkamah bahawa dia telah menggunakan alat tersebut untuk tempoh masa lebih daripada 500 jam sebelum "berputus asa" kerana mendapati alat itu gagal memberikan kesan seperti yang dihajat.

    Kata Charles, "Oleh sebab saya ahli bina badan, tubuh saya membesar dan saya mahu "anggota" badan yang lain juga membesar."

    Plaintif menuntut sebanyak AS274 (RM825) untuk ganti rugi alat, selain menuntut AS523 (RM1575) untuk kerosakan moral dan punitif.

    Apabila diminta menggambarkan perasan menggunakan alat itu, Charles mengatakan, "Penggunaannya sangat menyakitkan - rasa sesak nafas."

    sumber : www.duniacacamarba.blogspot.com

    Pelajar universiti ini rela dinikahi lelaki mana saja asal biayai pengubatan temannya

    Posted: 19 Jan 2011 08:15 AM PST

    Seorang gadis di negara China bersedia menikah dengan lelaki mana saja asal mahu membiayai pengubatan teman sekelasnya yang sedang sakit. Berminat? Dan Dan, nama gadis berusia 22 tahun tersebut. Dia adalah mahasiswi sebuah universiti di Deshou, Shandong, China.

    Melalui internet, dia mengumumkan Zhang Yuemei didiagnosa doktor mengidap encephalomyelitis, semacam radang otak. Yuemei juga menderita gangguan pada tulang belakang.

    Menurut Dan Dan  , keluarga Yuemei tidak punya wang untuk berubat. Sementara kesihatan teman perempuannya itu semakin memburuk.

    "Orang tuanya hanya seorang petani. Mereka tidak sanggup untuk membiayai kos pembedahan yang cukup tinggi dan biaya perawatan setelah pembedahan," tutur Dan Dan.

    Dan Dan pun ingin berbuat sesuatu agar nyawa temannya itu dapat diselamatkan. Dia akan menerima lamaran lelaki mana pun yang bersedia menanggung kos pengubatan Yuemei. Jumlahnya 15 ribu poundsterling .

    Usaha yang dilakukan Dan Dan juga mendapat kritikkan. Dia dianggap memanfaatkan keadaan temannya untuk mencari lelaki kaya. Namun, pihak Jinan Qilu Hospital, tempat Yuemei dirawat, menyokongnya

    Perut perempuan yang sungguh mengerikan

    Posted: 19 Jan 2011 07:36 AM PST

    Perut orang pastilah bentuk nya beza-beza, masing-masing punya keunikan nya sendiri. Banyak yang  makan baik di rumah mahupun di restoran, perutnya biasanya buncit. Bagi yang suka beresnam terutama ke fitness, biasanya perutnya langsing. Apapun perut anda, pasti anda tidak pernah terbayang bagaimana kalau perut anda akan seperti ini...


    Kalendar Mc Donalds yang patut kita tengok

    Posted: 19 Jan 2011 06:00 AM PST















    Sanggup tunggu anjing berak selama 3 hari untuk dapatkan semula berlian

    Posted: 19 Jan 2011 05:25 AM PST

    Aneh. Itulah manusia, apapun akan dilakukan demi wang, sanggup menunggu seekor anjing berak selama 3 hari 3 malam  agar tidak kehilangan sebuah berlian yang sangat mahal dimana berlian tersebut sudah tidak sengaja telah ditelan  oleh anjing itu.

    Inilah bentuk berlian 3 karat yang tertelan anjing tersebut

    Kejadian berlaku ketika George Kaufmann yang memang biasanya selalu mengajak anjing peliharaannya  dari jenis golden retriever bernama Solie ke kedai perhiasan Robert Bernard Jewellers di Rockville Maryland Amerika Syarikat.  Dalam sebuah urusan bisnes berlian  Mr Kaufmann dan rakan perniagaannya Robert Damarr  bertemu untuk membicarakan perkembangan perniagaan berlian mereka terutama dalam masa krisis kewangan global .

    Mereka duduk berbincang dengan serius tentang  masalah dan peluang di bisnes berlian. Semasa  perbincangan  sebuah batu permata berlian 3 karat senilai kurang lebih USD 20.000 jatuh kelantai dari meja.

    Solie anjing Golden-retrieve yang menelan batu permata mahal

    Berlian yang mahal tersebut tepat jatuh disamping Solie anjing setia yang selalu ikut majikannya itu.  Solie kemudiannya memakan berlian itu. Para pengusaha berlian berasa panik melihat kejadian tersebut yang berlangsung sangat cepat. tanpa boleh berbuat dan sempat mencegah. Akhirnya  anjing pun dibawa ke doktor haiwan.

    Dokter haiwan pun memberikan saranan bahawa cara mengeluarkan berlian tersebut iaitu secara semulajadi dimana berlian dibiarkan keluar dengan sendirinya ketika Solie berak dan mereka harus meneliti serta mencari berlian mahal tersebut dalam kotoran Solie. Mereka harus bersabar menunggu hingga 3 hari, setiap gerak geri Solie yang akan berak langsung dijaga kerana takut berlian tercicir dan hilang.

    Pada hari ketiga berlian itu keluar dari perut anjing itu melalui berak dan tuan anjing itu pun membersihkannya dan memulangkan semula kepada tuan punya berlian.-ruanghati.com






    Nak tahu kenapa ada poket kecil di setiap seluar jeans

    Posted: 19 Jan 2011 04:26 AM PST

    Jeans pertama kali dibuat di Genoa, Italia tahun 1560-an. Jeans biasa dipakai oleh angkatan laut. Seluar yang biasa disebut orang Perancis dengan "bleu de GĂ©nes", yang bererti biru Genoa ini, meski pertama kali diproduksi dan dipakai di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, lelaki yang mencuba mencari nasib di San Francisco sebagai pedagang pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

    Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah tenda yang terbuat dari kain kanvas. Kain  ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa celana dan dijual kepada para pekerja lombong emas. Ternyata mereka menyukainya kerana tahan lama dan tak mudah koyak. Kemudian Strauss menyempurnakan jeansnya dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang oleh Strauss diubah menjadi "Blue Jeans".

    Akhirnya kerana para pekerja sangat menyukai jeans buatannya ini, mereka menobatkan seluar ini sebagai seluar rasmi mereka. Para pekarjag emas itu menyebut seluar Strauss dengan sebutan "those pants of Levi`s" atau "seluar Si Levi". Sebutan inilah yang mengawali cap dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.
    Naluri bisnes Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan fabrik seluar jeans pertama. Dan produk design mereka yang pertama adalah "Levi's 501".
    Alasannya:

    Produk design pertama memang dikhususkan bagi para pelombong emas. Seluar ini memiliki 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan.
    Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya. Tetapi saku kecil ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil. Meski kini jeans diproduksi dalam berbagai cap dan bukan hanya untuk para pelombongg, tetapi saku kecil itu masih tetap ada. Tentu saja sekarang fungsinya sekarang tidak lagi digunakan sebagai tempat menyimpan butiran emas.

    sumber : ceriwis.u

    Aksi penunggang BMX yang buat orang maki dia

    Posted: 19 Jan 2011 03:00 AM PST


    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Awek yang tak pernah tutup mulut bila bergambar

    Posted: 19 Jan 2011 02:00 AM PST










    kesian dia...


    Mari kita tengok cara seorang lelaki mencuri laptop

    Posted: 19 Jan 2011 01:20 AM PST








    sumber : stomp.com.sg

    ini ceritanya....

    A man was caught on CCTV stealing a laptop in a restaurant, even though the owner was close by.

    The thief can be seen using his feet to drag the bag by its strap towards him, before stealing the laptop inside.

    STOMPer Rachel, who saw the video online, said that the incident happened in a restaurant in Manila.

    Another STOMPer Hannah, who also saw the video, said:

    "Watch how this sneaky guy stole a laptop in a restaurant, right under the nose of the owner.

    "Next time you eat in public, beware of your belongings and keep them close to you and within sight.

    "Nothing is too big to be stolen...not even a laptop."

    Sudah 10 tahun wanita ini tak duduk

    Posted: 19 Jan 2011 12:31 AM PST

    Sejak sepuluh tahun lalu,  duduk menjadi sesuatu yang sangat menyiksa bagi Angela Whitbread. Sebuah kesenangan kecil yang kita anggap biasa ini bagaikan anugerah impian yang tak boleh lagi dimiliki wanita ini.

    Penderitaan ibu beranak satu ini bermula sejak Januari 2000. Ketika itu dia menjalani histerektomi total. Malangnya, setelah pembedahan, dia merasa sakit dan rasa terbakar hebat pada pinggul, punggung bawah dan paha atasnya.

    Angela hanya boleh berdiri tegak atau berbaring untuk menghindari rasa sakit tersebut. Sejak 'penyakit saraf ini menimpanya, dia mengaku banyak kehilangan waktu bersama anak perempuannya, Francesca, 14.

    "Yang saya inginkan adalah boleh pergi menonton filem bersama anak saya. Tetapi saya tidak dapat berdiri di panggung wayang," ujarnya, seperti dikutip dari laman The Sun.

    Angela, 57, bersama suaminya, Keith, 63 berusaha memperoleh pengubatan untuk meredakan rasa sakit namun tak banyak membantu. "Saya keluar-masuk hospital selama 10 tahun dengan kerusi kereta yang selalu diturunkan agar saya dapat berbaring."

    Hingga kini, Angela dan keluarganya terus berusaha memperolehi pengubatan yang tepat untuk mengurangi deritanya.-(link)

    [Seram] Kerana cinta sejati sanggup bergambar dengan mayat isteri

    Posted: 18 Jan 2011 11:30 PM PST

    image
    lelaki ini sanggup bergambar dengan mayat isterinya kerana terlampau cintakan isterinya

    JOM GEGAR BLOG

    Posted: 18 Jan 2011 11:07 PM PST

    segmen Ben Ashaari ...JOM GEGAR BLOG
    NAK JOIN KLIK 

    Dua kanak-kanak boleh melihat kerana budak comel ini

    Posted: 18 Jan 2011 10:40 PM PST

    Dua orang kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) boleh  melihat dengan normal. Ini berkat sumbangan kornea mata milik seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa tembakan brutal di Kota Tucson, Arizona.

    Nyawa kanak-kanak sembilan tahun bernama Christina Green itu tidak bioleh diselamatkan. Namun, sepasang mata indah yang dia miliki kini berjasa membantu dua anak lain, yang menderita gangguan penglihatan.

    Menurut orang tua Christina, John Green, lembaga Donor Network of Arizona berhasil melakukan pembedahan kornea mata yang diambil dari mayat anaknya. "Saya sangat teruja bahawa organ tubuh anak saya ternyata berguna bagi orang lain," kata John .

    Bersama isterinya, John, memutuskan untuk menyumbangkan sepasang mata anak mereka kepada yang memerlukan. "Ini merupakan sumbangan dari anak comel kami," kata John yang belum boleh melupakan kesedihannya.

    Sementara itu, Donor Network of Arizona menolak memberitahu siapa dua anak yang menerima derma kornea mata dari Christina, kerana prinsip kerahasiaan.

    Christina merupakan korban termuda dari penembakan brutal oleh seorang pemuda kurang waras di Tucson, Sabtu, 8 Januari 2011. Dalam tragedi itu, Christina termasuk dari enam orang yang mati dan 13 lainnya cedera, termasuk seorang anggota DPR Gabrielle Giffords.

    Menurut John, anaknya, yang baru naik kelas tiga dan sangat tertarik dengan politik. Itulah sebabnya dia ingin bertemu dengan Giffords, yang sedang berkunjung ke wilayahnya.

    Namun kerana seorang pemuda Jared Loughner itu menimbulkan kesedihan bagi ramai orang, termasuk John dan isterinya. John tidak menyangka peristiwa itu membuat dia berpisah selamanya dengan Christina.

    Gadis cantik itu lahir pada 11 September 2001, tarikh yang menjadi sejarah kelam bagi AS ketika pesawat-pesawat  menghancurkan kompleks Menara Kembar World Trade Center dan sebahagian  Pentagon. Rakyat "

    Itulah sebabnya, ketika berlangsung pemakaman Christina,pada  13 Januari 2011, dikibarkan pula sebuah bendera besar AS yang ditemukan dari runtuhan World Trade Center.

    "Saat melihat bendera 9/11 pada penguburan itu, kami tahu bahawa Tuhan ketika itu bersama dengan kami, dan Christina kini sudah di tempat yang baik," kata John.
    VIVAnews

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS