Adsense

Rabu, 24 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Gambar : Fauziah Latif & Linda Onn ‘Garang’ Dengan Motor Berkuasa Tinggi

Posted: 24 Aug 2011 09:16 PM PDT

Home > Pictures > Gambar : Fauziah Latif & Linda Onn 'Garang' Dengan Motor Berkuasa Tinggi

Kami kagum dengan kehebatan kedua-dua selebriti popular, Fauziah Latif & Linda Onn yang muncul dengan segerombolan konvoi motor besar demi meraikan anak yatim sempena program Yok Sahur anjuran portal Murai, baru-baru ini.

Kalau tak silap, Linda Onn menunggang motor Ducati Monster 796 yang berharga sekitar RM80 0000. Satu harga yang agak mahal, namun ia mampu memberikan kepuasan kepada mana-mana penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Enjoice gambar eksklusif Linda Onn & Fauziah Latif selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
More in Pictures (1 of 599 articles)

Amyza Adnan Nafi Ada ‘Anak Ikan’.

Posted: 24 Aug 2011 08:50 PM PDT

"15 tahun berlakon, inilah kali pertama saya diberikan kepercayaan untuk memegang watak sebagai pengarah dalam filem Jidin Sengal," kata Amyza Adnan yang ditemui di Studio Outloud, Damansara Perdana, Jumaat lepas.

"Apakan tidak, selama ini saya yang mengikut arahan. Kali ini, saya kena beri arahan pula. Walaupun sudah biasa di set pengambaran, namun pengalaman sebagai seorang pengarah memang satu tugas yang mencabar. Dalam filem ini, saya mempunyai karakter sebagai pengarah yang garang, kena mengarahkan pelakon-pelakon ekstra yang bersikap diva. Insyallah, filem ini akan ditayangkan pada awal tahun 2012, andai kata tiada aral melintang," jelas Amyza Adnan kepada OHBULAN!

"Perkembangan saya sekarang adalah aktif membuat pengacaraan, selain itu turut menerima jemputan sebagai penyanyi di majlis makan malam. Ya, saya tahu ramai yang terkejut mengenai cerita nyanyian ini. Tapi, ia lebih sekadar memenuhi kehendak klien semata-mata.

"Sebelum ini saya pernah nak keluarkan single. Namun, apabila sudah selesai rakaman lagu, cerita lain pula timbul. Funder yang sepatutnya membantu saya melancarkan single berkenaan telah melarikan diri. Jadi, saya terpaksa kuburkan impian itu seketika," kata Amyza Adnan dalam nada kecewa.

Amyza Adnan turut menceritakan serba sedikit isu 'anak ikan' yang dibangkitkan oleh sebuah program hiburan tv, beberapa bulan lepas.

"Mengenai cerita kononnya saya mempunyai 'anak ikan' seperti yang dipaparkan dalam sebuah program hiburan tv tu, memang saya tahu siapa yang buat kecoh. Sebenarnya, saya dengan lelaki itu telah dilantik sebagai duta perfume. Disebabkan kerap bersama, ada individu yang cemburu sehingga membuat cerita yang bukan-bukan mengenai kami berdua.

"Mula-mula, saya terkilan juga dengan insiden itu. Lepas tu, saya anggap macam tiada apa-apa. Nasib baik suami seorang yang amat memahami kerjaya saya. Jadi, jangan dilayankan sangat cerita remeh-temeh seperti ini," kata Amyza Adnan sekaligus menafikan spekulasi 'anak ikan'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Majlis Berbuka Puasa Faizal Tahir & Rockensteiners

Posted: 24 Aug 2011 05:10 AM PDT

MAJLIS IFTAR ROCKENSTEINERS CLUB BERSAMA FAIZAL TAHIR & RUMAH AMAL KASIH BESTARI

Rockensteiners Club (RC), Kelab Peminat Rasmi Faizal Tahir (FT) telah menganjurkan Majlis Iftar Rockensteiners Club Bersama Faizal Tahir dan Rumah Amal Kasih Bestari (RAKB) pada hari Jumaat, 19 Ogos lalu bertempat di Tiara Rini Ballroom, The Royale Bintang The Curve, Mutiara Damansara. Majlis bertujuan merapatkan silaturrahim sesama peminat serta meraikan 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bestari. Selain itu dua buah tabung sumbangan telah diedarkan bagi diserahkan kepada RAKB dan kemanusiaan Konvoi Aqsa2Gaza2, anjuran Aqsa Syarif.

Faizal Tahir

Majlis yang berlangsung dalam suasana yang amat meriah ini telah mendapat tajaan dari The Royale Bintang The Curve, Dutch Lady, SG Men, Kumpulan Media Karangkraf, Cake Studio, The 8 Unit dan Monkey Bone. Ia telah diacarakan oleh Anas Tahir dan Alif Azfar. Seramai 140 jemputan khas dan peminat telah hadir. Antara tetamu khas yang hadir pada majlis itu adalah Ahmad Izham Omar, Audi Mok, Omar K, Jennifer Thompson, Jacynta Au-Yong serta wakil penaja Dutch Lady, Kumpulan Media Karangkraf dan Cakes Studio. Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan alu-aluan dari pengacara majlis serta wakil Rockensteiners Club. Sejurus selepas itu Faizal Tahir menyampaikan bacaan doa manakala Anas Tahir melaungkan azan bagi menandakan masuknya waktu berbuka puasa dan solat maghrib. Royale Bintang Hotel menyajikan hidangan buffet berbuka puasa yang menarik untuk santapan mereka yang hadir.

Selepas hadirin menunaikan solat maghrib disamping menjamu selera, pembuka tirai persembahan pada malam itu merupakan sebuah persembahan daripada sekumpulan peminat Faizal Tahir yang menggelarkan diri mereka sebagai Semesta Sisters. Mereka telah menyampaikan lagu "Bencinta" dengan iringan alunan keyboard. Majlis turut diselang-selikan dengan cabutan nombor bertuah yang mana hadiahnya ditaja oleh SG Men, The 8 Unit dan Monkey Bone. Seramai 5 orang peminat bertuah telah berjaya memenangi cabutan tersebut. Disamping itu, beberapa peminat terpilih juga berpeluang menujukan ucapan khas kepada Faizal Tahir yang berada di hadapan pentas.

Seterusnya hadirin dihiburkan oleh artis jemputan pada malam tersebut iaitu Iqa (Mentor) dan Zizan. Iqa yang kini bernaung di bawah label KRU Studios menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagu tribute untuk Faizal Tahir, "Sampai Syurga" dan single beliau sendiri, "Di Penghujungnya". Zizan pula berjaya mencuit hati hadirin dengan aksi dan lawak jenakanya yang bersahaja. Anak-anak RAKB juga telah berjaya memukau hadirin dengan sebuah persembahan khas alunan nasyid yang sunguh merdu dan mengasyikkan. Sesungguhnya anak-anak ini memang berbakat walaupun rata-rata mereka baru berumur 12 tahun ke bawah.

Acara diteruskan lagi dengan persembahan istimewa daripada Faizal Tahir dan The Royale FT Force. Faizal telah menyampaikan lagu dendangan asal Ebiet G. Ade berjudul "Berita Kepada Kawan", "Hanyut" dan "Selamat Malam". Menurut Faizal, persembahannya pada malam itu merupakan persembahan eksklusif untuk RC dan anak-anak RAKB kerana dia kini sedang berehat dari menerima sebarang jemputan nyanyian pada Ramadhan dan Hari Raya kali ini. Bagi menjadikan majlis lebih sempurna Faizal,

Azfar, Anas dan Iqa berkolaborasi menyampaikan lagu "Selamat Hari Raya" sebagai persembahan penutup.

Acara kemuncak pada malam tersebut adalah penyampaian sumbangan ikhlas duit raya dari Faizal dan penaja iaitu Cakes Studio serta 'goody-bag' kepada anak-anak RAKB yang ditaja Ducth Lady dan Kumpulan Media Karangkraf. Sumbangan-sumbangan tersebut disampaikankan sendiri oleh Faizal dan dibantu oleh wakil RC. Sebanyak RM 1,700.00 berjaya dikumpul menerusi kutipan tabung yang diedarkan sepanjang majlis berkenaan untuk disumbangkan kepada Rumah Amal Kasih Bestari dan misi kemanusiaan Konvoi Aqsa2Gaza2, anjuran Aqsa Syarif.

Terima kasih sekali lagi kepada penaja utama kami iaitu The Royale Bintang The Curve kerana sudi menjadi penaja bersama untuk majlis ini. Tidak lupa juga, terima kasih diucapkan kepada penaja –penaja hadiah dan 'goody-bag' yang diedarkan kepada para hadirin pada malam itu, iaitu Dutch Lady, SG Men, Kumpulan Media Karangkraf, Cake Studio, The 8 Unit dan Monkey Bone. Mudah-mudahan dengan izin Allah, dapat lagi kita bersua di masa-masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • VIDEO BOB NYANYI LAGU RAYA DI MAJLIS BERBUKA BLU INC
  • Shamsul@Bazaar Ramadan TV3
  • Jom Berbuka Puasa Bersama Tv9
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa Astro 2011
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Senarai Program Menarik di RTM Sempena Merdeka Raya

    Posted: 24 Aug 2011 04:38 AM PDT

    LEBIH 100 PROGRAM KHAS MENARIK TEMUI PENONTON DAN PENDENGAR SETIA RTM SEMPENA AIDILFITRI, HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA

    KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Bertemakan "Rayakan Merdeka", Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun ini menghimpunkan lebih 100 program khas menarik di tiga saluran TV merangkumi TV1, TV2 dan TVi serta radio-radionya sempena sambutan Aidilfitri, Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang disambut sepanjang Syawal 1432H.

    Menjelang raya pada 29 Ogos hingga 16 September 2011, penonton diajak menyaksikan variasi program-program khas disediakan. Jumlah program Raya ; TV1 menyediakan 58 program, TV2 dengan 30 program dan TVi menyajikan 12 program kesemuanya.

    Manakala program Merdeka pula menjanjikan 5 program di TV1, 7 program di TV2 dan sebuah program menerusi TVi. Tidak ketinggalan 3 program istimewa dalam meraikan Hari Malaysia.

    Tahun ini TV1 tampil dengan tagline "Syawal Dirai, Merdeka Dihayati" manakala TV2 pula bertemakan "Ceria Raya Merdeka". Tidak ketinggalan tahun ini juga menyaksikan TVi juga bakal menghiburkan penonton sepanjang perayaan ini dengan tagline "Setulus Perjuang Seindah Lebaran".

    MENJELANG RAYA (29 OGOS 2011 / ISNIN)

    Perutusan Khas Y.A.B Perdana Menteri yang disiarkan jam 9.00 malam mendahului siaran program khas Aidilfitri menjelang Raya pada 29 Ogos 2011 (Isnin) dan disusuli dengan laungan Gema Takbir, jam 9.30 malam di TV1.

    Menarik di saluran TV2 ; telemovie Puasa Terakhir, jam 12.30 tengah hari lakonan hebat Wan Maimunah, Ako Mustafa, Elly Mazlein, Heryanto, Shahrolnizam, Salina Salibi dan Siti Elizad yang mengisahkan Mak Ani yang dilupakan oleh anak-anaknya dan diletakkan di sebuah rumah jagaan orang tua. Keinginannya untuk bersama anak-anaknya dalam menyambut Ramadan menjadi kenyataan apabila Jamal, seorang sukarelawan menjemput anak-anaknya untuk berbuka bersama. Hakikatnya kesempatan itu adalah yang terakhir bagi mereka.

    Ceriakan Aidilfitri anda pada malam raya menerusi saluran sama dengan program Raya Sama-Sama secara langsung jam 10.00 malam. Program ini menampilkan pengacara Saiful Apek, Adibah Nor, Linda On dan Jep Sepah berkongsi ucapan raya di studio di samping mengundang Sepah, Sarah Raisuddin, Shila Amzah, Tomok, Black, Kristal, Farahwaheeda dan Wakaka Crew. Aizat, Tomok, Sharifah Aini, Faizal Tahir dan Misha Omar.

    Pastikan juga anda meluangkan masa berkongsikan kemeriahan sambutan menjelang raya dengan program disiarkan TVi berkonsepkan temubual serta ucapan raya orang ramai, personaliti dan warga RTM bertajuk Bingkisan i, jam 11.05 pagi. Program ini menampilkan pengacar Sonic dan Mimie Ibrahim (DJ KLfm) di samping mengundang artis ; Mila, Amir Sofaz dan Ernie Zakri.

    takbir raya bersama-sama di Morocco

    RAYA PERTAMA (30 OGOS 2011 / SELASA)

    Awal pagi 1 Syawal 1432H diraikan TV1 dengan menyiarkan Siaran Langsung Solat Sunat Aidil Fitri dari Masjid Negara mulai jam 8.00 pagi dan kemudiannya sebelah malam pula jam 11.30 malam penonton berpeluang menyaksikan Solat Sunat Aidil Fitri dari Masjidil Haram.

    Tayangan filem dan telefilem istimewa dari pagi hingga malam bersama Panggung Raya memeriahkan Raya Pertama dengan empat telefilem khas bermula dengan Shah Rukh Khan Malaysia pada jam 9.00 malam di TV1 lakonan Iqram Dinzly, Intan Ladyana, Afzan Abdul Rahman, Noor Hashimah, Mohd Yusmanja, Mohd Zaidin dan Widyawati. Drama komedi ini mengisahkan pemuda bernama Shah Rizal yang sangat meminatidan taksub dengan filem-filem Hindustan terutama Shah Rukh Khan dan sering mendengar lagu-lagunya. Minatnya yang mendalam terhadap filem dan lagu Hindustan membuatkannya lupa tentang tanggungjawabnya sebagai anak dan pelajar.

    Di saluran sama turut menyiarkan telefilem Panggung Raya : Hero Desa, jam 2.00 petang memaparkan plot tercetus dalam sebuah produksi yang menjalankan penggambaran di sebuah kampung terpaksa mencari pelakon bidan terjun setelah pelakon asal menarik diri saat akhir. Setelah ujibakat diadakan, Ramli (Danny X Factor) seorang yang lurus bendul telah terpilih. Kehadiran heroin terkenal Lia Sandra (Julia Ziegler) menyebabkan hubungan Ramli dengan teman baiknya (Airis Yasmin) terganggu.

    Menyusul telemovie menarik di TV2, Berakhirnya Satu Penantian, jam 2.00 pagi yang mengajak penonton menghayati kisah seorang ibu lakonan Fauziah Nawi yang sentiasa merindui kepulangan anak tersayang yang terpisah jauh sejak sekian lama. Berkat doa dan kesabaran ibunya telah berjaya menginsafkan anaknya untuk pulang kepangkuannya. Turut membintangi drama ini Jalil Hamid, Fizz Fairuz, Ayu Raudhah, Eizlan Yusof dan Rozita Che Wan.

    Nantikan juga siaran telefilem Raya Sakan, jam 5.05 petang menerusi TVi mengisahkan konflik yang berlaku dalam senuah keluarga dalam membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman berhari raya.

    Sementara itu penonton TV2 berpeluang menyaksikan slot Movie Raya dengan tayangan filem Setem disiarkan jam 10.30 malam khas tontonan seisi keluarga yang membariskan pelakon hebat Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Que Haidar, Bront Palare dan Rashidi Ishak.

    Seterusnya rancakkan Aidilfitri pertama dengan keseluruhan 3 program hiburan bermula di TV2 dengan program terbitan Unit Hiburan TV yang menggandingkan dua diva yang masing-masing miliki ramai pengikut bertajuk Sensasi 2 : Ramlah Ram & Alyah pada jam 9.00 malam yang menyampaikan lagu popular masing-masing.

    Stesen TVi tidak kurang meriahnya dengan tayangan program i Bagus Ba Khas Raya, pada jam 9.00 pagi dan Ha Ha Ha Raya Gitu, jam 9.00 malam. Menariknya i Bagus Ba Khas Raya sebuah persembahan khas radio Sabah fm secara langsung.

    Program-program majalah dan dokumentari di TV1 menyusul kemudiannya dengan dua program khas tonggak RTM yang sememangnya popular sepanjang Ramadan dan disiarkan episod khasnya Aidilfitri ini ; Ketuk-Ketuk Syawal disiarkan jam 12.00 tengah hari yang mengundang pelawak Ebby Yus dan Achong menunjukkan kemahiran mereka memasak.

    Penonton kemudiannya diajak menyaksikan program Syahadah Khas Raya, jam 7.01 malam yang menjalani penggambaran di Maghribi di mana turut dirakamkan momen indah melaungkan takbir Raya bersama kedutaan dan rakyat Malaysia di sana.

    RAYA KEDUA (31 OGOS 2011 / RABU)

    Dalam menyemarakkan sambutan Merdeka yang bakal tiba seiring dengan Aidilfitri tahun ini, RTM menyiarkan telemovie Bunga Raya Untuk Su Tin lakonan Wan Hanfi Su, Louisa Chong dan Maimun Talib, jam 12.30 tengahari di TV2.

    Ceriakan Raya Kedua dengan tayangan sebuah filem popular di mana TV1 menyiarkan filem Papadom lakonan berkesan Afdlin Shauki bergandingan dengan artis remaja Liyana Jasmay pada jam 9.00 malam.

    Jalinan terus dieratkan antara Raya dan Merdeka dengan menyiarkan program-program hiburan TV2 yang mengajak penonton berhibur dengan Candawara Khas Raya : Aktif 5 Raya pada jam 4.30 petang dan hiburan menarik Sensasi 2 : Misha Omar & Tomok, jam 9.00 malam.

    Candawara Khas Raya : Aktif 5 Raya, program berteraskan muzik di samping menerapkan unsur humor yang mengetengahkan artis Rina Azhar, Memey Suhaiza, Kilafairy, Izwan Pilus, Iqram Dinzly, Diana Amir, Adie 6ixth Sense, Mus May dan Nurul.

    Sementara itu TVi pula berkongsi pentas Konsert Rockustika Rock Selamba, jam 9.00 malam yang menampilkan empat kumpulan rock ; Khalifah, Kristal, Terra Rossa dan Royce termasuk pemain gitar Rosli Muhalim sempena Aidilfitri yang mendapat kerjasama daripada stesen radio Muzik fm sebelum menyusul kemudiannya program Bintang Kecil Peringkat Negeri Sabah pada jam 9.00 malam.

    RAYA KETIGA (01 SEPTEMBER 2011 / KHAMIS)

    Kemeriahan sambutan Aidilfitri ketiga di RTM diteruskan dengan program-program hiburan Bersama penyanyi nombor satu negara, konsert sempena 15 tahun Dato' Siti Nurhaliza dalam industri seni ; CT 15 pada jam 11.05 pagi dan luangkan masa juga berhibur dengan Sensasi 2 : Datuk Jeffreydin & Mas Idayu pada jam 9.00 malam menerusi TV2.

    Sementara itu hiburan di TVi diteruskan dengan program Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah pada jam 4.05 petang.

    Saksikan kemudiannya tayangan filem V3 Samseng Jalanan lakonan Farid Kamil, Bront Palare, Aqasha, Lisa Surihani, Intan Ladyana dan Radhi OAG yang disiarkan jam 10.30 malam menerusi saluran TV2.

    Begitu juga penonton diajak menyaksikan telemovie Sesuci Aidilfitri, jam 2.00 pagi menerusi saluran sama yang memaparkan hukum anak susuan antara wanita muslim dengan anak angkat yang bukan muslim. Ia sangat menarik kerana melibatkan budaya corak hidup orang Melayu dan India dan raya yang menyatukan mereka.

    Selain itu peminat TVi saksikan telemovie Ratu Hati di Aidilfitri, jam 5.05 petang yang sarat dengan adegan mencuit hati apabila Pak Arif yang sudah lama menduda menjadi rebutan Senah Dan Salbiah. Drama ini lakonan Kaza, Zila Bakarin, Liza Abdullah, Achong, Siti Fazurina dan Wan Shuhaimi.

    Kemudiannya ikuti perbincangan dari perspektif Islam dalam Forum Perdana Khas Raya yang mengupas tajuk Langsir Baru Semangat Baru, jam 10.00 malam.

    Kisah pejuang kemerdekaan yang tercabar semangatnya kerana cucunya sendiri yang ingin menggadaikan tanah kepada penjajah turut menemui penonton mengisi slot Khas Merdeka Raya ketiga bertajuk Tanah Ini Tanah Merdeka, jam 2.05 petang sebelum kemudiannya diteruskan dengan berkongsi doku drama Dimana Bendera Saya – RTM Sabah, jam 6.00 petang di TV1.

    Kesuma Jiwa (Artis Kesuma) (2)

    RAYA KEEMPAT (02 SEPTEMBER 2011 / JUMAAT)

    Istimewa Raya keempat disiarkan hiburan Gegar Raya Kg. Pening Lalat, jam 9.00 malam di TV1 menampilkan Saiful Apek dan Dato' Siti Nurhaliza selain artis undangan Sepah, Dayang Nurfaizah dan Azlan & The Typewriter. Sketsa komedi yang berlatar belakangkan Kampung Pening Lalat ini turut diselitkan dengan lagu-lagu Raya dan Merdeka yang diaraikan.

    Usah ketinggalan menyaksikan dua telemovie berbeza genre terbitan Unit Drama TV RTM bermula dengan drama menyentuh jiwa menerusi TV1 bertajuk Kesuma Jiwa, jam 2.00 petang yang mengisahkan Kesuma, gadis pekak dan bisu yang bercita-cita menjadi pemain biola namun tidak mendapat sokongan keluarga. Perkenalannya dengan Khali telah memberi harapan baru dalam hidupnya namun dia kecewa setelah mengetahui diri Khali yang sebenar. Drama menarik ini lakonan Syarifah Aleesha, Nabila Huda, Ann Abdullah, Johan, Rozie Rashid, Illya Buang dan Rahim Omar.

    Seterusnya menerusi TV2 pula, saksikan drama Kelapa Dot Com, jam 9.00 malam berkongsi kisah Jihan membawa diri ke bandar kerana tidak tahan dihina dan dicemuh oleh penduduk kampung hanya kerana dia bekerja di ladang kelapa. Setelah 3 tahun berada di bandar,berkat usaha gigihnya Jihan berjaya menjadi seorang usahawan dan dia juga merupakan seorang saudagar kelapa yang membeli hasil daripada perusahaan kelapa milik penduduk kampung. Penduduk kampung pula pada mulanya tidak mengetahui siapa saudagar kelapa tersebut. Persoalan terjawab apabila Jihan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.

    Mungkin pengajaran drama saluran TVi bertajuk Menantu Mak, jam 5.05 petang ini boleh dikongsi sama dengan penonton apabila drama menyiarkan kisah seorang mentua yang tidak sukakan menantu-menantunya selama 10 tahun hingga menyebabkan mereka merajuk hati tidak pulang ke kampung. Namun apabila Syawal ini dia terpaksa berdepan dengan mereka. Apakah yang berlaku seterusnya?

    RAYA KELIMA (03 SEPTEMBER 2011 / SABTU)

    Konsert gabungan artis Malaysia dan Singapura, Simfoni Lebaran (RTM/MediaCorp) yang disiarkan jam 9.00 malam menemui penonton TV1 yang menyajikan sepenuhnya koleksi lagu-lagu Raya baru dan lama berkonsepkan 'Live Orchestra'. Konsert ini menyatukan artis Norynn Aziz, Nora, Hardy Mirza, Rahayu, Taufik Batisah, Sarah Aqilah dan ramai lagi.

    RAYA KEENAM (04 SEPTEMBER 2011 / AHAD)

    Isitimewanya RTM menerusi TV1 menghadiahkan tayangan Tiada Lama Tiada Baharu Raya, jam 9.00 malam berkonsepkan rumah terbuka dan Didie Alias meruapakan tuan rumah yang merajuk gara-gara anak-anaknya lewat pulang berhari raya. Didie Alias akhirnya menjemput tetamu yang terdiri daripada artis popular. Pelbagai insiden lucu telah berlaku antara mereka. Antara lagu yang dipersembahkan Dendang Perantau, Indahnya Beraya Di Desa, Balik Kampung dan banyak lagi yang menampilkan artis Datuk David Arumugam, Datuk Jeffreydin, Noraniza Idris, Ramlah Ram, Datuk A.Rahman Hassan dan Mas Idayu.

    Tidak ketinggalan program popular menampilkan pengacara Zamzarina Zambri di studio, Apa Kata Wanita Khas Aidilfitri turut menemui penonton jam 2.00 petang.

    5 SEPTEMBER / ISNIN

    Masih lagi dalam mood meraikan lebaran, saksikan juga telemovie Panggung RTM : InsyaAllah pada jam 9.00 malam di TV2 membariskan pelakon Arman Graseka, Airis Yasmin, Badrul Munir dan Carl Iqmal Hazali yang berkongsi kisah Rahman, anak kampung yang hidup susah tetapi bijak dalam pelajaran. Dia kemudiannya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan memperoleh kerjaya yang hebat.pada masa sama dia berdepan dugaan apabila anak-anaknya ada yang diserang sakit dan meninggal dunia. Lalu bagaimanakah dia berdepan dengan kenyataan tersebut?

    Sementara itu TVi menjanjikan program KL Aktif Khas Raya disiarkan jam 9.00 pagi bersama DJ Sonic dan Mimie Ibrahim di samping artis undangan di studio ; Mila dan Zul Handy Black.

    KHAS HARI MALAYSIA

    Dalam usaha menyemarakkan sambutan dan sekaligus meraikan Hari Malaysia yang disambut 16 September setiap tahun, RTM menyediakan tiga program khas buat penonton setia saluran TV1.

    Saksikan telemovie Hujan Tak Berhenti, pada 16 September 2011 (Jumaat), jam 3.05 petang di TV1 terbitan Unit Drama TV yang berlatar belakangkan negeri Sabah yang memaparkan nilai-nilai persefahaman dan nilai kepimpinan melalui kisah sekumpulan anak muda yang giat berlatih zapin untuk membuat persembahan sempena sambutan Hari Malaysia. Aman telah menawarkan diri untuk menjadi guru zapin kepada Bella dan rakan-rakannya namun hasrat Aman sering mendapat halangan. Lalu bagaimanakah kesudahannya?

    Menyusul kemudiannya Panggung Sabtu : Teater Tun Mahathir pada 17 Ogos 2011, jam 3.05 petang yang berkongsi kisah suka duka mantan Perdana Menteri Malaysia dari zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa.

    Kepada penonton-penonton cilik dalam menyemarakkan semangat cintakan negara, saksikan Konsert Adik-Adikku pada 18 Ogos 2011, jam 4.00 petang yang sarat pengisian peserta-peserta Adik-Adikku membuat persembahan seperti berpuisi dan bersajak tentang kemerdekaan negara.

    InsyaAllah (Gambar Artis)

    STESEN RADIO RTM

    Sambutan Aidilfitri dan Merdeka RTM yang bertemakan Merdeka Raya Bersama Radio RTM bakal menemani anda sepanjang perjalanan pulang ke kampung mahupun berkunjung ke rumah sanak saudara tahun ini menerusi 35 stesen di seluruh negara. Suara bergema yang berkumandang di udara menghiburkan pendengar di hari kemenangan ini.

    Dengarkan rangkaian program-program terbaik ke udara menerusi Klasik Nasional ; Drama Khas Hari Raya & Merdeka (30 Ogos 2011 /Hari Raya Pertama / jam 12.30 tengah hari) dan Dendang Keluarga Klasik Nasional (1 – 2 September 2011 / Hari Raya Ketiga & Keempat / jam 2.15 petang).

    Stesen MUZIKfm pula berkongsi dengan pendengar setia mereka dengan dua program menghiburkan ; Memori Merdeka (1 – 31 Ogos 2011 / dua kali setiap segmen) dan Rockustika Raya Rock Selamba MUZIKfm (1 & 2 September 2011 / Hari Raya Ketiga & Keempat / jam 2.00 petang).

    ASYIKfm menghiburkan pendengar dengan dua program ; Salam Aidilfitri Asyik (30 & 31 Ogos 2011 / Hari Raya Pertama / Kedua / jam 8.00 malam) dan Nyob Wira Jasamu Dikenang (4 September 2011 / jam 6.15 petang).

    Seterusnya satu-satunya saluran radio berbahasa Tamil di RTM, MINNALfm menyiarkan program Menjalin Muhibah (30 Ogos 2011 / Hari Raya Pertama / jam 8.30 malam) dan Raya dan Merdeka (31 Ogos 2011 / Hari Raya Kedua / jam 8.30 malam).

    Kepada pendengar di ibu kota dengarkan KLfm yang menyediakan program khas ; Mutiara KL – Mai Raya Merdeka (Malam Menjelang Raya / jam 12.00 tengah malam) dan Syoknya Raya@KLfm (30 Ogos 2011 / Hari Raya Pertama / jam 9.30 malam).

    Stesen berbahasa Inggeris RTM, TRAXXfm pula dimeriahkan dengan program Wishes From The World (SSIG) disiarkan 24 – 31 Ogos 2011 / sejam sekali dan Merdeka Poem Recital (1 Ogos – 1 September 2011 / sejam sekali.

    Diakhiri Aifm yang bakal menghiburkan pendengar setianya dengan program Drama Khas : Program Khas Aidilfitri (29 & 30 Ogos 2011 / Hari Raya Pertama / jam 2.15 petang) dan Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotik (1 hingga 31 Ogos 2011 / Setiap Sabtu sepanjang Bulan Kemerdekaan / jam 4.00 petang).

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Program Khas Sempena Merdeka Ke-52 di 8TV
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • LINTAS LANGSUNG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE-51
  • Shopping Hari Raya & Berbuka Puasa di AMCORP MALL
  • Astro Bakal Perkenalkan Saluran HD Terbaru
  • Program Khas Aidil Adha di Saluran Muzik Aktif RTM
  • Gambar Bunga Api di Sambutan Merdeka Dataran Merdeka
  • Pakej Istimewa Sempena Musim Raya di Portal Tonton
  • Album Raya Sheila Majid MEMORI AIDILFITRI
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • borak kosong

    borak kosong


    Muzium Doraemon Didirikan di Tokyo

    Posted: 24 Aug 2011 09:00 PM PDT


    TOKYO - Bagi Anda penggemar tokoh Doraemon, boleh bernostalgia. Kini sebuah muzium Doraemon didirikan di pinggiran Kota Tokyo.

    Muzium itu juga menampilkan sang pengarangnya, Fujiko F. Fujio. Baik Fujiko dan Doraemon merupakan inspirasi bagi filem siri animasi dan dicintai di seluruh dunia.

    Di muzium tersebut mengkoleksi 50 ribu barang, yang sebahagian besar adalah gambar asli Doraemon, serta meja yang selalu digunakan Fujio untuk berkarya, hingga dia meninggal dunia pada 1996.

    Bangunan muzium itu juga dilengkapi dengan bioskop kecil dan coffeshop.

    Doraemon dikirim ke masa lalu untuk menolong seorang kanak-kanak bernama Nobita agar tidak gagal di kehidupannya dikemudian hari, dan agar anak cucunya terhindar dari kemiskinan.

    Doraemon terkadang menggunakan peralatan dari masa depan untuk memecahkan masalah Nobita. Banyak episode serial kartun ini memberikan pelajaran moral yang berharga.

    "Saya sendiri meyakini bahawa meski anak-anak di seluruh dunia membaca dan menikmati Doraemon anak-anak, tetaplah anak-anak," ujar istri Fujio, Masako Fujimoto.

    Doraemon diterjemahkan hingga ke lebih dari 30 bahasa dan masih populer hingga kini. Doraemon pun terpilih sebagai duta budaya kartun untuk Jepang pada tahun 2008.

    Seperti dilansir Reuters, Selasa (23/8/2011), muzium Doraemon baru akan dirasmikan tepatnya pada 3 September nanti.(rhs)

    Lembu tersangkut di penghadang jalan

    Posted: 24 Aug 2011 08:00 PM PDT


    ROM - Seekor lembu tersangkut pada penghadang jalan dekat kampung Montecorvino Rovella-Salerno di Itali, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Kejadian tersebut berlaku apabila lembu itu cuba untuk melompat melepasi penghadang jalan itu.

    Namun, kesilapan lompatan itu menyebabkan ia hilang iimbangan sekali gus mengakibatkan badan haiwan tersebut tersangkut pada penghadang jalan baru-baru ini.

    Seorang mekanik, Roberto Marano, 42, berjaya merakamkan gambar haiwan itu.

    Namun, katanya, lembu itu akhirnya berjaya melepaskan diri. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Nelayan tangkap ketam mirip makhluk asing filem Predator

    Posted: 24 Aug 2011 07:00 PM PDT


    SOUTHSEA - Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam.

    Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.

    Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.

    Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Ada Kereta seperti F1 bergerak di jalan raya

    Posted: 24 Aug 2011 06:00 PM PDT


    BENFLEET, Britain - Seorang peminat kereta lumba, Russ Bost (gambar kecil) yang berusia 54 tahun membelanjakan hanya £10,000 (RM49,146) untuk mencipta sebuah kereta seperti Formula Satu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Pada kebiasaannya, kos untuk membina sebuah kereta F1 melibatkan berjuta-juta pound.

    Kereta itu juga sah di sisi undang-undang untuk dipandu di atas jalan raya bersama dengan kenderaan lain.

    Bost mencipta kereta itu yang mampu bergerak selaju 273.59 kilometer sejam.

    Dia menggunakan sebuah enjin motosikal Kawasaki manakala banyak peralatan termasuk gear dan brek diambil daripada kereta Toyota MR2, yang dibelinya pada harga cuma £300 (RM1,474).

    Kereta itu diberi nama Furore F1 dan ia mampu memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam dalam tempoh tiga saat.

    Menurut Bost, semasa memandu kereta itu di bandar, ramai orang yang memerhatikannya.

    "Saya kerap ditanya jika kereta itu benar-benar sebuah kereta lumba F1," katanya.

    Kereta lumba F1 yang dipandu oleh pelumba Lewis Hamilton dan Jenson Button memerlukan penggunaan minyak 3.78 liter untuk setiap 6.43 kilometer.

    Namun, kereta ciptaan Bost itu mampu menggunakan minyak 3.78 liter untuk setiap perjalanan sejauh 48.28 kilometer. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Cara Tak Terbayangkan Isi Semula Bateri Telefon

    Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT


    INILAH.COM, Madison – Peneliti Amerika Syarikat (AS) mengungkap cara tak terduga mengisi bateri ponsel dan hampir semua perangkat lektrik portabel lainnya. Bagaimana?

    Peneliti University of Wisconsin-Madison (UW-Madison) menggambarkan, teknologi tetap energi baru yang mampu mengurangi ketergantungan pada beteri secara dramatis. Yakni, melalui 'penangkapan' energi gerak manusia guna memberi tenaga pada elektronik portabel.

    "Manusia merupakan mesin penghasil energi yang sangat kuat," ujar profesor mekanik UW-Madison Tom Krupenkin.

    Sambil berlari seperti ditulis UPI, manusia boleh menghasilkan satu kilowatt tenaga, lanjutnya.

    'Menangkap' sebagian kecil energi ini akan cukup untuk memberi tanga pada perangkat elektronik mobile, mulai dari laptop hingga ponsel, lanjutnya lagi. Krupenkin dan rakannya, J. Ashley Taylor, menyebut teknologi ini 'Reverse Electrowetting'.

    Teknologi ini mengubah energi mekanik menjadi energi lektrik menggunakan ribuan tetesan mikro cairan yang berinteraksi dengan bahan berstruktur nano. 'Seliparl' berteknologi ini mampu menghasilkan energi ketika manusia berjalan, dan boleh menghasilkan lektrik hingga 20 watt.

    Meski teknologi tak boleh benar-benar menggantikan bateri, kedua ilmuwan ini yakin teknologi ini memiliki peranan penting mengurangi polusi, dan masalah berkait bateri.

    Dik depan orang ramai jangan buat macam tu!

    Posted: 24 Aug 2011 11:01 AM PDT


    Takut Sama Hantu, Pekerja Bangunan Berhenti Kerja

    Posted: 24 Aug 2011 10:30 AM PDT


    NAPLES - Para pekerja yang sedianya merenovasi bangunan muzium di Naples, Itali, berhenti kerana takut hantu di muzium tersebut.

    Muzium Arkeologi Nasional akhirnya mengundang paranormal dari seluruh dunia untuk memecahkan misteri tersebut.

    Para pekerja bangunan mengaku kerap mendengar suara arwah yang menjerit sangat mencengkam. Mereka juga merasakan temperature udara sekitar tidak biasa. Bahkan beberapa pekerja melihat sendiri penampakan hantu.

    Arkitek yang bertanggung jawab terhadap pekerjaan itu, Oreste Albareno, cuba mencari kebenaran dengan bermalam. Namun akhirnya dia sendiri mendapatkan pengalaman yang sama seperti anak buahnya.

    "Saya cuba untuk mengambil gambar dengan telefon genggam. Gambar menunjukkan seorang gadis kecil, tapi tidak ada siapa pun di lokasi," ujarnya seperti dilansir Orange, Rabu (24/8/2011).

    "Tidak ada anak buah saya yang membawa anaknya ke lokasi. Tempat ini juga terkunci rapat sehingga tidak mungkin ada anak kecil yang boleh menyusup masuk," lanjutnya.

    Paranormal yang diundang akan datang pada September nanti untuk menyelidiki keberadaan hantu tersebut.(rhs)

    Awas! Racun Bersarang di Baju Berjenama Terkenal

    Posted: 24 Aug 2011 09:45 AM PDT


    INILAH.COM, Beijing – Greenpeace menemukan, terdapat jejak bahan kimia beracun yang berbahaya bagi lingkungan dan kesihatan manusia. Bahan beracun ini ada di 14 jenama baju terkenal. Apa saja?

    Sampel baju dari jenama ternama tersebut termasuk Adidas, Uniqlo, Calvin Klein, H&M, Abercrombie & Fitch, Lacoste, Converse dan Ralph Lauren. Pada sampel baju tersebut ditemukan bahan kimia yang disebut nonylphenol ethoxylates(NPEs).

    Pengkampanye Greenpeace Li Yifang mengatakan, bahan kimia ini biasa digunakan pada detergen dalam industri termasuk produksi tekstil alami dan sintetis. Pada jenama baju terkenal itu sebanyak dua pertiga sampel ditemukan NPEs ini.

    "NPEs merupakan turunan dari bentuk nonylphenol yang memiliki racun, membandel dan memiliki properti menggangu hormon," ujar Li seperti dilaporkan Strait Times.

    Inilah Makanan Dalam Tin Yang TerUnik di Dunia

    Posted: 24 Aug 2011 08:45 AM PDT

    Ternyata Makanan dalam tin itu tidak hanya berisi Ikan, Daging lembu atau Daging Ayam. Tetapi ada berbagai macam jenis makanan , bahkan aneh dan ekstrim. Cuba lihat gambar dibawah ini :

    Makanan Dalam Tin Kaki Katak

    Makanan Dalam Tin Serangga Raksasa

    Makanan Dalam Tin Kalajengking

    MakananDalam Tin Chessburger

    Makanan Dalam Tin Armadilo/Tikus Tanah

    Wow,Gunung Buatan Pertama Segera Muncul di Belanda

    Posted: 24 Aug 2011 07:45 AM PDT


    INILAH.COM, The Hague – Gunung setinggi dua ribu meter akan 'dibangun' di dataran dataran Belanda. Meski bukan hal baru, idea ini kini tak hanya sekadar mimpi.

    "Idea ini bukan hal baru. Namun, hal ini akan menjadi pertama kalinya idea semacam ini direalisasikan secara serius oleh banyak orang, " ujar bekas atlet dan penulis hairan gratis De Pers Thijs Zonneveld seperti dikutip Strait Times.

    Menurutnya, teknisi, firma konstruksi, investor, dan ahli telah sibuk membahas kemungkinan membuat gunung buatan yang akan memiliki lereng ski, trek bobsleigh, arena ski es, jalur pendakian, tebing dan jalan gunung dengan belokan tajam.

    "Nampaknya hal ini kini boleh diwujudkan," ujar kolumnis itu.

    Selama masa sosial yang sulit ini, "Orang senang mendengar projek besar dan optimis boleh mewujudkannya. Perusahaan-perusahaan telah melihat kesempatan menciptakan platform inovatif ini," tutupnya.

    Hah,Parasit Ini Buat Tikus Jatuh Cinta kepada Kucing

    Posted: 24 Aug 2011 06:30 AM PDT


    INILAH.COM, London – Ilmuwan berhasil menemukan parasit mengubah tikus menjadi zombie dan memanipulasi haiwan ini agar tak takut pada kucing. Parasit apa itu?

    Air kencing kucing biasanya berperan sebagai pencegah alami tikus yang senang menjaga jarak pada predator alami mereka itu.

    Namun, ilmuwan menemukan, tikus jantan yang terinfeksi taxoplasma dari kencing kucing mengalami peningkatan aktivasi di wilayah otak yang mengatur ketertarikan seksual. Di saat sama, wilayah otak yang mengatur rasa takut menjadi lumpuh.

    Penulis studi Robert Sapolsky yang merupakan profesor neurosains Standford University ini mengatakan, "Biasanya, taxoplasma hanya melumpuhkan fungsi takut otak. Namun pada tikus, parasit ini juga mempengaruhi jalur nafsu seksual. Hal ini jelas sangat aneh."

    Taxoplasma membutuhkan sistem pencernaan kucing untuk reproduksi seks. Tak hanya dengan mengurangi rasa takut tikus pada bau kucing, tikus juga menjadi tertarik pada kucing.

    Parahnya seperti dikutip Dailymail, hal ini membuat tikus menjadi mudah dibunuh kucing.

    Peneliti Patrick House mengatakan, "Temuan ini mendukung gagasan, dalam tikus, taxoplasma mengubah arti penting deteksi kucing."

    Para ilmuwan yakin, temuan ini membantu menjelaskan dasar biologis bawaan rasa takut dan ketertarikan seksual.

    Namun hasil studi ini tak merinci cara taxoplasma mengubah otak, hanya bukti perubahannya saja. Hasil studi ini diterbitkan dalam jurnal PloS One.

    Bermain "Tuhan-tuhanan" Ala Seniman Korea [Video]

    Posted: 24 Aug 2011 05:45 AM PDT

    Jom kita lihat saja bagaimana seorang seniman asal Korea, June Bum Park, cuba bermain menjadi "Tuhan" yang mengatur berbagai kegiatan manusia.

    Cuci piring sambil bogel????

    Posted: 24 Aug 2011 04:00 AM PDT


    Printer 3D dari LEGO yang hebat! [Video]

    Posted: 24 Aug 2011 03:00 AM PDT

    Ini yang luar biasa! Printer 3 dimensi (3D) yang hampir seluruhnya terbuat dari LEGO. Benda aneh tapi hebat ini adalah hasil buatan Arthur Sacek dari ZOOM Education for Life.

    Wow..Inilah Telur Terkecil di Dunia

    Posted: 24 Aug 2011 02:00 AM PDT


    INILAH.COM, Raleigh – Seorang pastur di West Virginia, Amerika Serikat (AS), menemukan telur ayam terkecil di dunia. Telur ayam ini hanya sepanjang 2,1 centimeter dengan berat 3,46 gram.

    Pastur Donnie Russell mengaku terkejut menemukan telur ini di hutan. Awalnya, ia sedang mencari telur untuk disumbangkan ke anggota gerejanya di Rock Creek Community Church. Kemudian, ia membawa telur itu ke Kementerian Pertanian tempat ukuran telur disahkan.

    Meski begitu, untuk mendapat pengakuan dari Guinness World Records, sebuah aplikasi harus dilayangkan. Russell belum memutuskan untuk melakukan prosedur itu. Telur terkecil dunia saat ini hanya sepanjang 2,7 centimeter.

    Russell mengaku akan menyimpan telur yang ia beri nama John Spencer Russell. Nama itu berasal dari nama dua cucunya, John Kenny Russell dan Spencer Matthew Russell.

    Komisaris Pertanian Negara Gus Douglass mengaku takjub pada telur ini."Bukit West Virginia penuh kejutan. Saya senang Pastur Russell dan lainnya tetap menjaga bukit yang menjadi kebanggan petani West Virginia ini," ujarnya seperti ditulis Thaindian.

    Kurang ajar..Diberi Ubat Perangsang, Diperkosa, Dirakam di iPhone

    Posted: 24 Aug 2011 01:00 AM PDT


    Seramai empat pemuda kaya dari Russia diduga memberi ubat perangsang pada teman kampusnya. Setelahnya, gadis dari Malaysia itu diperkosa dan dirakam di iPhone.

    Kelompok pemuda ini baru saja kuliah selama empat minggu di salah satu kampus terkenal di Inggris. Para pemuda yang berusia antara 19-23 ini merakam semua kejadian menakutkan itu dari awal hingga akhir. Bahkan mereka juga memberi komennya masing-masing. Pihak penuntut, menduga kuat pemuda ini memberi gadis ubat perangsang.

    Oleg Ivanov (23), Norayr Davtyan (22), Armen Simonyan (19) dan Gregory Melnikov (23) membantah melakukan pemerkosaan itu, namun tetap akan dihukum juri di Woolwich Crown Court.

    Penuntut Peter Clement mengatakan, "Gang ini saling menyemangati dan mengomen apa yang akan mereka lakukan pada teman mahasiswinya."

    Pada 21 Januari lalu, pemain polo internasional Davtyan sedang mengadakan pesta di asramanya tempat mahasiswi itu juga datang. Gadis dari Malaysia itu minum whiskey sebelum ke pesta. Meski tak ada bukti nyata, gadis ini mengaku merasa 'lucu, pusing dan aneh' dan ia pun muntah kemudian pengsan.

    Saat terbangun, gadis ini mendapati seorang pemuda melakukan hubungan intim dengannya. Namun sang gadis mengaku tak boleh bergerak.

    "Saya ingin menghentikannya. Saya tak boleh berdiri. Saya merasa sangat lelah. Saya tak boleh melakukan apa pun. Saya tak boleh menggerakkan tangan. Saya ingin mati saja," ujar mahasiswi itu seperti dilaporkan Dailymail.

    Bodohnya, meski Simonyan telah meminta Davtyan menghapus video tersebut, ternyata video itu masih boleh ditemui di iPhone miliknya. Anehnya, para pemuda ini mengatakan, gadis itu pelacur dan 'dengan sedar menginginkannya'.

    Para pemuda ini tetap ditahan hingga keputusan dijatuhkan esok hari.

    Kejam..Ayah Siram anaknya dengan air mendidih

    Posted: 24 Aug 2011 12:00 AM PDT


    Seorang gadis tujuh tahun di selatan Provinsi Guangdong disiram oleh ayahnya dengan air mendidih pada hari minggu (21/8) lalu dan telah dirawat di hospital dalam keadaan kritis. Areal yang terbakar menutupi 85 peratus permukaan tubuhnya.

    Ayahnya Lin Shuiquan telah ditahan oleh polis di Yunfu City dan motifnya masih dalam penyelidikan oleh polis setempat.

    Lin Qiurong (7), masih sedar tapi cedera itu boleh mengancam hidupnya, kata doktor dari Hospital Guangzhou. Mereka mengatakan ia dalam bahaya infeksi dan kegagalan organ.

    Lin Lin Tianyun bibinya mengatakan, bahawa orang tua gadis kecil itu bercerai dua bulan setelah ia lahir. Ayahnya meninggalkannya kepada orang tuanya dan tinggal dengan wanita lain bernama Mo, Dia tidak pernah merawatnya,kata Lin Lin Tianyun.

    Pada tanggal 19 Julai, ayahnya tiba-tiba muncul dan mengatakan ia akan membawanya ke kota untuk potong rambut tapi tidak membawanya kembali, dia mengatakan akan tinggal bersamanya selama beberapa hari.

    Namun, pada Sabtu pagi, neneknya mendengarnya mengetuk pintu dan mendapati dirinya berdiri didepan pintu dengan keadaan tubuh terbakar, kulitnya melepuh dan mulai mengelupas.

    Remaja itu mengatakan ayahnya dan Mo yang melakukan ini padanya dan Mo (ibu tirinya) bahkan menggunakan tongkat untuk memukulnya.

    Di hospital, gadis itu mengatakan kepada doktor bahawa ayahnya mengunci pintu sebelum menuangkan air panas pada dirinya untuk mencegah dia melarikan diri.

    Setelah di tangkap, ayahnya mengaku kepada polisi bahwa ia menyiram air panas kepada putrinya di sebuah kamar hotel pada tanggal 14 Agustus dan mengirimnya pulang.

    Polis Yunfu mengatakan Lin Shuiquan sebelumya juga pernah menjadi tahanan selama sembilan bulan dipenjara kerana mencuri smotor dan keluar pada April lalu.[ada-sih]

    Perempuan Menyukai Anjing Daripada Pasangan?

    Posted: 23 Aug 2011 11:00 PM PDT


    INILAH.COM, London – Perempuan menyukai anjing. Bahkan, perempuan lebih banyak berbicara dengan anjing daripada pasangannya. Alasannya?

    Mengutip Dailymail, Selasa (23/8), 20 peratus perempuan menghabiskan lebih banyak waktu berbicara dengan haiwan peliharaan dibandingkan dengan pasangannya. Perempuan bahkan mengambil waktu cuti untuk merawat kesihatan anjingnya, dengan meninggalkan mendengarkan radio atau menonton televisyen.

    Sebuah kajian terhadap 2.000 perempuan Inggris pemilik anjing mengungkapkan, 18 peratus berbicara dengan anjingnya lebih sering daripada dengan suami atau kekasih. Bahkan, perempuan di South-East sering bercakap dengan haiwan peliharaannya.

    Sementara itu, 42 persatus telah mengambil cuti untuk merawat haiwan peliharaannya yang sakit dan 34 peratus meninggalkan radio atau televisyen untuk menemani haiwan peliharaannya.

    Richard Rockett, dari spesialis makanan anjing Burgess Supadog Sensitive yang melakukan jajak pendapat mengatakan, "Tidak ada terlalu banyak kesulitan untuk memastikan anjing kita terawat dan sihat. Kami berbagi segala sesuatu dengan anjing kami, dari program televisyen favorit kami, untuk preferensi musik. Dan kami tidak takut menunjukkan kasih sayang nyata bagi pendamping favorit kami.

    Hebat..nenek 90 tahun belasah 3 pencuri dengan tongkat

    Posted: 23 Aug 2011 10:00 PM PDT


    BERLIN, KOMPAS.com — Meski sudah berusia 90 tahun, seorang perempuan Jerman dengan penuh semangat mengusir tiga orang yang diduga pencuri dari rumahnya dengan tongkat, kata polis Isnin(22/8/2011).

    Perempuan yang dulu petani itu sedang jalan-jalan di sekitar rumahnya dengan bantuan tongkat saat ia melihat tiga penyusup yang terdiri dua lelaki dan seorang perempuan. Ia mengambil tongkatnya dan mulai menggunakan tongkat itu untuk memukul tersangka pencuri tersebut.

    Ketiga orang itu melarikan diri dari rumah di kota kecil di luar Muenster tersebut. "Dia benar-benar berani," kata juru cakap polis. "Namun, itu juga sangat berbahaya buat dia. Ia beruntung sekali sebab tak ada kejadian serius yang menimpanya," kata juru cakap itu.

    Sumber :Reuters