Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Pelakon Drama GEMILANG

Posted: 27 Jan 2011 07:00 PM PST

Pada 26 Januari lalu, Rabu jam 3.30 petang telah berlangsung Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Bertemakan Nostalgia 70an, majlis ini dihadiri juga oleh pengarah drama ini iaitu Kabir Bhatia dan para pelakon serta krew drama Gemilang. Selain itu juga Adi Mentor yang menyanyikan lagu tema yang berjudul Suatu Ketika.

Lagu Suatu Ketika dicipta sepenuhnya oleh Syamsul Chairil.

Lagu Tema Drama Gemilang Suatu Ketika & Temubual Bersama Adi Mentor

Video Sekitar Pelancaran Drama GEMILANG TV3

Kumpulan Kristal juga dijemput untuk menghiburkan hadirin dengan persembahan lagu-lagu seperti Selagi Ada Rindu dan rangkaian lagu medley seperti Zunika dan Keindahan Pantai. Sesuai dengan tema Nostalgia 70an.

Pelakon Gemilang adi mentor

ADI MENTOR

Drama terbitan Filmscape adalah hasil arahan sutradara Kabir Bhatia dan nukilan skrip Mira Mustaffa. Drama 13 episod ini mula ditayangkan sejak 24 Januari 2011 setiap Isnin jam 9 malam.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Dato' Jalaluddin Hassan (Cikgu Talib), Shahz Jaszle (Saifullah), Kamal Adli (Umar), Tiz Zaqyah (Asma) dan pendatang baru yang juga salah seorang pelakon Ratu The Movie, Tasha Shilla.

Selain itu, drama Gemilang ini juga turut memperkenalkan bintang-bintang baru yang bebakat besar iaitu Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze La Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.

Pelakon Gemilang jalaluddin hassan

DATO' JALALUDDIN HASSAN

Pelakon Gemilang

AZHAN RANI

Pelakon Gemilang

TASHA SHILLA

Pelakon Gemilang

TIZ ZAQYAH

Kamal Adli

KAMAL ADLI

Pelakon Gemilang

PUTERI CHI CHI

Pelakon Gemilang

NASH

Pelakon Gemilang

Pelakon Gemilang

Pelakon Gemilang

Pelakon Gemilang

Pelakon Gemilang

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Gemilang Bakal Kalahkan Nur Kasih
  • Gambar Tiz Zaqyah di Sessi Ramah Mesra Drama GEMILANG
  • Gambar Diana Rafar & Zamarul Hisyam di Parti Nona 2010
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Gambar Terbaru Ziela Jalil Penerbit Drama Ceplon
  • Gambar Muhammad Shazrin Sazwan Pelakon Drama Ceplos
  • Biodata & Profile Jaclyn Victor
  • Gambar Pelakon Drama KAMI Nas-T Pegang Anjing
  • Gambar Zarina AF2 Seksi Pakai Skirt Pendek?
  • Gambar Adi Putra di Zaman Remaja
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Jom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa

    Posted: 27 Jan 2011 05:15 PM PST

    Budiey BlogJom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa

    Di tengah-tengah kerancakan tarian jalanan yang semakin menjadi ikutan di kalangan remaja dan dewasa, DynDa mengajak semua bakat tarian di Malaysia untuk menonjolkan kebolehan menari mereka dengan menyertai pertandingan tarian DynDa Februari ini.

    Memilih nama 'DynDa Hanya Kamu Dance Off', Dynda yang dianggotai oleh Renni, Vega, Elly, Reella menjemput semua penari tempatan dan asing terutamanya bakat-bakat baru yang berkebolehan menari tarian jalanan dan K-Pop untuk hadir ke sesi saringan pada jam 3 petang, 12 Februari ini bertempat di T-Hop, Tingkat 6 Sungei Wang Plaza.

    Sepuluh (10) kumpulan terbaik akan layak ke peringkat akhir pada jam 3 petang 20 Februari 2011 bertempat di Ruang Legar Sungei Wang Plaza.

    Dianjurkan oleh Alibi Music Sdn Bhd, Sungei Wang Plaza sebagai Penaja Lokasi dan Sensasi Selebriti sebagai Portal Rasmi, DynDa Hanya Kamu Dance Off menawarkan hadiah menarik kepada para pemenang.

    Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan berpeluang untuk muncul dalam video klip DynDa. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai RM1500 dan RM700 masing-masing.

    Menurut Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, pertandingan ini dianjurkan sempena single terbaru Dynda Babe… Hanya Kamu yang telah dirilis sekitar penghujung 2010.

    DynDa

    DYNDA

    "Lagu 'Babe … Hanya Kamu' ciptaan Adeep, Francis Cobb dan Aiqa Halim adalah single kedua DynDa selepas 'AMPM'. Liriknya ditulis oleh Adeep dan DynDa sendiri.

    Untuk kelainan, kami anjurkan pertandingan ini untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh kami tampilkan dalam video muzik DynDa. Kumpulan yang kami cari haruslah sinonim denagn ciri-ciri yang sedia ada pada DynDa.

    Gerak tari mereka mestilah lincah dan koreografi pula kenalah menarik. Di samping itu, bersesuaian dengan aliran fesyen tarian jalanan dan K-Pop yang ranggi, peserta yang stailo mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bergelar juara" kata Ferhard mengakhiri perbualan.

    DynDa yang ditubuhkan pada Disember 2009 memulakan karier mereka sebagai penari dan setelah bergelar penyanyi, mereka mahu imej penari terlihat dalam kumpulan mereka.

    Ditanya kenapa memilih tarian jalanan dan K-Pop, DynDa mengatakan kedua-dua tarian ini adalah trend terbaru yang menjadi kegemaran ramai pengikut tarian seluruh dunia.

    "Tarian jalanan dan K-Pop memang dua fenomena yang menakjubkan. Ia bukan sekadar tarian untuk menghiburkan para penonton. Ia umpama satu budaya yang menggabungkan pelbagai elemen seperti muzik, gaya hidup, fesyen dan banyak lagi.

    Bagi kami, pertandingan ini lebih bersifat peribadi. Selain daripada mengenengahkan bakat tarian, kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mendekati peminat-peminat tarian di Malaysia. Banyak yang ingin kami kongsikan dari segi gerak tari, koreografi dan juga fesyen terkini.

    Untuk itu, pertandingan ini kami buka penyertaan kepada semua, tanpa mengira warganegara dan umur mereka" ujar Dynda.

    Teaser – Hanya Kamu Dynda Dance Off Competition

    Peringkat Saringan

    Masa: 3 petang
    Tarikh: 12 Februari 2011
    Tempat: T-Hop, Tingkat 6, Sungei Wang Plaza
    Peringkat Akhir

    Masa: 3 petang
    Tarikh: 20 Februari 2011
    Tempat: Ruang Legar, Sungei Wang Plaza

    DynDa

    Syarat-Syarat Pertandingan

    1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia tanpa mengira had umur.
    2. Penyertaan mestilah secara berkumpulan (minima 2, maksima 5 orang)
    3. Stail tarian terhad kepada Tarian Jalanan dan/atau K-Pop sahaja
    4. Durasi persembahan tidak melebihi 4 minit (2 minit lagu Hanya Kamu (Babe) (sila dapatkan sampel lagu dari http://www.facebook.com/DynDaFanPage dan 2 minit selebihnya dari lagu pilihan anda sendiri)
    5. Setiap kumpulan mestilah membawa sendiri CD yang mengandungi kombinasi lagu seperti yang tertera di atas
    6. Juara akan diberi peluang untuk muncul di dalam muzik video Dynda. Sekiranya Juara tidak dapat muncul tanpa alasan yang munasabah, Naib Juara akan mengambil alih.
    7. Dynda akan menjadi hakim pertandingan dan segala keputusan adalah muktamad.

    Penghakiman

    1. Nilai-nilai Hiburan / Kreativiti 20%
    2. Teknik 20%
    3. Keaslian Persembahan 20%
    4. Koreografi 20%
    5. Koordinasi/Kerjasama Kumpulan 10%
    6. Stail / Penampilan 10%

    Pihak Penganjur

    1. Tidak akan bertanggungjawab diatas segala kecederaan, kehilangan dan kerosakan sepanjang penganjuran pertandingan ini
    2. Berhak untuk menggunakan segala gambar, biodata, rutin tarian, belakang pentas untuk aktiviti promosi
    3. Berhak untuk meminda atau mengubah mana-mana syarat pertandingan tanpa sebarang notis awal
    4. Berhak untuk menolak mana-mana penyertaan kumpulan untuk menyertai pertandingan ini
    5. Berhak untuk menyingkirkan mana-mana kumpulan atas salahlaku semasa penganjuran pertandingan ini

    DynDa

    DynDa

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pertandingan Karaoke Red Box Alibi Music di AEON Tebrau City
  • Sertai Ujibakat Mari Menari Astro
  • The Fabulous Cats & Dynda Gegarkan Esplanade Singapore
  • 10 Single Terhangat Alibi Music
  • Peraduan Mencipta Poster Filem Anak Halal
  • BURBERRY THE BEAT TALENT SEARCH CONTEST
  • Sertai Peraduan KENZO The Most Memorable Journey of Love
  • Ujibakat BATTLEGROUND 2010 Loose Joint
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Sessi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical Musim ke 3
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Majlis Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus MIG ,Lumayan !!

    Posted: 27 Jan 2011 11:09 AM PST

    Oh my Gosh,sungguh lumayan Bonus dan penghargaan yang diberikan oleh David Teo kepada pekerja-pekerjanya dan pelakon-pelakonnya.

    Untuk Pelakon kesayangan David masing-masing menerima habuan yang sungguh lumayan.maklumlah dalam masa setahun je 2010,MIG untung bersih 42 Juta.
    Lepas nie semua cepat2 mintak kerja kat MIG.mana tau boleh dapat rumah sebijik.


    Sejak tahun penubuhan MIG pada tahun 2000, nampaknya 2010 adalah tahun paling cemerlang buat MIG kerana 29 buah filem yang ditayangkan di pawagam sepanjang tahun 2010, 11 daripadanya adalah daripada terbitan MIG. Ini membuktikan MIG begiitu konsisten dan bekerja keras untuk buat filem.

    Lebih membanggakan, daripada RM73 juta kutipan keseluruhan untuk tahun 2010, RM42juta adalah milik MIG. Bagi MIG, ini adalah satu angka yang besar dan sungguh membanggakan.

    Malam Penghargaan MIG


    Malam Penghargaan MIG

    Menurut kata boss besar MIG, Encik David Teo, ini satu pencapaian dan anugerah tersebut, dan pada malam ini anugerah itu dikongsi bersama kepada semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis, pihak media dan semuanya. Tanpa sokongan padu dari semua pihak, kejayaan ini tidak pasti menjadi nyata.

    Bukan sekadar kutipan filem, perancangan membentuk modal insan dalam industri hiburan nampaknya telah menunjukkan kejayaan. Buktinya, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan 7 orang pengarah muda dan 6 diantaranya telah berjaya menghasilkan filem dan mencapai kutipan box office. Paling berjaya adalah Ismail Bob Husin menerusi Ngangkung yang dihasilkan sebagai filem pertama. Di majlis ini beliau menerima sebuah kereta Toyota Alphard. Tahniah bro!

    Malam Penghargaan MIG


    Malam Penghargaan MIG

    Ini Lisa Surihani cuma menggantikan staf MIG je ni. Dapat rumah!

    Malam Penghargaan MIG

    Staf MIG dapat rumah Semi – D 2 Tingkat.

    Malam Penghargaan MIG

    Azahari, Pegawai Perhubungan Media dapat sebuah kereta Mercedez Benz E 200

    Malam Penghargaan MIG

    Shaheizy Sam yang baru sahaja join MIG terus dapat rumah Semi D 2 Tingkat

    Malam Penghargaan MIG

    Bukan itu sahaja, Sam juga menerima pakej mengerjakan umrah bersama kedua ibu bapanya bernilai RM30ribu. Tahniah Sam!

    Malam Penghargaan MIG

    Brian Ng pula menerima sebuah banglo.

    Malam Penghargaan MIG

    Farid Kamil menerima wang tunai RM30ribu

    Malam Penghargaan MIG

    Lisa Surihani menerima wang tunai RM15ribu

    Malam Penghargaan MIG

    Intan Ladyana menerima wang tunai RM15ribu

    Malam Penghargaan MIG

    Tidak lupa juga, Ustaz Fauzan yang menjadi pembaca doa di setiap majlis prebiu mendapat saguhati RM10ribu

    Malam Penghargaan MIG

    Nora Danish turut menerima RM10ribu

    Malam Penghargaan MIG

    Angah Raja Lawak pun dapat RM10ribu

    Malam Penghargaan MIG

    Cat Farish dapat RM5ribu.

    Malam Penghargaan MIG

    Bakal pengarah yang juga krew MIG turut dapat saguhati. Tahniah Ollyn.

    Malam Penghargaan MIG

    Malam Penghargaan MIG

    Malam Penghargaan MIG

    Malam Penghargaan MIG

    Malam Penghargaan MIG

    Fasha Sandha terima SMS ugutan untuk dicederakan

    Posted: 27 Jan 2011 12:50 AM PST

    Masih belum reda kemarahan Fasha,Fasha juga mengeluarkan tweet yang memberitahu bahawa dia pernah diugut untuk dicederakan oleh "perempuan itu"..

    Fasha telah membuat laporan polis,namun enggan untuk bercerita dengan lebih lanjut kerana ianya adalah kes polis dan masih dalam siasatan.

    Jadi kalau lepas nie Fasha tercedera dah ada dah suspek yang akan dicari polis.

    Tapi Sensasi rasa mungkin nie cumalah satu sms marah dari perempuan itu (korang teka la siapa).Apapun memang patut la Fasha buat polis report demi keselamatannya sendiri.

    Mesti Jejai takut nak beri apa-apa kenyataan lepas nie.maklumlah,hati Fasha pun mesti dijaga,kalau tak jaga silap haribulan semua pekung didada terbongkar.

    Hati Nora pun mesti dijaga,dia kan ibu kepada anaknya dan bekas menantu kesayangan keluarganya.

    Sensasi rasa lepas nie baik Nora,Jejai atau Fasha tak perlu la gaduh-gaduh lagi..semua org dah tahu .Fasha dan Jejai pun dah putus.

    Nampaknyer,Jejai nie menjadi punca pergaduhan dua selebriti yang hot kat Malaysia nie.

    Tapi nak kata mereka berdua rebutkan Jejai tue tak pasti la pulak. mungkin Nora pun dah taknak Jejai,dan Fasha pun dah taknak kat Jejai,cuma Nora dan Fasha punya dendam yang belum terlerai.huhu..

    Fasha tunjuk bukti,kenyataan Nora Danish salah,dan Fasha yang putuskan hubungan

    Posted: 27 Jan 2011 12:28 AM PST

    Nampaknya kenyataan Nora Danish yang sengaja masuk campur dengan memberitahu media yang dia tahu Jejai dan Fasha sudah berpisah dua bulan lalu,sekaligus memalukan Fasha,sebab Fasha cakap dia dan Jejai baru je berpisah..

    Bila Wartawan tanya Nora ,kenapa Fasha cakap Jejai sentiasa menghubunginya ketika di jepun??Nora cakap mungkin Jejai cuma bertanya khabar sahaja.

    Fasha yang rasa dirinya dimalukan seolah-olah dia yang terhegeh kat Jejai,jadi Fasha pun menunjukkan bukti-bukti bahawa dia dan Jejai putus dua bulan lalu adalah salah.

    Dan Jejai yang mencarinya sana sini.Namun Fasha memutuskan hubungan mereka sebaik Jejai pulang ke Malaysia pada 18 January 2011.


    Sebelum menunjukkan bukti-butki,Fasha terlebih dahulu memberitahu di Twitter miliknya








    Fasha juga memberitahu bahawa Jejai telefon 10 kali sehari setiap hari semasa di Jepun dan setiap kali kol 1 jam..maknanya mereka bergayut 10 jam sehari..haha..mau bernanah telinga asyik cakap je..(mgkin Jejai kol 10 kali tapi takla sejam setiap kali) dan Jejai juga sentiasa menghantar SMS kepadanya.

    Namun Fasha seolah mengelak diri,dan membuatkan Jejai tercari-cari Fasha,Jejai ada sms ibunya,pengurus Fasha dan rakan-rakan.

    Jom tengok antara bukti Jejai menghubungi Fasha






    Jadi dengan ini terbuktilah sebanarnya Jejai sayangkan Fasha dan Fasha yang break up with him..ok.So skrg kita sume dah tahu bukan Fasha yang terhegeh,,Clap2 to Fasha..hehe.

    Menurut Fasha punce mereka break hanya mereka je yang tahu.

    Sensasi rasa tindakan Fasha memberitahu hal sebenar nie bagus la jugak,supaya tahu yang bukan Fasha nak propa ckp baru je putus,padahal Nora kata dah 2 bulan..Jejai sendiri tak bgtahu bila mereka putus.

    Salah siapa?adakah memang Jejai yang menipu Nora? Kalau Jejai yang tipu Nora,jadi Nora yang kelihatan seperti seronok dengan perpisahan mereka apabila memberitahu seolah2 dia dah lama tahu..

    Biasa la wanita cantik,mesti punya ego maisng-masing taknak tunjuk kalah.

    Apa pun sensasi harap Fasha dan Jejai tabah menghadapi perpisahan ini..

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS