Harian Metro: Rap |
Orang Felda Sabah hargai Alyah Posted: 26 Jan 2011 04:54 AM PST POPULARITI tidak pernah menghalang penyanyi Tak Mungkin Kerana Sayang ini untuk mendekati peminatnya di luar bandar. Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah, 29, percaya dan amat menghargai peminatnya yang menyokong kerjayanya sehingga dia berada pada tahap sekarang. Baginya, setiap peminat menyumbang kepada kejayaannya tidak kira siapa pun dan dari mana asal mereka. Justeru, apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengundang Alyah untuk mengikuti program Rentas Desa Ke Desa Felda yang memilih Felda Sahabat 3, Lahad Datu, Sabah pada 7 hingga 10 Januari lalu, dia tidak menolak. Bahkan teruja untuk mengikuti aktiviti yang dirancangkan. Sempat berkongsi pengalamannya, Alyah tidak sangka kehadirannya bersama beberapa artis iaitu Rini AF dan bintang baru diperkenalkan RTM iaitu Seri Dewi yang dicungkil daripada program Bintang Ai-Minnal, Fatin (Bintang RTM) dan Fitri (Bintang Klasik RTM), disambut dengan meriah oleh penduduk Felda itu. "Saya, Rini dan artis lain yang terbabit bukannya nama besar seperti Amy Search atau Ramli Sarip yang kita tahu kalau mereka pergi ke mana pun ribuan peminat akan menanti. Jadi, saya memang langsung tidak fikir mengenai jumlah penonton yang datang.
"Justeru, aktiviti seperti ini memberi peluang kepada Alyah mendekati peminat dan memperluaskan muzik Alyah. Memang Alyah tidak sangka langsung, Alyah dikenali di sana," katanya. Memperdengarkan vokal lantangnya dengan lagu hit seperti Tak Mungkin Kerana Sayang dan Realiti Dewi, Alyah menyampaikan lagu malar segar yang cukup popular secara eksklusif iaitu, Penawar Rindu. Aktiviti sepanjang empat hari itu turut dimanfaatkan dengan Sambutan Ulang Tahun 50 Orkestra RTM termasuk mengunjungi ke Radio Muzik FM dan Radio Tawau. Bercerita lanjut mengenai hari indah yang dilaluinya di Felda Sahabat 3, ia sebenarnya mengingatkan Alyah asal-usul ibunya yang turut dibesarkan di kawasan Felda. "Saya juga orang kampung malah ibu saya berasal dari Felda. Selama berada di sana banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat serta sangat bersyukur kerana diberi kesempatan hidup dalam keadaan selesa. Keduanya, berharap kisah kehidupan yang dikongsi bersama peminat dapat menjadikan inspirasi untuk mereka berjaya dalam apa jua bidang diceburi. "Selebihnya, ini pengalaman pertama saya ke Felda di Sabah. Ternyata keadaannya tidak sama seperti kehidupan penghuni Felda di Semenanjung. "Kawasan Felda di Semenanjung, saya kira kehidupan penduduknya agak mewah apabila penghuni mampu mengadakan rumah yang besar selain terdapat banyak kemudahan mungkin kerana faktor berdekatan bandar. "Kebetulan Felda Sahabat 3, Lahad Datu yang kami kunjungi itu berada di penghujung peta Sabah atau erti kata lain jauh di pedalaman maka penduduknya agak tersisih daripada pembangunan," katanya. Beralih topik kerjaya, Alyah kini dalam perancangan melancarkan single keduanya, Kisah Hati nukilan 6ixth Sense. Pada masa sama sibuk juga memikirkan idea untuk penggambaran video klip lagu berkenaan. "Januari dan Februari nanti, jadual saya sangat padat kerana bulan depan akan melancarkan single kedua selain masih terikat dengan rakaman album terbaru dibuat secara berperingkat. "Insya-Allah pada Februari juga saya akan menjalani penggambaran video klip Kisah Hati. Banyak idea yang bermain dalam fikiran sekarang dan kemungkinan besar saya bersama pasukan yang menghasilkan video klip ini akan ke Perth, Australia untuk melaksanakannya," katanya. PROFIL: |
Posted: 26 Jan 2011 04:49 AM PST ISU pengguna tiada kesudahan dan memerlukan penyelesaian terbaik untuk mengingatkan pengguna terhadap hak mereka. Justeru, kerjasama menanganinya diperkemaskan apabila Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menghasilkan album nyanyian artis popular dan pelakon sitkom dengan lirik bertemakan akta dan hak pengguna.
Pelancaran album julung kali diperkenalkan antara Fomca dan artis seni dengan kerjasama komposer daripada Top Ten Music, Nasir Datuk Ahmad Nawab turut dialu-alukan artis lama seperti Jay-Jay, Zur Eda, Hail Amir dan Ayati Tasrip.
Kata Jins, pelancaran album itu memberi petanda baik meningkatnya kesedaran di kalangan pengguna.
"Aspek harga tinggi perlu dikaji semula agar harga CD tidak boleh terlalu tinggi dan memastikan lebih banyak dapat dijual. Masalah cetak rompak boleh diatasi dengan ada menyemai mentaliti membeli karya asli. "Apapun, inisiatif Fomca menyedari peranan seni dan muzik selain penghibur mampu memberikan kesedaran melalui mesej pada lirik lagu,".
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |