Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Metrowealth MIG Kongsi Rezeki Agih Bonus Posted: 26 Jan 2011 04:57 PM PST Seperti tahun-tahun sebelum ini, Metrowealth (MIG) sekali lagi mengadakan Majlis Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus untuk meraikan serta berkongsi rezeki dengan semua yang menjayakan terbitannya. Dengan tagline 1 Dekad, 49 Filem, majlis gilang gemilang yang diadakan di Hotel One World itu dihadiri juga oleh ramai tetamu jemputan yang terdiri daripada krew, selebriti, artis MIG, pelakon, penggerak filem, media dan penulis blog. Sejak tahun penubuhan MIG pada tahun 2000, nampaknya 2010 adalah tahun paling cemerlang buat MIG kerana 29 buah filem yang ditayangkan di pawagam sepanjang tahun 2010, 11 daripadanya adalah daripada terbitan MIG. Ini membuktikan MIG begiitu konsisten dan bekerja keras untuk buat filem. Lebih membanggakan, daripada RM73 juta kutipan keseluruhan untuk tahun 2010, RM42juta adalah milik MIG. Bagi MIG, ini adalah satu angka yang besar dan sungguh membanggakan. Menurut kata boss besar MIG, Encik David Teo, ini satu pencapaian dan anugerah tersebut, dan pada malam ini anugerah itu dikongsi bersama kepada semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis, pihak media dan semuanya. Tanpa sokongan padu dari semua pihak, kejayaan ini tidak pasti menjadi nyata. Bukan sekadar kutipan filem, perancangan membentuk modal insan dalam industri hiburan nampaknya telah menunjukkan kejayaan. Buktinya, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan 7 orang pengarah muda dan 6 diantaranya telah berjaya menghasilkan filem dan mencapai kutipan box office. Paling berjaya adalah Ismail Bob Husin menerusi Ngangkung yang dihasilkan sebagai filem pertama. Di majlis ini beliau menerima sebuah kereta Toyota Alphard. Tahniah bro! Antara kejayaan MIG sepanjang tahun 2010:
Begitu juga dengan bidang pengurusan artis, nampaknya artis di bawah naungan MIG seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen dan ramai lagi semakin kuat menapak dalam industri hiburan. Sekaligus menarik minat artis popular yang lain seperti Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak memilih MIG untuk mengurus kerjaya seni mereka. Ini menjadikan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang. Untuk tahun 2011 pula MIG akan terus menerbitkan filem. Antaranya seperti Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi. Syabas untuk MIG. Ini Lisa Surihani cuma menggantikan staf MIG je ni. Dapat rumah! Staf MIG dapat rumah Semi – D 2 Tingkat. Azahari, Pegawai Perhubungan Media dapat sebuah kereta Mercedez Benz E 200 Shaheizy Sam yang baru sahaja join MIG terus dapat rumah Semi D 2 Tingkat Bukan itu sahaja, Sam juga menerima pakej mengerjakan umrah bersama kedua ibu bapanya bernilai RM30ribu. Tahniah Sam Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gambar Intan Ladyana di Majlis Penghargaan MIG Posted: 26 Jan 2011 05:27 AM PST Pada jam 8 malam ini (26 Januari 2011) telah berlangsung Malam Penghargaan MIG di Hotel One World. Ramai sekali selebriti terutamanya artis di bawah pengurusan artis yang hadir termasuklah Intan Ladyana. Sebanyak 49 filem telah diterbitkan dalam masa satu dekad. Filem Alamak Toyol mencatit sejarah gemilang buat MIG dengan menjadikan filem yang ke-50. Tahniah buat MIG dari kami di Sensasi Selebriti. Tahniah juga kepada semua pelakon, krew, staff dan artis MIG yang menerima bonus pada malam ini. Intan Ladyana menggayakan fesyen rekaan Khairi Sufi. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |