OHBULAN! |
Panas! Bukti Log Panggilan, BBM Jejai Kepada Fasha Sandha Posted: 26 Jan 2011 08:38 PM PST Nah! Kali ini Fasha Sandha tidak bermain-main lagi, malah berkongsi bukti panggilan serta BBM Jejai dengan dirinya sepanjang berada di Jepun sebagai bukti bahawa kenyataannya dalam entri "Kenyataan Nora Itu Adalah Salah" – Fasha Sandha Kemukakan Bukti adalah benar. Seperti yang Fasha Sandha katakan, "Jangan lupa, semua pics, log, sms, bb semua ada dlm simpanan I. Kalau I dedahkan semuanya, akan mengaibkan org lain, jadi I keluarkan apa yg penting,utk membuktikan bahawa mmg kami break on the 18th. Dan I yang meletakkan 'NOKTAH'. Orang lain tu, tak payah jadi jurucakap,nak cakap lebih2 atau nak mengandaikan call utk tanya khabar je. U all fikirlah dan buat kesimpulan." Malah, Fasha Sandha memberikan kata-kata tegas berbunyi "Bekas isteri (merujuk kepada Nora Danish). Pls read metro today and metro yesterday. Compare n fikir siapa yg berkata benar." |
“Kenyataan Nora Itu Adalah Salah” – Fasha Sandha Kemukakan Bukti Posted: 26 Jan 2011 04:07 PM PST Di laman Twitter semalam, Fasha Sandha ada menghantar beberapa tweet yang seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Nora Danish di akhbar Hmetro yang dipaparkan semalam. Bunyinya agak keras, Fasha Sandha sememangnya sudah pecah tahap sabarnya setelah menyedari yang dia semakin ditindas apabila mendiamkan diri. Antara tweetnya yang pertama berbunyi, "Don't test my patience dear. Wait for my turn, beserta bukti tomorrow. Nxt time pls think wisely before u make any statement. Thanks." Bukan sahaja kami terkejut, malahan followers Fasha Sandha yang berjumlah 54000 orang tertanya-tanya akan kenyataannya semalam. Selang beberapa minit, Fasha Sandha sekali lagi menghantar tweet yang memberikan gambaran yang jelas terhadap situasinya. "Ditindas selalu, bukan bererti akan ditindas buat selama lamanya. Hari ni kau memalukan orang lain tanpa mengunakan akal fikiran kanak2 kau. Esok tuhan menjadikan balasan berkali ganda. Sekiranya kau di pihak benar, kau tak perlu melatah, tindakan kau kurang bijak. Syukur alhamdulillah, segala bukti bersama aku, aku akan lampirkan semua." Imbas kembali, semalam aktres Nora Danish memberikan kenyataan yang membangkitkan kemarahan Fasha Sandha apabila mengumumkan bahawa dia tidak terlibat dalam perpisahan hubungan cinta antara bekas suaminya, Jejai & Fasha Sandha, kerana mereka berdua sudah berpisah 2 bulan. Ya, akhirnya pecah tembelang apabila Jejai & Fasha Sandha sudah tiada apa-apa hubungan selama 2 bulan sebelum peristiwa percutian ke Jepun bersama Nora Danish, tempoh hari. Kenyataan berpisah 2 bulan itu benar-benar mencabar kesabaran Fasha Sandha, lantas dia bertindak untuk mengemukakan butik kepada akhbar Hmetro sebagai tindak balas terhadap kenyataan aktres Nora Danish, hari ini. Satu mesej yang jelas ditujukan kepada aktres Nora Danish berbunyi, "Kesian kau… Apa lagi yang kau nak sebenarnya. Move on la, mind our own business la. Byk bercakap perkara yg kau tak pasti kebenaran, menampakkan kau ni kurang bijak. Kau nak cuba malukan aku? Utk apa? Kau dah dapat apa yg kau nak dan harapkan, so just diam n bersyukur. Kau lupa, Aku ada bukti." Dalam luahan hatinya kepada Hmetro (Cukuplah Saya Ditindas) hari ini, Fasha Sandha menyangkal kenyataan Nora Danish, bahawa Jejai dan dia sudah berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi dirinya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Fasha juga menjelaskan bahawa kenyataan Nora itu adalah salah.
Fasha Sandha menegaskan bahawa Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu ketika Jejai berada di Jepun, sekitar awal bulan Januari. Sekaligus menafikan dakwaan bahawa mereka berdua sudah dua bulan berpisah dan Jejai hanya menghubunginya sekadar bertanya khabar. Gambar Jejai & Nora Danish bercuti di Jepun bersama Rayqal. Fasha Sandha juga menyatakan bahawa Nora Danish tidak sepatutnya masuk campur dengan bercerita kepada pihak media akan kronologi hubungannya dan Jejai kepada media sekiranya benar bukan dalang punca perpisahan mereka.
Keadaan ini memaksa Fasha Sandha memberikan penjelasan penuh beserta bukti kukuh kepada pihak media kerana dia menyimpan semua SMS, BB Messenger dan senarai panggilan telefon. Malah, ibunya masih menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun. Fasha Sandha menjelaskan tujuan dia mengemukakan penjelasan beserta bukti kerana dia enggan dikaitkan dengan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang. Fasha Sandha merasakan dirinya telah ditindas dan tindakan mengeluarkan penjelasan berbukti dapat menegakkan kata-katanya, sekaligus menafikan dakwaan Nora Danish. Berita kredit: Hmetro (Cukuplah Saya Ditindas) & Twitter Fasha Sandha. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |