Adsense

Jumaat, 15 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Siti lebih ayu

Posted: 14 Feb 2013 01:27 PM PST

Apabila memilih untuk tampil berhijab, artis tersohor Datuk Siti Nurhaliza sedar keputusannya bakal membawa diri berdepan pelbagai situasi yang andai tersilap percaturan, mungkin memakan diri.

Apatah lagi dengan kedudukannya sebagai penyanyi terkenal, pasti ramai yang tertanya-tanya sejauh manakah imej barunya itu mempengaruhi kerjaya seni. Adakah Siti selepas ini akan membataskan gerak-gerinya hanya kerana dirinya berhijab?

Saat diajukan persoalan ini kepada si empunya diri, Siti mengakui perkara itulah yang sering bermain di fikiran selepas bertudung litup.

"Banyak perkara yang perlu Siti nilai kembali selepas berhijab. Sebagai penyanyi, ada ketika, Siti perlu menari. Siti tak mahu situasi itu mencetuskan perasaan tidak senang lebih-lebih lagi selepas Siti mengenakan tudung litup.

"Mungkin selepas ini Siti akan mengikut gaya penyanyi Adele yang tidak perlu banyak bergerak ketika membuat persembahan, sebaliknya suara dan lagu-lagunya sudah cukup hebat.

"Disebabkan itulah SitI perlu memikirkan lebih awal konsep untuk album yang akan datang supaya dapat disesuaikan dengan penampilan Siti," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman persembahan sempena Minggu Setiausaha - Memori Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza di The Royale Chulan, Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Menurut Siti, walau apapun kesukaran yang perlu ditempuh, dia berpuas hati kerana apa yang diimpikan akhirnya termakbul.
"Memang dari dulu lagi Siti impikan untuk mengenakan tudung litup iaitu selepas Siti menunaikan ibadat Haji. Akhirnya, impian itu tercapai selepas melalui pelbagai fasa iaitu bertudung, berselendang dan akhirnya bertudung litup.

"Suami Siti suka dengan penampilan terbaru ini," dedah penyanyi berusia 33 tahun ini.

Single baru, Galau kurang menyengat?

Selepas lagu Muara Hati yang dinyanyikan secara paduan suara dengan Hafiz, Siti muncul dengan single berjudul Galau yang julung kali diperdengarkan ketika konsert sulungnya di Gambang, Kuantan, tahun lalu.

Namun, entah di mana silapnya, lagu itu agak kurang menyengat jika mahu dibandingkan dengan kebanyakan lagu cinta yang pernah didendangkan Siti.

Menjawab persoalan itu, Siti berkata sebagai penyanyi, dia berusaha menyampaikan lagu itu sebaik mungkin.

"Lagu itu adalah projek khas Siti bersama Universal Records dan untuk pasaran digital. Pihak syarikat rakaman yang mahukan Siti menyanyikan lagu itu.

"Sebagai penyanyi, Siti berusaha menyampaikan lagu itu sebaik mungkin dan selebihnya Siti serahkan pada pendengar," ujarnya.

Luahan politik sekadar pandangan rakyat

Melihat trend artis yang makin ramai berhijrah, ada antara mereka mula diintai parti politik untuk menyampaikan ceramah motivasi. Apakah Siti tidak terkecuali didatangi pihak yang mahu Siti melakukan perkara sama?

"Setakat ini, tidak ada yang meminta saya berbuat demikian. Siti juga tidak bersedia untuk menceburi bidang politik walaupun kebanyakan tweet saya berbaur politik.

"Apa yang saya tulis adalah ada sekadar suara seorang rakyat dan tidak bermaksud apa-apa," tegas Siti menyatakan pendiriannya. H2

Siti nyanyi selepas rehat tiga bulan

Sementara itu, mengulas persembahan yang bakal dijayakannya pada 11 April depan, Siti berkata, ia bakal memberi kenangan terindah kepada peminat selepas tiga bulan berehat menjaga suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa yang sakit akibat kemalangan jalan raya di New Zealand.

"Sepanjang lebih sejam persembahan, Siti akan menyampaikan juga lagu popular semasa. Tidak ketinggalan, lagu Siti sendiri seperti yang Siti lakukan pada persembahan Pink Jazzy Affair tempohari apabila Siti nyanyi lagu Skyfall yang cukup popular ketika itu." katanya yang bakal diiringi pemuzik di bawah pimpinan Aubrey Suwito.

Kata penyanyi Biarlah Rahsia ini, persembahannya itu adalah eksklusif kerana itu adalah satu-satunya persembahan sempena Minggu Setiausaha yang dijayakannya, tahun ini.

Selain mendengar nyanyian Siti, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh bekas peserta program One In A Million, Lokman Aslam dan pertunjukan fesyen oleh Cosry Design.

Tiada sebab nak curang

Posted: 14 Feb 2013 01:23 PM PST

Kerap dikaitkan punya skandal dengan ramai wanita, Fauzi Nawawi yang juga suami pelakon, Lisdawati, tidak memandang serius dakwaan orang sebaliknya berbangga apabila tetap dilihat laris walau sudah punya enam anak.

Akuinya, sejak terbabit dalam dunia hiburan belasan tahun lalu, dia seakan sudah lali berdepan dengan segala macam tohmahan.

"Kadangkala saya tergelak juga membaca gosip mengatakan saya ada ramai kekasih gelap. Kalau sekali dua tidak mengapa. Ini tidak, satu demi satu cerita menggelikan hati timbul.

"Tetapi dalam usia 40 tahun, berstatus suami orang serta dikurniakan anak yang sudah berderet, sedikit sebanyak saya berasa bangga kalau dilabel tetap laku sampai dapat 'memancing' hati ramai wanita," katanya ketika ditemui pada pelancaran koleksi khas Hari Kekasih barang kemas Pandora di Ampang.

Tambahnya, dia kini bahagia dengan kehidupan bersama isteri tersayang selain anak-anak, termasuk cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu yang semakin remaja, hingga tiada sebab untuknya berlaku curang.

"Dalam rumah tangga, sudah jadi adat kalau ada sedikit rasa merajuk. Tetapi itu perkara biasa, tidaklah sampai kami membuka mulut bercerita masalah kepada orang lain walaupun ibu sendiri.

"Bagi saya, Lis (Lisdawati) antara penyokong kuat malah dialah kawan dan dia juga pengkritik hasil kerja saya yang paling tulus. Dalam kerja mahu pun rumah tangga, kami umpama sebuah pasukan yang kuat.
"Sebagai ibu, dia sebenarnya lebih tegas, malah segala-galanya sama rata tidak kira anak sendiri mahu pun anak tiri manakala saya lebih fleksibel. Jadi apabila saya memanjakan anak, nampak dialah yang garang," kongsinya sambil tertawa.

Keluarga faham dunia artis

Melihat luaran, Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 tampak serius, namun hakikatnya dia memang selamba serta mudah mesra tidak kira dengan sesiapa pun.

Sebagai lelaki berstatus suami dan bapa, sudah pasti sedikit sebanyak kisah skandal itu terpercik kepada keluarga, apatah lagi anak-anak sudah semakin dewasa dengan si sulung sudah mencecah 18 tahun.

Namun Fauzi bersyukur apabila mereka cukup memahami asam garam insan dalam dunia seni, bahkan sentiasa mengingatkan setiap cahaya matanya supaya mengejar ilmu untuk berjaya dalam hidup.

Tak pernah mengurat Rita

Diminta menyentuh mengenai isu berbalas kenyataan dengan Rita Rudaini berikutan kenyataan wanita itu yang mendakwa boleh berlakon dengan isterinya asalnya Fauzi tidak berada di lokasi, nyata dia enggan memanaskan lagi keadaan.

Sebagai individu yang tiada kaitan dengan isu lama membabitkan pergaduhan antara Rita dan Lisdawati kira-kira tujuh tahun lalu, Fauzi sendiri tertanya-tanya masalah sebenar wanita berkenaan hingga memberi peringatan seumpama itu, yang tentu saja menimbulkan pelbagai tanggapan kurang enak di kalangan orang luar.

"Biarlah dia dengan segala macam peringatan dan kenyataan. Masyarakat boleh menilai siapa profesional atau tidak. Kalau diminta berlakon dengannya, saya tiada masalah pun sebab saya tidak pernah cuba menguratnya, dulu atau sekarang.

"Kalau ada yang mendakwa kami pernah bercinta atau menjalin cinta tiga segi sebelum saya dan Lis berkahwin, cerita itu juga tidak benar. Jadi saya tak tahu apa masalahnya? Kalau ikutkan, selepas pergaduhan mereka dulu, saya berkahwin dengan Lis dan kami terus bahagia sampai sekarang.

"Bukanlah saya mahu membandingkan rumah tangga kami dengan situasi yang dialaminya kini, tetapi cukup-cukuplah... Saya harap Rita faham maksud saya," katanya penuh bermakna.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Pertunangan Fizz Fairuz Dan Azlyn Massiela

Posted: 14 Feb 2013 02:07 PM PST

Posted: 15 February 2013 at 6:07 am  

Gambar petunangan Fizz Fairuz

Umum mengetahui yang Fizz Fairuz kini sudahpun bertunang dengan kekasihnya, Azlyn Massiela pada hari Ahad, 10 Februari yang lalu.. Majlis pertunangan Fizz Fairuz yang diadakan secara senyap itu telah diadakan di rumah keluarga tunangnya di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang dengan jayanya..

Memandangkan majlis pertunangan Fizz Fairuz diadakan secara tertutup, tidak banyak gambar yang kami peroleh, hanya beberapa keping gambar pertunangan mereka yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dapat kami kongsikan di bawah..

Jadi, buat peminat Fizz Fairuz jom kita layan beberapa keping gambar ketika majlis pertunangan Fizz Fairuz dan Azlyn Massiela ni berlangsung..