Nuffnang

Gosip Artis Malaysia

sumber :-

Gosip Artis Malaysia


Shiro Tidak Berniat Elak Wartawan

Posted: 24 Jan 2013 07:19 PM PST

Shiro memberitahu berasa rendah diri apabila berhadapan dengan pihak media kerana berasa mereka tidak popular.
JOHOR BARU: Pemenang tempat ketiga pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012), kumpulan Shiro menjelaskan tidak pernah berniat untuk mengelak daripada ditemubual pihak media.
Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak sebaliknya memberitahu mereka berasa rendah diri setiap kali berhadapan dengan wartawan kerana menganggap diri tidak popular.
"Bukan larikan diri tetapi kami menganggap diri tidak popular selain tiada bahan untuk diceritakan kepada pihak media.
"Atas alasan itu juga selepas selesai sesuatu majlis meibatkan pihak media kami akan terus balik," jelas Shahrol .
Shiro ditemui selepas pertandingan akhir MLM 2012 yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) pada Ahad malam lalu.
Pada pertandingan itu, kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan dinobatkan sebagai juara manakala kumpulan Jambu (Yus dan Tauke) ditempat kedua.
Shahrol dan Ajak membawa pulang wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Gandingan mereka telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga program Maharaja Lawak Mega 2012 baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ajak memberitahu mereka tidak menyangka berjaya menempatkan diri di peringkat akhir program itu dan seterusnya dinobatkan pemenang tempat ketiga.
Malah kata Ajak, mereka menjangkakan akan tersingkir pada minggu ke empat pertandingan.
"Dapat masuk final adalah satu kejayaan besar buat kami berdua kerana semua peserta yang masuk hebat-hebat belaka.
"Malah kami langsung tidak tertekan menghadapi peringkat akhir kerana tidak menyasarkan untuk menang.
"Bagaimanapun kami berdua bersyukur dengan rezeki yang diberikan kepada kami," ujarnya.
Ditanya mengenai hadiah kemenangan mereka, Ajak berkata, dia bercadang untuk menghadiahkan jubah dan songkok kepada pelajar-pelajar Sekolah Kampung Hj Manan, Kluang, dekat sini.
Sementara itu, Shahrol berkata, mereka berdua berharap dengan kemenangan itu akan membuka lebih banyak peluang kepada mereka sebagai pelawak.
- ---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Lebih manja di rumah

Posted: 24 Jan 2013 02:05 PM PST

Suami tak cemburu, faham sifat semula jadi Ella

Mengenali penyanyi rock wanita unggul ini, dia memang seorang yang sangat manja. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berdepan dengannya, pasti mereka akui sifat manja Norzilla Aminuddin atau nama pentasnya, Ella.

Walaupun pernah suatu ketika sifatnya itu disalahertikan, namun lama-kelamaan ia bagaikan sudah sinonim dengannya.
Ella ikut nasihat Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang suami isteri kenalah selalu ucapkan perkataan cinta terhadap pasangan masing-masing. Macam Ella, dalam sehari beberapa kali jugalah Ella ucapkan kata sayang pada Azhar. Tapi biarlah ucapan itu dilafazkan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan," Ella

Namun itu dulu, iaitu ketika dia masih bujang. Kini, selepas bergelar isteri kepada Azhar Ghazali, ramai yang tertanya-tanya apakah Ella masih mengekalkan sifat manjanya itu di rumah? Apakah si suami tidak cemburu apabila melihat isteri kesayangan masih menunjukkan sifat manjanya kepada lelaki lain di luar rumah?

Ketika diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, Ella yang ditemui pada majlis sidang media Save Our Rainforest Race anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) di Kuala Lumpur, kelmarin, ternyata lebih selesa meminta perkara itu dijawab oleh suaminya yang turut hadir.

Jawapan diberikan juruterbang sebuah syarikat penerbangan itu amat mengejutkan dan tidak disangka-sangka.

"Pada saya, Ella yang awak semua lihat sekarang lebih reserved berbanding di rumah. Dia lebih manja daripada itu di rumah. Soal cemburu melihat kemanjaannya dengan orang lain, saya tak kisah sangat kerana saya faham itu memang sifat semula jadinya.
"Tapi selalunya kalau ada yang tak kena di mata saya, kami akan sama-sama bermuhasabah dan mana-mana perkara yang tidak manis, kami akan perbetulkan," ujar Azhar sambil merenung Ella yang duduk berdepan dengannya.

Amal pesanan Fadzilah Kamsah

Terlanjur bercerita mengenai hal rumah tangga, Azhar turut ditanya mengenai kesahihan cerita kononnya dia terlalu memanjakan Ella sehingga penyanyi itu tidak dibenarkan membuat kerja rumah. Sambil menafikan perkara itu, dia berkata, dalam melayari bahtera kehidupan suami isteri, dia lebih selesa mengamalkan toleransi.

"Bukan memanjakan, cuma dalam hal seperti ini, saya tidak mahu membebankan Ella dengan kerja rumah. Mana yang saya boleh bantu, saya bantu," terangnya.

Seronok sungguh melihat gelagat Ella ketika berbual dengan Azhar. Selain panggilan sayang, dia juga berkali-kali melafazkan perkataan 'I love you' kepada suaminya. Bukan sengaja dibuat-buat iaitu sekadar menunjukkan kemesraan di hadapan media, tetapi kata Ella, perkara itu memang menjadi amalan sejak mendirikan rumah tangga.

"Ella ikut nasihat Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang suami isteri kenalah selalu ucapkan perkataan cinta terhadap pasangan masing-masing. Macam Ella, dalam sehari beberapa kali jugalah Ella ucapkan kata sayang pada Azhar. Tapi biarlah ucapan itu dilafazkan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan," dedah Ella sambil tertawa.

Konsert jelajah April depan

Beralih kepada kerjaya seninya, jika tiada aral melintang, Ella bakal mengadakan konsert jelajahnya pada April depan.

"Konsert ini dijayakan dengan kerjasama Warner Music dan sebuah syarikat yang Ella terpaksa rahsiakan namanya. Buat masa ini kami sudah mengenal pasti beberapa lokasi utama. Penutup konsert ini yang berkonsep akustik akan diadakan di Kuala Lumpur," ujarnya yang akan mengumumkan maklumat lanjut mengenai konsert itu dalam majlis berasingan.

Selain konsert, beberapa projek khas turut menanti untuk dilaksanakan.

"Ella akan berkolaborasi dengan dua penyanyi, masing-masing dari dalam dan luar negara. Buat masa ini Ella tidak boleh mendedahkan siapa mereka sebab ia masih dalam peringkat perbincangan. Kalau sudah sahih, baru Ella akan beritahu orangnya," katanya yang masih berhubungan dengan bekas protegenya, Caroline.

Rashid mahu stesen TV utamakan impak karya, usah kejar rating

Posted: 24 Jan 2013 01:52 PM PST

Usah hanya pentingkan soal rating, sebaliknya stesen televisyen (TV) perlu mengutamakan tanggungjawab sosial dalam menyajikan program bermanfaat kepada masyarakat.

Itulah saranan sutradara, Rashid Sibir yang mahu pembikin drama mengetengahkan isu budaya Melayu tempatan daripada hanya memaparkan kisah kehidupan warga korporat.

Rashid memang terkenal dengan karyanya yang menyentuh perasaan. Lihat saja drama Tanah Kubur yang mendapat sambutan malah siri berkenaan sudah memasuki musim keenam.
Tidak kisah jika mahu menggambarkan golongan korporat, tapi biarlah seimbang. Gambaran mengenai kehidupan dan masyarakat kampung juga perlu dipaparkan. Kita perlu ada nilai-nilai kampung dalam drama kita," Rashid Sibir

"Saya cuba memberi impak kepada masyarakat yang menonton. Tidak semestinya penonton dapat kaitkan dengan hidup mereka, sebaliknya ia boleh dijadikan pedoman bersama.

"Saya cuba paparkan kehidupan realiti dalam TV. Penonton bukan hanya merangkumi golongan korporat, malah penduduk kampung juga menonton TV.

"Tidak kisah jika mahu menggambarkan golongan korporat, tapi biarlah seimbang. Gambaran mengenai kehidupan dan masyarakat kampung juga perlu dipaparkan. Kita perlu ada nilai-nilai kampung dalam drama kita," katanya panjang lebar.

Rashid berkata, elemen kehidupan di desa perlu ada dalam drama yang dihasilkan.
"Ini penting supaya anak-anak zaman sekarang dapat mengenali tradisi kita. Kalau kita sebagai pengarah tak dapat hendak menimbulkan nostalgia dalam karya, mesti anak-anak moden tidak tahu.

"Bagi saya sesebuah stesen TV perlu ada tanggungjawab sosial, bukan hanya memaparkan hiburan semata-mata. Mereka tidak boleh terlalu memikirkan soal rating di mana nilai masyarakat akan hilang nanti," katanya ketika ditemui di set penggambaran drama terbarunya, Surat dari Langit Biru.

Drama 15 episod ini akan disiarkan dalam slot Samarinda, TV3, mulai 6 Februari depan.

Jika sejak kebelakangan ini, banyak drama korporat yang memaparkan kehidupan orang berpangkat tinggi dan kaya dipaparkan penerbitnya, Rashid berbangga stesen TV3 memilih karyanya yang berunsur masyarakat dan suasana kampung.

Drama Surat dari Langit Biru menceritakan mengenai pasangan adik beradik, Salmi dan Zarul iaitu watak yang dihidupkan pelakon, Yana Shamsudin dan Johan As'ari.

Ikatan persaudaraan mereka amat rapat umpama bidalan cubit paha kanan, paha kiri terasa. Walaupun hidup mereka tidak dilimpahi kemewahan, kasih sayang yang dicurahkan menjadi kunci kebahagiaan.

Selain Yana dan Johan, drama itu turut dibintangi Fizo Omar, Tania Hudson, Fauziah Nawi, Rahim Razali dan Nasir Bilal Khan. Drama ini juga menampilkan sisi baru Yana, Johan, Fizo dan Tania. Rashid mengubah karakter yang sering dibawa mereka kepada watak yang tidak pernah dihidupkan sebelum ini.

Rashid berkata, karya yang dihasilkan adalah dari permintaan dan perbincangan dengan kumpulan kreatif dari stesen TV. Karya Rashid berteraskan cita rasa penonton dan faktor sekeliling. Namun, ideanya diterapkan supaya setiap pihak yang terbabit dalam proses penerbitan berpuas hati. Antara karyanya ialah Pondok Buruk, Sekeras Kerikil, Quran Buruk, Bertaut Di Jabal Rahmah, Janji Syurga dan banyak lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Penjelasan Saiful Nang Mengenai Isu Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay

Posted: 24 Jan 2013 11:41 PM PST

Jika sebelum ini ibu kepada Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon melahirkan rasa kesal dan terkilan kepada jurugambar yang mengambil gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan, Kini giliran Saiful Nang selaku pengasas CandidSyndrome International pula memberi penjelasan balas.. Jom kita baca penjelasan Saiful Nang dibawah…

Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop

Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.

BIAR SAYA CERITA DARI MULA…

Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu. Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).

Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana "overslept". Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.

Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)

Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.

Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment). Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi) untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi.

Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.

Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?

Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan "Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta" jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.

Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta. Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti "fotografi dijalankan oleh candidsydrom" (siap salah eja lagi selalunya).

Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi

"Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita"

Lalu saya jawap kepada Izuan, "Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya".

Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan

"Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS".

Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan "Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit".

Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.

Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?

Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.

Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.

Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.

Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ni bukan Artis glemer, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS ;)

Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.

Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.

SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay – Ibu Kesal Gambar Tersebar

Posted: 24 Jan 2013 08:17 PM PST

Posted: 25 January 2013 at 12:17 pm  

Pra Perkahwinan Liyana Jasmay (11)

Tinggal seminggu lagi sebelum Liyana Jasmay dan tunang, Fathudin Mazlan akan disatukan sebagai suami isteri yang sah.. Namun sekitar minggu lepas telah tersebarnya gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay yang menampilkan babak-babak romantik dan aksi mesra pasangan ini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak kerana bertentangan dengan budaya masyarakat kita..

menerusi Sinar Harian, ibu kepada Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon, melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap apa yang berlaku..

"Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi,

"Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.

"Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu,"

Tidak mahu memanjangkan kontroversi, Datin Habsah mengambil langkah mengendahkan isu itu dan menumpukan kepada persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi..

"Saya malas nak fikir banyak mengenai perkara itu. Begitu juga dengan Liyana, lebih baik kami endahkan sahaja dan fokus kepada majlis yang bakal berlangsung.

Dibawah merupakan beberapa keping gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan..

Sumber:Sinar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS