Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


'Klon Maher Zain'

Posted: 20 Dec 2012 03:58 PM PST

Farid Sanullah anggap persamaan dengan penyanyi lagu Insya-Allah beri hikmah

Walaupun pada awalnya peminat tersalah anggap lagu nyanyian penyanyi muda ini sebagai milik Maher Zain, dia sedikit pun tidak berasa hati, jauh sekali untuk melatah. Bahkan, Farid Sanullah, 21, gembira apabila orang ramai membandingkan diri muziknya dengan penyanyi terkenal berasal dari Lubnan itu.

Dilahirkan di Kuala Lumpur, tetapi membesar di Perth, Australia, artis keturunan Pakistan ini amat gembira apabila single pertamanya, Don't Forget Allah, mendapat sambutan baik daripada pendengar, biarpun pada mulanya ia disangka dendangan terbaru Maher.

Menyedari sambutan yang diterima lagu itu di sini cukup memberangsangkan, Farid yang mengetengahkan irama berunsurkan Islam, tidak ragu-ragu memilih Malaysia sebagai negara pertama bagi mempromosikan single berkenaan, selepas melakukannya terlebih dulu di Australia.

Pelajar jurusan Programming di Polytech West, Perth, terbabit menegaskan, Malaysia mempunyai jumlah pendengar irama nasyid cukup besar, justeru, dia tidak teragak-agak untuk memperkenalkan lagunya itu ke negara ini.

Malaysia destinasi pilihan

"Saya akan berada di Malaysia selama dua hingga tiga bulan bagi mempromosikan lagu dan album pertama yang akan keluar pada Januari depan. Selepas Malaysia, barulah saya akan ke negara Asia lain.

"Saya memilih Malaysia sebagai destinasi pertama setelah melihat sambutan memberangsangkan terhadap single sulung. Saya pun tidak sangka ia boleh meraih begitu banyak perhatian. Jika mahu dibandingkan dengan Australia, pasaran di sana tidak menggalakkan kerana kurangnya penduduk beragama Islam," kata Farid yang hadir ke Balai Berita ditemani bapa, Firoz Sanullah, 61, yang juga merangkap penerbit albumnya.
Menurut Farid , dia sebenarnya sudah mula menyanyi sejak berusia empat tahun. namun baru sekarang berpeluang untuk berkongsi bakat dimiliki secara lebih meluas. Singlenya diterbitkan oleh syarikat Sheikh Qalam Records Sdn Bhd.

Malah irama nasyid sudah sebati dengan dirinya sejak sekian lama, selepas didedahkan dengan dendangan kumpulan seperti Rabbani, Raihan, Inteam dan Firdaus. Turut menggemari kumpulan Hijjaz, Farid mengaku Maher dan penyanyi yang juga komposer British, Sami Yusuf, antara insan seni yang menjadi inspirasinya.

Seru generasi muda ke arah kebaikan

Farid berpindah ke Australia ketika usianya baru tiga bulan. Saat itu, dia dibawa mengikuti bapanya yang berkerja sebagai akauntan, di sana. Justeru, anak muda ini tidak mampu berbahasa Melayu, tidak seperti orang tuanya.

Begitupun, kunjungan kali ini bukanlah yang pertama buatnya.
Hakikatnya, Farid kerap pulang ke sini bagi menziarahi ramai saudara-mara.

Berhasrat menyebarkan dakwah Islam melalui muzik, jejaka berkulit cerah ini sedar, tidak ramai pemuda yang memilih konsep muzik sepertinya. Keadaan itu menguatkan lagi azamnya untuk terus berkarya menarik golongan muda mencintai Allah serta mengikuti ajaran-Nya menerusi lagu yang dipersembahkan.

Ketika ini, dia dan bapanya sibuk menulis serta merakam lagu yang bakal dimuatkan dalam album sulung. Kini, empat lagu sudah siap dirakam manakala enam lagi bakal mengikuti proses sama dalam masa terdekat.

Bagi mengenang peristiwa yang berlaku di Gaza, Farid turut menghasilkan lagu khas berjudul Orphan Child. Selain itu, banyak karyanya berilhamkan hadis dan ayat al-Quran.

Artis luar kena daftar

Posted: 20 Dec 2012 03:55 PM PST

Tiga persatuan gerak langkah lindungi kepentingan penggiat seni tempatan

Kemasukan artis dan produksi luar untuk bekerja di negara ini membuatkan tiga persatuan tidak senang duduk dan mula mengatur gerak bagi mengekang situasi itu dengan menubuhkan badan bertindak yang berperanan membantu penguat kuasa Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) berganding bahu memperkasakan Padu Citra bagi menguatkuasa undang-undang industri seni, dalam usaha melindungi pekerja seni tempatan.

Bermula Januari 2013, kemasukan artis dan pekerja seni dari luar negara perlu mematuhi garis panduan termaktub dalam Padu Citra dengan membuat permohonan melalui tiga persatuan berdaftar ini, mengikut bidang tugas masing-masing.

Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) akan dikeluarkan persatuan berkenaan mengikut kelayakan dan mereka perlu terlebih dulu mendaftar menjadi ahli persatuan berkaitan.

Naib Presiden FDAM, Abdul Rahim Awang, berkata usaha itu bagi melindungi penggiat seni tempatan daripada dipinggirkan di samping mengekang kemasukan artis luar secara tidak sah.

"Produksi dari India kerap melakukan penggambaran di negara ini dan ada antara mereka cuma mendapatkan permit daripada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), tidak SPP. Jika produksi luar tidak mendapatkan SPP, kita ada hak meminta mereka menghentikan penggambaran serta-merta.

"Jika kita sukar memasuki negara luar untuk melakukan penggambaran, kenapa kita perlu beri kelonggaran kepada produksi luar? Dengan memberi syarat kelulusan, kita bukan saja dapat menjalinkan kerjasama dengan mereka, sebaliknya mampu bertukar kepakaran dengan tenaga kerja seni tempatan," katanya.
Jupe salah guna pas lawatan

Menyentuh mengenai isu pelakon Indonesia, Julia Perez, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, menegaskan kemasukan artis seksi itu ke negara ini adalah tanpa permit Pekerja Filem Asing, selain menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Mereka memandang serius perkara itu dan meminta setiap pelakon filem, drama, iklan dan klip video asing supaya mendapat kebenaran daripada persatuan berkaitan terlebih dulu.

"Kita akan adakan lawatan ke gabungan persatuan seni di Indonesia dan Singapura tahun depan bagi memperjelaskan syarat kemasukan ahli atau artis mereka ke negara ini," katanya.

Gantung keahlian

Berhubung dua kes cabul yang dikaitkan dengan pengarah serta pelakon tambahan baru-baru ini, Abdul Rahim berkata, kes itu masih dalam siasatan polis dan tiada kaitan dengan persatuan.

Katanya, kes pertama membabitkan seorang lelaki yang menyamar sebagai pengarah filem bukannya kes rogol, sebaliknya cubaan merompak. Lelaki berusia 40-an itu sudah ditahan polis, baru-baru ini.

"Kedua-dua kes ini tidak membabitkan persatuan, cuma tindakan suspek memperkenalkan diri sebagai pengarah sudah mencemarkan nama FDAM. Kalau ada ahli kita yang didapati bersalah menyalahguna gelaran pengarah mereka, kita akan ambil tindakan menggantung keahlian mereka seumur hidup," tegasnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Siti Fazurina Kahwin Lari – Keluarga Terkejut dan Kecewa

Posted: 20 Dec 2012 08:53 PM PST

Siti Fazurina Kahwin Lari
Siti Fazurina, Pelakon yang popular melalui sitkom Anita, dikatakan telah menghilangkan diri selama sebulan sebelum berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarganya.. Memetik kenyataan di mStar online, sumber terdekat keluarganya mendedahkan, yang Fazurina telah melangsungkan pernikahanya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya..

"Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

"Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya,"

"Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu.

"Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

"Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki,"

Dalam pada masa yang sama, pihak keluarga Fazurina ada menerima SMS daripada saksi pernikahan itu bagi memaklumkan majlis berkenaan.. Dalam SMS tersebut, saksi itu meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarganya..

Julia Perez Mohon Maaf, Komen Twitter Disalahertikan

Posted: 20 Dec 2012 08:20 PM PST

julia perez berlakon di malaysia
Julia Perez pelakon Indonesia yang mencetuskan kontroversi di Malaysia dengan kritikan hebat mengenai drama kita melalui laman twitternya akhirnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.. Julia Perez mengakui menyesal dengan perbuatanya dan beliau sendiri tidak menyangka komen twitternya itu telah disalahertikan hingga mengundang kemarahan banyak pihak.. Julia Perez yang tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa, apatah lagi bersikap kurang ajar akhirnya memohon maaf diatas kesilapan yang dilakukan..

Kepada Nusantara Seni Karya Sdn Bhd,

"Komen saya, bagi saya telah disalahertikan. Walaubagaimanapun saya meminta maaf kepada sesiapa sahaja sekiranya ia telah melukakan perasaan anda semua. Khususnya kepada rakan industri yang dihormati dan peminat kesayangan anda. Saya berterima kasih kepada industri hiburan Malaysia kerana sudi memberi peluang kepada saya dan saya terima untuk melibatkan diri saya kerana kepercayaan saya dengan penuh hormat padanya."

"Selebriti Indonesia mempunyai ramai peminat yang menyayangi mereka dan selebriti Malaysia sentiasa diterima dan disayangi oleh peminat di Indonesia. Peluang kerjasama rentas di antara kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia harus diberi peluang untuk berkembang. Itu adalah keinginan saya secara peribadi."

Bercakap mengenai isu permit Julia Perez, pihak Nusantara Seni Karya (NSK) mengaku ianya sebagai kesilapan mereka.. pihak NSK kemudian memberitahu bahawa permit kerja itu sudah pun dibuat dan menunggu masa untuk mendapatkanya…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS