Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ahmad Idham Buktikan Kehebatan Digital Mix Stage FINAS

Posted: 03 Dec 2010 08:01 AM PST

AHMAD IDHAM BUKTIKAN KEHEBATAN DIGITAL MIX STAGE FINAS

Hasil dan kualiti studio pos produksi, Digital Mix Stage Finas, yang selama ini dipertikaikan kualiti dan kemahiran dalam menghasilkan produk bermutu, akhirnya terbukti apabila filem pertama di Malaysia yang menggunakan sepenuhnya kemudahan di studio berkenaan, 'Senjakala,' dikatakan mempunyai sistem Dolby setaraf dengan produk perfileman antarabangsa termasuk dari Australia.

Filem terbaru arahan Ahmad Idham, dan diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd, itu telah dijadikan kajian kes oleh pihak Lembaga Perbadanan FINAS setelah ada ura-ura cadangan penswastaan studio berkenaan baru-baru ini.

Poster Senjakala

Poster Senjakala

Melalui kajian kes ini, membuktikan bahawa studio Digital Mix Stage ini mampu berdaya saing dibawah pengurusan sedia ada selain memperlihatkan kualiti adunan yang dihasilkan mencapai piawaian tertinggi industri.

Pengerusi Finas, Datuk Mohammed M. Daud ketika ditemui berkata, "Setelah menonton tayangan filem ini (Senjakala), saya berpuas hati dengan hasil produk yang dihasilkan sepenuhnya di Digital Mix Stage. Ianya membuktikan, kemudahan dan tenaga kerja di sini akan dapat memenuhi keperluan industri perfileman tempatan."

Dalam pada itu, beliau juga ditanya mengenai masalah yang dihadapi oleh studio berkenaan hingga Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memberitahu untuk menerima sebarang cadangan penswastaan dari pihak luar, dalam menguruskan studio yang bernilai RM 53 juta ini.

ERY_8685

Ahmad Idham

"Antara masalah yang kita hadapi sebelum ini berkaitan slot (masa menyiapkan proses adunan) selain ketidakpercayaan kepada tenaga kerja yang sedia ada. Namun, masalah ini di atasi dengan pihak Digital Mix Stage akan menyediakan tiga slot yang beroperasi 24 jam sehari selain tenaga kerja dihantar ke luar negara seperti ke Amerika Syarikat dan New Zealand, dalam mempertingkatkan kemahiran dalam proses ini," beritahu Datuk Mohammed M. Daud lagi.

"Selain itu, pengiat dan pembikin filem tempatan, tidak tahu mengenai kemudahan di Digital Mix Stage yang menawarkan perkhidmatan pada harga berpatutan," tambahnya lagi.

Studio berkeluasan 2, 396 meter persegi ini menyediakan kemudahan adunan bunyi bertaraf Dolby, dengan proses 'audio dubbing,' 'foley,' dan 'optical sound,' setempat yang pertama di Malaysia. Studio ini diiktiraf sebagai ke 13 terbaik di dunia dan pertama di Asia Tenggara. Selain itu, Digital Mix Stage ini dikategorikan dalam kelas 'Premier' yang satu-satunya di rantau ini, selain Australia.

Bagi pengarah, Ahmad Idham, juga merupakan Ahli Lembaga Perbadanan Finas berkata, dia cukup berpuas hati dengan hasil kerja dari studio ini. Baginya yang pernah menjalani proses adunan bunyi di luar negara untuk filem terdahulu menambah, selain dapat menjimatkan kos pos produksi secara keseluruhan ianya juga memberikan hasil terbaik.

"Bruce Emery (Penasihat Dolby Digital) sendiri memberitahu kepada saya yang hasil kerja anak tempatan ini boleh dibanggakan kerana ianya setaraf hasil studio terbaik yang berada di Australia. Ini merupakan satu penghargaan kepada tenaga kerja studio Digital Mix Stage khasnya dan produksi 'Senjakala,' kerana ianya pengiktirafan yang mampu menarik minat syarikat produksi tempatan mahu pun luar negara untuk menggunakan kemudahan yang disediakan di studio ini," jelasnya selepas sesi tayangan tertutup 'Senjakala' baru-baru ini.

Idham menambah, "Saya sendiri kagum dengan kemahiran dan kreativiti yang mereka miliki (tenaga kerja studio), sehingga dapat memberikan hasil terbaik."

Dalam pada itu, ramai pengiat juga pembikin filem, terutamanya dari studio persendirian sering menjalankan proses adunan bunyi secara dalaman, seperti proses 'foley' yang mengambil contoh bunyi dari dalam cakera padat berbanding menjalankan proses berkenaan secara nyata di studio 'foley' yang ada di studio Digital Mix Stage di Finas.

Proses ini dilihat tidak penting kerana beranggapan penonton tidak terlalu mementingkan kualiti bunyi perincian, sehinggakan prosesnya dilakukan secara tidak menepati piawaian industri filem antarabangsa.

Azriddin Hamzah, penyelia bunyi dan adunan di studio Digital Mix Stage Finas menambah, dengan kemudahan yang disediakan, pembikin filem seperti Ahmad Idham, contohnya, mampu mengambil peluang yang ada dalam menghasilkan adunan terbaik bagi sesebuah filem.

"Dengan adunan terbaik, filem-filem yang dihasilkan dari studio Digital Mix Stage Finas ini mampu memenuhi keperluan pawagam tempatan yang menyediakan sekurang-kurangnya sistem audio bertaraf Dolby, dan ini memberikan kesan terbaik, terutamanya kepada penonton. Selain itu, filem tempatan juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa dari aspek teknikal," terang Azriddin yang menyelaras sistem audio Dolby bagi 'Senjakala.'

Pengiat bidang perfileman tempatan, terutamanya penerbit, kini menghasilkan filem dengan sistem audio Dolby Digital. Ianya satu petanda positif buat industri, namun, kebanyakkan penerbit melakukan proses Dolby di Bangkok, Thailand juga Mumbai di India.

Dengan adanya portfolio seperti 'Senjakala,' membuktikan tenaga kerja juga kemudahan dari segi jadual dan peralatan yang ada di studio Digital Mix Stage finas, antara yang terbaik di Asia Tenggara, dan pasti mampu menarik penerbit filem tempatan juga antarabangsa.

Senjakala 1

Senjakala 2

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gossip Ahmad Idham Jadi Ketua Pengarah FINAS?
  • Senarai Jawatankuasa Penasihat FINAS 2010/2011
  • FINAS Tayang Piala Dunia FIFA 2010
  • PFM Bantah Ahmad Idham & David Teo Ahli Lembaga Pengarah Finas
  • Discover The Secrets Behind Digital Film Making With Scott Billups
  • Filem The Wild Daisy dan Take Me Out To The Snowland di Finas
  • Impak Maksima The Musical di Istana Budaya Disember Ini?
  • Senarai Jawatankuasa Penasihat FINAS 2010/2011
  • Senarai Top 5 Pengarah Filem Terbaik & Barisan Juri FFM23
  • Wonder Girls Perform at MTV World Stage Live in Malaysia 2010
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    (Tahniah!) Zaibo Kini Sudah Bergelar Suami

    Posted: 03 Dec 2010 06:23 PM PST

    GAMBAR KAHWIN ZAIBO

    Akhirnya, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid yang mula kami kenali menerusi sitkom Spanar Jaya suatu ketika dahulu telah selamat mengakhiri zaman bujang'nya pada usia 54 tahun semalam (03/12/2010) dimana Zaibo sah menjadi suami kepada Siti Hawa Shawal dengan 2 kali lafaz.

    Untuk info, ini adalah perkahwinan pertama Zaibo dan merupakan perkahwinan kedua buat Siti Hawa. Pada perkahwinan terdahulu, Siti Hawa dikurniakan 9 orang anak yang kini berusia antara 3 hingga 26 tahun.

    Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Zaibo kerana telah selamat menamatkan zaman bujang walaupun sedikit lambat. Selamat berbahagia dan semoga dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

    Selamat berjuang Zaibo.

    P/s: Boleh tahan gempak juga design kesemua Proton Pahlawan Series ni

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers

    Posted: 03 Dec 2010 09:46 AM PST

    GAMBAR PANAS SITI AISHAH DAN UNCLE SEEKERS

    Kami pasti ramai yang sudah tahu mengenai pendedahan 'cinta syyhh' yang dibuat oleh Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers melalui blog'nya baru-baru ini. Maklumlah, pendedahan yang melibatkan orang kenamaan yang boleh kami kategorikan sebagai sebuah pendedahan yang berprofail tinggi.

    Ekoran pendedahan yang dibuat oleh Uncle Seekers itu, bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman, yang juga merupakan watak utama dalam pendedahan 'cinta syyhh' itu telah memfailkan saman terhadap Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

    Selain saman terhadap Uncle Seekers, Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa Uncle Seekers iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua. Tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

    GAMBAR PANAS SITI AISHAH DAN UNCLE SEEKERS

    Dari awal lagi kami sudah dapat agak yang perkara ini (saman) akan berlaku sebab pendedahan 'cinta syyhh' yang dibuat oleh Uncle Seekers itu seakan mengaibkan Siti Aishah. Tambahan pula, Siti Aishah kan 'orang besar', mana mungkin baginda akan membiarkan perkara ini begitu sahaja.

    Nak terjah blog Uncle Seekers? KLIK DI SINI

    Jom ramai-ramai pergi New Zealand

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    sumber :-

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Siti Nurhaliza Pilih Yes Dan iPad

    Posted: 03 Dec 2010 07:34 PM PST

    Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza bersama produk terbarunya iPad dan peranti Yes Huddle 4G sambil diperhatikan Pengarah Urusan YTL Corporation Bhd juga Pengerusi Eksekutif YTL Communications Sdn Bhd, Tan Sri (Dr.) Francis Yeoh di butik Yes, Lot 10, Kuala Lumpur.

    KUALA LUMPUR: Servis Internet mudah alih terpantas dengan suara, Yes menjadi pilihan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk dipadankan bersama produk terbaru Apple iPad.

    Datuk Siti yang ditemui ketika mengambil iPad dan Yes Huddle berkata, iPad adalah peranti yang hebat dan ia memerlukan padanan rangkaian sehebat Yes bagi mencapai penggunaan maksimum. Dengan kemampuan Yes yang lima kali lebih pantas daripada 3G, beliau mahu menggunakan iPad seoptimum mungkin.

    Apabila di aju pertanyaan adakah dia akan menggunakan iPad lebih kerap selepas ini, Siti menjelaskan peralatan itu memudahkannya untuk bekerja.

    "Sudah tentu, ia adalah sebuah peralatan yang begitu versatil. Ia bukan saja membantu urusan kerja, malah turut berfungsi sebagai sumber hiburan saya selepas penat bekerja.

    "Kini saya boleh melakukan lebih banyak perkara menggunakan iPad yang dikuasakan oleh Yes 4G. Saya dapat menonton lebih banyak video, memuat turun lagu, memuat naik gambar, menghantar e-mel dan menghabiskan lebih banyak masa melayari Internet," katanya.

    Tambah Siti, dia begitu menitikberatkan aspek prestasi pakej jalur lebar mudah alih memandangkan dia kerap berurusan di merata tempat dan memerlukan setiap kerja itu diselesaikan ketika dalam perjalanan.

    Apatah lagi, bagi pemilik sebuah syarikat produksi sepertinya, peralatan jalur lebar mudah alih yang baik adalah sangat penting bagi memudahkannya menonton fail video dan gambar yang berkapasiti besar dengan pantas ketika dalam perjalanan.

    Dengan kepantasan Yes yang lima kali lebih pantas daripada 3G, Siti percaya ia akan membantunya menjadi lebih produktif tanpa sebarang kontrak atau caj tambahan.

    Peranti Yes Huddle yang dilengkapi sistem 4G MiFi pertama di Malaysia dan rangkaian telefon Yes 4G membolehkan pengguna untuk menikmati penggunaan iPad secara optimum.

    Peranti Yes Huddle yang bernilai RM399 adalah sangat berbaloi kerana harganya lebih rendah sebanyak RM50 berbanding pembelian iPad bersama 3G dan WiFi.

    Bersempena pelancaran rasmi produk itu di Malaysia, Yes memberi peluang terbaik kepada pengguna untuk menjanakan gabungan iPad bersama Yes.

    Pengguna dapat menjimatkan RM50 bagi pengaktifan ID Yes apabila membeli peranti Yes Huddle dan Apple iPad di butik Yes bertempat di pusat beli-belah Lot 10 di sini bermula sekarang hingga 31 Disember 2010.

    Pengguna yang mendaftar hari ini (Jumaat) sehingga 19 Disember bakal memperoleh penggunaan data berkapasiti 10GB secara percuma, dengan nilai penggunaan serendah RM30 sebulan.

    Untuk maklumat lanjut, ikuti Yes dengan melayari http://twitter.com/yes4g (Twitter) dan http://www.facebook.com/yes4g (Facebook).

    Zaibo Tamat Zaman Bujang Pada Usia 54 Tahun

    Posted: 03 Dec 2010 07:33 PM PST

    Zaibo menyarungkan cincin kepada isterinya, Hawa selepas sah dinikahkan di Batu Pahat, Jumaat.

    BATU PAHAT: Pelawak Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo menamatkan zaman bujangnya pada usia 54 tahun apabila selamat bernikah dengan Siti Hawa Shawal, 45, di Pejabat Agama Islam, Batu Pahat, Jumaat.

    Dengan dua kali lafaz, pelakon veteran yang dikenali dengan gelaran Pak Selamat menerusi sitkom Spanar Jaya itu bernikah dalam satu majlis tertutup yang ringkas di kampung pengantin perempuan dengan dihadiri oleh rakan dan saudara terdekat.

    "Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya saya menemui teman hidup pada usia sekarang. Inilah yang dikatakan jodoh," ujar Zaibo yang mengenali isterinya selama 10 tahun lalu.

    Siapa sangka, hubungan yang pada mulanya sekadar abang dan adik akhirnya membawa pasangan ini ke jinjang pelamin.

    Hawa tidak mampu menahan rasa sebaknya apabila sah bergelar isteri Zaibo.

    "Pada mulanya, saya menganggap dia sebagai adik saya dan begitu juga dia tetapi Tuhan mempunyai perancangan lain untuk kami. Kami mula rapat beberapa tahun lalu dan memutuskan untuk berkahwin pada Ramadan lalu," kata pelakon teater Caught In The Middle, Tun Mahathir, Penyu Menangis, TokPerak, Anak Tanjung, I remember ....The Rest House dan Demi Zaitun itu.

    Ini merupakan perkahwinan pertama buat Zaibo dan yang kedua bagi Hawa.

    Hasil perkahwinan pertama, Hawa dikurniakan sembilan orang anak berusia antara 3 hingga 26 tahun.

    Bagaimanapun, pelakon popular itu enggan menghebahkan jumlah wang hantaran mahu pun dulang hantaran yang diberikan kepada isterinya.

    "Saya boleh katakan, penyanyi Aishah menguruskan semua hantaran manakala selebriti Habsah Hassan dan Rubiah Suparman turut memberikan sumbangan lain. Biarlah hantaran yang diberikan kepada isteri saya menjadi rahsia," ujar aktor kelahiran Perlis yang pernah berlakon lebih 15 buah filem termasuk Soalnya Siapa?, Putera, Soal Hati, Senario Asam Garam, Cuti-cuti Cinta, Magika, Lu Pikirlah Sendiri dan Pontianak Harum Sundal Malam 2.

    Zaibo rasa gembira kerana sudah bergelar seorang suami sekarang.

    Ditanya tentang destinasi bulan madu, Zaibo menjawab: "Itu sangat rahsia. Bagaimanapun, saya akan sibuk dengan penggambaran filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki dan terlibat dengan program masakan Pelik Tapi Sedap musim kedua bermula minggu depan."

    Zaibo telah menetapkan untuk mengadakan majlis perkahwinan ringkas tanpa upacara persandingan.

    Antara hantaran pengantin.

    Biarpun begitu, selepas upacara akad nikah, pasangan itu diraikan dalam satu resepsi kecil di rumah pengantin perempuan pada sebelah petangnya di mana tetamu dihiburkan dengan persembahan kuda kepang.

    "Saya rasa gembira kerana telah bergelar seorang suami sekarang. Gelaran ini datang dengan maruah dan saya akan menggalas tanggungjawab perkahwinan dengan sebaiknya," janji pengacara Pelik Tapi Sedap ini yang turut muncul dalam drama Tari Tirana dan Under One Roof.

    Ayu Raudhah Tidak Edar Kad Kahwin Kepada Pekin

    Posted: 03 Dec 2010 07:31 PM PST

    Ayu Raudhah bakal bernikah dengan Zaquan Adha pada 20 Januari 2011.

    PETALING JAYA: Aktres Ayu Raudhah belum mengedarkan kad undangan perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak.

    Mereka dijadual bernikah pada 20 Januari depan.

    Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan bekas kekasihnya, pelakon Pekin mengatakan dia telah menerima kad undangan daripada Ayu seperti yang dilaporkan sebuah akhbar, Jumaat.

    "Saya belum menempah kad undangan kerana semuanya masih dalam proses. Jadi, saya agak terkejut apabila dia mengeluarkan dakwaan seperti itu," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

    Namun Ayu berkata dia masih menganggap Pekin sebagai kawannya dan tidak menolak jika lelaki itu mahu menghadiri majlis perkahwinannya nanti.

    Ini kerana, dalam sebuah akhbar melaporkan Pekin berharap untuk hadir ke majlis bersejarah itu jika mempunyai kelapangan dan tiada penggambaran drama dan filem.

    "Saya belum membuat keputusan sama ada akan menjemput dia atau tidak tetapi saya rasa tiada masalah untuk menjemputnya kerana kami tidak pernah bermusuh," jelas Ayu lagi.

    Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setar Kedah manakala majlis resepsi pula akan berlangsung sehari selepas itu di lokasi yang sama.

    Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.

    Pasangan itu secara rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya, Selangor.

    M.Nasir Menang Anugerah Nadi Cipta MACP 2010

    Posted: 03 Dec 2010 07:30 PM PST

    M.Nasir memenangi tiga anugerah di Malam Mesra MACP 2010.

    KUALA LUMPUR: Komposer tersohor, M.Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed memenangi tiga anugerah di Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2010 di Hotel Crown Plaza, di sini, Jumaat.

    Buat kali ke-10, penyanyi dan penerbit lagu ini mengungguli anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak.

    Paling membanggakan, buat pertama kalinya, dia memenangi anugerah Nadi Cipta. Selain itu, syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd memenangi anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.

    Seiring dengan kejayaan M. Nasir, MACP turut mengiktiraf kejayaan sahabat karib dan gandingannya dalam membuat lagu baru iaitu penulis lirik Allahyarham Rosli Khamis (Loloq) apabila lelaki itu memenangi anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak berturut-turut.

    Sementara itu, Noh Hujan atau nama sebenarnya Mohd Noh Salleh memenangi anugerah Komposer Muda Berpotensi (25 tahun ke bawah), anugerah Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak dimenangi oleh EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd, Lagu Luar Negara: Kategori Persembahan Terbanyak (Hanya Kau Yang Mampu/ Aizat/ Yusni Hamid).

    Turut memenangi anugerah pada malam itu adalah Lagu Melayu: Kategori Persembahan Terbanyak (Buronan Cinta/The Lima/Edry Abdul Halim), Lagu:Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi (Freak/Sandy Rivera & Haze), Lagu Inggeris:Kategori Persembahan Terbanyak (You/Too Phat & Sharifah Aini/Haze & Malique & Joe Flizzow) dan Lagu Cina:Kategori Persembahan Terbanyak (Xian Zai Hen Xiang Jian Ni/Daniel Lee/Zhang Jue Long).

    Setiap pemenang membawa pulang hadiah berbentuk trofi.

    Majlis yang diacarakan oleh Bob Lokman itu turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Pengerusi MACP, Habsah Hassan.

    Balu Shamrin Lahirkan Bayi Lelaki

    Posted: 03 Dec 2010 07:29 PM PST

    Shamrin meninggal pada 11 November lalu.

    PETALING JAYA: Balu penyanyi Shamrin (Fotograf) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Akmal Shamrin pada 1 Disember lalu di Hospital Serdang.

    Jazriatul Akma Abu Saman selamat melahirkan anaknya yang ketiga di Hospital Serdang pada 1 Disember lalu.

    Semasa majlis pengebumian Shamrin pada 12 November lalu, Jazriatul Akma Abu Saman,29, sempat memberitahu, dia akan menamakan anak ketiganya itu dengan nama Shamrin sempena nama arwah suaminya.

    Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada 11 November lalu setelah rebah di padang bola ketika bermain bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Doktor mengesahkan Allahhyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.

    Hasil perkahwinan dengan Jazriatul, mereka turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Akmal Danish,5 dan Akmal Shamim, 18 bulan.

    Selain itu, Shamrin turut mempunyai seorang lagi anak bernama Siti Najwa,17, hasil perkahwinan pertamanya.

    Pelayar Facebook Upin & Ipin Paling Popular Di Malaysia

    Posted: 03 Dec 2010 07:29 PM PST

    Upin dan Ipin menduduki carta pertama Facebook 50 paling popular di Malaysia.

    PETALING JAYA: Laman Facebook siri animasi Upin Ipin mendahului carta 50 laman paling popular di Malaysia.

    Menurut GreyReview, Upin Ipin yang diterajui oleh syarikat Les' Copaque Production Sdn Bhd itu menduduki carta pertama dengan jumlah peminat seramai 3,884,016 orang.

    Sementara stesen radio Hot FM menduduki carta ketiga dengan mengumpul 598,733 orang peminat, stesen televisyen TV3 tempat keenam (448,575), pawagam Golden Screen Cinemas tempat ketujuh (414,247), drama bersiri Korea percuma Maaduu (355,089), program realiti tarian 8TV Showdown (143,489).

    Turut berada dalam carta adalah stesen radio Hitz.fm berada di tempat ke-22 (120,305), stesen radio Suria FM tempat ke-31 (103,615), filem pendek sosio-politik 15Malaysia tempat ke-32 (103,409), Astro tempat ke-41 (78,850).

    Jumlah keseluruhan menunjukkan seramai 8.8 juta pengguna Facebook di Malaysia yang memasuki laman yang dicipta oleh syarikat tempatan dan luar negara tersebut sejak 1 November lalu.

    Bagaimanapun, senarai ini tidak termasuk orang kenamaan seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan jumlah lebih 800,000 peminat atau Lisa Surihani dengan lebih 900,000 peminat di laman Facebook masing-masing.

    Pementasan Kedua Muzikal Tun Mahathir Januari Ini

    Posted: 03 Dec 2010 07:08 PM PST

    Muzikal Tun Mahathir semasa pertama kali dipentaskan di Istana Budaya.

    PETALING JAYA: CTRA Production dengan kerjasama Istana Budaya, Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan mementaskan Muzikal Tun Mahathir Musim 2 (MTM2) pada 21 hingga 30 Januari 2011 depan di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

    Teater yang ditulis oleh Ismail Kassan, arahan Rosminah Mohd Tahir dan diterbitkan oleh Siti Rohayah Attan ini pernah dipentaskan dari 24 September hingga 9 Oktober 2010 ditempat yang sama.

    Antara pelakon yang terlibat ialah Esma Daniel, Zizan Nin, Erra Fazira, Misha Omar, Shefiq Shazwan, Datuk Jalaluddin Hassan, Diana Johor, Zaibo dan Eyzendy Aziz.

    Pementasan semula MTM2 ini menjadikan ia sebagai teater pertama di negara ini yang dipentaskan semula dalam tempoh yang singkat iaitu hanya tiga bulan.

    Kebanyakan teater yang dipentaskan semula mengambil masa sekitar setahun sebelum dipentaskan semula seperti Puteri Gunung Ledang, Cuci dan Muzikal Ibu Zain.

    Menurut Penerbit MTM2, Siti Rohayah Attan, keputusan mementaskan semula teater tersebut adalah kerana permintaan ramai dan keinginan Tun Dr. Mahathir untuk menonton sendiri teater tersebut kerana tidak berkesempatan menonton pada pementasan pertama.

    "Saya telah mendapat keizinan daripada Dr. Mahathir sendiri untuk mementaskan semula teater ini.

    "Keizinan dan restu itu saya perolehi melalui surat Dr Mahathir bertarikh 29 Oktober iaitu kira-kira 20 hari selepas selesai persembahan pertama," kata Siti Rohayah.

    Menurutnya, pertemuan dan perbincangan sedang diadakan secara serius dengan semua tenaga produksi memandangkan mereka hanya mempunyai masa sebulan untuk merealitikan hasrat tersebut.

    Uji bakat bagi mencari pelakon baru juga telah diadakan pada 21 November lalu yang mana penglibatan mahasiswa institusi pengajian tinggi terutamanya ASWARA, UITM dan Universiti Malaya diberikan keutamaan.

    "Ini dapat memberi peluang yang lebih besar kepada mereka untuk mengenali tokoh hebat ini secara lebih dekat lagi. Apatah lagi kebanyakan mahasiswa ini terlibat dalam bidang seni secara langsung," katanya.

    Bagi pementasan kali ini, dijangka pelakon asal seperti Esma Daniel, Zizan Nin, Erra Fazira, Misha Omar dan Datuk Jalaludin Hassan akan kekal.

    Bagaimanapun, beberapa pelakon bertaraf `lima bintang' sedang dirisik oleh Produksi MTM2 bagi memeriahkan lagi musim kedua.

    Tiket-tiket berharga RM32, RM52, RM82, RM152 dan RM302 sedang dijual dan boleh diperolehi melalui www.ticket2u.biz atau datang sendiri ke kaunter tiket di Istana Budaya.

    'Rock The World 10' 26 Disember Ini

    Posted: 03 Dec 2010 06:58 PM PST

    KUALA LUMPUR: Tampil untuk edisi ke-10, konsert tahunan Rock The World kembali lagi dengan menampilkan 19 kumpulan pemuzik tanah air.

    Rock The World 10 (RTW10) bakal berlangsung pada 26 Disember 2010 bermula 10 pagi sehingga tengah malam di kawasan tempat letak kereta A, Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Sebagai meraikan ulang tahun ke-10 konsert itu, buat julung kalinya, RTW10 akan membariskan kumpulan muzik terbaik yang dihimpunkan daripada konsert sebelumnya.

    Ia dijangka memberikan kepuasan kepada semua peminat muzik terutamanya yang telah mengikuti konsert berkenaan sejak tahun 2000.

    RTW10 yang dijanakan oleh Elevate bakal mempersembahkan 19 kumpulan muzik seperti Massacre Conspiracy, Skudap Skudip, Couple, One Buck Short, Azlan & The Typewriter, Sevencollar T-Shir, Bunkface, Republic of Brickfields, Dragon Red, Love Me Butch, Pop Shuvit, Disagree, Lo, Gerhana Ska Cinta dan ramai lagi.

    Tiket-tiket berharga RM30 boleh didapati di rangkaian Ticketpro dengan menghubungi talian 03-7880 7999, kedai muzik Rock Corner, Mid Valley atau pada hari konsert di pintu masuk stadium.

    RTW10 dianjurkan oleh Fat Boys. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.rocktheworld.com.my.

    Mengandung bayi kembar

    Posted: 03 Dec 2010 06:57 PM PST




    BERKAT kesabaran menanti sekian lama untuk mendapatkan zuriat sulung, akhirnya Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus, mendapat berita gembira apabila Sazzy kini disahkan hamil.

    Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Falak, 29, dan suami kini sedang menunggu kelahiran permata hati mereka yang pertama setelah empat tahun menunggu.

    Kegirangan pada wajah Sazzy jelas terpancar ketika bersua dengan pelakon dan pengacara kecil molek itu kelmarin di majlis pelancaran Pandora Malaysia di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur.

    Ini kerana sepanjang ditemu bual, senyuman di bibirnya tidak pernah lekang.

    "Kini kandungan saya telah masuk bulan keempat. Saya menyedari perkara ini semasa kandungan saya berumur empat atau lima minggu.

    "Itupun suami saya yang mengetahuinya terlebih dahulu kerana doktor kami menelefonnya dan memberitahu dia khabar ini," ujar anak jati Kuala Lumpur itu.

    Apa yang jelas pada majlis tersebut, selera makan Sazzy sememangnya besar - simpton normal wanita hamil.

    Sebelum ini, Sazzy belum pernah lagi menghebahkan mengenai kehamilannya itu secara terbuka kepada pihak media.

    Namun, apabila diminta untuk mengesahkan mengenai perkara itu, Sazzy tidak menafikannya. Malah lebih menggembirakan, Sazzy mengakui dia hamil anak kembar.


    SAZZY dan Nazril bersyukur dengan kurniaan Tuhan buat mereka.


    "Saya kini hamil anak kembar," tuturnya sambil tersenyum penuh keterujaan.

    Malah, dia turut mengakui dirinya kuat makan sekarang ini dan bagi Sazzy, sebagai seorang wanita yang sedang mengandung, dia tidak patut mengehadkan pemakanannya.

    Selain pengambilan vitamin untuk kesihatan bayi dalam kandungannya itu, Sazzy juga mengambil pemakanan yang mengandungi unsur-unsur protein seperti ayam dan daging.

    Kasut tumit tinggi

    Jika hampir dua tahun Sazzy mengamalkan pescetarianisme iaitu hanya makan sayur-sayuran dan ikan sahaja, namun kini dia perlu mengubah corak pemakanannya itu.

    "Sebelum ini, saya seorang yang pescetarian, tetapi kini setelah berbadan dua, saya akan makan sekali atau dua hidangan ayam atau daging.

    "Bukan apa, saya perlu mengambil sedikit protein untuk kesihatan saya dan kandungan. Sejujurnya, saya memang seorang yang kuat makan dan akan makan apa sahaja yang saya mahu," ungkapnya sambil diselangi ketawa kecil setiap kali bercerita.

    Apa yang dapat dilihat, walaupun kuat makan, sosok tubuhnya masih kelihatan menawan. Menarik sekali, walaupun sedang mengandung empat bulan, Sazzy masih lagi mampu memakai kasut bertumit tinggi pada majlis tersebut!

    Sememangnya Sazzy seorang selebriti yang senantiasa mengekalkan gaya dan penampilan menarik di mana dan apa jua keadaannya.

    Sazzy kini juga semakin kurang melakukan aktiviti dalam bidang seninya terutama lakonan. Bicaranya, itu kerana dia ingin memberi perhatian kehamilannya itu dan menjaga kesihatan diri dan kandungannya.

    Selain itu, Sazzy juga bercadang mahu menyertai aktiviti renang, yoga dan senaman pra lahir kerana itu akan menyenangkan proses kelahiran bayi nanti.

    "Apa yang saya tahu, amat bagus jika wanita yang mengandung aktif kerana ia akan memudahkan proses kelahiran bayi nanti. Jadi, aktiviti tersebut untuk saya kekal aktif demi untuk kesihatan saya dan bayi juga," tuturnya sedikit serius.

    Sudah menjadi kebiasaan pasangan yang berkahwin, apabila isteri disahkan mengandung, si suami pula akan terkena tempiasnya. Nazril tidak terkecuali.

    Suami bertambah berat badan

    Bergelak ketawa sepanjang menjawab persoalan itu, Sazzy mengatakan, Nazril sering mengikut rentak pemakanannya semasa mengandung sehingga berat badannya bertambah.

    "Dia sering menemani saya makan. Apa yang saya makan, dia akan turut sama menjamah. Akhirnya, berat badan dia yang bertambah, bukan saya," kata Sazzy berseloroh.


    TETAP bergaya dan menawan meskipun sudah hamil empat bulan.


    "Badannya memang jenis cepat naik, saya tidak. Tetapi, kini dia sudah kawal corak pemakanannya dan berat badan pun sudah kembali seperti dahulu," tambahnya.

    Wanita bersuara serak-serak basah itu mengakui pada mulanya dia dan suami pernah merancang mahukan anak perempuan atau lelaki sebagai mutiara hati sulung mereka.

    Namun, apa yang menjadi keutamaan buat mereka sekarang ini, hanya mahukan bayi yang dilahirkan sihat dan sempurna.

    "Mungkin, permulaan sebelum mengandung, adalah saya memikirkan mahu bayi lelaki atau perempuan. Namun, bila sudah mengandung, perasaan itu tiada dan harapan agar bayi kami sihat sudah memadai," kata Sazzy.

    Bertuah sungguh nasib Sazzy mendapat suami penyayang seperti Nazril, kerana katanya, semenjak dia berbadan dua, suami menatangnya bagai minyak yang penuh.

    Ujar anak sulung dari tiga beradik ini lagi, suaminya itu akan cuba menuruti apa sahaja kemahuannya.

    Nazril juga tidak pernah menghalang perjalanan karier Sazzy meskipun dia sedang mengandung.

    "Dia adalah jenis lelaki yang sentiasa menyokong isterinya walau apa jua keputusan saya di dalam karier.

    "Saya juga rasakan, suami moden kini bukan lagi seperti itu, yang mahukan si isteri mengikut kemahuan mereka," tegasnya mengenai perjalanannya sebagai anak seni tanah air.

    Sedar akan keupayaannya setelah mengandung, Sazzy menjelaskan bahawa dia akan memperlahankan aktiviti seninya. Mungkin berehat seketika daripada bidang lakonan dan meneruskan karier dalam bidang pengacaraan pula.

    "Sudah semestinya saya akan berbuat begitu, kerana sebagai seorang ibu, saya harus menjaga kandungan saya ini kerana bagi saya itu bukanlah suatu perkara yang mudah.

    "Mungkin saya akan mengambil tawaran pengacaraan atau lakonan tetapi bukan seaktif dahulu seperti masih bujang dan belum punya anak," katanya.

    Teruja dengan kehamilan anak sulung, Sazzy sudah menggembleng tenaga bersama ibunya berbincang mengenai perancangan perhiasan bilik bayi mereka nanti.

    Jelasnya lagi, waktu pantangnya akan dihabiskan di rumah ibunya. Ini adalah kerana katanya, dia mahu menyerahkan segala urusan tersebut kepada ibu dan neneknya yang lebih berpengalaman dari segi penjagaan selepas bersalin.




    "Saya memang perlukan bantuan mereka kerana saya masih lagi baru di alam keibuan. Mungkin sebelum ini saya pernah menjaga bayi, tetapi bukan bayi saya. Perasaan juga tidak sama memiliki anak sendiri," jelas Sazzy sambil mengulas mengenai keriangan ibu bapanya yang bakal menyambut kelahiran cucu pertama mereka.

    Buat masa ini, Sazzy banyak menumpukan kariernya ke arah bidang pengacaraan kerana waktunya yang tidak memerlukan komitmen yang lama berbanding lakonan.

    Selain sedang sibuk menghias semula rumahnya, Sazzy juga sedang aktif menguruskan syarikat produksi milik bersama rakan baiknya, Ashraf Sinclair iaitu Sinclairfalak Sdn. Bhd.

    Endang S Taurina masih mantap

    Posted: 03 Dec 2010 06:56 PM PST


    ENDANG sudah menghasilkan 80 buah album.


    PEMINAT-PEMINAT artis legenda Indonesia sudah pasti kenal benar dengan nama dan vokal seorang Endang S Taurina yang memiliki nama berdaftar Endang Sukesih Taurina.

    Figura itu begitu popular dengan lagu Apa Yang Ku Cari sekitar era 1980-an dahulu.

    Sepanjang bergelar artis, Endang telah menghasilkan 80 album di negaranya sendiri dan lagu-lagu nyanyiannya masih lagi diingati walaupun sudah 30 tahun bergelar penyanyi.

    Vokalnya masih lagi mantap dan penonton masih lagi terpukau dengan persembahannya. Sehingga ke hari ini, permintaan bagi mengadakan persembahan masih lagi tinggi bukan sahaja di negaranya sendiri malah di Malaysia juga.

    "Menyanyi sudah menjadi seperti darah daging saya, jadi agak sukar untuk saya berhenti walaupun pernah sekali terlintas di fikiran saya.

    "Tetapi bila saya umumkan hasrat untuk berhenti menyanyi, tawaran datang secara terus menerus. Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan karier sebagai seniman selagi hayat dikandung badan," bicaranya yang tidak pernah berasa jemu menghiburkan peminatnya.

    Selain aktif dengan aktiviti nyanyian, kini Endang juga sibuk mengendalikan syarikatnya yang menguruskan artis-artis baru di Indonesia bagi tujuan persembahan dan promosi.

    Vokalnya yang masih lagi merdu sehingga kini mungkin mengundang pertanyaan apakah rahsia atau petua Endang sehingga boleh mampu utuh bertahan selama lebih tiga dekad.

    "Antara petua yang saya amalkan ialah menjaga kesihatan diri. Bagi saya, sebagai penyanyi, suara adalah aset utama.


    ENDANG di samping teraju utama drama Cikgu Kemisah Kirkby, Liza Othman.


    "Ada banyak manfaat menjaga kesihatan diri dan buktinya sehingga kini saya masih boleh menyanyi," ujar Endang yang menekankan soal kesihatan dalam kehidupan.

    Endang yang dijemput membuat persembahan semasa pelancaran drama Cikgu Kemisah Kirkby di Kuala Lumpur baru-baru ini meluahkan rasa bersyukur kerana dipilih untuk merakamkan lagu runut bunyi drama arahan Raja Ahmad Alauddin yang sedang ditayangkan di saluran TV2 kini.

    Drama 26 episod yang ditayangkan setiap Khamis dan Jumaat, pukul 9 malam itu dibintangi Liza Othman, Rozita Che Wan, Ako Mustafa, Linda Hashim, Roy Jalani dan Shahrul Nizam.

    Ariel bakal muncul semula

    Posted: 03 Dec 2010 06:54 PM PST


    ARIEL mengakui musibah yang melanda dirinya merupakan satu pengajaran buat dirinya di masa depan.


    LIMA bulan adalah durasi Nazril Irham atau lebih dikenali dengan nama Ariel menjalani hari-harinya di penjara. Namun hal tersebut tidak menyekat Ariel daripada terus bergelar pemuzik. Malah Ariel menyatakan rasa rindunya untuk kembali berkarya.

    Namun, jika kes video pornonya usai, vokalis Peterpan itu menyatakan sudah siap kembali ke panggung dan memeriahkan industri muzik.

    "Insya-Allah akan kembali. Semuanya terbatas kerana masih di penjara. Kalau ada rencana memang ada tetapi masih tidak boleh diberitahu. Biar saja terjadi," ujar Ariel sewaktu di Pengadilan Negri Bandung, Jalan LRE Martadinata, Bandung, Indonesia.

    Sebelum terjerat dengan kes video porno, karier Ariel berada di puncak. Selain menyelesaikan album baru Peterpan, Ariel juga diketahui sedang menggarap album solonya.

    Bahkan kekasih Luna Maya itu telah melebarkan sayap ke dunia lakonan melalui filem Sang Pencerah.

    Namun Ariel tetap bersyukur dan menjadikan kes video porno ini sebagai pengajaran.

    "Jadi manusia tugasnya sabar dan ikhlas. Sisanya biar yang diaturkan Tuhan. Dipenjara adalah salah satu proses jadi orang ikhlas," jelasnya.

    Padah berkenalan di Facebook

    Posted: 03 Dec 2010 06:48 PM PST


    PENGGUNA Internet dinasihatkan berhati-hati ketika mencari kenalan di laman Facebook.
    - Gambar hiasan


    KOTA BHARU – Niat seorang guru wanita untuk membantu seorang lelaki Iraq mempelajari agama Islam bukan sahaja tidak tertunai malah mendakwa kerugian RM15,000 apabila diperdaya suspek yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook itu Rabu lalu.

    Wanita berumur 42 tahun dan menetap di Taman Uda Murni di sini sebelum itu dikatakan telah berkenalan dengan lelaki terbabit pertengahan bulan lalu.

    Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, selepas bertukar-tukar maklumat melalui laman sosial tersebut beberapa minggu kemudian, suspek memberitahu yang dia berhasrat untuk mempelajari Islam pada 30 November lalu.

    Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju untuk membantu suspek.

    "Mangsa bagaimanapun telah menerima panggilan daripada suspek keesokan harinya mengatakan yang dia telah ditahan oleh pihak Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tidak mengisytiharkan wang pound sterling 360,000 (RM1.7 juta) yang dibawanya.

    Janji Siti Aishah dilanggar

    Posted: 03 Dec 2010 06:47 PM PST


    PEGUAM Cik Puan Siti Aishah, T. Gunaseelan (kiri) dan Anthony
    Sebastian membaca laporan sebuah akhbar yang menyiarkan kisah bekas Raja Permaisuri Agong itu semalam.


    KUALA LUMPUR - Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana didakwa telah membocorkan maklumat dirinya.

    Siti Aishah menamakan Syed Abdullah sebagai defendan pertama manakala ayah Syed Abdullah, Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.

    Writ saman bertarikh 2 Disember itu difailkan melalui Tetuan Gunaseelan & Associates di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir.

    Mahkamah tersebut kemudian menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan interparte untuk kes tersebut.

    Dalam saman tersebut, Siti Aishah sebagai plaintif memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama dan kedua untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat semasa plaintif menerima 'rawatan' daripada defendan.

    Plaintif juga memohon perintah melarang kedua-dua defendan itu daripada menerbitkan sebarang buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.

    Menurut pernyataan tuntutan, pada Jun 2010 Siti Aishah mendakwa telah meminta bantuan Syed Abdullah untuk menangani masalah emosi yang dihadapinya selepas defendan pertama membuat representasi secara lisan bahawa beliau (Syed Abdullah) boleh mengubati dan menjalankan kaunseling berhubung masalah emosi yang dihadapi oleh bekas Raja Permaisuri Agong itu.

    Harga RON 95, gula naik

    Posted: 03 Dec 2010 06:47 PM PST


    ORANG ramai mengambil kesempatan mengisi minyak sementara harga belum naik di sebuah stesen minyak di Kuantan malam tadi.


    KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak lima sen seliter serta lima sen bagi setiap kilogram (kg) bagi gas asli cecair (LPG) berkuat kuasa tengah malam tadi.

    Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter manakala LPG RM1.90 satu kg.

    Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg.

    Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri semalam.

    Janda Singapura tipu Rashid Hussain

    Posted: 03 Dec 2010 06:46 PM PST


    SHARIDA cuba menyembunyikan wajahnya ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dihadapkan atas tuduhan menipu Rashid Hussain. Di mahkamah, Sharida diwakili bekas suaminya yang merupakan seorang peguam.


    SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan wanita dari Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menipu pengasas Kumpulan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain sehingga menyebabkan ahli perniagaan itu menyerahkan wang berjumlah RM7 juta kepada wanita itu tahun lalu.

    Tertuduh, Sharida Abdul Majid, 46, yang merupakan ibu tunggal didakwa menipu Abdul Rashid, 64, dengan mendakwa dirinya telah mendapat kontrak bernilai 8 juta dolar Brunei (RM18.9 juta) dan menawarkan kepada tokoh korperat itu untuk menyertai pelaksanaan kontrak tersebut.

    Perbuatan Sharida itu didakwa telah mendorong mangsa untuk menyerahkan wang berjumlah RM7 juta melalui tiga keping cek Standard Chartered Bank kepada tertuduh sebagai tanda penyertaan di dalam kontrak tersebut.

    Sharida yang diwakili bekas suaminya, peguam Mohd. Azfar Abdullah didakwa melakukan kesalahan itu di antara September 2009 dan 13 November 2009 di tingkat 9, Bangunan B, Peremba Square, Saujana Resort di sini.

    Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

    Berikutan tertipu, Abdul Rashid membuat laporan polis mengenai perkara itu pada 4 Mei lalu. Tertuduh ditahan pada Khamis lepas.

    Bekas Timbalan Pendakwa Raya dijel kerana cuba lupus BMW curi

    Posted: 03 Dec 2010 06:45 PM PST


    INILAH kereta BMW milik isteri Lukman yang cuba dilupuskan.


    KLANG - Seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah terhadap tuduhan cuba melupuskan sebuah kereta mewah milik isterinya yang dilaporkan dicuri empat tahun lalu.

    Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Lukman Zainuddin, 37, selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

    Yong Zarida menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh jatuh hukuman iaitu semalam selain memerintahkan penjara tiga bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda yang dikenakan.

    Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Lukman untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga kes rayuan terhadap kes tertuduh selesai dengan mengekalkan jaminan RM5,000.

    Lukman yang berkhidmat di Jabatan Peguam Negara pada 1997 dituduh cuba melupuskan sebuah kereta BMW 318 (i) (A) bernombor pendaftaran ADT 6677 di Pangsapuri Putra Harmoni di Precint 9, Putrajaya di antara pukul 11 malam 24 Mac 2006 hingga pukul 12.15 pagi pada 25 Mac 2006.

    Terdahulu, peguam mewakili Lukman, Azizzul Shariman Mat Yusoff merayu agar mahkamah mengenakan hukuman ringan ke atas anak guamnya berdasarkan faktor kesalahan pertama, tiada rekod jenayah mahupun masalah disiplin di tempat kerja.

    5,000 dapat peluang belajar percuma

    Posted: 03 Dec 2010 06:44 PM PST


    ANTARA kursus yang ditawarkan secara percuma di Kolej Universiti Segi ialah Diploma Kejuruteraan Automotif. - Gambar hiasan


    KUALA LUMPUR - Kira-kira 5,000 rakyat khususnya di kalangan belia tercicir kini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Segi mulai 15 Disember ini berserta dengan tawaran subsidi pendidikan sebanyak RM15,000.

    Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peluang itu ekoran daripada kerjasama pihaknya dan kolej itu bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan tetapi berazam meningkatkan diri melalui pelajaran.

    "Kita menyasarkan kepada pelajar-pelajar dari luar bandar yang tidak berkemampuan atau mereka yang tercicir dalam pelajaran tanpa mengira latar belakang keluarga, agama dan bangsa selaras dengan konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Kolej Universiti Segi berkaitan program itu di sini semalam.

    Pencuri merayu tidak dipukul

    Posted: 03 Dec 2010 06:42 PM PST


    SUSPEK (kiri) gagal mengimbangi badan selepas dibelasah penduduk kampung di Kampung Gong Tok Nasek semalam.


    KUALA TERENGGANU - "Kite minta maaf kite orang Ganu (Terengganu)."

    Demikian rayuan seorang lelaki untuk mengelakkan dia dibelasah sebaik dicekup ketika cuba memecah masuk sebuah kedai di Kampung Banggol dekat sini pukul 1 petang semalam.

    Seorang penduduk, Johari Razali, 21, memberitahu, sebelum itu, lelaki tersebut dilihat berlegar-legar di sebuah premis mencuci kereta berhampiran kedai milik rakan rapatnya itu.

    Katanya, sebaik ditanya oleh orang ramai, suspek menyatakan kedai itu milik bapa saudaranya sekali gus membuatkan mereka pelik kerana suspek tidak pernah dilihat sebelum itu.

    "Pemilik kedai itu tiada kerana dia ke Kuala Lumpur. Mereka kemudian menghubungi saya dan sebaik sampai saya lihat suspek telah melarikan diri dengan menaiki sebuah basikal menuju ke Kampung Gong Pak Maseh.

    AIM tawar dana RM1.5b

    Posted: 03 Dec 2010 06:41 PM PST

    KUALA LUMPUR – Sambutan baik terhadap dana pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mendorong badan amanah persendirian itu menyediakan dana baru berjumlah RM1.5 bilion tahun depan.

    Pengarah Urusan AIM, Zabidah Ismail berkata, pihaknya berharap lebih ramai rakyat miskin mengambil peluang untuk memulakan perniagaan dan meningkatkan pendapatan.

    "Sejak ditubuhkan pada 1987, kami sudah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM4.53 bilion,'' katanya.

    Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Usaha Sama Strategik di antara AIM dan Bank Islam Malaysia Berhad di sini semalam.

    42,000 pelatih jalani PLKN mulai 2 Januari

    Posted: 03 Dec 2010 06:41 PM PST


    ABDUL HADI meninjau operator telefon JLKN menjawab pertanyaan bakal-bakal pelatih PLKN di pejabat JLKN di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Seramai 42,000 daripada 140,000 bakal pelatih yang terpilih menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di 79 kem seluruh negara akan memulakan latihan mereka bermula 2 Januari hingga 13 Mac ini.

    Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, notis panggilan kepada semua pelatih yang terpilih sudah dihantar melalui pos mulai semalam.

    "Sementara menunggu notis sampai ke rumah, mereka boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman web bermula semalam untuk mengetahui peralatan yang perlu dibawa ketika latihan,'' katanya kepada pemberita semasa sesi taklimat PLKN di sini semalam.

    Ayam serama ikon unggas warisan negara

    Posted: 03 Dec 2010 06:40 PM PST


    PENGUNJUNG muda, Amiruddin Mohd. Noor memegang ayam serama yang berharga RM20,000 pada MAHA 2010 di Serdang semalam.


    SERDANG – Ayam serama Malaysia iaitu spesies ayam terkecil di dunia itu bakal bergelar ikon unggas warisan negara pada tahun depan.

    Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, ayam serama berpotensi tinggi untuk pasaran antarabangsa sehingga mampu mencecah harga RM20,000 bagi jenis terbaik.

    "Kita sedang mempergiatkan promosi ayam serama ini sebagai satu bidang baru dalam model ekonomi baru agar masyarakat lebih mendekati dan mengetahui potensi yang mampu dimanfaatkan daripada ayam serama ini.

    "Dalam kementerian saya juga, bantuan boleh diperoleh melalui Skim Pembangunan Desa untuk membantu mereka yang berminat mengkomersialkan ayam serama," katanya pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2010 di sini semalam.

    Perodua bina loji EAT di Rawang

    Posted: 03 Dec 2010 06:25 PM PST




    KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) bakal membangunkan sebuah loji baru bagi penghasilan transmisi automatik elektronik (EAT) yang pertama di negara ini tidak lama lagi.

    Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (gambar) berkata, loji tersebut akan dibina berhampiran ibu pejabat syarikat itu di Rawang, Selangor.

    "Projek itu mendapat sokongan rakan teknikal Perodua iaitu Daihatsu Motor Company dari Jepun," katanya semasa sidang akhbar pada Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010 di sini kelmarin.

    Ketika ini, EAT digunakan bagi dua model keluaran Perodua iaitu Myvi dan Alza.

    41 maut hutan Israel terbakar

    Posted: 03 Dec 2010 06:25 PM PST


    SEORANG anggota bomba berjalan dekat sebuah rangka bas yang hangus terbakar akibat kebakaran hutan dekat Kibbutz Beit Oren di utara Israel semalam.


    HAIFA, Israel - Ribuan anggota bomba Israel dan penyelamat bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan dekat sini semalam yang setakat ini meragut 41 nyawa.

    Kebakaran hutan itu yang bermula kelmarin adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah Israel.

    Semasa angin kencang bertiup di bandar pelabuhan Haifa, anggota-anggota polis dan pegawai perubatan berkata, kumpulan penyelamat menemui mayat-mayat mangsa kebakaran.

    "Terdapat ramai lagi orang yang hilang," kata seorang jurucakap polis, Micky Rosenfeld.

    Menurutnya, seramai 17 orang yang cedera termasuk tiga yang serius dan seorang lagi kritikal.

    Rosenfeld menyatakan 15,000 orang telah dipindahkan semasa api itu membakar lebih 4,000 hektar tanah sehingga ke selatan bandar pelabuhan Haifa.

    Haifa merupakan bandar ketiga terbesar dengan penduduk berjumlah 265,000 orang.

    Asap tebal kelihatan dari Hutan Carmel dan bergerak ke Haifa. Penduduk di Haifa diarahkan supaya menutup tingkap mereka.

    Polis dan anggota penyelamat mengesahkan kebanyakan yang mati ialah pengawal penjara yang menaiki sebuah bas.

    Mereka menaiki bas itu semasa memindahkan beberapa banduan ke sebuah penjara di dalam hutan.

    "Bas itu cuba berpatah balik manakala beberapa orang lagi cuba melarikan diri tetapi mereka terperangkap oleh api di dua kawasan berasingan," kata Rosenfeld.

    Menjelang awal semalam, lima buah pesawat Greece, sebuah pesawat Bulgaria dengan 100 anggota bomba, sebuah pesawat Cyprus dan helikopter serta sebuah lagi helikopter dari Britain dihantar ke Israel untuk membantu memadamkan kebakaran.


    BEBERAPA anggota bomba Israel memadamkan kebakaran di Tirat Carmel di utara Israel kelmarin.


    Anggota-anggota bomba dari negara jiran bertungkus-lumus memadamkan kebakaran manakala anggota-anggota bomba dari Palestin turut dipanggil untuk memadamkan kebakaran tersebut.

    Israel menyatakan ia telah dijanjikan oleh pemerintah Azerbaijan, Croatia, Mesir, Perancis, Jordan, Romania, Rusia, Sepanyol dan Turki untuk menghulurkan bantuan.

    Pemerintah Amerika Syarikat (AS) dan Australia menyatakan ia mengarahkan anggota-anggota bomba berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk membantu Israel.

    Beberapa pegawai menyatakan ia tidak pasti punca kebakaran besar itu.

    Presiden AS, Barack Obama memberi ucapan takziah untuk mangsa-mangsa yang terbunuh dalam kebakaran itu.

    Jurucakap jabatan bomba, Yoram Levy berkata, kebakaran itu dipercayai bermula di sebuah tempat pelupusan sampah di Kampung Druze.

    Pengasas WikiLeaks ambil langkah keselamatan

    Posted: 03 Dec 2010 06:24 PM PST


    GAMBAR yang dirakamkan semalam di Paris menunjukkan laman WikiLeaks yang menampilkan gambar pengasasnya, Julian Assange.


    GENEVA - Laman web pembocor maklumat kabel diplomatik Amerika Syarikat, WikiLeaks berpindah ke sebuah alamat baru di Switzerland semalam selepas perkhidmatan hos Internetnya di Amerika Syarikat (AS) ditutup.

    Laman web berkenaan sedang mendedahkan lebih 250,000 maklumat sulit diplomatik AS yang mencetuskan kemarahan Washington.

    WikiLeaks kini boleh dilayari di alamat www.wikileaks.ch, laman web yang didaftarkan oleh sebuah parti politik Switzerland.

    Perubahan alamat Internet itu dibuat ekoran laman web www.wikileaks.org gagal berfungsi kelmarin akibat disekat sehingga memaksa laman web itu ditutup.

    Pada awal bulan lalu, pengasas WikiLeaks, Julian Assange berkata, dia bimbang nyawanya terancam dan mungkin akan mencari perlindungan di Switzerland.

    Semalam, beliau turut mendedahkan dalam sesi soal jawab dengan akhbar Guardian bahawa, pasukannya mengambil beberapa langkah bersesuaian ekoran ancaman untuk membunuh mereka.

    Menurut agensi berita Switzerland, ATS, WikiLeaks turut menempah satu lagi alamat Internet www.wikileaks.li di Liechtenstein, negara kecil yang terletak di antara Switzerland dan Austria sebagai langkah berjaga-jaga.

    Pada awal minggu ini, laman web penjualan buku di AS, Amazon berhenti menjadi hos WikiLeaks di Internet selepas ia dikritik oleh anggota-anggota Senat Kongres AS termasuk Senator Joe Leiberman.

    Kelmarin, media melaporkan bahawa Assange tidak ditangkap di Britain kerana pihak berkuasa Sweden melakukan kesilapan dalam mengisi waran tangkapnya berhubung dakwaan merogol dan mencabul dua wanita di Sweden.

    Akhbar The Times menyatakan, polis Britain telah mengenal pasti Assange bersembunyi di satu lokasi di tenggara England tetapi mereka tidak dapat menahannya kerana waran tangkap itu tidak lengkap.

    Perang dingin Rusia-Britain

    Posted: 03 Dec 2010 06:24 PM PST


    WAJAH-Wajah kesedihan (dari kiri) Putera William, David Cameron dan David Beckham selepas England diumumkan gagal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 di Zurich, kelmarin.


    ZURICH, Switzerland – Kegagalan memalukan England dalam perlumbaan untuk menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia 2018 mencetuskan 'Perang Dingin' baru dengan Rusia kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

    Usaha England membida sebagai hos Piala Dunia 2018 diketuai tiga wira mereka iaitu Perdana Menteri Britain, David Cameron, pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan bintang bola sepak, David Beckham dengan bidaan berjumlah £15 juta (R73.80 juta).

    Sebuah akhbar melaporkan, bidaan mereka gagal melepasi pusingan pertama sesi pengundian rahsia ahli jawatankuasa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di sini bagi memilih hos Piala Dunia 2018 dan Piala Dunia 2022.

    "Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat bola sepak England. Kami telah mencuba sedaya upaya kami tetapi gagal," kata Putera William.

    Berbeza dengan Putera William, kekalahan England kepada Rusia sukar diterima Perdana Menteri Britain sehinggakan beliau enggan menghubungi rakan sejawatannya, Vladimir Putin bagi mengucapkan tahniah.

    Kelmarin, Presiden FIFA, Sepp Blatter mengisytiharkan di sini bahawa Rusia merupakan hos Piala Dunia 2018 diikuti dengan Qatar sebagai tuan rumah kejohanan tersebut pada tahun 2022.

    Rusia memperoleh sembilan undi daripada 22 ahli jawatankuasa FIFA manakala nasib England amat malang apabila ia cuma mendapat dua undi dalam sesi pengundian rahsia itu pada minggu ini.

    Namun, isu itu tidak berakhir di situ apabila media Britain mengeruhkan keadaan dengan mendakwa Rusia adalah sebuah negara mafia yang bermain kotor bagi mengetepikan bidaan England sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS