Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Hanis takut gosip

Posted: 30 Jan 2013 02:50 PM PST

Mengecapi populariti lebih awal ketika bergelar blogger belum mampu membuatkan semangat Hanis Zalikha Zainal Rashid ampuh berdepan gosip.

Sangkanya, benteng kesabarannya kuat untuk berdepan dengan asam garam anak seni apabila mengambil keputusan menceburi dunia glamor.

Bermula sebagai pengacara program berkonsepkan travelog, Mad Market yang disiarkan di TV9, si cantik manis berusia 22 tahun ini sekarang bergelar pelakon. Dia terpilih membintangi filem Gangster Celop yang bakal menemui khalayak, sedikit masa lagi.

Bagaimanapun, ketika namanya makin meniti di bibir peminat, timbul cerita kurang enak.

Ada individu yang tidak puas hati dengannya menyebarkan cerita buruk di alam siber. Khabarnya, individu yang melakukan perkara itu ialah bekas teman lelaki Hanis.

Enggan mengulas lanjut cerita yang tersebar itu, Hanis mengaku, penangan gosip itu hampir-hampir membuatkan dirinya putus asa untuk terus mengatur langkah dalam bidang seni.

Apabila berlaku kejadian seperti ini, saya rasa menyesal menceburi bidang ini.
Ingatkan, saya boleh tahan berdepan dengan cabaran bergelar anak seni, tapi tak sangka kesannya amat menyakitkan.

Kalau ikutkan hati, mahu saja saya tinggalkan dunia seni dan kembali menjadi Hanis yang dulu.

Mujurlah keluarga banyak memberi kata-kata semangat. Saya juga tidak mahu cepat kalah dengan dugaan seperti ini, katanya pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Switch for XTRA Road Challenge di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hanis berkata, dia bangkit melawan perasaan negatif akibat gosip yang tersebar.

Saya menceburi bidang ini kerana saya minat dan mahu mencuba bakat yang ada, bukannya nak cari musuh, katanya.

Biarpun pernah melalui peristiwa kasih tak kesampaian, tidak bermakna Hanis serik kembali bercinta. Malah, tanpa berselindung, dia mengakui bersedia untuk jatuh cinta sekali lagi.

Buat masa ini saya masih single. Walaupun saya sibuk dengan kerjaya seni, ia tidak bermakna saya lebih menumpukan soal kerja tanpa perlu memikirkan diri.

Jika ditakdirkan saya jatuh cinta dalam masa terdekat, saya rela.

Kalau boleh saya tak mahu kahwin dalam usia yang lewat, katanya

Beralih kepada pengalaman barunya beraksi di layar lebar, Hanis berkata, ia memberi banyak cabaran kepadanya sebagai pendatang baru.

Sebagai orang baru dalam bidang lakonan, saya akui bukan mudah untuk saya memegang tanggungjawab itu. Apatah lagi, ini kali pertama saya berlakon memegang watak utama.

Bagaimanapun, saya amat berterima kasih kepada pelakon senior iaitu Syamsul Yusof, Kamal Adli dan pengarahnya, Ahmad Idham yang banyak membantu saya dalam membawakan watak Suzana, katanya.

Percubaan pertama berlakon Hanis berkata, dia membawakan watak anak ketua gangster dalam filem itu.

Ini adalah percubaan pertama saya. Jika ada yang tidak kena, harap dapat beri kritikan supaya saya dapat memperbaiki mutu lakonan, katanya merendah diri.

Disebabkan terlalu sibuk dengan tugas barunya, Hanis berkata, dia tidak cukup masa untuk mengemas kini blog peribadinya, inibelogsaya.blogspot.com sehingga ada peminat tegar blognya menegur.

Ini pun saya baru selesai menjalani penggambaran program Mad Market musim kedua. Mungkin selepas ini saya kena rajin menulis di blog. Harap peminat saya bersabar, kata Hanis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Malam Berinai Liyana Jasmay

Posted: 31 Jan 2013 12:05 AM PST

Posted: 31 January 2013 at 4:05 pm  

Majlis Berinai Liyana Jasmay (1)

Secara umumnya ramai yang sudah tahu yang Liyana Jasmay bakal menamatkan zaman bujangnya pada 2 Februari ini, tingal dua hari sahaja lagi sebelum Liyana Jasmay di nikahkan dengan jejaka pilihannya, Fathuddin Mazlan.. Jadi, malam semalam telah berlangsungnya majlis malam berinai Liyana Jasmay bagi merestui bakal pengantin baru ini..

Majli malam berinai Liyana Jasmay yang bertemakan ala-ala Holywood ni turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan artis.. Antara rakan artis yang hadir ialah adik Mia Sara, Umie Aida, Nabila Huda, Lisa Surihani dan ramai lagi, mereka juga sempat berkongsi gambar di Instagram kemeriahan majlis berinai Liyana Jasmay ni.. Jom layan beberapa keping gambar di Majlis Malam Berinai Liyana Jasmay kat bawah ni…

Shaarnaz Ahmad Tolong jangan biadab – ND Lala

Posted: 30 Jan 2013 11:22 PM PST

Posted: 31 January 2013 at 3:22 pm  

Shaarnaz Ahmad Tolong jangan biadab - ND Lala

Shaarnaz Ahmad yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk merisik Shila Amzah pada bulan mac ini walaupun mendapat bantahan daripada bapanya diminta untuk menghormati orang tua Shila Amzah yang masih hidup serta jangan memandai-mandai kerana kita ada adat dan agama… Kekecewaan ND Lala itu berikutan kenyataan Shaarnaz Ahmad yang tetap akan merisik Shila Amzah walaupun dihalang bapa penyanyi tersebut…

"Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

"Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya," kata bekas penyanyi tradisional itu dengan tegas.

ND Lala ketika dihubungi oleh Harian Metro dari Shanghai, China, berkata tindakan Shaarnaz Ahmad yang mengaku Shila Amzah itu adalah bakal isterinya dikatakan amat memalukan dan keterlaluan kerana ND Lala tidak pernah berbincang dengan keluarga Shaarnaz Ahmad sebelum ini mengenai perkahwinan mereka..

"Sharnaaz mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu," kata ND Lala lagi.

"Saya tidak pernah lagi berbincang dengan keluarga Sharnaaz atau menyentuh apa-apa perkara berkaitan pertunangan atau perkahwinan kerana saya mahu Shila memberi fokus utama kepada kariernya terlebih dahulu.

"Pesanan saya pada Sharnaaz, ibu bapa Shila masih hidup dan kita ada adat dan agama, jadi jangan nak memandai-mandai.

"Kenyataan Sharnaaz itu telah menyebabkan saya dihujani pelbagai soalan oleh rakan dan peminat. Mulanya saya mengambil sikap mendiamkan diri tetapi kemudiannya banyak pula kenyataan liar dikeluarkan media dan Internet.

"Sikap keterlaluan dia itu benar-benar telah menjejaskan nama baik keluarga saya dan perjalanan seni Shila. Tolonglah jangan biadap, hormati kami sebagai ibu bapanya. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main," tambah ND Lala lagi.

Namun ND Lala tidak menolak jika Shila Amzah dan Shaarnaz Ahmad memang sudah dijodohkan bersama.. cuma belum sampai waktu lagi untuk anaknya itu berumahtangga..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Artis ajak generasi muda hargai alam sekitar

Posted: 29 Jan 2013 09:41 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 30 Jan. - Generasi muda perlu berjuang berhabis-habisan demi untuk menghargai alam sekitar dan keindahan hutan hijau yang dimiliki negara ini seperti mana mereka mempertahankan nyawa sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Kejutan Melissa Francis

Posted: 29 Jan 2013 10:18 AM PST

Nama Melissa Francis mungkin masih asing di kalangan peminat di Semenanjung. Bagaimanapun, di negeri kelahirannya, Sarawak, penyanyi ini agak popular terutama dalam kalangan masyarakat Iban.

Bagaimanapun, apabila dirinya turut dicalonkan ke peringkat akhir Artis Wanita Stailo bagi kategori online Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, tiba-tiba peminat mula menyebut namanya.

Dalam kategori terbabit dia bersaing dengan nama besar seperti Lisa Surihani, Nora Danish, Stacy dan Yana Samsudin.

Pencalonan itu nyata memberikan semangat baru buat wanita berusia 27 tahun ini dalam memperkembangkan lagi kerjaya seni. Bukan sekadar mengeluarkan karya dalam dialek tempatan, sebaliknya dia berhasrat untuk muncul dengan lagu Melayu bagi pasaran lebih luas lagi.

Berasakan dirinya begitu kerdil dibandingkan dengan calon akhir lain, justeru, dia enggan menaruh harapan setinggi langit. Disenaraikan ke peringkat Top 5 saja sudah begitu bererti buat penyanyi ini.

"Semua ini hasil sokongan peminat yang tidak jemu-jemu mencalonkan nama saya. Dapat masuk ke peringkat akhir saja sudah begitu mengejutkan dan cukup bermakna buat saya. Apatah lagi saya dicalonkan bersama artis yang memang sedia popular dan lebih lama bertapak dalam dunia seni.

"Jadi, saya tidak menaruh harapan untuk pulang dengan kemenangan pada acara ini nanti," kata Melissa ketika dihubungi HIP.
Penyanyi yang bersedia untuk menjayakan siri jelajah bukan saja di Sarawak, malah di beberapa lokasi lain memberitahu, selama ini kerjaya seninya hanya berkembang di bumi kenyalang.

"Saya lebih banyak dikenali di Sarawak, memandangkan saya lahir di negeri itu dan kerjaya nyanyian pun berkembang di sana.

"Saya mula menyanyi sejak 2003 lagi dan memang saya menyimpan impian untuk menghasilkan lagu Melayu untuk pendengar di Semenanjung," ujar Melissa yang akan mengeluarkan single berjudul Hujan dalam masa terdekat.

Kali pertama menghasilkan lagu Melayu, Hujan dicipta sepenuhnya komposer dari Indonesia, Yusni Hamid. Komposer terbabit ialah pencipta lagu Hanya Kau Yang Mampu, nyanyian Aizat, dan Ku Bukan Milik Mu Lagi (Agnes Monica).

"Sebelum ini saya banyak buat lagu Iban. Jadi bila saya sudah ada syarikat sendiri, Platinum World Network Sdn Bhd, yang baru ditubuhkan Ogos lalu, saya juga akan keluarkan lagu dan album dalam bahasa Melayu.

"Lagu Hujan pula sudah pun siap dirakam. Kini kami hanya menunggu lampu hijau daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) saja," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tarik diri: Semua demi masa depan Max 24:7

Posted: 29 Jan 2013 02:45 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 31 Jan. - Penarikan diri Max 24:7 daripada pengurusan Aesar Mustafa Studio (AMS) dibuat demi masa depan kumpulan tersebut dalam bidang seni. Kumpulan yang dianggotai 10 pemuda daripada pelbagai...

Irwansyah dan Zaskia bebas dadah

Posted: 29 Jan 2013 02:38 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar dibebaskan oleh Badan Narkotik Nasional (BNN) setelah didapati tidak bersalah atas dakwaan penyalahgunaan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Anne menang lagi

Posted: 28 Jan 2013 04:17 PM PST

Selepas merangkul trofi Golden Globe, bintang Les Miserables raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik SAG 2013

Berbaloi pengorbanan aktres jelita, Anne Hathaway menurunkan berat badan hingga 13 kilogram demi menghidupkan watak Fantine dalam filem muzikal, Les Miserables.

Pelakon berusia 30 tahun ini meraih trofi Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2013 di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS), semalam. Kira-kira dua minggu lalu, Anne merangkul trofi kategori sama pada Anugerah Golden Globe 2013.

Pada SAG 2013, Anne mengetepikan calon lain yang pernah memenangi menggenggam trofi berprestij, Oskar iaitu Sally Field yang melakonkan watak Mary Todd Lincoln dalam Lincoln; Helen Hunt (The Sessions), Nicole Kidman (The Paperboy) serta Maggie Smith.

Pikat juri

Biarpun hanya muncul dalam babak awal filem yang diangkat daripada novel epik tulisan Victor Hugo, lakonan Anne sebagai ibu tunggal yang terpaksa melacur demi kelangsungan hidup anak kecilnya mencuri hati juri.

Babak Anne mendendangkan lagu 'I Dreamed a Dream' dengan penuh emosi dalam filem itu, dianggap antara adegan paling menyentuh hati. Malah, babak yang berakhir hanya beberapa minit itu disifatkan persembahan lakonan terbaik Anne sejak dia mula membintangi filem pada 1999.

"Saya menerima kad pertama SAG ketika berusia 14 tahun. Ia umpama permulaan yang istimewa. Saya menghargai setiap detik bergelar pelakon... Terima kasih kerana mencalonkan saya bersama ramai wanita hebat dengan persembahan memukau," katanya ketika naik ke pentas menerima trofi berkenaan.
Berbeza dengan majlis anugerah lain yang mengiktiraf filem, pengarah dan pelakon sama rata, Anugerah SAG memfokuskan secara eksklusif kepada pelakon yang berdasarkan pilihan ahli Guild.

Berlangsung di Auditorium Shrine, majlis pengiktirafan buat kali ke-19 itu turut menyaksikan kemenangan Tommy Lee Jones dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Namun, aktor itu yang memenangi Oskar dalam kategori sama tahun lalu, tidak hadir.

Jennifer harap watak beri iktibar

Sudah pasti kerlipan lensa juga terarah kepada bintang muda, Jennifer Lawrence, 22, apabila dia dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Silver Linings Playbook.

Jennifer mengalahkan Naomi Watts (The Impossible); Jessica Chastain (Zero Dark Thirty); Marion Cotillard (Rust and Bone) serta Helen Mirren (Hitchcock).

Selepas mengungguli Anugerah Golden Globe awal bulan ini, aktres terbabit mengulangi semula kejayaannya.

Malah, Jennifer diramal memenangi trofi Oskar bagi kategori sama pada Anugerah Academy, bulan depan.

"Membintangi filem ini adalah pengalaman terbaik saya. Diharap watak Tiffany, janda muda keras kepala namun mempunyai mental kurang stabil memberi inspirasi kepada semua penggemar filem," katanya yang masih kurang sihat disebabkan mengalami masalah radang paru-paru.

Biodata

Nama : Anne Jacqueline Hathaway
Tarikh Lahir : 12 November 1982
Asal : Brooklyn, New York
Profesion : Aktres
Aktif Sejak : 1999
Tinggi : 1.7 meter
Suami : Adam Shulman
Filem Popular : The Princess Diaries (2001)
The Princess Diaries 2: Royal Engagement (2004(
Brokeback Mountain (2005)
The Devil Wears Prada (2006)
Rachel Getting Married (2008)
The Dark Knight Rises (2012)
Les Miserables (2012)

Fizo tauke burger

Posted: 28 Jan 2013 04:09 PM PST

Ajak anak muda sertai bisnes mudah jual makanan ringan, kembali bawa watak jahat dalam drama

Bukan saja pandai memasak, jejaka bertubuh tegap ini rupa-rupanya bijak berniaga.

Pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Fizo Omar, khabarnya sibuk mengajak anak muda menyertai projek rangkaian gerai burger yang diusahakannya, empat bulan lalu.

Diam tak diam, rupanya Fizo sudah mempunyai 30 cawangan gerai burger yang dinamakan, Hot Burger. Mensasarkan 100 buah gerai dibuka di Lembah Klang hingga akhir tahun ini, Fizo menjadi pembekal bahan mentah dalam projek rangkaian gerai burger itu.

"Saya membekalkan bahan menghasilkan burger seperti daging, sos dan sebagainya. Saya bekalkan semua bahan itu kepada belia atau individu yang berminat membuka gerai Hot Burger.

"Apa yang penting, modal dan gerai saya beri secara percuma. Motif utama saya sudah tentu mahu membantu belia selain berkongsi panduan berniaga secara mudah." katanya.

Fizo berkata, inisiatif menawarkan rangkaian gerai burger itu diperkenalkan selepas kajian lengkap dibuat mengenai prospek perniagaan itu.

"Sudah lama saya ingin membuka perniagaan ini. Saya juga membuat kaji selidik dan bersyukur, akhirnya ia dapat dilancarkan.
"Dalam sehari, kira-kira 3000 biji burger terjual. Selepas ini, saya mahu membuka gerai di Johor kerana banyak permintaan dari luar Kuala Lumpur," katanya yang mencipta resipi sendiri dalam burger yang dijual.

Fizo ditemui ketika menjalani penggambaran drama bersiri terbaru arahan Rashid Sibir di Ridgewood Desa Parkcity, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain akan tampil dengan filem Isyarat Cinta arahan Bade Azmi dan Sembunyi serta Hello, Fizo akan kembali menghiasi layar televisyen dengan watak yang berbeza dan lebih segar.

Tak sesuai watak komedi

Selepas selama empat tahun tidak menjayakan watak antagonis, Fizo teruja kerana diberi peluang menghidupkan karakter sisi gelap pula.

"Sekarang, saya mahu cuba sesuatu yang berbeza. Ini dihidupkan dalam watak Haikal menerusi drama Surat Dari Langit Biru. Selama ini, peminat sudah selesa dan banyak melihat saya memainkan watak baik," katanya.

Fizo berkata, dia tidak sabar melihat reaksi peminat apabila muncul dengan watak jahat.

"Kalau diimbas kembali, watak saya dalam drama Bio Nik saja yang dikatakan jahat. Itupun empat tahun lalu. Saya teruja hendak melihat pembaharuan dalam mainan watak kali ini," katanya yang menganggap dirinya tidak sesuai memainkan watak komedi.

Tidak mahu memperbodohkan diri sendiri, Fizo menganggap watak komedi bukan untuk dirinya.

Namun, Fizo pernah menjayakan teater muzikal komedi seperti Ali Baba The Musical dan drama Dollah Hapak, baru-baru ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Aidil Zafuan Tuntut Dan Nazmi Faiz Mohon Maaf

Posted: 28 Jan 2013 08:45 PM PST

Posted: 29 January 2013 at 12:45 pm  

nazmi faiz dan aidil zafuan

Aidil Zafuan yang secara tiba-tiba dikaitan dalam drama percintaan Nazmi Faiz menuntut agar Nazmi Faiz membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduh beliau menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella… Menurut Aidil Zafuan, tuduhan tidak berasas itu telah memburukan lagi keadaan dia yang masih berhadapan dengan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.

"Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf kerana tuduhannya itu,"

Tambah Aidil Zafuan lagi, dia sudah pun menghubungi Nazmi Faiz yang kini berada di Portugal untuk mengetahui perkara yang sebenarnya.. Jelas Nazmi, dia berbuat demikian kerana terlalu marahkan bekas teman wanitanya selain mendengar cakap rakan-rakan mengenai hal itu..

"Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu.

"Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda.

"Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Nazmi Faiz melalui akaun twitternya telah pun membuat permohonan maaf serta meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil Zafuan dalam hal ini…

nazmi faiz mohon maaf

Sumber:Mstar

Azza Elite Sudah Bertudung – Dapat Hidayah Ketika Berlakon

Posted: 28 Jan 2013 08:19 PM PST

Posted: 29 January 2013 at 12:19 pm  

Azza Elite Bertudung (2)

Setiap artis yang mula bertudung pastinya mempunyai cerita tersendiri disebaliknya, begitu juga Azza Elita yang mendapat hidayah untuk terus bertudung ketika memegang watak wanita muslimah menerusi drama Mujahid tahun lalu.. Menurut Azza, beliau bersyukur kerana telah diberi rahmat ketika sedang berlakon dimana punca rezeki utama beliau..

"Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.

"Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.

"Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya yang dihubungi mStar Online.

Tambah Azza, beliau juga bersyukur kerana ahli keluarga dan suami tercinta memberikan sokongan dan dorongan dalam penghijrahan ini.. Dibawah, beberapa keping gambar Azza Elite bertudung yang nampak lebih anggun daripada biasa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Ezlynn belum bersara

Posted: 27 Jan 2013 03:34 PM PST

Masih banyak terima undangan menyanyi, bakal muncul dengan single baru

Ramai yang menyangkakan penyanyi, pelakon dan pengacara, Ezlynn, kurang aktif dalam bidang seni sebaik saja mendirikan rumah tangga. Maklum saja, sejak kebelakangan ini kelibatnya jarang kelihatan dan berita mengenai perkembangan kerjayanya sudah tidak semeriah dulu.

Malah, lagu dendangannya juga sudah agak lama tidak kedengaran di corong radio sehingga ada yang menyangka wanita ini sudah tidak berminat lagi untuk menyanyi. Atau apakah populariti penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Hi Hi Bye Bye ini sudah mula merudum dek kehadiran ramai bakat baru?

Bertemu sendiri pemilik nama penuh Azline Ariffin pada majlis pratonton filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit di Kuala Lumpur baru-baru ini berjaya meleraikan teka-teki itu.

Tegas isteri kepada Adam Fahmy, yang juga pengurusnya itu, dia tidak pernah berasakan dirinya hilang atau menyepi terus daripada dunia seni.

"Masih ada kerja yang saya lakukan, cuma aktiviti itu tidak dihebahkan kepada khalayak. Setiap minggu, ada saja undangan nyanyian saya terima. Namun, mungkin sebab saya tiada lagu baru membuatkan peminat ingat saya sudah tidak berminat untuk menyanyi.

"Bukan tak mahu menghasilkan lagu baru, cuma kalau saya saya nak buat single, biarlah ia betul-betul berkualiti serta lain daripada apa yang pernah saya hasilkan sebelum ini," jelas penyanyi berusia 31 tahun ini.

Kerjasama dengan Andy
Ezlynn yang kini tidak bernaung di bawah mana-mana label berkata, perancangan untuk menghasilkan single baru memang ada. Jika tiada aral melintang, dia bakal bekerjasama dengan Andy Flop Poppy.

"Perbincangan ini berlaku ketika kami sama-sama terbabit dalam sebuah program mencari bakat baru khusus untuk pemuzik jalanan. Andy bertanya jika saya tidak lagi berminat untuk menghasilkan lagu baru? Dari situ, lahirlah idea untuk kami bekerjasama.

"Untuk single ini, saya tidak lagi mahu menyanyikan lagu rancak. Saya sudah pun membuktikannya sebelum ini apabila kebanyakan lagu popular saya adalah lagu rancak. Jadi kali ini saya mahu lagu berentak perlahan pula. Alang-alang muncul dengan lagu baru, biarlah nampak perbezaannya," ujarnya.

Rezeki dapat anak belum ada

Lebih setahun mendirikan rumah tangga, masih belum nampak tanda-tanda penyanyi yang terkenal dengan imej berambut kerinting ini berbadan dua. Bercerita soal zuriat, Ezlynn menyifatkan rezeki mereka belum tiba.

"Saya serahkan pada takdir. Kalau ada, kami terima dan jika belum sampai masanya, ia bukanlah sesuatu yang menjadi tekanan buat kami.

"Setakat ini, keluarga kedua-dua belah pihak pun tidak bertanyakan soal itu. Mungkin mereka sudah ada cucu, jadi mereka tidak kisah sangat," kata Ezlynn sambil tersenyum

Perit jadi hantu terbang

Mengulas wataknya sebagai Mon dalam filem arahan Mamat Khalid itu, Ezlynn memberitahu, cabarannya bukan saja membabitkan mental, malah fizikal.

"Dalam filem ini saya memegang watak hantu. Bayangkan saya dikehendaki terbang dan terapung di udara dan untuk melakonkan watak itu. Saya diikat dan ditarik menggunakan kren. Agak menyakitkan juga apabila pinggang saya yang diikat dengan tali ditarik dengan kuat. Nyaris juga saya pengsan kerana tidak dapat bernafas. Mujurlah tiada apa yang berlaku, kalau tidak susah juga.

"Selain itu ada juga babak yang memerlukan saya duduk di atas pokok yang tinggi. Bayangkan saya seorang saja berada di atas dan waktu itu saya memang tak berani nak toleh kiri, kanan atau belakang kerana terasa seperti ada yang memerhati. Pandangan dari atas pun sayup-sayup saja. Memang menyeramkan. Kalau tak kuat, habislah," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Aidil Zafuan Nafi Kenal Tengku Fiella Bekas Kekasih Nazmi Faiz

Posted: 27 Jan 2013 10:32 PM PST

Posted: 28 January 2013 at 2:32 pm  

Aidil Zafuan

Nazmi Faiz yang mendakwa Aidil Zafuan telah curang dengan kekasihnya melalui akaun twitter miliknya pagi tadi nyata telah mengemparkan banyak pihak.. Ramai yang tertanya-tanya akan kebenaran cerita itu.. Susulan itu, pihak Media Hiburan telah berjaya mendapatkan reaksi Aidil Zafuan..

Melalui kiriman sms, Aidil Zafuan menjelaskan yang dia sebenarnya tidak beberapa mengenali Nazmi Faiz secara rapat dan Aidil juga tidak tahu kenapa namanya dikaitkan dalam situasi ini.. Tambah Aidil Zafuan, dia juga tidak mengenali siapakah Tengku Fiella yang dikatakan bekas kekasih Nazmi Faiz itu..

"Biarlah orang nak cakap apa, saya tahu apa saya buat, kenal pun tidak, tiba-tiba dikaitkan dengan berita seperti ini," ujar Aidil yang akan menghubungi Nazmi sendiri untuk mendapatkan penjelasan. – Media Hiburan

Dalam pada masa yang sama, Tengku Fiella melalui akaun twitternya juga menafikan yang dia mengenali Aidil Zafuan secara peribadi.. Menurut Fiella, dia mungkin tengah marah dan tidak boleh terima kenyataan yang mereka berdua sudah putus sehingga mengaitkan orang lain..

Nazmi Faiz Dakwa Aidil Zafuan Curang Dengan Kekasihnya?

Posted: 27 Jan 2013 09:35 PM PST

Posted: 28 January 2013 at 1:35 pm  

nazmi faiz dan aidil zafuan

Jika sebelum ini Nazmi Faiz yang juga pemain bola sepak Kebangsaan menuduh kekasihnya, Tengku Fiella seorang penipu dan kaki kikis melalui akaun twitter, Namun selepas itu dia mendakwa yang akaun twitternya diceroboh.. Terbaru, awal pagi tadi Nazmi Faiz sekali lagi mengeluarkan kenyataan mengenai teman wanitanya itu tetapi kali ini beliau turut mengaitkan sekali Aidil Zafuan di dalam ini drama…

Selain menegaskan yang Nazmi Faiz dan kekasihnya, Tengku Fiella tidak lagi bersama.. Nazmi juga mendakwa yang Aidil Zafuan dan Tengku Fiella telah tinggal bersama di Johor Bahru dalam beberapa minggu, malah Aidil Zafuan juga dikatakan turut memberi wang RM1,000 untuk berbelanja disana..

Walau bagaimanapun kesemua tweet Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam. Tertanya-tanya juga MyGosip Adakah akaun twitternya diceroboh sekali lagi atau apakah yang sebenarnya berlaku diantara mereka bertiga? Sama-sama la kita tunggu kenyataan rasmi mereka…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Tidak tamak

Posted: 25 Jan 2013 11:05 PM PST

Maya Karin tak terima tawaran berlakon sepanjang tahun

Maya Karin - satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri perfileman tempatan. Deretan anugerah yang dimenanginya dari dalam dan luar negara, menjadikan dirinya berdiri dalam kelas tersendiri.

Populariti filem Ombak Rindu, memperkukuhkan lagi jenama dirinya di persada seni tanah air, sekali gus beliau layak diangkat sebagai ikon atau sekurang-kurangnya ikutan kepada pelakon generasi baru.

Dalam usia 33 tahun, dia tidak perlu gelojoh menerima tawaran. Baginya cukup sekadar beraksi di layar perak apabila masa untuk diri sendiri lebih diutamakan.

Maya tetap dengan pendiriannya, tidak akan menerima sebarang tawaran drama bersiri mahupun telefilem kerana tidak mahu terikat dengan jadual penggambaran yang terlalu lama, sekali gus menyekat kebebasannya yang gemar hiasan dalaman, selain menjayakan aktiviti sosial.

Jika dilihat kepada artis lain, apabila populariti sedang memuncak, kaut saja peluang di depan mata.

Namun, apabila diteliti rutin Maya sebagai pelakon, dia akan bekerja keras untuk sesebuah filem, sebaik selesai, beliau akan bercuti panjang untuk aktiviti kegemarannya mengembara melihat dunia atau mendaki gunung dan masuk semula ke set jika ada tawaran filem yang difikirkannya menarik.

Fokus satu bidang
Maya yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem Sejoli, arahan Osman Ali, menjelaskan, dia sebenarnya tidak mahu terbabit dengan dunia hiburan setiap hari. Dia yang kini sedang menunggu tayangan filem terbarunya, Lagenda Budak Setan 3 dan Jwanita, menegaskan sebagai artis dia tidak mahu setiap hari berada di set hingga tidak ada masa untuk diri sendiri.

Sekiranya ada waktu 'break' sehari dua ketika masih terbabit dengan penggambaran filem, dia memilih untuk berada di kedai hiasan dalaman dan terbukti, ketika temu bual ini berlangsung, Maya baru selesai temu janji dengan pereka hiasan dalamannya, manakala artis lain pasti terkejar-kejar untuk ke lokasi penggambaran drama apabila ada waktu terluang.

Dapatkan B*POP dalam BH Ahad hari ini untuk gambar, berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Izara nak jaga hati sendiri

Izara Aishah nyata masih mampu mengekalkan popularitinya dalam 'liga popular' apabila dia dipilih memasuki kategori Pelakon TV Wanita Popular. Tahun lalu dia adalah calon Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular.

Tidak seperti pemenang kategori berkenaan, Tasha Shilla yang gagal mempertahankan popularitinya sehingga tidak lagi tercalon pada ABPBH2012.

"Bagi saya, populariti drama bersiri Vanila Coklat yang membawa saya berada pada kedudukan hari ini apabila hero saya dalam drama berkenaan, Aiman Hakim Ridza, juga tercalon untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular. Kuasa peminat untuk menentukan artis kegemaran mereka terus berada dalam saingan ABPBH, sukar diramal, kadang-kadang di luar dugaan, mengejutkan.

"Saya yakin, antara artis dan peminat kejujuran itu penting. Mereka ikhlas mengundi saya. Terus terang, saya tidak ada kelab peminat seperti kebanyakan artis lain, mereka boleh minta tolong fan club, sebaliknya peminat saya jujur, mereka mengundi saya sematamata kerana kerja dan produk di kaca TV. Justeru, saya perlu kerja keras dan tampil dengan beberapa produk bermutu supaya diri sentiasa dekat di hati peminat," katanya.

Gandingan pertama Izara mengakui dia memang mengagumi lakonan Maya dan tidak sangka, hari ini buat kali pertama kedua-duanya bergandingan menerusi Sejoli, sekali gus berkerja di bawah seliaan pengarah terkenal seperti Osman. Bagi Izara, Maya seorang pelakon hebat yang sentiasa merendah diri dan tidak lokek berkongsi ilmu lakonan, begitu juga dengan Osman yakin dengan kebolehan dirinya, tidak semata-mata memandang faktor fizikal, cantik sekadar bonus.

Dapatkan B*POP dalam BH Ahad hari ini untuk gambar, berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

NK buat hal lagi

Posted: 25 Jan 2013 10:58 PM PST

Macam-macam hal pelakon Norish Karman atau NK ni... Belumpun reda isu dakwaan `goda' suami orang yang Raja dedahkan dalam ruangan ini pada minggu lalu, Raja dengar NK buat onar lagi.

Khabarnya, menerusi laman Facebook, NK mengatakan dirinya difitnah. Hai, jika tiada angin, masakan pokok bergoyang, kan...?

Kenyataan yang ditulis NK dalam Facebook antaranya bermaksud cerita yang keluar tidak benar dan kenapa dirinya dicemuh sedemikian, selain menyifatkan dia hanyalah seorang ibu yang cuba memberi kebahagiaan untuk anak-anaknya dan kenapa ada orang sanggup berbuat tidak baik terhadapnya dan meminta Tuhan menghukum setimpal apa yang dilakukan orang lain terhadapnya.

Hmmm... tak tahulah betul atau propa! Sebagai wartawan, Raja melaporkan dakwaan berdasarkan sumber yang diyakini maklumatnya. Bukan calangcalang sumber sebab sumber itu juga adalah orang yang NK kenal dan pernah membantu NK ketika dia menghadapi masalah dulu. Tiada siapa yang nak reka cerita dan dapat dosa percuma! Dakwaan ini dilakukan mereka yang rapat dengan NK.

Bagi Raja, apa yang dilakukan NK adalah urusannya dengan Tuhan. Betul atau sebaliknya, NK lebih mengetahui. Kalau menipu, terimalah balasannya nanti. Balasan Tuhan tak tunggu hingga tutup mata...

Cerita lain yang mahu Raja dedahkan minggu ini boleh tahan panasnya. Bagi Raja, hebat betul lakonan NK sama ada di pentas drama mahupun kehidupan realiti.

Khabarnya, NK bersengketa dengan teman baik dan enggan menyerahkan anak temannya itu. Sampai jadi kes polis. Hai, macam kes yang pernah terjadi sebelum ini saja. Seingat Raja, polis pernah mencari NK kerana disyaki menyembunyikan seorang remaja perempuan di rumahnya pada 2008.

Perubahan ketara

Raja dengar sebelum ini, teman baiknya itu membenarkan anak gadisnya berusia 17 tahun tinggal bersama NK seketika, gadis itulah membantu NK menjaga bayinya, Muhammad Haq Lutfie Alexander. Lagipun NK tiada pembantu rumah tetap. Tapi, temannya mula risau apabila melihat perubahan ketara pada anaknya apabila sesekali pulang ke rumah.

Jika dulu, anaknya tidak pandai berbohong tapi sekarang sudah pandai putar belit... Tapi, bohong budak-budak, akhirnya terkantoi juga. Dulu bertudung apabila tinggal dengan NK, tudung sudah terbang melayang.

Itu lagilah menambahkan kerisauan temannya itu. Temannya itu seolah-olah melihat anaknya seperti 'dipergunakan' NK.

Dipendekkan cerita, temannya ke rumah NK dan mahu mengambil anaknya pulang tapi NK seperti menghalang dan anaknya juga tidak mahu pulang. Anaknya itu dilihat seperti sudah banyak termakan hasutan NK.

Buat laporan polis

Akhirnya, temannya itu dapat mengambil semula anaknya ketika terserempak dengan NK di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini. Apa lagi, ditarik anak gadisnya pulang dan temannya itu terus membuat laporan di Balai Polis Travers.

Kini, anaknya sudah selamat, tapi dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan pasport tertinggal di rumah NK. Anak temannya itu pernah menghantar SMS meminta NK pulangkan dokumen penting, telefon bimbit, dompet dan pakaiannya, tapi NK menyepikan diri.

Kalau benarlah dakwaan temannya itu, kenapa NK bersikap sedemikian? Raja nak tanya buat apa NK nak simpan dokumen peribadi orang lain? Takkan NK tak tahu gadis itu memerlukan dokumen peribadi apabila masuk universiti atau kolej nanti. Keputusan SPM akan keluar tidak lama lagi. Janganlah melampau sangat. Daripada sibuk nak jaga anak orang, lebih baik jaga anak sendiri. Cukup-cukuplah buat hal...

RAJA: Neelofa mengaku masih lagi setia dengan kekasihnya, Hans Isaac. Elok saja bernikah tahun ini sebab Hans Isaac pun dah masuk usia 40-an...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Kim Chiu pasrah

Posted: 25 Jan 2013 02:46 PM PST

Bekas kekasih jalin hubungan dengan rakan karib

Tidak pernah terlintas di kotak fikirannya semua itu akan berlaku. Apatah lagi, ia membabitkan seseorang yang begitu dipercayai dan sentiasa di sisi ketika cintanya menemui noktah beberapa tahun lalu.

Namun takdir yang tertulis diterima pasrah aktres berdarah campuran Filipina dan Cina, Kimberly Sue Yap Chiu atau umum lebih mengenalinya sebagai Kim Chiu.
Saya gembira mereka bersama. Tiasa salahnya kerana kedua-duanya masih sendiri, sepatutnya semua bergembira apabila mereka bercinta," Kim Chiu

Gadis berusia 22 tahun itu berkata, dia gembira ketika mendengar bekas teman lelakinya iaitu aktor, Gerald Anderson menemui pengganti dengan aktres dan model, Maja Salvador.

Namun sebagai manusia, Kim Chiu yang membesar di Cebu City tidak menafikan, dia penat apabila persoalan yang sama terus diajukan kepadanya.

Selepas cinta mereka menemui noktah, Kim Chiu berkata, dia terus memandang ke depan dan memilih untuk tidak lagi mengulas mengenai bekas teman lelakinya, terutama hal berkaitan soal hati.

Sejak perpisahan mereka, Gerald dikatakan menjalin hubungan dengan seorang gadis dari Cebu sedangkan ketika itu dia bercinta dengan Ratu Pop, Sarah Geronimo.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Gerald. Namun ketika dikaitkan dengan Maja, Gerald menghampakan peminat yang mengharapkan penjelasan daripadanya apabila terus mengunci mulut.

Lantas Kim Chiu diburu media untuk penjelasan, namun memohon dirinya tidak terus dikaitkan dengan aktor berusia 23 tahun itu.

"Saya gembira mereka bersama. Tiada salahnya kerana kedua-duanya masih sendiri, sepatutnya semua bergembira apabila mereka bercinta," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran siri TV terbaru popular,
Mother, Sibling, Daughter, minggu lalu.

Kim Chiu berkata, Maja pernah menghubunginya dan memohon kebenaran untuk keluar dengan Gerald. Bagaimanapun, percintaan mereka menjadi bahan kritikan media kerana ia terjadi di luar jangkauan.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan mengenainya, malah tidak pernah menyangka ia akan berlaku," kata Kim Chiu.

Enggan terus memikirkan mengenai perkara itu, Kim Chiu berkata, dia bersikap profesional malah tidak berdepan masalah jika ditawarkan bekerja dengan Maja.

"Mungkin antara saya dan Gerald lebih serasi sebagai kawan, bukan pasangan kekasih," katanya yang sedang hangat digosipkan bercinta dengan aktor, Xian Lim.
Hubungan Kim Chiu dan Gerald mula diperkatakan apabila mereka mempamerkan keserasian dalam siri, Pinoy Big Brother Teen Edition.

Selepas hubungan mereka berakhir, Kim Chiu mendekati Xian Lim namun percintaan mereka ditolak peminat yang masih mengharapkan dia dan Gerald kembali bersatu.

Ketika ini, Kim Chiu dan Xian Lim sedang menikmati kemuncak dalam karier malah dilihat sebagai antara bintang paling menyerlah sepanjang tahun lalu.

"Saya gembira kerana dalam kesibukan, saya masih mampu menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak. Saya berharap dapat melakukan lebih banyak projek untuk terus mempengaruhi mereka ke arah kebaikan," katanya.

Bagaimanapun kata Kim Chiu, tidak semua yang berada di dalam genggamannya itu datang mudah. Menyifatkan kejayaannya itu bertitik-tolak daripada restu keluarga, Kim Chiu tidak pernah melupakan kesengsaraan lalu.

Membesar tanpa kasih sayang bapa, ketika usianya menganjak 12 tahun, ibunya pula meninggalkan dia dan adik-beradiknya.

Dibesarkan sanak-saudara yang prihatin, Kim Chui berkata, sehingga ini dia tidak pernah mendengar berita mengenai kedua ibu bapanya.

Biarpun sudah lama memaafkan perbuatan kedua ibu bapanya, Kim Chiu berkata, dia membesar menjadi manusia yang sensitif dan berharap pengalaman itu tidak berulang andai ditakdirkan dirinya menjadi seorang ibu.

"Saya percaya, ibu bapa ialah insan terbaik yang wajar menjadi teladan kepada anak-anak," katanya mengakui, kegagalan cinta dengan Gerald turut membentuk dirinya menjadi insan yang kuat dan berani.

Fenomena My Girl

Adaptasi drama popular Korea yang diterbitkan dalam versi Tagalog, My Girl pada 2008 memuncakkan populariti Kim yang ketika itu sedang memperkukuhkan posisinya dalam industri lakonan.

Keserasian yang terjalin dengan Gerald dalam beberapa drama berantai dan filem, menemukan semula pasangan yang pernah digelar peminat sebagai 'Kimerald' dalam siri komedi romantik popular itu.

Mengulas tawaran yang diberikan itu, Kim Chui berkata, dia menangis kegembiraan apabila mendapat kepercayaan untuk membawakan watak Jasmine.

Katanya, tawaran itu memberikannya kejutan kerana berpeluang untuk beraksi dalam satu lagi projek utama terbitan ABS-CBN selepas Sana Maulit Muli.

Siri pertama yang menemukannya dengan Gerald meraih tontonan tinggi pada 2007, malah membawa populariti mereka menjalar ke Taiwan apabila ia ditayangkan di negara itu.

Drama itu menyusuli drama bersiri, Marimar yang baru saja berakhir dan menemui penonton setiap Selasa hingga Khamis di TV3 jam 10 pagi mulai 17 Januari lalu.

Bersiaran untuk 35 episod, drama itu turut membariskan pelakon muda Filipina yang popular lain seperti Enchong Dee (Nico), Nina Jose (Anika) dan Regine Angeles (Shiela).

My Girl mengisahkan Julian, pemuda kacak graduan Universiti Harvard yang memikul tanggungjawab sebagai waris utama menguruskan empayar perhotelan datuknya, Greg.

Julian bukan saja berpelajaran tinggi dan berperwatakan menarik, malah penuh karisma dan serius dalam kerjaya dan misi hidupnya.

Namun, selepas mengetahui hajat datuknya yang tidak sihat, hanya satu perkara yang menjadi tumpuan utamanya iaitu menjejaki semula sepupu perempuannya, Hannah yang lama menghilang.

Terdesak dan kesuntukan masa, Julian tidak ada cara lain dan terpaksa mengupah Jasmine untuk menyamar menjadi Hannah.

Dikenali sebagai pemandu pelancong yang serba boleh, Jasmine juga licik dan bijak menyelesaikan krisis situasi selain daripada fasih berbahasa Tagalog, Inggeris dan Mandarin.

Animasi kita sertai International Emmy Kids Awards

Posted: 25 Jan 2013 02:35 PM PST

Animasi bersiri tempatan, Ask Lara terbitan Animasia Studio Sdn Bhd mencatat sejarah dalam industri animasi Malaysia apabila menjadi satu-satunya produk tempatan genre itu dicalonkan dalam International Emmy Kids Awards bagi kategori berkenaan yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat pada 8 Februari ini.

Bukan soal menang atau kalah, tapi layak dicalonkan dalam International Emmy Kids Awards sudah mengangkat kredibiliti Animasia Studio, sekali gus mengiktiraf rancangan animasi bersiri dari Malaysia itu.

Pengarah Urusan Animasia Studio, Edmund Chan, berkata pemilihan dilakukan berdasarkan program animasi yang mempunyai gaya inovatif dan kreatif serta pemilihan karya terbaru itu diadili dengan terperinci.

"Mensasarkan kanak-kanak berusia sembilan hingga 13 tahun, siri Ask Lara mempamerkan pengembaraan sekumpulan remaja yang tinggal bersama di negara asing melalui program pertukaran bahasa.

"Siri animasi itu disiarkan di beberapa negara Eropah dan Amerika Latin seperti saluran Canal+ (Perancis), NRK (Norway) dan Pop TV (Slovenia).

"Selain Ask Lara, Animasia Studio yang ditubuhkan sejak 1996 sudah menghasilkan pelbagai produk animasi. Antaranya ialah Bola Kampung, ABC Monster, Chuck Chicken, Balla Bowl, Bola Kampung X, Supa Strikas, Harry Bunny dan Asian Folklores," katanya.

Idea baru
Edmund juga berkata, Animasia Studio menawarkan kandungan digital dengan hasil kerja animasi kreatif dan idea baru yang segar.

"Kami turut memberikan suntikan warna, keseronokan, pengembaraan dan menukarkan kehidupan statik kepada siri animasi dan kartun. Selain pencalonan dalam International Emmy Kids Awards tahun ini, kredibiliti animasi hasil Animasia Studio turut diiktiraf apabila mengungguli Anugerah iPi Motion Capture August Challenge 2012.

"Dan terbaru, Animasia Studio sibuk dengan persiapan untuk melancarkan filem 3D, Bola Kampung The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 21 Mac ini," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gosip Artis Malaysia

sumber :-

Gosip Artis Malaysia


Shiro Tidak Berniat Elak Wartawan

Posted: 24 Jan 2013 07:19 PM PST

Shiro memberitahu berasa rendah diri apabila berhadapan dengan pihak media kerana berasa mereka tidak popular.
JOHOR BARU: Pemenang tempat ketiga pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012), kumpulan Shiro menjelaskan tidak pernah berniat untuk mengelak daripada ditemubual pihak media.
Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak sebaliknya memberitahu mereka berasa rendah diri setiap kali berhadapan dengan wartawan kerana menganggap diri tidak popular.
"Bukan larikan diri tetapi kami menganggap diri tidak popular selain tiada bahan untuk diceritakan kepada pihak media.
"Atas alasan itu juga selepas selesai sesuatu majlis meibatkan pihak media kami akan terus balik," jelas Shahrol .
Shiro ditemui selepas pertandingan akhir MLM 2012 yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) pada Ahad malam lalu.
Pada pertandingan itu, kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan dinobatkan sebagai juara manakala kumpulan Jambu (Yus dan Tauke) ditempat kedua.
Shahrol dan Ajak membawa pulang wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Gandingan mereka telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga program Maharaja Lawak Mega 2012 baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ajak memberitahu mereka tidak menyangka berjaya menempatkan diri di peringkat akhir program itu dan seterusnya dinobatkan pemenang tempat ketiga.
Malah kata Ajak, mereka menjangkakan akan tersingkir pada minggu ke empat pertandingan.
"Dapat masuk final adalah satu kejayaan besar buat kami berdua kerana semua peserta yang masuk hebat-hebat belaka.
"Malah kami langsung tidak tertekan menghadapi peringkat akhir kerana tidak menyasarkan untuk menang.
"Bagaimanapun kami berdua bersyukur dengan rezeki yang diberikan kepada kami," ujarnya.
Ditanya mengenai hadiah kemenangan mereka, Ajak berkata, dia bercadang untuk menghadiahkan jubah dan songkok kepada pelajar-pelajar Sekolah Kampung Hj Manan, Kluang, dekat sini.
Sementara itu, Shahrol berkata, mereka berdua berharap dengan kemenangan itu akan membuka lebih banyak peluang kepada mereka sebagai pelawak.
- ---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS