Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Perodua Tweckbot Pastikan Anda Selamat Di Musim Perayaan

Posted: 28 Jul 2011 07:32 PM PDT

PERODUA TWECKBOT PASTIKAN ANDA SELAMAT DI MUSIM PERAYAAN

Setiap dari kita mesti nak selamat kan? Giler tak? Perkataan 'selamat' dah jadi perkataan wajib setiap hari. Budiey boleh kasi contoh, pagi-pagi bila jumpa orang, kita ucap 'Selamat Pagi'. Itu satu doa dan harapan kita semoga semua dari kita selamat dan sejahtera.

Selain itu, dalam hidup kita seharian, kita pentingkan keselamatan. Tak kiralah samada berada kat rumah atau masa memandu di jalan raya. Sebut pasal memandu ni, Budiey teringat dengan moto terbaru dari Perodua yang baru diperkenalkan iaitu ANDA KEUTAMAAN KAMI. Tagline ni tak ubah macam satu janji Perodua kepada pengguna. Jadi, kalau korang rasa Perodua tak 'care' tentang pengguna, boleh report la ya.

Budiey rasa, moto atau tagline ni sangat sesuai imej Perodua yang sentiasa mahu memberikan terbaik untuk pelanggannya. Tambahan lagi, di musim perayaan macam ni, semua orang berpusu-pusu nak balik kampung. Kereta tu jangan lupa nak servis pula ya. Bukan apa, takut nanti ada lak yang tak dapat balik kampung.

Setidak-tidaknya, Perodua sangat prihatin dengan pengguna. Perodua antara syarikat pengeluar kereta yang mementingkan pengguna dan meletakkan pemilik kereta dari Perodua di tempat teratas.

Terbaru, dari apa yang Budiey baca, Perodua sedang melancarkan satu lagi kempen iaitu PERODUA TWECKBOT. Inilah kali pertama terdapat servis seperti ini di Malaysia dan ia terbuka hanya kepada pemilik Perodua sahaja kerana "anda keutamaan kami".

Perodua

Oh ya, dikatakan kempen ini sejajar dengan tagline ANDA KEUTAMAAM KAMI dan ia satu-satunya program yang sangat unik dan tak pernah dibuat oleh mana syarikat pengeluar kereta sebelum ini di Malaysia. Jadi, program PERODUA TWECKBOT ini dirangka untuk membantu pemilik kereta Perodua mendapatkan pemeriksaan 15 poin untuk kereta Perodua mereka secara PERCUMA.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN PEMERIKSAAN 15 POIN NI?

Mmm… itu satu soalan yang pasti bermain dalam fikiran korang sekarang ni kan?

Okay, langkah pertama yang korang kena buat ialah follow Twitter Perodua iaitu: @MyPerodua dan sekiranya Perodua Tweckbot datang ke lokasi di mana anda sedang berada, anda boleh tweet kepada @MyPerodua. Kemudian, yang bestnya mekanik Perodua yang terpilih akan datang ke depan rumah anda untuk memberikan pemeriksaan 15 poin kepada anda untuk memeriksa keadaan kereta anda samada selamat atau tidak untuk pulang beraya di musim perayaan ini. Ini tertakluk kepada siapa cepat, dia dapat ya.

Haaa… ini bermakna korang akan diberikan servis percuma untuk membantu anda bagi memastikan kereta anda berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu semasa pulang ke kampung. Jika sekiranya semasa pemeriksaan 15 poin dibuat, dan kereta anda berada dalam keadaan yang tak elok, anda akan diberitahu dan akan dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan lanjut.

Nak info lebih jelas, boleh juga menonton video ni:

PERODUA TWECKBOT ini akan melawat ke beberapa kawasan perumahan di kawasan Lembah Klang semasa musim perayaan ini untuk memberikan peluang kepada pemilik Perodua menulis tweet @MyPerodua dan pihak Perodua akan ke rumah anda untuk melakukan pemeriksaan 15 poin.

Budiey rasa program ni best jugak sebab Budiey memiliki sebuah Myvi… mmm kalau macam tu, kena tunggulah Tweckbot ni sampai di kawasan Bandar Baru Sentul ni, baru boleh tweet.

Kepada korang yang menjadi pemilik Perodua yang setia, nantikan tweet dari Perodua…. Jyeaaa…. Yang pasti sekarang korang kena follow @MyPerodua. Jom follow… I dah followwwww….

Perodua
Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Perodua Myvi 1.5 Limited Edition Design
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H/2008
  • Jemputan: Sessi Pengenalan di AsterSpring Pavilion
  • Rancangan-Rancangan Terbaik Sempena Hari Natal di 8TV!
  • FIESTA KAAMATAN GAWAI BERSAMA FELIX & MARSHA
  • Majlis Penyerahan Perodua Alza Kepada Skuad ERA & My FM
  • Konsert Mini Karnival 8TV Sempena Sambutan Pesta Kuih Bulan
  • Malaikkotai dan Sivaji The Boss di RTM Sempena Deepavali
  • Program Menarik RTM Sempena Tahun Baru Cina 2011
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Gambar Nur Fazura di Majlis Bersama Peminat Setia di Hotel Le Meridien

    Posted: 28 Jul 2011 07:20 PM PDT

    Hari Yang Indah Bersama Bintang Selebriti LUX, Nur Fazura

    Le Meridien, Kuala Lumpur, 29 Julai 2011 – Bagi peminat setia Bintang LUX Nur Fazura, berjumpa sendiri dengan beliau sudah cukup menerbitkan perasaan gementar, jadi semestinya dapat meluangkan masa seharian berkenalan dengan beliau umpama mimpi indah yang menjadi kenyataan.

    Sememangnya mimpi itu benar-benar menjadi realiti bagi sekumpulan gadis bertuah dan teman baik atau lebih dikenali sebagai BFF mereka sebagai ganjaran mencipta tandatangan LUX secara kreatif dalam peraduan baru-baru ini, yang diadakan oleh LUX dengan kerjasama Mydin.

    Kumpulan itu mendapat peluang yang jarang-jarang ditawarkan untuk belajar tip kecantikan dan rahsia penjagaan tubuh dari beberapa pakar kecantikan, disertai sesi istimewa apabila si jelita Fazura sendiri berkongsi tip kecantikan peribadi beliau untuk kelihatan hebat! Mereka kemudiannya dilayani seperti VIP apabila dimanjakan dengan sesi merias kuku.

    Fazura

    Menjelang malam, perkara yang dianggap oleh ramai orang sebagai hari yang sempurna, diakhiri dengan sesi makan malam ramah-mesra bersama Fazura, di mana pada waktu itu semua orang sudah menjadi akrab. Bagi merakamkan detik bermakna itu, gadis-gadis riang itu bergilir-gilir mengambil gambar peribadi mereka bersama Fazura dan setiap seorang daripada mereka membawa pulang produk mandian badan LUX yang sudah ditandatangani secara peribadi oleh Fazura.

    "Setiap wanita mengimpikan untuk kelihatan dan berasa jelita, yang hadir secara semula jadi apabila tahu bagaimana membawa diri kita pada tempatnya dan berasa selesa dengan penampilan kita. Bengkel kecantikan bersama Fazura ini yang bertujuan memberi ganjaran kepada para pemenang bertuah kami yang menyokong LUX pastinya dapat membantu mereka memperoleh beberapa maklumat berharga tentang bagaimana kelihatan dan berasa berseri-seri," kata Brand Manager of Personal Wash LUX, Tanya Teng.

    LUX baru-baru ini melancarkan produk rangkaian mandian badan kecantikan LUX 'Soft & Silky Smooth' yang melengkapkan rangkaian LUX 'Fine Fragrance Elixirs' yang dilancarkan terdahulu pada tahun ini. Rasa mewah, tarikan dan sensual rangkaian LUX "Soft and Smooth" dapat dinikmati dalam dua varian berharga; LUX Soft Touch and LUX Velvet Touch.

    Fazura

    Mengenai LUX
    LUX mula diperkenalkan sebagai sabun mandi pada 1925. Dihasilkan oleh Lever Brothers, ia tiba di UK pada 1928, dengan menjanjikan bersamanya rahsia yang dijaga rapi oleh Perancis bagi menghaluskan kulit, memberi aspirasi tetapi mudah didapati. Sejak detik pelancarannya lagi, LUX sentiasa percaya pada strategi bintang untuk menjadi Jagaan Kecantikan Kegemaran Hollywood.

    LUX percaya bahawa berkelakuan cantik adalah satu cara mempersembahkan wajah terbaik anda kepada dunia dan memaksimumkan apa yang anda miliki. Ia merupakan pilihan sedar untuk menjadi cantik dan menikmati keseronokan menggunakan kecantikan anda. LUX menjadikannya mungkin buat setiap wanita untuk menjadi cantik dalam banyak cara yang memuaskan.

    Pada 1950-an, LUX tiba di Malaysia dengan membawa bersama-samanya barisan bintang global seperti Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, Rachel Weiz hingga kepada bintang LUX tempatan seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, dan Erra Fazira. Warna sabun dan bungkusan LUX diubah beberapa kali bagi menggambarkan trend fesyen. Pada 1958, lima warna menerajui rangkaian: merah jambu, putih, biru, hijau dan kuning.

    Bagi 2011, keseluruhan rangkaian LUX bakal dilancarkan semula di Malaysia bagi membawakan teknologi baru dan bungkusan baru. Rangkaian LUX ini terdiri daripada Soft Touch, Velvet Touch, Magical Spell, Secret Bliss, White Impress dan Wake Me Up. Pada 2011, LUX juga diiktiraf sebagai jenama sabun nombor satu di Asia.

    Fazura

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Nur Fazura Duta LUX Terbaru
  • Album Baru Ressa Herlambang Cinta Yang Ku Cari
  • Gambar Fazura di Sesi Ramah Mesra Pelakon Drama Ezora @ The Curve
  • Gambar Suprise Hari Jadi Ziana Zain @ Hotel Le Meridien Kuala Lumpur
  • Kes Mahkamah Pelakon Selamat Pagi Cinta, Nur Fazura Bela Diri
  • Gambar Fazura di Sidang Media Anak Wayang
  • Gambar Nur Fazura di Pelancaran LUX Soft & Silky Smooth
  • Gambar Mawi di Pelancaran Album Terbaru ALLAH HABEEBI
  • Drama Siri Baru Ezora Ganti Bella di Akasia TV3 Lakonan Fazura
  • Sekitar Pelancaran Album OST Kayangan
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    Posted:

    [unable to retrieve full-text content]

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    Hubungan Khairul Fahmi Che Mat & Tunang Bermasalah?

    Posted: 28 Jul 2011 07:09 PM PDT

    GAMBAR PERTUNANGAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAN AIMIE HARMELIA

    Seperti yang anda semua sedia maklum, penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih familiar dengan gelaran Apex telahpun bertunang dengan Aimie Harmelia (ini blognya) pada 17 Mei 2011 dan dengarnya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.

    Namun beberapa hari lalu, kami ada terbaca cerita kurang enak kat Twitter yang hubungan Khairul Fahmi Che Mat dan tunang mengalami masalah. Puncanya, Khairul Fahmi dikatakan bermain kayu tiga. Namun sejauh mana kesahihannya, hanya tuan punya badan saja yang tahu dan time tu kami tak ambil port.

    Tapi beberapa hari lepas juga, tersebar screenshot status Facebook Aimie Harmelia yang nyata memberi gambaran jelas kepada umum bahawa hubungannya dengan Khairul Fahmi menghadapi sedikit masalah. Anda boleh baca sendiri status yang ditulis oleh Elia tu kat bawah ni.

    KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAN AIMIE HARMELIA PUTUS TUNANG

    Kalau tak nampak, ini kami salinkan semula:

    Kau jgn nak kurang ajar sgt ek.. lg2 kau krg ajar ngn MAK aku.. ko igt ko tu dh super star sgt ke smpai nk kerek ngn org tua?!! aku dh byk sbr ngn kerenah ko tp jgn uji kesabaran aku!! igt sikit dr mana ko dtg

    Dia mmg dh byk brubh. Makin lama makin truk. Kita sbr je xputus2 doa hope dia brubah.tp bila smpai dh tinggi suara ngn mak kita yg cuba nasihatkn dia, tu mmg xleh nk sbr dh.melampau!

    Setakat ini masih belum kedengaran sebarang kenyataan dari Khairul Fahmi mengenai perkara ini. Mungkin tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan memanjang-manjangkan cerita. Cuma Aimie Harmelia sahaja yang dilihat lantang bersuara di laman Facebook miliknya.

    Disebabkan kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, kami hanya mampu mendoakan yang terbaik kepada mereka. Semoga ikatan mereka terus utuh sehingga ke jinjang pelamin seperti yang telah mereka rancangkan.

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Gila ..pukul kepala isteri dengan tukul depan anak-anak

    Posted: 28 Jul 2011 09:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki bernama Graeme Penglase (47) dijatuhi hukuman 22 tahun penjara kerana dinyatakan bersalah membunuh isteri menggunakan tukul besi di depan anak-anak mereka. Demikian dilansir Sydney Morning Herald, Khamis (28/7/2011).

    Joanne Penglase (39) tewas dengan pukulan di kepala di depan dua anak mereka yang masih kecil pada Jun tahun lalu. Ia meninggal dalam pangkuan ayahnya.

    Dalam pengadilan di Bendigo Supreme Court, Victoria, Australia, itu terungkap jika anak-anak mereka meminta agar ayah mereka berhenti memukul kepala ibu mereka. Namun, sang ayah mendorong anak-anaknya lalu terus memukul kepala Joanne.

    Pendakwa Diana Karamicov mengatakan di depan pengadilan bahawa anak-anak itu berlari keluar dalam keadaan menangis lalu menelefon datuk nenek mereka.

    Tak berapa lama kemudian, mereka tiba dan melihat anak mereka sudah berlumuran darah. "Saya menggenggam jemarinya dan lengannya dan mendengar lenguhannya," kata sang ayah dalam kesaksian tertulis di depan pengadilan.

    Pasangan ini menikah selama 14 tahun namun mereka sempat berpisah di awal tahun 2005 kerana kekerasan dalam rumah tangga. Dalam pengadilan diungkap jika Penglase yang memiliki catatan buruk penggunaan ubat-ubatan dan minuman keras selama 12 jam sebelum akhirnya menyerang isterinya.

    Gua superman dijadikan warisan dunia

    Posted: 28 Jul 2011 08:00 PM PDT


    LOMBONG NAICA, Mexico - Sebuah gua yang mengandungi gipsum berwarna putih kelihatan mirip gua dalam komik mengenai kisah adi wira, Superman yang ditemui di sini dicadangkan dijadikan warisan dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Gua itu ditemui dua pelombong sepuluh tahun lalu dan dianggap fenomena ajaib di dunia.

    "Ia salah sebuah daripada keajaiban dunia," kata seorang ahli geologi dari Institut Andaluz de Las Ciencias de la Tierra, Juanma Garcia Ruiz yang mengkaji lombong berkenaan.

    "Gua itu merupakan sesuatu yang mengagumkan dan masih terdapat orang di Mexico yang tidak mengetahui betapa pentingnya ia dipelihara sebaik mungkin," tambahnya.

    Pembentukan batang-batang umpama kristal itu yang terletak 290 meter di bawah permukaan Bumi terjadi apabila air yang amat panas menjadi sejuk dan tepu bersama gipsum.

    Ia umpama gua yang terdapat dalam komik Superman yang dikenali sebagai Fortress of Solitude. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Poster undang-undang syariah ditampal di Britain

    Posted: 28 Jul 2011 07:00 PM PDT


    LONDON - Golongan ekstremis Islam melancarkan kempen poster untuk memaklumkan kepada orang awam mengenai kewujudan zon penguatkuasaan undang-undang Islam di serata Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

    Poster berkenaan memberitahu para pengunjung bahawa mereka memasuki zon undang-undang Islam dan dilarang melakukan aktiviti yang melanggar hukum syarak seperti meminum alkohol atau melanggan pelacur.

    "Anda memasuki zon kawalan syariah, lokasi undang-undang Islam dikuatkuasakan," menurut tulisan pada satu poster itu di sini.

    Poster berwarna kuning terang itu turut tertera amaran meminta dilarang berjudi, tidak dibenarkan mengadakan konsert, merokok dan dadah.

    Sejumlah poster berkenaan ditampal di stesen bas dan tiang lampu beberapa kawasan di sini.

    Seorang pendakwah, Anjem Choudary mengaku bertanggungjawab melancarkan kempen poster syariah itu.

    "Kami memiliki beribu-ribu orang di seluruh Britain yang sanggup meronda untuk memastikan undang-undang syariah dikuatkuasakan di zon-zon berkenaan," kata Anjem.

    "Kami memiliki antara 10,000 hingga 50,000 poster untuk diedarkan di kawasan penduduk Islam di Britain," tambahnya.

    Bagaimanapun, pihak Scotland Yard bekerjasama dengan majlis kerajaan tempatan untuk menanggalkan poster-poster itu dan mencari dalang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. - Agensi

    Pelajar jumpa kamera pengintip tersembunyi di apartment

    Posted: 28 Jul 2011 06:00 PM PDT


    TAMPA, Florida - Dua pelajar wanita dari Bulgaria terkejut apabila mendapati terdapat beberapa kamera tersembunyi yang mengintip pergerakan mereka di setiap bilik dalam apartmen mereka di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kedua-dua pelajar itu, Vanya Amokovareva, 22, dan Ralitsa Dzhambazova, 23, bertindak menghubungi polis apabila mereka mendapati terdapat kamera tersembunyi pada alat pengesan asap.

    Kamera itu juga didapati terdapat di dalam bilik mandi.

    Selama tiga bulan mereka berada di dalam apartmen tersebut, setiap pergerakan pelajar itu dirakamkan menerusi kamera berkenaan.

    Mereka menemui kamera itu pada Isnin lalu.

    "Saya tidak pernah menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku pada saya dan rakan saya," kata Dzhambazova.

    Menurutnya, mereka datang ke sini untuk menghabiskan cuti musim panas dengan bekerja di Amerika Syarikat.

    Para penyiasat kini mencari individu yang meletakkan kamera itu. - Agensi

    Pendiri Facebook Jadi Tokoh Yahudi Nombor Wahid Sejagat

    Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT


    TEMPO Interaktif, Yerusalem - Pendiri media sosial Facebook, Mark Zuckerberg, terpilih sebagai tokoh Yahudi nombor wahid sejagat dalam pemilihan tahunan "50 Tokoh Yahudi Sedunia" yang digelar oleh surat khabar the Jerusalem Post sejak tahun lalu.

    Zuckerberg berhasil mengalahkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang menempati posisi kedua. Sebelumnya, Zuckerberg juga terpilih sebagai tokoh tahun 2010 versi majalah Time.

    Populariti Zuckerberg menjulang seiring meroketnya ketenaran Facebook. Hingga pertengahan tahun ini, diperkirakan Facebook sudah memiliki 750 juta pengguna dan diduga boleh mencapai 1 billion pengguna akhir tahun ini.

    Dua artis Hollywood, Amerika Syarikat, juga masuk dalam daftar 50 besar itu, yakni Natalie Portman di posisi 38 dan Sarah Silverman di tempat ke-49. Tiga anggota Kongres, yakni Eric Cantor di nombor 13, Debbie Wasserman-Schultz di nombor 14, dan Gabrielle Giffords yang cedera serius akibat ditembak Januari lalu ada di posisi 26.

    Lima rabbi juga masuk dalam daftar terpilih, yakni di posisi 39 hingga 43, termasuk Rabbi Richard Jacobs, Presiden Persatuan bagi Yudaisme Perubahan. Dua pengusaha kakap dari Afrika Selatan, Ivan Glasenberg di posisi ke-47 dan Bertie Lubner di posisi 48. Ketua Parti Buruh Belanda Job Cohen di peringkat 46.

    Perempuan pertama Israel berpangkat jenderal, Orna Barbivai, berada di posisi ke-44. Peringkat terakhir ditempati oleh model top asal Israel, Bar Rafaeli, yang juga bekas kekasih dari aktor Leonardo Di Caprio. Padahal, ia pernah mendapat sambutan luas setelah jadi berpose dengan pakaian renang di sampul majalah Sports dua tahun lalu.

    Penjara mewah untuk pembunuh beramai-ramai Norway

    Posted: 28 Jul 2011 11:01 AM PDT

    Killing innocent people is a hard price to pay. But giving a VIP treatment for the one whose responsible for their actions is wrong. Like Anders Behring Breivik who killed 76 innocent people in Norway could be jailed in one of the most progressive prisons.





    Indahkah tubuh wanita ini?

    Posted: 28 Jul 2011 10:30 AM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Wanita bertato memang sudah biasa. Tapi bagaimana bila sekujur tubuh, dari wajah hingga kaki, dipenuhi tato?

    Mungkin hanya satu wanita yang rela sekujur tubuhnya ditato. Dia adalah Jacqui Moore (41), yang bekerja di sebuah sekolah swasta terkenal di London.

    Tato itu dibuat Jacqui sebagai perayaan perceraiannya tahun 2003 silam.

    Selama lapan tahun Jacqui menghiasi tubuhnya dengan tato. Tangan, kaki, dan sebahagian besar wajahnya tertutupi tato.

    "Aku membuat tato untuk melambangkan kebebasan dan menatap babak baru dalam hidup saya," kata Jacqui, seperti dilansir The Sun, Rabu (27/7/2011).

    Jacqui menghiasi punggungnya dengan gambar segerombolan capung dan jaring laba-laba besar yang terukir hingga perut.

    "Saya bangga dengan tubuh saya. Ini adalah karya seni. Banyak yang mengatakan tubuh saya yang dibaluti aneka gambar ini sangat indah," kata dia.(*)

    Datuk Nekad Bedah Hernia Pakai Pisau Mentega

    Posted: 28 Jul 2011 09:40 AM PDT


    TRIBUNNEWS.COM, CALIFORNIA - Seorang datuk berusia 63 tahun nekad merobek perutnya sendiri menggunakan pisau mentega yang berukuran enam inci, (24/7/2011). Datuk berasal di California, Amerika Syarikat tersebut berniat mengoperasi sendiri penyakit hernia yang dia derita.

    Rasa kecewa diduga menjadi motif perbuatan nekadnya. Sakit teramat, membuatnya berani melakukan tindakan tersebut.Spontan sang isteri terkejut ketika melihat suaminya. Kemudian isterinya segera menelefon emergency, 911.

    "Dia mengatakan suaminya mencuba untuk menghilangkan hernia. Dia frustrasi," kata Sarjan Tom Lorenz dari polis Glendale, Los Angeles Timur, seperti yang dikutip dari telegraph.co.uk.

    "Sambil menunggu kedatangan paramedik, ia melepas pisau mentega sendiri," tambahnya.

    Lelaki itu kemudian dibawa ke psikiatri, kemudian baru dibawa ke rumah setelah keadaan stabil. Atas aksi nekad tersebut, doktor setempat mengatakan, apa yang dilakukan datuk tersebut membuat keadaannya lebih buruk.

    "Benar-benar mustahil bagi seseorang untuk membedah hernianya sendiri. Jelas dia mengalami gangguan kejiwaan," kata Sam Carvajal, seorang ahli bedah di Glendale Adventist Medical Center, seperti dikutip dari surat kabar Los Angeles Times.

    Ia pun menjelaskan untuk mengoperasi hernia sebenarnya relatif mudah, biasanya untuk seorang ahli bedah cukup memakan waktu sekitar 20 sampai 30 minit.

    Jantan sial ini sanggup bunuh kekasih kerana sarapan pagi

    Posted: 28 Jul 2011 08:46 AM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang remaja lelaki yang mendapat jolokan "pyscho" memukul kepala kekasihnya hingga tewas hanya demi satu sarapan pagi. Demikian dilapor The Sun, Khamis (28/7/2011).

    Ini dimulai ketika Joshua Davies (16) mengirim SMS ke temannya dan bertanya apa yang akan ia lakukan untuknya jika ia boleh membunuh kekasihnya yang bernama Rebecca Aylward.Temannya membalas," saya akan membelikan kamu sarapan pagi".

    Davies memang mendapatkan sarapan pagi hebat dan ketika ia meninggalkan cafe, ia kemudian mengatakan," waktunya telah tiba".

    Sehari setelah mendapatkan sarapan hebat, Davies kemudian membawa kekasihnya ke hutan dan kemudian memukul kepalanya hingga tewas. "Saya berusaha mematahkan lehernya. Tapi ia berteriak dan paling mengerikan saat melihat kepalanya hancur," katanya kepada teman-temannya.

    Setelah membunuh, dia sempat menonton dengan tenang serial No Country For Old Men di rumah mak ciknya. Menurut kawan dekat Rebecca tak ada yang percaya apa yang dilakukan Joshua. "Ia sangat mencintai Josh," kata teman dekat Rebecca. Rebecca dan Joshua tinggal di Aberkenfig, Bridgend, Wales, Inggris dan mulai kenalan sejak umur 11 tahun dan bercinta pada tahun 2009.

    Salah Satu Cara Terbodoh Membuang Bukti Kesalahan

    Posted: 28 Jul 2011 07:47 AM PDT


    Polis di Buffalo, New York telah menangkap seorang pengguna ganja yang berusaha menghapus bukti kejahatan dengan melempar ganja miliknya ke kereta polis.

    Sean Schmidt, 20, didapati sedang berdiri di di dalam kereta dengan sunroof terbuka ketika kereta tersebut sedang melintas di Interstate 190 Isnin tengah malam kelmarin waktu setempat.

    Polis yang sedang meronda pun membunyikan siren untuk meminta kereta yang ditumpanginya berhenti ke pinggir jalan.

    Berusaha menghilangkan benda terlarang yang sedang dia bawa, pemuda itu melempar sekantong kecil beg plastik berisi ganja ke luar kereta. Sialnya, benda tersebut malah mendarat di atas kereta peronda polis.

    Polis menyatakan bahawa Schmidt dijatuhi hukuman kerana terbukti memiliki ganja dan tidak mengenakan talipingggang keledar.[idbite.com]

    Inilah kisah cinta remaja terbodoh minggu ini

    Posted: 28 Jul 2011 06:45 AM PDT


    Inilah kisah cinta dua orang remaja yang mencintai seorang lelaki yang sama. Bukannya berakhir dramatik atau romantik tetapi kejadian yang mereka alami malah menjadi salah satu kisah cinta terbodoh yang dapat kita nikmati di akhir minggu ini.

    Zhang Feng, 14 tahun dan Jiang Yun 16 tahun adalah dua gadis remaja dari kota Guangan, daerah Sichuan, China. Mereka baru saja menyelesaikan ujian dan sedang menikmati masa cuti sekolah.

    Pada hari Khamis, kedua gadis ini tanpa sengaja bertemu di tepi sebuah sungai. Mereka pun bercakap.

    Ketika itu pula, seorang remaja lelaki yang juga merupakan teman sekelas pujaan mereka, Li Xiongzheng muncul.

    Kedua gadis ini langsung memanggil Li dan memintanya memilih antara mereka berdua. Remaja lelaki itu hanya diam, kerana tidak tahu apa yang harus ia katakan.

    Sebuah idea lalu terkeluar di fikiran Zhang Feng. Ia menawarkan bagaimana apabila mereka berdua melompat ke sungai secara bersamaan dan melihat siapa yang akan diselamatkan oleh Li.

    Jiang Yun berfikir sejenak dan akhirnya setuju. Tak berapa lama, mereka lalu melompat bersamaan ke sungai Lingxi.

    Orang-orang disekitar dan dua orang polis, melihat ada dua orang gadis bersusah payah menyelamatkan diri mereka dari aliran sungai itu. Untungnya, mereka boleh diselamatkan.

    Li, yang diharapkan akan menyelamatkan salah satu dari mereka malah lari kerana ketakutan.

    Menyedari kesalahan yang mereka perbuat, kedua gadis itu kemudian meminta maaf dan berjanji ke polii untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.[idbite.com]

    Flat Daddy , Flat Mummy cardboard sebagai penganti ayah dan ibu yang pergi berperang

    Posted: 28 Jul 2011 05:25 AM PDT


    Flat Daddy dan Flat Mummy mula dikeluarkan pada tahun 2006 bagi memastikan anak kecil askar Amerika yang bertugas tidak akan mengalami ganggian psikologi akibat terlalu kerap berjauhan dengan bapa atau ibu mereka.

    Bestnya..bila lagu kanak-kanak di Acapellakan

    Posted: 28 Jul 2011 04:40 AM PDT

    JOM KITA LAYAN.....

    Hebat..134 hari selepas gempa di New Zealand Shaggy masih hidup

    Posted: 28 Jul 2011 03:52 AM PDT


    CHRISTCURCH - Gempa hebat yang menewaskan 181 orang di New Zealand ternyata menyisakan korban selamat, dua ekor ikan emas, yang bertahan selama 134 hari tanpa makanan.

    Ikan emas bernama Shaggy dan Daphne ini terperangkap di dalam tangki selama hampir empat setengah bulan atau 134 hari tanpa ada seorang pun yang membantunya memberikan makanan Hingga akhirnya kedua ikan ini ditemukan dan diselamatkan.

    Beruntung kedua ikan tersebut tinggal di dalam tanki besar yang akhirnya menghasilkan ganggang dan lumut untuk persediaan makan mereka.

    "Ini merupakan cerita yang menakjuban. Saya tidak menduga bahawa ikan ini boleh hidup selama empat bulan," ujar Paul Clarkson, kurator Monterey Bay Aquarium di California seperti dilansir Telegraph, Rabu (28/7/2011).

    Sebelumnya diketahui di dalam tangki tersebut terdapat enam ikan emas, namun tiga ekor lainnya tidak diketahui keberadaannya, sementara satu ekor lagi sudah mengambang di permukaan air.
    (rhs)

    Wow..ada kedai yang boleh buat patung serupa wajah sendiri

    Posted: 28 Jul 2011 02:00 AM PDT

    Seorang blogger ternama Jepun, Danny Choo, akan membawa kita ke sebuah tempat di Akihabara yang membuat boneka unik dan lucu yang lain daripada yang lain. Mengapa kita katakan unik? Kerana kedai tersebut dapat membuat boneka yang memiliki wajah serupa denagnmu!











    Gila..guru besar dan guru hisap syabu disekolah

    Posted: 28 Jul 2011 01:00 AM PDT


    CHARLESTON – Sebuah sekolah kejuruan di West Virginia, Amerika Syarikat, ditutup hingga waktu yang tidak ditentukan. Penutupan dilakukan kerana ditemukan syabu-syabu di gedung sekolah. Ini merupakan dari penyelidikan atas guru besar dan guru yang ketahuan menghisap syabu.

    Ketua polis Negara Bagian West Virginia Andy Perdue menyatakan, ubat-ubatan terlarang ini ditemukan di saluran air, pejabat guru besar, lorong-lorong, dan bilik mandi di beberapa bahagian sekolah. Perdue menambahkan, seorang guru mengaku menghisap syabu bersama gurubesar dipejabatnyadik.Akibatnya, guru bernama Jack Turley tersebut menghadapi tuntutan pembuatan pabrik sabu dan pengadaan Sudafed (ubat yang mengandung pseudoephedrine, bahan kimia untuk membuat sabu). Sementara guru besar Keith Phipps menghadapi tuntutan pembelian Sudafed di atas batas. Demikian seperti dikutip dari AP, Rabu (27/7/2011).


    Meski melakukan aksi ilegal di lingkungan sekolah, polis tidak menemukan bukti bahawa sekolah itu digunakan sebagai makmal syabu. Namun, hingga kini, penasihat hukum kedua tersangka tidak mahu memberikan komen.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Bapa bunuh anak perempuannya satu persatu kerana berpacaran

    Posted: 28 Jul 2011 12:00 AM PDT

    FAISALABAD - Seorang lelaki membunuh enam orang puterinya kerana dua di antara mereka ditangkap berpacaran dengan seorang pemuda, yang tak lain adalah tetangganya.

    Arif Mubashir memanggil puteri-puterinya yang masih remaja ke biliknya dan menembaknya satu per satu di depan ibunya.

    Setelah Mubashir menembak keenam puterinya, istrinya Musarrat menelefon polis dan melaporkan kes tersebut. Demikian seperti diberitakan ANI, Rabu (27/7/2011).

    Mubashir menembak puterinya setelah mendengar laporan dari puteranya yang menyatakan bahawa dua saudarinya berpacaran. Menurut laporan, puteri Mubashir, Sameena yang berusia 14 tahun dan Razia 16 tahun, berpacaran dengan seorang pelajar yang merupakan tetangganya.

    Dilaporkan pula bahawa puteri-puterinya yang lain membela Sameena dan Razia. Mubashir akhirnya ditahan atas tindakannya yang menghilangkan nyawa darah dagingnya sendiri.(rhs)

    Mati yang diakibatkan ketawa

    Posted: 27 Jul 2011 11:00 PM PDT


    1. Zeuxis, pelukis Yunani, mentertawa lukisan wanita yang baru saja ia selesaikan. Kemudian kerana tertawa terlalu berlebihan, akhirnya ia sesak nafas dan mati pada akhirnya.

    2. Konon, komedian Yunani, Philemon, mati kerana mentertawakan lawaknya sendiri.

    3. Chrisyppus, seorang filsuf Yunani, mati kerana tertawa pada saat melihat keldai sedang makan buah ara.

    4. Mendengar cerita dari saudara perempuannya, penulis dari Itali, Pietro Aretino, tertawa hingga terjatuh dari kerusinya kemudian dia kejang lalu mati.

    5. Pengarang eksentrik asal Scotland Thomas Urquhart, mati ketika mentertawakan perbaikan singgasana raja Charles II.

    6. Malam bulan April 1872. Nyonya Fitzherbert, bersama teman-temannya yang berasal dari Northamptonshire pergi ke Drury Lane Theatre untuk menonton Beggar's Opera. Ketika seorang karakter bernama Polly melakukan adegan konyol, Nyonya Fitzherbert tertawa begitu keras hingga tidak boleh berhenti dan terpaksa dikeluarkan dari ruang theatre. Satu minggu setelah malam itu, Nyonya Fitzherebert dikhabarkan mati kerana terserang histeria berkelanjutan.

    7. 24 Maret 1975. Alex Mitchell mati tertawa saat menonton tayangan TV komedi The Goodies. Pada episode itu, muncul karakter yang berdandan khas orang Scotland dan bermain kungfu. Setelah 25 minit tertawa, Alex berhenti tertawa, kemudian melurut di sofa terkena serangan jantung. Isterinya yang mengetahui hal tersebut, mengirimkan surat pada Goodies kerana telah membuat suaminya mati dalam kebahagiaan.

    8. Ole Bentzen, audiolog asal Denmark mati tertawa kerana menertawakan filem "A Fish Called Wanda". Saat tertawa, dengup jantungnya meningkat hingga 300 degupan per minit.

    Gila..pemandu bas tak sedar tayar belakang bas hilang ,terus memandu dengan laju

    Posted: 27 Jul 2011 10:00 PM PDT


    Pemandu bas yang satu ini memang pelik, mengira suspensi basnya rosak kerana terkena lubang di jalanan, ia terus melajukan kendaraannya hingga seorang penumpang yang panik membunyikan bell dan memberitahunya bahawa roda belakang bas itu sudah hilang.


    Shi, segera memberhentikan basnya yang sudah mengeluarkan percikan api di atas jalanraya. Dan bukan hanya dirinya yang kurang beruntung saat itu, kerana bas yang tiba-tiba berhenti di jalanan yang padat itu memaksa kendaraan pemandu lain untuk diam di tempat. Jalanan sesak teruk .

    Polis yang sampai di lokasi kejadian terkejut dengan apa yang mereka lihat. Dan mereka menemukan kedua tayar yang hilang berada di lokasi cukup jauh dari jarak bus tersebut berhenti.


    sumber: metro.co.uk

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS