Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Penjenayah dikehendaki sanggup serah diri demi bergambar dengan Saiful Apek

Posted: 27 Nov 2012 08:29 AM PST

Haha,sungguh pelik tetapi benar...pengaruh Apek sungguh kuat sehinga peminat sanggup mengaku dirinya penyamun dan ingin bergambar dengan Saiful Apek.

Bukit Mertajam: Seorang penjenayah sanggup menyerah diri kepada polis selepas teruja ditahan pelawak dan pelakon, Saiful Apek, yang mengedarkan risalah cegah jenayah dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, di sini. 

Lelaki berusia berusia dalam lingkungan 20-an yang menunggang motosikal itu mengakui dia dikehendaki polis selepas ditahan Saiful Apek atau nama penuhnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, kira-kira jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu. 



Sejurus membuat pengakuan itu, suspek turun daripada kenderaannya sebelum meminta izin bergambar bersama Saiful Apek. 


Pemeriksaan polis kemudian mengesahkan suspek dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam kes samun. 

Saiful Apek berkata, dia pada mulanya hanya memberikan risalah kepada lelaki terbabit dan terkejut apabila lelaki itu memberitahu mempunyai rekod dikehendaki pihak polis dan rela ditahan asalkan dapat bergambar. 

Dia segera memberhentikan motosikalnya di bahu jalan sebelum menyerahkan kad pengenalan kepada polis dan meminta izin bergambar dengan saya sebelum ditahan. 

Saya terkejut dengan kejujuran lelaki itu dan tidak mampu berkata apa-apa melainkan menuruti hasratnya untuk bergambar sementara polis membuat pemeriksaan lanjut, katanya ketika menyertai Ops Bayan Pasukan Gerakan Am (PGA) Pulau Pinang di Jalan Permatang Tinggi, di sini, kelmarin. 
Saiful Apek berkata, pembabitan artis dalam aktiviti sebegini satu langkah bijak kerana mereka mempunyai peminat pelbagai lapisan masyarakat, selain dapat memberikan pendedahan sebenar mengenai tugas polis kepada artis. 

Saya yakin apabila kami mengedarkan risalah yang bertanda tangan, orang ramai tidak sekadar membaca risalah itu malah menyimpan sebagai kenangan, katanya.

Gambar Selebriti sekitar Sidang Media ABPBH 2012

Posted: 27 Nov 2012 08:29 AM PST

KilafairyPengundian untuk finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) sudah pun bermula selepas pengumuman pencalonan awal diadakan di Holiday Villa Hotel & Suite, Subang Jaya baru-baru ini.

Pengumuman telah dibuat oleh Shamsul Azree Samshir, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012 merangkap Pengarah Hiburan Berita Harian.

Bertemakan Ledakan Geometri, acara gilang-gemilang kali ini bertukar lokasi apabila ia bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 7 April 2013.

Ramai selebriti tempatan popular turut menghadiri ketika sidang media pengumuman diadakan baru-baru ini.

Fizz Fairuz

Wawa Zainal

Zalif Sidek

Asmidar

Fasha Sandha

Emma Maembong

Ini dia kekasih hati penyanyi Awi Rafael, Hanez Suraya.

Hanez Suraya

Didie Alias (kanan) bersama Along Cham ketika sidang media
pengumuman pencalonan awal ABPBH 2012.

Antara selebriti yang hadir ketika sidang media pengumuman
pencalonan awal ABPBH 2012.

Zizan Razak

Aliff Aziz

Forteen

Abby bakal berkahwin?

Posted: 27 Nov 2012 08:16 AM PST

Abby dikatakan kembali cuba mencuri perhatian ramai apabila memberi hint yang dirinya sudah mempunyai kekasih dan bakal berkahwin??

Kalau betul,baguslah tue...tunggu je pengumuman dari Abby nanti..tapi mungkin jugak sebenarnye Abby carikan bunga untuk oang lain yang nak bernikah?aha..pape je lah Abby..


"Mencari apa yang patut untuk...Jeng! Jeng! Jeng! Huhu...Yang penting yang wajib di dahulukan, kan? Couple2 banyak dosa, kahwin semua buat dapat pahala kan? So apa lagi! Hehe 3 #JomNIKAH ;D" 




" Cenggg! Cenggg! Tajuk Album: Takdir Penentu Segalanya..."

Gambar Selebriti di Majlis EH! 20 yang Anggun dan Disenangi

Posted: 27 Nov 2012 08:07 AM PST

eh

eh

eh

eh
eh
eh
eh
eh
eh
eh
eh
eh
eh
eh
eh
eh

Gambar perkahwinan anak lelaki Datuk K dan Anak perempuan Datuk Seri Hishamudin

Posted: 27 Nov 2012 07:53 AM PST

Dalam diam rupanya anak Datuk K dan anak gadis Datuk Hishamudin bercinta seasa sama-sama belajar di Australia.

Kini Sudah berkahwin,dan dinikahkan sendiri oleh bapanya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Perkahwinan Anas Zawawi dan Allysa bakal dilangsungkan di KLCC.




Aziz Satar dan Isteri rujuk semula selepas 9 bulan bercerai

Posted: 27 Nov 2012 07:46 AM PST

Rupanya pelakon Vateran yang terkenal di Zaman P.Ramlee iaitu Aziz Satar dah bercerai dengan isterinya 9 bulan yang lepas.Namun perceraian mereka tidak digembar gemburkan..

Menurut Aziz Satar,dia telah menceraikan isterinya 3 Mac Lalu dpada pukul 6.30 pm 

 Pada masa itu, fikiran dan perasaan saya tidak tenang kerana berlaku perselisihan faham yang kecil antara kami. Lagipun pada masa itu saya penat dan baru pulang dari Kuantan, Pahang pada sebelah tengah hari. Apabila berlaku perselisihan faham, tiba tiba terkeluar lafaz "I cerai you talak satu". 

 Selepas lafaz cerai dilakukan, Aziz Satar ingin segera rujuk kembali dengan isterinya. Sayangnya oleh kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan dimasukkan ke Hospital Ampang, perkara tersebut telah tertangguh. Apa pun, Aziz Satar kini telah beransur sihat dan sedang dalam usaha untuk memujuk isterinya agar rujuk kembali.


Ye lah,sebenarnye dulu Sensasi perasan jugak,Aziz Satar nie bila dia bergurau ,"mengutuk" siterinya depan-depan..Sensasi rasa macam tak patut la..Isterinya cuma mampu tersengih je mendengar gurauan kasar Aziz..Masa tue Sensasi tengok dalam beberapa rancangan yang menampilkan Aziz Satar dan Isterinya,dan beberapa kali jugak Aziz bergurau dengan cara memperlekehkan isterinya..contoh,masakan dia tak sedap sambil gelak-gelak..dan adalah yang lain2...Kadang-kadang bila bergurau tak sedar mengguris..Sensasi yang terguris mendengarnye..

Apepun,alhamdulillah,nak rujuk balik.kata orang buang yang keruh ambik yang jenrih..




Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan dalam masa terdekat.
Seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu menegaskan, beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.
Sehubungan itu beliau meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu tersebut kerana perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam garam rumah tangga.
"Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.
"Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi," katanya ketika dihubungi 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Selebriti di Malam Gala Filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina

Posted: 27 Nov 2012 10:20 AM PST

Selebriti di

Pada jam 8 malam, hari Isnin lalu (27 November 2012) lalu, telah berlangsung Malam Gala Filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina.

Ramai juga peminat yang sudi membeli tiket di mana mereka dapat menonton bersama selebriti.

Harga tiket mahal la sikit, tapi tak kisahlah sekali sekala kan?

Antara pelakon filem ini yang hadir ialah Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae dan ramai lagi. Diana Danielle juga hadir menemani suaminya yang juga menerajui watak Kasyah dalam filem ini. Budiey percaya ramai media sedang mengejar dan mencari Diana Danielle untuk menemubual beliau sejak berita gembira beliau hamil setalah 16 hari berkahwin dengan Farid Kamil.

Selain itu, Budiey telah pun menerima jemputan untuk ke Majlis Resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle yang akan diadakan di Putrajaya pada hari Sabtu ini.

Anda sudah menonton filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina? Apa pendapat anda? Sila lontarkan pendapat anda di ruangan komen ya?

Gambar kredit buat pemilik lensa Mistahery. Tq Hery!

Farid Kamil Maya Karin

Farid Kamil Maya Karin

Farid Kamil Maya Karin

Farid Kamil Maya Karin

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , ,

Siti Nurhaliza Mahu Kumpul RM100Ribu Bantu Kanak-Kanak Sakit Jantung

Posted: 27 Nov 2012 09:29 AM PST

Selepas kejayaan menerusi kempen mengumpulkan dana melalui jualan produk SimplySiti bagi membantu dua kanak-kanak yang mengalami jantung yang dilaksanakan pada 15 Disember 2011 sehingga 15 Januari 2012, kini kempen Simplysiti Di Hati 2012 kembali.

Penyanyi nombor satu negara ini sekali lagi bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) dan kali ini dengan misi yang lebih besar, membantu tiga kanak-kanak iaitu adik Huang Si Han, 9, Muhammad Lukman Yusri, 11, dan Sharadha A/P Ganesan, 10, yang mana mereka bertiga mengalami masalah jantung dan memerlukan pembedahan segera.

SimplySiti Siti Nurhaliza

'Alhamdulillah pada kempen yang lepas kita mensasarkan RM35,000 dan kita telah berjaya mengumpulkan lebih iaitu sebanyak RM65,000.

Kali ini, pembedahan untuk setiap kanak-kanak ini menelan kos sekurang-kurangnya RM30,000 seorang. Jadi misi kali ini kita mensasarkan sebanyak RM100,000 bagi membantu mereka."

Siti ditemui di sidang media Kempen SimplySiti Di Hati 2012 bertempat di Hotel Berjaya Time Square, petang semalan.

Kempen ini telah bermula sejak 15 November lalu dan berterusan sehingga 15 Februari 2013.

Dato' Siti akan mula turun padang dan menjelajah ke 11 lokasi outlet Watson terpilih seluruh Semenanjung Malaysia mulai 30 November ini. Lokasi pertama beliau ialah di Watson Semua House.

Kemudian Dato' Siti Nurhaliza akan mengembara ke Watsons Alamanda dan SACC Mall pada 2 Disember, Watsons Watex Parade Muar dan Watsons AEON Bandaraya Melaka pada 28 Disember, Watsons Kompleks Star Parade Alor Setar serta Aman Jaya Sg Petani pada 29 Disember, Watsons Dungun dan Kuala Terengganu pada 26 Januari 2013 dan akhirnya di Watsons AEON Bukit Raja dan Alpha Angle pada 27 Januari 2013. Pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik di setiap lokasi.

Menarik, sama seperti kempen lalu Dato' Siti akan berada selama 2 jam di setiap lokasi dan menyaksikan beliau bertindak sebagai jurujual dan perunding kecantikan di kaunter-kaunter SimplySiti. Selain itu beliau turut mempunyai misi untuk menjemput dan memanggil seramai mungkin penyokong dan menjadi sebahagian dari kempen Simplysiti 2012. Dengan setiap pembelian, pelanggan bukan saja menderma malah berpeluang memenangi tiket-tiket penerbangan serta hadia hebat lain.

"Sambil berkempen, ini juga peluang saya untuk lebih dekat lagi dengan para peminat. Macam kempen yang lalu, saya turun padang dan menjadi sebagai jurujual di samping memberikan tips-tips kecantikan kepada para pelanggan.

"Dalam satu hari saya akan berada di dua lokasi. Setiap lokasi selama 2 jam. Di setiap lokasi juga saya perlu laksanakan misi mengumpulkan dana berdasar sasaran yang telah ditetapkan.

'Mungkin ramai yang tak tahu, selama saya jalankan kempen ni saya banyak berada dalam menjelajah dari satu lokasi ke satu lokasi. Kerana satu hari saya akan berada di dua negeri. Saya cukup berbesar hati dapat menjalankan kempen ni dan ia memberi satu kepuasan yang berbeza kepada saya", ujarnya.

SimplySiti juga menjemput para pengguna untuk turut bersama Dato' Siti dalam misi beliau untuk kempen ini. Dengan setiap belian RM150 sebanyak RM10 akan di derma untuk membiayai pembedahan jantung kanak-kanak tersebut. Maklumat lanjut, layari web rasmi www.simplysiti.com.my.

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

Facebook Komen

Facebook Komen

No tags for this post.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS