Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Selebriti di Malam Gala Filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina

Posted: 27 Nov 2012 10:20 AM PST

Selebriti di

Pada jam 8 malam, hari Isnin lalu (27 November 2012) lalu, telah berlangsung Malam Gala Filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina.

Ramai juga peminat yang sudi membeli tiket di mana mereka dapat menonton bersama selebriti.

Harga tiket mahal la sikit, tapi tak kisahlah sekali sekala kan?

Antara pelakon filem ini yang hadir ialah Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae dan ramai lagi. Diana Danielle juga hadir menemani suaminya yang juga menerajui watak Kasyah dalam filem ini. Budiey percaya ramai media sedang mengejar dan mencari Diana Danielle untuk menemubual beliau sejak berita gembira beliau hamil setalah 16 hari berkahwin dengan Farid Kamil.

Selain itu, Budiey telah pun menerima jemputan untuk ke Majlis Resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle yang akan diadakan di Putrajaya pada hari Sabtu ini.

Anda sudah menonton filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina? Apa pendapat anda? Sila lontarkan pendapat anda di ruangan komen ya?

Gambar kredit buat pemilik lensa Mistahery. Tq Hery!

Farid Kamil Maya Karin

Farid Kamil Maya Karin

Farid Kamil Maya Karin

Farid Kamil Maya Karin

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , ,

Siti Nurhaliza Mahu Kumpul RM100Ribu Bantu Kanak-Kanak Sakit Jantung

Posted: 27 Nov 2012 09:29 AM PST

Selepas kejayaan menerusi kempen mengumpulkan dana melalui jualan produk SimplySiti bagi membantu dua kanak-kanak yang mengalami jantung yang dilaksanakan pada 15 Disember 2011 sehingga 15 Januari 2012, kini kempen Simplysiti Di Hati 2012 kembali.

Penyanyi nombor satu negara ini sekali lagi bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) dan kali ini dengan misi yang lebih besar, membantu tiga kanak-kanak iaitu adik Huang Si Han, 9, Muhammad Lukman Yusri, 11, dan Sharadha A/P Ganesan, 10, yang mana mereka bertiga mengalami masalah jantung dan memerlukan pembedahan segera.

SimplySiti Siti Nurhaliza

'Alhamdulillah pada kempen yang lepas kita mensasarkan RM35,000 dan kita telah berjaya mengumpulkan lebih iaitu sebanyak RM65,000.

Kali ini, pembedahan untuk setiap kanak-kanak ini menelan kos sekurang-kurangnya RM30,000 seorang. Jadi misi kali ini kita mensasarkan sebanyak RM100,000 bagi membantu mereka."

Siti ditemui di sidang media Kempen SimplySiti Di Hati 2012 bertempat di Hotel Berjaya Time Square, petang semalan.

Kempen ini telah bermula sejak 15 November lalu dan berterusan sehingga 15 Februari 2013.

Dato' Siti akan mula turun padang dan menjelajah ke 11 lokasi outlet Watson terpilih seluruh Semenanjung Malaysia mulai 30 November ini. Lokasi pertama beliau ialah di Watson Semua House.

Kemudian Dato' Siti Nurhaliza akan mengembara ke Watsons Alamanda dan SACC Mall pada 2 Disember, Watsons Watex Parade Muar dan Watsons AEON Bandaraya Melaka pada 28 Disember, Watsons Kompleks Star Parade Alor Setar serta Aman Jaya Sg Petani pada 29 Disember, Watsons Dungun dan Kuala Terengganu pada 26 Januari 2013 dan akhirnya di Watsons AEON Bukit Raja dan Alpha Angle pada 27 Januari 2013. Pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik di setiap lokasi.

Menarik, sama seperti kempen lalu Dato' Siti akan berada selama 2 jam di setiap lokasi dan menyaksikan beliau bertindak sebagai jurujual dan perunding kecantikan di kaunter-kaunter SimplySiti. Selain itu beliau turut mempunyai misi untuk menjemput dan memanggil seramai mungkin penyokong dan menjadi sebahagian dari kempen Simplysiti 2012. Dengan setiap pembelian, pelanggan bukan saja menderma malah berpeluang memenangi tiket-tiket penerbangan serta hadia hebat lain.

"Sambil berkempen, ini juga peluang saya untuk lebih dekat lagi dengan para peminat. Macam kempen yang lalu, saya turun padang dan menjadi sebagai jurujual di samping memberikan tips-tips kecantikan kepada para pelanggan.

"Dalam satu hari saya akan berada di dua lokasi. Setiap lokasi selama 2 jam. Di setiap lokasi juga saya perlu laksanakan misi mengumpulkan dana berdasar sasaran yang telah ditetapkan.

'Mungkin ramai yang tak tahu, selama saya jalankan kempen ni saya banyak berada dalam menjelajah dari satu lokasi ke satu lokasi. Kerana satu hari saya akan berada di dua negeri. Saya cukup berbesar hati dapat menjalankan kempen ni dan ia memberi satu kepuasan yang berbeza kepada saya", ujarnya.

SimplySiti juga menjemput para pengguna untuk turut bersama Dato' Siti dalam misi beliau untuk kempen ini. Dengan setiap belian RM150 sebanyak RM10 akan di derma untuk membiayai pembedahan jantung kanak-kanak tersebut. Maklumat lanjut, layari web rasmi www.simplysiti.com.my.

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

SimplySiti Siti Nurhaliza

Facebook Komen

Facebook Komen

No tags for this post.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan