Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Miera ganti Lisa

Posted: 26 Nov 2012 11:39 PM PST

Bakat muda cuba serapi jiwa Tun Dr Siti Hasmah untuk persembahan khas bermula esok

Pementasan semula teater Tun Siti Hasmah sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 bakal menguji keupayaan pelakon, Miera Liyana.

Ini berikutan pengarah teater ini, Erma Fatima memilih Miera untuk menggantikan Lisa Surihani menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika muda.
Bagi Miera, ini satu peluang keemasan yang mungkin datang sekali seumur hidup," Miera Liyana, Pelakon

Teater itu yang akan dipentaskan semula di Istana Budaya mulai esok hingga Isnin depan, cukup dinantikan Miera yang tampil menyahut cabaran Erma sekalipun perlu menjiwai watak dan semangat Dr Siti Hasmah dalam tempoh singkat.

"Bagi Miera, ini satu peluang keemasan yang mungkin datang sekali seumur hidup. Sebagai pelakon baru yang mahu mencuba pelbagai perkara, cabang seni teater ini juga semestinya diidami ramai pelakon.

"Tawaran sulung ini diberi Kak Erma. Miera hanya ada dua hari untuk berlatih. Memang ia terlalu berisiko. Miera sudah beritahu Kak Erma tak mampu untuk berjanji memberi yang terbaik. Tetapi beliau sendiri mengambil risiko besar dengan menawarkan peluang ini.

"Kak Erma percayakan Miera. Miera harus positif dan cuba memberikan yang terbaik. Sampai bila Miera perlu berada dalam ketakutan. Miera perlu membuktikannya atas kepercayaan yang diberi. Insya-Allah, doakan yang terbaik untuk Miera," katanya ketika dihubungi HIP.
Lisa Surihani tidak dapat menyertai krew lain bagi projek pementasan semula Teater Tun Siti Hasmah kerana terikat dengan komitmen lain serta sudah merancang percutian lebih awal.

Bagi pementasan semula ini, Miera bagaimanapun hanya akan melakonkan watak Dr Siti Hasmah ketika muda selama tiga hari, manakala selebihnya masih digalas Lisa Surihani.

Tonton sambil derma untuk Gaza

Isu pengganti Lisa Surihani disuarakan Erma dalam kolum Sekadar Tanya, BiPop, Ahad lalu di mana beberapa nama seperti Erra Fazira, Tiz Zaqyah, Nora Danish dan Ummi Nazeera turut ditawarkan watak Dr Siti Hasmah ketika muda.

Teater terbitan World Islamic Network Television Sdn Bhd yang diterajui Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan disokong isterinya, Datin Paduka Umie Aida masih mengekalkan barisan pelakon sama antaranya Eja, Esma Daniel dan Nazim Othman.

Bagi persembahan matinee jam 3 petang, Sabtu ini, World Islamic Network Television Sdn Bhd akan menyumbang sepenuhnya kutipan jualan tiket bagi membantu umat Islam di Palestin.

Untuk urusan tiket, hubungi Box-Office (03- 40265558) atau layari www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my. Lokasi pementasan masih sama di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Pilih lima artis

Posted: 26 Nov 2012 11:26 PM PST

Sekali lagi, Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012) memberi kuasa kepada peminat untuk menentukan calon yang layak bersaing hingga peringkat Top 5 anugerah berprestij ini.

Caranya mudah, dapatkan borang pencalonan awal yang diterbitkan akhbar ini setiap hari mulai 22 Disember lalu dan tanda lima artis pilihan bagi setiap kategori. Lengkapkan maklumat diminta dan hantar segera kepada penganjur. Terbukti, kuasa ada di tangan anda untuk memastikan artis pujaan menjadi calon akhir di pentas ABPBH 2012.

Dalam hal ini, sudah tentu peminat harus membuat pilihan bijak bagi mengenal pasti artis yang layak bersaing. Harus diingat, pertimbangan adil perlu diberi mengikut bakat, produk atau karya yang dihasilkan artis.

Namun, peminat juga boleh melihat faktor sampingan seperti isu atau kontroversi yang tidak dinafikan melonjak nama artis di persada seni.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir, berkata mekanisme sama diguna pakai penganjur yang mengkehendaki peminat memilih lima artis dalam setiap kategori pada peringkat pencalonan awal.

"Sejak borang pencalonan awal ABPBH disiarkan BH, kita melihat peminat makin teruja memilih calon artis dalam setiap kategori dipertandingkan.

"Diakui takat penerimaan peminat terhadap artis sukar diukur. Ini kerana ia dipengaruhi banyak faktor selain bakat, produk atau isu dan kontroversi yang melanda.
"Namun, kita yakin peminat sekarang semakin bijak memilih artis yang layak dianugerahkan trofi ABPBH," katanya.

Bagi peringkat pencalonan awal, borang penyertaan tunggal mengandungi 15 kategori dalam dipertandingkan dalam ABPBH 2012 disiarkan BH sejak 22 November lalu hingga 26 Disember depan.

Peminat hanya perlu memilih lima calon yang difikirkan dengan borang penyertaan lengkap dan paling banyak diterima akan dikira sebagai pemenang.

Pada peringkat awal pencalonan, penganjur menawarkan hadiah 25 Ipod Touch dan 38 Samsung Tab 2 7.1 kepada pemenang bertuah.

Interaksi melalui Facebok ABPBH

Shamshul Azree berkata, peminat boleh berinteraksi dengan penganjur ABPBH 2012 melalui laman sosial Facebook Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang merekodkan kunjungan tinggi saban hari sejak ABPBH 2012 dilancarkan, minggu lalu.

"Mungkin ada yang tidak tahu kewujudan laman sosial ini. Sebenarnya, sejak minggu lalu kita sudah berinteraksi dengan peminat dengan berkongsi pandangan mereka berhubung pencalonan dan pelbagai perkara lain.

"Peminat boleh berkongsi apa saja maklumat bersama kami kerana akhirnya, mereka jugalah yang menjadi penentu kejayaan ABPBH 2012," katanya sambil menambah lebih 80,000 'like' dicatatkan dalam laman sosial itu sehingga kini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan