Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Dynas Mohktar di Karnival Karangkraf 2012

Posted: 28 Jan 2012 10:13 PM PST

Semalam, hari Sabtu, Budiey sempat singgah ke Karnival Karangkraf 2012 yang diadakan di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Memang lokasi ini diserbu oleh ramai orang. Tak hairanlah, susah betul Budiey nak cari tempat untuk parking kereta. Namun, ia tak jadi alasan kerana sekali sekala je kan. Tambah lagi, inilah pertama kali Budiey menjejakkan kaki di Karangkraf. Padahal, ramai betul kawan-kawan media yang bekerja kat sini.

Sedang melilau-lilau tengok apa yang ada kat sana, Budiey bersua dengan pelakon, model dan usahawan berjaya, Dynas Mokhtar. Oh, lihat pada perut Dynas dah membonyot tu, rupanya Dynas dah mengandung anak ke-2. Good luck Dynas ya. Tak lama lagi puteri sulungnya, Khyra Khalyssa dah ada adik baru la ya.

Dynas Mokhtar hadir untuk mempromosikan butiknya yang berkonsepkan penyusuan susu ibu iaitu Dynas Nursing Attire (DNA) yang terletak di pusat membeli belah The Curve.

Beralih kepada butik yang baru beroperasi itu, pemenang kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 dan 2008 ini begitu teruja apabila butik yang diusahakannya itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Maklum balas itu, katanya, menunjukkan wanita kini begitu prihatin untuk menyusukan bayi mereka.

Dynas menggayakan busana baju yang ada di Dynas Nursing Attire (DNA).

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mesranya Ixara Dewi Remaja dengan Adam
  • Gambar Dynas Mokhtar di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Gambar Dynas Mokhtar di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire
  • Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah
  • Gambar Sari Yanti & Anak di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire
  • Jamal Abdillah Mahu Jumpa Peminat
  • Gambar Atilia di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire
  • Gambar Shahz Jaszle di Karnival Tari Tirana
  • Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro
  • Gambar Diana Danielle di Karnival Jomheboh TV3 Bukit Jalil
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Video Music Astaghfirullah Hafiz Hamidun

    Posted: 28 Jan 2012 09:59 PM PST

    Sempena Hari Maulidur Rasul yang akan mendatang ini, Budiey ingin berkongsi sebuah music video terbaru Hafiz Hamidun dari album Zikir Terapi Diri.

    Setelah 4 minggu album Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun berada di pasaran, kini beliau tampil dengan sebuah lagi klip video dari album tersebut iaitu zikir Astaghfirullah. Klip video ini dirakamkan di sekitar KLCC Kuala Lumpur, disampaikan dengan cara yang 'sempoi' dan bersahaja, sesuai dengan pendekatan berzikir walau di mana sahaja. Ini adalah salah satu usaha dari pihak Hafiz Hamidun dan syarikat rakaman Arteffects International untuk menonjolkan keindahan kota Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia yang dicintai.

    Sehingga kini album Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun telah pun berada di pasaran di seluruh negara, khususnya di kedai-kedai buku agama dan kedai-kedai CD utama. Sebanyak 11 ribu unit telah pun dicetak dan dijual dan angka ini memberi petunjuk bahawa industri muzik tanah air kini mula menunjukkan kesan positif terhadap sambutan pembeli, terutamanya dari segi jualan album secara fizikal.

    Bermula bulan Februari ini juga klip-klip video dari album Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun juga akan mula disiarkan di Astro Oasis, serta boleh juga didapatkan dalam bentuk DVD tidak lama lagi. Sebarang makluman lanjut boleh diikuti terus di twitter Hafiz Hamidun @HAFIZHAMIDUN dan di facebook page Hafiz Hamidun www.facebook.com/hafizhamidunfanpage

    Selamat menghayati alunan Zikir Terapi Diri – Astaghfirullah sempena sambutan Hari Wilayah dan Maulidur Rasul yang bakal menjelang.

    Link video: http://youtu.be/9NcS_2Io9t4

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lirik Lagu Raya Duet Hafiz Hamidun dan Haziq Mentari Syawal
  • Album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun
  • Gambar Hafiz Hamidun @ Anugerah Juara Lagu 23
  • Hafiz Lancar Album Baru Bersama Akim, Aril Yazid dan Isma
  • Hafiz Hamidun Menang Komposer Muda Berpotensi di Anugerah MACP
  • Quotes Of The Day: It's Official Now, I'm Single
  • Hafiz Hamidun Sertai Pakej Umrah Eksklusif Awal Ramadhan
  • Video Hafiz Masa Sekolah Nyanyi Lagu I Believe I Can Fly
  • Gambar Panas Hafiz AF7
  • Isu KEBAS DUIT: RAIN Tak Puas Hati dengan Hafiz Hamidun?
  • Full content generated by Get Full RSS.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Cal Lane,wanita buat besi buruk menjadi indah

    Posted: 28 Jan 2012 09:15 PM PST














    Bila orang seni memegang sesuatu barang maka terjadilah
    sesuatu yang indah.....


    Kenapa kulit mereka ini?

    Posted: 28 Jan 2012 09:00 PM PST







    inilah kesan melecur akibat terbakar..kesian mereka...

    Di Filipina banduan tak cukup duit cabut gigi tanpa bius

    Posted: 28 Jan 2012 08:45 PM PST

    Penjara di Quezon City  Filipina ini ada satu hal yang sangat dahsyat  dan didengar ceritanya, betapa tidak bagi banduan yang tidak memiliki cukup wang mereka akan merasakan satu hal yang teramat sakit.




    Di polkliniki gigi penjara ini  banduan yang tidak memiliki cukup wang tetap akan dilayani, namun dengan layanan yang menyakitkan iaitu cabut gigi tanpa ubat bius dan dilakukan dengan menggunakan playar.


    bayang sakitnya cabut gigi tanpa bius dan dilakukan dengan menggunakan playar


    Banduan yang diwajibkan menggunakan seragam warna kuning tersebut harus mampu menahan sakit yang bukan kepalang kerana layanan ini.- Sumber : Mail Online

    Cara orang banyak duit makan

    Posted: 28 Jan 2012 08:30 PM PST













     semuanya diatas awangan..


    lepas makan perut dah kenyang agaknya kalau
    nak melepas terpaksa gunakan tandas macam ni...sebab nakkan
    kelainan.....


    Model Albino yang Cantik dari China

    Posted: 28 Jan 2012 08:15 PM PST

    INILAH Connie Chiu: Model Albino yang Cantik dari China












    Datuk 86 tahun habiskan masa 7.5 tahun untuk selesaikan sebuah puzzle

    Posted: 28 Jan 2012 08:00 PM PST

    Jack Harris seorang pesara menghabiskan waktunya selama 7.5 tahun mengerjakan 5 ribu bahagian jigsaw puzzle. Akhirnya "projek" tersebut selesai, tetapi ada satu bahagian yang hilang.




    Lelaki uyang berusia 86 tahun ini memulakan mengerjakan teka-teki puzzle ini pada 2002.Ketika itu dia diberikan jigsaw sebagai hadiah Natal oleh menantunya Eve.




    Dia pun mula mengerjakan susunan gambar dari lukisan The Return of the Prodigal Son karya James Tissot. Dia berharap dapat menyelesaikannya pada musim panas tahun berikutnya.Tapi ternyata pesara yang berasal Shepton Mallet ini harus berusaha keras menyusun gambar yang berukuran 1,5 meter itu hingga menghabiskan masa selama 7.5 tahun.




    Bahagian dari gambar yang hilang itu masih menjadi misteri, tapi beberapa anggota keluarga menduga bahawa mungkin saja terbuang secara tidak sengaja atau mungkin dimakan salah satu dari anjing peliharannya.




    "Sebenarnya kami hanya ingin mengujinya, keraa dia selalu mendakwa dapat mengerjakan segalanya dengan cepat. " ujar  menantu Eve ."Sangat menakjubkan dia boleh menyelesaikan semua itu, tapi nampaknya dia sangat kecewa kerana masih ada satu bahagian yang hilang,"katanya lagi.


    Jack sebenarnya dibantu oleh isterinya, sebelum isterinya meninggal pada 2004. Dia pun terpaksa menyelesaikannya sendiri.


    Juru bicara Falcon Games LTD, pembuat mainan itu mengatakan, produk untuk mainan itu sudah dihentikan, jadi   tidak mungkin untuk melengkapi bahagian yang kosong itu.

    Masih Berusia 10 Tahun, Gadis Ini Sudah Menghiasi Majalah Vogue

    Posted: 28 Jan 2012 07:45 PM PST



    Thylane Lena-Rose Blondeau telah menjadi pembicaraan di dunia model. Melihat dari gayanya berpose, kamu tidak akan menyangka bahawa gadis ini hanya berumur 10 tahun.

    Fotonya yang provokatif menyebabkan terjadinya badai kontroversi dan masyarakat marah kerana anak yang begitu muda harus menampilkan daya tarik seksual untuk kepentingan bisnis.

    Thylane telah muncul di berbagai majalah dan fotonya telah beredar di seluruh Internet. Sampai saat ini, dia memiliki portfolio yang sangat mengesankan, iaitu pernah menghiasi majalah Vogue Enfant dan berpose untuk editorial kelas atas.


    Dia adalah anak dari pasangan Patrick Blondeau (mantan pemain pasukan internasional Perancis) dan VĂ©ronika Loubry (artis dan presenter TV). Lahir di Ivory Coast, dia telah dibandingkan dengan Bridgette Bardot yang muncul di ELLE ketika baru berusia 15 tahun.

    Foto-foto terbarunya yang muncul dengan make-up penuh dan stiletto yang muncul dalam majalah Cadeaux di Perancis telah memanaskan kembali konflik tentang perdebatan boleh-tidaknya model dengan usia yang terlalu muda.

    Sumber: dailymail

    Begini jadinya bila pemilik dan pembeli tanah tak sepakat

    Posted: 28 Jan 2012 07:30 PM PST







    sumber : unic77.tk

    Lelaki ini gilakan Maradona bukan Madonna

    Posted: 28 Jan 2012 07:15 PM PST

    Goage yang berasal dari China merupakan fanatik pasukan Argentina..
    Kegilaannya itu sampai dia sanggup berbuat begini...






    nasib baik Argentina tak jadi juara dunia...
    kalau tak dah kena kahwin dengan dia....


    Atok 73 tahun buat business jual isteri

    Posted: 28 Jan 2012 07:00 PM PST

    Punya wajah cantik namun miskin. Sementara sejumlah lelaki kaya ingin pasangan muda dan cantik serta seksi. Inilah alasan CEO Hand in Hand, Joseph Weiner, menjalankan business mail-order bride atau menjadi pihak ketiga mencari pasangan bagi sejumlah lelaki  kaya. Weiner membuka bisnesnya di Abu Dhabi untuk lelaki tempatan  dan wanita muda yang cantik dari Republik Czech yang tidak terpengaruh oleh fahaman feminisme. Harga satu kali kontak sekitar 7.000 dirham . Bisnes ini sering disebut jual beli pengantin.


    Calon isteri cantik bagi lelaki kaya 


    Setelah membuka cabangnya di Abu Dhabi, Uni Emirat Arab (UE), Hand in Hand sudah berhasil menikahkan dua pasangan. "Industri ini sudah sangat laris, para lelaki biasanya ingin perempuan muda, cantik, dan seksi. Menemukannya sangat sulit," kata lelalki berusia 73 tahun ini.


    Dia mengatakan, perempuan Czech memberikan kombinasi antara otak, cantik, dan setia. Bahkan menyebutkan taikun Donald Trump menikah perempuan berasal dari Republik Czech. Sejumlah sumber mengatakan bisnis ini adalah upaya menggabungkan keperluan antara keinginan lelaki yang ingin memiliki isteri cantik dan sperempuan yang ingin keluar dari garis kemiskinan. -ruanghati.com

    Tradisi seks aneh dari berbagai masyarakat dunia

    Posted: 28 Jan 2012 06:45 PM PST

    Percaya atau tidak, ini dia budaya seks aneh yang boleh di katakan unik dari berbagai budaya kehidupan masyarakat  dunia tetapi budaya yang mereka terapkan itu tidak sesuai dengan masyarakat kita yang mengamalkan kehidupan sopan ,beradat dan yang paling penting beragama....


    Pedalaman Irian Jaya
    Pasangan yang melakukan hubungan seks di semak-semak hutan akan memberikan tanda dengan 2 buah anak panah yang ditancapkan ke tanah dengan menyilang di sekitar tempat mereka melakukannya, yang artinya dilarang mendekati area tersebut, dan jika ada orang yang nekad mendekat, maka akan dipanah.


    Tulung Agung, Jawa Timur
    Punya keunikan sendiri, iaitu saat mereka berhubungan, gayanya diam seperti patung. Akan tetapi, katanya di balik diamnya itu, vaginanya memijit-mijit dengan hebat yang membuat pasangan merasakan kenikmatan.


    Venesia, Italy
    Sudah menjadi budaya melakukan hubungan seks dilakukan dengan anal seks , konon katanya salah satu tujuannnya adalah untuk mencegah kehamilan, dan alasan lain katanya kerana seks lewat anal lebih kuat cengkeramannya. Padahal seperti sudah di ketahui, seks anal berisiko kerana di dalam anus tersimpan berbagai kuman dan virus menular.


    Bahrain 


    Seorang doktorlelaki  sah secara hukum untuk memeriksa alat vital wanita (vagina), tetapi dilarang keras secara langsung melihatnya selama pemeriksaan! Mereka hanya diperbolehkan melihatnya melalui cermin.


    Lebanon
    Lelaki diperbolehkan 'bercinta ' dengan binatang! asalkan binatang itu betina. Hukuman mati dikenakan bagi lelaki yang ketahuan berhubungan dengan binatang jantan.


    Guam
    Ada pekerjaan  bagi para lelaki untuk  mengambil perawan seorang gadis yang membayar mereka untuk melakukan hubungan seks badan pertama kalinya dengan gadis perawan tersebut. Menurut hukum di Guam, wanita yang masih perawan atau virgin dilarang menikah.


    HongKong
    Isteri yang dikhianati atau diselingkuhi, sah secara hukum membunuh suaminya yang selingkuh. Tetapi hanya dengan menggunakan tangan kosong, sedangkan wanita itu pula boleh dibunuh dengan cara apapun.


    Cali, Colombia
    Wanita hanya diperbolehkan berhubungan badan dengan suaminya, dan pada malam pertama pada saat melakukang hubungan seks,  ibu  wanita  itu harus berada di dalam kamar untuk menyaksikan adegan  tersebut.


    Tokyo, Jepun
    Ditemukan sebuah rekaman video yang dirakamkan di sebuah pusat perguruan tinggi di Tokyo, memperbolehkan mahasiswa senior melakukan ospek pada para mahasiswi barunya dengan mencabuli dan memperkosa secara beramai-ramai disuruh bogell dan berlari-lari di kawasan kampus.


    sumber : http://hermawayne.blogspot.com

    Desa terkaya di China setiap penduduk ada duit US$ 250 ribu dollar

    Posted: 28 Jan 2012 06:30 PM PST

    Sungguh mengejutkan. Desa Huaxi yang berada di Daerah  Jiansu dinobatkan sebagai desa terkaya di China. Dengan memiliki penduduk 36 ribu orang setiap warga memiliki kekayaan yang tak dapat dibayangkan.


    Setiap keluarga memiliki paling tidak satu rumah, dua biji kereta, dan  duit tabungan 250 ribu dollar AS.


    Sejumlah pengkaji dari penjuru wilayah di China  datang ke kota  ini untuk mengetahui bagaimana desa yang dulunya sunyi dan berpenduduk hanya 576 orang menjadi kaya.


    Tak hanya itu, pelabur dari luar juga rela membina perusahaan mereka yang nilainya jutaan dollar hanya untuk tinggal di daerah ini.




    Setiap orang memiliki rumah mewah, kenderaan mewah seperti Mercedes, BMWs dan Cadillac, serta mendapatkan pakaian ,makanan yang berkualiti demi kesihatan.


    Mereka hanya bekerja di perusahaan industri di desa itu. Agar penduduk tidak meninggalkan bandar itu pemerintah setempat membangun replika menara Eiffel, Gedung Opera Sydney, dan Arc de Triumf.


    Apa rahsia kejayaan mereka itu? Seperti dikemukakan melalui video, Huaxi: Secrets of China's richest village, pemimpin di desa itu menggabungkan prinsip dasar sosialis komunis dan pasar bebas.

    Kucing dapat lutut palsu

    Posted: 28 Jan 2012 06:15 PM PST


    RALEIGH, Amerika Syarikat - Kerana Cyrano memiliki berat lebih 9 kilogram, ia akan lumpuh jika satu kakinya yang lemah akibat kanser dipotong.
    Cyrano atau nama penuhnya, Cyrano L. Catte II menjalani rawatan Universiti Colorado pada tahun lalu selepas satu kaki belakangnya diserang kanser. Cyrano semakin sembuh selepas dirawat tetapi kaki tersebut hampir tidak dapat berfungsi.
    Justeru, pemilik kucing jantan itu, Sandra Lerner dan pasangannya, Len Bosack merayu bantuan sekumpulan doktor dan jurutera Universiti Carolina Utara supaya haiwan kesayangan mereka dapat bergerak kembali.
    Pada Khamis lalu, kucing berusia 10 tahun itu yang tinggal di sebuah rumah agam di sini menerima implan lutut prosthetik kucing pertama di AS.
    "Ini adalah lutut palsu paling sukar yang pernah dibina di negeri ini," kata pakar bedah haiwan, Denis Marcellin-Little.
    Kucing berkenaan kini semakin sihat selepas menjalani pembedahan untuk memasukkan implan sepanjang 5 sentimeter diperbuat daripada plastik dan aloi itu pada kos sekitar AS$20,000 (RM60,820). - Agensi

    sumber : kosmo online

    Harith tayang perut isteri

    Posted: 28 Jan 2012 06:00 PM PST


    SATU daripada beberapa keping gambar Harith bersama isterinya Jezamine. Gambar ini dipetik daripada akaun Facebook milik Jezamine yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja.
    SERBA-SERBI tentang anak itu anugerah. Malah, semasa anak masih dalam perut lagi ibu bapa sanggup melakukan apa demi menyambut cahaya mata yang bakal lahir.
    Sekarang pula sudah menjadi satu trend, bila sarat mengandung sahaja ada sesi ambil gambar perut. Ada pula orang yang kata wanita mengandung itu ialah wanita yang paling seksi di dunia.
    Maka terkebil-kebil dan terliur pula Diva nak mengandung bila tengok gambar-gambar kebahagiaan pelawak tersohor Harith Iskandar dan isterinya, Jezamine Lim yang sedang sarat mengandung.
    Fuhh! Cantik dan seksi sekali perut puan doktor berkenaan. Dapat juga dibayangkan betapa cantik dan bermakna sungguh bayi di dalam perut Jezamine itu.
    Yelah, belum keluar lagi si ibunya sudah bergambar sakan menonjolkan anak yang sedang dikandungnya selama sembilan bulan itu. Bukan senang nak ada anak.
    Kalau tak silap, Harith dan Jezamine merupakan pasangan selebriti pertama yang berani mati mendedahkan gambar perut yang sarat tapi tetap anggun dalam persalinan yang sangat minimalis.
    Selepas ini Diva pasti tak sabar pula nak tengok wajah anak Harith dan Jazemine yang kembali ramping.
    sumber : kosmo online
    bk-patut ke????

    Gro pakai skirt paras punggung dicekup

    Posted: 28 Jan 2012 05:45 PM PST


    PETALING JAYA - Seramai 21 Pegawai Khidmat Pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Indonesia yang memakai skirt paras punggung di sebuah pusat hiburan karaoke di Sunway Mentari di sini dicekup polis semalam.
    Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pusat hiburan itu diserbu selepas mendapat maklumat mengatakan premis tersebut mengupah wanita-wanita warga asing sebagai pelayan.
    Selain itu, risikan polis juga percaya GRO terbabit bukan sahaja melayan pelanggan menyanyi malah memberi khidmat seks.
    "Premis tersebut pernah diserbu sebanyak tiga kali tahun lalu.
    "Kesalahan yang dilakukan adalah mengupah pekerja asing yang tidak mempunyai permit sah kerana siasatan polis mendapati mereka memegang pas lawatan sosial," katanya.
    sumber : kosmo online

    'Kilang' pelacur 24 jam di Meru

    Posted: 28 Jan 2012 05:30 PM PST


    KLANG - Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar Meru dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu.
    Dengan bayaran serendah RM50, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing. Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui.
    Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini.
    Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, apa yang dibimbangi ialah aktiviti tidak bermoral itu akan mempengaruhi generasi muda di kawasan sekitar.
    "Kita tidak mahu kawasan ini dijadikan pusat pelacuran. Kegiatan tidak bermoral itu sekarang semakin mengundang ketidakselesaan penduduk," ujarnya.
    Kata Ahmad, pelanggan tempat tersebut terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.
    "Saya difahamkan pengusaha premis terbabit menggunakan wanita warga Indonesia sebagai pelayan khidmat seks dan ia amat laris pada hujung minggu," katanya.
    Jelasnya lagi, pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari. Semua pelanggan perlu menggunakan pintu belakang bagi memasuki tempat itu.
    "Sekali pandang bahagian hadapan bangunan tidak ubah seperti penempatan setinggan warga Bangladesh," beritahu beliau.
    Ahmad berkata, beliau pernah cuba memasuki tempat tersebut namun telah dihalang pengusaha terbabit yang mengetahui beliau orang tempatan.
    sumber : kosmo online

    ‘Sudah-sudahlah cakap perkara tak baik tentang suami saya'

    Posted: 28 Jan 2012 05:15 PM PST


    AMPANG: "Saya harap sudah-sudahlah orang bercakap perkara tidak baik terhadap suami saya selepas ini," kata Rahayu Rosli, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim yang ditemui pada majlis persandingan mereka di Ukay Perdana, malam kelmarin.
    Rahayu, 24, berkata walaupun Roslin, 37, pernah dua kali gagal dalam perkahwinan, dia tetap yakin bekas pemain badminton nombor satu dunia itu lelaki terbaik pernah ditemuinya.
    "Suami sudah menceritakan apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini dan perkara itu (kisah perceraian sebelum ini) tidak menjadi masalah kepada saya.

    "Perkara terpenting ialah saya mengharap dan mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke anak cucu," katanya yang berasal dari Gombak, di sini.




    Pasangan itu bernikah pada 28 Disember lalu dan melangsungkan persandingan sebulan kemudian dengan menjemput anggota keluarga serta sahabat terdekat.

    Roslin sebelum ini mengaku berkahwin untuk kali ketiga tetapi 'mengunci mulut' ketika ditanya lebih lanjut demi menghormati keluarga isteri.



    sumber : myMetro

    Sedekah sesat

    Posted: 28 Jan 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang.
    Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan majlis fatwa negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sejak 1970.
    Lebih mengejutkan, siasatan wartawan Metro Ahad mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz.

    Cara kumpulan terbabit kali ini dilihat lebih tersusun bagi mengelakkan kegiatan mereka mudah dikesan dan dikenakan tindakan, namun produk yang dijual kepada orang ramai untuk diminum atau disapukan pada badan boleh diragui kandungannya kerana tidak menepati piawaian.




    Siasatan ke sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah berdasarkan alamat pada botol produk mendapati, premis itu hanya melakukan kerja membuat ais krim dan menjahit langsir.

    Selain itu, identiti beberapa remaja perempuan yang mengaku pelajar pusat tahfiz turut diragui berikutan semakan wartawan di Kedah mendapati sekolah berkenaan hanya dihuni murid tahun satu hingga enam.



    sumber : myMetro


    Mat rempit 12 tahun

    Posted: 28 Jan 2012 04:45 PM PST


    KULAIJAYA: Selepas menunggang motosikal lebih 40 kilometer tanpa lesen serta tidak memakai topi keledar, dua murid tahun enam ditahan dalam operasi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya di sekitar Pekan Kelapa Sawit, di sini, pagi semalam.
    Ketika ditahan untuk pemeriksaan, dua kanak-kanak berasal dari Pontian itu memberi alasan menunggang ke pekan berkenaan untuk membeli alat ganti motosikal yang didakwa dijual pada harga lebih murah.

    Bagaimanapun, alat ganti didakwa baru dibeli mereka dirampas berikutan kegagalan menunjukkan resit pembelian selain untuk siasatan lanjut.


    Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, seorang lagi kanak-kanak berusia 12 tahun turut ditahan dalam operasi bermula jam 9 pagi itu selepas menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan tidak mempunyai lesen memandu.

    "Seramai 30 penunggang motosikal ditahan dalam operasi ini atas kesalahan seperti tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh.


    "Kesalahan dilakukan dianggap serius berikutan penunggang terbabit terdedah kepada risiko kemalangan. Selain itu, kami dapati ada motosikal ditunggang sudah tamat cukai jalannya sejak 2006.




    "Sebahagian besar yang ditahan adalah remaja bawah umur dan mereka menunggang motosikal dengan pengetahuan ibu bapa masing-masing, sedangkan perkara ini tidak seharusnya berlaku," katanya.

    Dalam operasi itu, sebanyak 51 saman dikeluarkan dan semua yang ditahan dibawa ke IPD Kulaijaya untuk pemeriksaan lanjut.


    Selain itu, ibu bapa dan pemilik asal motosikal berkenaan turut dipanggil ke IPD Kulaijaya untuk membantu siasatan.

    "Saman juga akan dikenakan terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal kerana membenarkan remaja bawah umur menunggang kenderaan itu," katanya.


    Zulkefly berkata, operasi dijalankan berikutan aduan diterima pihaknya selain jumlah kemalangan membabitkan remaja tanpa lesen di daerah berkenaan kerap berlaku.


    Sebelum ini, menurut Zulkefly, pihaknya menjalankan program kesedaran keselamatan jalan raya, termasuk mengagihkan topi keledar secara percuma di kawasan berkenaan, namun masih ramai gagal mematuhi undang-undang jalan raya.


    "Terbaru, kempen keselamatan jalan raya dijalankan kelmarin tetapi masih ramai yang ingkar," katanya.



    sumber : myMetro

    Syiling 50 sen dalam perut anak

    Posted: 28 Jan 2012 04:30 PM PST


    IPOH: Sepasang suami isteri pucat lesi apabila anak kecil mereka yang berusia enam tahun menelan sekeping syiling 50 sen.
    Lebih membimbangkan apabila syiling itu didapati masih tersangkut di usus perutnya sejak lapan hari lalu walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengeluarkannya.

    Ibu mangsa yang juga produser rangkaian televisyen Al-Hijrah, Harlida Abu Bakar, 37, berkata, anaknya Ilhan Hadiff Isnawan, 6, menelan syiling itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tadika pada 19 Januari lalu.


    Menurutnya, suaminya, Isnawan Lamidi, 37, yang memandu kereta terkejut apabila anaknya tiba-tiba memberitahu menelan syiling yang ditemui di dalam kereta.

    "Panik dengan apa yang berlaku, suami berusaha mengeluarkan syiling itu dengan menjolok tekak Ilhan.


    "Malangnya, syiling itu melepasi tekaknya sebelum jatuh ke perut. Kami bimbang syiling itu boleh menyebabkan keracunan atau saluran usus tersumbat," katanya.




    Menurutnya, dia dan suami kemudian segera membawa anak mereka ke sebuah hospital swasta di sini untuk menjalani ujian X-Ray sebelum mendapati syiling itu masih melekat di perutnya.

    "Doktor kemudian memberikan ubat bagi membolehkan anak saya membuang air besar bersama syiling itu, namun ia masih terperangkap di dalam perutnya.


    "Doktor memberitahu syiling itu perlu dikeluarkan dari tubuh anak saya berikutan bimbang ia boleh menyebabkan keracunan atau berak berdarah," katanya.

    Dia berkata, anaknya bagaimanapun tidak membuang air besar selama empat hari, menyebabkan mereka bimbang walaupun mendapati kesihatannya tidak terjejas.


    "Doktor menasihati kami supaya segera membawanya mendapatkan rawatan jika Ilhan mengadu sakit perut atau tanda-tanda lain yang membimbangkan," katanya.


    Harlida berkata, dia bagaimanapun yakin syiling itu dapat dikeluarkan dari perut anaknya tidak lama lagi berdasarkan kenyataan doktor pakar ditemui kelmarin.



    sumber : myMetro

    Maut ketika cari anak

    Posted: 28 Jan 2012 04:15 PM PST



    MELAKA: Kasih ibu membawa ke mati. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita kepada empat anak yang sanggup keluar berjalan kaki semata-mata mahu mencari dua anaknya yang tidak pulang ke rumah hingga lewat malam.
    Bagaimanapun, niat suci Rosmariah Mohamad, 34, tidak kesampaian apabila dia terbunuh selepas dipercayai dilanggar 250 meter daripada kediamannya di Jalan Tun Teja, Cheng, dekat sini, awal pagi semalam.


    Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya jam 12.30 tengah malam berikutan risau dengan dua anaknya, Mohd Shazurin Farhan Samad, 15, dan Mohd Syazrul Fahmi, 12, yang masih belum pulang selepas keluar bermain futsal di sebuah pusat sukan, pada malam itu.
    Sejurus tiba di lokasi kejadian, wanita berkenaan dipercayai dilanggar kenderaan sebelum tercampak ke dalam longkang berhampiran.


    Akibat kemalangan itu, kepala mangsa dikatakan turut pecah dan cebisan otaknya tercampak ke dalam pagar berhampiran kawasan kejadian.


    Suami mangsa, Samad Saliman, 37, tidak menyedari isterinya keluar rumah kerana ketika itu dia tidur dan hanya tersedar untuk mencari arwah, jam 4 pagi semalam.

    "Saya mencarinya di merata tempat tetapi tidak jumpa dan pulang semula ke rumah. Namun, ketika bersiap keluar mencarinya semula jam 8 pagi tadi (semalam), saya dimaklumkan jiran bahawa ada mayat di dalam longkang.


    "Berikutan tidak sedap hati, saya bergegas ke tempat kejadian dan betapa luluhnya hati ini apabila mendapati mayat dalam keadaan mengiring itu adalah arwah isteri saya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.


    Menurutnya, hampir setiap hari kedua-dua anaknya bermain futsal di pusat sukan berkenaan dan menjadi kebiasaan arwah isterinya mencari dan memanggil anaknya pulang ke rumah apabila lewat malam.


    Samad berkata, dia kecewa dengan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan mayat isterinya tanpa melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.


    Dalam pada itu, suasana di lokasi kejadian bertukar pilu apabila Samad dilihat hanya duduk bersebelahan mayat isterinya, manakala empat anak mereka membaca surah Yasin berhampiran mayat ibu mereka.


    Selain Mohd Shazurin Farhan dan Mohd Syazrul Fahmi, arwah turut meninggalkan dua lagi cahaya mata iaitu Mohd Isyazwan Firdaus, 16, dan Mohd Nor Syarin, 13.


    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah ketika dihubungi berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan berkenaan adalah kes langgar lari.


    "Siasatan awal Unit Forensik juga mendapati ada bukti cermin sisi kenderaan yang dipercayai melanggarnya tercabut dan beberapa pokok turut patah.


    "Akibat rempuhan, mangsa terpelanting ke pokok sebelum terhumban ke dalam longkang. Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala," katanya yang mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


    Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.


    SUMBER :myMetro

    Wanita Indonesia mati ditikam 6 kali, diperosok

    Posted: 28 Jan 2012 04:00 PM PST


    GEORGETOWN - Polis menemui mayat seorang wanita warga Indonesia, dipercayai dibunuh, di sebuah rumah dua tingkat di Halaman Ariffin, Jalan Burmah semalam.


     Mangsa, Rosni Kholijah, 39, dijumpai polis dalam keadaan separuh bogel dengan enam kesan tikaman pada leher dan badannya.


     Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menemui mangsa dalam keadaan terperosok di sebelah katil di bilik yang terletak di tingkat bawah rumah terbabit selepas mendapat maklumat daripada orang awam lewat petang semalam.


     "Mangsa dipercayai dirompak sebelum dibunuh kerana rantai dan gelang yang dipakainya gagal ditemui," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.


     Sebilah pisau dapur turut ditemui berhampiran mangsa, dipercayai digunakan sebagai senjata.


     Mohd Nasir berkata polis kini mencari teman lelaki dan rakan mangsa bagi membantu siasatan.


     "Kami juga akan memanggil tuan rumah itu untuk membantu dalam siasatan. Kita mahu tahu berapa ramai orang yang tinggal di rumah ini," katanya.


     Beliau berkata bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia lebih dari 12 jam semasa ditemui dan polis masih menyiasat motif pembunuhan.


     Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


     Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat dalam kes ini menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama


    sumber : sinar harian

    [Pelik] Semua ayam mati dibunuh oleh monyet kerana tiru perbuatan tuannya

    Posted: 28 Jan 2012 03:00 PM PST

    Seorang lelaki yang menyelamatkan seekor monyet yang hanya memiliki satu tangan dan satu kaki telah mendapatkan balasanyang tidak sepatutnya dari  monyet. Semua ayamnya mati dibunuh monyet itu.


    Li Chun, dari desa Menghai, Daerah Yunnan, mengatakan bahawa monyet tersebut sudah menjadi sebahagian dari keluarganya semenjak dia dirawat hingga sihat.


    Haiwan tersebut menjadi sangat berbakti kepada keluarga itu dengan melakukan pekerjaan di rumah, tapi masalahnya dia juga suka meniru apa yang dilakukan oleh Li.


    Ketika haiwan mamalia itu melihat Li memecahkan telur untuk memasak dia pun pergi ke kandang ayam dan menghancurkan telur yang dia dapatkan.Tetapi ada satu perkara yang paling dahsyat ialah ketika Li menyembelih seekor ayam, monyet tersebut menirunya dengan membunuh 80 ayam lainnya


    "Pada ketika tidak diawasi, dia  melompat ke kandang ayam, lalu membunuh ayam-ayam itu, tidak perduli besar atau kecil, dia mencoba membunuh mereka semua," ujar Li.


    "Paling banyak dia membunuh sembilan ekor ayam dalam satu hari. Pelajaran yang saya dapatkan adalah jangan pernah menyembelih ayam di depan seekor monyet," lanjutnya.


    Li menemukan monyet yang cedera serius itu di dalam hutan kira-kira satu tahun yang lalu pada ketika dia melompat ke dalam bakulnya


    Dia melihat tangan bahagian kanan dan kaki bahagian kirinya sudah membusuk dan dia akhirnya membawa monyet itu ke rumah dan langsung memotong bahagian tubuhnya yang rosak serta memberinya pengubatan.


    Dia merawat haiwan  itu sehingga kembali sihat, dengan cepat monyet itu pun pulih dan boleh membantu kegiatan di rumah.


    Haiwan itu membantu Li merawat anak anjingnya dan bahkan menghapus air mata Li ketika ayahnya meninggal dunia.


    "Dia duduk di sebelah saya dan menjulurkan tangannya untuk menghapus air mata dari wajah saya. Dia menepuk lembut wajah dan kepala saya, dan memandang saya dengan simpati yang mendalam," pungkasnya.

    Ambil kesempatan betul atok ni

    Posted: 28 Jan 2012 10:00 AM PST

    Orang lain sibuk mencuba komputer ,dia pulak sibuk bukak web lain....


    Dah pernah tengok hantu kena sidai

    Posted: 28 Jan 2012 09:30 AM PST

    Dah pernah tengok hantu kena sidai belum kalau belum
    sila tengok gambar ini....





    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS