Adsense

Sabtu, 28 Januari 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Isteri Shah Rukh cemburu Prinyka

Posted:

Isteri Shah Rukh cemburu Prinyka

Isteri Shah Rukh cemburu Prinyka

HANYA menggunakan tiket gelaran ratu cantik dunia yang diperolehinya pada tahun 2000, menjadikan langkah Priyanka Chopra yang juga seorang model cukup mudah untuk menjadi salah seorang aktres terkenal Bollywood.

Tidak hanya menjual rupa paras jelitanya di layar perak tetapi juga bakat lakonannya yang mendapat pujian ramai pengkritik filem.

Lakonannya dalam filem Andaaz yang melayakkan aktres yang kini berusia 30 tahun merangkul anugerah Pelakon Wanita Baharu Terbaik pada Anugerah Filmfare pada tahun 2003.

Seiring dengan kejayaannya sebagai aktres, nama Priyanka juga tidak henti dikaitkan dengan aktor terkenal Bollywood.

Selepas putus cinta dengan aktor, Harman Baweja, Priyanka dikaitkan dengan aktor Akshay Kumar, Shahid Kapoor dan gosip yang sedang hangat diperkatakan di Bollywood kini adalah, skandal cinta antara Priyanka dan aktor terkenal, Shah Rukh Khan.

Priyanka dilihat berada di pejabat aktor itu pada pukul 3 pagi baru-baru ini. Kedua-duanya mengaku berada di pejabat itu. Bagaimanapun, menafikan yang mereka sedang bercinta sebaliknya menjelaskan mereka sedang menjalani latihan selaku pengacara majlis untuk anugerah Zee Cine yang berlangsung pada 21 Januari lalu di Macau.

Priyanka membalas segala spekulasi itu dengan memberi kenyataan di laman sosial Twitter miliknya: "Bosan! phew.. Menggelikan hati. Sebenarnya saya menjadi pengacara buat pertama kali, harap semua latihan yang dilakukan berbaloi."

Imej bersih Shah Rukh Khan sebagai lelaki berkeluarga buat pertama kalinya tercalar. Dia membalas jawapan yang sama di Twitternya dengan menulis: "Menuju ke Macau untuk anugerah Zee Cine. Menjalani latihan dengan Priyanka Chopra, penulis dan penari sebagai persediaan untuk menjadi pengacara majlis. Harap semuanya berjalan dengan lancar."

Meskipun masing-masing telah memberi kenyataan, namun, skandal cinta Shah Rukh Khan bersama Priyanka membuatkan isteri aktor itu, Gauri cemburu dan tidak senang duduk.

Kenyataan terdahulu Priyanka ini mungkin membuatkan Gauri menghembuskan nafas lega.


KEINTIMAN antara Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra telah mencetuskan spekulasi kononnya mereka bercinta.


"Saya rasa cinta datang dengan sendirinya. Perkara berkenaan hati tidak boleh dimanipulasi. Saya sentiasa terbuka apabila bercinta, kerana saya rasa bangga apabila jatuh cinta.

"Bagaimanapun, saya tidak akan mempunyai hubungan cinta dengan lelaki yang telah berkeluarga. Saya percaya pada karma, jika saya bertanggungjawab merosakkan perkahwinan seseorang, perkara yang sama akan berlaku pada saya kemudian hari," ujarnya yang berlakon dalam filem Don dan Don 2 bersama Shah Rukh Khan.

Memiliki kecantikan, populariti dan kekayaan tidak membuatkan Priyanka mudah untuk jatuh cinta, hakikatnya hati wanitanya sukar untuk dimiliki oleh lelaki.

"Saya seorang wanita yang inginkan seseorang yang mampu membuatkan saya percaya tiada apa lagi yang penting selain diri saya di dunia ini. Lelaki itu mestilah seorang yang budiman tidak kiralah jika dia seorang pelakon, doktor atau apa sahaja pekerjaannya.

"Tetapi saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta dan saya tidak pernah menggoda lelaki sehinggalah lelaki itu berjaya mencairkan hati saya," katanya.

Enggan berbogel

Sepanjang bergelar aktres, wanita kelahiran Jamshedpur, Jharkand, India, itu telah berlakon sebanyak 43 buah filem. Satu rekod yang cukup cemerlang buatnya, kini dia sedang menjalani penggambaran filem Krrish 3 untuk tayangan 2013.

Berbicara mengenai kerjayanya selaku seorang model dan aktres, jelas Priyanka yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera perisian atau pakar psikologi penjenayah, dia masih berpegang pada prinsip dalam hal mendedahkan tubuh di layar perak.

"Saya tidak kisah untuk bercium dalam filem tetapi saya tidak selesa untuk berbogel. Memang fakta, unsur seks melariskan filem. Saya akan lakukan adegan panas mengikut skrip tetapi masih ada hadnya.

"Melihat perjalanan kerjaya saya, memang diri saya cukup bertuah. Saya tidak akan sesekali menjual jiwa saya untuk mendapatkan watak dalam filem. Jika seorang aktres terpaksa tidur dengan seseorang untuk mendapatkan watak, ia tidak berbaloi langsung," balasnya.

Mengakui masih terdapat penerbit yang mengambil kesempatan terhadap pelakon baharu, kata Priyanka dia banyak memberi nasihat kepada pelakon baharu bagi menggelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Sejak dahulu lagi, saya mengamalkan prinsip, tidak akan berjumpa dengan penerbit atau pihak produksi selepas pukul 8 malam.

"Jika terpaksa juga, saya akan membawa ibu bapa saya bersama. Jika mereka tidak suka cara kerja saya, itu masalah mereka. Saya seorang yang mempunyai prinsip dalam bekerja, saya bukan wanita murahan sebaliknya seorang aktres.

"Setakat hari ini, apabila saya tiba di set penggambaran saya akan memberi fokus seratus peratus dan tiada siapa yang berani mengganggu terutama ketika waktu saya menjalani penggambaran," ulasnya kini sedang hangat dengan filem Agneepath yang mula ditayangkan di pawagam pada 26 Januari lalu.

Terbit album

Tidak hanya berlakon, Priyanka yang sudah lama mengidamkan untuk bergelar seorang penyanyi bakal melancarkan album sulungnya dijangka akan berada pada tahun ini, manakala lagu single pertamanya akan ke udara di corong radio pada musim panas ini.


PRIYANKA tidak akan berbogel di dalam filem. Katanya, dia seorang pelakon bukan wanita murahan.


Album yang memuatkan lagu dalam bahasa Inggeris sepenuhnya itu masih dalam proses pembikinan dan album tersebut dirakamkan di Los Angeles pada tahun lalu.

Sungguhpun begitu terdapat kebimbangan di hati aktres ini terhadap kerjaya baharunya itu.

"Saya menulis lirik dalam album sulung saya dan saya bimbang privasi diri saya akan hilang kerana semua lirik itu ditulis berdasarkan pengalaman saya.

"Sebahagian lagu telah siap dirakamkan. Saya berharap semuanya berjalan lancar, saya telah berusaha keras untuk album ini," katanya yang berkongsi pengurus dengan penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga.

Menjadi penyanyi tidak semudah disangka meskipun Priyanka sering menyanyi secara miming dalam setiap filem lakonan.

"Ya, saya mengambil kelas vokal. Saya bergelar seorang pelakon selama 10 tahun dan kini apabila menjadi penyanyi saya perlu bermula daripada bawah. Banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menyanyi dengan baik," luahnya.

Priyanka tidak ada sebarang perancangan untuk menyumbangkan suara di dalam filem lakonannya kerana sibuk dengan album yang akan dipasarkan di peringkat antarabangsa itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Komposer, finalis sambut baik

Posted:

Komposer, finalis sambut baik

Komposer, finalis sambut baik

Oleh HARYATI KARIM


ATILIA dan Monoloque bertanding untuk lagu Kekanda Adinda ciptaan Monoloque.


TAHUN ini Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam esok pukul 9 malam dinilai oleh 30 orang juri profesional secara keseluruhannya.

Sebanyak 20 peratus markah dinilai oleh 10 orang juri pada hari pertandingan, manakala 80 peratus dinilai oleh 20 orang juri sebelum hari pertandingan (hari ini) menerusi cakera padat.

Perkara itu diakui sendiri oleh penerbit AJL26, Nurhul Huda Khalid ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Katanya, 20 peratus itu hanya menilai vokal dan persembahan terbaik sahaja.

"80 peratus markah kesemua lagu yang layak ke final dinilai terlebih dahulu, manakala selebihnya ketika hari pertandingan," ujarnya.

Sistem pemarkahan tersebut nampaknya disambut baik oleh komposer dan penyanyi terkenal Datuk M.Nasir yang menjelaskan pemarkahan seumpama itu (80 peratus melalui penjurian CD dan 20 peratus vokal dan persembahan) adalah logik.

"Macam mana sekalipun sistem pemarkahan program, itu terpulang kepada stesen televisyen, tetapi bagi saya 80 peratus markah sesebuah lagu dinilai terlebih dulu daripada cakera padat adalah logik," katanya.

Penulis lirik terkenal, AD Samad juga menyokong sistem pemarkahan itu, malah mencadangkan adalah lebih baik jika 100 peratus markah diambil kira sebelum pertandingan.

"Bagi saya lebih elok 100 peratus sebelum malam anugerah itu kerana ketika persembahan secara langsung pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

"Mungkin penyanyi tidak sihat, pemuzik iringan tidak bermain sebaik pemuzik dalam album dan susunan lagu dalam album disusun dengan teliti. Jika waktu persembahan susunan muziknya boleh diubah-ubah mengikut konsep persembahan, jadi keaslian lagu itu hilang," tuturnya.

Penyanyi yang layak ke peringkat akhir AJL26 menerusi lagu Kekanda Adinda bersama Monoloque, Atilia, juga tiada sebarang masalah dengan sistem pemarkahan.

Meskipun menyedari hanya 20 peratus markah yang diambil kira pada malam anugerah, Atilia berazam untuk memberi persembahan yang terbaik kerana layak ke AJL26 merupakan puncak kepada kerjaya Atilia dan juga Loq.

"Memang markah yang dinilai pada malam anugerah tidak banyak tetapi jumlah penonton yang menonton AJL adalah besar. Tambahan pula, ini puncak kerjaya saya dalam arena arus perdana kerana saya dan Loq bukannya penyanyi arus perdana.

"Tentang 80 peratus markah dinilai menerusi cekera padat sebelum malam anugerah, saya rasa itu memang cukup adil. Sebabnya, lagu itu harus dinilai bulat-bulat seperti mana yang kita selalu dengar di radio dan album. Pada malam anugerah susunan lagu diubah hanya untuk menambahkan kemeriahan," katanya lagi.

Pemenang AJL24, Aizat yang turut bertanding dalam AJL26 menerusi lagu Sungai Lui memberitahu meskipun hanya 20 peratus markah diambil kira pada malam anugerah setiap penyanyi pasti akan memberikan persembahan yang terbaik.

"Tidak kiralah berapa jumlah markah yang dikira pada malam itu, sebagai penyanyi dan pemuzik, AJL adalah pentas penting dan besar bagi kami.

"AJL seperti sambutan perayaan buat penggiat seni di Malaysia, malah menerusi persembahan di AJL banyak membuka ruang rezeki kepada penyanyi kerana ia juga pentas promosi yang terbaik," kata Aizat.

AJL26 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu akan diacarakan oleh Faizal Ismail dan Cheryl Samad turut menampilkan kemunculan istimewa Awie, Jamal Abdillah dan Datuk Sheila Majid yang akan membuat persembahan pembuka tirai manakala Black, Azlan The Typewriter serta Hazama akan muncul dalam segmen interlude.

Full content generated by Get Full RSS.

Maia tolak tudung

Posted:

Maia tolak tudung

Maia tolak tudung


MAIA ESTIANTY


BARU-BARU ini penyanyi Maia Estianty yang juga bekas isteri Ahmad Dhani dikhabarkan bakal mengubah penampilannya dengan mahu bertudung, sekali gus melupakan terus bidang nyanyian.

Bagaimanapun, sewaktu ditanya oleh para wartawan sebaik sahaja berakhir acara MNC TV pada Isnin lalu, penyanyi berkenaan menafikan dia akan berubah dari segi penampilan dan bersara.

"Sama ada saya akan bertudung itu rasanya belum tiba masanya lagi. Bagi saya sebelum ubah penampilan diri, apa yang lebih penting harus mengubah dulu sikap dan hati perlulah ikhlas untuk berubah.

"Bukan tidak pernah terfikir untuk menjalani perubahan, tetapi saya harap masanya akan tiba suatu hari nanti. Lagipun, melihatkan ibu yang sangat rajin sembahyang dan kerap mengikuti kelas agama, kini hidupnya menjadi lebih tenang," jelasnya.

Mengenai hasrat untuk bersara, Maia menganggap dunia nyanyian adalah lebih kepada satu hobi dan dia akan rasa lebih tertekan kalau tidak menyanyi. Buat masa ini dia mahu terus fokus kepada bidang yang diceburinya itu.

Full content generated by Get Full RSS.