Adsense

Sabtu, 28 Januari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Dynas Mohktar di Karnival Karangkraf 2012

Posted: 28 Jan 2012 10:13 PM PST

Semalam, hari Sabtu, Budiey sempat singgah ke Karnival Karangkraf 2012 yang diadakan di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Memang lokasi ini diserbu oleh ramai orang. Tak hairanlah, susah betul Budiey nak cari tempat untuk parking kereta. Namun, ia tak jadi alasan kerana sekali sekala je kan. Tambah lagi, inilah pertama kali Budiey menjejakkan kaki di Karangkraf. Padahal, ramai betul kawan-kawan media yang bekerja kat sini.

Sedang melilau-lilau tengok apa yang ada kat sana, Budiey bersua dengan pelakon, model dan usahawan berjaya, Dynas Mokhtar. Oh, lihat pada perut Dynas dah membonyot tu, rupanya Dynas dah mengandung anak ke-2. Good luck Dynas ya. Tak lama lagi puteri sulungnya, Khyra Khalyssa dah ada adik baru la ya.

Dynas Mokhtar hadir untuk mempromosikan butiknya yang berkonsepkan penyusuan susu ibu iaitu Dynas Nursing Attire (DNA) yang terletak di pusat membeli belah The Curve.

Beralih kepada butik yang baru beroperasi itu, pemenang kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 dan 2008 ini begitu teruja apabila butik yang diusahakannya itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Maklum balas itu, katanya, menunjukkan wanita kini begitu prihatin untuk menyusukan bayi mereka.

Dynas menggayakan busana baju yang ada di Dynas Nursing Attire (DNA).

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mesranya Ixara Dewi Remaja dengan Adam
  • Gambar Dynas Mokhtar di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Gambar Dynas Mokhtar di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire
  • Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah
  • Gambar Sari Yanti & Anak di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire
  • Jamal Abdillah Mahu Jumpa Peminat
  • Gambar Atilia di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire
  • Gambar Shahz Jaszle di Karnival Tari Tirana
  • Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro
  • Gambar Diana Danielle di Karnival Jomheboh TV3 Bukit Jalil
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Video Music Astaghfirullah Hafiz Hamidun

    Posted: 28 Jan 2012 09:59 PM PST

    Sempena Hari Maulidur Rasul yang akan mendatang ini, Budiey ingin berkongsi sebuah music video terbaru Hafiz Hamidun dari album Zikir Terapi Diri.

    Setelah 4 minggu album Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun berada di pasaran, kini beliau tampil dengan sebuah lagi klip video dari album tersebut iaitu zikir Astaghfirullah. Klip video ini dirakamkan di sekitar KLCC Kuala Lumpur, disampaikan dengan cara yang 'sempoi' dan bersahaja, sesuai dengan pendekatan berzikir walau di mana sahaja. Ini adalah salah satu usaha dari pihak Hafiz Hamidun dan syarikat rakaman Arteffects International untuk menonjolkan keindahan kota Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia yang dicintai.

    Sehingga kini album Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun telah pun berada di pasaran di seluruh negara, khususnya di kedai-kedai buku agama dan kedai-kedai CD utama. Sebanyak 11 ribu unit telah pun dicetak dan dijual dan angka ini memberi petunjuk bahawa industri muzik tanah air kini mula menunjukkan kesan positif terhadap sambutan pembeli, terutamanya dari segi jualan album secara fizikal.

    Bermula bulan Februari ini juga klip-klip video dari album Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun juga akan mula disiarkan di Astro Oasis, serta boleh juga didapatkan dalam bentuk DVD tidak lama lagi. Sebarang makluman lanjut boleh diikuti terus di twitter Hafiz Hamidun @HAFIZHAMIDUN dan di facebook page Hafiz Hamidun www.facebook.com/hafizhamidunfanpage

    Selamat menghayati alunan Zikir Terapi Diri – Astaghfirullah sempena sambutan Hari Wilayah dan Maulidur Rasul yang bakal menjelang.

    Link video: http://youtu.be/9NcS_2Io9t4

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lirik Lagu Raya Duet Hafiz Hamidun dan Haziq Mentari Syawal
  • Album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun
  • Gambar Hafiz Hamidun @ Anugerah Juara Lagu 23
  • Hafiz Lancar Album Baru Bersama Akim, Aril Yazid dan Isma
  • Hafiz Hamidun Menang Komposer Muda Berpotensi di Anugerah MACP
  • Quotes Of The Day: It's Official Now, I'm Single
  • Hafiz Hamidun Sertai Pakej Umrah Eksklusif Awal Ramadhan
  • Video Hafiz Masa Sekolah Nyanyi Lagu I Believe I Can Fly
  • Gambar Panas Hafiz AF7
  • Isu KEBAS DUIT: RAIN Tak Puas Hati dengan Hafiz Hamidun?
  • Full content generated by Get Full RSS.