Adsense

Rabu, 7 Mac 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Showcase SMASH di Plaza Sungei Wang

Posted: 07 Mar 2012 09:28 PM PST

SM*SH KINI DI MALAYSIA

Selain daripada memenangi anugerah "1 Million Award" bersempena dengan jumlah jualan album mereka yang telah pun mencecah 1 juta unit dalam tempoh 6 bulan pada tahun lepas, kumpulan SMASH daripada Indonesia ini turut memenangi beberapa anugerah lain pada sepanjang mereka bergelar penggiat seni.

Sejak mula ditubuhkan pada tanggal 10 April 2010, kumpulan anak-anak muda ini telah berjaya menawan hati peminat muzik di Indonesia apabila mereka turut dibariskan dengan band-band yang lebih senior seperti J-Rocks, Kotak, Project Pop, dan SKJ 94 pada Dahsyatnya Awards 2011 sebagai antara Aksi Panggung Terdahsyat.

Walaupun baru setahun jagung, kumpulan anak muda ini telah berjaya meraih 4 anugerah pada Inbox Awards 2011 dengan memenangi Pendatang Baru Paling Inbox, Boyband Paling Inbox, Penampilan Paling Inbox dan Lagu Paling Inbox (I Heart You). Mereka juga turut memenangi Nominasi Duo/Group/Band Terfavorit pada Indonesia Kids' Choice Awards 2011, juga 2 anugerah lagi pada Indigo Digital Music Awards 2011 sebagai Artis Baru Terbaik dan Duo/Group Terbaik!

Dengan koleksi nominasi yang telah mereka menangi, SMASH telah membuktikan betapa mereka adalah sekumpulan anak muda yang berbakat ! Khas buat para peminat muzik pop dance tanah air, anda kini berpeluang untuk menyaksikan persembahan SMASH dengan lebih dekat lagi !

Berikut adalah butiran mengenai persembahan ini:

Tarikh : Sabtu, 17hb Mac 2012
Masa : 3 :00 petang
Tempat : Ruang Legar Plaza Sungei Wang

Dengan setiap pembelian album SMASH yang hanya berharga RM27.90 di tapak showcase, anda berpeluang untuk memiliki 'badge button' edisi khas SMASH dan pas eksklusif (Blast Zone) untuk persembahan showcase ini nanti!

Kepada peminat muzik tanah air, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan sulung SMASH di Malaysia!

smash

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • MaJAZZtic Aidilfitri di Sungei Wang Plaza
  • Jags Juara Pertandingan Cheer4Christmas Sungei Wang Plaza
  • Pertandingan Tarian Singa Akrobatik Sungei Wang Plaza
  • Acara Amal Gunting Rambut Stylish 35
  • Samsung Sponsor Sungei Wang Year End Countdown 2011 Street Party
  • Jumbo Queen 2011 Final
  • The Fabulous Cats, Imran Ajmain, Nurul dan Liyana Jasmay di Samrah Aidilfitri
  • Sungei Wang Plaza's Springtime Grandeur Celebration 2012
  • Pertandingan Ratu Jumbo 2010 di Sungei Wang Plaza 26 Oktober
  • Sungei Wang Bantu Stepping Stones Living Centre
  • Hotlink BAGUS Pelan Pra Bayar Terbaru dari Maxis

    Posted: 07 Mar 2012 09:15 PM PST

    MAXIS MELANCARKAN HOTLINK 'BAGUS' – PELAN PRABAYAR SEMUA-DALAM-SATU DENGAN KADAR TERENDAH

    • Hanya dengan harga RM5, Hotlink BAGUS adalah satu-satunya pelan semua-dalam-satu yang memberikan pelanggan akses kepada kadar terendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan

    Bagus

    • Dengan memiliki asas pelanggan yang terbesar sebanyak 14 juta, Maxis menangani pelbagai keperluan pelangggan yang semakin berubah sementara menyediakan pengalaman tambah nilai yang terbaik melalui pelan-pelan inovatif untuk pengguna telefon mudah alih di Malaysia

    • Maxis menyediakan pelanggannya perkhidmatan inovatif dan yang boleh dipercayai yang memenuhi aspirasi mereka serta menjadikan kehidupan mereka lebih mudah

    • Maxis benar-benar memberikan penawaran bersepadu dengan menawarkan para pelanggan satu penyelesaian semua-dalam-satu yang mudah untuk semua bentuk keperluan komunikasi mudah alih

    Hotlink, perkhidmatan prabayar No.1 Malaysia dari Maxis Berhad ("Maxis"), pada hari ini melancarkan Hotlink BAGUS, pelan prabayar inovatif semua-dalam-satu yang memberikan pelanggan akses kepada kadar yang paling rendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan – pada harga RM5 sahaja. Dengan komitmen tambahan sebanyak RM5 (Bagus 5), pelanggan akan menikmati kadar yang lebih rendah, serta data percuma sebanyak 10MB. Majlis pelancaran, yang telah mengambil tempat di hadapan lebih 700 peniaga Hotlink dan Maxis dari seluruh Malaysia dan media, diadakan secara serentak di seluruh negara di 16 bandar-bandar utama yang lain di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak – Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Ipoh, Alor Setar, Melaka, Seremban, Kuantan, Kuala Terengganu, Sandakan, Tawau, Miri, Sibu dan Bintulu.

    "Kami sangat teruja untuk melancarkan Hotlink BAGUS yang akan memberi para pelanggan pengalaman mudah alih yang terbaik dengan kadar yang terbaik, dan menawarkan mereka penyelesaian untuk keperluan pelangggan yang semakin berubah, sama ada mereka di rumah, kerja atau di mana sahaja. Memberikan mereka nilai yang berterusan merupakan lambang kepimpinan kami," kata Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad.

    "Kami juga sentiasa percaya bahawa kami tidak hanya mempunyai 14 juta langganan pelanggan, tetapi juga melihatnya sebagai jalinan hubungan sebanyak jumlah tersebut. Pelanggan hidup dalam dunia yang mencabar dan sentiasa berubah, dan ia merupakan peranan kami untuk menyediakan mereka perkhidmatan inovatif dan yang boleh dipercayai yang memenuhi aspirasi mereka serta menjadikan kehidupan mereka lebih mudah dan diperkayakan. Baru-baru ini, kami melancarkan kadar IDD yang menarik dan sekarang dengan Hotlink BAGUS, para pelanggan boleh menikmati pelbagai produk-produk yang menarik dari Maxis pada tahun ini," Sandip berkata.

    Sementara itu, Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, berkata, "Hotlink BAGUS adalah produk yang sangat unik yang menawarkan LIMA NILAI PENAWARAN BERSEPADU – PANGGILAN, SMS, INTERNET, IDD DAN PERANTAUAN – semuanya dalam satu pek pada KADAR TERENDAH, kadar paling terendah yang pernah Maxis tawarkan kepada pelanggannya. Ini akan mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan para pelanggan kami, terutAmanya dari segi kemudahan dan penjimatan yang besar.

    "Tema 'Kini Anda Boleh' telah menjadi tonggak intipati jenama Hotlink – memperkasakan pelanggan kami dengan memberikan mereka kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu, dan ini telah terbukti daripada pelbagai kempen yang lepas dan produk seperti konsert pertama yang dikuasakan oleh khayalak ramai bersama dengan Yuna, 'Football Hot Tickets', Bonanza Mania, Pas Facebook dan Hot IDD132. Hari ini, BAGUS tetap setia kepada falsafah ini dengan memperkenalkan produk yang senang, mudah, murah dan sudah tentu memperkasakan pelanggan," katanya.

    Bagus

    Pelanggan prabayar Maxis yang sedia ada dan yang baru boleh mendapat manfaat dari Hotlink BAGUS. Pelanggan sedia ada boleh berhijrah ke Pelan Hotlink BAGUS dengan menaip *108*21# pada telefon mudah alih mereka dan membayar yuran penghijrahan sebanyak RM1 sahaja untuk mengalami kadar yang rendah yang ditawarkan oleh BAGUS. Untuk pelanggan baru, mereka hanya perlu membeli pek permulaan RM5 'BAGUS'. LIMA nilai penawaran BAGUS:

    1. Panggilan
    Di bawah pelan Hotlink BAGUS, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 50% untuk semua panggilan ke nombor Hotlink dan Maxis, dengan hanya mengekalkan baki RM10 dalam pek BAGUS mereka. Dengan BAGUS 5, kadar terendah sebanyak 12 sen/min akan diberi, dan ini diterjemahkan kepada penjimatan sehingga 70%.

    2. SMS
    Di bawah pelan Hotlink BAGUS, pelanggan akan menikmati penjimatan sehingga 50% untuk semua SMS ke nombor Hotlink dan Maxis, dengan hanya mengekalkan baki RM10 dalam pek bagus mereka. Dengan BAGUS 5, pelanggan akan menikmati hanya 1 sen/SMS, dan ini diterjemahkan kepada penjimatan sehingga 90%.
    3. Internet
    Pelan Hotlink BAGUS menawarkan pelanggan pas-pas bersaiz kecil pada kadar yang berpatutan. Pelan ini pada dasarnya membenarkan kelonggaran dalam menguruskan keperluan pelayaran internet para pelanggan. Di bawah kategori ini, BAGUS menawarkan Pas Internet Mudah Alih 1-hari yang terendah sebanyak RM2 untuk 100MB, atau Pas Internet Mudah Alih 1-minggu sebanyak RM8 untuk 100MB (bersamaan 200 laman web atau 50 e-mel atau 10 video).
    4. IDD
    Pada Disember 2011, Maxis melancarkan IDD132 ke 10 negara (Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal, Cina, India, Myanmar, Kemboja, Pakistan, Vietnam) dan sejak itu, terdapat lonjakan dalam minit penggunaan (minutes of use – MOU) kepada negara-negara ini, terutamanya Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan India. Dengan permintaan yang sedemikian, pada Februari 2012, Hot IDD132 telah dilanjutkan kepada 50 buah negara. Pada hari ini, IDD di bawah pelan BAGUS menawarkan kadar panggilan terendah (blok pembayaran untuk setiap 30 saat) dan penjimatan sehingga 70% kepada seluruh dunia (233 negara), sepanjang hari, tujuh hari seminggu, dan kadar yang lebih rendah bagi negara-negara asing yang terpilih termasuk Nepal, Cina, India, Myanmar dan Pakistan.

    5. Perantauan
    Dengan pek Hotlink BAGUS, pelanggan boleh menikmati kadar Perantauan Data Prabayar yang terendah sebanyak RM5/MB (penjimatan sehingga 50%) ke 10 negara (semua pengendali) untuk keperluan pelayaran antarabangsa. 10 negara tersebut termasuk Australia, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Macau, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.

    Sebuah kempen media yang komprehensif sedang dijalankan bersempena dengan pelancaran BAGUS, termasuk iklan akhbar, papan iklan, kenderaan dan kedai bertemakan 'BAGUS', bahan-bahan promosi, serta kehadiran di Facebook dan Twitter.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan prabayar baru dan pek permulaan BAGUS, sila lawati peniaga Hotlink anda yang berdekatan atau layari www.nowyoucan.my

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Maxis Lancar Pra Bayar Baru BAGUS
  • Maxis Celebrates Christmas with Hotlink Hot Tickets
  • Hotlink Sends Lucky Customer to Watch American Idol
  • Advertorial: Maxis Brings Students Latest in Mobile Data Services
  • Maxis Launches Hotlink Brand Refresh Initiative
  • Maxis Lancar iPhone 4S & Pelan Baru iValue
  • Sean Kingston's "Beautiful Girls" World Tour LIVE in Kuala Lumpur
  • The BlackBerry is More Affordable with Hotlink
  • Maxis & Hotlink Customers Witness Adam Lambert's Rising Star Live In Singapore
  • S.H.E Concert Live Technology-Themed in Malaysia
  • OHBULAN!

    OHBULAN!


    Ahli Kumpulan Hujan, Hang Dimas Rancang Mohon Kerakyatan Malaysia

    Posted: 07 Mar 2012 04:02 PM PST

    Kepada yang tak tahu, sebelum ini kecoh mengenai Aaron Aziz yang sedang memohon kerakyatan Malaysia sejak tahun lepas (2011) lagi. Namun masih tiada khabar berita gembira dari selebriti yang popular dengan filem Ombak Rindu itu walaupun kini sudah bernaung di bawah sebuah syarikat televisyen swasta.

    Kini giliran Hang Dimas, pengurus dan keyboardist kumpulan Hujan pula menyuarakan hasratnya untuk memohon kerakyatan Malaysia. Mungkin sudah nampak masa depannya disini, sebab itulah Hang Dimas memilih Malaysia sebagai destinasinya.

    Menurut mStar Online, Dimas sudah membawa isteri dan anaknya yang berusia 4 tahun ke Malaysia dan sudah hampir sebulan menetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Dalam kenyataannya kepada wartawan mStar, Dimas menjelaskan bahawa dia akan memohon kerakyatan Malaysia selepas menangguhkan hasratnya beberapa kali.

    "Saya akan membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap di negara ini selepas menyelesaikan beberapa perkara," ujarnya kepada mStar Online.

    Tambah Dimas lagi, "Sebelum ini lagi isteri saya ingin mengikut tinggal di sini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana dia sibuk menguruskan perniagaan milik keluarga di sana. Bagaimanapun Alhamdulillah lah akhirnya mereka dapat bersama saya di sini."

    Kalau begitu, semoga dengan adanya artis seperti Hang Dimas, maka lebih bersinarlah industri hiburan tanahair dengan muzik dan seni yang lebih berkualiti. OHBULAN! juga masih tertanya-tanya apakah status terbaru Aaron Aziz yang sudah lama memohon kerakyatan Malaysia?

    Gossip: Pemain Bolasepak Malaysia Bakal Berlakon Filem?

    Posted: 07 Mar 2012 04:00 PM PST

    Nampaknya , status pemain bolasepak negara sudah bertukar. Kalau dulu mereka hanyalah pemain bolasepak, namun kini pemain bolasepak negara sudah hampir setaraf dengan pemain bola luar negara kerana sudah boleh digelar selebriti.

    Antara pemain Malaysia yang sudah terkenal termasuklah Safee Sali dan juga Khairul Fahmi atau mesra dipanggil Apek yang selalu dihimpit dengan gosip-gosip panas bersama wanita lain.

    Khabar angin yang baru saja OHBULAN! terima semalam mengatakan bahawa sebuah produksi filem baru telah mengikat kontrak bersama pemain bola Malaysia. Pemain-pemain bolasepak ini dipercayai akan turut berganding bersama beberapa orang pelakon popular untuk menjayakan sebuah filem yang OHBULAN! sendiri belum pasti apa tajuknya.

    Jika khabar angin ini benar, OHBULAN memang sudah tidak sabar hendak melihat bakat pemain bolasepak negara dalam bidang lakonan pula. Tidak salah bukan jika kami katakan yang kemungkinan Aidil Zafuan atau Zaquan Adha akan berlakon? Kerana kedua-dua kembar yang kacak ini masing-masing beristerikan selebriti.

    Kita nantikan sahaja berita terbaru selepas ini, anda rasa siapakah mereka?

    Zon Artis

    Zon Artis


    Fasha Sandha & Jejai Pilih Bali Langsungkan Perkahwinan

    Posted: 07 Mar 2012 05:27 AM PST

    GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI DI BALI

    Jika anda ada membaca post yang kami terbitkan sebelum ini, anda pastinya sedia maklum bahawa Fasha Sandha yang mengesahkan akan berkahwin dengan Jejai pada tahun ini enggan mendedahkan tarikh dan lokasi perkahwinannya kepada umum sebaliknya menyatakan menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman.

    Namun tidak pun sampai 48 jam Fasha menyembunyikan mengenai tarikh dan lokasi perkahwinannya itu, Berita Harian secara ekslusif melaporkan yang Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan nama Jejai. akan melangsungkan perkahwinan mereka di Bali, Indonesia, pada 29 April ini.

    Seperti yang turut dilaporkan, persiapan majlis perkahwinan Fasha dan Jejai yang bakal dihadiri oleh 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media itu hampir selesai dan hanya menunggu masanya sahaja. Malah busana pengantin mereka serta jurusolek pilihan juga sudah ditempah sejak awal tahun lagi.

    Dengan ini, terjawablah sudah segala persoalan bila dan dimana Fasha Sandha dan Jejai akan melangsungkan perkahwinan mereka. Sama-sama kita doakan agar apa yang telah mereka rancangankan ini akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan olehNYA. Tak sabar plak tunggu 29 April tiba. Hohoho~

    Related Posts with Thumbnails

    borak kosong

    borak kosong


    Kena beri password facebook untuk dapatkan pekerjaan

    Posted: 07 Mar 2012 09:30 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM, MARYLAND - Syarat untuk melamar kerja di zaman moden seperti sekarang, nampaknya semakin bertambah.
    Facebook saat ini memang kerap digunakan oleh sejumlah perusahaan untuk menilai calon pekerjayang melamar. Sampai batas itu, mungkin bisa dimaklumi.
    Tapi, setujukah Anda bila melamar kerja harus memberitahu username serta password akun Facebook Anda?
    Alasannya, agar pihak perusahaan boleh menyelidiki lebih jauh apa isi akaun si pelamar secara langsung.
    Hal ini terjadi di Maryland, Amerika Syarikat, tepatnya di Department of Corrections. Para pelamar yang mendaftar diminta menyerahkan data login Facebook mereka saat sesi interview.
    Pihak penginterview kemudian mengawasi pelamar yang sedang mengklik postingan wall, teman, foto, dan semuanya, yang sering dilindungi di bawah settingan privasi.
    Para atlet di sejumlah universiti juga dilaporkan telah menjadi 'korban' pengawasan Facebook. Dilansir MSNBC, Rabu (7/3/2012), para pelajar diwajibkan berteman di Facebook dengan pelatih mereka dan pihak sekolah.
    "Di bawah aturan kami, hanya pemilik alamat email dan password yang disebut sebagai pemilik akaun Facebook. Kami juga melarang siapapun mengakses akaun milik orang lain," tegas juru bicara Facebook, Frederic Wolens. (*)

    Lelaki Ini Potong Penis Kekasih Gelap Sang Kekasihnya

    Posted: 07 Mar 2012 09:15 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki asal Aix-en-Provence, Perancis, diseret ke pengadilan kerana memotong penis kekasih gelap kekasihnya dan memasukkannya ke dalam toilet. Demikian AFP, awal pekan ini.
    Blaise Fragione (38) mengaku pada Oktober 2008 lalu ia memukul korban yang hanya diketahui bernama F dengan sebuah pukulan keras di kepala. Tak berapa lama kemudian, ia memotong penis dengan pisau silet dan kemudian memasukkannya ke toilet.
    Fragione mengaku sangat marah setelah F datang kepadanya dan mengatakan dirinya berselingkuh dengan Mado, nama pasangannya yang telah menjalin cinta selama 14 tahun dan memberinya dua anak.
    "Pengungkapan yang tiba-tiba ini membuatnya kehilangan kendali," demikian disampaikan peguam Fragione bernama Marc Ceccaldi.
    "Ia mengaku hal itu membuatnya mendapat trauma," jelas Marc Ceccaldi. Fragione menghadapi tuntutan penjara hingga 15 tahun jika ia terbukti bersalah melakukan serangan dengan kekerasan disertai mutilasi.

    Juri The X Factor Malu Ketahuan Bawa Vibrator

    Posted: 07 Mar 2012 09:00 PM PST

    LONDON- Tulisa Contostavlos mengalami kejadian memalukan ketika sedang berada di lapangan terbang Miami, Amerika. Vibrator yang ada di begnya tiba-tiba bergetar sehingga mencuri perhatian, termasuk petugas. 

    Penyanyi kelahiran Inggris itupun merasa malu dengan insiden tersebut. Terbukti, wajah personel grup hip hop N-Dubz itu merah. Namun, artis 23 tahun itu membantah jika mainan seks itu miliknya dan berdalih sebagai hadiah untuk temannya. 

    "Sangat memalukan ketika itu berbunyi dan berdengung di dalam begku. Aku membelinya sebagai hadiah untuk pasangan, tapi lawak itu berakhir padaku," kata Tulisa seperti dikutip The Sun, Rabu (7/3/2012). 

    Insiden itu juga membuat penggemar juri kontes menyanyi The X Factor ini terkejut. Bahkan, Tulisa sendiri menganggap kejadian itu sebagai hal paling mengerikan dalam hidupnya.(rik)

    Anak Kambing Biri-biri Aneh Miliki 2 Kepala

    Posted: 07 Mar 2012 08:45 PM PST

    SAWALHA - Kambing biri-biri memang tidak termasuk haian langka atau dilindungi kerana jumlah populasinya yang menurun. Tetapi lain ceritanya bila  memiliki dua kepala.

    Meski demikian, seekor anak kambing biri-biri yang lahir di Selatan Kota Sawalha, Arab Saudi mampu menarik perhatian banyak orang. Bagaimana tidak, aanak kambing biri-biri ini memiliki dua kepala dan dua mulut. Namun domba ini hanya memiliki dua mata yang hampir menyatu.

    "Ini adalah pertama kalinya bagi saya melihat peristiwa seperti ini.Ibu kambing biri-biri melahirkan bayinya setelah beberapa jam berada dalam penanganan petugas," ujar pemilik peternakan Khalil Al Salhi seperti dikutip Emirates247 Rabu, (7/3/2012).

    Ditambahkan Salhi, kelahiran anak biri-biri dengan bentuk kepala yang tidak lazim itu telah membuat banyak orang berbondong-bondong mendatangi peternakannya. Mereka datang untuk mengambil foto atau sekadar menyaksikan langsung wujud dari kambing biri-biri berkepala dua itu.(rhs)

    Uniknya Gaun Pengantin Bulu Merak

    Posted: 07 Mar 2012 08:30 PM PST

    Anda pasti sudah sering melihat pakaian pengantin dengan detail hiasan berupa sulaman mewah atau ekor gaun dari bahan tulle yang menjuntai. Ternyata, ada satu lagi detail hiasan yang boleh digunakan dalam pakaian pengantin yang mungkin tak terfikir iaitu bulu burung merak.

    Seperti gaun yang dikenakan seorang pengantin perempuan yang berasal dari Nanjing, Provinsi Jiangsu, China. Sepintas, ia memang terlihat seperti mengenakan gaun pengantin biasa berwarna putih, tetapi hiasan di bahagian ekor gaun sangat mencuri perhatian. Berupa, bulu-bulu merak yang dirangkai sedemikian rupa dan terlihat sangat unik. 

    Tak tanggung-tanggung, rangkaian hiasan ekor merak itu ukurannya mencapai 10 meter x 7 meter. Dalam resepsi pernikahan yang diadakan, 5 March 2012 kelmarin, sang pengantin mengenakan gaun yang bahagian ekornya dihiasi 20 ribu bulu merak.

    Dengan hiasan bulu merak sebanyak itu, tentu saja harga gaun pengantin ini tidak murah. Untuk membuat rangkaian ekor tersebut, biaya yang dihabiskan mencapai US $15.800.

    Sumber : http://kosmo.vivanews.com/news

    Miranda Kerr Terjangkit Virus Angelina Jolie

    Posted: 07 Mar 2012 08:15 PM PST


    infospesial.net -  Nampaknya pose pamer peha Angelina Jolie di karpet merah Oscar beberapa waktu lalu memang telah menjadi trending topic. Pembicaraan hangat mengenai pose Jolie tersebut masih terus berlanjut, mulai dari rumor Jolie meniru gaya rivalnya Jennifer Aniston, hingga pose tersebut dianggap konyol.


    Tak hanya itu aksi pamer peha tersebut kini disbeut sebagai virus Angelina Jolie. Dan tampaknya model seksi Miranda Kerr telah terjangkit virus tersebut. Miranda Kerr terlihat meniru pose Jolie, saat tampil dalam iklan minuman Jepun 'Lipton Limone'. 



    Miranda tampil seksi dengan balutan baju kuning, dan tak ketinggalan ia mempamerkan kaki kanannya seperti yang dilakukan oleh Jolie. Tak hanya mempamerkan kaki kanannya, Miranda juga berpose dengan tangan kirinya memegang pinggangnya, persis seperti pose Angelina Jolie. Miranda sendiri  menjadi duta produk minuman ini sejak beberapa waktu lalu.
    (Dailymail)

    Terdapat Darah di Dalam Telur, Proengeluar di China Beri Alasan Ayam Sedang Datang Bulan

    Posted: 07 Mar 2012 08:00 PM PST


    Sarapan pagi dengan roti bakar yang diisi telur mata sapi enak juga ? Tapi bagaimana kalau telur yang kamu gunakan sudah tercampur darah di dalamnya? Seorang wanita asal Qingdao, China, menyaksikan sebuah pemandangan yang membuatnya mual, ada darah di dalam telur yang baru saja akan dia masak. Ketika dikonfirmasikan kepada pihak pengeluar, mereka berkata bahawa telur tersebut dihasilkan oleh ayam betina yang sedang mengalami menstruasi.
    Wanita tersebut menjelaskan kepada wartawan bahawa dia menemukan telur "berdarah" itu di dalam  telur yang baru saja dibelinya dari supermarket di Qingdao, Shandong. Telur dengan merek 昆虫鸡蛋 atau "Telur Serangga" itu merupakan telur yang diperoleh dari ayam betina yang diberi makan serangga, bukan makan ayam seperti biasanya.
    Ketika pihak wartawan menanyakan masalah ini kepada pihak pengeluar, Zhang, juru bicara dari Telur Serangga mengatakan, "Jika hanya ada beberapa telur yang jelek, maka kami yakin ini adalah kes spesial yang disebabkan oleh induk ayam yang sedang menstruasi."
    Eeemmm...Apa tak terfikir alasan lain yang lebih masuk akal ya? Sebagai orang awam pun secara logik kita boleh berfikir sangatlah tidak mungkin ayam yang sedang menstruasi boleh bertelur. Ini sama halnya seperti manusia yang sedang datang bulan boleh hamil. Ayam juga tidak memiliki rahim seperti manusia, jadi ayam tidak mengalami menstruasi sama seperti manusia.
    Jadi, apa penyebab masalah pada telur ini? Para ahli mengatakan ada 2 kemungkinan. Pertama, saluran telur ayam betina meradang keranan infeksi E. Coli. Kedua, masalah pemberian makanan yang kurang tepat ketika ayam diternakkan.
    Pemberian makan serangga sebagai makanan ayam memang menjadi salah satu point yang ditekankan pihak pengeluarn untuk menjual produk mereka, tetapi para ahli mengatakan itu hanyalah trik penjualan belaka.
    Jadi, lain kali hati-hatilah kalau mahu membeli telur. Tanyakan dulu kepada penjualnya, 

    sumber: chinaSMACK

    Curi 40 Juta Kad Kredit, Hacker Dipenjara 20 Tahun

    Posted: 07 Mar 2012 07:45 PM PST

    Miami, AS - Setelah proses penyelidikan yang cukup lama, polis Amerika Syarikat akhirnya berhasil menahan hacker yang berhasil mencuri 40 juta kad kredit. Pelaku pun kini dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.

    Albert Gonzalez, 28 tahun, sudah lama menjadi buruan pihak berwajib. Mahasiswa drop out universiti ternama ini terbukti meretas ke dalam sistem sejumlah perusahaan ritel besar  Kanada.

    Aksi pencurian data yang dilakukan Gonzalez sebenarnya sudah terjadi cukup lama, yakni sekitar akhir tahun 2007. Namun saat itu pihak berwajib belum menemukan bukti untuk menahan pelaku.

    Kala itu, Gonzalez bersama beberapa rakannya, berhasil menemukan  pada situs ritel terkemuka TJ Maxx, Barnes & Noble dan BJ Wholesale Club. Ia berhasil meretas sistem keamanan kedai tersebut lalu menginstal aplikasi pengintai di dalamnya.

    Akibat aksinya itu, Gonzalez diperkirakan berhasil meraup 40 juta nombor kad kredit dan kad debit yang masih aktif. Tapi sayang, tidak diketahui berapa jumlah kerugian akibat pencurian itu.

    Dikutip detikINET dari sophos, Rabu (7/3/2012), polis baru menemukan titik cerah setelah berhasil menangkap Maksym Yastremskiy, salah satu anggota dari kelompok hacker yang didalangi Gonzalez.

    Yastremskiy ditangkap di Ukranie pada akhir 2009 atas tuduhan pencurian nombor kad kredit, dari sinilah polis baru mendapatkan bukti-bukti yang mengarah terhadap kejahatan Gonzalez. 

    Akibat perbuatannya, Gonzales dijatuhi hukuman selama 20 tahun oleh pengadilan Miami, Amerika Syarikat. Polis pun menganggap kes ini sebagai salah satu aksi peretasan yang luar biasa dan memerlukan waktu bertahun-tahun untuk mencarinya.


    Sumber : http://www.detikinet.com

    Kulit Anak kecil ni Berubah Orange Selepas Makan Carrot

    Posted: 07 Mar 2012 07:30 PM PST

    Sekilas dilihat, Leo Barnett adalah seorang kanak-kanak laki-laki yang normal. Namun, yang membuat anak kecil dari Odiham, Hampshire ini unik adalah warna kulitnya yang berubah orange ketika ia memakan carrot.
    Kanak-kanak  berusia tiga tahun tersebut diyakini adalah satu-satunya orang di Inggris yang menderita hiper-beta carotenemia.


    Keadaan ini bererti tubuhnya tidak boleh mencerna karoten, yang ditemukan dalam carrot dan jeruk. Ini menyebabkannya menumpuk dalam tubuhnya, dan mengubah kulitnya menjadi berwarna orange.


    Ibunya Angie (40), telah dipaksa untuk membuat diet ketat pada Leo dan mengurangi semua makanan yang mengandung karoten.
    Diperlukan waktu berbulan-bulan bagi para ahli di hospital Basingstoke dan Hampshire Utara untuk mendiagnosa Leo dengan keadaani langka ini, kerana mereka belum pernah melihat kes seperti ini sebelumnya.
    Angie pertama kali mengetahui kelainan pada warna kulit Leo saat anaknya tersebut berusia enam bulan.


    "Dia menderita pneumonia dan kami hampir saja kehilangan dia. Ketika ia sakit, tubuhnya mulai melemah. Jika kami meninggalkannya sehari saja maka dia akan mati." tutur Angie.


    "Ginjal dan hatinya gagal, itulah mengapa kami fikir warna kuning jingga itu berasal. Kami hanya menduga itu adalah masalahnya, dan akan segera hilang, tapi sebulan kemudian dia masih berwarna orange." tambahnya.
    Kerana khuatir dengan keadaan putranya, Angie kemudian membawa Leo pada dokter keluarga, yang merujuknya ke dokter spesialis.



    Kerana bingung dengan keadaan aneh Leo, para petugas medik kemudian melakukan serangkaian ujian darah, yang mengungkapkan bahawa anak kecil  tersebut kehilangan enzim hati. Ini menyebabkan tubuhnya tidak dapat mengkonversi karoten menjadi vitamin A, yang memperkuat sistem kekebalan tubuh terhadap infeksi.


    Jumlah karoten yang berlebihan tidak dianggap menjadi resiko kesihatan yang serius, tapi kerana sistem kekebalan tubuh Leo sangat lemah, bahkan pilek boleh membunuhnya.
    Inilah yang menyebabkan Leo harus mendapatkan titisan harian vitamin A serta tablet multi-vitamin. Selain itu keadaanya memaksa Leo harus berhenti makan sayuran.
    Dia juga perluujian darah setiap enam bulan untuk memantau level Vitamin A dalam tubuhnya.

    Jom lihat tentera wanita di dandan sempena EURO 2012

    Posted: 07 Mar 2012 07:15 PM PST

    berita-beritadotcom: Pernah melihat tentara wanita berdandan dan mengenakan skirt agak pendek? Cuba kita intip di sini. Mereka cantik-cantik dan seksi, tidak kalah dengan artis atau selebriti yang biasa tampil di tv atau media massa.
    Tapi mereka bukan untuk mempertontonkan diri seperti para artis, mereka berdandan cantik untuk menjaga perbatasan, agar tidak kelihatan sanggar menyambut Euro musim panas 2012 di Ukraine, Eropah Timur. 

    Tentu ini untuk pertama kalinya dalam sejarah, penggemar bola sepak akan benar-benar mahu untuk lama di lapangan terbang dan diberi tepukan tangan saat mereka ke Euro 2012 musim panas ini.

    Staf yang memeriksa pasport di lapangan terbang Ukraine Borispol  dekat Kiev,  Kali ini tidak sanggar, tapi cantik dan seksi.


    Mereka sudah mulai didandani secantik mungkin. Mengenakan pakain militer lengkap. Benar-benar tentara wanita bergaya artis. Rambutnya ditata seindah mungkin, di make up serapi mungkin, kukunya dicat, dan skirtnya pendek sehingga saat duduk terilihat pehanya.





    Ella, bakal suami hadiri kursus kahwin

    Posted: 07 Mar 2012 07:00 PM PST


    KUALA LUMPUR - Ratu rock negara, Norzila Aminuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Ella dijangka menamatkan zaman daranya tidak lama lagi selepas dia dilihat menghadiri kursus perkahwinan pada 3 Mac lalu bersama bakal suaminya.
    Ella, 46, dan lelaki yang dikenali sebagai A itu dikatakan memilih Pusat Kursus Perkahwinan di Pusat Bandar Damansara di sini iaitu tempat yang sama pasangan, Yusry dan Lisa Surihani menghadiri kursus tersebut.
    Menurut sumber, jejaka pilihan Ella itu bertugas sebagai seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan tempatan dan mereka sudah lama berkenalan.
    Pada satu ketika, hubungan pasangan tersebut dikatakan pernah terputus tetapi kemudiannya bertaut semula setelah kedua-dua bertemu pada satu konsert Ella pada Disember tahun lalu.

    sumber : kosmo online

    Pemuda obes jadi popular di YouTube

    Posted: 07 Mar 2012 06:45 PM PST


    LIVERMORE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemuda obes, Robert Gibbs menyentuh perasaan orang ramai apabila dia menitiskan air mata dalam satu rakaman video.
    Dia menitiskan air mata bagi meminta bantuan untuk menguruskan badan.
    Rakaman video selama tiga minit itu disiarkan di laman YouTube pada minggu lalu.
    Pihak penerbit program bual bicara popular AS, Dr. Phil Show kemudian bersetuju melawat Gibbs di kediamannya di sini selepas rakaman video tersebut disiarkan.
    Gibbs, 23, pernah menyebut mengenai program bual bicara itu dalam rakaman videonya yang telah ditonton lebih sejuta kali.
    Setakat ini, dia mendapat lebih 48 maklum balas daripada penonton.
    Sebahagian daripada penonton itu menawarkan pelbagai panduan diet selain memberi galakan kepadanya.
    Pada hari ini, seorang kru program televisyen berkenaan dijadualkan berkunjung ke kediaman Gibbs untuk membuat liputan.
    Dalam video YouTube yang dirakamkan sehari sebelum dia menyambut hari lahirnya pada Jumaat lalu, Gibbs tidak mendedahkan secara terperinci bentuk bantuan yang diperlukannya.
    Dia berharap dapat menemui seseorang yang berpengetahuan luas tentang kaedah untuk menurunkan berat badannya.
    "Saya membuat rakaman ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tidak peduli lagi tentang ejekan orang lain," kata Gibbs dalam rakaman itu.
    "Inilah peluang terakhir saya untuk menurunkan berat badan," tambahnya.
    Pemuda berkenaan menganggarkan dia memiliki berat badan di antara 272 kilogram (kg) dan 317kg. - AP

    Ditahan lepas kekasih jadi korban meriam buatan sendiri

    Posted: 07 Mar 2012 06:30 PM PST


    SAN DIEGO: Seorang lelaki ditahan semalam selepas meriam buatan sendiri meledak menembusi kediaman bergeraknya, membunuh teman wanitanya di kawasan pergunungan dekat bandar raya ini, kata pihak berkuasa.
    Richard Fox, 39, menembak meriam itu selepas membubuh serbuk bunga api, kata sherif San Diego, Sarjan David Martinez. Teman wanitanya yang berusia 38 tahun ditemui mati akibat cedera terkena serpihan bahan letupan. Menurut Martinez, Fox dirawat di hospital kerana cedera di kaki kanannya dan ditahan untuk siasatan kerana meletupkan bahan letupan hingga menyebabkan kematian. Bagaimanapun, tiga lagi orang dewasa dan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang berada dalam kediaman itu tidak cedera.

    Siasatan awal mendapati Fox di bawah pengaruh alkohol. Pihak berkuasa belum dapat mengesahkan sama ada insiden letupan itu mempunyai motif atau satu kemalangan. - AP



    SUMBER : MYMETRO

    Bekas guru tembak mati pengetua

    Posted: 07 Mar 2012 06:15 PM PST


    JACKSONVILLE (Florida): Seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang pengetua sekolah menengah semalam sebelum menembak dirinya, kata pihak berkuasa.
    Sekolah Menengah Episcopal di Jacksonville berkata mereka amat sedih apabila pengetua sekolah itu, Dale Regan terbunuh tengah hari semalam. "Takziah kepada keluarga beliau dan kami meminta sokongan dan doa anda saat ini," kata sekolah itu dalam satu kenyataan.

    Sumber di sekolah itu memberitahu media, penyerang adalah bekas guru bahasa Sepanyol yang tidak berpuas hati dan melepaskan tembakan daripada senjata yang diseludup masuk ke kawasan sekolah yang disembunyikan dalam bekas guitar. Polis tidak dapat mengesahkan identiti penyerang itu. - AFP



    SUMBER : MYMETRO

    Pengawal curi cincin RM57j

    Posted: 07 Mar 2012 06:00 PM PST


    LONDON: Bekas isteri Sultan Brunei mendakwa seorang pengawal peribadinya mencuri dan menjual sejumlah berlian bernilai lebih �12 juta (RM57) juta sebelum menggantikannya dengan replika murah.
    Mariam Aziz, 55, berkata bekas pengawal peribadinya, Fatimah Kumin Lim, mencuri seutas gelang berlian �3.5 juta dan dua cincin berlian �8.7 juta pada 2008 serta 2009 untuk digunakan bagi membayar hutang judinya.

    Peguam Mariam, Max Mallin, memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, Fatimah, 34, "mengaku" dia "tidak amanah" dengan mengambil barang kemas itu ketika bertugas di rumah majikannya di Kensington.


    Kata Mallin, pengakuan itu dibuat Fatimah ketika suspek disoal siasat polis di Brunei.

    "Bagaimanapun, kini Fatimah mendakwa pengakuan itu dibuat secara paksa," katanya.


    Menurut Mallin, Fatimah mendakwa dia diarah oleh Mariam supaya menjual berlian itu bagi menampung hutang perjudiannya yang dibuat atas nama pengawal peribadi terbabit.



    Mahkamah diberitahu, anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya supaya "meminjamkan" dua cincin berlian biru dan kuning kepada Fatimah tetapi barang kemas itu tidak dipulangkan.

    Kata Afifa, Fatimah dua kali meminta untuk meminjam cincin itu "selama beberapa jam" pada November dan Disember 2009.


    Fatimah juga, katanya, berjanji akan memulangkan barang kemas berkenaan tidak lama selepas itu.

    "Menurut Fatimah, dia menguruskan perjanjian hartanah dan meminta izin meminjam barang kemas ibu (Mariam).


    "Ketika itu, saya memang percaya kepada Fatimah kerana dia seperti kawan karib saya," katanya.


    Afifa berkata, apabila disedari cincin berlian itu dipalsukan, Fatimah merayu kepadanya supaya ia dirahsiakan daripada pengetahuan Mariam.


    Menurut Afifa, Mariam panik apabila mendapat tahu barang kemasnya hilang, manakala satu daripadanya adalah palsu.


    "Ibu saya (Marian) tidak mengizinkan berlian itu diserahkan kepada Fatimah," katanya.


    Sementara itu, Fatimah - tidak hadir dalam perbicaraan semalam - berkata, dia tidak diwakili peguam kerana kekurangan wang.


    Mariam juga menuntut ganti rugi atas kehilangan gelangnya, selain mahu berlian biru dan kuning yang dibeli peniaga di Geneva dipulangkan kepadanya.


    Perbicaraan bersambung hari ini. - DM



    sumber : myMetro

    Guru besar diugut bunuh

    Posted: 07 Mar 2012 05:45 PM PST


    SANDAKAN: Bimbang keselamatannya terancam selepas menerima sepucuk surat mengandungi ugutan bunuh daripada pengirim misteri, seorang guru besar sekolah kebangsaan di sini terpaksa berkurung di dalam rumah selama lima hari, sebelum membuat laporan polis, kelmarin.
    Difahamkan, lelaki berusia 51 tahun itu menerima surat berkenaan yang dihantar sendiri seorang lelaki ke pejabat di sekolah berkenaan, kira-kira jam 1 pagi, pada 29 Februari lalu. 
    Sumber berkata, kerani sekolah yang tidak mengesyaki sebarang implikasi buruk terus menyerahkan surat berkenaan kepada guru besar yang kebetulan berada dalam biliknya.

    Menurutnya, sebaik surat dibuka, guru besar berkenaan terkejut apabila mendapati surat tanpa alamat itu mengandungi kata-kata kesat, selain tertera tulisan ancaman bunuh.



    sumber : myMetro

    Anak tertimbus

    Posted: 07 Mar 2012 05:30 PM PST


    KUALA LUMPUR: "Tolong, tolong! Anak saya tertimbus!," jerit seorang lelaki yang panik apabila melihat anak lelakinya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela di sini, malam tadi.
    Akibat kejadian itu, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan.

    Menceritakan kejadian, seorang jiran, Zaharah Hashim, 54, berkata pada mulanya dia menyangka bunyi bising yang didengari dari belakang rumah kerana dipecah masuk pencuri tetapi selepas terdengar jeritan meminta tolong, dia keluar melihat apa yang berlaku.




    "Pagar dan sebahagian atap rumah mangsa roboh ditimpa tanah, kami dengan segera membantu mengeluarkan mangsa yang tertimbus," katanya.

    Dia berkata mereka menggunakan pintu dan serpihan kayu untuk menahan tanah yang masih bergerak manakala jiran lain segera menelefon bomba.


    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata anggota bomba yang berkejar ke lokasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup ketika dikeluarkan.



    "Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius kira-kira jam 11.50 malam ketika menerima rawatan di HKL," katanya ketika dihubungi semalam.


    sumber : myMetro

    Kolej halimunan di serbu

    Posted: 07 Mar 2012 05:15 PM PST


    KUALA LUMPUR: Bermula daripada pemilik, tenaga pengajar, penuntut hinggalah pengawal keselamatan, semuanya warga asing.
    Itulah 'keanehan' sebuah kolej swasta di ibu negara yang diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen semalam, kerana bukan saja tidak berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak beroperasi dua tahun lalu, malah pekerja dan pelajarnya menyalahgunakan pas perjalanan dimiliki. 
    Kolej itu yang beroperasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat itu diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya jam 10.30 pagi semalam.

    Timbalan Penolong Pengarah 1, Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Abdul Malik Bujang berkata, hasil serbuan itu, enam tenaga pengajar dan 44 penuntut yang belajar di dalam kelas serta seorang pengawal keselamatan warga Sudan ditahan.



    Menurutnya, kolej yang menawarkan kursus pengajian Bahasa Inggeris itu dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu dan mempunyai lebih 300 pelajar yang berasal dari pelbagai negara Timur Tengah, Russia, China dan Kemboja.



    sumber : myMetro

    Mek Power dedah rahsia lahir 18 orang anak

    Posted: 07 Mar 2012 05:00 PM PST


    KOTA BHARU: Suami pantang 'tersentuh', manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar 'pasangan super' apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu.
    Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang 'subur' kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.
    Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.

    "Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.



    "Pada masa sama pekerjaan sebagai pencari buah dan bunga nipah memerlukan saya bangun seawal jam 6 pagi dan menggunakan sepenuhnya kudrat untuk memotong pokok nipah serta menghiris bunganya. Pekerjaan itu membuatkan tubuh saya sentiasa bertenaga dan sihat," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.



    sumber : myMetro

    Tambah ‘koleksi’ ikut nafsu

    Posted: 07 Mar 2012 04:45 PM PST


    KUALA LUMPUR: Seorang suami yang sudah cukup kuota isteri, tetapi masih mahu menambah 'koleksi' teman hidup hingga melanggar syariat Islam, jelas gambaran lelaki yang bertunjangkan nafsu syaitan semata-mata, sekali gus membelakangkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ajaran Islam yang indah dan terbaik tidak mengajar umatnya untuk melanggar syariat, apatah lagi penetapan had (jumlah isteri) dibuat mengikut kemampuan sebagai suami.

    "Empat (isteri) yang Allah beri itu sudah cukup terbaik untuk seorang suami yang mengikut ajaran Islam, tapi ini kalau empat pun dia tak cukup, sampai boleh bernikah sehingga enam bermakna dia hanya penuhi nafsu syaitan daripada keperluan sendiri.


    "Boleh jadi penyakit dah...seks mania pun iya juga. Dia melebihkan keinginannya dan keperluan dia untuk beristeri ramai, sedangkan Islam tidak menggalakkan umatnya begitu.

    "Kita tak boleh membiarkan orang begini dan wajar sekali dia dihukum dengan semaksimum hukuman satunya kerana dia mempermainkan wanita selain dia juga mempersendakan agama apabila berkahwin melebihi kuota," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


    Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang lelaki berusia 50-an di Kota Bharu, Kelantan yang dikatakan licik menipu empat isterinya untuk menambah dua lagi 'cawangan' menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam orang.



    Laporan itu menyebut lelaki berkenaan didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama, malah dakwaan didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki berkenaan.


    sumber : myMetro

    Lelaki berbadan sasa dan bertato ini menangis gara-gara anjing kecil

    Posted: 07 Mar 2012 04:30 PM PST


    ILLINOIS - Marvin Cruz, adalah seorang lelaki dengan berat badan 100 kilogram, bertubuh kekar, dan bertato. Namun jangan salah,lelaki ini sangat takut dengan anjing, dirinya bahkan sempat menangis gara-gara anjing kecil.

    Cruz memiliki ketakutan yang cukup tinggi terhadap anjing kerana dirinya sempat menyaksikan tetangganya dibantai oleh seekor anjing pit bull.

    "Ketika saya masih kecil, anjing pit bull menyerang tetangga saya. Setiap saya melihat anjing itu, saya langsung mengalami ketakutan yang amat sangat," ujar Cruz.

    Lelaki berusia 47 tahun ini bahkan tidak mengunjungi taman di dekat rumahnya selama 40 tahun. Cruz pun akhirnya masuk dalam acara "My Extreme Animal Phobia" yang ada di siaran televisyen Amerika Syarikat (AS). Demikian seperti diberitakan Daily Mail, Minggu.

    Cruz akhirnya menjalani terapi selama lima hari dengan bantuan seorang psikolog Dr. Robin Zasio.
    Lelaki kekar ini akhirnya mulai berjalan ke sebuah taman yang terdapat di Romeoville, Illinois dan seorang yang membawa anjing pit bull kecil ini berjalan dengan santai di belakangnya.

    Ketika menyedari ada anjing di belakangnya, Cruz langsung berlari dan akhirnya lelaki ini pun menangis. Lelaki itu pun langsung ditenangkan dan akhirnya dia dapat menyentuh anjing pit bull tersebut.

    Cruz muncul dalam sesi terakhir dalam acara My Extreme Animal Phobia dan Dr. Zasio pun mengatakan, ketika ada sesuatu yang benar-benar menakutkan Anda, dan Anda terganggu akan hal itu, ini akan menjadi masalah serius yang harus segera diatasi.(rhs)

    Gadis Cantik Ketagihan Air Putih , Minum 9 Liter Sehari

    Posted: 07 Mar 2012 04:15 PM PST


    Bermondsey, London, Air putih sangat penting bagi tubuh dan kebanyakan orang biasanya membutuhkan 8 gelas atau 2 liter air putih. Tapi seorang gadis di London mengaku ketagihan air putih hingga minum 9 liter sehari.

    Air sangat penting untuk sebahagian besar reaksi kimia dalam sel tubuh. Air juga memungkinkan darah membawa nutrisi ke seluruh tubuh. Tubuh manusia kehilangan air setiap hari melalui pernafasan, berpeluh dan buang air, sehingga sangat penting untuk menggantinya.

    NHS merekomendasikan minum air putih sekitar 1,2 liter setiap hari untuk tetap sihat. Tetapi minggu lalu, laporan di British Medical Journal menyatakan bahawa minum ketika tubuh tidak merasa haus dapat mengganggu konsetrasi.

    Terlalu banyak air dapat lebih mengarah pada keadaan yang jarang terjadi namun berpotensi fatal yang disebut hiponatremia. Hal ini biasanya terjadi pada orang yang mengalami ketagihan air putih atau sering disebut 'aquaholic'.

    Salah satu aquaholic adalah Anna Butterworth (24 tahun) yang harus menghabiskan 30 euro seminggu untuk membeli air putih.

    "Ketika saya tumbuh dewasa, kami selalu menyediakan sebotol air di meja makan dan kami semua tahu kami harus minum air untuk tetap sihat dan terhidrasi," jelas Anna Butterworth yang bekerja sebagai account executive di Bermondsey, tenggara London, seperti dilapor Thesun.

    Anna mengatakan tentu saja ada perbedaan ketika orang hanya minum air putih sesekali dan minum air hingga 9 liter sehari, seperti yang ia alami sekarang.

    "Ini tidak pernah menjadi keputusan sedar saya. Itu hanya kebiasaan saya, saya hanya minum bila pun saya mahu," jelas Anna.

    Anna bercerita, ketika ia masih duduk di bangku sekolah ia pernah merasa sangat kecewa kerana tidak membawa botol minum. Ia harus meninggalkan kelas untuk pergi ke keran air (yang biasanya disediakan di tempat umum) untuk minum sepanjang waktu.

    "Ketika saya mulai bekerja dan boleh memiliki botol besar di meja sepanjang waktu, saya merasa berada di syurga. Sebahagian besar di tempat kerja juga banyak minum, jadi saya tidak terlalu menonjol," ujarnya.

    Ia mengaku juga minum teh herbal. kopi dan alkohol. Ketika harus pergi ke bar, ia akan minum 2 gelas besar air putih terlebih dahulu sebelum minum alkohol.

    "Saya juga minum air putih ketika harus minum alkohol, ini akan membantu mengurangi mabuk," tegasnya.

    Anna akan meminum apa saja air yang tersedia, tetapi jika diberi pilihan ia selalu akan memilih air mineral sparkling. Inilah yang membuatnya harus mengeluarkan cukup banyak wang hanya untuk air minum.

    Kerana ketagihan air yang dimilikinya, Anna pernah berkonsultasi dan memeriksakan diri ke doktor. Ia khuatir menderita diabetes kerana keinginannya yang selalu minum air.

    "Saya sudah memeriksakan diri ke doktor untuk diabetes, kerana saya merasa haus yang berlebihan. Tapi ternyata saya baik-baik saja. Saya tidak banyak melakukan olahraga dan makan cukup banyak. Tetapi asupan air membantu saya tetap langsing dan sihat," tutupnya.

    Air putih memang diperlukan tubuh, tetapi bila meminumnya secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan air (water intoxication). Keracunan air terjadi bila seseorang meminumi terlalu banyak air sehingga nutrisi lain di dalam tubuh menjadi terlarut yang mengakibatkan zat tersebut tidak boleh lagi melakukan tugasnya dengan baik.

    Keracunan air juga mengakibatkan ketidakseimbangan elektrolit yang mempengaruhi konsentrasi ion natrium dan memicu terjadinya hiponatremia. Elektrolit adalah garam ion sederhana yang digunakan oleh sel untuk memindahkan cairan serta pesan saraf yang masuk dan keluar dari sel di seluruh tubuh. Tanpa elektrolit, maka tubuh tidak dapat berfungsi.

    Pada kes keracunan air, keadaan hiponatremia yang ekstrim pada akhirnya dapat menyebabkan koma dan kematian. Jika boleh diketahui secara dini, maka pengubatan dengan memberikan cairan yang mengandung elektrolit IV boleh memberikan pemulihan lengkap. Tapi jika tidak ditangani, maka keadaan ini akan berakibat fatal.


    Kucing dijadikan umpan untuk tangkap ikan Marlin

    Posted: 07 Mar 2012 04:00 PM PST



    Macam tak ada benda lain nak dijadikan umpan....


    Wanita tak sedar pisau tertusuk di tengkuknya

    Posted: 07 Mar 2012 03:45 PM PST

    Dia berjaya melepaskan diri daripada cubaan merompak keatas dirinya tetapi Julia Popova tak sedar bahawa sebilah pisau masih metusuk sedalam 15 cm di tengkuknya.

    Kisah gadis berusia 22 tahun yang menjadi perbincangan yang heboh di negaranya. Terutam setelah berbagai suratkabar di Moscow kerana. Julia mengatakan ia tak merasakan apa-apa, sehingga dia tidak tahu pisau itu tertusuk di tengkuknya.

    Pekerja sosial itu mengakui dirinya  diserang seorang perompak yang cuba merampas beg tangannya. Setelah kejadian itu, Julia berjalan pulang ke rumah orangtuanya yang mengambil masa 40 minit perjalanan.
    "Julia terlalu syok sehingga tubuhnya tak  merasakan kesakitan akibat tusukan pisau itu," demikian dikatakan perawat yang memberi perawatan pada Julia dan mengambil gambarnya. Ketika orangtuanya terkejut, baru dia menyedari ada pisau tertusuk tepat di tulang, bahagian belakang lehernya.

    Gambar Julia tertancap pisau itu dikatakan sebagi rekaan oleh orang awam tetapi ramai orang yang meyakinkan bahawa gambar itu asli.

    Kerana cantik guru disuruh berhenti

    Posted: 07 Mar 2012 03:30 PM PST


    lleana Tacconelli (28) telah mengajar selama tiga tahun di sekolah Katolik prestisius,  San Carlo di Milan, Itali. Dengan memilik tiga ijazah  Tacconelli yang juga bekas ratu kecantikan tak mempunyai masalah dalam mengajar.

    Namun, tiba-tiba maslah telah menimpanya hanya kerana dia pernah jadi model foto seksi dan juga berpakaian seksi dimana gambarnya telah beredar di internet.

    Beberapa orang ibu murid yang marah bersikap reaktif dengan mengeluarkan anak-anak perempuannya dari sekolah itu. Sementara yang lain, khususnya bapa pelajar dan juga pihak sekolah berada di belakang Tacconelli.

    Kes ini mula tersebar bila salah seorang ibu kepada pelajar telah memprotes pada guru besar sekolah, Romo Aldo Geranzani. Dia mengatakan Tacconelli terlalu 'menarik dan mengganggu'.

    Kemudian, di dunia internet muncul video Tacconelli ketika berlakon di sebuah sketsa komedi dengan menggunakan seluar pendek ketat dan bra. Juga foto seksinya yang mengenakan baju polis Amerika Syarikat.Kes ini menjadi sensasi di Itali kerana wanita bukan berlakon dalam filem lucah cuma berlakon komedi.

    Ketika masih muda, perempuan berambut panjang ini memegang gelaran Miss Abruzzo, sebuah pertandingan kecantikan tempatan.

    Dia juga pernah jadi finalis pertandingan ratu cantik peringkatt nasional tapi gagal menang. Tacconelli kembali belajar sehingga dia layak untuk mengajar.

    Di tengah kejadian ini, Tacconelli mengaku tetap bersyukur. Dia masih mendapat sokongan.(LINK)