Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


K-Pop: Big Bang Lancarkan Muzik Video “Fantastic Baby”, Awesome!

Posted: 06 Mar 2012 09:38 PM PST

Meletup, itu sahaja perkataan yang OHBULAN! boleh ucapkan. Apa tidaknya, muzik video terbaru dari Big Bang berjudul "Fantastic Baby" ini sangatlah mengujakan. Di samping rentak lagu yang rancak, video berdurasi 4 minit ini benar-benar memukau mata yang melihat kelincahan dan kekacakan ahli kumpulan Big Bang.

Kepada peminat-peminat K-Pop diluar sana, anda harus tonton dan dengan MV terbaru dari Big Bang ini. Kami sendiri sudah ulang lebih 5 kali!

Pengarah Filem “Ombak Rindu”, Osman Ali Nikah 11 Mac Ini!

Posted: 06 Mar 2012 08:42 PM PST

Biasanya kita dengar selebriti yang mahu berkahwin dan mendirikan rumah tangga, namun kali ini, pengarah filem box-office Ombak Rindu pula yang mengambil giliran untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan seorang jurutera dari Sarawak.

Menurut Gua, Osman Ali akan bernikah dengan Aishah Sanai di kampung halaman isterinya itu di Bintulu, Sarawak. Manakala disebelah lelaki, majlis akan diadakan secara sederhana di kampung halaman Osman Ali, Pulau Langkawi.

Mereka berdua dikatakan sudah berkenalan lebih 3 tahun dan oleh kerana komitmen kerja yang tinggi, masing-masing terpaksa menangguhkan hasrat murni untuk berkahwin. Dalam kenyataan terbaru Osman Ali mengenai Aishah,

"Walaupun kami dalam dua bidang yang berbeza, saya di filem dan dia dalam bidang kejuruteraan tetapi kerana ada keserasian tersebut kita mampu untuk berkomunikasi dengan baik. Saya rasa itulah jodoh yang telah ditentukan oleh Allah. Sangat menarik bila kita saling berkongsi pengalaman masing-masing dalam kerjaya masing-masing. Dia juga banyak sokong kerjaya saya. Setiap kali ada idea baru untuk menghasilkan filem, saya akan berbincang dengannya. Dia banyak menyokong saya."

Tahniah kami ucapkan kepada Osman Ali, semoga sukses dalam industri hiburan dan juga bahagia bersama bakal isteri hingga ke akhir hayat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


EKSKLUSIF Video Muzik Terbaru Prema Yin SUPERSTAR

Posted: 06 Mar 2012 07:56 AM PST

Seperti mana Budiey telah war-warkan di Facebook & Twitter, penyanyi pop rock sensasi Prema Yin akan melancarkan muzik video terbarunya SUPERSTAR di laman sesawang miliknya pada 9 Mac ini.

Namun, hak eksklusif telah diberikan kepada blog budiey.com untuk menyiarkannya 2 hari lebih awal. Dan hari ini, 7 Mac 2012, hari Selasa, Budiey menyiarkannya di blog Sensasi Selebriti untuk tatapan semua pembaca.

Tonton video muzik SUPERSTAR & anda bebas untuk mengemukakan komen di ruangan komen kat atas ni ya.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Music Video Superstar Prema Yin Release 9 March
  • Sebalik Pembikinan Video Klip Mila Terbaru GILA
  • Prema Yin The Biography
  • Video & Gambar Percutian Bersama 8TV & Star Cruise Libra
  • Muzik Video Lagu Mati Hidup Kembali Butterfingers
  • Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic
  • Living With A Superstar Shah Rukh Khan Di TV1
  • Menangi Tiket Ke Wrestlemania Tonton WWE Smackdown di TV3
  • Video Muzik Artis Terkenal di Program Popular@Muzik Aktif
  • Diana Danielle, Mawi, Liyana Jasmay Antara Penyampai Trofi AIM17
  • Single Kedua Siti Nurhaliza Remember You Featuring Sean Kingston

    Posted: 06 Mar 2012 06:58 AM PST

    SINGLE KEDUA DATO' SITI NURHALIZA "REMEMBER YOU" YANG MENAMPILKAN SEAN KINGSTON TELAH DIPUTARKAN DI STESYEN RADIO TEMPATAN

    Dato' Siti Nurhaliza berjaya melancarkan single kedua beliau berjudul "Remember You" yang menampilkan penyanyi Jamaica-Amerika terkenal iaitu Sean Kingston untuk putaran di stesyen radio tempatan. Single "Remember You" adalah single kedua Dato' Siti Nurhaliza dari album Inggeris pertama beliau "All Your Love", berikutan kejayaan single pertama beliau berjudul "Falling in Love".

    "Lagu ini cukup bermakna buat diri Siti. Bukan sahaja lagu ini adalah kerjasama sulung Siti dengan artis yang sungguh popular dari Amerika Syarikat, tetapi ia juga merupakan salah satu lagu terbaik yang Siti rakamkan dalam album ini.

    Lagu ini adalah tentang mengenang kembali seseorang yang istimewa dari masa lalu. Tetapi bagi Siti sendiri, Siti banyak mengenang kembali perjalanan Siti dalam persada seni tanahair sejak 17 tahun lalu apabila merakam lagu ini. Berkat doa dan sokongan yang melimpah dari para peminat, keluarga, rakan-rakan artis dan media membuatkan Siti berasa tersyukur, rendah diri, dan disayangi. Oleh itu, Siti mendedikasikan lagu ini kepada semua peminat Siti", ujar Dato' Siti Nurhaliza ketika ditanya mengenai single kedua beliau.

    Untuk mempromosikan single terbaru beliau, Dato' Siti Nurhaliza akan bertemu peminat di dua sesi "Meet The Fans" di tempat dan tarikh berikut:

    1. Rock Corner, The Curve pada hari Sabtu, 10 Mac 2012, dari jam 3:00 petang hingga 5:00 petang.
    2. Music Carnival 2012 @ One Utama Shopping Centre (New Wing), pada hari Jumaat, March 16 2012 dari jam 5:00 petang hingga 7:00 petang

    Lagu dan lirik "Remember You" adalah hasil dari Bryan Bouro dan Alexander Kristian dan diterbitkan oleh Bryan Bouro. Lagu "Remember You" juga diadun oleh Studio mixHous di Los Angeles dan mastering dilakukan di Oasis Mastering di Burbank, California.

    Para peminat Dato' Siti Nurhaliza boleh mendapatkan album Inggeris pertama Dato' Siti Nurhaliza berjudul "All Your Love" di kedai muzik berhampiran atau muat turun lagu Dato' Siti Nurhaliza melalui www.sitidigital.com. Para peminat juga boleh memuat turun audio dan nada dering di sini.

    Untuk mengikuti perkembangan Dato' Siti Nurhaliza, peminat boleh melanggan www.youtube.com/sitidigital atau twitter Dato' Siti Nurhaliza di @ctnurhaliza11.

    Cover Album Siti Nurhaliza 070511-516131

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mesej Sean Kingston
  • Sean Kingston's "Beautiful Girls" World Tour LIVE in Kuala Lumpur
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Skodeng Dato' Siti Nurhaliza di Shout Awards 2010
  • Sidang Media Sean Kingston BEAUTIFUL GIRL World Tour 2008
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Siti Nurhaliza di National Folk Museum Korea
  • Dato' Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Video Persembahan Siti Nurhaliza Celebrate 2012 Marina Bay
  • Saksikan Sean Kingston LIVE di Shout! Awards
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Janda hidup dengan mayat suaminya selama 10 tahun

    Posted: 06 Mar 2012 09:45 PM PST

    Seorang janda hidup  bersama mayat  suaminya selama lebih dari satu dekad kerana dia tidak boleh menerima kematiannya.

    Jean Stevens (91) juga hidup dengan mayat adik kembarnya yang meninggal tahun lalu.

    Setelah semua anggota keluarganya telah meninggal, Stevens mengawetkan mayat mereka dan menyimpannya di rumah. Dia merawat mayat-mayat itu semampunya hingga diketahui oleh polis.Kematian mereka begitu sukar di terima olenya.

    Dia mengatakan bahawa dia ingin dipersatukan kembali dengan James Stevens, suaminya yang meninggal di usia 60 tahun pada tahun 1999, serta June Stevens dan adikkembarnya yang baru sahaja meninggal.

    Dia berbuat demikian agar boleh menyentuh dan berbual bersama mereka.

    Dia menyimpan jenazah adiknya dengan mengenakan pakaian terbaiknya, pada sebuah sofa dalam sebuah bilik dengan tempat tidur dan menyemburnya dengan pewangi yang mahal.

    Hal yang sama dilakukan kepada jenazah suaminya yang diletakkan pada sebuah sofa di dalam garaj.

    Ubah Kelamin, Pondan Pecandu Narkoba Lolos dari Hukuman

    Posted: 06 Mar 2012 09:30 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang pecandu narkoba di Singapura lepas dari hukuman sebat setelah ia mengubah kelaminnya. Pondan bernama Preeta Nivashani M. Rechnam melakukan operasi kelamin di Thailand pada tahun 2006.


    Dilapor The Straits Times, Selasa (6/3/2012), pondan berusia 40 tahun ini dinyatakan sebagai perempuan dan kini ditahan di rumah tahUbah Kelamin, Waria Pecandu Narkoba Lolos dari Hukuman perempuan di Changi, sejak 10 Disember lalu. Demikian disampaikan Deputy Public Prosecutor Kenneth Wong.


    Ia dijatuhi hukuman tujuh tahun tiga bulan penjara kerana terbukti menggunakan shabu-shabu. Preeta harus menjalani hukuman Long-Term Imprisonment 1 (LT1) selama lima tahun dan tiga kali hukuman sebat pada tahun 1998 namun ia lepas dari hukuman sebatketika hukumannya diturunkan menjadi LT2.


    Sayangnya, si pecandu ini kembali menggunakan narkoba setelah hukumannya diturunkan. Hukumannya adalah 7-13 tahun penjara. Jika pelakunya adalah lelaki maka hukumannya antara lain enam sampai 12 kali sebatan.


    DPP Wong mengatakan di depan pengadilan bahwa Preeta ditangkap tengah malam pada 2 Disember tahun lalu di sebuah bilik dengan dua orang lelaki di Oxley Hotel di Geylang. Dalam urine ditemukan heroin dan shabu.

    Posted: 06 Mar 2012 09:15 PM PST

    Inovasi dari dunia fashion kali ini cukup mengerikan. Bagaimana tidak? Seorang desainer menciptakan kasut yang terbuat dari bangkai binatang.

    Desainer tersebut adalah Iris Schieferstein. Ia membuat alas kaki dengan desain yang cukup kontroversi, beberapa di antaranya adalah sandal hak tinggi dengan hiasan burung merpati sedang melebarkan sayap dan boots yang terbuat dari kaki kuda.

    Untuk boots kaki kuda, terinspirasi dari kecintaan Iris terhadap kuda dan kasut. Jadi, menggabungkan kedua hal tersebut nampak seperti idea yang luar biasa bagi Iris.

    Untuk membuat sepatu yang tidak biasa tersebut, desainer asal Berlin itu mengumpulkan bangkai binatang dari tukang daging setempat, yang dibuang setelah dagingnya digunakan untuk sosej. Iris menghabiskan waktu selama seminggu untuk melakukan pengelupasan dan pembersihan tulang dari kaki serta kulit bangkai binatang tersebut.

    Setelah itu Iris mengawetkan kulit dan tubuh mereka, sebelum akhirnya dibentuk menjadi alas kaki. Saat membuat kasut 'aneh'nya, desainer berusia 45 tahun itu sempat merasa buruk dan beberapa kali hampir dipenjara oleh pemerintah Jerman.

    "Membuat sepatu (binatang) itu adalah pekerjaan yang buruk, mengeluarkan daging sama sekali tidak menyenangkan, seperti taxydermy. Ketika saya mulai bekerja dengan hewan mati, saya mengambilnya dari jalanan. Tapi mereka dilindungi pemerintah di Jerman, dan setelah sepuluh tahun mereka mencoba menempatkan saya di penjara. Sekarang saya mengambilnya dari tukang daging," ujar Iris, seperti yang dikutip dari Daily Mail.

    Selain sandal merpati dan boots kaki kuda, ada pula sepatu heels model peep toe yang terbuat dari kulit ular. Sekilas, kulit ular tersebut tampak seperti dililitkan dan kepalanya dijadikan hiasan untuk bahagian depan kasut.

    Koleksi sepatu yang akan ditampilkan di berbagai pameran di seluruh dunia itu, dijual dengan harga 3.900 poundsterling. Meski dijual dengan harga yang cukup tinggi, kasut itu hanya dapat dikenakan selama beberapa jam, sebelum akhirnya menjadi tidak nyaman.

    Sumber : http://wolipop.detik.com/read

    Setelah Diet Wanita Ini Nampak Mirip Marlyn Monroe

    Posted: 06 Mar 2012 09:00 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM, MANCHESTER - Awalnya Victoria Steel (25), hanya berkeinginan untuk menurunkan berat badannya, namun setelah berhasil menurunkan berat badannya, kini rupa wanita asal Manchester, Inggris tersebut, telah merombak penampilannya sehingga menyerupai Marlyn Monroe.


    Wanita yang bekerja sebagai petugas keamanan kelab malam ini, mengungkapkan dirinya memang banyak terinspirasi oleh Marlyn Monroe ketika memutuskan mengubah penampilannya seperti bintang idolanya tersebut. "Aku mencintai Marilyn Monroe, saat aku tumbuh dewasa," ujarnya seperti dikutip dari Dailymail.


    Menurutnya, Victoria tak menyedari, bahawa keinginannya untuk menurunkan berat badannya, mengubah bentuk perawakannya. ia pun mengaku terkejut dengan hasilnya.


    "Ketika berat badan saya turun, semua teman dan keluarga saya mengatakan bahawa saya tampak persis seperti dia, aku terlihat sangat berbeza sekarang, saya seperti Marilyn," lanjutnya.


    Kepada wartawan Victoria bercerita, dirinya pada usia 24 tahun memiliki berat badan 107.95 kilogram, dengan ukuran baju 20, oleh kerana itulah ia menurunkan berat badannya.


    "Aku melihat diriku di dalam cermin di suatu pagi dan perut saya terlihat besar. Saya memutuskan saya harus menurunkan berat badan," katanya.


    Sejak itulah, ia mulai mengurangi porsi makannya. "Aku makan roti isi ham dan keju untuk sarapan dan sama sekali tidak makan tengahari. Saya membeli bola yoga untuk melakukan sit up. Aku latihan setengah jam setiap hari dan aku mulai berasa berat badan saya mulai turun," ucapnya.


    "Saya merasa fantastik. Saya dapat mengenakan gaun dan tshirt saya terlihat longgar saya merasa seperti wanita baru," lanjutnya.


    Kini dengan penampilan dan karier barunya di dunia model, ia menyatakan tidak ingin kembali ke kehidupannya yang lama. "Turunnya berat badan saya benar-benar mengubah hidup saya. Ketika saya melihat kembali foto-foto lama saya sebelum berat badan saya turun saya tidak pernah membayangkan saya akan berakhir nampak seperti Marilyn," tutupnya.

    Jadi Lelaki, Gadis 20 Tahun Tipu Kekasihnya

    Posted: 06 Mar 2012 09:00 PM PST

    Seorang gadis Inggris menyamar laki-laki dan menipu kekasihnya. Gadis itu mengenakan pakaian longgar untuk menutupi lekukan tubuhnya. 

    Perempuan berusia 20 tahun itu membuat identiti baru untuk berhubungan dengan gadis-gadis lain yang menjadi mangsanya, melalui situs jejaring sosial seperti Facebook.

    Mangsa mulai curiga dan melaporkannya ke polis. Akhirnya, polis berhasil menangkapnya dan memasukkannya dalam penjara selama dua setengah tahun atas kes pelanggaran seksual. Demikian diberitakan Emirates247, Selasa (6/3/2012).

    Manngsa yang berusia 18 tahun sangat trauma dan berfikir untuk mengakhiri hidupnya. Selama 7 bulan menjalin hubungan, dia sudah jatuh cinta dengan "kekasihnya".

    Dirinya tidak mengetahui apa alasan teman wanitanya itu menyamar sebagai kekasihnya. Hingga saat ini dia masih bertanya-tanya mengapa pelaku memilih melakukan penipuan tersebut kepadanya.

    Sumber : http://international.okezone.com

    Aneh, Ditemukan Surat Perjanjian Adolf Hitler Dengan Setan

    Posted: 06 Mar 2012 08:45 PM PST


    Dr. Greta Leiber dari Jerman, seorang paranormal spesialis pemburu setan menemukan sebuah surat perjanjian yang misteri namun diperkirakan otentik.


     Di bekas reruntuhan bangunan yang digunakan oleh Adolf Hitler bunuh diri, Dr. Greta menemukan Surat Perjanjian yang diduga kuat merupakan Perjanjian antara Hitler dengan Setan.


     Surat perjanjian itu bertarikh 30 April 1932. Surat ini ditandatangani dengan darah dari kedua belah pihak. Di dalamnya, setan yang bernama Lucifer berjanji akan memberi kepada Hitler kekuasaan yang tak terbatas.


     Sang Fuhrer akan menjadi penguasa absolute seluruh negeri Jerman dan sebagian Eropah, sehingga akan disanjung dan dihormati jutaan orang. Meski untuk mendapatkan semua itu harus menggunakan kekuatan jahat berskala besar. Sebagai imbalannya Hitler memberikan jiwanya kepada setan 13 tahun kemudian.


     Di depan 11 orang panelis yang dihadirkannya dalam sebuah symposium, Dr. Greta mengatakan bahawa : "Fakta perjanjian itu benar-benar otentik".


     "Apa yang tertulis di dalamnya, SESUAI sekali dengan perjalanan sejarah dan ratusan kes yang terjadi selama Perang Dunia II berlangsung", tambahnya.


     Menurut Dr. Greta, sejarah telah menunjukkan, bahawa Hitler selalu gagal dalam tindakannya sebelum tahun 1932. " Dia gagal menyelesaikan SMU. Juga 2 kali terburuk di ujian masuk sekolah kesenian. Ia jadi pengangguran, dan bahkan pernah masuk penjara, " papar Dr. Greta tentang sebahagian perjalanan hidup Hitler.


     Pasca tahun 1932 kehidupan Hitler benar-benar berubah total. Orang mulai mendengarkan ucapan-ucapannya. Bagai sebuah roket, kariernya melesat dengan amat cepat. Tepat di bulan Januari 1933 Hitler berhasil menjadi penguasa Jerman .


     Dan pada 30 April 1945, tepat 13 tahun dari tarikh fakta perjanjian dengan setan itu ditandatangani, kekuasaan Hitler hancur.


     Surat perjanjian yang diduga kuat dibuat antara Hitler dan Lucifer itu ditemukan di sebuah peti besi, di bekas gedung dimana Hitler diperkirakan bunuh diri. Meski surat tersebut agak rosak tapi masih jelas terbaca. Surat perjanjian tersebut kini berada di Berlin Institute of History Jerman sebagai bahan penelitian.




    Sumber.  alampikiranku-alampikiranku.blogspot.co

    EIena Udrea Menteri Paling Seksi di Romania

    Posted: 06 Mar 2012 08:30 PM PST


    EIena Udrea di Romania dikenal sebagai salah seorang menteri yang hobi mengundang sensasi. Salah satunya saat tampil di majalah fashion. Di sampul tersebut Elena mengenakan gaun ketat berwarna hijau dengan bahagian dada yang cukup terbuka dan kasut boot layaknya seorang model.


     Elena merupakan politikus yang cukup dermawan.Beberapa waktu lalu Elena sempat menyumbang satu trak berisi kasut high heels kepada para wanita mangsa banjir di Romania. Menurut Elena hal itu ia lakukan kerana ia ingin para wanita mangsa banjir itu tetap merasa cantik.

    Senjata Unik, Agar Orang Lain Diam Ciptaan Ilmuwan Jepun

    Posted: 06 Mar 2012 08:15 PM PST



    Sering marah kerana seseorang terlalu bising di panggung wayang atau perpustakaan? Ini khabar baik, kerana ilmuwan Jepun telah menciptakan senjata khusus yang dapat membuat mereka malas bercakap lagi untuk sesaat.


     Sebenarnya, pistol yang ada sekarangpun sudah cukup untuk membuat seseorang diam. Tapi kamu tak mahu berurusan dengan hukum dan menginap di dalam sel penjara bukan? Makanya, kita perlu senjata khusus untuk mengatasi para manusia yang punya kebiasaan mengeluarkan suara bukan pada tempatnya ini. Tentu dengan cara yang lebih elegan, simple, dan tanpa titisan darah dimana-mana.


     Yang kita perlukan adalah SpeechJammer! Terima kasih untuk Kazutaka Kurihara dan Koji Tsukada yang sudah bersusah payah menemukan alat tersebut untuk kita pecinta ketenangan. Senjata buatan mereka ini menurut mereka ampuh untuk membuat orang malas bicara dalam sekejap. Bagaimana cara alat unik ini bekerja?


     Simple, cukup arahkan 'muncung' senjata tersebut ke arah mulut target dengan bantuan sinar laser. Klik pemetik dan alat directional mike (lihat gambar bawah) akan merakam apa yang mereka ucapkan dan directional speaker akan mengembalikan ucapan mereka ke arahnya dalam rentang waktu cuma 0,2 saat. Dan ternyata hal itu sudah cukup untuk membuat siapapun target menjadi kebingungan dan menghentikan perbualannya.






    Satu kelemahan alat ini, atau dua, adalah tidak dapat digunakan selain untuk orang yang sedang berbicara. Artinya tidak efektif untuk seseorang yang mengeluarkan suara-suara tanpa erti dari mulutnya, seperti tertawa, berteriak atau bergumam tidak jelas seperti orang kesurupan. Kelemahan lainnya adalah ukurannya yang besar. Kita jelas akan terlihat aneh ketika membawa alat ini ke ruangan kelas atau perpustakaan. Belum lagi beratnya yang akan membuat kamu semakin pendek jika dibawa terus-menerus.


     Tapi bagaimanapun, alat ini dapat melakukan tugasnya dengan baik dan penemuannya sendiri adalah sesuatu yang mengagumkan. Alat ini juga amat sesuai untuk digunakan oleh petugas perpustakaan, pensyarah, guru, mahasiswa, politikus, dan para suami/isetri yang memiliki pasangan sedikit comel. Kita tunggu saja bilaalat ini bakal hadir di kedai terdekat.



    Hacker Sebar Foto Bogel Olivia Munn

    Posted: 06 Mar 2012 08:00 PM PST

    infospesial.net -  Dunia maya dihebohkan dengan beredarnya foto bogel Olivia Munn, hacker dikhabarkan telah berhasil mencerobohl foto peribadinya di telefonnya. 


    Namun, beberapa sumber mengatakan bahawa foto-foto telanjang yang diposting online palsu, beberapa foto yang menampilkan Olivia berpakaian seksi itu adalah dirinya, kerana foto itu sebelumnya diposting di Twitter-nya, tapi foto telanjang bukanlah dirinya.

    Olivia sendiri membantah foto tersebut adalah dirinya, dengan menulis tweet di twitter.





    Dirinya masuk dalam daftar selebriti yang menjadi korban kejahatan para hacker yang berhasil mencuri data peribadi di telefon mereka dan menyebar foto peribadi ke publik. Sebelumnya Scarlett Johansson Vanessa Hudgens menjadi korban.

    ‘Password1′, Kata Sendi Komputer Paling Populer di Dunia

    Posted: 06 Mar 2012 07:45 PM PST


    'Password1' menjadi kata sendi komputer paling popular kerana memenuhi segala persyaratan dalam membangun kata sendi yang kuat
    Kata sendi yang paling popular digunakan pekerja dalam komputer mereka berhasil diungkap, dan kata sendi tersebut adalah 'Password1′.
    Untuk membuktikan pekerja pejabat bukanlah tipe orang yang kreatif, perusahaan keamanan onlineTrustwave mengungkapkan bahawa kata sendi 'Password1′ banyak digunakan para pekerja kerana kata tersebut memenuhi syarat pengaturan kompleks.
    Lebih dari lima peratus pengguna komputer memilih 'Password1′ sebagai kata sendi kerana memiliki gabungan dari huruf kapital, nombor, simbol dan memiliki jumlah karakter sesuai dengan yang biasanya diperlukan dalam membangun sebuah kata sendi yang kuat.
    Ini disebabkan kata sendi tersebut paling mudah untuk diingat, meskipun sedikit lebih kompleks darikata sendi populer yang digunakan para pengguna komputer rumahan, iaitu – password.

    Laporan keamanan global dari Trustwave pada 2012 mengungkapkan, kurangnya perhatian para pekerja terhadap keamanan online pada perusahaan-perusahaan di seluruh dunia.
    Laporan tersebut mencatat bagaimana sang pengguna ingin membiarkan rakan-rakannya tahu cara untuk mengakses akaun mereka.

    Selain itu, mereka juga cenderung mengatur nama pengguna (user name), hampir mirip dengan kata sendi dengan membuat perubahan-perubahan sederhana pada kata sendi, misalnya dengan menambahkan satu digit tambahan pada akhir sendi.

    Group Hacker LulzSec Dihancurkan Oleh Pemimpinnya Sendiri yang Khianat

    Posted: 06 Mar 2012 07:30 PM PST

    Mengejutkan! FBI baru saja menangkap seluruh member top dari group hacker sensasional LulzSec. Siapa yang membocorkan kedudukanmereka ke FBI? Ternyata tak lain dari sang pemimpin organisasi itu sendiri.





    Sang pemimpin yang selama ini dikenal dengan nama Sabu di internet, dan kini diketahui sebagai warga New York bernama Hector Xavier Monsegur, tanpa sepengetahuan member organisasinya yang lain ternyata sudah selingkuh dengan FBI selama berbulan-bulan.
    Lelaki pengangguran berusia 28 tahun ini ternyata memang cukup licik. Ingat ketika ia mendeklarasikan gerakan #F**kFBIFridays yang mengakibatkan down-nya beberapa website milik pemerintah? Kini baru diketahui bahwa operasi tersebut ternyata malah ia pandu secara langsung dari balik markas FBI sendiri. Bahkan lucunya lagi, ia kelmarin baru saja menulis pesan ini di Tweeter:
    "Pemerintah federal kita dijalankan oleh para pengecut. Jangan menyerah terhadap orang-orang ini. Lawan balik. Tetap kuat."
    Sebetulnya, beberapa member dan hacker lain sudah ada yang merasa curiga dengan gerak-gerik Sabu belakangan ini. Dalam sebuah blog diskusi yang dilakukan antara salah satu hacker ternama ber-id virusdan editor Gizmodo Sam Biddle beberapa waktu yang lalu, terlihat bahawa saat itu virus sudah merasakan ada yang tidak beres dengan Sabu. Sabu dikhabarkan sempat menghilang dari dunia internet selama satu minggu dengan alasan neneknya meninggal. Saat kembali aktif, Sabu sempat memberi sekumpulan daftar IP kepada virus dan meminta bantuannya untuk mengakses email dari para pemilik IP tersebut. Virus dijanjikan akan menerima imbalan berupa wang jika ia mahu bekerja sama. Tapi saat itu --selain kerana hubungan keduanya yang memang tidak mulus semenjak dulu-- virus merasa curiga dan memilih menolak tawaran tersebut. Kecurigaannya semakin menjadi-jadi ketika ia menyedari bahawa mulai saat itu, gerakan FBI semakin produktif dengan berhasil menahan beberapa hacker, satu per satu.
    Dalam penangkapan yang baru saja dilakukan, identiti para tersangka telah teridentifikasi sebagai berikut:
    - Ryan Ackroyd aka Kayla dari London
    - Jake Davis aka Topiary dari London
    - Darren Martyn aka pwnsauce dari Ireland
    - Donncha O-Cearrbhail aka palladium dari Ireland
    - Jeremy Hammond aka Anarchaos dari Chicago
    Lalu apa sebenarnya niat Hector melakukan semua ini? Mengapa lelaki yang dikhabarkan oleh FOX News sudah bekerja sama dengan FBI semenjak bulan Jun yang lalu ini sanggupmenghancurkan organisasi serta kepercayaan kawan-kawan seperjuangannya di atas? Ternyata, seorang hacker kawakan pun punya titik kelemahan yang sama dengan kita. Rasa kasih sayang.
    FBI mengakui lelaki ini tidak mudah diajak bekerja sama. Satu-satunya alasan mengapa akhirnya ia tunduk di tangan FBI adalah anak-anaknya. Ia tak ingin meninggalkan mereka dengan pergi ke penjara.
    sumber: FOX News via Gizmodo

    Bangga jadi anggota keluarga albino terbesar

    Posted: 06 Mar 2012 07:15 PM PST


    NEW DELHI: Sepasang suami isteri semalam meluahkan rasa bangga mereka kerana berjaya membesarkan keluarga albino paling ramai di dunia.
    Pasangan warga India berkulit putih, Roseturai Pullan, 50, dan isteri Mani, 45, mempunyai lapan anggota keluarga lain yang albino.

    Mereka berjaya menangani prasangka dan kesukaran yang dihadapi selama bertahun-tahun. Tetapi kini, keluarga unik 10 orang itu hanya menanti masa untuk mendapat pengiktirafan daripada Rekod Dunia Guinness.


    Anak lelaki pasangan itu, Vijay, 25, Shankar, 24 dan Ramkishan, 19, di samping anak perempuan, Renu, 23, Deepa, 21 dan Pooja, 18, mewarisi penyakit albino mereka.

    Renu pula berkahwin dengan seorang lagi albino, Rosheh, 27, dan anak mereka, Dharamraj, dua tahun, juga albino.


    Semua anggota keluarga itu yang tinggal dalam rumah pangsa satu bilik di Delhi memiliki kulit pucat, masalah penglihatan dan kesan sampingan kerana bersifat albino.



    Roseturai memberitahu akhbar The Sun: "Saya ada mendengar orang menggelar kami 'angrez' yang bermaksud Inggeris. "Sukar bagi orang ramai untuk memahami bahawa kami dilahir dan dibesar sebagai kaum India.

    "Apa yang kami tahu ialah kami tidak boleh melihat dengan baik dan kami tidak boleh terdedah kepada mata hari untuk tempoh masa yang lama.


    "Tetapi kami menjalani kehidupan sebaik mungkin." Perkahwinan Roseturai dan Mani pada 1983 diatur keluarga mereka. Pasangan itu berpindah dari Tamil Nadu di selatan India ke Delhi, tempat Roesturai menjual telur di gerai.

    "Ibu bapa kami berkata, kami pasangan paling sesuai kerana kami 'sama.' Di India Selatan, kami diberitahu, jika anda berkahwin dengan albino ia petanda baik dan kaya," kata Roseturai. - TS



    sumber : myMetro

    Seketul Nuget dijual RM24,510

    Posted: 06 Mar 2012 07:00 PM PST

    DAKOTA CITY - Seorang wanita di Nebraska menjual seketul nuget McDonald berusia tiga tahun yang didakwa menyerupai Presiden Pertama Amerika Syarikat, George Washington dengan harga AS$8,100 (RM24,510) di laman lelong dalam talian, eBay.

    Rebekah Speight berkata, dia mahu menggunakan wang itu untuk membiayai 50 kanak-kanak ke sebuah kem musim panas di Sioux City.

    "Saya hampir membuang nuget tersebut sebelum menyedari ia menyerupai wajah Washington. Ia turut disimpan dalam peti sejuk beku bagi mengelakkannya reput,"menurutnya.



    sumber : sinar harian

    Lelaki dakwa pemilik Facebook tambah bilangan peguam

    Posted: 06 Mar 2012 06:45 PM PST


    BUFFALO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki, Paul Ceglia yang mendakwa dia turut berhak ke atas syarikat Internet, Facebook telah menambah lima lagi peguam yang akan mempertahankan dakwaannya itu.
    Ketua pasukan peguam itu, Dean Boland menyatakan kelmarin bahawa penambahan peguam dari firma New York, Milberg LLP dan beberapa tempat lain menggambarkan bahawa mereka memiliki kes yang kukuh.
    Ceglia sebelum ini memberitahu, dia berhak mendapat separuh nilai Facebook selepas menandatangani satu kontrak bersama Mark Zuckerberg pada 2006.
    Kontrak itu ditandatangani ketika Zuckerberg belajar di Universiti Harvard.
    Mengulas mengenai dakwaan Ceglia, beberapa peguam Facebook bagaimanapun memberitahu, kontrak tersebut palsu dan tiada kena mengena dengan laman jaringan sosial tersebut.
    Laman jaringan sosial berkenaan kini memiliki 845 juta pengguna dan mencatat perolehan sebanyak AS$3.7 bilion (RM11.1 bilion) pada tahun lalu. - AP

    sumber : kosmo online

    Pasangan kekasih mati dalam bilik hotel

    Posted: 06 Mar 2012 06:30 PM PST


    SINGAPURA: Seorang pekerja warga asing dan seorang pembantu rumah Filipina, ditemui mati di sebuah hotel di Geylang, malam kelmarin.
    Mayat mereka ditemui oleh pekerja hotel kira-kira jam 11.40 malam di Hotel Summer, di Lorong 22, Geylang. 
    Akhbar Lianhe Wanbao melaporkan, mangsa lelaki, Mohammad Sumon Lutfar, 22, dipercayai warga Bangladesh dan mangsa wanita, Rezzilyn Lodia Vinegas, 33, dari Filipina.

    Menurut laporan, kedua-dua mangsa itu bertemu enam bulan lalu dan menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan kemudian.



    Mohammad, yang dikatakan bekerja di sebuah syarikat penyaman udara, sentiasa memberi hadiah seperti seutas rantai perak kepada Rezzilyn. Mereka juga dikatakan sudah bertukar cincin pertunangan.


    Laman Facebook Rezzilyn, dipenuhi dengan komen seperti "Bercintalah dengan mereka yang bukan saja berbangga tetapi gembira bersama awak, dan sanggup mengambil risiko hanya untuk bersama awak."

    Komen Mohammad tidak terlalu prolifik, dan hanya menulis mesej seperti "Saya sedang mabuk cinta dengan?"

    Akhbar Straits Times mengatakan, pasangan itu sering bertengkar dan rakan Razzilyn berkata, dia meninbang untuk memutuskan hubungan dengan Mohammad.

    Temuramah dengan rakan sekerja mendedahkan, tidak seperti Rezzilyn, yang memberitahu mengenai hubungan cinta mereka dan pertunangan mereka, Mohammad merahsiakan hubungannya.

    Rakan sekerjanya tidak tahu dia mempunyai teman wanita. - The New Paper. 



    sumber : myMetro

    Ahli Parlimen bedah hidung dipecat

    Posted: 06 Mar 2012 06:15 PM PST


    KAHERAH: Seorang ahli Parlimen mewakili parti Islam paling konservatif semalam meletak jawatan selepas didapati berbohong mengenai pembedahan kosmetik pada hidungnya.
    Wakil Parti al-Nour, Anwar al-Balkimy, sebelum ini mendakwa balutan pada mukanya sebelum ini akibat dipukul ketika keretanya dilarikan penjenayah.

    Dalam kenyataan dikeluarkan Parti an-Nour, Anwar meletak jawatan selepas ketua parti berkenaan, Emad Abdel Ghafour, bersama sekumpulan pemimpin lain mengunjunginya di hospital untuk menyoal siasatnya.


    "Didapati dakwaan dia menjadi mangsa serangan penjenayah tidak benar," kata kenyataan itu.

    Parti itu juga meminta maaf atas penipuan dilakukan Anwar.


    Sebagai pembawa fahaman konservatif, kumpulan digelar Salafi itu mengikut tafsiran Islam yang ketat, termasuk mengharamkan pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan.



    Langkah itu dianggap mengubah ketentuan Tuhan.

    Sementara itu, jurucakap al-Nour, Nader Bakar, berkata Anwar juga dipecat daripada parti berkenaan.


    Katanya, Anwar juga meminta maaf atas tindakannya sebelum ini.

    "Kami cuba menonjolkan nilai sosial baru dalam politik berdasarkan prinsip Islam.


    "Dia mungkin mengalami masalah gangguan emosi," katanya. Sejak beberapa hari lalu, media tempatan menyiarkan gambar muka Anwar berbalut sehingga hanya menampakkan mata, mulut dan jambangnya.


    Menurut media, Anwar masuk ke sebuah hospital di Kaherah pada 28 Februari untuk membedah hidungnya dan pergi ke sebuah hospital lain beberapa hari kemudian dengan mendakwa kononnya dia dipukul. - AP



    sumber : myMetro

    Ketagih kuku panjang

    Posted: 06 Mar 2012 06:00 PM PST


    LOS ANGELES: Seorang wanita yang ketagih membiarkan kuku jari tangannya panjang, kini mempunyai kuku jari kaki yang panjang sehingga 10 sentimeter, menyebabkan pergerakannya terhad dan menjejaskan kesihatannya.
    Wanita yang dikenali sebagai Ayanna, 54, adalah karektor aneh terbaru yang muncul dalam rancangan TLC, 'My Strange Addiction' (Ketagihan Ganjil Saya).

    Menerusi rancangan itu, Ayanna berkata, dia enggan memotong kuku itu dan menyifatkannya sebagai bayinya.


    "Ia seksi dan nakal. Saya dianggap Dewi kuku panjang," kata Ayanna dalam rancangan gaya hidup itu, sekali gus mengejutkan anak pembaptisannya, Kuwait dan rakan, Vincent.

    Dia baru-baru ini disahkan menghidap penyakit kencing manis yang memerlukan dia melakukan senaman untuk mengatasinya.


    Namun, peminat kuku terlampau itu tidak mempedulikannya. Keluarganya berkata, dia akan mempertahankan kukunya dengan apa cara sekalipun.



    Ayanna yang terpaksa berjalan perlahan dengan mengunnakan tumit seperti penguin serta memanjat tangga dengan mengiring, jarang tidur melentang kerana selimut dirasakan seperti batu bata yang menghempap kuku kakinya.

    Lebih buruk lagi, dia tidak boleh memakai stokin atau kasut lain kecuali selipar.


    Ayanna tidak memotong kuku tangannya sejak berusia 24 tahun. Tetapi tahun lalu, ketagihannya itu merebak pada kaki.

    Kuku jari kakinya yang terpanjang berukuran 10 sentimeter sementara yang terpendek, lima sentimeter. Kecewa dengan ketidaupayaan rakannya untuk bermain dengan cucunya serta kedegilannya untuk mengawal penyakit kencing manisnya, Vincent membawa Ayanna ke kelas tarian dalam usaha untuk menunjukkan tahap dia telah melumpuhkan dirinya.


    Tetapi nenek itu menarik diri selepas sesi pertama kerana bimbang Vincent akan terpijak kukunya.


    Tanpa putus asa, Vincent berusaha sekali lagi untuk meyakinkan Ayanna supaya mengubah gaya hidupnya. Dia memujuk wanita itu memotong kukunya itu. Bagaimanapaun, Ayanna menjawab: "Ia adalah 50 peratus daripada saya. Saya sudah pasti tidak akan memotongnya." - DM



    sumber : myMetro

    Lidah budak hampir putus

    Posted: 06 Mar 2012 05:45 PM PST


    JOHOR BAHRU: "Saya terkejut mendapati lidah Awang terkulai dan hampir putus. Dia hanya menangis dan tidak boleh berkata-kata manakala darah mengalir," kata Noor Fadzilah Daud, 40, ibu kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Awang Hadri Awang Sebawi ketika ditemui di rumahnya di Taman Bestari Indah, di sini, semalam.
    Menurutnya, anak lelakinya itu hampir putus lidah selepas dagunya tersepit di celah papan jongkang-jongkit ketika bermain bersama rakan di sebuah taman permainan lama di Desa Rahmat, Ahad lalu.

    Katanya, dalam kejadian jam 11 pagi itu, Awang tersepit di celah papan permainan itu selepas seorang rakan terpijak jongkang-jongkit itu.


    "Papan itu terkena dagu Awang sebelum lidahnya tergigit hingga hampir putus," katanya.

    Menurutnya, anaknya menerima 20 jahitan di lidah dan bawah bibir selepas dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan.


    "Ketika kejadian, saya tidak menyedari dia pergi ke taman permainan lama itu bersama adiknya berusia lima tahun serta beberapa rakan.



    "Saya terkejut apabila dia pulang sambil menangis manakala mulutnya berdarah dan pada masa sama lidahnya terkulai," katanya.

    Noor Fadzilah berkata, dia menghubungi suami, Awang Sebawi Awang Halil, 48, yang ketika itu bekerja memaklumkan kejadian.


    Menurutnya, selepas tiga hari kejadian, anak kedua daripada empat beradik itu mengalami kesukaran mengunyah makanan keras selain sukar bercakap.

    "Ketika ini, dia hanya menelan bubur tanpa mengunyah manakala untuk minum terpaksa dititiskan air menggunakan penyedut minuman ke mulutnya," katanya.



    sumber : myMetro

    Padah janda terlampau

    Posted: 06 Mar 2012 05:30 PM PST


    SHAH ALAM: Seorang janda muda bukan saja tergamak melihat anak kandungnya berusia 11 tahun dirogol teman lelaki, malah turut bekerjasama dengan merakam adegan menjijikkan itu menggunakan telefon bimbit.
    Perbuatan kejam itu mendapat pembalasan apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadapnya atas tiga tuduhan bersubahat dengan teman lelakinya yang merogol mangsa, di Rawang, dekat sini, tiga tahun lalu.
    Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap teman lelakinya, seorang pemandu teksi, Ma Kassim Sirat, 44, yang mengaku salah atas tiga pertuduhan merogol mangsa.

    Mengikut pertuduhan, Ma Kassim didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam pada pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, serta jam 10 malam, pada Mac 2010.



    Ibu mangsa yang berusia 31 tahun didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.


    Bagi setiap pertuduhan, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.



    sumber : myMetro

    Mati perut terburai

    Posted: 06 Mar 2012 05:15 PM PST


    PETALING JAYA: Disyaki angkara judi, seorang lelaki warga Vietnam ditemui mati dengan perut terburai serta kesan tetakan di seluruh badan berdekatan sebuah rumah kedai di Jalan Seroja, Damansara Utama di sini, malam tadi.
    Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah berdekatan rumah sewa yang dihuni mangsa bersama isteri serta beberapa rakan senegaranya. 
    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata sebaik pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai, sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian untuk siasatan.

    Menurutnya, mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat kimpalan dipercayai ditetak mati dalam pergaduhan dengan beberapa orang yang mungkin dikenalinya.



    "Mangsa ditetak di seluruh badannya termasuk perut dan kepala dan kami sedang menjejaki rakan mangsa untuk siasatan lanjut," katanya yang menolak kemungkinan samun sebagai motif pembunuhan.


    Beliau yang ditemui di lokasi kejadian malam tadi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

    Sementara itu, seorang lelaki dikenali sebagai Thien yang mengaku teman sekampung mangsa di Vietnam, menjelaskan bahawa mangsa dikenali sebagai seorang yang gemar berjudi.

    Menurutnya, kira-kira dua hari lalu, mangsa yang sudah lapan tahun bekerja di Malaysia, dikatakan mengalami masalah dengan beberapa lelaki warga Indonesia berikutan kegiatan judinya.

    Katanya, dia percaya kejadian berkenaan berpunca daripada perselisihan faham dengan kumpulan lelaki Indonesia terbabit.

    Menurut Thien lagi, mangsa baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu dan tinggal bersama isterinya di rumah sewa terbabit.



    sumber : myMetro

    Kejutan suami ,bukan empat tetapi enam isteri

    Posted: 06 Mar 2012 05:00 PM PST


    KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi 'cawangan' menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.
    Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.
    Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

    Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.



    "Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah," katanya ketika ditemui, semalam.



    sumber : myMetro

    Tujuh berpesta arak bergaduh

    Posted: 06 Mar 2012 04:45 PM PST


    ALOR GAJAH: Pesta arak membawa kepada pertengkaran antara tujuh pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Sungai Baru, dekat sini, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka cedera dengan dua daripadanya parah akibat diserang empat rakan yang berang, malam kelmarin.
    Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, tujuh pekerja ladang itu yang berusia 20 dan 53 tahun berpesta arak di belakang rumah pekerja selepas menerima gaji sebelum bergaduh sesama sendiri.

    Akibatnya, dua pekerja berumur 53 dan 31 tahun parah di kepala manakala seorang lagi berusia awal 30-an cedera di badan selepas ditetak dengan senjata tajam oleh empat lelaki yang juga rakan mereka.


    Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka dengan dua ambulans.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, siasatan awal mendapati kumpulan pekerja warga India itu minum arak bermula jam 11.30 malam hingga lewat malam sebelum mereka bertikam lidah.


    "Empat daripada tujuh lelaki terbabit berang lalu menyerang tiga rakan mereka menggunakan berbagai peralatan kerja seperti parang, sabit dan kayu belantan.



    "Polis yang menerima panggilan tiba di tempat kejadian dan mendapati tiga mangsa terbaring atas jalan berlumuran darah sebelum menahan empat suspek bagi membantu siasatan," katanya


    sumber : myMetro

    Korban kemarahan wanita

    Posted: 06 Mar 2012 04:30 PM PST

    Terlebih dulu ingin meminta maaf....
    mungkin gambar ini agak kelihatan  lucah tetapi sebenarnya 
    tiada niat untuk berbuat perkara yang tidak senonoh...
    cuma ingin berkongsi kesan daripada amarah yang tidak terkawal...
    kepada sesiapa yang terganggu dengan gambar ini..sekali lagi
    mohon kemaafan.....korban daripada kemarahan
    wanita.....Jangan sesekali kita mencabar kesabaran
    insan yang di panggil wanita......



    Jika di suruh mengayakan fesyen rambut begini,sanggupkah kita?

    Posted: 06 Mar 2012 04:15 PM PST












    ada yang sanggup?


    Kejadian dan manusia aneh di pasar raya

    Posted: 06 Mar 2012 04:00 PM PST






    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS