Adsense

Selasa, 6 Mac 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


EKSKLUSIF Video Muzik Terbaru Prema Yin SUPERSTAR

Posted: 06 Mar 2012 07:56 AM PST

Seperti mana Budiey telah war-warkan di Facebook & Twitter, penyanyi pop rock sensasi Prema Yin akan melancarkan muzik video terbarunya SUPERSTAR di laman sesawang miliknya pada 9 Mac ini.

Namun, hak eksklusif telah diberikan kepada blog budiey.com untuk menyiarkannya 2 hari lebih awal. Dan hari ini, 7 Mac 2012, hari Selasa, Budiey menyiarkannya di blog Sensasi Selebriti untuk tatapan semua pembaca.

Tonton video muzik SUPERSTAR & anda bebas untuk mengemukakan komen di ruangan komen kat atas ni ya.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Music Video Superstar Prema Yin Release 9 March
  • Sebalik Pembikinan Video Klip Mila Terbaru GILA
  • Prema Yin The Biography
  • Video & Gambar Percutian Bersama 8TV & Star Cruise Libra
  • Muzik Video Lagu Mati Hidup Kembali Butterfingers
  • Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic
  • Living With A Superstar Shah Rukh Khan Di TV1
  • Menangi Tiket Ke Wrestlemania Tonton WWE Smackdown di TV3
  • Video Muzik Artis Terkenal di Program Popular@Muzik Aktif
  • Diana Danielle, Mawi, Liyana Jasmay Antara Penyampai Trofi AIM17
  • Single Kedua Siti Nurhaliza Remember You Featuring Sean Kingston

    Posted: 06 Mar 2012 06:58 AM PST

    SINGLE KEDUA DATO' SITI NURHALIZA "REMEMBER YOU" YANG MENAMPILKAN SEAN KINGSTON TELAH DIPUTARKAN DI STESYEN RADIO TEMPATAN

    Dato' Siti Nurhaliza berjaya melancarkan single kedua beliau berjudul "Remember You" yang menampilkan penyanyi Jamaica-Amerika terkenal iaitu Sean Kingston untuk putaran di stesyen radio tempatan. Single "Remember You" adalah single kedua Dato' Siti Nurhaliza dari album Inggeris pertama beliau "All Your Love", berikutan kejayaan single pertama beliau berjudul "Falling in Love".

    "Lagu ini cukup bermakna buat diri Siti. Bukan sahaja lagu ini adalah kerjasama sulung Siti dengan artis yang sungguh popular dari Amerika Syarikat, tetapi ia juga merupakan salah satu lagu terbaik yang Siti rakamkan dalam album ini.

    Lagu ini adalah tentang mengenang kembali seseorang yang istimewa dari masa lalu. Tetapi bagi Siti sendiri, Siti banyak mengenang kembali perjalanan Siti dalam persada seni tanahair sejak 17 tahun lalu apabila merakam lagu ini. Berkat doa dan sokongan yang melimpah dari para peminat, keluarga, rakan-rakan artis dan media membuatkan Siti berasa tersyukur, rendah diri, dan disayangi. Oleh itu, Siti mendedikasikan lagu ini kepada semua peminat Siti", ujar Dato' Siti Nurhaliza ketika ditanya mengenai single kedua beliau.

    Untuk mempromosikan single terbaru beliau, Dato' Siti Nurhaliza akan bertemu peminat di dua sesi "Meet The Fans" di tempat dan tarikh berikut:

    1. Rock Corner, The Curve pada hari Sabtu, 10 Mac 2012, dari jam 3:00 petang hingga 5:00 petang.
    2. Music Carnival 2012 @ One Utama Shopping Centre (New Wing), pada hari Jumaat, March 16 2012 dari jam 5:00 petang hingga 7:00 petang

    Lagu dan lirik "Remember You" adalah hasil dari Bryan Bouro dan Alexander Kristian dan diterbitkan oleh Bryan Bouro. Lagu "Remember You" juga diadun oleh Studio mixHous di Los Angeles dan mastering dilakukan di Oasis Mastering di Burbank, California.

    Para peminat Dato' Siti Nurhaliza boleh mendapatkan album Inggeris pertama Dato' Siti Nurhaliza berjudul "All Your Love" di kedai muzik berhampiran atau muat turun lagu Dato' Siti Nurhaliza melalui www.sitidigital.com. Para peminat juga boleh memuat turun audio dan nada dering di sini.

    Untuk mengikuti perkembangan Dato' Siti Nurhaliza, peminat boleh melanggan www.youtube.com/sitidigital atau twitter Dato' Siti Nurhaliza di @ctnurhaliza11.

    Cover Album Siti Nurhaliza 070511-516131

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mesej Sean Kingston
  • Sean Kingston's "Beautiful Girls" World Tour LIVE in Kuala Lumpur
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Skodeng Dato' Siti Nurhaliza di Shout Awards 2010
  • Sidang Media Sean Kingston BEAUTIFUL GIRL World Tour 2008
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Siti Nurhaliza di National Folk Museum Korea
  • Dato' Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Video Persembahan Siti Nurhaliza Celebrate 2012 Marina Bay
  • Saksikan Sean Kingston LIVE di Shout! Awards