Pada 16 Julai lalu, Budiey dijemput untuk melihat persembahan Anuar Zain di majlis makan malam eksklusif bersama peminatnya di Menara KL. Wah, sangat excited giler rasanya sebab dah lama tak tengok Anuar Zain perform. Terus terang, Budiey suka dengan lagu-lagu jiwang Anuar Zain dan tak berapa suka dengan lagu-lagu rancak beliau.
Sayangnya, kita tak dapat nak comunicate dengan AZ sebab dia kan takde Twitter mahu pun Facebook. Dia manalah ada masa nak bersosial dalam alam maya ni kan. Haha, sibuk dengan show katanya. Tapi korang bayangkan ya kalau Anuar Zain ada twitter… mesti dia lenguh nak jawab atau RT tweet dari peminat. Rasanya siap kena upah seorang PA yang jaga akaun dia. Ntah-ntah terlalu banyak sangat yang follow susah juga, ada yang dengki lak nak hack semua. Tapi jangan risau, sebab semua tu takkan jadi kenyataan. Anuar Zain tak berminat untuk berFB atau bertwitter. Dia seorang artis yang paling eksklusif di seantero Malaya.
Up Close Personal Anuar Zain berlangsung selama 2 hari iaitu pada 15 dan 16 Julai di Mega View banquet Deck Menara KL. Seperti yang dijangka, dewan mesti penuh punya. Tempat duduk sangat limited. Hanya 250 orang sahaja yang dapat menonton persembahan vokal Anuar Zain untuk satu malam. Itu pun Budiey dengar tiketnya sangat mahal. Paling mahal dalam RM1,300 dan paling murah RM500. Fuh… memang peminatnya tak kisah dengan tiket yang mahal, janji show Anuar Zain gempak habis.

Terkezut gak la tengok pentas. Dengan dua frame besar di mana terpampang wajah Anuar Zain yang sedang merenung sesuatu diletakkan di belah kanan dan kiri pentas. Agak-agak apa lah agaknya yang difikirkan oleh Anuar Zain ya? Sedang merenung masa depan barangkali.
Sebanyak 10 buah lagu telah disampaikan dengan penuh penghayatan. Kadang-kadang Budiey rasa Anuar Zain ni jenis perfectionist di mana pada pandangan lensa Budiey, AZ terlalu nampak bersungguh-sungguh dan cuba sehabis baik untuk memuaskan hati peminat. Gaya persembahannya walaupun bersahaja tapi nampak memek mukanya tu seperti mahu sedaya upaya untuk nyanyi dengan baik. Hasilnya, vokal yang dilantun dapat dirasakan menusuk ke kalbu. Itu yang mahalnya tu. Dia ada aura untuk menjadikan semua orang terpaku melihat persembahannya.

Satu lagi yang Budiey rasa kagum dengan Anuar Zain, dia ni jenis yang suka layan peminat. Layanan mesti tip top punya. Yelah, orang dah bayar mahal-mahal takkan la nak bergambar pun tak boleh kan. Hehe. Selain itu, Anuar Zain memang terkenal dengan gaya dan cara dia berkomunikasi dengan peminat memang sangat menghiburkan.
Budiey sempat merakam beberapa video semasa Anuar Zain nyanyi. Video ni dalam bentuk High Definition jadi ambil masa begitu lama untuk upload dalam Youtube. Makan dalam 3 hari jugak la nak siapkan semua. Harap korang berpuas hati ya. Cuma bab gambar goyang ni memang tak boleh dielakkan sebab Budiey tak pakai stand atau tripod.

Dihoskan pula oleh pelawak dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki. Celotehnya memang tak kering gusi. Ada-ada je bahan yang boleh dibuat lawak.
Antara lagu-lagu popular yang dipersembahkan ialah Sedetik Lebih, Kaulah Satunya, Ku Berjanji Kerna Cinta dan Ketulusan Hati. Anuar juga sempat nyanyi beberapa lagu yang menjadi nostalgia buatnya seperti Tiada Maaf Bagimu dan Epilog Cinta dari Bromley.
Dikatakan pada malam pertama, Anuar Zain nangis semasa nyanyi lagu Kembalilah Kasih. Sedih gak lagu tu kan bila dengar. Tapi yang sebenarnya berlaku, Anuar Zain masa tu mungkin terlalu feeling dan menjiwai lagu tu dan dia dikatakan tak dapat meneruskan nyanyian sebab terkenangkan seorang bekas kekasihnya yang dulu pernah singgah dalam hatinya sekitar tahun 2000. Nostalgik sungguh.
Menurut Anuar Zain, kenangan bersama bekas kekasihnya itu terkenang setiap kali dia menyanyikan lagu Kembalilah Kasih. Mereka terpaksa berpisah kerana membawa haluan masing-masing di mana gadis itu mahu sangat berkahwin di usia yang muda, sementara itu Anuar pula mahu fokus kepada karier nyanyian.
Video Ku Berjanji Karna Cinta – Anuar Zain
Video Semua Untukmu – Anuar Zain
Video Ketulusan Hati – Anuar Zain
Video Suria & Siarra – Anuar Zain
Epilog Cinta Dari Bromley Anuar Zain
Tiada Maaf Bagimu – Up Close Personal Anuar Zain
Cry Me A River – Up Close Personal Anuar Zain
Lawak Afdlin Shauki di Up Close Personal Anuar Zain
Harap semua pembaca berpuas hati dengan video ni. Kalau ada goyang-goyang sikit tu, maafkan saya ya.
Ini adalah kali pertama Anuar Zain buat persembahan secara eksklusif di Menara KL. Makan malam ini sempena dengan sambutan Festival Kuala Lumpur 2011 yang diraikan sepanjang bulan Julai. Teringat lagi penangan showmanship Anuar Zain masa buat persembahan di Istana Budaya beberapa tahun lalu. Fuhhh… memang sambutan sering saje gempak. Penuh seat dengan peminat.
Menurut Menara KL pula, show eksklusif yang mendekatkan penyanyi terkenal dengan peminat ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dengan menampilkan penyanyi yang lain pula.
Yang bestnya, peminat yang datang berpeluang menang macam-macam hadiah menerusi cabutan bertuah seperti produk kecantikan berjenama bernilai RM5,000.
Hidangan menu istimewa 1Malaysia juga disajikan oleh Felda D'Saji yang sememangnya best dan terkenal dengan pencuci mulutnya iaitu Tapai Pulut bersama Ais Krim Vanilla bertakhtakan Ceri Merah katanya. Best lor!
Budiey di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menara Kuala Lumpur yang sudi memberi jemputan kepada Budiey bagi menyaksikan persembahan live Anuar Zain. Di kesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada Menara KL yang telah dianugerahkan KUALA LUMPUR MAYOR'S TOURISM AWARDS 2011 – Award for Outstanding Achievement in Tourist Attraction yang mengiktiraf Menara Kuala Lumpur sebagai tarikan pelancong di Kuala Lumpur yang mencapai tahap tertinggi kecemerlangan dalam menyediakan pengalaman pelancongan yang unik. Tahniah Menara KL!


Kat luar dewan pula ada tempat peminat mengambil gambar. Mereka diraikan seperti VIP ya. Siap ada red carpet.






Tags: Anuar Zain,
Video Muzik Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari?
Daftarkan email anda [ di sini ]
Baca artikel lain yang berkaitan:
Show Up Close & Personal ANUAR ZAIN di Menara KLGambar Afdlin Shauki di Up Close & Personal Anuar ZainVideo Anuar Zain SEDETIK LEBIH Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010Showcase Eksklusif Bersama Anuar Zain di Grand Hyatt SingaporeGambar Anuar Zain di Prebiu Media Hikayat Merong MahawangsaSneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana ZainGambar Kekasih Anuar ZainMajlis Aidilfitri Bersama Anuar Zain Anjuran Anuar Zain Network Sdn BhdGambar Anuar Zain Superimpose Bertudung Tersebar di InternetGambar Anuar Zain Kahwin Senyap-Senyap Adalah Tidak Benar!
Entri ini telah diterbitkan
pada Friday, July 22nd, 2011 pada 9:07 am dan di bawah kategori Anuar Zain, Video Muzik.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.