Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Foto Aqasha Ketika Berada Di Kota Suci Mekah

Posted: 23 Jul 2012 11:08 PM PDT

Untung bila jadi pelakon, kemana-mana saja boleh pergi. Terbaru dari Aqasha, dia mendapat peluang untuk menjejakkan kaki ke kota Suci Mekah bersama beberapa orang pelakon lain. Turut bersama mereka adalah pengarah filem dan juga pengarah fotografi untuk drama Dejavu.

Aqasha kerap mengambil gambarnya ketika berada di sana dan ini adalah antara beberapa keping koleksi gambar yang diambil dari akaun Instagram Aqasha.

Jom tengok.

Lady Gaga Temui Cinta Baru?

Posted: 23 Jul 2012 10:04 PM PDT

Lady Gaga, 26 merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan penampilan pelik dalam setiap persembahan nyanyiannya kini dikhabarkan  telah menemui cinta baru. Di mana beliau dikatakan sering kelihatan keluar bersama seorang pemilik restoran di Plaka yang dikenali sebagai Giovanni.

Menurut sumber, Giovanni merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan sangat arif dalam dunia perniagaan restorannya. Selain itu, Lady Gaga turut dikatakan sangat rapat dengan pemilik restoran ini sehingga beliau tidak sanggup untuk berjauhan dengan lelaki tersebut.

Gaga dan Giovanni dikatakan mula mengenali antara satu sama lain, apabila penyanyi wanita ini mula menjejakkan kaki ke restoran Giovanni dan beliau telah menjadi pelanggan tetap di restoran tersebut. Walaupun mempunyai jadual yang padat, Gaga dikatakan masih lagi mampu meluangkan masa untuk berjumpa dengan Giovanni.

Dalam masa yang sama, Giovanni tidak menafikan yang beliau dan Gaga kini sememangnya teman rapat dan mereka selalu menghubungi antara satu sama lain. Selain itu, terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa, Giovanni turut mengajar Gaga bercakap dalam bahasa Yunani dan adat resam kaum tersebut.

Sumber : Exposay

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lynnzay Affandy Lancar Single Inggeris ANGEL DUST

Posted: 23 Jul 2012 11:17 PM PDT

Penyanyi baru, Lynnzay Affandy yang baru-baru ini telah memberikan nafas baru kepada lagu nyanyian Raja Ema yang kini bertajuk JEJAKA IDAMAN 2.0 telah pun bergerak melangkah maju ke hadapan dengan perancangan untuk meriliskan satu lagu berbahasa Inggeris pada bulan depan yang bertajuk 'Angel Dust',hasil ciptaannya sendiri.

Bersama kolaborasi dengan rapper underground terkenal yang bernama Tactmatic yang juga merupakan penggubah muzik lagu ini, Lynnzay yakin lagu ini bakal mendapat tempat di hati peminat muzik urban dan 'dance' kerana buat julung-julung kalinya penyanyi yang merangkumi kelebihan dalam tarian di Malaysia meriliskan lagu ciptaan sendiri.

Menyentuh soal kemunculannya bersama lagu JEJAKA IDAMAN 2.0,ramai juga yang memberi respon positif.Tidak kurang juga yang negatif.Bagaimanapun,Lynnzay mengambil yang positif dan kekalkan.Ambil yang negatif untuk memperbaiki kelemahan.

Dengar khabarnya Lynnzay bakal mengarah sendiri video muziknya untuk lagu-lagu seterusnya kerana pengalaman video muzik 'JEJAKA IDAMAN 2.0′ yang di kritik hebat oleh pendengar dan penggemar seni tempatan.Ada yang mengutuk Lynnzay,ada yang mengutuk pihak produksi.Tidak mengapa,semoga Lynnzay muncul dengan video muzik yang lebih hebat untuk lagu seterusnya.Dengan tenang,Lynnzay tidak menoleh ke belakang dan terus maju melakukan promosi lagu ini dan sibuk menyiapkan single seterusnya.

Bagaimanapun,lagu JEJAKA IDAMAN 2.0 telah menarik perhatian pihak 'Neway Karaoke Outlet' untuk meletakkan versi karaoke video ini di cawangan-cawangan mereka di beberapa negeri dalam Malaysia.

Sudah menjadi trend masa kini untuk setiap artis yang bergerak secara 'independent' atau tidak berada di bawah mana-mana syarikat rakaman, mencipta lagu sendiri dan berjaya meraih populariti seperti Yuna dan band Hujan serta berjaya mempunyai kelompok peminat tersendiri yang menghargai genre lagu-lagu yang di perjuangkan oleh mereka.

Mungkin ramai tidak tahu Lynnzay adalah artis 'independent' yang juga bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

Walaubagaimanapun,setelah meriliskan 'JEJAKA IDAMAN 2.0′,ada mulut-mulut nakal mula membandingkan Lynnzay dengan penyanyi yang sudah sedia popular seperti MizzNina,Stacy dan Agnes Monica dari negara jiran,Indonesia.Ini adalah kerana Lynnzay juga berkebolehan menari di samping menyanyi.Berkemungkinan lebih susah untuk bergerak kerana tidak berada seperti MizzNina,tidak mula dari rancangan realiti TV seperti Stacy dan tidak memulakan kareer sebagai pelakon seperti Agnes Monica.

Jadi,dengan ketaranya boleh di lihat Lynnzay sememangnya boleh di gelar 'one woman army' kerana memulakan langkahnya dengan pengalaman minor bersama Senoritas untuk menguruskan segala-gala perihal dengan sendirinya bersama pasukan kecil yang di tubuhkan untuk membantu pergerakannya.

Memegang imej yang di ketengahkan oleh Lynnzay yang mungkin sedikit pelik di mata peminat muzik tempatan kerana di ambil dari watak X-Men yang bergelar Rogue bersama rambut yang membuat jalur putih di depan.Dan Lynnzay juga di katakan kelihatan seksi di mata sesetengah orang walaupun tidak berpakaian seksi.Dia menjelaskan bahawa tarian yang di persembahkan ketika menyanyi agak agresif.Mungkin kerana itu,ramai yang berfikiran bahawa gadis berumur 26 tahun ini seksi terutamanya penampilannya di dalam video muzik 'Jejaka Idaman 2.0′ yang mengenakan salah-satu pakaian berkonsepkan 'jumpsuit' corak kulit ular.

Bagi Lynnzay,pakaian yang di kenakan haruslah selesa dan tidak terlalu mendedah supaya memudahkan pergerakan untuk menari. Lynnzay tidak mempercayai untuk di lihat 'seksi',harus memakai pakaian yang terlalu mendedah. Baginya, pergerakan ketika menari, penbawaan diri dan personaliti seseorang boleh membuatkan mereka secara 'natural'nya kelihatan seksi dan masih di hormati. Dengan idolanya seperti Ciara dan Britney Spears, Lynnzay berazam untuk sentiasa memberikan persembahan bertenaga kepada penonton.

Dengan rancangan untuk terus menghasilkan lagu-lagu ciptaan sendiri yang berbahasa Melayu dan Inggeris, setiap dua bulan Lynnzay akan menyajikan para pendengar dengan lagu-lagu baru bersama muzik yang 'fresh' dan berkualiti.Ada yang mengikuti kehendak dan citarasa tempatan,ada yang di hasilkan mengikuti taraf antarabangsa seperti lagu terbarunya yang bakal di riliskan pada bulan Ogos ini yang bertajuk,'ANGEL DUST' ini.Anda boleh dengarkan prebiu pendek lagu ini di sini.

Nantikan persembahan bertenaga Lynnzay yang bakal menggegar anda di kawasan-kawasan terdekat anda dan ketahui perkembangannya di Twitter- @LynnzayAffandy atau Facebook – http://www.facebook.com/LynnzayAffandy

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Album Lagu Terbaik Pilihan Hari Raya

Posted: 23 Jul 2012 10:56 PM PDT

Khas buat Sambutan Aidilfitri kali ini, terimalah..

PILIHAN HARI RAYA

Jangan biarkan bahang pilihan raya yang semakin hampir ini mematikan semangat raya anda! Lupakan segala sengketa sesama 'bangsa dan agama' dan sambutlah Aidilfitri kali ini dengan penuh kemeriahan bersama!

Khas daripada Warner Music Malaysia, terimalah sebuah album kompilasi yang bakal menceriakan raya anda!

Album Hari Raya

PILIHAN HARI RAYA memuatkan sebanyak 23 buah lagu raya oleh barisan artis popular lama dan baru tanah air.

Antara lagu-lagu raya terbaik pilihan sepanjang zaman adalah SELAMAT HARI RAYA dendangan SALOMA, juga SALAM AIDILFITRI, sebuah lagu yang dipopularkan oleh JAMAL ABDILLAH. Tidak lupa juga DARI JAUH KUPOHON MAAF oleh SUDIRMAN, lagu kegemaran ramai DENDANG PERANTAU oleh P RAMLEE, TANGAN KUHULUR MAAF KUPOHON oleh AL MIZAN, serta banyak lagi lagu yang tidak kurang hebatnya!!

Tidak lengkap sambutan Hari Raya tanpa kehadiran lagu baru. Bagi memperkayakan khazanah sebuah lagu baru bertajuk KEMAAFAN LEBARAN yang menampilkan FIRDAUS berkolaborasi dengan FARIS (AWANBAND) dan YOUK (BUNKFACE). Sebagai sebuah lagu rancak dengan 'mood' pop, lagu ini berinspirasikan elemen moden, sekaligus menyumbang kesegaran pada koleksi lagu-lagu raya yang sedia ada. Sebuah kolaborasi sulung kumpulan FIRDAUS dengan anggota AWANBAND dan BUNKFACE, KEMAAFAN LEBARAN tentunya menjanjikan sesuatu yang berlainan.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu mix oleh DJ DAVE, bertajuk MENJELANG HARI RAYA. Nada dering lagu ini boleh didapati secara ekslusif oleh pengguna Celcom dengan hanya mendail *888*164166# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my.

Meriahkan Aidilfitri anda dengan album kompilasi terbaru oleh Warner Music Malaysia ini yang boleh didapati dengan harga hanya RM20.90!

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

1. TAKBIR RAYA

2. SELOKA HARI RAYA

3. KEMAAFAN LEBARAN

4. MENJELANG HARI RAYA

5. TANGAN KUHULUR MAAF KUPOHON

6. SELAMAT HARI RAYA

7. SELAMAT HARI RAYA

8. SALAM AIDILFITRI

9. SUASANA DI HARI RAYA

10. SELAMAT BERHARI RAYA

11. SELAMAT HARI RAYA

12. PULANG DI HARI RAYA

13. DARI JAUH KUPOHON MAAF

14. KEPULANGAN YANG KUNANTI

15. AIDILFITRI

16. BILA TAKBIR BERGEMA

17. HARI MULIA

18. DENDANG PERANTAU

19. SUASANA HARI RAYA

20. SUASANA RIANG DI HARI RAYA

21. INDAHNYA BERAYA DI DESA

22. CAHAYA AIDILFITRI

23. MENJELANG HARI RAYA

Album Hari Raya

PILIHAN HARI RAYA VCD

Buat julung kalinya, Warner Music Malaysia kini menampilkan sebuah kompilasi VCD khas buat sambutan Syawal kali ini! Dengan menampilkan klip video lagu-lagu raya kegemaran, VCD kali ini memuatkan 14 buah klip video oleh artis-artis popular tanah air!

Berikut adalah klip-klip video yang dimuatkan dalam VCD ini:

1. SALAM AIDILFITRI – JAMAL ABDILLAH

2. GURINDAM DI PAGI SYAWAL – JAY JAY

3. INDAHNYA BERAYA DI DESA – AZLINA AZIZ

4. TANGAN KU HULUR MAAF KU POHON – AL MIZAN

5. LAMBAIAN AIDILFITRI – JAMAL ABDILLAH & SALEEM

6. SALAM DUNIA – M NASIR

7. PENGERTIAN HARI RAYA – HAIL AMIR & UJI RASYID

8. HARI RAYA BAHAGIA – JAY JAY

9. KURNIAAN DI HARI RAYA – FEMININ

10. SAMPAIKAN SALAMKU DI HARI RAYA – JAMAL ABDILLAH

11. BINGKISAN UNTUK PERWIRA – KHADIJAH IBRAHIM

12. SELAMAT BERHARI RAYA – AL MIZAN

13. MARHABAN – AL MIZAN

14. ALHAMDULILLAH – AL MIZAN

Ceriakan syawal anda dengan PILIHAN HARI RAYA VCD yang boleh didapati pada harga hanya RM20.90!

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Doktor Ini Mengambil Otak Albert Einstein, Tujuh Jam Setelah Kematiannya

Posted: 23 Jul 2012 09:30 PM PDT


Tahukah Anda kalau seorang doktor bernama Thomas Harvey melakukan sebuah operasi pengambilan otak ilmuwan hebat Albert Enstein tujuh jam sesudah kematiannya pada tahun 1955? Konon, otak itu digunakannya untuk melakukan sebuah penelitian ilmiah. Setelah berhasil mengambil otak sang ilmuwan tersebut, banyak khabar yang mengatakan bahawa otak Einstein lenyap.
Namun pada tahun 1978, seorang jurnalis bernama Steven Levy dengan berani melacak keberadaan Dr Harvey di Wichita, Kansas. Di sanalah tempat dimana sang dokter itu mengakui bahwa dirinya masih memiliki hirisan tipis otak Einstein sebanyak 240 potong yang dimasukannya ke dalam sebuah toples berisikan formaldehida.


Daiquiri Cocktail Terbesar Didunia Dibuat Di Cuba

Posted: 23 Jul 2012 09:15 PM PDT


Sebuah bar Cuba berhasil membuat sejarah dengan menciptakan daiquiri cocktail terbesar sedunia.

Daiquiri cocktail terbesar dibuat untuk menghormati Ernest Hemingway, seorang  pelanggan terkenal sekaligus pengarang cerita pendek dan novelis terkenal di dunia, dengan karya-karya novelnya yang terkenal macam The Old Man And The Sea,  The Sun Also Rises, A Farewell to Arms serta cerita pendek seperti Winner Take Nothing, The Snows of Kilimanjaro dan Winner Take Nothing.
Untuk membuat daiquiri cocktail terbesar ini diperlukan  10 orang bartender dan sekitar 55 sukarelawan untuk mencampur bahan koktail itu yaitu rum, lemon dan gula koktail.

Dan 2 orang waiter, yang berdiri di sebuah platform kayu, bertugas menuangkan campuran kocktail itu ke dalam sebuah gelas  koktail yang tingginya 6.5 kaki atau sekitar 198 cm saat anggota-anggota lainnya menyiapkan bahan-bahan daiquiri cocktail itu - dimana gelas koktail itu berhasil menampung sekitar 270 liter.

"Kami sangat gembira. Itu merupakan mimpi kalau kami telah menginginkan untuk membuatnya menjadi kenyataan lebih dari satu tahun. Itu merupakan pengalaman yang khas sebagai penghormatan besar untuk daiquiri cocktail," ujar manajer Floridita, bar tempat membuat daiquiri cocktail terbesar sedunia itu.
Adapun daiquiri cocktail terbesar itu dibuat akhir minggu lalu di kedai atau bar El Floridita, Old Havana.

Usaha membuat koktail terbesar itu juga untuk merayakan ulang tahun dari pemenang Nobel Kesusasteraan, Ernest Hemingway yang ke 113, yang juga merupakan pelanggan tetap di bar itu selama dirinya  tingggal di Cuba.

Selain itu usaha pembuatan daiquiri cocktail terbesar sedunia tersebut juga untuk menghormati ulang tahun ke 195 bar tersebut, dimana koktail daiquiri itu diperkirakan pertama kali dibuat di sana.

Turun berat badan setelah kena bebel dengan nenek

Posted: 23 Jul 2012 09:00 PM PDT

Laura Pettit adalah wanita kelahiran Scotland yang berhasil menurunkan berat badannya kerana bebelan dari nenek tercinta. Sang nenek, Elizabeth Pettit sangat mengkhuatirkan kesihatan sang cucu kerana berat badannya yang sangat tidak ideal.

Pada awalnya Laura tidak menghiraukan teguran dari Elizabeth. Namun, dia mulai menyadari bahwa badannya sudah tidak sihat, sehingga ia harus beristirahat 3 kali ketika harus menaiki tangga menuju lkeapartemennya. Usianya baru 27 tahun tetapi berat badannya telah mencapai 263 pound atau 131 kg dengan ukuran baju 22.

"Aku tidak pernah sedar betapa besar badan saya, selama ini saya merasa baik, tetapi bebelan 'Gran' membuatku sedar harus berubah, ini demi kesehatanku,"ujar wanita berambut pirang ini.

Berolahraga dan mengikuti kelas menurunkan berat badan dilakukannya untuk mendapatkan berat badan yang diimpikan. Memerlukan waktu yang cukup panjang agar tubuhnya boleh seperti saat ini. Sebelumnya ia pernah mencuba menurunkan berat badan dengan berolahraga saja dan tetap memakan apapun yang diinginkan, tetapi cara itu tidak berhasil. Namun, berkat pujukan dan bebelan sang nenek selama berbulan-bulan membuatnya yakin untuk berubah dengan mengawal nafsu makannya.

Wanita yang tidak pernah mengalami kesulitan di masa sekolahnya ini mengakui bahwa neneknya Elizabeth, mensubsidi separuh biaya hidupnya oleh sang nenek. "Di akhir kelas, aku selalu menelefonnya untuk mengkhabarkan apa yang kulakukan dan dia siap memberiku hukuman bila berat badanku bertambah, tidakannya kerasnya sangat membantuku," kata Laura.

Nenek berusia 77 tahun ini sangat prihatin terhadap berat badan Laura kerana mengkhuatirkan kesihatan sang cucu. "Dia selalu terlihat ceria, tetapi saya selalu bertanya dalam hati apakah dia benar-benar bahagia? Tetapi sekarang saya tahu bahwa dia benar-benar bahagia dan sihat. Saya sangat bangga kepada Laura,"tutur Elizabeth kepada Dailymail.

Laura, yang bekerja sebagai pengawas cuaca, mengaku bahwa dengan penampilannya yang sekarang dia memiliki hobi baru, yaitu berbelanja. Dulu ketika berbelanja bersama ibunya ia tidak bisa memilih baju yang disukai, hanya baju yang memiliki ukuran untuknya.

Saat ini berat badannya 138,4 pound atau 91,2 kg. Dari ukuran baju 22, sekarang dia menggunakan baju berukuran 14. Dan terus berusaha untuk menurunkan sekitar 28 kg lagi dengan mengikuti olahraga dan kelas menurunkan berat badan. Tidak ada lagi rasa letih yang dirasakannya kala naik tangga menuju apartemen. Bahkan saat ini Laura secara teratur mengambil bagian dari kompetisi tari Zumbathon.

Sumber : http://wolipop.detik.com

Unik !! Restoran Temukan Lobster Bermacam Warna

Posted: 23 Jul 2012 08:45 PM PDT

Seorang pemilik restoran terkejut melihat kiriman lobster yang ditujukan kepadanya. Kiriman tersebut dipenuhi oleh berbagai lobster dengan berbagai warna.

"Saat karyawan saat membuka kiriman itu mereka terkejut, mengira distributor mengirimkan lobster yang sudah dimasak," ujar pemilik restoran Fresh Catch Seafood Bill Sarro, seperti dikutip Emirates 24/7, Isnin (23/7/2012).

Laporan mengenai lobster berwarna aneh ini jarang sekali ditemukan di wilayah New England, Massachussets. Lobster yang mereka dapatkan, umumnya berwarna coklat kehijauan.

Tetapi dalam beberapa tahun terakhir, lobster berwarna seperti biru, oranye, kuning, putih bahkan berwarna campuran sering ditemukan. Sepertinya khabar mengenai nelayan yang menemukan lobster berbagai macam warna mulai terus marak.

Menurut seorang peneliti biota laut, juga hairan dengan penemuan dari berbagai macam lobster yang memiliki warna beragam ini. Kemungkinan yang didapat pun mencapai 1 dibanding 10 juta.

Kemungkinan menemukan lobster yang aneh dapat terjadi pula kerana meningkatnya angka panen lobster. Sebagai contoh, di wilayah Maine, selama 20 tahun terakhir terjadi peningkatan penangkapan lobster yang mencapai 105 juta pon tiap tahunnya. Bila angkat itu naik, kemungkinan untuk menemukan lobster berwarna unik tentunya makin besar.

Sumber : http://international.okezone.com

Gara-Gara Posting di Facebook, Isteri Tikam Suami

Posted: 23 Jul 2012 08:30 PM PDT

Seorang wanita terpaksa harus dimasukkan ke penjara akibat perbuatan menganiaya suaminya di Texas, Amerika Syarikat. Lantaran posting-an Facebook, wanita itu sanggup menusuk suaminya menggunakan pisau.

Dilansir Emirates247, Isnin (23/7/2012), melalui Daily Mail dilaporkan, wanita itu begitu geram membaca status pada posting-an Facebook yang memicu terjadinya pertengkaran dengan suaminya. Lalu, wanita itu mengejar suaminya di dalam rumah dengan membawa sebilah pisau.

Dalam luapan amarah yang meledak tersebut, wanita itu akhirnya menikam suaminya tepat di bahagian tangan. Tidak berhenti sampai disitu, aksinya semakin brutal dengan memukul suaminya menggunakan kunci kereta miliknya.

Polis tiba ke rumah pasangan itu di tengah malam. Petugas patrol disambut oleh lelaki dengan lumuran darah di tangannya.

Wanita itu menyatakan bahawa aksinya tersebut dipicu akibat ulah suami yang menggunakan dadah. Namun, suami menyangkal bahawa isterinya marah atas sesuatu yang terjadi terkait tulisan di dinding situs jejaring sosial Facebook.

Sumber melaporkan, wanita itu didakwa atas penyerangan menggunakan senjata tajam mematikan dan dapat dikurung di penjara selama 20 tahun.

Sumber : http://techno.okezone.com

Lelaki ini lakukan pembedahan untuk kelihatan seperti idolanya Britney Spears

Posted: 23 Jul 2012 08:15 PM PDT


Demi penyanyi idolanya, seorang pemuda berusia 26 tahun dari Ohio rela membelanjakan rwang untuk melakukan operasi plastik dan pergantian kelamin.
Untuk berani dan rela mengeluarkan wang hingga £60,000) demi memiliki wajah yang sama dengan seorang idola, Kara Hays boleh dkatakn sama gilanya dengan bintang pujaannya, sang diva pop tahun 90-an, Britney Spears. Foto di bawah adalah bagaimana ia terlihat sekarang.

O_o
Umm..sebelum kalian terpesona lebih jauh, mari saya ingatkan kembali jika foto diatas adalah foto seorang lelaki yang sudah dimodifikasi sedemikian rupa melalui operasi . Beberapa tahun yang lalu, orang-orang masih memanggil awek seksi ini dengan sebutan Kody.
Kody, yang sekarang sudah reasmi telah menjadi seorang transeksual bernama Kara Hays, memang sudah sedari kecilnya merasa sebagai seorang perempuan yang terperangkap sebagai seorang laki-laki. Pada tahun 1999, di usianya yang ke 15, orang tua Kody membawanya ke doktor untuk diperiksa. Dari hasil pemeriksaan, doktor mangatakan jika Kody menghidap gender dysphoria, dan mulai saat itu jugalah tubuhnya terus diberi hormon wanita.
Tahun 2002, Kody yang sudah merubah namanya menjadi Kara Hays, menjalani sebuah operasi besar yang memakan waktu hingga 14 jam. Dari operasi tersebut, Kara mendapatkan organ wanitanya, termasuk sepasang payudara baru. Hingga sekarang, dana yang dikeluarkan keluarga Kara sudah melebihi angka £60,000. Itu jumlah yang memang sama sekali tidak sedikit, tapi seperti yang dapat kita lihat sekarang, ada harga, ada rupa.

Kara, dari kecil hingga sekarang. Klik untuk gambar versi besar.
Seperti yang dapat kita lihat, wajah Kara yang sekarang sudah sulit dibezakan dengan wajah Britney. Saking miripnya, ia mengaku beberapa Paparazi-pun sempat menyangkanya sebagai sang diva asli.
foto: swns.com

Cara Membuat Radio Tanpa Elektrik dari Botol Bekas [Video]

Posted: 23 Jul 2012 08:00 PM PDT


Tahukah kamu jika kita sebenarnya dapat membuat radio kita sendiri hanya dengan beberapa kabel, sedikit peralatan elektronik dan sebuah botol bekas? Dan hebatnya lagi, kita bahkan tak perlukan elektrik! Bagaimana caranya? Lihat saja video tutorial yang disajikan dengan amat jelas ini oleh para teknisi kreatif dari Make.
Sebelumnya, kamu mungkin ingin melihat semua bahan yang diperlukan untuk melakukan projek ini.
Jika perlu informasi lebih detail, silakan ke halaman Make.

Wanita Malaysia diburu kes tipu bencana tsunami

Posted: 23 Jul 2012 07:45 PM PDT


SEOUL - Polis Korea Selatan semalam menyatakan pihaknya menangkap seorang wanita Indonesia kerana disyaki melakukan penipuan berhubung kematian akibat bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac tahun lalu.
Polis turut meminta Interpol menahan tiga suspek lain iaitu seorang wanita Malaysia berusia 33 tahun, seorang rakyat Nigeria dan seorang lelaki warga Amerika Syarikat.
Pada tahun lalu, wanita Malaysia itu menghantar e-mel kepada seorang lelaki warga Korea Selatan menerusi sebuah laman sahabat pena.
Wanita itu mendakwa dia bekerja untuk sebuah bank di Malaysia.
Dia memberitahu seorang klien Jepun yang mempunyai deposit sebanyak AS$4.2 juta (RM13.3 juta) di tempat kerjanya terbunuh dalam bencana tsunami bersama semua anggota keluarganya.
Wanita berkenaan kemudian mencadangkan lelaki tersebut supaya menyamar sebagai seorang saudara klien itu untuk menuntut wang dan berkongsi habuan dengannya.
Menurut polis, wanita tersebut kemudian memperoleh wang sebanyak AS$96,000 (RM305,904) yang diberikan oleh rakyat Korea Selatan.
Rakyat Korea Selatan itu memberikan wang itu kerana wanita Malaysia tersebut mendakwa ia diperlukan bagi memalsukan dokumen bank dan keluarga si mangsa.
Namun, lelaki itu telah membuat laporan kepada polis Korea Selatan pada April lalu.
Warga Korea itu kemudian meminta seorang wanita Indonesia berusia 33 tahun yang menjadi orang tengah sindiket tersebut supaya datang ke Seoul dengan menjanjikan lebih banyak wang akan diberikan.
Polis kemudian menahan wanita berkenaan pada 4 Julai lalu.
Katanya, lelaki Korea Selatan itu tidak akan ditangkap kerana dia tidak melakukan sebarang jenayah.
Dianggarkan 19,000 orang mati dalam bencana gempa bumi dan tsunami di timur laut Jepun pada 11 Mac 2011. - AFP
sumber : kosmo online

Petani guna senjata berat pertahan ladang ganja

Posted: 23 Jul 2012 07:30 PM PDT


BEIRUT: Petani bersenjata mesingan, bom tangan menggunakan roket dan mortar memaksa tentera kerajaan menghentikan operasi untuk memusnahkan ladang ganja haram di Lembah Bekaa di Lubnan, semalam.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam tembak menembak itu tetapi dua kenderaan pasukan keselamatan terkena tembakan, kata saksi. 
Ketika perang saudara 1975-1990, Lembah Bekaa yang subur menghasilkan sehingga 1,000 tan resin ganja setiap tahun dan 30-50 tan candu, yang digunakan untuk membuat heroin.

Pokok ganja dimusnahkan di bawah program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu antara 1991-1993 tetapi muncul semula ketika pasukan keselamatan berusaha mengamankan negara yang bergolak itu.



Tiada statistik yang boleh dipercayai untuk memastikan berapa banyak ganja yang dihasilkan di Lubnan sekarang.


Pasukan keselamatan menjalankan operasi tahunan untuk memusnahkan ganja tetapi menghadapi tentangan daripada petani yang marah kerana pokok yang mendatangkan pendapatan tinggi dan mudah untuk komuniti mereka yang miskin. - Reuters



sumber : myMetro

Budak mati jatuh dari kenderaan vintaj

Posted: 23 Jul 2012 07:15 PM PDT


LONDON: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun mati selepas terjatuh dari sebuah kenderaan lama berkuasa wap di sebuah muzium terbuka, semalam.
Karl Doran dikatakan jatuh di bawah treler yang ditarik enjin itu dan mengalami kecederaan di kepala.

Menurut laporan, bapa mangsa, Phillip Doran, 41, sukarelawan di muzium berkenaan memandu kenderaan vintaj itu ketika kejadian.


Pemandu itu turut dibawa ke hospital untuk dirawat kerana terkejut selepas tragedi itu di Muzium Beamish berhampiran Stanley di Co Durham.

Polis berkata, petugas kecemasan menerima panggilan sejurus sebelum jam 3 petang tetapi budak itu disahkan mati di tempat kejadian.


Jurucakap perkhidmatan ambulans berkata: "Kami difahamkan bahawa budak itu jatuh dari sebuah treler yang ditarik oleh enjin berkuasa wap." Muzium Beamish yang popular itu mempamerkan kehidupan harian masyarakat abad lalu, termasuk kostum pelakon dan kenderaan lama.



Ia sesak dengan keluarga yang datang mengunjungi pameran itu tetapi ditutup sementara selepas tragedi berkenaan. - DM


sumber : myMetro

5 kali dirempuh kereta

Posted: 23 Jul 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Sepasang suami isteri yang sudah bersara gagal menjual rumah mereka berharga �350,000 (RM1.75 juta) selepas kediaman itu dirempuh lima kereta dalam masa kurang dua tahun.
Tom Wardle, 66 dan isteri, Shirley, 72, pernah membaiki tembok laman rumah mereka dua kali dalam masa sebulan selepas pemandu hilang kawalan ketika membelok berhampiran hartanah itu meskipun had laju di kawasan itu ditetapkan pada 48 kilometer sejam.

Kemalangan berulang kali itu menyebabkan syarikat insurans pasangan berkenaan menanggung kos sebanyak �15,000 (RM75,000) dan kini mereka gagal menjual rumah teres empat bilik itu. Lima kemalangan memusnahkan tembok sepanjang 4.8 meter dan tinggi satu meter itu terjadi antara September 2010 hingga 4 Julai lalu.


Rumah pasangan itu di Bretforton, berhampiran Evesham, Worcestershire, berada dalam zon 48 kilometer sejam tetapi ia terletak 69 meter dari puncak selekoh tajam di kampung berkenaan yang terkenal sebagai tempat sering berlaku kemalangan.

Pesara syarikat membina kapal itu yang tinggal di kampung berkenaan sejak 18 tahun lalu, mendesak supaya jalan itu ditar semula bagi meningkatkan cengkaman kereta ketika pemandu mengambil selekoh itu.


"Ia hanya menanti masa sebelum seseorang cedera parah atau terbunuh.



"Sebanyak 16 kemalangan berlaku sejak September 2010. Jalan raya itu menjadi licin apabila hujan dan tahap cengkaman menurun mendadak.

"Saya bimbang kemungkinan berlaku kemalangan yang akan meragut nyawa kanak-kanak. Saya tidak dapat tidur kerana setiap kali mendengar bunyi tayar menciut saya akan menanti ia merempuh tembok taman saya.


"Walaupun ia dalam zon had laju 48 kilometer sejam, selekohnya begitu tajam," kata Wardle.

Menurutnya dia sudah mengadu kepada Majlis Bandaran Worcestershire, merayu supaya jalan itu ditar semula bagi meningkatkan cengkaman.


Hanya beberapa bulan selepas mengiklankan untuk menjual rumah mereka dengan harga �350,000 (RM1.75 juta), seorang pemandu merempuh hartanah itu pada 29 September 2010.


Kemalangan selepas itu berlaku pada 4 April, 2011.


Tembok pasangan itu terpaksa dibaiki dua kali dalam masa sebulan selepas satu kemalangan berlaku 4 Ogos tahun lalu dan satu lagi pada 26 Ogos.


Kemalangan terbaru berlaku 4 Julai lalu apabila seorang pemandu pertengahan usia gagal mengawal keretanya dan merempuh tembok taman pasangan pesara itu.


Pembeli berpotensi rumah itu begitu bimbang dengan hartanah berkenaan yang sering menjadi sasaran kemalangan hingga memaksa Wardle dan isteri menurunkan harga kepada �275,000 (RM1.38 juta) "Saya seperti mahu membunuh diri selepas kemalangan terbaru.


"Kami perlukan tindakan. Kami tidak boleh tidur. Saya mempunyai cucu yang sering datang mengunjungi saya.


"Kami cuba menjual rumah itu tetapi tidak ada yang mahu membelinya kerana banyak berlaku kemalangan. "Kami sudah menurunkan harga sebanyak �75,000 (RM375,000) tetapi ia masih tidak terjual," katanya. - DM



SUMBER : MYMETRO

Adik berang tetak abang

Posted: 23 Jul 2012 06:45 PM PDT


MIRI: Seorang abang terpaksa menerima lima jahitan di kepala dan bahu kiri akibat ditetak dengan pisau pemotong daging oleh adiknya yang mabuk dan naik angin selepas ditegur kerana tindakan biadabnya memarahi bapa mereka di sebuah rumah di Tudan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, seorang pendawai elektrik berusia 20-an cuba menasihati adiknya yang bersikap kasar terhadap bapa mereka tanpa sebab munasabah. 
Difahamkan, suspek berusia 19 tahun itu balik ke rumah dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak bersama rakannya sebelum tiba-tiba mengamuk dan memarahi bapanya.

Menurut sumber, bapanya berusia 50-an itu mengambil keputusan keluar dari rumah bagi mengelak perkara tidak diingini.



Katanya, ketika menuju ke kereta, lelaki berkenaan terserempak dengan anak lelakinya lalu menceritakan perkara itu menyebabkan dia cuba menasihati adiknya sebaik tiba di rumah.



SUMBER : MYMETRO

Terkurung 21 tahun

Posted: 23 Jul 2012 06:30 PM PDT


CHITTAGONG (Bangladesh): Meyakini ada hikmah di sebalik sesuatu peristiwa termasuk yang buruk, satu tuntutan di kalangan umat Islam. Mengambil kira faktor ini, konflik berdarah antara etnik Rakhine dengan penduduk Islam Rohingya yang tercetus di Arakan, Myanmar, pada awal Jun lalu, turut tidak terkecuali.
Ini kerana konflik yang meragut ribuan nyawa umat Islam Rohingya itu serta mencetus derita kepada ratusan ribu yang lain, secara tidak langsung menggamit semula perhatian dunia luar terhadap hampir 90,000 pelarian Rohingya yang menghuni tiga kem pelarian di Bangladesh sejak 21 tahun lalu.
Berikutan tempoh panjang itu, mereka yang hidup serba kedaifan dan penuh penderitaan seakan-akan dilupakan apabila jarang menerima bantuan termasuk daripada saudara seagama.

Sepanjang tempoh 21 tahun itu, ramai di kalangan pelarian Rohingya yang sudah meninggal dunia sebagai orang buangan dan pada masa sama, ribuan juga dilahirkan di dalam kem untuk berkongsi status sama.



Sedikit latar belakang, pelarian Rohingya terbabit menyeberangi Sungai Naf yang menjadi sempadan Myanmar-Bangladesh pada 1991 selepas diusir kerajaan tentera Myanmar.


sumber : myMetro

Kepala dah keras

Posted: 23 Jul 2012 06:15 PM PDT


PASIR MAS: "Ramadan tahun ini sungguh bermakna buat saya selepas tiga tahun terpaksa 'berkurung' dalam rumah kerana malu sebab kepala saya lain daripada yang lain," kata Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, atau lebih dikenali sebagai Hisham yang gembira selepas dibenarkan pulang ke rumah, kelmarin.
Ayat pertama terkeluar daripada mulut Hisham sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, tepat jam 3 petang kelmarin ialah ingin berjumpa hamba Allah dari Pulau Pinang yang menderma dengan seikhlas hati sehingga dia beroleh tempurung kepala baru.
Katanya, jika ditakdirkan menemuinya, dia akan memeluknya sekuat hati sebagai tanda terima kasih kerana sanggup membantunya menjadi lelaki normal semula.

Sebelum ini, sebaik dibenarkan keluar dari hospital, Hisham diibaratkan artis apabila tiba-tiba menjadi tersohor serta tumpuan ramai.



Difahamkan, ramai pelawat termasuk jururawat serta kakitangan wad berkenaan bergambar kenang-kenangan dengannya menyebabkan pemuda 'istimewa' itu terkedu malu sebaik berita mengenai dirinya dilaporkan Harian Metro

Kepala berasap

Posted: 23 Jul 2012 06:00 PM PDT


IPOH: "Dia menggelupur hampir tiga minit ketika badannya terkena renjatan elektrik dan saya nampak kepala serta tubuhnya berasap," kata Mohd Faizal Abdul Aziz, 23, yang melihat rakannya, Riduan Hashim, 31, terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, batang galah aluminium yang digunakan Riduan ketika mengait buah kelapa terkena kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik. Bagaimanapun, mangsa terselamat daripada maut dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Faizal berkata, insiden berlaku ketika dia dan Riduan mengait kelapa tua untuk dijual selepas mereka mendapat tempahan sempena Ramadan.

"Riduan meminta saya membantunya mengait kelapa tua. Saya serta seorang lagi rakan, Suhaimi bersetuju membantunya dan kami ke rumahnya jam 5.50 petang.



"Kami memulakan kerja mengait kelapa tua beberapa minit kemudian di kawasan kira-kira 100 meter dari rumahnya. Ketika itu galah aluminium Riduan tersentuh kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik," katanya.



sumber : myMetro

Baru bebas mati ditembak

Posted: 23 Jul 2012 05:45 PM PDT


KUALA SELANGOR: Seorang lelaki yang baru empat bulan dibebaskan dari Ordinan Darurat ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di Jalan Angerik, Country Resort Sungai Buloh, di sini, semalam.
Difahamkan, hasil pemeriksaan pasukan forensik turut menemui satu peluru menembusi satu daripada jari mangsa.

Mangsa, Wong Teck Sern, 42, yang berpakaian lengkap ditemui mati dalam keadaan meniarap dipercayai mati kurang daripada 24 jam berikutan keadaan mangsa yang masih tidak dihurung semut.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam jam 7.30 pagi sebelum tiba beberapa minit di tempat kejadian.

Katanya, polis menemui dokumen pengenalan diri pada mangsa dan menurut butiran pada kad pengenalan, mangsa berasal dari Sibu, Sarawak.



sumber : myMetro

Gajah pijak manusia (full pic)

Posted: 23 Jul 2012 05:30 PM PDT




Cara baru peraga pakaian dalam...dalam lift

Posted: 23 Jul 2012 05:15 PM PDT

Baru-baru ini di Kota Qingdao, Daerah Shandong, sebelah timur Tiongkok sebuah pertunujkkan pakaian dalam yang berlangsung dari dalam lift sebuah Mall.

 Kaca yang besar di bahagian belakang lift, membuat para pengunjung boleh melihat para model bergaya mempamerkan pakaian dalam.

 Lift juga bergeran naik dan turun, sehingga para pengunjung tinggal mendekat ke arah kaca lift di setiaptingkat untuk melihat tiga orang model cantik memperagakan pakaian dalam yang seksi.


Lelaki ini jumpa bangkai tikus didalam minuman Energy Monster yang diminumnya

Posted: 23 Jul 2012 05:00 PM PDT


Brian Barrett - Vitaliy Sulzhik, 19 tahun. Sedang melakukan apa yang biasa di lakukan oleh anak muda lainnya. Meneguk minuman energi berukuran besar untuk menambah energi. Namun apa yang ia dapatkan? Seekor Bangkai Tikus di dalam tin minuman itu.Sulzhik kemudian muntah se-muntah-muntahnyaaaa .Sekarang Sulzhik sedang menuntut perusahaan pembuat minuman energi Monster.




Penyanyi cantik ini tanpa sengaja mempamerkan seluar dalamnya di sebuah acara di televisyen

Posted: 23 Jul 2012 04:45 PM PDT


Penyanyi cantik Korea, Kim Greem, menjadi sebutan. Rakyat Korea ramai-ramai membicarakan insiden saat penyanyi cantik ini tanpa sengaja mempamerkan seluar dalamnya di sebuah acara di televisyen. Langsung saja peristiwa itu menjadi buah mulut.
 Seperti api, gambar-gambar yang memperlihatkan seluar dalam Greem cepat menyebar di dunia maya. Ramainya pembahasan soal insiden itu membuat pengurus Greem harus turun tangan untuk mengatasinya.


 Peristiwa ini berawal ketika pada 6 Disember lalu, Greem tampil di sebuah acara televisyen. Dan saat itu, penyanyi ini mengenakan mini dress berwarna putih. Di acara itu, Greem memperlihatkan kemampuannya bermain gitar. Ia duduk di sebuah bangku dan ditemani dua wanita lainnya. Greem yang asyik bermain gitar lupa memperhatikan cara duduknya. Dan seluar dalamnya pun terlihat jelas. 


 "Ketika kami sedang memantau Greem selama show, kami melihat tampilan visual yang terlihat jelas," kata perwakilan pengurusan Greem seperti dikutip dari Allkpop.


 Tentu saja pemandangan itu menjadi kontroversi keraa tayangan itu sama sekali tidak dihapus dan hanya sedikit diblur. Perwakilan dari tayangan televisyen itu tak tinggal diam. Mereka berusaha untuk membela diri. "Pemberian efek blur justru mengakibatkan kontroversi," ujarnya.


 Penonton juga tak mahu ketinggalan untuk memberikan komennya. Mereka mengaku merasa tidak nyaman dengan gambar-gambar yang muncul di televisyen. "Dari sudut pandang logis, tidak masuk akal. Hal ini seharusnya sudah diedit sebelum keluar dan efek blur hanya lebih menarik perhatian," ungkap salah seorang penonton.

Lelaki berkerusi roda ini tersangkut didepan trak dan dibawa sejauh 6.5 km

Posted: 23 Jul 2012 04:30 PM PDT


Seorang lelaki 21 tahun punya perjalanan yang akan dikenang seumur hidup ketika kerusi roda elektrik yang dia naiki tersangkut di depan karburator dari semitrailer dan didorong di jalan raya sepanjang 6,5 KM kilometer dengan kelajuan 80 KM/Jam.


Ben Carpenter tidak terluka, tetapi dibawa ke hospital sebagai tindakan pencegahan. Dia telah diselamatkan di kerusi rodanya dengan tali pinggang kekedar. Carpenter yang telah mengalami distrofi otot mengatakan kepada sebuah stesen televisyen bahawa ia berfikir ia tidak boleh selamat dalam perjalanan ekstrim tersebut.


Carpenter  menyeberang di persimpangan di Paw Paw, sekitar 140 mil sebelah barat Detroit. Lampu berubah menjadi hijau sementara anaknya berada di depan sebuah trak yang mulai bergerak. Kerusi roda yang dia naiki tersangkut di kisi-kisi, dan perjalanan liar pun dimulai.

Karpet Kulit Harimau dari 500.000 Batang Rokok

Posted: 23 Jul 2012 04:15 PM PDT

Terdiri dari 500.000 batang rokok dan berat 200 Kilogram, karpet berbentuk kulit harimau ini adalah hasil ciptaan seorang seniman asal China iaitu Xu Bing.


Karya seni tembakau yang secara susah payah ditempatkan bersama-sama ini, dipamerkan pada Museum of Fine Arts di Virginia, yang dimaksudkan untuk menyoroti perdagangan global, dan bagaimana orang-orang terjebak dalam kebiasaan merokok yang mematikan.

Xu yang berumur 56 tahun ini dikenal sebagai salah satu seniman China yang paling menonjol dan berpengaruh, dimana warga Beijing ini memulai karya seni rokoknya di Universiti Duke di Amerika Syarikat pada pergantian abad, dan telah menyelidiki hubungan antara merokok dan kemasan.


Seniman ini mengunjungi perkebunan tembakau, gudang dan kilang rokok di Virginia untuk menciptakan pekerjaan untuk pameran ini, dan juga karya lain dari proyek-proyek terdahulu Xu pada topik ini.

Tujuan Xu memilih Virginia untuk mempamerkan karyanya kerana negara di timur Amerika ini secara tradisional dikenal sebagai tempat produk tembakau di produksi secara besar-besaran.

'Sejarah panjang tembakau di Virginia yang membuat pameran ini sangat relevan, "kata Alex Nyerges, direktor Virginia Museum of Fine Arts yang dikutip mail online.

Video..lelaki yang marah kekasihnya berbikini,nak terlucut bikini yang ditariknya

Posted: 23 Jul 2012 04:00 PM PDT








Cara segera cuci bon**t lepas buang air

Posted: 23 Jul 2012 10:30 AM PDT


betul-betul lawak adik ni...memang selamba

Video..Inilah guru tadika di Mesir yang sangat kejam terhadap anak didiknya

Posted: 23 Jul 2012 10:15 AM PDT


Apa yang terjadi dengan guru tadika ini? Beredar videonya bagaimana dia memukuli telapak tangan kanak-kanak yang kecil ini berkali-kali. Satu persatu anak didiknya ini berbaris memegang buku latihan dan sang guru biadab ini memeriksa buku tersebut sambil memukuli telapak tangan anak-anak kecil itu. Ada anak perempuan yang ditarik rambutnya. Seperti semua latihan yang dikerjakan anak kecil tersebut semua salah.....Apakah ini perlakuan yang benar???Semoga si guru biadab ini diadili..!!!.Baru kelas tadika ..baru nak belajar....




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS