Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Saiful Apek Bebas Tuduhan Dadah

Posted: 24 Jun 2012 09:49 PM PDT

Berita Harian melaporkan Saiful Apek, seorang pelakon dan pelawak telah dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Turut dilepaskan bersama Saiful Apek ialah 3 orang rakannya, iaitu Shaiful Baharom, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya dan Noremy Mohamad.

Keputusan pembebasan daripada tuduhan telah dibuat oleh Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.

Saiful Apek pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003.

Monday Music : Hujan Lancarkan Album Baru, “Sang Enemy”

Posted: 24 Jun 2012 09:46 PM PDT

Tak putus-putus rezeki masuk, kali ini, kumpulan Hujan telah melancarkan album terbaru mereka yang berjudul, "Sang Enemy". Sesi pelancaran album ini telah diadakan di Black Box, Publika, Solaris Dutamas minggu lepas dan mereka turut memperdengarkan lagu-lagu terbaru mereka kepada para tetamu.

Album "Sang Enemy" kali ini menampilkan lagu-lagu berunsur rock dan balada dan secara keseluruhannya, lagu-lagu dalam album ini lebih berat dari kebiasaannya. Album ini turut menampilkan penyanyi popular, Yuna, dan juga pemain sape terkemuka dari Sarawak, Jerry Kamit dalam lagu berjudul, "Janji Kita".

Lebih menarik, album yang dimuatkan dengan 7 buah lagu ini akan turut menampilkan pemuzik-pemuzik jemputan dari Jepun serta kolaborasi bersama penyanyi kumpulan metal tanah air, Joe The Padangs. Antara lagu-lagu yang akan diselitkan ialah "Janji Kita", "Rumah Kita", "Mana Mungkin", "Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur", "DBS", "Ke Selatan", dan "Kembara".

Kepada peminat setia, Raingers semua, OHBULAN! pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk membeli album terbaru Hujan – Sang Enemy. Sila dapatkan di kedai-kedai muzik berdekatan sekarang!

Jom dengar lagu berjudul "Janji Kita" dari Hujan selepas ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Saiful Apek Bebas Tuduhan Mengambil Dadah

Posted: 24 Jun 2012 10:27 PM PDT

SAIFUL APEK DADAH

Kami baru sahaja menerima perkhabaran bahawasanya pelakon komedi iaitu Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek secara rasminya bebas daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan dua tahun lalu. Apek dan juga tiga rakannya dibebas tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya.

Keputusan tersebut dibuat oleh Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh dan terdapat percanggahan bukti.

Untuk rekod, Apek dan tiga rakannya sebelum itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya pada 12 Jun 2010.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, pada 1 November tahun lepas, Apek dan tiga rakannya iaitu Shaiful Baharom, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya dan Noremy Mohamad mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Related Posts with Thumbnails

Muzik Video Jejaka Idaman 2.0 Lynnzay Affandy

Posted: 24 Jun 2012 09:16 PM PDT

Muzik video Jejaka Idaman 2.0 dari penyanyi Lynnzay Affandy baru sahaja dilancarkan. Sambil anda mendengarkan lagu Jejaka Idaman 2.0 yang kami sertakan, mari baca detail kat bawah ni untuk mengenali lebih dekat siapakah gerangannya penyanyi bernama Lynnzay Affandy dan mengetahui lebih dalam mengenai lagu Jejaka Idaman 2.0 yang dinyanyikannya.

Jejaka Idaman adalah lagu popular yang pernah di nyanyikan oleh penyanyi pop,Raja Ema pada tahun 1986. Di olah semula oleh Lynnzay A. dengan versi yang lebih urban bersama unsur muzik yang lebih trendy dan digemari generasi muda seperti 'pop dance' dan sedikit unsur 'dubstep'.

Muzik Video Jejaka Idaman 2 Lynnzay Affandy

Lynnzay A. ataupun Lynnzay Affandy adalah bekas ahli kumpulan di bawah syarikat pengurusan Reshmonu yang digelar 'Senoritas' yang sudah berpecah beberapa bulan lepas.

Lynnzay menyambung kerjayanya sebagai wartawan untuk surat khabar politik dan terus bergerak maju menghasilkan single pertamanya dan ingin memperkenalkan 'style' sebenar muziknya ke mata Malaysia.

Bersama kekuatan yang di perolehi Stacy Angie dan MizzNina, Lynnzay juga berkebolehan menari dengan bagus di samping menyanyi. Lynnzay juga menulis lagu sendiri dan dikhabarkan lagu-lagu seterusnya yang akan di terbitkan adalah hasil karyanya sendiri.

Tetapi dengan bantuan daripada mereka yang lebih arif seperti DJ Fuzz dan Amylea Azizan, Lynnzay telah memulakan langkah pertama dengan memberikan idea untuk menyanyikan semula lagu 'Jejaka Idaman'.

Ditulis asalnya oleh Fauzi Marzuki, ditambah lirik dan melodi baru oleh Amylea Azizan, penyanyi yang sedang berjinak-jinak dalam penulisan lagu semula setelah berehat beberapa lama dalam bidang nyanyian. Untuk kesinambungan lirik Fauzi Marzuki, Amylea telah berjaya menghasilkan lirik yang sedikit puitis tetapi sesuai dengan rentak dan irama baru yang telah dihasilkan oleh Amylea juga. Manakala susunan muziknya pula dihasilkan oleh nama yang tidak asing lagi dalam dunia urban, iaitu DJ Fuzz. DJ Fuzz memasukkan elemen terbaru ke dalam susunan muzik untuk versi baru lagu ini dan membuatkan ianya lebih sesuai untuk imej dan gaya Lynnzay A.

Lynnzay A. telah memilih Juzzthin sebagai rapper yang menyanyi di bahagian klimaks lagu ini. Juzzthin lebih di kenali sebagai salah seorang pelakon utama di dalam drama bersiri kegemaran remaja iaitu 'Projek Pop' yang di tayangkan di TV8 dan juga 'Waktu Rehat' untuk tayangan Disney Malaysia di Astro.

Bersama pengalaman sebagai rapper dan penyanyi hiphop underground, Juzzthin diberikan kepercayaan untuk menulis sendiri liriknya dan ini adalah kali pertama dia rap berBahasa Melayu. Ternyata penyampaiannya adalah unik dan Lynnzay A. berpuas hati.

Maka dengan ini, terhasillah versi baru lagu ini yang telah di beri tajuk 'JEJAKA IDAMAN 2.0′ bersama penghasilan muzik video yang bakal di riliskan juga tidak lama lagi yang di tujukan khas buat peminat 'dance music' serta 'dubstep'.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Heliza Helmi di Sidang Media Rasa Halal Antarabangsa

Posted: 24 Jun 2012 09:45 PM PDT

Gambar Heliza Helmi di Sidang Media Rasa Halal Antarabangsa.

Selepas bersiaran selama enam musim, program yang berkonsepkan kembara masakan iaitu RASA HALAL, kini kembali dengan pengisian yang lebih segar dan mantap untuk musim ketujuh untuk musim ke-7 dengan menampilkan hos terbaru iaitu Heliza Helmi, penyanyi, usahawan yang lahir dari program Akademi Fantasia musim ke-5.

Program Rasa Halal Antarabangsa, 26 episod terbitan pihak produksi E-Style Sdn Bhd yang akan menemui penonton setiap hari Khamis, jam 7.30 malam bermula 28 Jun 2012 di Astro Oasis menerusi saluran 106.

Sebanyak 5 buah negara dilawati iaitu Turki, Australia, Korea, Perancis dan London.

Antara negara yang diterokai dan dilawati oleh Heliza Helmi ialah Turki di mana di sana penonton akan melihat Heliza akan merasai beberapa resepi dari sana seperti Guvej, Salad Kambing, Gozleme dan macam-macam lagi.

Turut dilawati negara kanggaroo iaitu Australia di mana Heliza sempat melawat Brisbane dan Sydney.

Korea juga dilawati Heliza semasa musim bunga. Memang cantik dan meriah dengan warna-warni alam flora yang sangat memepersonakan.

1. Program yang paling lama pernah diterbitkan di Astro Oasis iaitu selama 7 musim. Program Rasa Halal musim pertama bermula pada 2008 di mana negara China menjadi negara pertama dilawati.

2. Heliza Helmi dipilih untuk menggantikan Farah Breep Breep yang kini sedang mengandung dan bakal melahirkan anak.

3. Ramai rakyat Malaysia yang melancong ke-5 buah negara, jadi program ini menunjukkan panduan untuk Muslim di mana restoran Halal di sana.

4. Heliza mengharapkan dirinya gemuk dan berisi dengan program ini memerlukan beliau makan setiap kali singgah di restoran ini.

5. Heliza tak sempat untuk meminta tips dan panduan dari Farah Breep Breep.

"Satu benda yang sangat-sangat dinantikan dan saya sangat bersyukur kerana dengan berjalan-jalan bersama Rasa Halal Antarabangsa ni, saya banyak belajar.

Pengalaman sangat berharga walaupun sangat letih kerana dalam satu hari kadang-kadang terpaksa habiskan dua hingga tiga episod.

Kesemua negara memang mencabar. Seperti di Korea, Heliza sempat merasai Kimchi dan diberi peluang untuk memasak kimchi. Setiap hari makan Kimchi di Korea sehingga rasa Kimchi dah sebati dalam diri Heliza.

Pemilihan Heliza Helmi sebagai pengacara ialah kerana Heliza suka makan, suka jalan-jalan makan angin, kena dengan gaya muslimah yang dibawa oleh Heliza, tak banyak kerenah, tahan lasak.

Selama dua bulan penuh diperlukan untuk melaksanakan pengambaran.

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Babak Panas Zarina Jamalullail Terpaksa Dipotong?

Posted: 24 Jun 2012 07:43 PM PDT

Pelakon baru Zarina Jamalullail, 23, menafikan dakwaan suaminya telah membayar sejumlah wang dengan jumlah yang besar bagi memotong beberapa adegan romantik yang dilakonkannya bersama Pekin Ibrahim dalam filem Aku, Kau dan Dia.

Bagaimanapun, Zarina yang merupakan finalis Dewi Remaja 2010/11 mengakui hanya meminta pihak produksi iaitu Tayangan Unggul untuk memotong sedikit adegan romantik berlebihan, bagi menjaga imejnya yang baru bertudung sejak bergelar isteri pada Disember tahun lalu.

"Diakui memang saya ada minta pihak penerbit untuk memotong sedikit adegan yang saya rasa tidak manis ditonton umum, kerana saya sudah bersuami dan bertudung. Ia telah mendapat persetujuan semua termasuklah pengarahnya, Pierre Andre. Tetapi tidaklah sampai suami perlu membayar ratusan ribu ringgit kepada penerbit semata-mata untuk pemotongan adegan tersebut, ia tak masuk akal. Saya kesal dengan hal ini kerana suami tidak ada kaitan langsung. Harap-harap kenyataan ini jelas dan difahami semua pihak. Saya tak mahu kerana gosip sebegini, kerjaya suami pula yang terganggu." Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail & Pekin Babak Panas

Antara babak Zarina dan Pekin dalam filem Aku, Kau dan Dia.

Tambah Zarina, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana dia hanya ingin menjaga imejnya apatah lagi selepas berhijrah.

Minggu lalu, beberapa akhbar dan portal hiburan melaporkan terdapat khabar angin yang mengatakan suami Zarina yang dikatakan seorang VVIP sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada pihak produksi agar memotong beberapa adegan romantik membabitkan pelakon wanita itu dengan Pekin.

Pemotongan babak tersebut dikatakan telah menjejaskan perjalanan cerita filem itu yang turut dibarisi pelakon Remy Ishak, Nash, Harun Salim Bachik dan Marissa Yasmin.

"Kalaulah saya tahu akan berkahwin dan berhijrah dalam tempoh masa terdekat, sudah semestinya saya tidak akan mengambil tawaran berkenaan. Tetapi pada ketika itu, saya menganggap filem ini sebagai platform untuk meneruskan kerjaya di bidang seni selepas menyertai Dewi Remaja," ujarnya yang kini sedang mengandung enam bulan.

Sementara itu, Zarina telah membuat keputusan untuk tidak berkecimpung dalam dunia lakonan bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga.

"Buat masa ini saya tak mahu berlakon lagi dan ingin mencuba sebagai pengacara agar lebih mudah dalam hal pengurusan masa. Bagaimanapun saya tak nak cakap besar, mana tahu, jika ada tawaran yang bersesuaian pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan," tuturnya.

Gambar Zarina Jamalullail di Majlis Tayangan Media Filem Aku Kau & Dia

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Zarina Jamalullail

Tags: , ,

Tags: , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Pemilik Home Theatre Terhebat dan Termahal di Dunia

Posted: 24 Jun 2012 09:15 PM PDT


Jeremy Kipnis is the owner of this amazing home theatre shown in these photos. It has a gigantic 10' X 18' screen, professional video projector, numerous custom DVD/CD, Blu ray player, VHS video recorder, Laserdisc, a gaming console, huge speakers, and luxurious seating. It is worth a cool $6,000,000. Some people sure know how to live.


The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)
The Most Expensive and the Coolest Home Theatre in the World (22 pics)


Kecantikkan awek setelah guna botox

Posted: 24 Jun 2012 09:00 PM PDT


Once again a woman tries to look like a celebrity by getting lots of work done on her face. This Moscow born lady is really strutting her stuff in these photos. Her exact age is unknown but she is definitely going for a younger look. Did all of the botox injections somehow increase the size of her head too? What was she thinking when she went to the doctor?

1Another Botox and Silicone Disaster
2Another Botox and Silicone Disaster
3Another Botox and Silicone Disaster
4
5Another Botox and Silicone Disaster
6Another Botox and Silicone Disaster
7Another Botox and Silicone Disaster
8
9Another Botox and Silicone Disaster

Pornografi Ternyata Sudah Ada Sejak 28 Ribu Tahun Lalu

Posted: 24 Jun 2012 08:45 PM PDT

Pornografi bukan lagi barang moden. Usianya bahkan sudah lebih dari 28 ribu tahun.

Hal itu seperti nampak dalam rangkaian gambar erotis yang ditemukan oleh arkeologi di atap gua di padang gurun di Arnhem Land, Autralia Utara.

Arkeolog Bryce Barker, seorang profesor dari University of Southern Queensland, bahkan menyebut pemandangan gambar serupa juga sudah pernah ditemukan sebelumnya di antara situs seni cadas seperti gua Chauvet Perancis dan gua-gua di Sepanyol utara yang usianya sudah lebih tua, yaitu lebih dari 30.000 tahun bahkan lebih dari 40.000 tahun.

"Salah satu hal yang membuat ini fragmen kecil dari seni yang unik adalah bahawa hal itu digambarkan dalam arang. Fakta bahawa setiap seni batuan yang lebih tua dari 20.000 tahun yang sangat unik di seluruh dunia," kata Barker seperti dikutip dari time of India.



Gambar itu dibuat di sebuah penampungan batu besar bernama Narwala Gabarnmang, yang tercakup di langit-langit dan pilar batu. Untuk menuju ke sana, hanya dapat diakses oleh perjalanan helikopter 90 minit dari kota pedalaman Katherine.

Memang gambar tersebut terlihat sederhana. Pasalnya, hanya terdiri dari goresan yang berwarna merah dan putih. Namun, maksud dari gambar bisa dikenali sebagai bentuk orang bersenggama.

Selain itu, penampakan tidak hanya terdiri dari satu gambar saja. Orang kuno membuatnya menjadiserangkaian gambar yang bercerita tentang seks.

Para arkeologi pertama kali dibawa ke situs lima tahun lalu oleh penjaga Aborigin, yang Jawoyn, yang ingin melestarikan seni dan pada saat yang sama membuka beberapa rahasia sejarahnya.

"Kami baru digali sebahagian kecil dari situs tersebut dan kami berharap akan ada seni yang lebih tua dari 28.000 tahun di situs," kata Barker.

sumber: inilah.com

Mengerikan, Remaja 16 Tahun Berhasil Hidup Meski Kepala Tertembus Tombak

Posted: 24 Jun 2012 08:30 PM PDT

Pasukan doktor di Rumah Sakit Jackson Memorial Miami berhasil menyelamatkan nyawa seorang remaja. Remaja 16 tahun ini mengalami kecelakaan fatal yang menyebabkan kepalanya tertembus tombak sepanjang satu meter.

Kecelakaan ini terjadi saat Yasser Lopez dan teman-temannya memancing ikan dengan menggunakan tombak kecil. Tanpa sengaja , ketika sedang asyik mencari ikan seorang temannya menembakkan pistol tombak ke arah Lopez, lantas mengenai dan menembus kepalanya.



Dia segera dilarikan ke rumah sakit dalam dan dirawat di pusat trauma RS Miami. Saat masuk rumah sakit 7 Jun lalu, tombak sepanjang satu meter mencuat dari dahinya. 

Dokter mengatakan, tombak menembus kepala Lopez lima sentimeter di atas mata kanan dan keluar di bahagian belakang tengkoraknya. Agar boleh dirontgen, tombak yang menempel harus lebih dulu dipotong. Sementara sisa tombak dikeluarkan lewat sebuah prosedur operasi selama tiga jam. 

Seperti dikutip Courier Mail, doktor mengatakan, Lopez beruntung, sebab tombak tidak mengenai pembuluh darah utama di otaknya. Namun, akibat trauma pada otak, Lopez tak mampu mengingat kejadian tersebut. (umi)

sumber: vivanews

Lihat Aksi Gila Orang-orang Ini (Foto)

Posted: 24 Jun 2012 08:15 PM PDT

Orang-orang ini sedang mengikuti festival Isle of Wight dan rela berlumur lumpur kerana hujan lebat yang menerpa lokasi acara. Lihat saja aksi kegilaan mereka ini.










Wanita Berat 200 Kilogram Bogel di Dalam Bas

Posted: 24 Jun 2012 08:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA - Seorang wanita berbadan besar di tangkap oleh anggota polis Florida, lantaran menumpang sebuah bas, dalam keadaan telanjang bulat. 
Patricia McCollum, 52, ditemukan oleh petugas yang duduk telanjang di bangku bas Rabu dan ditahan atas tuduhan berbogel di muka umum. Seperti diberitakan oleh Upi.com, Minggu (24/6/2012).
Wanita yang memiliki berat 200 kilogram itu, mengatakan ia merupakan seorang tunawisma, dan ia menggunakan bas itu, sebagai tempatnya berganti pakaian. "Itu sebabnya saya berganti pakaian di bangku bas, kerana saya tidak punya tempat lain untuk tinggal," ujarnya di muka persidangan, Khamis, kelmarin.
Menurut data kepolisian, Patricia Polisi mengatakan Patricia, telah diperingatkan oleh petugas di masa lalu terkait insiden serupa.
Setelah mendengar kesaksian sejumlah pihak, pengadilan akhirnya memutuskan untuk mendenda Patricia, sebesar 100 US Dollar atas perbuatannya

Anak pegawai kanan polis ditahan peras ugut penagih

Posted: 24 Jun 2012 07:45 PM PDT


BANGKOK: Tiga lelaki ditahan kerana didakwa menyamar sebagai pegawai Lembaga Kawalan Narkotik bagi memeras ugut orang awam di Songkhla.
Menurut media semalam, polis menahan Chaovarin Kultharo, 29, Danai Prakij, 29, dan Supparit Kaewpradab, 24, di Hat Yai.

Chaovarin - anak pegawai kanan polis di Pathum Thani - menjadi ketua kumpulan itu.


Dia ditahan kerana didakwa menahan seorang lelaki berusia 40 tahun di sebuah pusat percutian bagi mendapatkan wang tebusan bernilai RM10,000 daripada keluarganya. Polis kemudian menyamar dan bekerjasama dengan keluarga mangsa sebelum berjaya menurunkan tuntutan sehingga menjadi RM3,000.

Mereka kemudian berjanji menyerahkan wang berkenaan berhampiran sebuah restoran sebelum suspek ditahan ketika mengambilnya. Polis berkata, suspek biasanya menahan mangsa yang mempunyai sejarah penagihan dadah. - BP



sumber : myMetro

Ibu kurung anak dalam almari

Posted: 24 Jun 2012 07:30 PM PDT


KANSAS: Seorang ibu berusia 29 tahun ditahan selepas polis Bandar Kansas, menemui anak perempuannya yang berusia 10 tahun dan sangat kurus, dikurung di dalam almari.
Wanita dan teman lelakinya ditahan kelmarin, menurut laporan akhbar The Kansas City Star. 
Kanak-kanak perempuan itu ditemui sendirian di dalam almari yang berbau busuk dan berat badannya satu pertiga daripada budak perempuan normal berusia 10 tahun, kata polis.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk penilaian kesihatan, kata akhbar itu. - Agensi



sumber : myMetro

Jari budak putus dibaham pirana dibela keluarga

Posted: 24 Jun 2012 07:15 PM PDT


ILLINOIS: Apabila anak perempuan mereka yang berusia 18 bulan menangis kerana hujung jarinya putus, kelihatan seperti digigit, kedua-dua ibu bapanya mengesyaki ia angkara anjing peliharaan mereka.
Tetapi, selepas dilihat dengan teliti, polis mendedahkan ia mungkin disebabkan haiwan peliharaan yang lebih kecil dan lebih senyap, ikan pirana yang dibela oleh mereka. 
Polis di Maine Township, Illinois hanya memerhatikan ikan bergigi tajam yang berenang di akuarium berdekatan dengan tempat kanak-kanak itu bermain, ketika doktor mengesahkan gigitan itu bukan disebabkan oleh anjing.

Jurucakap Pejabat Syerif Cook County, Frank Bilecki berkata, "Kami bercakap dengan ibu kanak-kanak itu dan bertanya apa lagi yang menggigit?"



"Dengan cepat, ibunya berkata, dua ekor ikan itu memang terletak dekat dengan tempat kanak-kanak itu bermain.... Kami tahu pirana boleh menggigit," katanya.


Selepas memberitahu bapa kanak-kanak itu, yang turut berada di rumah pada waktu itu, lelaki itu terus ke akuarium dan memasukkan tangannya ke dalam air lalu mengambil seekor ikan itu dari akuarium itu.

"Dia langsung tidak takut. Itu memang naluri seorang bapa," katanya.

"Selepas mengambil ikan itu, bapa yang panik itu terus memotong ikan itu dan hujung jari itu masih berada di dalam perutnya. Dia segera meletakkannya ke dalam ais dan membawanya ke hospital dengan segera," katanya.

Jurucakap hospital itdak dapat mengesahkan sama ada hujung jari itu boleh disambung.

"Ibu bapa kanak-kanak itu benar-benar sedih dengan kejadian itu," katanya dengan menambah, kanak-kanak itu adalah satu-satunya anak pasangan itu.

Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga menyiasat rumah kanak-kanak itu dan tidak menemui bukti ibu bapanya cuba mencederakan anak mereka.

Tiada tuduhan difailkan ke atas mereka.

Pengarah Jabatan Perikanan Akuarium Shedd, George Parsons berkata, ikan pirana boleh dibeli secara sah di Illinois.

Katanya, walaupun mereka pernah mendapat satu atau dua panggilan setahun bertanyakan bagaimana merawat gigitan pirana, tetapi berita mengenai seseorang kehilangan jari kerana digigit ikan itu, amat jarang didengar. - Daily Mail



sumber : myMetro

Gara-gara mahu mencuri

Posted: 24 Jun 2012 07:00 PM PDT


CALIFORNIA: Seorang remaja berusia 17 tahun tersepit tangannya di mesin layan diri ketika cuba mencuri air botol.
Pelajar Sekolah Tinggi Sweetwater dari National City, California terpaksa menunggu kira-kira sejam dengan tangannya di dalam mesin layan diri Coca Cola kerana dia cuba mencuri air botol melalui lubang penerima tanpa membayar.
Anggota bomba menggunakan kapak, tuil besi, gergaji dan pelbagai alat hidraulik untuk membebaskan tangan remaja itu.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti pelajar sekolah tinggi itu.




Remaja itu yang membawa bersamanya papan luncur, membuat keputusan untuk menyeluk tangannya ke dalam lubang penerima, tempat di mana botol akan jatuh untuk diambil oleh pembeli selepas membayar harganya.

Namun begitu, tangannya tersepit di dalam.

Dia cuba beberapa kali untuk menarik tangannya keluar dari situ.

Seorang penduduk terlihat remaja itu dan terus menelefon polis.

Anggota bomba, polis, paramedik dan keselamatan segera ke tempat kejadian.

Apabila kru kecemasan tidak menemui kunci yang dapat membuka pintu mesin itu, mereka membuat keputusan untuk menggunakan peralatan berasingan untuk melepaskan remaja itu.

Anggota bomba pada mulanya menggunakan kapak untuk memotong bahagian tepi mesin itu.

Mereka kemudian menggunakan tuil besi dengan harapan dapat membantu melepaskan remaja itu.

Tetapi, kedua-dua cara yang digunakan tidak berhasil dan anggota bomba menyelimuti remaja itu dengan selimut dan mula menggunakan alat hidraulik.

Anggota bomba juga menggunakan gergaji elektrik dan akhirnya berjaya membebaskan remaja itu.

Pelajar sekolah tinggi itu dirawat kerana cedera ringan dan rasa kebas. - Daily Mail



sumber : myMetro

Sindiran maut laman sosial

Posted: 24 Jun 2012 06:45 PM PDT


BATU PAHAT: Berpunca daripada maki-hamun dan kata sindiran di laman sosial facebook, seorang remaja berusia 17 tahun dibelasah dan ditikam hingga mati oleh empat lelaki di Taman Flora, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, empat suspek berusia 17 hingga 20 tahun itu menemui mangsa, Aw Soon Ming di tempat letak kereta sebuah pasar raya dan bertanya mengenai lelaki bernama Kelvin yang dikatakan kawan mangsa. 
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, keempat-empat suspek mencari Kelvin kerana tidak puas hati dengan kata sindiran yang ditulis di laman facebook.

"Berlaku pertengkaran sebelum suspek mengetuk kepala mangsa. Mangsa yang berang kemudian menghamburkan kata kesat, menyebabkan keadaan bertambah tegang sebelum mangsa dibelasah dan ditikam senjata tajam dipercayai pisau," katanya.



sumber : myMetro

Kaki skodeng bagi penampar

Posted: 24 Jun 2012 06:30 PM PDT


ALOR GAJAH: Niat murni seorang lelaki mengusir beberapa pasangan yang sedang memadu kasih di Pantai Tanjung Bidara di sini, membawa malang kepadanya apabila pipi kanannya lebam ditampar beberapa lelaki dipercayai kaki skodeng yang berang dengan tindakannya itu, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Shamil, 22, sedang bertugas sebagai sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), membuat rondaan pantai bersama seorang rakan.
Shamil mendakwa, ketika meronda di sekitar batu di hujung pantai, dia melihat beberapa pasangan sedang leka berasmara tanpa mempedulikan pengunjung lain.

"Kami menghampiri pasangan berusia awal 20-an itu lalu menegur perbuatan mereka dan meminta mereka segera beredar dari kawasan berkenaan.



"Pasangan berkenaan beredar sebelum disusuli sepasang lagi kekasih yang berada tidak jauh dari situ," katanya di sini, semalam.



sumber : myMetro

Dibelasah selepas beri sedekah

Posted: 24 Jun 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Niat murni seorang wanita memberi sedekah 50 sen kepada lelaki bertongkat yang menyamar sebagai peminta sedekah mengundang padah apabila lehernya dijerut dan ditumbuk di muka sehingga pengsan oleh pengemis terbabit sebelum wang tunai dan telefon bimbitnya dicuri.
Mangsa, Nurhayati Kamisan, 28, berkata, akibat kejadian itu dia terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama dua hari kerana mengalami kecederaan teruk di muka selain retak di dahi gara-gara dibelasah lelaki terbabit.
Menceritakan kejadian itu, Nurhayati berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam 19 Jun lalu berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah, di sini.

Menurutnya, ketika itu dia berjalan kaki menuju ke rumah tunangnya di Pangsapuri San Peng dan tiba-tiba disapa seorang lelaki yang meminta sedekah.



sumber : myMetro

'Kapten' seludup senjata

Posted: 24 Jun 2012 06:00 PM PDT

ALOR GAJAH: Tindakan dua lelaki menyamar pegawai kanan tentera dan membawa puluhan senjata tiruan dalam kereta dinaiki mereka ketika memasuki Kem Terendak di sini, kelmarin, menimbulkan pelbagai persoalan, terutama motif mereka berbuat demikian.
Tambahan pula, kedua-dua mereka yang memakai seragam pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat kapten dan seorang lagi berpakaian separa celoreng turut memiliki pas keselamatan yang dikeluarkan Kementerian Luar serta Jabatan Perdana Menteri.
Pegawai Risik 10 Briged Para Kem Terendak, Mejar Abd Razak Sipit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, senjata tiruan ditemui pada kedua-dua suspek dikategorikan gred A berdasarkan bentuknya 100 peratus mengikut saiz serta berat senjata asal dan bernilai kira-kira RM20,000.


"Senjata tiruan gred A yang dirampas itu termasuk pistol, pelancar mortar, raifal dan bom asap, selain alat kelengkapan komunikasi tentera," katanya di sini, kelmarin.


sumber : myMetro

Isteri minta RM3 upah berasmara

Posted: 24 Jun 2012 05:45 PM PDT


KANGAR: Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. 
Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.

Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja.



sumber : myMetro

Aneh… Telur Ayam Itu Tumbuh Ekor

Posted: 24 Jun 2012 05:30 PM PDT

TOLITOLI- Ada yang istimewa dengan telur ayam satu ini. Di bahagian hujung telur terdapat kulit menjulur seperti ekor.

Telur yang dimiliki Saleh Lasing, warga Desa Tende, Kecamatan Galang, Tolitoli, itu kini menjadi perhatian penduduk sekitar.

Sejak telur itu keluar dari ibu ayam kampung, Rabu kelmarin, penduduk tak henti-hentinya mendatangi rumahnya untuk melihat langsung keanehan telur berwarna coklat keputihan tersebut. Mereka yang berkunjung akan mengabadikan telur tersebut.

Saleh menceritakan, saat hendak melaksanakan solat Maghrib, dia dikejutkan dengan suara ayam berkokok dalam bilik tidurnya.

Setelah ditengok, Saleh terkejut dan mendapati sudah ada seekor ayam di atas tempat tidurnya. Tak lama kemudian Saleh melihat ayam tersebut mengeluarkan beberapa telur ayam. Namun salah satunya berbeza dibanding lainnya, yakni muncul ekor di hujungnya.

Kerana dianggap unik, bapak dua anak ini menyimpan telur tersebut dalam toples untuk dijadikan hiasan dalam rumahnya. Saleh tak berniat untuk menjual telur ini meskipun ramai yang sudah menawarnya.

Sumber :http://www.okezone.com/

Wanita ini tanggalkan pakaiannya semasa bergaduh dengan pasangannya

Posted: 24 Jun 2012 05:15 PM PDT








Wanita dan lelaki itu dikatakan bertengkar dan kerana tidak tahan
wanita itu kemudian menanggalkan pakaiannya...
Agaknya dia terlampau marah sanggup melakukan apa sahaja
walaupun memalukan diri sendiri....

[Gambar] Kemalangan pemuda yang menaiki motosikal

Posted: 24 Jun 2012 05:00 PM PDT





Beginilah keadaan motosikalnya....penunggang ini memakai helmet..
Cuba kita bayangkan jika penunggang ini tidak memakai helmet...
Jadi jangan kita tidak memakai topi keledar @ helmet apabila
menunggang motosikal...


Budak Perempuan kena 51 jahitan kerana Barracuda

Posted: 24 Jun 2012 04:45 PM PDT


Seorang remaja perempuan terpaksa menerima 51 jahitan apabila di gigit oleh ikan Barracuda yang tiba-tiba melompat keatas kapal layar bapanya.
Karol Wira yang sedang duduk diatas kapal layar terasa seperti ada yang mengigit tangannya.Ketika kejadian bapanya sedang memancing ikan dan dengan tiba-tiba ikan Barracuda menyerang.

Dikoyak-koyak Anjing, Lintah Selamatkan Wanita Ini

Posted: 24 Jun 2012 04:30 PM PDT


INILAH.COM, Stockholm – Seorang wanita mendapat luka serius di bahagian muka akibat koyakan gigitan anjingnya sendiri. Doktor di Sweden menggunakan ratusan lintah guna menyelamatkannya.

Seorang wanita buru-buru dilarikan ke hospital kerana anjingnya sendiri secara tak terduga menyerang dan mengoyak sebahagian besar mukanya mulai dari bibir atas hingga mata seperti dilaporkan UPI.

Setelah doktor berupaya keras 'memasang' kembali bahagian yang terlepas itu, ratusan lintah dipasang guna membantu mengembalikan sirkulasi darah wajah wanita itu.

"Hal terpenting adalah mengalirkan darah kembali ke bahagian tubuhnya itu dan kami berhasil melakukannya dalam operasi yang berlangsung selama satu jam itu," ujar pakar Stina Klasson.

Sebanyak 358 lintah berhasil membantu proses ini melalui penghisapan darah dan pemberian cairan penjarangan darah. Dokteor mengklaim operasi ini merupakan suatu keberhasilan meski prosedur pembaikpulihan harus dilakukan.

Doktor Rawat Pesakit Cilik dengan Dunia Virtual

Posted: 24 Jun 2012 04:15 PM PDT


Montreal - Doktor-doktor di Kanada akan menggunakan dunia virtual untuk merawat pesakit kanak-kanak. Seperti apa?


 Para doktor ini di laboratoriumnya sedang merancang dunia virtual. Mereka berharap suatu saat dapat menggunakannnya untuk pesakit cilik penderita trauma, melalui avatar-avatar berwarna dan perangkat mainan berwarna.


 Simulasi visual di dunia virtual nantinya dapat membuat pesakit penderita luka bakar, merasa bahawa ia sedang di ruangan ais. Gambar tiga dimensi dari rumah mampu membuat pesakit lupa bahawa ia sedang berada di hospital. Demikian seperti dikutip dari ST.


 "Anda boleh menaruh seorang pesakit luka bakar di dalam ruangan tiga dimensi bergambar ais, yang tentu akan menyembuhkan mentalnya juga," ujar Dr. Patrick Dude, dari Hospital Sainte-Justine, Montreal.


 "Kami tahu bahawa penggunaan ilusi tersebut juga bermanfaat dalam tahap penyembuhan," jelas Dr. Dude

Lelaki Suka Alat Vitalnya Dirangsang Pakai Sensasi Kejut Elektrik

Posted: 24 Jun 2012 04:00 PM PDT


Di pasaran begitu banyak pilihan alat bantu seksual dijual dan ditawarkan pada penggunanya salah satunya adalah erotic electrostimulation yang menciptakan rangsangan seksual dengan menggunakan perangkat ektrik.Setrum ini banyak digemari lelaki yang ingin mendapatkan sensasi seperti orgasme di alat vitalnya.




Meski mengundang risiko dan nampak seperti perilaku seks yang aneh, seperti dilapor TruTV dari Huffingtonpost, Selasa (22/11/2011), banyak lelaki yang tetap menggunakannya. Alasannya kerana orang benar-benar menikmati sensasi yang dirasakan dari alat ini dan mengatakan orgasme tidak boleh menandingi sensasi yang didapatkan dari stimulasi ini.

Erotic electrostimulation adalah praktik seksual yang sedikit berbahaya kerana merangsang hujung saraf dengan menggunakan perangkat listrik. Penggunaan alat ini tidak hanya berisiko tapi boleh menimbulkan bahaya bagi tubuh. Melakukan stimulasi seksual oleh diri sendiri atau orang lain dengan alat ini, ada hal-hal yang perlu dipahami seperti keamanan dan risiko yang mungkin disebabkan oleh alat tersebut.

Cara kerja erotic electrostimulation ini adalah membuat stimulasi elektrik ke saraf tubuh dengan penekanan khusus pada alat kelamin, yang bertujuan memberikan rangsangan seksual. Alat ini lebih banyak digunakan oleh laki-laki dibanding perempuan.

Namun alat ini boleh menimbulkan risiko cukup besar jika digunakan oleh pemula, seperti dikutip dari Askmen, Selasa 22/11/2011). Risikonya adalah jika penggunaan erotic electrostimulation dilakukan dalam jangka panjang dapat menyebabkan disfungsi ereksi, kerosakan pada saraf atau jaringan organ yang nantinya berdampak pada infertilitas (kemandulan).Masalah lain yang timbul dari penggunaan electrostimulation ini adalah luka bakar akibat kurangnya lubrikasi atau buruknya hubungan antara elektroda dengan permukaan kulit. Alat ini biasanya tidak disarankan digunakan oleh seseorang yang memiliki masalah jantung atau menggunakan alat pacu jantung, kerana pada tegangan yang relatif rendah sekalipun boleh mengganggu fungsi jantung normal termasuk berpotensi menyebabkan serangan jantung.

sumber

Kegunaan lain kipas komputar, memang bijak

Posted: 24 Jun 2012 11:00 AM PDT


[Cool] lukisan dibuat atas bekas letak telur

Posted: 24 Jun 2012 10:30 AM PDT

Bila orang seni melukis dimana-mana pun cantik








Biar benar fesyen baru ke ni?

Posted: 24 Jun 2012 10:15 AM PDT

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS