Nuffnang

Gosip Artis Malaysia

sumber :-

Gosip Artis Malaysia


Yasin Diugut Bunuh Gara-Gara Video Reformasi

Posted: 05 Mar 2013 07:00 PM PST

Helmi Gimik nyaris maut kereta terbakar

Posted: 05 Mar 2013 06:54 PM PST

Adibah Noor Tidak Lagi Merajuk

Posted: 05 Mar 2013 05:53 PM PST

Sabri Yunus Pernah Niat Tinggalkan Dunia Lawak

Posted: 05 Mar 2013 05:52 PM PST

Jeslina Hashim Sah Cerai Talak Satu

Posted: 05 Mar 2013 05:51 PM PST

Penyanyi Wanita Belasah Suami Hingga Mati

Posted: 05 Mar 2013 05:44 PM PST

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Fathia, Marsha tidak gaduh

Posted: 04 Mar 2013 09:27 AM PST

Gara-gara tuduhan merampas kekasih penyanyi, pengacara dan pelakon seksi, Marsha Milan Londoh, aktres yang semakin mencipta nama, Nur Fathia Abdul Latiff, didakwa bermasam muka dengan artis yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketiga itu.

Persengketaan timbul apabila kononnya Marsha tidak boleh menerima hakikat cinta hatinya yang juga seorang kerabat, kini sudah beralih arah kepada pelakon berdarah kacukan Arab-Melayu itu. Bagaimanapun, ia sekadar cerita disampaikan dari mulut ke mulut serta belum terbukti kesahihannya.

Justeru, pertemuan dengan Fathia, 25, ketika dia menghadiri majlis sidang media ketiga Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Holiday Villa Hotel & Suites Subang, Rabu lalu, merungkai tanda-tanya serta persoalan membabitkan dirinya dan Marsha.

Terkejut dengan perkhabaran disampaikan itu, Fathia berkata, tidak pernah ada sengketa antara merka.

"Kami tidak pernah bergaduh dan tiada masalah. Kalau jumpa pun kami tetap bertegur. Malah kami pernah mengadakan sesi fotografi bersama.

"Gosip ini timbul apabila ada yang mendakwa saya merampas kekasihnya. Apa yang boleh saya katakan, saya tidak pernah merampas kekasih sesiapa. Hubungan saya dengan bekas teman lelakinya sekadar kawan biasa. Buat masa ini, saya memang masih single," tegas Fathia menafikan gosip berkenaan.

Tolak pinangan kerabat
Walaupun mengaku hatinya belum dimiliki mana-mana lelaki, namun gadis ini dikatakan menolak tuah apabila menolak pinangan seorang kerabat. Saat diajukan pertanyaan itu, Fathia mengakuinya.

"Memang saya pernah dilamar kerabat, tetapi saya tolak kerana lebih selesa jika calon suami orang kebanyakan. Saya tak nak jadi hipokrit. Lagipun saya masih muda dan biarlah dalam usia sebegini, saya lebih tumpukan perhatian dalam pelajaran dan kerjaya lakonan," katanya yang enggan mendedahkan identiti kerabat dikaitkan dengannya itu.

Memandangkan statusnya seorang pelajar, Fathia berkata, dia perlu membahagikan masa sebaik mungkin supaya apa yang dikendong ketika ini tidak keciciran.

"Bulan Mac ini saya akan kembali ke kampus untuk meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, apabila kembali bergelar pelajar, segala aktiviti seni akan diperlahankan kerana waktu cuti semester tempoh hari, saya banyak berlakon.

"Ini memang cara saya dan inilah juga strategi supaya orang tidak jemu dengan lakonan saya. Bila cuti, saya akan aktif. Kalau orang nak kata saya mahu lebih eksklusif, saya tak kisah asalkan ia baik untuk perkembangan kerjaya seni saya," ujar Fathia.

Berdebar jadi pengacara undangan ABPBH

Dijolok pertanyaan tidakkah dia bimbang peminat akan melupakan dirinya apabila mengamalkan sikap 'tenggelam timbul' seperti itu, ditambah dengan kehadiran ramai bakat baru, Fathia yakin perkara ia tidak berlaku.

"Jika lakonan kita berkualiti, saya yakin peminat atau penerbit tidak akan lupa dan mereka akan tetap mengambil kita berlakon," tuturnya.

Mengenai pembabitannya sebagai pengacara undangan pada malam kemuncak ABPBH 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil, 7 April ini, Fathia mengakui perasaannya bercampur baur, iaitu bimbang dan teruja kerana inilah julung kali dia menaiki pentas sambil menggalas tanggungjawab penting untuk anugerah berprestij itu.

Bukan punca Qi, Yuna berpisah

Posted: 04 Mar 2013 09:24 AM PST

Sejak awal-awal lagi bakat baru, Nelydia Senrose, sedar persoalan mengenai persahabatannya dengan pelakon yang juga pengacara, Qi Razali, pasti akan diajukan wakil media kepadanya tatkala ditemui pada majlis sidang media ketiga di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang, baru-baru ini.

Begitupun dia yang akan tampil sebagai pengacara undangan pada anugerah gilang-gemilang itu, 7 April ini di Stadium Putra Bukit Jalil, tidak berasakan perlu merahsiakan perkara itu. Justeru, pelakon berusia 19 tahun ini mengaku mula berkawan rapat dengan lelaki berkenaan sejak dua bulan lalu.

Namun, Nelydia dengan tegas menafikan dirinya menjadi punca perpisahan Qi, 35, dan penyanyi terkenal, Yuna. Malah, katanya, dirinya tiada kaitan langsung dengan perkara itu.

"Saya bukanlah punca mereka berpisah dan sebelum ini pun saya tak pernah masuk campur dengan kisah mereka berdua. Kami hanya rapat sebagai kawan baik dan itu pun sejak kira-kira dua bulan lalu.

"Saya tahu saya tak boleh nak tutup mulut orang dan saya juga sedar, tempias yang saya kena ini ialah lumrah dalam dunia hiburan. Sejujur saya katakan, kami rapat, namun ia tidak lebih daripada kawan.

"Saya sendiri pun tak tahu macam mana boleh timbul kisah saya merosakkan hubungan mereka? Yang peliknya, saya dan Qi bukanlah rapat sangat, cuma saya selesa berkawan dengannya sebab dia seorang yang bijak. Dia jauh lebih berusia berbanding saya, sebab itu pemikirannya matang dan bijak.

"Tambahan pula, saya pelajar dalam jurusan Psikologi dan dia sering membantu saya membuat tugasan," katanya.
Tak tolak jodoh lelaki berusia

Pelajar tahun pertama di Kolej Segi, Petaling Jaya, Selangor ini juga menyatakan dirinya tidak pernah bertemu dengan Yuna walaupun mereka tinggal di kawasan yang sama di Subang.

Ditanya mengenai masa depan hubungannya bersama Qi, gadis ini menolak untuk memberi komen berlebihan kerana takut disalah tafsir. Namun, sekiranya dia dijodohkan bersama lelaki berusia, Nelydia tidak akan menolak.

Pelakon drama bersiri popular Setia Hujung Nyawa ini berkata, dia memang sukakan lelaki yang lebih matang daripadanya.

Mengimbas kembali perkenalan bersama Qi, gadis ini memberitahu, mereka saling mengenali sejak tahun lalu apabila terbabit dalam drama bersiri Friday I'm In Love.

Selama berkawan dengan pemuda itu, Nelydia tidak pernah bertanyakan mengenai hubungannya bersama Yuna, kerana dia menghormati hal peribadi Qi.

"Saya ikhlas berkawan dengannya. Saya juga tidak ambil tahu kisahnya dengan Yuna. Masing-masing fokus dengan kerja dan saya pula mengikut rentak saja, serta tak mahu meletakkan apa-apa harapan," tambahnya yang kini sibuk menjalani penggambaran telefilem arahan Murali Abdullah, Andai Aku Tahu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS