Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


BUKAN wanita murahan

Posted: 31 May 2013 03:58 PM PDT

Dek sering tampil dengan imej seksi, gadis kelahiran Bandung, Indonesia berusia 25 tahun ini diperlekehkan lelaki hidung belang.

Dikurniakan tubuh mengiurkan, Aura Kasih kerap meraih perhatian lelaki yang berniat serong namun ditolak kerana masih punya prinsip diri.

"Sudah terlalu kerap saya diundang keluar menemani mereka untuk makan malam. Belum lagi permintaan nakal yang sengaja memancing seolah-olah saya perempuan tidak punya maruah.

"Maaf daripada hidup bebas begitu, lebih baik saya berusaha sendiri. Saya masih ada karier, malah dikurniakan Tuhan kudrat untuk terus mencari rezeki.

"Saya tidak perlu melalui jalan mudah seperti itu hanya kerana ingin hidup mewah," kata pemilik nama asal, Sanny Aura Syahrani yang membolosi industri hiburan selepas memasuki senarai finalis Miss Indonesia 2007.

Aura berkata, tawaran nakal itu paling kerap diterima ketika menjayakan persembahan di luar daerah.

Namun permintaan jahat itu berjaya ditepis, tanpa perlu sebarang perkataan yang melukakan.
Wajah mencuka tepis si hidung belang Cukup dengan wajah mencuka, ia menjadi senjata ampuh untuk Aura menghindarkan dirinya daripada godaan lelaki hidung belang.

"Mereka tanpa segan silu menawarkan permintaan memalukan itu. Ia sering berlaku apabila saya ke luar kota. Justeru, haruskah saya memberikan wajah manis apabila diperlakukan begitu?

"Tidak perlu banyak bersuara, cukup dengan wajah sombong dan kurang selesa.

Wajah seperti itu membuatkan lelaki tidak berani untuk mendekati," katanya.

Bintang sinetron, Dewa dan Cinta & Anugerah 2 itu menyifatkan wanita yang sanggup menggadaikan maruah diri ialah mereka yang putus asa.

"Alhamdulillah saya masih punya pekerjaan.

Hanya mereka yang putus asa dan tiada pekerjaan yang merelakan diri diperlekehkan lelaki seperti itu. "Walaupun nanti ditakdirkan saya menganggur, saya tidak mungkin akan menjual diri. Saya inginkan sebuah hubungan yang direstui, bukan sekadar berlandaskan nafsu," katanya.

Pasang niat berhijrah

Ekoran terlalu kerap dipandang serong, Aura akur dirinya tidak akan berterusan tampil seksi malah memasang niat untuk berhijrah dan menutup aurat apabila tiba masanya nanti.Pinta Aura, usah mengharapkan perubahan drastik akan segera berlaku. Namun sebagai manusia yang mencari keredaan hidup, dia berusaha memantapkan diri untuk tujuan itu.

Menutup aurat katanya, bukan hanya untuk sementara sebaliknya dia mahu konsisten memenuhi tuntutan wajib kepada setiap wanita Islam itu.

Bila Heliza nak kahwin?

Posted: 31 May 2013 03:56 PM PDT

Pada 27 Mei lalu, sengaja Juwie usik penyanyi bermata cantik, Heliza Helmi, 27. Bila Heliza nak kahwin?

"Mana jodoh terbaik yang Allah tetapkan untuk saya, insya-Allah bilabila masa saya reda. Tapi buat masa ini saya solo," jawap Heliza.

Oh! Yeahhh.... Berbaris jejaka tampan terpikat Heliza.

Pada April lalu, Heliza berkenalan dengan penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit dari Perancis yang 'handsome' bernama Julien Drolon.

Menurut Heliza, Julien baru tujuh bulan memeluk Islam.

Kedatangan Julien ke Kuala Lumpur untuk merakamkan klip video bagi lagu Inggeris duet Heliza dan Julien berjudul, You Are The Only One.

Rakaman berasingan dilakukan untuk bahagian Julien yang mengambil latar di Manila. Lagu dan lirik lagu ilham Julien itu mengenai Tuhan itu hanya satu.
Juwie dah tengok video tu dalam Facebook Heliza dan memang merdu lagunya. Penggambaran nyanyian Heliza berlatar belakang Masjid Putrajaya.

Kini Heliza sibuk dengan ceramah motivasi di samping menyiapkan rakaman album terbarunya.

Dalam album itu, Heliza cipta melodi dan tulis lirik berjudul Laa Tahzan (Jangan Bersedih). Ia kisah pengalaman Heliza berkunjung ke Gaza menziarahi mangsa serangan tentera Israel.

Mudah-mudahan meletup macam bom roket lagu tu nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS