Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Isu Bakal Selesai, Anzalna Minta Maaf Pada Neelofa Petang Ini

Posted: 01 Jul 2012 09:05 PM PDT

Sudah sampai masa, baguslah kalau begitu. Buat apa dipanjangkan perkara yang sudah lama berlaku? Yang paling penting, sudah bertahun isu ini dilupakan, tiba-tiba entah dari mana datangnya, habis semua diporak-perandakan.

Terbaru, OHBULAN! telah mendapat info semalam bahawa Persatuan Seniman akan mengadakan sidang media khas diantara Neelofa dan Anzalna di Hotel Royal Bintang, Damansara. Sidang media khas ini bakal diadakan pada jam 1 petang ini demi menyelesaikan segala isu yang menyebabkan dunia hiburan kecoh sebentar dengan 'perkelahian' antara 2 artis jelita.

Dikhabarkan, Anzalna bakal meminta maaf kepada Neelofa atas kesilapan yang tidak disengajakannya. Baguslah begitu, masing-masing bersikap profesional. Dalam kenyataan Anzalna kepada mStar Online pula, dia memberitahu bahawa lebih mudah jika kes ini diselesaikan secepat mungkin.

"Saya sudah meneliti surat daripada Neelofa. Saya akur dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat itu kerana saya mahu memohon maaf dengan ikhlas dan tidak mahu memanjangkan kes ini. Bagi saya, jika dapat diselesaikan dengan secepat mungkin, ia adalah lebih baik kerana banyak lagi hal lain dalam kehidupan saya yang perlu diuruskan." – Anzalna dipetik dari mStar Online.

Maka, selepas ini, 'sejuk' lah kembali. Jangan pula disebut-sebut kembali barang yang lepas. Sendu sangat pula jadinya.

Percikan Rona Merah Tanda Keberanian

Posted: 01 Jul 2012 08:51 PM PDT

Rona merah difahamkan mampu membangkitkan tenaga dan aura sesiapa sahaja yang menggayakannya. Selain itu, rona merah juga mampu menimbulkan kesan optimis, sensasi dan juga kemewahan disamping meningkatkan adrenalin dan keinginan meluap-luap untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Namun begitu, awas  kerana rona merah juga dikatakan mampu merangsang kemarahan dan membangkitkan sifat agresif dalam diri seseorang.

Disini terdapat contoh busana, tas tangan dan kasut berona merah yang sesuai untuk digayakan oleh wanita-wanita yang menggemarkan rona ini.

Busana

Busana berona merah terang yang digayakan oleh Diana Amir ini kelihatan sungguh cantik dan menyerlahkan lagi penampilan Diana. Lazimnya busana berona merah amat sesuai digayakan oleh individu yang mempunyai tona kulit yang cerah kerana ia mampu menaikkan lagi seri dan pesona si pemakai. Namun begitu tidak salah sekiranya individu yang berkulit hitam manis turut ingin menggayakan busana dari rona yang senada, yang penting adalah keyakinan diri dalam menggayakan busana tersebut.

Tas Tangan

Tas tangan berona merah ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Materialnya yang diperbuat daripada kulit turut memikat hati setiap wanita dan ia mampu menyerlahkan lagi penampilan si pemakai untuk tampil lebih bergaya dan hebat sepanjang hari.

Kasut Tumit Tinggi

Kasut bertumut tinggi berona merah ini mampu membangkitkan aura si pemakai. Struktur tumitnya yang sedikit runcing mampu menyerlahkan lagi penampilan dan keseksian si gadis.

Lazimnya rona merah dikaitkan dengan individu yang berpersonaliti yakin dan berani dalam setiap penampilannya. Ini kerana rona merah mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya dan ia juga dapat menonjolkan sensasi kejelitaan wanita. Jadi, tidak salah sekiranya sekali sekala tampilkan kelainan dengan menggayakan barangan dari rona merah ini bagi membangkitkan pesona dan keanggunan wanita sebenar.

Sumber : MIG Online

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jom Tonton Mencari Ramli & Undi Peserta Pilihan Anda

Posted: 01 Jul 2012 10:03 PM PDT

Jom Tonton Mencari Ramli & Undi Peserta Pilihan Anda

Kemuncak EURO 2012 semakin hampir! Empat pasukan elit Eropah iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman dan Itali akan bersaing merebut dua tempat perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine.

Pergh! Budiey sangat teruja. Korang macamana pulak?

Tapi pada entri Budiey kali ini, Budiey tak nak cerita pasal EURO 2012 tapi Budiey nak ceritakan kepada anda tentang hal bola sepak Malaysia pulak. Iaitu kempen MENCARI RAMLI.

Ya, iklan ini adalah satu idea yang bernas berjaya direalisasikan dengan sebuah iklan TV dari TM yang Budiey siar di atas ini. Bertitik tolak dari situ, sebuah kisah seorang anak muda yang bernama Ramli mengharumkan nama Malaysia apabila beraksi dalam pasukan bola sepak tersohor, Manchester United, dan ini telah mencetuskan ilham untuk menerbitkan program bernama Mencari Ramli menerusi rancangan Kaki Bola di TV9.

Jom Tonton Mencari Ramli & Undi Peserta Pilihan Anda

Kalau anda masih ingat dengan iklan di kaca TV yang disiarkan seketika dulu, Ramli, satu-satunya anak muda yang berjaya membuatkan bapanya dan seluruh rakyat Malaysia bangga apabila terpilih menyertai pasukan bola sepak antarabangsa terunggul iaitu Manchester United.

Mulanya Budiey ingatkan ia mungkin satu rekaan semata-mata, namun kini TM dengan kerjasama TV9, mengambil inisiatif merealisasikannya menerusi segmen realiti yang diberi judul Mencari Ramli yang akan mula bersiaran pada 30 April lalu, setiap Isnin, jam 9.30 malam melalui program Kaki Bola (TV9).

Yang paling 'best'nya segmen selama 10 minit ini tampil sebagai segmen istimewa yang menawarkan ganjaran berlatih di Manchester selain menyaksikan Liga Perdana Inggeris (EPL). Fuh, bertuah betul kepada remaja yang menang. Ramli di sini bukan setakat penjaga gol terbaik, pemain pertahanan terbaik, pemain tengah terbaik atau penyerang terbaik, malah apa yang penting sekali, Ramli yang dicari adalah pemain paling berbakat.

Budiey melihat program ini sangat positif di mana ia menjadi landasan kepada anak muda bawah 16 tahun yang berbakat besar dalam sukan bola sepak untuk diketengahkan sebagai pelapis pemain negara yang berwibawa. Pendek kata ia memberi peluang kepada anak muda yang berbakat untuk menonjolkan bakat. Manalah tahu, dalam ramai-ramai peserta, pasti ada sorang dua yang menjadi pemain terhebat suatu masa nanti.

Apatah lagi kemasyhuran yang dimiliki dua pemain bola sepak negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek), menjadi inspirasi kepada peminat bola sepak negara terutama di kalangan remaja.

Budiey pasti ramai di kalangan remaja bercita-cita untuk menjadi seperti mereka berdua, mahu berjaya dan dikenali ramai dengan bijak beraksi di tengah padang. Budiey rasa, impian itu tidak mustahil akan berada dalam genggaman dengan kegigihan, usaha dan kerja keras.

MENCARI RAMLI membuka peluang kepada 30 peserta untuk merebut gelaran Ramli, terdahulu setiap calon bakal menjalani latihan intensif dan mengharungi pelbagai halangan di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman. Inspirasi dan ikon mereka sudah tentu Safee dan Apek dalam program Mencari Ramli ini.

Uji bakat dilakukan oleh pihak TM sendiri bersama jurulatih FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang diadakan di seluruh negara. Semua peserta berusia 16 tahun dan mereka adalah yang terbaik. Sebelum 'Ramli' dipilih, mereka melalui latihan intensif dan mengharungi pelbagai halangan di bawah jurulatih FAM selama 13 minggu.

Mereka juga perlu tampil hebat daripada pelbagai posisi seperti pertahanan, serangan, pemain tengah dan penjaga gol. Semua itu akan dirakam dan disiarkan selama 10 minit dalam rancangan Kaki Bola. Oleh kerana semuanya masih bersekolah, mereka ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Budiey melihat kesungguhan semua peserta dan mereka bukan sahaja bercita-cita sebagai pemain bola sepak bertaraf dunia, malah mahu berjaya dalam bidang pelajaran.

Sepanjang 13 minggu beraksi di dalam pasukan, mereka perlu membuktikan keterampilan hebat dari pelbagai posisi termasuk pertahanan, serangan, pemain tengah dan menjaga gawang.

Perkembangan setiap calon dirakamkan dan disiarkan di dalam Kaki Bola menerusi segmen Mencari Ramli yang bakal dikendalikan Nazrudin Habibur Rahman selaku pengacara.

Sekarang ini, bantuan penonton dan pembaca budiey.com sekalian diperlukan untuk membantu menjadi juri memilih dua pemain muda Malaysia yang paling berbakat yang dipilih dari 30 orang peserta yang kini giat berlatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil yang mana akan dihantar ke Sekolah Bola Sepak Manchester United.

Calon juga berpeluang merebut gelaran Pemain Pilihan Ramai atau People's Choice Player sekiranya mereka mendapat undian 100 peratus daripada sistem undian menerusi laman web rasmi Kaki Bola.

Mereka dipilih melalui sistem pemarkahan yang dilakukan dalam dua kaedah iaitu 80% peratus menerusi penilaian jurulatih dan 20% lagi melalui sistem undian di laman web.

Selain itu, peserta juga berpeluang merebut gelaran Pemain Pilihan Ramli atau People's Choice Player sekiranya mereka mendapat undian 100% daripada sistem undian di laman web.

Peserta bertuah ini akan mengikuti rombongan dua peserta terbaik ke MU dan menjadi penonton perlawanan pasukan itu pada pertandingan English Premier League.

Untunglah peserta sebab dalam Mencari Ramli ni, tiada penyingkiran dibuat. Jadi, kesemua calon terselamat la kan.

Macamana untuk pilih RAMLI? Haaa, pastinya ramai yang bertanya pada Budiey macamana nak jadi juri untuk memilih Ramli ini, kan?

Caranya senang sahaja. Untuk pemilihan dua pemain terpilih, anda boleh mengundi secara online di mana 20% akan dikira dari undian online dan 80% lagi keputusan di tangan jurulatih. Dua orang pemenang yang dipilih itu akan layak menghadiri latihan bola sepak di Sekolah Sukan Manchester United selama 1 minggu di mana kesemua kos akan dibiayai sepenuhnya oleh TM.

Untuk People's Choice Player pula, anda juga boleh mengundi ya kerana Budiey difahamkan 100% undian berdasarkan undian dari penonton. Pemenang kategori ini akan mendapat peluang untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di Stadium Old Trafford. Best kan?

TM

Untuk itu, apa kata kita layari Facebook Team Malaysia untuk mengundi peserta terbaik. Layari: https://www.facebook.com/TeamMalaysia.

1. Anda perlukan sign in peraduan ini dengan menggunakan akaun Facebook.

2. Terus ke imej pemain di page peraduan untuk mengundi player.

mencari ramli

3. Klik imej pemain untuk mengundi.

4. Anda hanya dibenarkan untuk mengundi sekali sahaja untuk seorang pemain sahaja dalam satu masa.

5. Untuk mengundi bagi bilangan yang banyak, anda boleh mendaftar sebagai member di Akaun InfoBlast: http://www.infoblast.com.my

6. Untuk mengundi secara SMS, anda boleh menghantar SMS: SMS MRAMLI 33199

Bagi Budiey, program ini sangat bagus dan wajar diadakan setiap tahun dan bagi Budiey bakat mesti diasah seawal lima atau enam tahun. Melihat pada komitmen dan kesungguhan calon, Budiey rasa bangga dengan kegigihan mereka dan kebanyakannya menjadikan Safee dan Apek sebagai ikon mereka.

Jom layari sekarang untuk memilih dan mengundi calon pilihan anda: https://www.facebook.com/TeamMalaysia.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Nenek ni gelak tengok pasangan berpelukan dalam MRT

Posted: 01 Jul 2012 09:15 PM PDT



STOMPer John snapped a photo of a couple hugging against a glass panel in the train, just next to an elderly woman who was described to be 'laughing'.

Said John:

"Hugging in MRT.

"See couples have to hug in public?

"An auntie sitting beside them was laughing."



SUMBER : STOMP.COM.SG

Di Korea Utara boleh tahu perempuan sudah kahwin ke belum melalui rambut

Posted: 01 Jul 2012 09:00 PM PDT

The South Korean Ministry of Unification has revealed the hairstyles on offer for North Korean women in a recent blog post on its website.

The series of photographs shows the role beauty and personal appearance play in the lives of North Korean women, highlighting the 'hot' hairstyles and and differentiation in hairstyles for unmarried women and married women.

Also, the women wear their hair in different ways when wearing the traditional hanbok, or Choson dress as it is known in North Korea, than when they wear Western-style clothes.

With the traditional dress, women opt for the straight stale or an updo. With Western-style clothing, they braid their hair, have loosely-permed hair and other various styles.

Unmarried women wear a ribbon braided into their hair or have their hair parted and braided into two plaits.

There is even an annual competition to recognise the best beauty salon in Pyongyang.



sumber : stomp.com.sg

Cicak Afrika yang Mirip Spiderman Berhasil Tertangkap Kamera

Posted: 01 Jul 2012 08:45 PM PDT


Seekor reptilia dengan warna biru merah yang mirip dengan Spiderman, karakter superhero dari komik Marvel, berhasil tertangkap kamera fotografer di Tanzania.
Bukan hanya warnanya yang mirip dengan Spiderman, namun cicak Agama kepala datar Mwanza tersebut bahkan berpose identik dengan sang manusia laba-laba itu.
 Cassio Lopes, seorang fotografer berusia 38 tahun dari Sao Paulo, Brasil, yang berhasil mengabadikan momen menakjubkan ini.
Cicak Agama kepala datar Mwanza, yang merupakan reptilia asli Afrika ini biasanya hidup dalam kelompok, dengan seekor jantan dominan, dan biasanya dapat dibezakan dari kulitnya yang berwarna-warni.
"Ini adalah satu-satunya haiwan yang pernah saya lihat dengan warna yang luar biasa serupa. Terutama warna di dada, lengan dan kaki sangat mirip." tutur Rich Nunn dari Nostalgia and Comic di Birmingham.
"warnanya yang sangat terang membuatnya terlihat seperti mengenakan sebuah kostum. Aku yakin ada banyak penggemar komik diluar sana yang ingin memiliki cicak seperti ini, kerana terlihat begitu mirip pahlawan mereka." tambahnya.
Diketahui, Cassio mendapatkan foto ini dalam perjalanannya ke Masai Mara National Park di Kenya dengan isterinya Alessandra.
"Kami berada di sebuah workshop fotografi dan pada suatu sore kami parkir selama beberapa jam dekat sungai Rongai." tutur Lopes.
"Saat itu musim kering dan kami memutuskan untuk mencari seekor macan tutul betina yang dilaporkan berkeliaran di tempat tersebut pada pagi hari.'
Namun, setelah menghabiskan waktu begitu lama mencari macan tutul itu, kedua pasangan tersebut mulai mencari hal-hal lain, dan isteri Lopes kemudian melihat cicaktersebut berjemur di atas batu didekat sungai.
"Ini adalah pertama kalinya kami melihat jenis cicak seperti ini, meskipun ini bukan kunjungan pertama kami di Afrika. Kami dibuat terpesona oleh pola warna-warni haiwan ini." lanjut Lopes.

Ais Krim Terbesar di Dunia Ini Perlu Waktu Sebulan Untuk Membeku

Posted: 01 Jul 2012 08:30 PM PDT


Baik anak-anak sampai orang dewasa pasti pernah merasakan ais krim, yang membuatnya menjadi salah satu makanan kesukaan di dunia.
Namun bagaimana rasanya jika anda di suruh memakan sebuah ais krim raksasa setinggi 4 meter?
Seorang chef bernama Heston Blumenthal, berhasil membuat sebuah ais krim terbesar di dunia, flake raksasa.
Heston, yang terkenal kerana menciptakan ais krim bacon dan telur di restoran berbintang tiga milik Michelin, The Fat Duck, mempresentasikan ais krim raksasa tersebut pada kerumunan orang di Gloucester.
Ais krim tersebut mempunyai tinggi lebih dari empat meter, dan berisi satu ton ais krim, yang memakan waktu sebulan penuh untuk membekukannya.
Selain itu, topping klasik berjumlah ratusan ribu dan sos strawberry, bertebaran di atas ais krim  rakasa ini.
Heston tiba dengan menaiki sebuah van ais krim antik saat ribuan orang berkumpul di taman Gloucester, untuk mempertunjukkan ais krim vanilla raksasa buatanya tersebut.
"Rekod dunia ais krim yang ada saat ini adalah sekitar dua setengah meter, dan kami ingin mengalahkannya," tuturnya yang dikutip dailymail.
"Aku melakukan hal ini untuk menuba membawa kembali kenangan van ais krim yang aku ingat saat masih kanak-kanak." tambahnya
"Aku sudah menunggu ini sejak lama. Saya fikir apa yang Heston lakukan adalah sesuatu yang menakjubkan. "tutur Dean Palmer (24), salah seorang pengunjung dari Gloucester.
Dave Baker, manajer projek di Wall's, mengatakan: "Ini telah menjadi tantangan yang jauh lebih besar dari yang pernah kita antisipasi, terutama kerana sangat sulit untuk membekukan bahagian tengahnya.
"Kami semua berada di bawah instruksi yang ketat, dan tidak terlalu memberikan petunjuk apa pun sebelum hari besar. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah rahsia yang dijaga dengan ketat." tambahnya.

Ingin ke Perancis Tetapi Mendarat di Sweden

Posted: 01 Jul 2012 08:15 PM PDT

LONDON - Gara-gara terlambat sampai di lapangan terbang, seorang peluncurr Inggris Toby Donachie khabarnya salah naik pesawat. Donachie yang harusnya naik pesawat dengan tujuan ke Biarritz di Perancis Selatan namun, malah berada di pesawat yang tengah terbang ke Malmo, Sweden.

Donachie mengakui, dirinya baru menyedari bahawa ia berada di pesawat yang salah ketika pilot mengumumkan bahawa mereka tengah terbang di wilayah udara Denmark.

"Setelah sampai pada setengah perjalanan, pilot mengumumkan bahawa pesawat tengah terbang di wilayah udara Denmark. Kru pesawat mengatakan mereka sangat menyesal dengan kejadian ini. Namun, mereka sangat membantu Saya," ujar Donachie seperti dilansir Mirror Minggu, (1/7/2012).

Kru pesawat tersebut mengakui bahwa telah terjadi kesalahan ketika petugas menghitung jumlah penumpang untuk menyesuaikannya dengan daftar penumpang yang ada

"Terjadi kesalahan saat menghitung jumlah penumpang ketika seorang anak kecil luput dari proses penghitungan itu," ujar kru pesawat.

Atas insiden ini pihak syarikat penerbangan itu pun bersedia untuk memulangkan kembali Donachie ke Inggris sebelum ia diterbangkan ke tujuan utamanya yakni Biarritz di Perancis. Pihak syarikat penerbangan pun memberi kompensasi berupa biaya hotel dan tiket percuma kepada Donachie.

"Adalah tanggung jawab penumpang untuk memastikan bahawa mereka menaiki pesawat yang benar namun, kami akan segera meminta petugas kami untuk menyelidiki insiden ini," ujar pihak maskapai penerbangan tersebut.(rhs)

Tandas dihias sambut kepulangan isteri

Posted: 01 Jul 2012 08:00 PM PDT


NEW DELHI - Seorang isteri, Priyanka Bharti diberi sambutan meriah pada Rabu lalu semasa dia pulang semula ke rumah mertuanya selepas melarikan diri kerana ketiadaan tandas di Kampung Vishnupur Khurd, Uttar Pradesh, India.
Bharti turut merasmikan pembukaan sebuah tandas moden di rumah mertuanya itu yang turut disaksikan sejumlah orang.
Tandas itu turut dihiasi dengan bunga.
Pembinaan tandas itu dikendalikan pihak pengurusan pertubuhan perkhidmatan sosial antarabangsa, Sulabh.
Tandas itu dibina selepas berita Bharti melarikan diri tersebar di India.
Pertubuhan itu turut membina sebuah bilik mandi di rumah mertuanya.
Pengasas pertubuhan itu, Bindeshwar Pathak turut hadir pada majlis tersebut.
Sebelum ini dia meninggalkan rumah mertuanya selepas empat hari menginap kerana malu jika ditanya oleh keluarganya tentang lokasi tandas di rumah itu.
Bharti, 19, melarikan diri semasa keluarganya yang datang dari sebuah kampung lain mahu melawat dia di rumah mertuanya itu.
"Saya berpendapat saya tidak boleh tinggal di sebuah rumah yang membolehkan orang ramai mungkin melihat saya membuang air besar di luar rumah dengan cara yang tidak bersih," katanya kepada agensi berita AFP.
Dia berasa malu apabila terpaksa membuang air besar di kawasan lapang di luar rumah kerana ketiadaan tandas.
Bharti berkahwin dengan suaminya, Amarjeet Kumar, 20, pada tahun 2007.
Bagaimanapun, dia hanya mula tinggal di rumah mertuanya pada April lalu selepas umurnya mencecah 19 tahun.
Suami Bharti menganggap perkara yang paling penting buatnya ialah kepulangan isterinya.
"Saya malu apabila dia bertanya di mana tandas dan kami perlu memberitahunya untuk ke luar rumah (membuang air besar).
"Kini, tandas itu telah dibina dan kami perlu menjaga dan menggunakannya," kata Amarjeet. - Agensi
sumber : kosmo online

2 remaja muat naik komen perkauman di Internet ditahan

Posted: 01 Jul 2012 07:45 PM PDT


SINGAPURA: Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis kerana memuat naik komen berbaur perkauman di Internet.
Menurut polis, komen itu "boleh mencetuskan keadaan buruk dan permusuhan antara bangsa berbeza di negara ini." Straits Times melaporkan polis menerima dua laporan pada 27 Jun mengenai isu itu di Facebook dan Twitter. Ia memaparkan identiti kedua-dua remaja itu sebelum mereka ditahan pada 28 dan 29 Jun lalu.

Mengikut Akta Hasutan, sesiapa yang didapati bersalah mendorong perkara yang buruk dan permusuhan antara perbezaan bangsa atau populasi di Singapura boleh didenda hingga Sg$5000 (RM12,450) atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - Straits Times



sumber : myMetro

Balas dendam dihalau keluar disko

Posted: 01 Jul 2012 07:30 PM PDT


LILLE (Perancis): Penyerang bersenjata menembak mati dua pelanggan sebuah kelab malam di utara Perancis semalam dalam apa yang dikatakan serangan balas dendam selepas dia dihalau keluar dari disko itu, kata polis dan pegawai tempatan.
Lelaki itu yang "dikenali oleh polis", dihalau keluar dari disko Theatro yang terletak di tengah bandar Lille, tetapi kembali pada kira-kira jam 3 pagi dan melepaskan tembakan menggunakan senjata Kalashnikov. 
Atendan penjaga pakaian dan seorang pelanggan ditembak mati manakala lima lagi termasuk penjaga kelab cedera dan dibawa ke hospital.

Polis berkata, penyerang itu, yang melakukan serangan itu bersendirian, melarikan diri dengan sebuah kereta dan polis telah melancarkan gerakan memburunya. - AFP



sumber : myMetro

Wanita cuba duduki peperiksaan bagi pihak adik akan dihukum

Posted: 01 Jul 2012 07:15 PM PDT


MANAMA: Seorang wanita Bahrain dirujuk kepada pendakwa raya selepas dia dikatakan cuba menduduki peperiksaan akhir bagi pihak adiknya.
Kementerian Pendidikan berkata, suspek cuba mengaku sebagai adiknya, pelajar di sekolah perempuan di Sitra, kira-kira 13 kilometer di selatan bandar raya ini yang sepatutnya menduduki peperiksaan bahasa Inggeris sebagai syarat untuk menyempurnakan persekolahannya.

Menurut kementerian itu, cubaan menipu itu akan dihukum mengikut kanun jenayah.


Mengikut sistem pendidikan Bahrain, pelajar sekolah tinggi perlu lulus semua subjek untuk menyempurnakan persekolahan mereka. - Gulf News


sumber : myMetro

Perogol bebas kahwin mangsa

Posted: 01 Jul 2012 07:00 PM PDT


JORDAN: Kisah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang diculik dan dirogol berkali-kali selama tiga hari menyebabkan rakyat Jordan berasa marah, apatah lagi apabila penyerangnya bersetuju untuk mengahwini remaja itu untuk mengelak daripada dipenjara.
Dalam masyarakat Islam konservatif seperti di Jordan, perogol boleh lepas bebas mengikut Kanun Keseksaan Artikel 308, yang dikenali sebagai "undang-undang perogol." 
April lalu, remaja yang tidak didedahkan identitinya keluar membeli belah di bandar Zarqa, di mana seorang lelaki berusia 19 tahun menculiknya dan membawanya ke padang pasir di mana dia mendirikan khemah, kemudian merogol remaja itu selama tiga hari berturut-turut, menurut sumber kehakiman.

Polis menemui remaja itu ketika membuat rondaan rutin dan membawanya pulang. Mereka menahan lelaki itu.




Tetapi dalam beberapa hari, terdapat berita yang lelaki itu bersetuju mengahwini remaja itu dan semua tuduhan terhadapnya digugurkan.


Awal bulan ini, AFP melaporkan, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diajak untuk mengikut seorang lelaki ke sebuah apartmen di Amman di mana dia juga di rogol.

Sumber kehakiman berkata, lelaki itu sekarang cuba sedaya upaya untuk berunding dengan keluarga mangsa, mengahwini gadis itu untuk mengelak daripada dipenjara.

Artikel 308 membenarkan tuduhan merogol digugurkan sekiranya perogol bersetuju untuk mengahwini mangsa.

Dia tidak boleh menceraikan isterinya selama lima tahun.

Ketua Kesatuan Wanita Jordan, Nadia Shamrukh berkata, "Akta dalam undang-undang ini bukan saja membenarkan pesalah bebas, tetapi membenarkan mereka mengahwini mangsa." - AFP 



sumber : myMetro

Lelaki bogel menjerit ditemui mati terbaring

Posted: 01 Jul 2012 06:45 PM PDT


MIRI: Seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bogel di tempat letak kereta di rumahnya di Jalan Aru, Holiday Park, di sini, turut mempunyai kesan luka pada siku kiri, semalam.
Mayat lelaki dikenali sebagai Lee, berusia 40-an itu ditemui di belakang kenderaannya oleh beberapa remaja lelaki berusia awal 20-an yang kebetulan melalui kawasan rumah terbabit, kira-kira jam 4 pagi, sebelum menghubungi polis.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit secara tiba-tiba menjerit jam 7 malam kelmarin, menyebabkan beberapa jiran lain di kawasan sekitar terkejut.


Bagaimanapun, katanya, mereka mengambil keputusan tidak mempedulikan jeritan itu, berikutan mangsa pernah memberi amaran supaya tidak mencampuri urusan keluarganya.

"Saya terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan bogel sambil menjerit ketika melalui rumahnya. Ketika itu, saya sedang memandu kereta untuk mengambil suami di Lapangan Terbang Miri, jam 8 malam.


"Bagaimanapun, sekembali mengambil suami setengah jam kemudian, saya melihat mangsa terbaring di belakang keretanya dan menyangka tidur.




"Malah, petang kelmarin, saya ternampak anak perempuannya dipercayai masih bersekolah berbual menerusi telefon bimbit di luar rumahnya," kata ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.

Menurutnya, selain jarang melihat serta tidak pernah bertegur dengan mangsa, lelaki terbabit juga dipercayai sering bergaduh serta memukul isteri yang juga warga Indonesia.


"Isteri mangsa mungkin tiada di rumah ketika kejadian. Saya cuma melihat tiga anaknya masing-masing dua perempuan dan seorang lelaki yang masih bersekolah rendah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Sapian Salihin ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.



sumber : myMetro

Terhina digelar ‘sapi’

Posted: 01 Jul 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pengalaman dihina pemandu arahnya dengan gelaran sapi (lembu) menyebabkan wanita OKU ini serik meminta sedekah.
Bagi Azah, 36, cacian itu keterlaluan kerana ia membabitkan harga diri, walhal niatnya murni untuk membantu suami mencari pendapatan tambahan.

Dia tidak menyangka wanita warga Indonesia yang memimpin OKU buta sepertinya menjual sambil mengutip sedekah di restoran dan medan selera sekitar Cheras tergamak memanggilnya 'sapi', sedangkan perempuan itu saban malam menumpang rezeki si buta sepertinya dengan meraih simpati pengunjung bermodalkan air liur serta tisu. Terkilan dengan sikap wanita berkenaan yang menyamakannya seperti haiwan ternakan itu, Azah mengambil keputusan berhenti sebaik saja memperoleh hasil pendapatan jualan hari pertama. "Akak tersentak apabila dia membahasakan akak dengan gelaran 'sapi'. Hanya Allah saja tahu perasaan akak ketika itu, perasaan terhina, sedih dan marah bercampur baur.


"Mungkin atas faktor buta, hanya mengikut saja apabila ditarik tangan oleh perempuan itu, kemudian apabila tiba di meja pelanggan disuruh pula menjual tisu kepada orang ramai tanpa membantah, dia berani menggelarkan akak begitu.

"Cukuplah hanya semalam akak bekerja dengannya. Tebal muka akak apabila meminta simpati daripada orang ramai dari meja ke meja kemudian dibalas sikap biadab wanita itu menggelar akak ibarat lembu dicucuk hidung," katanya.


Ibu kepada tiga anak perempuan itu berkata, dia setuju melakukan aktiviti berkenaan kerana ingin meringankan bebanan suami yang juga senasib dengannya dan berkhidmat sebagai operator telefon syarikat swasta di ibu negara.




"Akak kasihan melihat suami bertungkus lumus menanggung kami lima beranak dengan pendapatan sederhana.

"Meskipun mempunyai pendapatan tetap, namun ia tidak mencukupi apatah lagi kos hidup tinggi di bandar, termasuk bayaran sewa rumah, belanja sekolah anak serta makan pakai semuanya.


"Berikutan itu, akak pun meminta kerja daripada perempuan Indonesia itu, sementara suaminya pula, warga tempatan bekerja sebagai pemandu teksi turut memperoleh habuan sama hasil malam itu kerana dia menghantar kami dari satu tempat ke tempat lain," katanya.

Kebetulan ketika itu 'pekerja' tetap pasangan suami isteri itu jatuh sakit, Azah yang terdesak ingin meningkatkan sumber pendapatan keluarga mengambil peluang mencari duit poket tambahan dengan menggantikan tempat wanita berkenaan.


"Tidak sangka kutipan diperoleh amat berbaloi kerana akak menerima RM78 daripada pasangan itu meskipun sudah dibahagi tiga. Bagaimanapun, wang bukan segala-galanya dalam hidup. Hingga kini, telinga akak masih terngiang-ngiang panggilan 'sapi' oleh wanita itu," katanya.



sumber : myMetro

3 bekas pelajar ditahan

Posted: 01 Jul 2012 06:15 PM PDT


GEORGETOWN: Tiga ahli sindiket yang cuba mengaut keuntungan dengan menawarkan ijazah palsu untuk dijual menerusi laman web, ditahan sepasukan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak, malam kelmarin.
Dalam operasi yang dilakukan sepasukan polis Pulau Pinang jam 8 malam itu, tiga ahli sindiket terbabit iaitu masing-masing dua wanita dan seorang lelaki berusia 20-an, ditahan selepas Universiti Sains Malaysia (USM) membuat aduan berhubung kegiatan itu sebelum ini.
Difahamkan, ahli sindiket terbabit menjual ijazah palsu itu dan menawarkannya melalui laman web dengan harga yang mencecah hingga RM5,000.

Sasaran mereka adalah pelajar yang tidak perlu bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran dan juga orang awam yang mahukan ijazah dengan mudah tanpa perlu menduduki peperiksaan atau mengikuti kelas.



sumber : myMetro

Bayi terlantar diazab pengasuh

Posted: 01 Jul 2012 06:00 PM PDT


PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.
Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam. 


sumber : myMetro

Tulang kaki tersembul

Posted: 01 Jul 2012 05:45 PM PDT


TAWAU: Tindakan 'berani mati' seorang pelajar lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat empat di sebuah bangunan, mengundang padah apabila kaki kanannya patah dalam kejadian di kawasan Sabindo, dekat sini, malam kelmarin.
Sebelum kejadian, pelajar berusia 18 tahun terbabit dikatakan naik ke bumbung bangunan berkenaan, sebelum terjun dan terjatuh di atas bonet sebuah kereta Proton Wira yang diletakkan di kawasan itu, kira-kira jam 9.30 malam. 
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Azman 38, berkata ketika kejadian dia berada beberapa meter dari lokasi pelajar terbabit terjatuh.

Menurutnya, pada mulanya, dia menyangka remaja itu adalah pengawal keselamatan yang cuba melakukan pemeriksaan dan tidak mempedulikannya.



sumber : myMetro

Gadis yang selamat setelah wajah rosak akibat alergik parasetamol

Posted: 01 Jul 2012 05:30 PM PDT



Eva Uhlin, gadis Sweden berusia 19 tahun akhirnya boleh selamat dari kerosakan wajah total setelah terkena alergi parasetamol. Selama 4 tahun untuk membuat kulit wajahnya kembali normal dari alergi kulit tersebut.


Eva tak pernah menyangka menderita alergi ubat mematikan yang dikenal sebagai Toxic Epidermal Necrolysis. Selama bertahun-tahun ketika sedang demam dirinya terbiasa memakan parasetamol.


Obat analgesik ini terkenal paling selamat dan bukan salah satu ubat pemicu alergi dari penyakit Toxic Epidermal Necrolysis.




Kejadian yang bermula pada tahun 2005 saat Eva berusia 15 tahun ketika sedang bercuti dan Eva mengalami demam. Seperti biasa Eva lalu memakan ubat demam parasetamol.


Namun ketika bangun esok paginya, wajah Eva penuh lecet-lecet hingga menyebar ke seluruh tubuhnya. Kulitnya melepuh seperi terbakar. Dia juga mengalami sakit di bahagian dada, lengan, punggung dan perut.


Doktar menduga kemungkinan ada virus di tubuhnya ketika demam dan kombinasi dari virus dan ubat ini menciptakan reaksi yang aneh. Selama bertahun-tahun Eva melakukan rawatan di Swedia's University Hospital of Linkoping.


Profesor Folke Sjoeberg, salah seorang dokter yang merawatnya mengatakan, Eva sangat beruntung bisa pulih dari kondisi yang ANEH ini. Toxic Epidermal Necrolysis atau dikenal juga dengan sindrom Lyell membunuh 40 persen penderitanya. Efek samping obat merupakan faktor utama penyebab sindrom ini.


Penyakit Eva berangsur pulih kerana kesabaran dan sikap positifnya. Pengubatan yang dilakukan sangat hati-hati kerana infeksi yang muncul berbeza-beza.


Meski kini kulitnya telah pulih dan Eva boleh melakukan aktiviti normal dia tetap harus memeriksa air matanya dua kali sehari dan menjadi sensitif terhadap cahaya matahari.


Penyakit ini adalah salah satu penyakit alergi kulit yang mematikan selain Sindroma Steven Johnson. Rasio penderita Toxic Epidermal Necrolysis adalah satu diantara sejuta orang. Penyakit ini bisa menimpa sesiapa sahaja.



Hebat…Kehilangan Dua Kaki akibat Gempa Bumi tak Surutkan Guohong Jadi Perenang

Posted: 01 Jul 2012 05:15 PM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, BEIJING – Namanya Dai Guohong. Pemuda 18 tahun ini memiliki banyak impian untuk masa depannya. Apa daya, gempa bumi hebat di Sinchuan "memenggal" hampir habis seluruh kakinya.

Surutkah tekad Guohong? Tidak. Ia terus berlatih. Kini, ia menjadi salah satu perenang andal negeri itu.

Bencana datang tiga tahun lalu saat gempa hebat meruntuhkan sekolahnya di Beichuan. Dia selamat dengan kedua kali harus dipotong. Sedang 26 teman sekelasnya, tewas dalam bencana itu.

Dinyatakan setelah melakukan serangkaian pembedahan Guohong kembali berlatih. Kini, dia disiapkan untuk mewakili China dalam Paralympics di London tahun depan.

"Doktor berkata, renang bagus untuk tubuhku, maka aku gigih berlatih," ujarnya. Ia berjanji akan melakukan yang terbaik di London.

Gambar..kereta baru beli 15 minit lalu dan mengalami kemalangan

Posted: 01 Jul 2012 05:00 PM PDT

A guy bought his Holden HSV W427 for $120,000, 15 minutes after he purchased it, he crashed his beloved car.





Tenang walaupun 2 batang besi tembus di perut

Posted: 01 Jul 2012 04:45 PM PDT

Baru-baru ini, di  Faridabad India, Anil Kumar seorang lelaki yang berusia 20 tahun dirawat di hospital kerana perutnya ditembusi besi.Anil Kumar adalah seorang pekerja pembinaan, ketika dia pulang menunggang  motosikal lalu jatuh ke dalam lori yang membawa batang besi dan, dua batang besi berukuran 3 cm menembusi perutnya. Dia dibawa ke hospital dan doktor mengambil masa selama empat jam pembedahan untuk mengeluarkan batang besi itu dari perutnya.





Batu nisan dari mendiang bintang porno Sexy Cora dinilai terlalu seksi.

Posted: 01 Jul 2012 04:30 PM PDT

Batu nisan dari mendiang bintang porno Sexy Cora dinilai terlalu seksi. Kerana itu pihak pengelola pemakaman memutuskan untuk memindahkan nisan yang dihiasi sebuah patung marmar berbentuk malaikat wanita setinggi empat kaki itu.

Patung seharga 15.000 poundsterling itu dianggap terlalu ofensif dan tidak patut untuk ditempatkan di kawasan pemakaman. Pihak pengelola pemakaman khuatir patung tersebut akan mengganggu kesucian tempat itu.

Suami Cora, Tim Wosnitza menolak untuk menandatangani persetujuan pemindahan patung tersebut. Untuk melindungi patung itu Wosnitza menyewa sekelompok orang untuk menjaga patung yang menghiasi makam isterinya itu.

Kambing lahir berwajah manusia di Zimbabwe

Posted: 01 Jul 2012 04:15 PM PDT

Tidak masuk akal, seekor kambing berwajah seperti manusia lahir di Zimbabwe tengah. Kambing itu bertahan hidup hanya beberapa jam setelah dilahirkan Para penduduk desa berkumpul di Maboleni, 40km dari kota Gweru untuk menyaksikan keanehan ini.

Makhluk itu akhirnya dibakar oleh penduduk desa yang percaya tahayul sebelum sempat dibawa ke makmal untuk diteliti lebih lanjut. Kambing itu lahir dengan wajah seperti manusia, memiliki hidung, mulut, leher, bahu, punggung dan kulit seperti manusia. Namun ia memiliki kaki dan ekor seperti kambing.

Gubernur setempat, Jason Machaya mengatakan bahawa makhluk itu lahir akibat perbuatan manusia (????? ). Ia mengatakan : "Seorang lelaki dewasa bertanggung jawab soal ini." Namun para ahli segera menyangkal  dengan mengatakan bahawa mustahil seorang manusia dapat melakukan hubungan seks dengan haiwan dan melahirkan makhluk setengah haiwan setengah manusia.

Salah seorang doktor di daerah tersebut yang bernama Dr. Thomas Sibanda menyesalkan pembakaran makhluk tersebut kerana dia tidak diberi kesempatan untuk menelitinya lebih lanjut.

Para penduduk  percaya bahawa makhluk itu lahir akibat sihir, namun Dr Sibanda masih ingin melihatnya dalam perspektif sains. Menurut Dr Sibanda, kambing itu kemungkinan mengalami Hydrocephalus, keadaan dimana ia mengalami pembesaran kepala yang berisi air. Keadaan ini dapat menyebabkan makhluk tersebut memiliki wajah seperti manusia.





sumber : http://www.dunia-unik.com

Di gelar 'perempuan kertas'kerana kulitnya boleh ditulis

Posted: 01 Jul 2012 04:00 PM PDT

Huang Xiangji 52 tahun di gelar Perempuan Kertas kerana kulitnya boleh di tulis .Menulis di kulit tubuh dengan menggunakanpen itu sudah biasa. Tapi seorang perempuan yang menghidap penyakit kulit  tinggal mencoret-coret kulitnya dengan kuku untuk membuat sebuah tulisan. Anda mungkin tidak percaya bila kulit tubuh boleh dijadikan sebagai media untuk menulis? Tapi kejadian tersebut benar-benar dialami seorang nenek yang boleh menulis di tubuhnya sendiri dengan menggunakan kuku.



Gila...lelaki ni suruh awek pegang anunya (pic)

Posted: 01 Jul 2012 11:00 AM PDT

macam ni punya orang pun ada,macam dah tak ada kerja lain.....

Video..orang tua dipukul tanpa sebab

Posted: 01 Jul 2012 10:30 AM PDT






Entah apa kesalahan orang tua ni terus dipukul...






Mulia betul hati gadis ini

Posted: 01 Jul 2012 10:15 AM PDT

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS