|    Tabah merentasi 11 negara    Posted: 22 Oct 2010 05:55 PM PDT        TANPA kesungguhan, kesabaran, sikap toleransi dan semangat kerjasama,  perjalanan sejauh itu mungkin sekadar idea di atas kertas. Apatah lagi  kalau perjalanan tersebut melibatkan urusan yang lebih besar iaitu  menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.  Mod pengangkutan yang pantas dan mudah tidak dipandang. Motosikal  juga yang mahu digunakan lantaran mencari kelainan pengisian perjalanan.  Kepada  11 penunggang jentera berkuasa tinggi itu, satu lembaran dan  rekod baru telah dicipta pada 14 Mei lalu.  Program yang dikenali sebagai Ekspedisi 1Malaysia Kembara Ke Bumi Suci 2010 itu adalah anjuran Israq Adventure Sdn. Bhd.  Selaku pengendali bermotosikal tempatan yang berpengalaman dalam  menganjurkan siri pengembaraan di dalam dan luar negara, kembara  bermotosikal itu mengimbas sirah junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan umat  Islam dalam melaksanakan ibadah  haji dengan menaiki unta.  "Sekurang-kurangnya dengan cara ini kita dapat memahami kesusahan  yang dilalui oleh umat Islam terdahulu untuk  menunaikan Rukun Islam  kelima itu.  "Pengembaraan ke Mekah merupakan perjalanan yang sangat mencabar dan  para peserta diuji dengan pelbagai rintangan serta  dugaan," kata  Pengurus Israq Adventure, Azman Baharuddin, 47.  Katanya, kembara yang turut mendapat sokongan pelbagai pihak dalam  merealisasikan hasrat murni itu bermula daripada cetusan idea Pengarah  Ekspedisi, Nahrawi Marzoki, 54, pada tahun 2008.  Setahun selepas itu  terbentuklah satu pentadbiran jawatankuasa  ekspedisi termasuk mengadakan kerja-kerja tinjauan jalan, kerja-kerja  dokumentasi dan logistik dalam menjayakan ekspedisi yang menelan belanja  kira-kira RM500,000.  "Persiapan rapi dilakukan sebelum memulakan langkah menghadapi  cabaran getir termasuk persediaan dari segi fizikal dan mental, jadual,  persiapan dan persediaan motosikal agar perjalanan yang dilalui   berjalan lancar," ujarnya.   PELBAGAI permukaan laluan telah direntasi, dari tanah berpasir hinggalah kawasan bukit bukau.     Majlis pelepasan peserta konvoi secara rasminya disempurnakan oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Menara Dato'  Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 11 Mei. Majlis  itu  turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin.  Memulakan pengembaraan pada 14 Mei dari Kuala Lumpur, perjalanan yang  dilalui adalah sejauh 17,800 kilometer (km)  dalam tempoh 55 hari.  Peserta selamat tiba di Tanah Suci Mekah pada 29 Jun dan mengerjakan  ibadah umrah selama seminggu sebelum pulang ke tanah air pada 6 Julai.  Dalam menjayakan misi tersebut, mereka merentasi 11 negara iaitu  bermula dengan Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan,  Turkmenistan, Iran, Turki, Syria, Jordan dan Arab Saudi (berakhir di  Mekah).  Memasuki negara pertama di Thailand, kumpulan ekspedisi memulakan  cabaran pertama apabila menempuhi perjalanan sukar ketika merentasi  Bangkok, Thailand.  Negara tersebut ketika itu  menghadapi  krisis politik. Namun, tiada  sebarang kejadian buruk  berlaku sebaliknya mereka meneruskan perjalanan  dengan selamat untuk memasuki Laos.  Di Laos, kumpulan konvoi meneruskan cabaran dengan melalui beberapa  daerah yang mengalami masalah kerosakan jalan dan melalui kawasan  berbukit-bukau.  Layanan istimewa  Mengakui pengembaraan tersebut cukup berbeza dan amat bermakna, Azman  menjelaskan, ekspedisi itu turut menjalankan aktiviti ziarah sepanjang  perjalanan.  "Antara misi penting yang berjaya dicapai ialah  singgah dan  menziarah  40 buah masjid utama termasuk lima masjid tersohor iaitu  Masjid Xian, Masjid Kalon (Uzbekistan), Masjid Umayyad (Syria), Masjid  Nabawi dan Masjidil Haram di Arab Saudi.   "Para peserta juga berpeluang mengunjungi  bandar dan tempat  peninggalan sejarah zaman kegemilangan Islam antaranya melawat kampung  halaman cendekiawan Islam tersohor, Imam Al-Bukhary di Uzbekistan serta  berpeluang mengunjungi tempat kelahiran Nabi Ibrahim di Turki," ujarnya.  Azman memberitahu, para peserta konvoi juga tidak melepaskan peluang  bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat Islam di sepanjang laluan di  samping turut terlibat di dalam beberapa kerja amal.  Menurutnya, sepanjang perjalanan merentasi 11 negara peserta  ekspedisi  mendapat layanan istimewa dan sokongan padu daripada  masyarakat setempat.  "Semasa merentasi sebuah bandar di China, apabila penduduk tempatan tahu kami hendak ke Mekah, mereka berasa sangat terharu.  "Pada malam itu mereka datang ke hotel tempat peserta  menginap  dengan menyediakan jamuan dan  membuat majlis doa selamat kepada kami,"  ujar Azman.  Ketika di Iran, mereka turut tersentuh dengan kemurahan hati penduduk  Islam yang sanggup memberi makan dan minum selepas mengetahui kumpulan  konvoi adalah jemaah umrah dari Malaysia.  "Ramai yang belanja kami makan sewaktu singgah di sana dan ada juga  mekanik yang membaiki pacuan empat roda kami tanpa mengenakan bayaran,"  katanya.   PESERTA sempat bergambar kenangan di kawasan tanah tinggi sewaktu merentasi Chengdu ke Ti Ping Wu di China.     Sebahagian besar daripada cabaran pengembaraan tersebut ditempuhi di China.  Di  negara tersebut  cuacanya agak  berbeza dan ekstrem serta peserta  terpaksa menempuh laluan yang    tidak menentu serta jalan yang rosak.  Kata Azman, laluan sukar ditempuhi terutama ketika dalam perjalanan  menuju ke Kunming melalui Yuanjing.   Perkara tersebut berlaku kerana pihak berkuasa di China  melarang  penggunaan motosikal di lebuh raya dari Mengla ke Kunming. Hal tersebut   menyebabkan konvoi terpaksa mengharungi jalan kampung yang tidak  berturap dan berdebu.  "Di China, kita tidak boleh nak ramal terutamanya dari sudut keadaan jalan dan cuaca disebabkan negara ini terlalu besar.  "Kemalangan-kemalangan kecil yang melibatkan beberapa peserta banyak berlaku semasa melalui perjalanan di China," jelasnya.  Perjalanan dari Kunming menuju ke bandar Panzihua juga mencatatkan  pengalaman tersendiri.   Perjalanan yang    melalui kawasan tanah tinggi  berkedudukan 2,800 meter dari paras laut menyebabkan ada peserta yang  mengalami masalah kesukaran bernafas.   Pengalaman pahit di China   Ketika di China, motosikal salah seorang peserta ekspedisi, Nahrawi   dilanggar lori muatan pasir sewaktu rombongan  berehat di sebuah stesen  minyak sebelum memasuki Kyrgyztan.  "Nahrawi cuma mengalami cedera ringan, namun enjin motosikalnya  mengalami kerosakan teruk dan terpaksa dibawa pulang ke Malaysia,"  ujarnya.  Antara pengalaman pahit yang dialami sepanjang kembara tersebut  ketika rombongan berada di Iran. Tiga peserta ekspedisi ditahan oleh  pihak berkuasa negara tersebut kerana mereka merakam gambar di kawasan  bandar.    "Mereka digari dengan mata ditutup  sebelum dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.   "Pasport dan kamera turut dirampas sebelum diserahkan semula ke Kedutaan Malaysia di Iran," katanya.  Menurut Azman, saat kaki menjejakkan kaki di Mekah, pengalaman tersebut sukar digambarkan.  "Kami terhutang budi kepada banyak  pihak khususnya Kementerian Luar  yang memberi sokongan  dan  Kedutaan Malaysia di negara-negara yang kami  singgah yang   banyak memudahkan urusan  kami.  "Penganjuran ekspedisi  itu secara tidak langsung meyakinkan rakyat  Malaysia khususnya yang beragama Islam bahawa pemergian ke Mekah melalui  jalan darat bukanlah sesuatu yang mustahil," jelas Azman.    PESERTA ekspedisi sempat singgah menikmati buah-buahan yang dijual peniaga tempatan Chengdu, China.     Sementara itu, salah seorang peserta, Senator Mohd. Khalid Ahmad, 56,   bersyukur kerana  pengembaraan yang dirancang berakhir dengan jayanya  dan semua peserta pulang dengan selamat.  Menurut  Mohd. Khalid, kejayaan itu dicapai melalui semangat berpasukan  para peserta selain sokongan  rakyat Malaysia.  "Perjuangan  selama 55 hari dengan pelbagai ujian tidak sedikit pun  mematahkan semangat, malah ia telah menjadi dorongan kepada kami  untuk   tiba di Mekah seperti yang dirancang.  "Terima kasih  kepada semua yang  mendoakan keselamatan peserta dari  mula langkah pertama sehingga berakhirnya ekspedisi," katanya.  Kepada Nahrawi, melalui kejayaan itu, beliau kini merancang untuk menganjurkan pengembaraan menunaikan haji pada tahun 2013.  Bagaimanapun, kembara  itu  menggunakan kenderaan pacuan empat roda.  "Saya berharap impian  untuk mengatur  program menunaikan haji dengan  pacuan empat roda  mendapat sokongan daripada pelbagai pihak," ujarnya.  Sementara itu, seorang lagi peserta ekspedisi, Musa Mohammad, 42,  mengakui   berasa bertuah kerana berpeluang mengikuti ekspedisi yang  julung-julung kalinya.  Menyifatkannya sebagai satu pengalaman berharga,    kembara itu   memberi kesan yang mendalam pada   dirinya untuk   mendekatkan diri kepada Allah.  "Banyak yang saya pelajari melalui kembara ini, antaranya  pengurusan  masa. Contohnya, solat harus dilakukan pada awal waktu tanpa  berlengah-lengah.  "Melalui pengembaraan ini juga saya rasa bersyukur  berada di sebuah negara yang aman damai seperti Malaysia," ujarnya.    |  
  |    17 bilionair baru India    Posted: 22 Oct 2010 05:52 PM PDT   REKOD bilangan usahawan bergelar  bilionair di India bertambah ketika jurang ekonomi semakin melebar dan  kebanyakan rakyatnya masih dihimpit kemiskinan.     MUKESH AMBANI mengekalkan gelaran sebagai individu terkaya di India  ketika perkembangan pesat ekonomi melahirkan 17 bilionair baru pada  2010.  Tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 69 orang,  berdasarkan senarai individu terkaya yang disiarkan majalah Forbes  baru-baru ini.  Ambani, pengerusi syarikat persendirian terbesar India, Reliance  Industries, mempertahankan kedudukannya sebagai individu terkaya di  India untuk tiga tahun berturut-turut dengan kekayaan bernilai AS$27  bilion (RM83.2 bilion), petik majalah Forbes India.  Bilionair itu diekori rapat pengasas syarikat keluli terkemuka yang  berpusat di London, Lakshmi Mittal dengan kekayaan bernilai AS$26.1  bilion (RM80.4 bilion).  "Jumlah bilionair yang direkodkan belum lagi menunjukkan petanda  jelas betapa seriusnya peningkatan itu di India dan China pada dekad  mendatang," kata Indrajit Gupta, editor Forbes India.  Menurutnya, usahawan dari India menunjukkan kemampuan mereka  memanfaatkan peluang mencipta kekayaan yang tidak pernah berlaku di  kalangan masyarakat lain di dunia.  Jurang ekonomi  Peningkatan jumlah bilionair itu terjadi ketika kumpulan  antikemiskinan memberi amaran mengenai pelebaran jurang yang berterusan  antara golongan kaya dan miskin di negara berpopulasi 1.2 bilion  penduduk itu.  Sebahagian daripada 836 juta penduduk India hidup dengan pendapatan  kurang daripada 20 rupee (RM1.30) sehari. Dalam satu laporan kerajaan,  statistik di India mengenai tahap kesihatan, kematian bayi, nutrisi dan  pendapatan adalah lebih buruk daripada mereka yang menetap di sub-Sahara  Afrika.  Ketempangan pertumbuhan ekonomi, kes rasuah yang berleluasa dan  kelemahan pentadbiran awam, dilihat sebagai pencetus pemberontakan  Maoist di daerah miskin negara itu.   Taikun teknologi informasi, Azim Premji yang mengawal syarikat  pembekal Wipro, merampas kedudukan tangga ketiga senarai itu dengan  kekayaan bernilai AS$17.6 bilion (RM54.24 bilion), menggantikan adik  lelaki Ambani, Anil, yang mengetuai telekomunikasi, kewangan dan  perniagaan utiliti Reliance.   Anil Ambani, yang baru berdamai dengan abangnya itu selepas  perbalahan ekoran pembahagian aset keluarga, jatuh di tempat keenam  dengan AS$3.3 bilion (RM10.6 bilion). Kejatuhan saham syarikat telah  menyebabkan kekayaannya itu susut sebanyak 24 peratus.  Jumlah kekayaan 40 bilionair terkaya di India ketika ini bernilai  AS$243 bilion (RM748 bilion), naik daripada AS$229 bilion (RM705 bilion)  tahun lalu. Namun, catatan itu masih belum menghampiri rekod AS$351  bilion (RM1,081 trilion) yang dicatatkan pada pada tahun 2007.  Namun begitu, jumlah kekayaan mereka adalah lebih dua kali ganda  daripada kekayaan 40 orang individu terkaya di China tahun lalu, iaitu  sebanyak AS$106 bilion (RM326 bilion).  Golongan kaya di India mengalami kerugian besar pada 2008. Ketika itu  gabungan kekayaan bersih 40 individu tersebut turun 60 peratus dan  hanya 27 individu bergelar bilionair akibat terkena tempias krisis  kewangan global.  Kerugian besar membabitkan nilai kekayaan di India pada 2008 pantas  menjadi kenangan. Pencapaian itu disokong lonjakan pasaran saham dan  pertumbuhan ekonomi hampir sembilan peratus.   Pasangan adik-beradik Shahi dan Ravi Ruia, peneraju Kumpulan Essar  yang memegang kepentingan dalam industri besi, penyulingan minyak dan  tenaga, berada di tempat keempat dengan kekayaan bernilai AS$15 bilion  (RM46.2 bilion), manakala Savitri Jindal, pengerusi Jindal Steel and  Power, kekal di tempat kelima dengan kekayaan AS$14.4 bilion (RM44.4  bilion).  Gelombang kedua  Senarai tahun ini juga merupakan isyarat gelombang kedua bagi  kapitalis India mengumpul laba besar selepas permulaan yang tidak  menentu awal dekad lalu.  Ketika gelombang pertama bilionair dikaitkan dengan perniagaan  teknologi maklumat, keluli dan tenaga, gelombang kedua pula dijangka  membabitkan syarikat-syarikat gergasi dalam bidang farmasi dan hartanah.  Pencapaian peratusan tertinggi pula diraih Raja Media, Kalanithi  Maran, pemilik syarikat Sun TV Network, yang mempunyai lebih daripada  satu pertiga saham di syarikat penerbangan tambang rendah domestik  SpiceJet. Kekayaan bersihnya naik 74 peratus iaitu AS$4 bilion (RM12.4  bilion).   Bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu yang terjejas. Raja  Hartanah, Kushal Pal Singh, pemilik DLF yang sarat dengan hutang,  kehilangan hampir satu pertiga daripada kekayaannya.    |  
  |    Resort tunggal di Pulau Rebak    Posted: 22 Oct 2010 05:51 PM PDT        SESEKALI dapat menikmati percutian indah di pulau terpencil dengan  ditemani deruan ombak memukul pantai tentu sekali memberi pengalaman  mendamaikan selepas mengharungi hiruk-pikuk kehidupan kota.  Percutian berkenaan tentunya akan menyimpan seribu kenangan apabila  dapat berehat dalam keadaan tenang di tepi pantai memutih. Siliran angin  menyejukkan tubuh badan sambil membawa udara laut yang menyegarkan.  Menikmati impian percutian sebegitu boleh diperoleh sekiranya ke  Pulau Rebak iaitu antara gugusan 99 buah pulau kecil yang membentuk  pulau legenda, Langkawi.  Di pulau ini, terletak satu-satunya resort bertaraf lima bintang  dikenali sebagai Rebak Island Resort - A Taj Hotel (Rebak Island  Resort).  Dimiliki syarikat korporat, DRB-Hicom, resort itu kini diuruskan oleh  Taj Hotels Resorts and Palaces iaitu kumpulan hotel terbesar di Asia  yang berpusat di Mumbai, India. Syarikat itu bukanlah asing dalam  industri perhotelan kerana memiliki rangkaian hotel dan resort di 52  buah destinasi membabitkan 12 negara termasuk di Malaysia.    PULAU REBAK yang menempatkan Rebak Island Resort menjadi salah satu daripada 99 gugusan kepulauan kecil di Pulau Langkawi.     Sebaik sahaja pesawat yang dinaiki mendarat di Lapangan Terbang  Antarabangsa Langkawi, penulis disambut mesra oleh kakitangan resort  sebelum dibawa menaiki kenderaan.   Tidak sampai lima minit, kenderaan yang dinaiki tiba di Jeti  Pelabuhan Langkasuka. "Tiada laluan darat untuk ke resort. Encik Ammar  kena menaiki bot," kata lelaki yang dikenali sebagai Pak Sani itu.   Selepas meletakkan beg dan memakai jaket keselamatan, bot yang  dinaiki mula membelah lautan menuju ke destinasi penginapan. Menikmati  panorama dan keindahan lautan menyebabkan perjalanan selama 15 minit  dirasakan begitu singkat. Dari jauh kelihatan Pengurus Besar Rebak  Island Resort, Samir Khanna sudah sedia menanti.  "Selamat datang, bagaimana perjalanan dari Kuala Lumpur tadi?" tegurnya tatkala penulis menjejakkan kaki ke jeti.  Penulis dibawa mengelilingi kawasan persekitaran resort dengan  menaiki kereta buggy. Biarpun pertama kali bersua, namun keramahan yang  ditunjukkan Samir membuatkan penulis seperti sudah lama mengenalinya.  Perasaan tenteram dan damai segera menyuntik dalam diri apatah lagi  dengan konsep bermotifkan kayu dan tradisional kontemporari, suasana  santai resort sangat menyenangkan hati.   Nikmati pemandangan indah yang  bersatu dengan kedamaian alam di Pulau Rebak.     Rebak Island Resort kini beroperasi dengan 82 buah bilik yang  terbahagi kepada dua kategori iaitu 48 unit superior, 34 bilik deluxe  termasuk vila satu bilik dan dua bilik. Pengunjung diberi kebebasan  memilih pemandangan yang ditawarkan sama ada mengadap laut atau taman  mengikut cita rasa masing-masing.  "Resort ini mula diuruskan oleh Taj Hotels Resorts and Palaces sejak  tiga tahun lalu. Berbeza daripada resort-resort lain, resort ini lebih  privasi kerana kedudukannya di dalam pulau.  "Pengunjung yang menginap di sini bebas menggunakan segala kemudahan  yang disediakan. Kami mahu mereka merasai pengalaman bercuti seperti  berada di rumah sendiri," katanya.  Samir memberitahu, bagi tujuan itu pihaknya menyediakan beberapa aktiviti secara percuma kepada pengunjung.   Antaranya ialah berkayak, bola tampar pantai, berbasikal, kelas  memasak dan pengalaman memberi makanan kepada biawak yang hidup liar di  kawasan itu.  Bagaimanapun, katanya, pengunjung juga boleh mencuba beberapa  aktiviti lain seperti ekspedisi 4X4, memancing, belayar menaiki bot,  skuba, snorkeling mengikut pakej-pakej yang disediakan.  Katanya, terdapat tiga kawasan marina di Pulau Langkawi dan salah satunya terdapat di resort itu.   PERSEKITARAN resort yang dikelilingi landskap hijau mendekatkan pengunjung Rebak Island Resort dengan alam semula jadi.     "Selain menjadi tempat bot dan kapal berlabuh, terdapat juga ruang  penyimpanan untuk tujuan penyelenggaraan dan baik pulih," jelasnya.  Penulis sememang menggemari aktiviti lasak seperti menjelajah hutan,  namun tidak berkesempatan melakukannya disebabkan faktor cuaca yang  tidak mengizinkan.  Pengalaman itu hanya dapat dikongsi semasa bertemu dengan seorang  pelancong dari Belanda, Remco Onderwater, 40, yang menginap di situ.   Dia yang bercuti bersama isteri dan dua anaknya selama enam hari di  resort itu tidak melepaskan peluang merasai pengalaman menjelajah ke  dalam hutan pada hari kedua.  Katanya, pengalaman meneroka keindahan dan kehijauan hutan asli yang dianggarkan berusia jutaan tahun itu sangat mengujakan.   "Melihat keunikan flora dan fauna yang masih belum terusik di dalamnya membuatkan sesiapa sahaja terpesona.   "Sebaik tiba di penghujung laluan iaitu di Pantai Merah, mata saya  seakan-akan terpaku melihat formasi batuan indah dan pintu gua batu yang  begitu mengasyikkan. Tidak sangka di pulau sekecil ini mempunyai  pelbagai keunikan tersendiri," katanya yang pertama kali terakhir  berkunjung ke negara ini kira-kira enam tahun lalu.   SESEKALI berjemur, sambil mata dijamu dengan deruan ombak memukul pantai pasti sangat menenangkan jiwa.     Selepas puas melakukan aktiviti, pastinya perut berasa lapar.  Restoran Senari yang dibuka dari pukul 7 pagi hingga 11 malam adalah  jawapannya. Ia menyajikan pelbagai menu tempatan, Utara India dan Barat  yang enak dan menyelerakan. Lampu hiasan yang diinspirasikan daripada  bubu rotan serta lantai kayu menyerlahkan suasana ketika menikmati  hidangan.   Bagi mereka yang inginkan privasi, boleh memilih untuk menikmati  hidangan berlatarbelakang kawasan pantai atau marina. Cahaya lilin dan  kerlipan bintang-bintang pasti membangkitkan suasana romantis terutama  bersama orang tersayang.   Penulis juga turut berkesempatan membelai tubuh di Ulik Mayang Spa  yang menawarkan pelbagai urutan tradisional. Sentuhan jari-jemari serta  haruman minyak aromaterapi yang digunakan membuatkan badan kembali  segar. Pengunjung yang mahu menikmati suasana berbeza boleh memilih  untuk diurut di gazebo berhampiran pantai.  Suasana malam tidak semestinya dihabiskan di dalam bilik semata-mata.  Selain menghabiskan masa di ruang bacaan, pengunjung juga boleh  menikmati alunan muzik secara langsung yang dipersembahkan di  Minum-Minum Cafe. Lagu-lagu evergreen dan kotemporari yang didendangkan membuatkan kaki bergoyang tanpa disedari.    KEMASAN perabot yang moden dan kontemporari menyerlahkan keunikan resort ini.     Seorang pelancong dari Bahrain, Sayed Jawad Alawi, 31, yang ditemui  di sini memberitahu, Pulau Rebak merupakan salah satu destinasi yang  bernilai tinggi dan begitu eksklusif sekali.  "Ketenangan di pulau sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin  seperti saya. Isteri saya sangat mementingkan privasi dan saya  berpendapat pilihan saya ke sini sangat tepat kerana di pulau ini tidak  terlalu ramai orang.  "Tambahan, saya senang sekali berada di sini kerana tiada masalah  komunikasi antara kami dan pekerja di sini kerana ada di antara mereka  boleh bertutur dalam bahasa Arab," katanya yang baru melangsungkan  perkahwinan pada 21 September lalu.  Masa berlalu begitu pantas, tanpa disedari sudah tiga hari penulis  berada di resort ini. Kini tibalah masa untuk pulang. Apa yang pasti,  percutian yang dilalui memberi kepuasan maksimum yang sukar dilupakan.     |  
  |    Hotel berjiwa muzikal    Posted: 22 Oct 2010 05:51 PM PDT    SENI bina unik Hotel Hard Rock Pulau Pinang sedia memukau mata tetamunya.     SEBUT sahaja Batu Feringghi, Pulau Pinang, ramai yang memikirkan  keindahan pantai. Menariknya, sebaik menyusuri jalan utama dari bandar  George Town menuju ke pantai peranginan di situ, mata pasti  tertarik  kepada rekaan hotel unik  yang buat pertama kali beroperasi di Malaysia.  Memilih pantai Batu Feringghi sebagai lokasinya, Hotel Hard Rock  Pulau Pinang yang berkonsepkan muzikal era 60-an antara penginapan  eksklusif yang diketengahkan di Pulau Mutiara.  Menyusuri pintu masuk utama, pandangan sudah pasti tertumpu pada  kilauan lampu gantung berwarna-warni berlogo Hotel Hard Rock di segenap  ruang lobi.  Bagaikan berada di alam fantasi muzikal. Itulah  yang dapat  digambarkan tatkala kaki mula menyusun langkah ke ruang pendaftaran.   Mungkin anda terkesima melihat kabinet kaca yang menempatkan lebih  500 deretan baju yang disumbangkan oleh artis rock 'n' roll tempatan dan  antarabangsa.  Hiasan karikatur wajah bintang legenda Rock seperti Paul McCartney  dan George Harrison turut dihiasi di batu marmar dinding hotel.  Malah, bagi anda yang ingin tinggal lebih lama di sini, nikmatilah  peluang dengan membeli-belah di pasar malam yang terletak di bahu jalan  itu.   Pengurus Besar Hotel Hard Rock Pulau Pinang, John Primmer berkata,  dengan berdirinya hotel itu, Pulau Mutiara akan menjadi destinasi  tumpuan dalam kalangan pengunjung luar dan dalam negara.    
  |  |   PANDANGAN indah waktu malam Batu Feringghi  dari atas bilik hotel.     |     "Kami menawarkan penginapan berkonsepkan kontemporari dan moden.  Dengan tawaran yang diketengahkan ini pengunjung berpeluang mengabadikan  kenangan manis sekiranya berada di sini," katanya.  Hotel muzikal permata itu dibina setinggi enam tingkat dengan menempatkan 250 buah bilik dan suite berhadapan dengan laut.  Menerapkan elemen moden kontemporari pada segenap hiasan dalaman  biliknya, ia turut dilengkapi dengan televisyen LCD bersaiz 32 inci,  pemain DVD, radio kompak dan Internet WiFi.   Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan khusus buat pengunjung muda  dan kanak-kanak di bawah satu bumbung. Antaranya kolam renang seluas  26,000 kaki persegi, Rock Spa, Lil' Kids Club, Teens Club, pusat  gimnasium dan gerai barangan cenderamata.  Kunjungan ke sini tidak lengkap jika tidak bersantai di Hard Rock  Cafe yang dibuka 24 jam setiap hari. Pada waktu tertentu misalnya pada  pukul 1 petang, 5 petang, 10 malam hingga lewat pagi, persembahan  band-band rock atau artis rock jemputan akan memompa adernalin tetamu.  Hotel Hard Cafe pula menawarkan pelbagai pakej percutian dengan tawaran harga bermula RM380++ bagi setiap malam.     |  
  |    Set gourmet Makan Kitchen    Posted: 22 Oct 2010 04:47 PM PDT   PUYUH yang diperap dan dibakar bersama terung.       KALAU ada  yang bercerita  dia menikmati rendang daging yang  seolah-olah cair di dalam mulut, pasti anda akan menuduh  dia seorang  penipu. Tetapi andai anda menikmati daging lembu wagyu yang dimasak   oleh Chef Ahmad Nurul Azri,  anda juga akan mengakui kebenaran kata-kata  itu.  Kepada  mereka  yang peka dengan dunia kulinari, daging lembu wagyu   tidak perlu diperkenalkan. Berasal dari Jepun, daging lembu itu dianggap  antara daging kelas super kerana harganya yang  mahal.  Teknik ternakan yang  teliti pada haiwan itu seperti memberi urutan  selain diperdengarkan lagu antara faktor yang  menyebabkan lembu wagyu  hidup sihat dan kurang tekanan.   Dengan diet  terpilih, semua regim itu menyebabkan daging lembu wagyu  dikatakan lebih lembut, kaya dengan rasa dan berjus. Di Jepun, harga  untuk 150 gram daging lembu wagyu mencecah AS$500 (RM1,554).  Populariti daging lembu wagyu menyebabkan beberapa negara yang  terkenal dalam penternakan lembu seperti Australia dan New Zealand turut  memelihara baka yang sama.   Apabila daging dalam kelas super bersatu dengan resipi penuh  keghairahan daripada Ahmad Nurul, maka terhasillah satu hidangan daging  rendang yang luar biasa.  "Untuk sajian ini, kami memilih daging wagyu kerana ia  terkenal  dengan kelembutannya. Malah untuk menambahkan lagi kelembutan dan  keenakan rasanya, saya merenehkan daging wagyu ini selama enam jam  bersama bahan  seperti kayu manis, gula Melaka dan halia," kongsi Ahmad  Nurul, 36.  Menu yang dikenali sebagai slow cook wagyu beef cheek rendang itu   bukan sahaja menjadi  sajian utama dalam set hidangan Menu Festival  Lengkap dari Restoran Makan Kitchen di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala  Lumpur bahkan gastronomi paling menjadi tumpuan dalam set itu.  Penyertaan kali pertama  Pengurus Besar Hotel DoubleTree by Hilton, Ian Barrow memberitahu,  Menu Festival Lengkap merupakan set gourmet dari restoran hotel itu  sempena penyertaan pertama kali dalam Festival Gourmet Antarabangsa  Malaysia 2010 (MIGF).  "Makan Kitchen sebagai sebuah restoran baru dan membawa nama Hotel  DoubleTree by Hilton yang pertama di Asia Tenggara. Jadi ini adalah  peluang terbaik untuk menunjukkan filosofi sajian kami untuk tetamu  tempatan dan antarabangsa," kata Barrow.    
  |  |   PENCUCI mulut yang terdiri daripada lobak merah, halwa dan aiskrim.    |    Berbeza dengan menu hotel lain untuk MIGF, Makan Kitchen  mempersembahkan tujuh hidangan dalam Menu Festival Lengkap yang membawa  inspirasi 1Malaysia.  Setiap hidangan mengambil cita rasa sajian setiap etnik berbeza di  Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Peranakan, Kristang (Portugis  Melaka) dan Iban.  "Kami mengambil masa lebih tiga bulan untuk mendapatkan idea dan  mencuba resipi untuk Menu Festival Lengkap. Akhirnya terhasillah sajian  pembuka selera umai-umai kekapis sajian popular Sarawak yang ditambahkan  dengan salad midin dan telur ikan terubuk masin.  "Sajian  yang  mewakili peranakan nyonya iaitu otak-otak manakala  sajian ketiga ialah ladu abalon rebus   yang dihidangkan bersama sup  Cina.  "Mengambil cita rasa Portugis Melaka, sajian keempat  anak burung  sumbat yang diperap dan dipanggang  serta  dihidangkan dengan terung,"  ujar chef kelahiran Kuala Lumpur itu.  Selepas sajian utama rendang daging wagyu, sebagai pencuci mulut,  Ahmad Nurul yang mempunyai 11 tahun pengalaman dalam bidang kulinari  menyediakan menu cita rasa India iaitu lobak merah dan halwa halia  dengan aiskrim.  Sebagai pembasah tekak, Menu Festival Lengkap tidak melupakan minuman  kegemaran rakyat Malaysia iaitu teh tarik. Jika anda bukan penggemar  teh, anda boleh meminta kopi tarik.  Sajian itu  boleh dinikmati sehingga hujung bulan ini di Makan Kitchen yang terletak di tingkat 11 Hotel DoubleTree by Hilton.  Dengan hanya RM120++ seorang untuk set  itu, ia   tentunya menu yang wajib dicuba jika anda inginkan sajian 1Malaysia.  Untuk maklumat lanjut termasuk dengan tawaran diskaun anda boleh menghubungi talian 03-2172 7272.    |  
  |    Muallaf: Amani enggan komen    Posted: 22 Oct 2010 12:03 AM PDT         SHARIFAH AMANI...memilih untuk berdiam diri.                   MISLINA...punya bakat untuk genggam anugerah.                PENCALONAN Mislina Mustaffa untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di  Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) bersama tiga pelakon muda, Lisa  Surihani, Putri Mardiana dan Jasmine Michael membuatkan ramai pihak  meramalkan peluang paling cerah buat pelakon filem Karaoke itu.  Walaupun filem berkenaan kurang diperkatakan, lakonannya sebelum ini  menerusi filem-filem arahan Yasmin Ahmad mendapat pujian ramai. 
  Malah, peluang sama disuarakan dua daripada tiga pelakon wanita yang  pernah menjulang trofi itu sebelum ini, Vanidah Imran, Sharifah Amani  dan Liyana Jasmay.Ternyata kehadiran tiga pelakon ini ketika sidang media FFM23  mengenai tajaan Rafflesia The Pearl Centre, baru-baru ini, mencuri  tumpuan untuk berkongsi pandangan mengenai trofi yang menjadi impian  setiap pelakon sebagai pengiktirafan usaha mereka dalam dunia seni  lakonan.Walaupun tahun ini nama mereka tiada dalam senarai pencalonan,  Vanidah dan Liyana tetap hadir menyerikan malam kemuncak FFM23 di Pusat  Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, Ahad ini sebagai penyampai trofi  dan artis jemputan sekali gus memberikan sokongan kepada rakan yang  bertanding. Manakala, Sharifah Amani tidak dapat hadir pada malam itu.
  Vanidah yang menang Pelakon Wanita Terbaik FFM20 melalui lakonannya  dalam filem The Red Kebaya berkata, dia menjangkakan Mislina akan  mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik.
  "Jika Mislina menang kategori itu ia akan memberi sesuatu yang baru  pada bidang perfileman tanah air. Kenapa pelakon yang bersandarkan bakat  semata-mata tidak dihargai seperti di luar negara? 
  "Contohnya, bintang Hollywood, Charlize Theron boleh menang menerusi  watak lesbian dalam filem Monster's Ball. Charlize menang bukan kerana  dia cantik sebaliknya kerana lakonannya yang mantap dalam filem itu,"  katanya.
  Mengenai calon lain pula, kata Vanidah, pelakon Lisa Surihani yang  dicalonkan melalui filem Lagenda Budak Setan (LBS) adalah pelakon  berbakat, malah pernah menang Pelakon Harapan Wanita Terbaik melalui I'm  Not Single,  tetapi belum sampai tahap untuk menang Pelakon Wanita  Terbaik.
  Watak Ayu dijayakan Lisa dalam filem LBS dikatakan tidak begitu kuat untuk diangkat Pelakon Wanita Terbaik. 
  Bagaimanapun kata Vanidah, jika diberi peluang, Lisa memang boleh pergi lebih jauh lagi dalam bidang seni. 
  "Jasmine Michael yang berlakon dalam filem 1Malaysia, Estet juga  baru berlakon satu filem begitu juga pencalonan Putri Mardiana dalam  Santau. 
  "Pada pandangan saya, belum tentu seseorang pelakon itu bagus jika  dinilai dalam satu filem saja. Dia perlu diberi watak lain dan di situ  kita tahu dia boleh bawa watak itu atau tidak," katanya.           Turut dicalonkan dalam senarai Top 5 ialah Maya Karin yang pernah  menang anugerah ini melalui filem Anak Halal di FFM21, tetapi wataknya  sebagai Bella yang gedik dalam Pisau Cukur dilihat tidak begitu kuat.  Ada meramalkan Fazura sebagai Intan Mastura lebih mencabar.
  Cabaran bagi pelakon wanita di FFM23 kali ini juga dilihat kurang  hebat dengan ketiadaan pelakon-pelakon hebat. Bagaimanapun, Vanidah dan  Liyana tidak terkilan tiada dalam senarai Top 5 tahun ini kerana tiada  filem baru untuk dipertaruhkan. Liyana turut membintangi Niyang Rapik,  tetapi wataknya tidak mencabar.
  Berbeza dengan Amani yang membintangi filem Muallaf arahan Yasmin  Ahmad. Filem kontroversi ini diramalkan punya peluang cerah dalam banyak  kategori, tetapi sangat mengejutkan apabila langsung tidak sangkut satu  pun pencalonan.
  Bagaimanapun, Amani yang menang Pelakon Wanita Terbaik di FFM19  melalui filem Gubra, enggan memberi komen mengenai keputusan calon Top 5  FFM23 kali ini.  
  Liyana yang menang Pelakon Wanita Terbaik FFM22 dalam filem Papadom, turut menjangkakan Mislina yang akan menang nanti.
  "Mislina adalah pelakon yang sudah lama berjuang dalam bidang seni  seperti Vanidah dan dia adalah pelakon yang sangat bagus dan memang  layak untuk memegang trofi Pelakon Wanita Terbaik di FFM23. 
  "Saya memang minat dia dan menonton filem lakonannya sejak dulu.  Kalau dia tidak menang juga, saya pun tidak tahu nak kata apa kerana  semuanya bergantung pada rezeki masing-masing.
  "Semua orang kena reda jika kemenangan berpihak pada Mislina kerana  memang dia pelakon yang hebat. Saya sudah kenal Mislina sejak zaman dia  bergiat dalam bidang teater lagi," katanya. 
  Untuk Pelakon Lelaki Terbaik pula menyaksikan pertarungan hebat  antara Farid Kamil dalam Lagenda Budak Setan, Zulhuzaimy (Haq) dan Bront  Palare (Belukar).  Malah, lakonan Esma Daniel dalam Santau juga dilihat  mempunyai harapan cerah untuk menang. Turut bertanding, Shamsul Yusof  dalam Evolusi KL Drift 2.
  Kata Vanidah, daripada maklum balas yang didengar, lakonan Esma  dalam Santau cukup bagus manakala Farid dalam LBS okay saja dan tidak  nampak mana 'setan'nya. Dari segi pencalonan keseluruhan, kata Vanidah, kita perlu bersedia  untuk menerima apa saja keputusan yang tidak dijangka akan berlaku pada  malam kemuncak nanti.   
  "FFM bukan seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang  menilai pemenang dari segi populariti. Justeru, saya berharap, pihak  juri akan memberikan trofi pada pelakon yang benar-benar serius menjadi  anak seni dan bukan pelakon yang menjadikan karier seni sebagai satu  persinggahan saja atau sudah hendak bersara. 
  "Anugerah juga diharap dapat memberi semangat pada pelakon kita untuk terus berkarya lebih baik lagi," katanya.
  Seperti Vanidah, Liyana juga sepakat meramalkan kesmenangan akan  berpihak kepada Zulhuzaimy atau Bront Palare untuk kategori Pelakon  Lelaki Terbaik. 
  "Mereka berdua memang ada peluang cerah untuk menang," katanya yang turut  berlakon dalam filem Senjakala dan Khurafat.
 
  SENARAI PENCALONAN >> Pelakon Lelaki Terbaik Bront Palarae - Belukar Esma Daniel - Santau Farid Kamil - Lagenda Budak Setan Shamsul Yusof - Evolusi KL Drift 2 Zul Huzaimy - Haq
  >> Pelakon Wanita Terbaik Jasmine Micheal - Estet Lisa Surihani - Lagenda Budak Setan Maya Karin - Pisau Cukur Mislina Mustaffa - Karaoke Putri Mardiana - Santau       |  
  |    Lembaga rambut panjang    Posted: 22 Oct 2010 12:01 AM PDT        
                     RAWAT ...seorang pengamal perubatan tradisional sedang memulihkan pelajar yang terkena histeria.                           MERSING: Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak  di belakang dewan Sekolah Menengah Anjung Batu (SMKAB) di sini, pagi  semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 pelajar sekolah  berkenaan.    Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di depan  seorang pelajar perempuan sebelum ia berjangkit kepada lebih 10 yang  lain termasuk tiga pelajar lelaki.
   Pengetua SMKAB, Abu Othman Ibrahim berkata, kejadian berlaku jam  9.30 pagi dan pelajar  terbabit dibawa ke surau sekolah itu sebelum  diberikan rawatan."Kumpulan pelajar berkenaan tiba-tiba menjerit dan kami meminta  bantuan tiga pengamal perubatan tradisional untuk membantu merawat  mereka."Ibu bapa serta keluarga pelajar terbabit dengan kejadian turut  dihubungi untuk dimaklumkan berkaitan kejadian," katanya ketika ditemui  di lokasi kejadian, semalam.
   Sementara itu, ketua pengamal perubatan berkenaan  dikenali  sebagai Wahid Junid, berusia 40-an, mendakwa ada makhluk halus  menjadikan kawasan belakang dewan SMKAB sebagai kediaman mereka.
   "Seorang daripada mangsa mengalami histeria sejak Jumaat lalu dan   masih belum pulih sepenuhnya akibat kejadian pertama dialami itu.
   "Kami nasihatkan pelajar yang menjadi mangsa supaya  memperbanyakkan amalan masing-masing selain tidak terlalu terbawa-bawa  dengan kejadian yang menimpa mereka," katanya.
   Menurut Wahid, dia bersama dua lagi rakannya akan berusaha untuk cuba menghalang gangguan itu daripada berulang.        |  
  |    'Abang tak amanah'    Posted: 21 Oct 2010 11:57 PM PDT  JOHOR BAHRU: "Bukan semua kami adik-beradik ambil wang pencen ayah  untuk kegunaan sendiri, tapi hanya seorang abang kami yang salah gunakan  wang itu.     "Dia kami amanahkan untuk mengambil wang pencen ayah dan  gunakannya untuk bayaran di rumah penjagaan emak kami, tapi dia salah  gunakan wang itu."
  Demikian penjelasan anak bongsu wanita  berusia 84 tahun dikenali sebagai Aminah yang lumpuh separuh badan dan  tinggal di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di sini.Semalam, Harian Metro menyiarkan kisah Aminah yang mendakwa  dibuang sembilan anaknya ke pusat jagaan itu, malah pencen arwah  suaminya sebanyak RM700 sebulan turut dikaut anak-anaknya bergilir-gilir  setiap bulan.Berikutan laporan itu, seorang lelaki berusia 37 tahun yang  juga anak bongsu Aminah berkunjung ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan  dan menafikan apa yang dikatakan ibunya.
  "Apa yang emak saya  cakap tidak boleh diambil kira 100 peratus kerana usianya lebih 80  tahun. Dia sering lupa dan nyanyuk. Cuba tanya dia dua tiga kali  (mengenai sesuatu perkara), pasti dia tidak ingat," katanya.
    Katanya, semalam dia mengeluarkan ibunya daripada pusat jagaan berkenaan  kerana tersinggung dengan kenyataan pengurusan Pusat Jagaan Warga Emas  Nur Ehsan berhubung ibunya itu.
  "Sebaik membaca Harian Metro  pagi tadi (semalam), saya pergi ke sana (pusat jagaan) dan keluarkan  emak. Sekarang emak tinggal bersama abang saya dekat Masai," katanya.
   Ditanya bagaimana adik-beradiknya menjaga Aminah, anak bongsu  terbabit berkata, mereka belum memutuskan sama ada menghantar ibu ke  pusat penjagaan orang tua lain atau menjaganya sendiri.
  Menurutnya, sebelum ini emaknya ditempatkan di sebuah pusat jagaan  harian, tetapi kosnya terlalu tinggi iaitu RM1,200 sebulan menyebabkan  adik-beradiknya menghantar wanita itu ke pusat jagaan berkenaan.
  "Bukan kami tidak mahu jaga emak, tetapi emak perlu jagaan sepenuhnya  kerana dia lumpuh dan masing-masing (adik-beradik) tak dapat berbuat  demikian," katanya.
  Lelaki itu turut menafikan dia bersama  adik-beradiknya menghabiskan wang pencen arwah ayah mereka, sebaliknya  memberitahu sebahagian besar wang itu digunakan untuk membayar kos  penjagaan ibunya di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.
   "Daripada RM700 itu, RM500 digunakan untuk membayar kos penjagaan di  pusat berkenaan manakala RM200 lagi digunakan untuk diberikan pada  ibunya selain membeli keperluan seperti lampin pakai buang dan  ubat-ubatan.
  "Sepanjang ditempatkan di sana, adik-beradik saya  bayar (guna) duit pencen (kos penjagaan), tetapi seorang abang  buat  hal, habis kami semua dipandang serong masyarakat," katanya yang  menyifatkan apa yang berlaku ibarat kerana nila setitik, rosak susu  sebelanga.
  Lelaki itu turut menafikan dia dan adik-beradiknya  mengabaikan Aminah, sebaliknya memberitahu dia membawa wanita itu ke  rumah seorang abangnya untuk menyambut Aidilfitri baru-baru ini.
  "Selain membawa emak pulang berhari raya di rumah abang, saya memberinya duit raya dan membelikan baju baru," katanya.
   Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah  Bidin, 45, berkata anak warga emas berkenaan berkunjung ke pusatnya dan  melahirkan rasa kesal.
  "Dia berjanji akan menjaga ibunya sebaik  mungkin. Pada mulanya kami terkilan apabila lelaki itu tiba-tiba muncul  dan menyatakan mahu bertemu ibunya  seketika. Bagaimanapun, dia berubah  fikiran sebelum meluahkan hasrat membawa pulang ibunya," katanya.
  Menurut Norijah, biarpun Aminah keberatan  meninggalkan pusat jagaan itu, dia akur dan menuruti kehendak anaknya.
  Katanya, hasil persetujuan kedua-dua pihak, pengurusan pusat jagaan  itu membenarkan Aminah dibawa pulang dengan harapan kehidupannya lebih  ceria di samping anak dan cucu.
  "Kami berterima kasih kepada  pelbagai pihak yang menghubungi pusat jagaan dan menyatakan simpati  terhadap nasib Aminah," katanya.
  Ketua Penolong Pengarah,  Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Ahmad  Nizam Norali pula berkata, pihaknya berusaha mendapatkan nombor kad  pengenalan penerima pencen berkenaan untuk siasatan.
  Pihak berkenaan juga akan menghubungi pusat jagaan itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan Aminah.
  "Wanita berkenaan lebih berhak mendapatkan wang pencen arwah suaminya  dan kami akan menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan," katanya  ketika dihubungi, semalam.    |  
  |    Juliana gemar cabar diri    Posted: 21 Oct 2010 11:55 PM PDT                                BERPERWATAKAN seperti lelaki, kasar dan kurang feminin terus  menjengah minda ketika ditugaskan menemu bual salah seorang duatlet  wanita yang aktif menyertai Kejohanan Powerman (Powerman) Malaysia sejak  lebih tiga tahun lalu.  Namun, tanggapan itu terus dibuang ke tepi kala berkenalan dengan Nor  Juliana Ali yang hadir pada sesi itu dengan senyuman ceria sambil  tampak manis mengenakan skirt separa kembang paras lutut yang dipadankan  bersama blaus biru.  Pada pandangan kasar, penampilan itu sama  sekali tidak menggambarkan betapa aktifnya wanita ini sebelum Juliana  memperlihatkan sisi berbeza sejurus menukar pakaian sukan.
  Ternyata  wanita ini serius dengan pembabitannya dalam Powerman kerana  sedaya-upaya cuba menyeimbangkan jadual kerjanya agar tidak bercanggah  dengan penganjuran kejohanan itu.Bagaimanapun, Juliana menjelaskan bahawa ibu dan bapanya risau di  awal pembabitannya dalam acara seperti itu berikutan ia boleh  menjejaskan pelajarannya kerana dia perlu menghadapi perjalanan jauh dan  memerlukannya keluar dari kawasan kolej.
  "Ketika di kolej,  ada beberapa kejohanan yang terpaksa saya ketepikan kerana komitmen pada  pelajaran. Perkara sama juga berlaku selepas tamat belajar dan mula  bekerja."Tapi, Powerman adalah antara kejohanan yang saya wajibkan  menyertainya kerana ia berbeza dan tidak bertembung dengan jadual  belajar dan kini sama sekali ia tidak mengganggu kerja saya," ujarnya.
  Mengimbas  pembabitan awalnya dalam kejohanan seumpamanya, Juliana menegaskan  faktor aktif dalam pelbagai acara sukan sejak di sekolah rendah banyak  mendorongnya menceburi aktiviti yang lebih mencabar.
  "Saya  suka mencuba dan menyertai aktiviti sukan di sekolah, tapi minat saya  lebih terarah kepada acara trek khususnya pecut 100 dan 200 meter.
  "Atas  dasar minat itu juga membawa saya sehingga ke kejohanan Majlis Sukan  Sekolah-Sekolah Daerah di Kuantan bagi acara pecut 200m.
  "Minat  saya dalam larian makin berkembang ketika di sekolah menengah, di mana  saya lebih suka acara jarak jauh seperti 1500m. Saya hanya mampu di  tempat ketiga ketika pertandingan peringkat sekolah pada 1997. Tapi saya  akhirnya muncul juara untuk acara itu pada tahun berikutnya," kata  Juliana.
  Usai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) dan berjaya meneruskan pelajaran ke tahap matrikulasi di Perlis,  Juliana makin galak meneruskan minatnya itu dengan mula menyertai  kejohanan larian tempatan yang membabitkan jarak sehingga 10 kilometer  (10k).
  "Saya mesti bersenam dan berlari di sekitar kolej bagi  mengekalkan momentum sedia ada. Setiap pagi Sabtu, saya akan mengetuk  pintu bilik rakan untuk minta mereka temankan saya berlari di sekitar  kawasan blok asrama.     "Apabila berkelapangan dan tiada kelas tambahan  pada Sabtu atau Ahad, saya mula berani menyertai kejohanan tempatan  seperti larian Pacesetters, New Balance dan seumpamanya.
  "Sejak  itu, secara perlahan-lahan saya tingkatkan jaraknya kepada 11k, 12k,  15k, 26k dan 30k.   "Hanya pada 2006 saya berpeluang mencuba acara  triatlon buat pertama kalinya di A' Famosa Resort, Melaka dan itu pun  secara tidak sengaja. Rancangan asal cuma ingin menjadi tukang sorak  kepada beberapa rakan yang menyertainya, sekali gus bertindak sebagai  jurugambar mereka.
  "Tapi selepas dicadangkan seorang rakan,  saya terus bersetuju dan mendaftar kurang dua minggu daripada tarikh  kejohanan berlangsung.  "Jadi, saya cuma ada masa kurang dua minggu  untuk berlatih berlari, berenang serta berbasikal, malah saya kekurangan  peralatan seperti pakaian renang dan hanya menyarung kemeja-T ketika  melengkapkan disiplin renang.
  "Sejak awal penyertaan lagi saya  tidak meletakkan apa-apa sasaran dan sekadar menyertainya bagi  memperoleh pengalaman.  "Hanya selepas pengalaman itu membuatkan saya  menetapkan sasaran dengan sekurang-kurangnya memperbaiki catatan masa  dan cuba memberikan yang terbaik dalam setiap kejohanan," ujarnya.
  Tahun  2006 juga menyaksikan Juliana tampil buat pertama kali dalam kejohanan  duatlon menerusi penyertaan di Kejohanan Duatlon UM-NFC di Universiti  Malaya.
  Perubahan daripada larian ke acara pelbagai disiplin  nyata tidak menyukarkan pergerakannya meskipun ia memerlukan latihan dan  perancangan berbeza.
  "Bagi saya, duatlon dan triatlon lebih  menyeronokkan dan mencabar kerana perlu melakukan beberapa disiplin  berbanding sekadar berlari semata-mata.
  "Walaupun perlu  mengubah latihan dengan kumpulan berbeza, saya tiada masalah  menyesuaikan diri dan dengan adanya laman web seperti  www.runnersworld.com, ia banyak memberi panduan kepada peserta,"  katanya.
  Sepanjang tahun ini, anak sulung daripada empat  beradik itu sudah menyertai sembilan kejohanan larian, duatlon serta  triatlon dan bakal kembali ke arena Powerman yang akan berlangsung di  Seri Manjung, Perak pada 14 November ini.
  Pemegang ijazah  sarjana sains kemanusiaan ini juga giat mengumpul dana bagi  membolehkannya menyertai kejohanan larian, duatlon dan triatlon di luar  negara.
  "Sebelum ini saya mengutamakan pelajaran dan tidak  mahu menyusahkan keluarga dengan meminta wang untuk permohonan visa,  tiket penerbangan dan perbelanjaan lain.
  "Kini apabila saya  sudah bekerja, saya mula mengumpul wang bagi membolehkan saya menyertai  kejohanan lebih besar di luar negara.   "Sasaran utama saya ketika ini  ialah menyertai Kejohanan Maraton Tembok Besar China kerana saya  merasakan ia acara yang menarik dan saya juga pernah menaiki tembok itu  ketika rombongan kolej dulu.
  "Rakan yang lain cuma berjalan  perlahan-lahan menaikinya dan mereka lebih seronok mengambil gambar di  kawasan permulaan, tetapi saya pula berlari mendakinya hingga tercicir  daripada kumpulan rombongan.
  "Tiba-tiba saya lihat kawasan  sekeliling tiada orang dan saya sudah tertinggal jauh daripada rakan  hingga terpaksa mengambil teksi untuk kembali ke lokasi permulaan.
  "Selain  di China, saya juga menyimpan impian untuk menyertai Kejohanan  Ultramarathon yang dianjurkan di sekitar negara Asia," katanya.
 
 
  >PROFIL NAMA: Nor Juliana Ali TARIKH LAHIR: 3 Ogos 1982 ASAL: Selangor ADIK-BERADIK: Sulung daripada empat beradik PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Sains Kemanusiaan (Psikologi) BLOG: http://missjewelz.wordpress.com  ANTARA PENYERTAAN: 2010 * Cabaran SAS Tioman Eco * Cabaran Antarabangsa Hash Off Road 46km * New Balance Pacesetters 15km * Larian Pulau Pinang Malakoff 26km * Siri Duatlon Universiti Malakoff * Triatlon Antarabangsa Port Dickson  (1.5km renang - 40km berbasikal - 10km larian) * Larian Newton 12k * Triatlon Jarak Jauh Antarabangsa Desaru (2km renang - 90km berbasikal - 21km larian) * Larian Mizuno Wave 11k 2009 * Great Eastern Pacesetters 30km * Kejohanan Ironman Langkawi (3.8km renang - 180km berbasikal - 42km larian) * Triatlon Antarabangsa Port Dickson (1.5km renang - 40km berbasikal - 10km larian) * Powerman Malaysia (11km larian - 60km berbasikal - 10km larian) 2008 * Great Eastern Pacesetters 30k * Cabaran KL Towerthon Forest * Triatlon Antarabangsa A' Famosa (1.5km renang - 40km berbasikal - 10km larian) * Triatlon Antarabangsa Port Dickson (1.5km renang - 40km berbasikal - 10km larian) * Triatlon Jarak Jauh Antarabangsa Desaru (2km renang - 90km berbasikal - 21km larian) * Cabaran Pulau Perhentian * Powerman Malaysia (11km larian - 60km berbasikal - 10km larian)       |  
  |    Pertaruh nyawa    Posted: 21 Oct 2010 11:54 PM PDT         DEGIL...pelajar tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.                   BAHAYA...penunggang motosikal tidak menghiraukan keselamatan anak.                SUNGAI BULOH: Sebilangan pelajar dan ibu bapa di sekitar Bandar Baru  Sungai Buloh di sini, mempertaruhkan nyawa masing-masing apabila  bersikap lepas tangan dengan tidak memakai topi keledar selain  menunggang motosikal dengan laju.     Tinjauan Metroplus di kawasan bandar berkenaan mendapati, tindakan  itu bukan saja boleh menyebabkan mereka terbabit dalam kemalangan,  malah  boleh meragut nyawa.    Penduduk, Mohd Arif Mohd Azri,  20, berkata, situasi berkenaan boleh dilihat setiap hari sama ada pada  waktu pagi atau tengah hari ketika pelajar pergi dan pulang dari  sekolah.
   "Ramai di kalangan mereka menunggang motosikal  dengan laju hingga membahayakan nyawa orang lain sedangkan sebahagian  besar  mereka tidak mempunyai lesen dan ada juga  tidak mendapat  kebenaran ibu bapa," katanya ketika ditemui di Bandar Baru Sungai Buloh.Penduduk, Misran Suparman, 30, berkata, ibu bapa tidak sepatutnya  membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak  memakai topi keledar kerana terdedah kepada risiko kemalangan.
    Katanya, pelajar sekolah yang tidak mengetahui undang-undang dengan  senang melakukan kesalahan lalu lintas yang bukan saja menyusahkan  keluarga, malah pengguna lain."Saya minta ibu bapa memantau anak mereka supaya menggunakan topi  keledar setiap masa. Sekiranya pelajar masih berdegil, pihak berkuasa  perlu mengambil tindakan sepatutnya bagi menangani masalah ini,"  katanya.
   Sementara itu, Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan  Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh menasihatkan ibu bapa memantau anak  mereka  memakai topi keledar dan membenarkan pelajar menunggang  motosikal selepas mempunyai lesen.
   "Akibat tidak memakai  topi keledar, banyak kes kemalangan berlaku  membabitkan penunggang dan  pembonceng berumur di bawah 25 tahun hingga merugikan negara.
    "Untuk menangani masalah itu, kita bekerjasama dengan pelbagai pihak   melaksanakan kempen advokasi mendidik masyarakat memakai topi keledar  dan peruntukan undang-undang," katanya.
   Katanya,  pihaknya  mengambil langkah berganding bahu dengan Kementerian Pelajaran dan  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah dengan memanggil  ibu bapa  dalam memberi nasihat supaya dapat disampaikan kepada anak-anak.        |  
  |    Banyak faktor belenggu penyelidik    Posted: 21 Oct 2010 11:50 PM PDT        
                     MAMPU BERKEMBANG...penyelidikan boleh berkembang dengan jaya asalkan berada pada landasan sebenar.                           BAGI universiti, penyelidikan antara nadi terpenting yang menyokong  proses ilmiah, selain menjadi pemangkin melahirkan tenaga pensyarah  berkualiti, berwibawa dan profesional.  Semakin banyak penyelidikan, semakin tinggi sesebuah institusi itu  dipandang masyarakat, sekali gus dianggap  elit serta berprestij.
  Bagaimanapun,  di negara ini, penyelidikan bagaikan terpinggir meskipun rancak  dilaksanakan pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT).Lebih malang, hasil yang dikomersialkan masih kecil menyebab�kan  timbul persoalan, apakah penyelidikan itu hanya seperti melepaskan batuk  di tangga?Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Institut Pengurusan   Penyelidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM),  Prof Dr Abu Bakar Abdul  Majeed berkata, penyelidikan di IPT bukan hanya untuk pengkomersilan,  tetapi mengaplikasi kepentingan akademik untuk tempoh panjang.
  Beliau berkata, amat mendukacitakan jika ada melemparkan tohmahan penyelidikan satu pembaziran.
  "Penyelidikan bukan mengaut keuntungan semata-mata, tapi penyumbang kepada pembangunan sesebuah institusi memartabatkan  ilmu.
  "Penyelidik  bertungkus-lumus menghasilkan produk pendidikan sejagat demi  meningkatkan kualiti sektor pendidikan tinggi negara," katanya. Katanya, penyelidikan dan pembangunan (R&D) bukan sesuatu yang mud ah kerana ia mengambil masa lama, malah melalui pelbagai proses sebelum dikomersialkan. Dengan  kewujudan 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara,  penyelidikan menjadi tunjang melahirkan pelbagai penemuan baru.
  Kementerian  Sains, Teknologi dan Alam Sekitar melalui Program Penyelidikan Mengikut  Bidang Keutamaan (IRPA), memberikan sokongan, antaranya dana e-sains  teknologi untuk membawa produk ke pasaran lebih luas.
  Dilaksanakan  pada 1988, IRPA bertujuan membiayai aktiviti R&D dalam bidang  berpotensi meningkatkan sosioekonomi termasuk untuk dikomersialkan.
  Bagaimanapun, persoalannya, R&D seolah-olah dilambakkan tanpa dimanfaatkan ke peringkat lebih tinggi.
  Atau apakah lambakan itu kerana tiada promosi atau terlalu sukar dipasarkan?
  Menurutnya,  penyelidikan bukan bidang mudah kerana ada standard serta peraturan  ketat perlu diikuti. Promosi penting, tapi bukan faktor utama lambakan  itu.
  "Maklumat kurang diketahui, kekangan masa dan kerenah birokrasi turut menjadi faktor.
  "Bidang  penyelidikan di negara ini masih jauh ketinggalan berbanding negara  luar," katanya yang tidak menafikan hasil penyelidikan hanya berlegar  kepada golongan tertentu yang berkepentingan.
  "Masyarakat   khususnya negara maju  begitu terdedah dengan pelbagai hasil  penyelidikan baru, mereka seronok dan mempunyai sikap ingin tahu.
  "Di  negara ini, penyelidikan dianggap hak eksklusif golongan tertentu  seperti universiti, penyelidik serta swasta yang membuat pelaburan,"  katanya.
  Bagaimanapun, katanya, belum terlambat mendidik  masyarakat menghargai usaha kerajaan tanpa mempersoalkan integriti dan  kewibawaan penyelidik.
  "Penyelidikan di negara ini masih baru tetapi ada yang berjaya diangkat sehingga ke peringkat antarabangsa.
  "Kita  mampu melakukan, malah setanding penyelidikan peringkat dunia, cuma  kekangan masa dan modal menghalang usaha mereka," katanya.
 
  INFO ●  Pembiayaan skim IRPA merangkumi sektor penyelidikan agroindustri, alam  sekitar, kesihatan, pembuatan, bahan, tenaga dan geosains, perkhidmatan,  sosial, ekonomi, sains dan kejuruteraan. ● Berdasarkan statistik  Ogos 2002, 15 universiti termasuk tiga institusi pengajian tinggi swasta  (IPTS) memperoleh kelulusan  melaksanakan projek penyelidikan di bawah  skim IRPA. ● Antara institusi berkenaan termasuk Universiti  Multimedia (MMU) (lapan projek - RM1,105,491.80), Universiti Islam  Antarabangsa Malaysia (UIAM) (empat projek - RM598,500), Universiti  Teknologi Mara (UiTM) (18 projek - RM3,879,036), Universiti Kebangsaan  Malaysia (UKM) (125 projek - RM105,803,313) dan Universiti Malaya (UM)  (53 projek - RM95,956,986).        |  
  |    Maizawati Hamil Anak Ke-7    Posted: 21 Oct 2010 11:49 PM PDT     Maiza dan suaminya, Mohd Yassin semasa majlis perkahwinan mereka pada 9 Ogos lalu di Ipoh, Perak.  PETALING JAYA: Model Maizawati Zainal mengesahkan sudah mengandung seperti mana dimaklumkan dalam laman sosial Facebook miliknya.  Maizawati atau lebih mesra dengan panggilan Maiza, 35, dan  pasangannya,  Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim,23, bernikah pada 9 Ogos lalu  di Ipoh, Perak.  "Ya, lebih kurang begitulah nampaknya," jawab Maiza ringkas menerusi  mesej  di Facebook ketika menjawab pertanyaan tentang khabaar gembira  itu.  Pemenang Anugerah Fotogenik dalam pertandingan Mrs Beauty Malaysia  2010 ini sedang hamil anaknya ketujuh selepas mempunyai enam orang anak  hasil perkahwinan terdahulu.  Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah  bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada  pada 15 Julai tahun lalu.  Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan.    |  
  |    Wartawan Geleng Kepala Tonton "2 Alam"    Posted: 21 Oct 2010 11:47 PM PDT                PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che  Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu  kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya  menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem  Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu.  Ramai wartawan yang terkejut menonton filem itu selepas menggambarkan  angan-angan Dr. Rozmey sebelum ini yang menjangkakan filem berkenaan  akan mendapat kutipan pecah panggung dengan jumlah RM40 juta apabila ia  ditayangkan serentak di 83 buah pawagam pada 18 November ini.  Pihak media yang menyaksikan filem itu sekadar ingin tahu kenapa  selama ini Dr. Rozmey mengelak untuk mengadakan  pro-tonton seperti yang  dilakukan kebayakan penerbit filem?  Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkah  filem berkenaan   sebuah karya luar biasa daripada individu yang  mendakwa kreatif seperti beliau?  Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas  menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat  hasil filem itu.  Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.   Dr. Rozmey.  Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan  hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud  asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh  seorang lelaki.  "Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan," katanya.  Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam "fantasinya".  "Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam  fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran," katanya  menyindir.  Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem 2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.  Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400  ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah  drama.  "Filem  ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu,  lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik.  "Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton  tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,"  katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem  ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.  Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah.  Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah pula berkata, 2 Alam mempunyai  subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup  seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga  mengganggu penyampaian sebenar mesej.  Katanya, ada filem lain yang lebih teruk dari 2 Alam tetapi filem ini diperkatakan kerana provokasi yang dilakukan oleh pelbagai pihak.  "Dengan provokasi demi provokasilah membuatkan orang tertanya-tanya tentang filem ini," katanya.  Sementara itu wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam  sekadar "biasa-biasa" sahaja.  Katanya olahan filem itu menarik tetapi disebabkan terlalu banyak flash back yang ditampilkan, ia telah mengganggu tumpuan penonton.  "Tidak perlu banyak pengulangan terutama pada babak asmara," katanya.  Tambahnya, lakonan para pelakon perlu diperkemaskan kerana tuntutan filem berkenaan adalah kuat.  Beberapa wartawan lain yang diminta komen   mengenai filem tersebut  enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan filem berkenaan tidak layak  untuk diberi kritikan.  mStar Online pula berpendapat filem ini tidaklah seburuk  seperti yang digambarkan tetapi cara penerbitnya melakukan promosi  dengan lebih banyak mengkritik pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar.  2 Alam turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata.  Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang.  "Wanita" berkenaan akhirnya membunuh diri menyebabkan mayatnya sukar dikebumikan secara sempurna.                 |  
  |    Nana X FM Dapat Anak Perempuan    Posted: 21 Oct 2010 11:46 PM PDT    PETALING JAYA: Penyampai radio stesen X FM, Nurul Hana Che  Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana,27,  selamat melahirkan seorang  bayi perempuan pada pukul 11.21 pagi Khamis, di Pusat Perubatan Sime  Darby, Subang Jaya, Selangor.  Bayi yang seberat 2.71 kilogram itu dilahirkan secara normal dan  diberi nama Althea Raqeem Brian. Ibu dan anak itu berada dalam keadaan  sihat.  Beritahu Nana, dia gembira kerana dapat melahirkan Althea tanpa sebarang masalah.  "Saya gembira sangat. Siapa yang tak gembira bila mendapat seorang anak?" katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.  Bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama itu tidak dapat berbual  panjang kerana perlu bertemu dengan doktor ketika dihubungi.  Nana dan pasangannya, Mohammad Raqeem Brian, 36, telah berkahwin pada 6 Jun tahun lalu.    |  
  |    Cut Tari Stabil, Bimbang Diheret Ke Penjara    Posted: 21 Oct 2010 11:44 PM PDT                 Cut Tari.  JAKARTA: Artis yang dikaitkan mempunyai hubungan terlarang  dengan Ariel, Peterpan iaitu Cut Tari berada dalam keadaan stabil  selepas ditahan di sebuah hospital  di Jakarta sejak 17 Oktober lalu.  Cut Tari dilaporkan mengalami gangguan di perut sehingga terpaksa  dikejarkan ke hospital oleh suamnya untuk mendapatkan rawatan segera.  "Keadaannya  semakin pulih. Kalau tak ada masalah dia boleh pulang  hari ini (Khamis) atau esok. Bagaimanapun  ia bergantung kepada nasihat  doktor," kata jurucakap aktres itu, Ina seperti dipetik portal  Inilah.Com, Khamis.  Katanya, selepas mendapatkan suntikan sejak dimasukkan ke hospital,  Cut Tari hanya diberikan pil dan juga ubat minum oleh doktor.  "Pada awalnya dia hanya banyak tidur tetapi sekarang dia sudah boleh berjalan dan berbual," katanya.  Sementara itu portal berkenaan melaporkan Cut Tari turut bimbang  mengenai hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap Ariel selepas penyanyi  itu dipindahkan dari penjara di Jakarta ke Bandung, Rabu lalu.  Cut Tari dikatakan berdebar kerana takut turut diheret ke penjara  sama seperti penyanyi lelaki itu selepas dia tidak mengaku terlibat  sebagai individu yang melakukan adegan seks dengan Ariel.                 |  
  |    Ainul Aishah Tampil Dengan "Don’t Worry Honey"    Posted: 21 Oct 2010 11:43 PM PDT                KUALA LUMPUR: Ainul Aishah muncul dengan single terbaru berjudul  Don't Worry Honey selepas lagu pertamanya, The Old Him melalui pelbagai kontroversi sebelum ini.  Masih mengekalkan tajuk dalam Bahasa Inggeris namun lirik single terbaru itu  telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu agar dapat diterima oleh ramai peminat.  Menurut Ainul Aishah lagu Don't Worry Honey adalah ciptaan rakan baiknya iaitu Nani Nasir.  Pada asalnya lirik ditulis dalam Bahasa Inggeris tetapi Ainul menukarnya ke versi Bahasa Melayu untuk proses rakaman.  Liriknya pula telah diterjemahkan oleh Pidos tanpa menukar sedikit pun maksud asalnya.  "Lagu ini sangat indah kerana ia datang dari hati dan menceritakan  pengalaman bagaimana dua sahabat melalui liku–liku hidup bersama,"  katanya.  Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md. Isa berkata, usaha dan semangat gigih Ainul Aishah amatlah dikagumi.  "Walaupun single pertamanya mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak namun sikap positif yang ada dalam diri Ainul Aishah haruslah dipuji.  "Pihak Aquila Emas telah merangka pelbagai aktiviti promosi untuk  single ini dan kita percaya semua pihak sama ada media dan peminat akan  turut menyokong usaha Ainul.  "Para peminat Ainul  juga  berpeluang untuk mengakses kedua-dua lagu  tersebut sebagai nada dering atau nada dering panggilan dalam tempoh dua  minggu akan datang, insya-Allah," kata Syarizan.                 |  
  |    Kejayaan Manis Shashi Tharan Dipilih Pelakon Harapan Lelaki Terbaik    Posted: 21 Oct 2010 11:43 PM PDT     Shashi  bersama trofi Pelakon Harapan Lelaki yang dimenanginya pada Malam  Perasmian Festival Filem Malaysia ke-23, Selasa.  PETALING JAYA: Pelakon Shashi Tharan yang baru dinobatkan  sebagai Pelakon Harapan Lelaki pada Malam Perasmian Festival Filem  Malaysia ke-23 (FFM23), malam Rabu lalu, menyifatkan pengiktirafan  tersebut sebagai kejayaan termanis sepanjang sepuluh tahun bergelar anak  seni.  Menurut Shashi, dia seharusnya berterima kasih kepada pengarah filem  Mamat Khalid di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan untuk  membintangi filem Melayu pertamanya iaitu Estet.  "Saya sangat gembira dengan pengiktirafan ini. Ini adalah kejayaan  termanis. Saya harus berterima kasih kepada abang Mamat Khalid kerana  memberi peluang untuk berlakon dalam filem Estet. Ternyata percubaan saya untuk melangkah ke dunia filem Melayu tidak sia-sia dan berbaloi.  "Kemenangan ini juga memberikan lebih variasi kepada industri filem  kerana pelakon bukan Melayu juga boleh berjaya jika mempamerkan lakonan  yang meyakinkan," katanya.  Shashi yang sebelum ini bergiat aktif dalam drama dan filem Tamil  tempatan menganggap kejayaan itu sebagai satu pemangkin buatnya untuk  meningkatkan mutu lakonan dan meluaskan lagi jaringan lakonan ke  industri filem Melayu.  "Ini (kemenangan) satu petanda yang baik buat orang baru seperti  saya. Ia juga motivasi untuk saya bekerja lebih keras untuk bergelar  seorang pelakon yang berwibawa. Selepas ini, saya perlu tingkatkan mutu  lakonan dan mempelbagaikan lagi watak yang diterima," katanya yang  berharap agar filem Estet dapat menarik penonton India.  Selain Shashi, filem Estet turut membariskan pelakon-pelakon  popular Melayu dan India termasuk Farid Kamil, Jasmine Michael, K.S  Maniam, Soffi Jikan dan Rosyam Nor.  Estet bakal ditayangkan di pawagam pada 4 November ini bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali.    |  
  |    Pelakon Teruja "Crayon" Di Tayang Di Los Angeles    Posted: 21 Oct 2010 11:42 PM PDT     Pelakon utama filem Crayon. Dari kiri: Kahoe, Adibah, Joshry dan Faisal.  PETALING JAYA:  Pelakon filem Crayon melahirkan rasa gembira  dan terkejut apabila filem itu berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat  yang akan ditayangkan di pawagam Laemmle, Los Angeles pada 4 November  ini.  Bintang utama filem itu  terdiri daripada  Adibah Noor, Hon Kahoe dan Faisal Abdullah.  Menurut Adibah Noor, walaupun pihak-pihak tertentu di Malaysia dan  Singapura yang memberi reaksi negatif terhadap filem tersebut ada pihak  lain yang jauh lebih berminat untuk memberi ruang filem berkenaan di  negara mereka.  "Alhamdulillah, tatkala ada pihak tertentu atau autoriti filem di  Singapura dan Malaysia memberikan respons yang agak mendukacitakan, ada  pula agensi yang jauh beribu batu berminat untuk memberi sedikit ruang  kepada filem Crayon ini," katanya  ketika dihubungi mStar Online, Rabu.   Kahoe berharap mesej dalam filem Crayon berjaya disampaikan kepada penonton.
   Adibah melakonkan watak Mak Engku, pengasas rumah anak yatim di  samping dua anak muda iaitu Adam Wan lakonan Hon Kahoe dan Rafaat  (Faisal Abdullah). Filem ini turut diserikan dengan lakonan bakat cilik  iaitu Joshry Adamme yang melakonkan watak anak yatim bernama Afiq.  Kahoe pula berkata dia berharap mesej yang disampaikan dalam filem ini akan memberi pengajaran berguna kepada penonton.  "Saya berharap dan mendoakan mesej yang terdapat dalam filem Crayon berjaya disampaikan kepada orang ramai," ujar Kahoe menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).  Sementara Faisal pula sedikit teruja bercampur gementar dengan penerimaan penonton di sana.   Linda Ziegler merupakan salah seorang penerbit filem Crayon.  Apa yang penting katanya, budaya tempatan yang ditonjolkan dalam filem itu mampu mempromosikan negara.  "Saya rasa teruja tetapi sedikit gementar sebab bagaimana filem ini  akan diterima nanti, kerana kandungan cerita ini banyak merujuk budaya  tempatan. Tetapi saya berharap semuanya berjalan lancar," katanya yang  pertama kali berlakon filem.  Filem yang dihasilkan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin  tersebut  sarat dengan nilai murni seperti semangat tolong-menolong dan  kasih-sayang.  Filem itu mengisahkan tentang dua sahabat baik dan pelajar dari  sebuah universiti di Singapura, Adam dan Rafaat yang menghabiskan masa  cuti semester mereka dengan melibatkan diri dalam kerja sosial sebagai  sukarelawan di rumah anak yatim di Malaysia.  Di rumah anak yatim itu, mereka berjumpa dengan Mak Engku dan Afiq serta menyelami kehidupan sebagai anak yatim.  Selain Dean A.Burhanuddin filem terbitan Zioss Films Sdn Bhd itu turut diterbitkan oleh   Linda Ziegler dan Elise A. Hamid.  Menurut Linda, kerjasama dengan pengusaha panggung Laemmle itu tercetus setelah mereka menonton promosi filem Crayon menerusi laman web Facebook, Crayon The Movie.  "Selepas mereka menonton treler Crayon di Facebook, terus mereka menghubungi kami. Dean akan ke Los Angeles untuk mempromosikan filem itu di sana nanti.  "Kami juga ingin mengucapkan  terima kasih kepada OMD Malaysia, salah satu rakan media Crayon yang turut mempunyai cawangan di Los Angeles," ujarnya.  Filem menelan belanja RM500,000 itu mengambil masa setahun untuk  disiapkan melibatkan lokasi penggambaran  sekitar Kuala Lumpur, Melaka  dan Singapura.  Filem Crayon akan mula ditayangkan di pawagam tempatan (mulai 11 November ini.  Sebanyak 20 peratus daripada hasil jualan tiket akan didermakan  kepada tiga buah rumah anak yatim iaitu Rumah Ozanam Petaling Jaya,  Rumah Kasih Harmoni Sungai Buloh dan Nur Hikmah, Selayang, Selangor.    |  
  |    One Nation Emcees Ke Korea & Singapura    Posted: 21 Oct 2010 11:41 PM PDT     One Nation Emcees akan membuat persembahan di Seoul, Korea Selatan dan Singapura.  PETALING JAYA: Kumpulan One Nation Emcees (ONE) diundang untuk  mengadakan persembahan di Seoul, Korea Selatan pada November ini dan  Singapura pada hujung Disember ini.  Menurut penyanyi wanita tunggal dalam kumpulan itu, Mimi atau nama  sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, mereka akan membuat persembahan di  Seoul sempena majlis pelancaran penerbangan pertama AirAsia X ke Korea.  Selain Mimi, kumpulan yang sedang popular dengan lagu Syukur (Kau Yang Satu) itu turut dianggotai oleh Mohd Norzaidi Edris (Zydee) dan Nur Hasan Baias (Jojoe).  Sejak salah seorang anggota ONE iaitu Kozae atau nama sebenarnya  Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza menarik diri daripada kumpulan itu pada  awal Ogos lalu, penyanyi lagu Nadiku, Sabhi Saddi dipilih menggantikan Kozae buat sementara waktu.  "Kami sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang undangan ini pada  beberapa hari lalu dan tidak menyangka ada syarikat besar di Malaysia  memberi kepercayaan kepada kami.  "Ini memang impian kami dan kami juga sangat bersyukur apabila turut  diundang oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke Singapura  baru-baru ini.  "Kali ini AirAsia pula memberikan peluang kami belajar dan ambil pengalaman di Korea," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.  Kata Mimi, mereka akan menyanyikan tiga hingga empat buah lagu termasuk lagu popular Raja Gelek atas permintaan pihak penganjur.  Selebihnya, mereka akan menyampaikan lagu Inggeris. Mereka juga merancang untuk fusion lagu-lagu yang akan dinyanyikan dengan lagu tradisional Sabah.  Disebabkan sibuk dengan persembahan lain setakat ini, ONE belum sempat melakukan latihan untuk persembahan di Seoul.  Sekarang, mereka sedang menyusun dan proses mengadun lagu kerana  menganggap bentuk persembahannya lebih gempak berbanding persembahan  yang dilakukan sebelum ini.  "Walaupun sibuk dengan persembahan lain, kami tak boleh ambil mudah  dengan persembahan di Seoul dan akan memulakan latihan pada hujung  minggu ini," beritahu Mimi lagi.  ONE akan berlepas ke Seoul pada 1 November hingga 4 November ini.  Sementara persembahan di Singapura pula merupakan persembahan sempena  menyambut Tahun Baru atas undangan sebuah syarikat gergasi di sana.  Selain itu, mereka turut akan mengadakan persembahan secara langsung  di salah sebuah stesen televisyen Singapura untuk perayaan yang sama.  "Selepas kami membuat persembahan di Singapura baru-baru ini, kami  mendapat maklumbalas yang bagus daripada peminat di sana. Jadi, kami  rasa bertuah dan bersyukur apabila diundang sekali lagi ke sana pada  hujung tahun ini," ujarnya.    |  
  |    Loque Bernafas Semula Selepas Butterfingers    Posted: 21 Oct 2010 11:40 PM PDT     Loque (dua dari kanan) bersama-sama anggota Monoloque.
   PETALING JAYA: Penyanyi dan gitaris Loque atau nama sebenarnya  Khairil Ridzwan Annwar, 32,  lebih yakin dengan kumpulan muzik barunya,  Monoloque setelah nama Butterfingers lupus dari industri seni muzik  ini.  Biarpun nama itu sudah tiada lagi, namun mungkin ada yang tidak  sedar, ahli kumpulan Monoloque masih mengekalkan anggota Butterfingers  yang lama kecuali vokalisnya, Emmet yang telah berhijrah ke Kanada.  Sekadar nama band itu sahaja yang ditukarkan daripada Butterfingers kepada Monoloque. sana.  Selain Loque, Monoloque turut dianggotai oleh Mohd Fakharudin Mohd  Bahar (Kadak), 32, Noor Haffizal Rashid (Loco), 36, dan Adam Shahrir  Omar (Adam "senyap"), 29.  Mereka juga menambah seorang anggota baru iaitu Iju "gagak hitam"  atau nama sebenarnya Izwan Omar, 30, yang bertindak selaku gitaris  pertama band tersebut.  Selepas ketiadaan Emmet, Monoloque tampil dengan jenama dan nafas yang baru.  "Kami juga tampil dengan genre yang berlainan menggabungkan elemen  rock, pop, elektronik, nusantara, keroncong, klasik Melayu dan klasik  Barat.  "Lagu ciptaan saya juga lebih bersifat eksperimental. Sekarang ini,  saya banyak menghasilkan lirik lagu yang mudah difahami berbanding  tersirat," katanya kepada mStar Online.  Kini, lagu ciptaan Loque berjudul Kekanda Adinda nyanyian Loque bersama-sama Atilia sering diputarkan di radio.  Selain itu, dia juga menantikan kemunculan lagu keduanya, Ilusi yang pernah dijadikan runut bunyi sebuah drama bersiri.  "Kami sedang menyiapkan album berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang mempunyai enam buah lagu. Selain lagu Kekanda Adinda dan Ilusi, lagu Halimunan Abad Ke-21 dan Tiada Kata Secantik Bahasa akan dimuatkan dalam album ini," katanya lagi.  Dalam perkembangan  lain, Loque turut terlibat dengan kempen Di Mana Kan Ku Cari Ganti sebagai penghormatan untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang diilhamkan oleh Astro.  Dalam kempen tersebut, Loque menyanyikan lagu Tiada Kata Secantik Bahasa.  Selain itu, dia akan membuat persembahan bersama band API yang turut  dianggotainya, Azlan & The Typewriter, Noh (Hujan), AJ (Pop Shuvit),  Din (Estranged) dan Imran (One Buck Shot), pada Festival Filem Malaysia  (FFM) ke-23 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)  Ahad ini.    |  
  |    Tiada Layanan Istimewa Airel Di Penjara Bandung    Posted: 21 Oct 2010 11:38 PM PDT                 Wajah terbaru Ariel ketika dibawa dari sebuah penjara di Jakarta ke Badung, Rabu lalu.  JAKARTA: Bekas vokalis Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel  tidak akan mendapat layanan istimewa selepas dipindahkan dari sebuah  penjara di Jakarta ke Pusat Tahanan Kebun Waru di Bandung, Rabu lalu.  Ketua pusat tahanan itu Suharman berkata, Ariel tidak akan mendapat  sebarang kemudahan tambahan manakala layanannya sama seperti tempat  tahanan lain di Indonesia.  "Ariel akan ditempatkan di blok B tanpa disediakan sebarang kemudahan  istimewa untuk dia," katanya seperti dipetik portal Inilah.Com, Khamis.  Katanya, waktu untuk melawat penyanyi itu juga sama seperti masa yang ditetapkan di pusat-pusat tahanan lain.   Luna Maya  Penyanyi itu dilaporkan akan berada di penjara itu selama 20 hari  sebelum kes penyebaran video lucah melibatkannya dengan dua artis lain  dibicarakan.  Ariel dipindahkan ke penjara berkenaan selepas pihak berkuasa  mendapat  bukti kukuh Ariel menyalin dan menyebarkan klip-klip video  porno tersebut di sebuah rumah penerbit muzik Peterpan, Capung di  Bandung.  Sementara itu kekasih penyanyi itu, Luna Maya dilihat melawat Ariel di pusat tahanan berkenaan, Khamis.  Luna hadir dengan mengenakan kemeja putih, berseluar jean warna biru tua serta memakai skarf di leher.  Ketika keluar dari pusat tahanan itu sekitar tengah hari, dia dilihat  begitu tergesa-gesa tanpa mahu bertemu dengan pihak media yang  menunggunya sejak awal pagi.  Dengan senyuman Luna hanya menjawab beberapa patah perkataan mengenai kekasihnya.  "Dia (Ariel) berada dalam keadaan baik. Dia sihat," katanya sambil berlalu menaiki kereta Avanza miliknya.                 |  
  |    Mandi dalam ladang    Posted: 21 Oct 2010 11:36 PM PDT                              KOTA TINGGI – Malang bagi hampir 2,000 penduduk Felcra  Sungai Ara di sini yang masih terpaksa menjalani kehidupan seperti zaman  sebelum merdeka.  Masalah air yang masih membelenggu penduduk di sini sejak 20 hari  lalu menyebabkan mereka berasa sangat terbeban dalam menjalani kehidupan  harian terutama golongan ibu yang perlu menyelesaikan tanggungjawab  membersih dan menyediakan makanan kepada isi rumah.  Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan gangguan bekalan air  selama seminggu dan rungutan penduduk di sini namun masalah tersebut  masih belum dapat diselesaikan.  Seorang suri rumah, Bedah Karson, 55, berkata, dia berasa sangat  penat kerana aktiviti membasuh pakaian mahupun pinggan-mangkuk kotor  terpaksa dilakukan walaupun kuantiti air yang tidak mencukupi di  rumahnya.  "Dalam rumah saya ada enam orang kesemuanya jadi banyak  pinggan-mangkuk dan baju kotor yang perlu dibersihkan, dan saya terpaksa  mengambil inisiatif lain dengan menggunakan punca air dari parit yang  terletak kira-kira 60 meter dari rumah.  "Mujurlah anak saya meletakkan beberapa bungkus pasir di dalam  parit dapatlah saya membasuh baju dan mandi setiap hari bersama  anak-anak," katanya kepada Sinar Harian.  Menurutnya, kekurangan air menyebabkan anaknya tidak dapat mandi  pada waktu pagi untuk ke sekolah dan hanya boleh membasuh muka dan  menggosok gigi.    |  
  |    Bekas penyampai berita RTM fail cerai fasakh    Posted: 21 Oct 2010 11:35 PM PDT  
                                KUALA LUMPUR – Seorang bekas penyampai berita  Rangkaian Television Malaysia (RTM) berbangsa Cina memfailkan cerai  fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Syariah, di sini semalam.  Ter Ai Chin, 55, atau nama Islamnya Khairul Nisa Ter Abdullah  memfailkan cerai fasakh terhadap Ahmad Abdullah, 62, seorang jutawan  yang dulunya adalah Pengarah Phileo Allied Bank.  Ai Chin hadir kira-kira jam 12 tengahari dengan berbaju kurung biru  gelap dan bertudung hitam dengan ditemani peguam syarie, Datuk Mohd  Zaidi Mohd Zain yang mewakilinya.  Dia bersama Mohd Zaidi kemudiannya memfailkan di kaunter pendaftaran dengan menamakan suaminya, sebagai defendan.  Ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah, Mohd Zaidi  memberitahu permohonan itu mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam  1987.  Mereka pernah bernikah di Narathiwat pada 10 Jun 1986 dan bernikah  semula mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah  Persekutuan) 1984 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara wali hakim.  Ai Chin bertindak memfailkan fasakh ke atas suaminya akibat krisis  rumahtangga yang berpanjangan sehingga sudah tawar hati untuk meneruskan  ikatan perkahwinan yang terjalin selama 25 tahun itu.  "Sejak dari awal perkahwinan lagi kehidupan kami tidak mesra kerana  sering berlaku pergaduhan akibat sikap suami yang tidak berlaku adil  kepada saya sebagai isteri kedua dan sering menyakiti saya secara  fizikal tanpa sebab yang munasabah sehingga menyebabkan kecederaan  kepada tubuh badan saya," katanya setelah selesai memfailkan kes fasakh  itu.  Menurutnya, perbuatan defendan memberi kesan negatif kepada akal  fikiran dan maruah plantif sebagai seorang isteri, anggota masyarakat  dan penyampai berita di mana penampilannya sering menjadi perhatian  ramai.  Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing berusia 20 dan 21.  Kes Ter Ai Chin, akan didengar pada 10 November ini.    |  
  |    Mek hidup dalam belukar    Posted: 21 Oct 2010 11:34 PM PDT                     MALIM NAWAR - Di sebalik kepesatan pembangunan ekonomi  di sana sini, masih ada insan hidup dengan penuh kedaifan dan tinggal  di kawasan belukar berhampiran Jalan Tanjung Tualang.  Sukar dipercayai, namun itulah hakikat kehidupan dilalui  seorang lelaki warga emas yang hanya dikenali sebagai Mek.  Berdasarkan catatan pada secebis kertas dan kad rawatan hospital  miliknya, Mek dipercayai telah berusia 85 tahun dan tinggal  berseorangan di kawasan belukar itu sejak beberapa tahun lalu.   Mek juga mendakwa, dia tidak mempunyai sebarang dokumen  pengenalan lain, selain cebisan kertas bersama kad rawatan harian dengan  nombor 467214 tertera sebagai nombor kad pengenalannya yang hilang.  Tinjauan Sinar Harian ke kawasan 'kediaman' Mek mendapati warga  emas ini sekadar tinggal di sebuah pondok yang dibina dari bahan  terbuang, selain tidak mempunyai sebarang kemudahan bekalan air serta  elektrik.  Tambah memilukan apabila ditanya dari mana dia memperoleh bekalan air, Mek berkata, dia hanya menadah air hujan.  "Saya tadah ayor (air) hujan masa (ketika) hujan lebat sebab mana nak cari ayor kat kawasan  ini.   "Bila malam saya pasang pelita. Beras ada orang bagi, saya  masak. Daging ni saya beli di market (pasar) tu. Nak minum masak ayor,  tu gula ada, susu ada,"  katanya kepada Sinar Harian yang mengunjunginya  di sini.  Berdasarkan perbualan dengan Mek, difahamkan warga emas tersebut  pernah bekerja dengan sebuah syarikat kapal korek di sini, suatu ketika  dahulu.  Sementara itu, kisah kehidupan Mek ini mendapat perhatian Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sempat  meluangkan masa melihat keadaan Mek.  Keshvinder berkata, pihaknya akan berurusan dengan Jabatan  Pendaftaran Negara (JPN) Perak bagi menyegerakan proses mendapatkan kad  pengenalan, selain menyediakan rumah untuk Mek.  "Kes Mek ini adalah yang pertama bagi Program Jom Cari yang  dilancarkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar tidak lama  dahulu.  "Program tersebut dilancarkan bagi mencari, mengenal pasti dan  seterusnya membantu individu serta keluarga yang hidup dalam serba  kekurangan seperti kes Mek," katanya.  Menurutnya, program ini akan berterusan dan sesiapa yang  mempunyai maklumat berhubung kes seumpama ini khususnya di Malim Nawar  diminta menghubungi DUN Malim Nawar untuk tindakan selanjutnya.    |  
  |    1.5 juta Toyota dipanggil balik    Posted: 21 Oct 2010 11:33 PM PDT   TOYOTA Lexus RX330 keluaran 2006 ini adalah antara model yang dipanggil balik akibat masalah teknikal.     TOKYO - Syarikat Toyota Motor Corp. terpaksa memanggil semula 1.53  juta kenderaannya di seluruh dunia, kebanyakan di Amerika Syarikat (AS)  dan Jepun, berikutan masalah bendalir brek dan pam bahan api.   Kedua-dua masalah itu boleh menyebabkan sejumlah kecil bendalir brek  bocor perlahan-lahan yang mengakibatkan lampu amaran brek menyala dan  keupayaan membrek kurang efisien  Satu kenyataan syarikat itu semalam memberitahu, ia membabitkan  740,000 buah kenderaan di AS dan 599,000 unit lagi di Jepun manakala  bakinya di seluruh dunia.  Antara model yang dipanggil balik ialah Avalon bagi tahun 2005 dan 2006.   Turut terlibat ialah model Highlander bukan hibrid keluaran 2004, Lexus RX330, Lexus GS300, IS250 dan IS350 keluaran 2006.  Sementara itu di Jepun, model yang dipanggil balik ialah Crown, Crown  Majesta, Harrier, Mark X, Alphard, Kluger, Lexus GS350, Lexus IS250 dan  Lexus IS350 yang dikeluarkan dari Mei 2002 hingga November 2005.   Sementara itu, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) selaku  pengedar tunggal kenderaan itu di Malaysia mengesahkan tindakan terbaru  syarikat itu tidak membabitkan model Lexus di pasaran tempatan.    |