Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


'Saya tak kecewa'

Posted: 12 Jan 2013 02:58 PM PST

Meskipun popular menerusi drama Adam Dan Hawa, Nadiya pasrah gagal bolosi Top 5 ABPBH 2012

Tahun lalu menyaksikan kebangkitan beberapa muka baru di arena seni suara dan lakonan. Bukan saja muka baru, tidak ketinggalan bakat yang sudah lama berjuang dalam dunia hiburan, tetapi hanya menyerlah lewat kebelakangan ini, antaranya seperti Nadiya Nisaa dan Nazim Othman. Bagaimanapun, kedua-duanya yang dilihat berpotensi untuk bolos ke senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 berdasarkan populariti 'late bloomer' gagal juga akhirnya.

Nadiya mula hangat selepas bergandingan dengan Aaron Aziz menerusi drama 80 episod, Adam Dan Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd. Menerusi drama arahan Mohd Feroz Kader itu yang bersiaran di Astro Mustika HD sejak Ogos lalu, Aaron membawakan watak Adam Mukriz dan Nadiya pula sebagai Ain Hawani. Bagaimanapun 'pasangannya' dalam drama itu terus menjadi pilihan peminat dan tersenarai sebagai finalis ABPBH 2012 termasuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

Namun, keserasian mereka menerusi drama yang sudah pun berakhir baru-baru ini selepas hampir enam bulan bersiaran tetap membolehkan mereka disenaraikan dalam kategori online ABPBH 2012, menerusi kategori Gandingan Di Layar Serasi. Ketika sidang media mengumumkan senarai Top 5 Rabu lalu, Nadiya hadir tetapi kelihatan pulang awal. Ada pihak mendakwa Nadiya kecewa kerana namanya tidak disenaraikan dalam kategori utama, Pelakon TV Wanita Popular. B*POP bertanyakan Nadiya...

B*POP: Kenapa pulang awal? Sentap barangkali sebab tak tercalon sebagai Top 5 ABPBH 2012?

Nadiya: Bukan sentap tetapi sebenarnya memang Nadiya kena bergegas ke lokasi lain untuk sesi fitting bagi acara tayangan episod akhir Adam Dan Hawa yang diadakan keesokan hari selepas sidang media ABPBH 2012. Tak sangka selepas lama bersiaran, akhirnya drama itu sudah melabuhkan tirai. Peluang menonton bersama rakan media dan pelakon yang terbabit cukup menyentuh hati diri Nadiya.

S: Tak kecewa sebab tak dicalonkan dalam ABPBH 2012?
J:
Memang tak kecewa pun. Malah, Nadiya tak pernah terfikir pun nak dicalonkan untuk kategori popular seperti ABPBH. Masih jauh lagi perjalanan Nadiya untuk mengukuhkan nama.

Kalau mahu diukur dengan senarai yang disenaraikan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular tahun ini, mereka lebih jauh popular daripada Nadiya. Nadiya sendiri belum sampai ke tahap mereka. Calon lain sendiri banyak drama mereka yang hits dan disiarkan di kaca TV, sekali gus disiarkan di saluran percuma. Macam Nadiya sendiri hanya drama Adam Dan Hawa dan disiarkan pula di saluran berbayar.

Nadiya keluar surat khabar atau majalah pun ketika ada produk. Jadi, ketika itu adalah cerita yang nak dikongsikan dengan peminat. Cuma, dalam calon kategori itu, Nadiya puas hati dengan pemilihan Nabila Huda sendiri untuk berada dalam kelompok Top 5. Nabila memang layak berdasarkan peningkatannya dalam dunia seni.

S: Mungkin juga Nadiya tak banyak kontroversi?

J: Soal ada kontroversi atau tak... ia bersifat subjektif. Ada yang melihat kontroversi itu mampu melonjakkan nama artis dan ada juga yang memakan diri. Tapi ikutkan produk lakonan Nadiya habis disiarkan, tiada lagi yang menyusul. Nadiya sendiri tak suka ambil tawaran banyak pada satu masa. Memang Nadiya jenis selektif dalam soal skrip kerana enggan menerima watak stereotaip.

S: Perkembangan terbaru Nadiya?

J: Nadiya baru saja selesai penggambaran drama Cinta Jangan Pergi di samping Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Drama itu diarahkan Kabir Bhatia dan akan bersiaran di TV9 tak lama lagi.

Hairi tak mahu naik mendadak

Posted: 12 Jan 2013 02:48 PM PST

Jalan untuk Mohd Hairi Safwan Azman atau nama komersialnya, Hairi Safwan melakar kejayaan dalam dunia seni barangkali masih jauh. Namun, pintu sudah terbuka luas sejak jejaka berusia 24 tahun ini memenangi pertandingan Anak Wayang terbitan Astro pada Ogos 2009.

Cuma, sejak mulai berkecimpung dalam dunia seni pada tahun sama hingga kini, tuah untuk anak jati dari Alor Setar, Kedah ini menyerlah setanding aktor popular lain masih kabur. Hakikatnya, Hairi datang dengan pakej tersendiri yakni bakat dan paras rupa yang masih boleh digilap.

Bagi empunya diri, tiada langsung ralat di hati sekali pun namanya masih belum disedari kehadirannya. Lulusan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang teater ini menyifatkan dirinya masih bertatih.

"Saya melihat dari sudut positif kerana rezeki masing-masing.

Dengan umur masih muda, banyak lagi perlu saya cari untuk memantapkan diri dengan ilmu lakonan. Banyak lagi waktu untuk saya berjuang. Tak guna juga kalau saya naik mendadak di saat masih kosong pengalaman. Saya tak mahu naik cepat kemudian jatuh mendadak," katanya.

Berimej 'kampung' Nama Hairi juga sepi tanpa kontroversi. Hairi juga tak kisah jika ada pihak yang melabelkan dia sebagai lelaki berimej kampung.

Menyedari perlambangan 'kampung' itu, Hairi pada masa sama sedang berusaha tampil dengan imej dan stail segar pada tahun ini. "Saya sendiri tidak melihat ada diskriminasi terhadap diri hingga saya tercicir. Seperti saya katakan ia atas usaha masing-masing.
Saya sendiri tak suka gosip atau kontroversi. Saya jenis yang tak gemar bersosial. Saya gemarkan suasana tenang. Memang saya bersih gosip, tiada kontroversi dan belum 'tercemar' lagi dengan apa saja yang boleh mengganggu gugat imej diri ini.

"Tapi itu tidak bererti saya tidak bersedia berdepan kontroversi. Andai ada, saya bersedia menghadapinya kerana kontroversi sebahagian harga yang perlu dibayar apabila menjadi anak seni," kata Hairi yang selesa menggunakan nama Hairi Safwan berbanding Hairi Anak Wayang.

Tahun menyerlah diri Tahun ini dianggap Hairi sebagai musim untuk dirinya cuba menyerlahkan diri dan lebih membuka mata penggemar seni terhadap bakat yang dimilikinya. Jika diberi kesempatan, Hairi juga ingin meneroka dunia pengarahan.

Oktober lalu, Hairi dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik untuk teater Pelantaq yang bertanding di di Festival Teater Malaysia 2012, di Auditorium DBKL. Teater berkenaan diwakili Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB). Selain kategori Pelakon Lelaki Terbaik, teater berkenaan turut meraih gelaran Juara keseluruhan festival dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, selain menang kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik.

Setakat ini, Hairi sudah berlakon sekitar 20 telefilem dan drama bersiri, selain filem Hantu Air dan Spilt Gravy On Rice. Hairi juga kerap berlakon di produksi Zeel Production seperti Mata Air, Ameera, Mak Sanggup, Cinta Agra, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS