Pra Pelancaran FFM24 Berjaya Walaupun Kurang Sokongan
KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) selaku pengarah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), Jurey Latiff Rosli mengakui berpuas hati dengan kejayaan majlis pra pelancaran festival itu walaupun kurang mendapat sokongan pelakon popular tanah air.
Kata Jurey Latiff, sebagai penganjur acara besar itu pada tahun ini, kejayaan majlis berkenaan yang menghimpunkan kira-kira 500 hadirin adalah pencapaian awal yang boleh dibanggakan.

Barisan penggiat seni berbilang bangsa yang hadir pada malam pra pelancaran Festival Filem Malaysia ke-24 di Kompleks Kraf, di sini, malam Isnin.
"Ini adalah kali pertama Gafim anjurkan FFM dan kebetulan pula saya baru tujuh hari memegang jawatan Presiden Gafim.
"Sebagai permulaan, saya berasa bangga kerana kami berjaya menghimpunkan kira-kira 500 karyawan, artis dan penaja pada acara ini," katanya yang ditemui pada sidang media pra pelancaran FFM24 di Kompleks Kraf, di sini, malam Isnin.

Jurey Latiff Rosli
Tambahnya, walaupun majlis itu agak lesu tanpa kehadiran para pelakon popular tanah air, sokongan daripada artis-artis Cina, India dan sebilangan artis Melayu adalah satu kepelbagaian yang memberikan pembaharuan pada imej FFM.
"Saya akui majoriti pelakon popular tidak hadir pada malam ini mungkin kerana mereka terikat dengan jadual seni masing-masing.
"Bagaimanapun, kita mendapat sokongan yang baik daripada artis-artis veteran, segelintir pelakon Melayu dan paling membanggakan ramai artis Cina dan India yang hadir.
"Majlis ini diadakan untuk meraikan anak seni dan penggiat filem kita. Saya harap mereka akan turun beramai-ramai pada majlis perasmian dan malam festival nanti," katanya.

Harun Salim Bachik
Pada itu, Pengerusi FFM24 yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, walaupun agak kecewa kerana ketiadaan bintang-bintang popular pada majlis tersebut, dia tetap optimis dalam memastikan kejayaan penganjuran tahun ini.
"Kalau dilihat pada sambutan dingin artis-artis popular kita pada malam ini, saya tidak nafikan agak kecewa tetapi penganjuran ini mesti diteruskan. Kami masih ada tempoh tiga bulan lagi untuk menyuntik kesedaran di kalangan penggiat seni dan menggerakkan jentera promosi festival ini," katanya.
Jelas Harun lagi, hanya lapan artis popular saja yang muncul pada malam pra perasmian itu walaupun 88 orang telah mengesahkan kehadiran masing-masing sebelum ini.

Antara barisan artis veteran yang hadir. (Dari kiri) Jamaludin Mat, Aspalela Abdullah, Sofia Ibrahim, Maimunah Ahmad dan Datuk M Daud Kilau.
Selain malam pra pelancaran, beberapa aktiviti lain yang dirancang menjelang festival itu termasuklah majlis berbuka puasa, rumah terbuka Aidilfitri, siri jelajah promosi, karnival "walkathon", pertandingan golf amal, majlis makan malam dan malam penghargaan sekretariat dan penaja FFM24.
Sehingga 25 Isnin lalu, pihak sekretariat telah menerima 28 buah filem yang akan bertanding dalam festival kali ini iaitu kurang satu filem berbanding 29 penyertaan pada tahun lalu.
Daripada jumlah 28 filem yang diterima, pihak Metrowelth mendahului senarai apabila mencalonkan lima buah filem dalam FFM24.
Kemuncak FFM24 yang akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).- via Mstar Online
Berikut ini senarai pencalonan yang diterima untuk FFM24 sehingga 25 Julai lalu.
Astro Show/Double Vision
1. Sini Ada Hantu
Skop Production
1. Khurafat
2. KL Gangster
MDAG Marketing
1. Libas
Metrowelth
1. Kembar Siang
2. Kongsi
3. 321 Cinta
4. Sekali Lagi
5. Flat 3A
KRU Studios
1. Hikayat Merong Mahawangsa
2. Karak
Lineclear Motion Picture
1. Ratu The Movie
2. Raya Tak Jadi
Tayangan Unggul
1. Cun
2. Tolong Awek Aku Pontianak
Tayangan Unggul/Hanmania
1. Seru
Cineworks
1. Dilarang Masuk
Excellent Picture
1. Senjakala
Primeworks Studio
1. Penunggu Istana
2. Nur Kasih The Movie
3. Klip X 3GP
Galaksi Seni
1. Momok Jangan Panggil Aku
White Merpati Ent.
1. Rasuk
Cinematic Picture
1. Karipap-Karipap Cinta
Empat Semudra Plantation
1. Al-Hijab
Genius Parade
1. Sumpahan Puaka
Artistik Picture
1. Toyol Nakal
Pengedaran J.A.S
1. …Dalam Botol
Tags: Berita,
Festival Filem Malaysia Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari?
Daftarkan email anda [ di sini ]
Baca artikel lain yang berkaitan:
Siaran Langsung Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur Di TV1Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di ChennaiShort Shorts Film Festival & Asia 2010Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa CalgaryFilem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di JogjayartaFilem 'A Case De Alice' dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008Aswara Menang Awards di 13th Lyon Asian Film FestivalChermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film FestivalChermin To Be Screened At Italian Film FestivalGambar Fazura dan Rusdy Ramli di Sidang Media Anak Wayang di KLPac
Entri ini telah diterbitkan
pada Wednesday, July 27th, 2011 pada 4:24 am dan di bawah kategori Berita, Festival Filem Malaysia.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.