Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Cheryl Cole ingin berbaik semula dengan bekas suami

Posted: 23 Jan 2012 08:25 AM PST

Penyanyi "Fight For This Love", Cheryl Cole dilaporkan masih mencintai bekas suaminya yang merupakan pemain bola Chelsea, Ashley Cole, dan ingin berbaik semula.

Dipetik daripada Daily Mail, Cheryl dikatakan bercakap dengan Ashley hampir setiap hari dengan harapan dapat bersatu semula.

Cheryl juga telah meminta Ashley supaya membuktikannya agar dirinya mampu mendapat kepercayaan semula daripada penyanyi berusia 28 tahun itu selepas didapati curang sebanyak empat kali sepanjang tempoh empat tahun perkahwinan mereka.

Menurut sumber, "Cheryl akan menghantar pesanan ringkas kepadanya pada awal pagi dan mereka akan bercakap setiap hari. Mereka bertemu sebelum Krismas dan sudah merancang untuk bercuti di hari minggu pada Februari akan datang."

Dipercayai juga bekas juri program televisyen realiti ini cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan ramai untuk mengelak daripada malu sekali lagi.

Tahun lalu penyanyi Girls Aloud ini telah menjemput Ashley, 31, ke majlis hari jadi di Hotel The Sanderson di mana pasangan ini kelihatan mesra bersama.

Walaubagaimanapun dua minggu selepas itu, beberapa wanita tampil dan mengaku bahawa mereka telah tidur bersamanya ketika percubaannya untuk mendapatkan Cheryl semula.

Cheryl sebelum ini pernah digosipkan bersama dengan beberapa lelaki seperti Derek Hough, penyanyi kumpulan Black Eyed Peas Will.I.Am dan penerbit Patrizio Pigliapoco.

"Cherly pernah memberitahu Ashley supaya bersabar selama enam bulan sehingga hari jadinya pada 30 Jun akan datang, tanpa mempunyai sebarang hubungan atau tidur bersama wanita lain jika ingin mendapatkan kepercayaannya semula," kata sumber itu lagi.

Pasangan ini telah berkahwin pada Julai 2006 sebelum berpisah pada Februari 2010.

Farah (bekas Isteri Hattan) membuka mulut memberi kenyataan tentang isu gambar yang mengaibkan dan penceraian mereka

Posted: 23 Jan 2012 08:15 AM PST

Sebelum nie tersebar foto bekas Isteri Hattan bersama seorang lelaki yang dikatakan punca penceraian Hattan dan Isterinya.

Farah yang merupakan ibu kepada dua orang anak mengaku bahwa gambar dengan lelaki itu memang dirinya,namun perkara sebenar harus di dedahkan kerana perkara ini memalukannya dan menjatuhkan maruah serta menjatuhkan reputasi sebagai seorang usahawan.

Farah juga bakal mengambil tindakan mahkamah terhadap blog-blog yang menyiarkan gambar tersebut.




"Pertama sekali saya mahu membetulkan spekulasi yang menyatakan Hattan ceraikan saya kerana gambar saya yang disiarkan di Internet. Itu tidak ada kena mengena. Perpisahan ini lebih kepada tiada jodoh dan persefahaman,"

"Saya rasa keadaan sekarang sangat tough. Saya perlu bersuara. Ya, saya akui gambar yang disebarkan adalah gambar saya. Salah tetap salah tetapi gambar itu adalah gambar lima tahun dahulu. Saya perlu bersuara sebab beberapa blog memainkan isu saya dan saya anggap tidak relevan," ujar Farah yang menganggap tidak adil gambarnya disebarkan sedangkan dia bukanlah seorang selebriti.

"Saya juga ingin membetulkan bahawa saya tidak pernah diceraikan talak tiga seperti yang pernah diuar-uarkan. Saya meletakkan nyawa saya kepada perkahwinan itu dan saya jujur terhadap perkahwinan,"

"Saya ada maruah dan saya ada keluarga. Saya sangat melindungi anak-anak saya. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh," luahnya yang kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Lebih penting lagi dalam pertemuan bersama Farah, penekanan diberikan kepada penganiayaan siber yang menimpa dirinya.

Bukan baru berlaku pada tahun ini tetapi penggodam tersebut telah memasuki ruang e-mel Farah dan menambah kandungan dalam e-mel serta kemudian melayangkan kepada setiap data yang berada dalam e-mel tersebut. Malah kandungan tambahan tersebut dimasukkan ke dalam blog milik Farah.

Pertama kali melakukan laporan polis pada 2010, laporan akhbar tentang penganiayaan tersebut turut muncul dalam akhbar Malay Mail pada September 2010.

Selepas mengahwini penyanyi Hattan, kejadian tersebut berulang malah bekas suaminya itu pernah menemaninya membuat laporan polis sekali lagi sebelum mereka berlepas ke London pada Disember lalu.


"Apabila penggodam ini menceroboh e-mel, menyebar gambar saya dan melakukan penganiayaan siber, reputasi saya sebagai usahawan terjejas. Kalau dengan pelanggan luar negara tidak ada masalah tetapi kalau dengan pelanggan dalam negara macam mana? Saya perlu bersihkan nama saya yang tercalar,"

"Saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Sekembalinya saya nanti, saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya," kata Farah tegas.

Serina selamat melahirkan anak kedua-Isabella

Posted: 23 Jan 2012 07:18 AM PST

Tahniah diucapkan kepada Serina serta keluarga dan juga proud granpa iaitu Chef Wan yang telah menulis tentang kelahiran cucu keduanya yang diberi nama Isabella.

Kata Chef Wan cucu perempuan nie berkulit lebih putih daripada Tristan dan berbulu lebih hitam..hehe

Isabella lahir pada Tahun Baru Cina Tahun Naga ,dan menurut org cina tahun Naga memberi tuah.


gambar anak kedua serina chef wan

Rita ke Mahkamah Syariah melantik peguam untuk isu anak

Posted: 23 Jan 2012 06:52 AM PST

Sebelum nie kecoh kedengaran apabila Rita dikatakan menerima surat rahsia daripada Aidil.Dan surat berkenaan dikatakan surat perceraian daripada Aidil.

Tapi menurut kenyataan Rita baru-baru nie surat Aidil adalah surat tentang kebajikan anak dan bukan perceraian.Pelik jugak sensasi manade hal anak memerlukan peguam untuk diselesaikan melainkan isu hak penjagaan anak sekiranya bercerai.

Memang timbul persoalan dengan kenyataan Rita tapi biarlah dia lebih tahu tentang hal rumah tangga mereka.Sensasi harap perkahwinan mereka masih mampu bertahan dan diselamatkan.



Pelakon popular, Rita Rudaini pada Jumaat hadir di Mahkamah Syariah di sini untuk menyempurnakan pelantikan peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak berhubung dua anak mereka.




Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang memakai jubah dan selendang berwarna hitam hadir di mahkamah pada pukul 3.10 petang diiringi peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Beliau berkata pelantikan beliau adalah bagi menyelesaikan isu anak-anak yang dibangkitkan oleh Aidil Zafuan, 24, dalam surat bertarikh 11 Jan lepas yang diterima oleh Rita pagi semalam.

"Surat itu meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak. Kita akan jawab surat ini selepas perayaan Tahun Baru Cina dan minta pihak sana fikir supaya perkara ini tidak diperbesarkan.

"Ia lebih kepada perbincangan suami dan isteri berhubung kebajikan anak-anak dan tidak timbul langsung isu perceraian," katanya yang enggan mendedahkan lebih terperinci butiran surat berkenaan.

Sementara itu, Rita berkata beliau menerima surat yang dikirimkan oleh peguam yang mewakili Aidil Zafuan daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pada pagi semalam ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem.

Pelakon itu berkata beliau bagaimanapun tidak terkejut menerima surat berkenaan.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Video Kelakar: Undertaker hilang RXZ

Posted: 23 Jan 2012 01:36 AM PST



hahaha kelakar je Video nie.Dengan slang campur kelate sikit-sikit..
Layan..

Blue Ivy Carter, Baby kepada Beyonce dikatakan berwajah hodoh?

Posted: 23 Jan 2012 01:32 AM PST

Ada segelintir pihak mendakwa bayi Beyonce dan Jay-Z berwajah hodoh kerana
Wajah Blue Ivy Carter masih belum didedahkan secara jelas kepada umum.

Yang kelakar ada pihak yang begitu rajin meng-edit wajah Jay-Z dan Beyonce serta gabungan untuk menghasilkan wajah Blue Ivy Carter.

Sebenarnya wajah bayi nie cepat berubah,kadang-kadang waktu lahir mungkin wajah bayi agak sembab sebab berada dalam air ketuban dalam rahim,bila dah makin lama wajah bayi akan mula kelihatan.

Ada bayi yang masa lahir kelihatan seperti ibu,tapi bila makin membesar kelihatan seperti bapanya. Apapun bagi sensasi semua baby comel dan suci.Jom tengok wajah Blue Ivy Carter yang di edit dan wajah sebenarnya.






Bekas anggota Destiny's Child, Michelle Williams tampil membuat kenyataan sekaligus menyangkal spekulasi segelintir pihak yang mengatakan anak sulung Beyonce Knowles dan suaminya Jay-Z, Blue Ivy Carter berwajah hodoh.

Menurut Williams, anak rakan baiknya itu sangat cantik ketika dia melawat mereka baru-baru ini.

"Blue sangat cantik seperti ibunya dan memang tidak masuk akal apabila ada sesetengah pihak mendakwa anak pasangan ini hodoh," ujar Williams kepada Daily Mail.
Nampak comel je kan baby Beyonce nie..berkulit cerah kemerahan

Sementara itu, seorang lagi bekas anggota kumpulan trio wanita popular ini, Kelly Rowland enggan mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai Blue yang lahir pada 7 Januari lalu kerana merasakan ia adalah hak peribadi pasangan selebriti tersohor itu.

"Biar mereka sendiri yang menunjukkan anak mereka kepada umum apabila sudah bersedia," ujarnya yang turut mengakui Beyonce sememangnya lahir untuk menjadi seorang ibu kerana memiliki sifat keibuan semulajadi ketika menjaga puteri sulungnya itu.

Gambar sebelum Izwan Pilus meninggal akibat Virus Kencing Tikus

Posted: 23 Jan 2012 01:13 AM PST


Gambar terakhir arwah dan Tweet malam sebelum meninggal dunia.

izwan pilus meninggal dunia


Penyanyi tempatan Khairul Izwan Pilus atau dikenali dengan nama pentas Izwan Pilus telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang semalam di Hospital Ampang akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.

Dimasukkan ke dalam hospital kira-kira jam 12.30 malam sehari sebelum itu akibat demam kuning, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarga serta saudara mara dan beberapa rakan baik.

Dilahirkan pada 24 November 1979, penyanyi yang popular dengan lagu "Kembali Senyum" ini pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak penghujung November tahun lepas selepas mengalami masalah demam berpanjangan. Pihak hospital mengesahkan bahawa terdapat jangkitan kuman dalam darah.

Walaubagaimanapun Allahyarham didapati sihat dan dibenarkan keluar sebelum kesihatannya kembali terjejas sejak dua minggu lalu.

Jenazah abang kepada penyanyi "Akademi Fantasia" musim ketujuh, Aril, ini telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin, Melaka pada jam 10 pagi ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Bujang Telajak Hasil Komedi Tahap Maksima

Posted: 23 Jan 2012 04:49 AM PST

GABUNGAN TERHEBAT TIGA PELAWAK TERSOHOR MALAYSIA MENGHASILKAN TAHAP KOMEDI PALING MAKSIMUM – BUJANG TERLAJAK BELUM TERLANJUR

"Susah untuk menggabungkan mereka bertiga dalam satu filem", itulah kata awalan daripada produser filem komedi pembuka tahun baru ini, 'Bujang Telajak Belum Terlanjur' iaitu A. Latiff Mohaideen. Tiga tunjang utama filem ini bukanlah calang-calang orang dalam industri hiburan ini. Disebabkan itu, mereka ini sentiasa sibuk dengan urusan kerja sehinggakan jadual yang dipegang pengurus masing-masing tidak ada lagi ruang kosong. "Namun kami bertuah kerana berjaya juga mencuri masa mereka untuk digabungkan dalam filem ini dan chemistry mereka bertiga memang sangat mengujakan!" sambungnya lagi.

Tiga penggerak utama filem ini, tidak lain tidak bukan tiga pelawak paling popular di Malaysia iaitu Saiful Apek, Johan Maharaja Lawak dan Nabil Maharaja Lawak. Sebuah filem terbitan bersama Line Clear Motion Pictures (LCMP) dan Wayang Studios International (WSI) ini sudah menemui penonton pada 19 Januari 2012 lalu. Filem yang dikatakan mampu mencipta tahap komedi paling maksimum 2012 ini juga menampilkan pelakon cantik, Nur Fazura sebagai heroin untuk mewarnai lagi keceriaan yang tersulam menerusi filem ini. Sungguh tepat percaturan pelakon-pelakon utama oleh pengarah filem ini, Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

bujang telajak

Filem yang menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta ini cuma mengambil masa selama 17 hari penggambaran. Mungkin faktor lokasi penggambaran yang hanya dibuat di sekitar Shah Alam seperti Glenmarie, Bukit Jelutong dan Taman Tasik menjadikan proses penggambaran berjalan lancar, malah komitmen yang diberikan oleh kru produksi dan para pelakon juga menjadikan urusan kerja bertambah mudah.

'Bujang Telajak Belum Terlanjur' yang menyingkap kisah 3 sekawan (lakonan Saiful Apek, Johan dan Nabil) yang masih belum bertemu jodoh sehinggalah mereka berkenalan dengan Puteri (lakonan Nur Fazura). Akibat desakan keluarga masing-masing yang mahukan mereka cepat berkahwin, ketiga-tiga mereka terpaksa bersaing sesama sendiri untuk memikat Puteri. Akhirnya mereka menemui satu cara terbaik untuk memenangi hati Puteri iaitu menyamar sebagai orang kurang upaya (buta,pekak dan bisu). Maka berlakulah peristiwa-peristiwa yang menggelikan hati sepanjang proses mengorat sehingga kadang-kadang hampir mengantoikan mereka sendiri. Namun, Puteri bijak menilai mereka dan dia memilih seorang dari mereka untuk dijadikan teman hidup. Jadi, antara Saiful, Johan dan Nabil, siapakah yang paling hebat di mata Puteri? Semuanya akan terjawab di akhir cerita.

Walaupun jalan ceritanya seakan tampak ringkas namun penonton pasti akan terkejut dengan 'pemberian' komedi dari Apek, Johan dan Nabil ini. Gabungan mereka jelas mencetuskan klimaks ketawa yang cukup maksimum untuk menghiburkan hati anda. Seperti kata produsernya, "Apa yang cukup istimewanya filem ini adalah kita memiliki Apek, Johan dan Nabil. Penonton tidak akan dapat menduga aksi lawak apa yang mampu mereka lakukan ketika ketiga-tiganya bergabung. Jika lawak salah seorang dari mereka sudah cukup menggelikan hati penonton apatah lagi jika bertiga? Lawak akan menjadi double? Tidak, ia triple! Malah Fazura sendiri kepenatan ketika di lokasi. Bukan sebab penat berlakon tetapi penat ketawa melayan gelagat Apek, Johan dan Nabil".

Sebuah gubahan lagu yang diadaptasi dari lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, 'Maafkan Kami' oleh Damien Mikhail (bekas ahli VE) yang dinyanyikan oleh 5Forty2 juga menjadi salah satu tarikan dalam filem ini. Penonton dihidangkan dengan persembahan rapping dan tarian istimewa dari ketiga-tiga pelawak unggul ini. Percaya atau tidak, pengarah filem ini sendiri yang menjadi kareografernya dan mereka cuma memerlukan sehari untuk berlatih tarian tersebut.

Keserasian Apek, Johan dan Nabil memang tidak dapat disangkal lagi. Bukan saja di dalam filem malah sepanjang penggambaran berlangsung. Kru-kru produksi hilang segala penat lelah setelah dihiburkan 24 jam oleh ketiga-tiga pelawak ini. Bayangkan sejurus pengarah melaungkan cut saja, mereka menyambung lakonan mereka sendiri sehinggakan kru yang masam mencuka mula ketawa terbahak-bahak. Yang memang tengah gembira pula berguling-guling gelaknya. Fazura juga sudah pandai buat lawak. Meriah sungguh sepanjang penggambaran filem ini dan tidak hairanlah jika hasilnya memang layak dilabelkan sebagai filem paling kelakar 2012.

Turut menambah gelak tawa penonton nanti ialah penampilan Ebby Yus sebagai bapa Nabil, Mustapha Kamal dan Susan Menon sebagai ibubapa Puteri dan pendatang baru, Shaheed Salim sebagai adik angkat Puteri selain dibantu oleh Azlee Khairi, Cico Harahap dan ramai lagi.

Apa yang jelas, kita mahu mencari siapa yang terhebat antara Saiful, Johan dan Nabil dalam usaha memikat Puteri. Itu hanya Fazura boleh tentukan. Siapa pula antara mereka yang paling terhebat dalam memikat hati penonton dengan lawak mereka? Itu hanya anda yang boleh tentukan!

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Nur Fazura di Prebiu Media Filem Bujang Telajak
  • Sinopsis Filem Bujang Terlajak
  • Trivia: Comelnyaaaaa…. Anak Pelakon Mana Ni?
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu Ini
  • Sekitar Amazing Race Bujang Sepah di Golden Palm Tree Resort
  • Iqram Dinzly Pelakon Rempit VS Impak Maksima
  • Impak Maksima The Musical di Istana Budaya Disember Ini?
  • Biodata AISHAH Akademi Fantasia 7
  • Nasir Anak P Ramlee Meninggal Dunia Petang Tadi
  • Bujang Sepah Lalalitamplom
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Senarai Peserta What Men Want NTV7

    Posted: 23 Jan 2012 04:22 AM PST

    WHAT MEN WANT
    SIRI REALITI TERBARU ntv7!

    Rahsia Keinginan dan Kehendak Lelaki Bakal Terbongkar!

    Kata orang, wanita adalah insan yang sungguh merumitkan. Pernahkah anda berfikir bahawa lelaki juga mungkin serumit dan sekompleks kaum wanita? Jika tidak, ini adalah peluang terbaik untuk memahami dengan lebih mendalam apakah reaksi, perasaan dan persepsi kaum Adam apabila dihujani dengan pelbagai situasi. Mungkin ada juga yang mengaitkan lelaki dengan isu seksualiti sahaja, namun andaian itu bakal disangkal dengan kehadiran siri realiti terbaru daripada ntv7 dengan rancangan 'What Men Want'. Bermula 28 Januari 2012, setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam, ikuti kisah enam jejaka yang berlainan perspektif dan personaliti yang bakal berkongsi perjalanan hidup mereka bersama anda. Temui pencarian jawapan mereka kepada persoalan – apakah yang sebenarnya lelaki inginkan dalam hidup?

    Behind (L-R) - Mai Fernandez, Content Supervisor, Tan Yin Yin, Producer, Airin Zainul, Group GGM ntv7 & 8TV, Ahmad Izham Omar, COO TV Networks, MPB & CEO Primeworks, Emilya Ab. R

    Daripada penerbit yang telah menghasilkan rancangan realiti yang pernah memenangi anugerah, 'What Women Want', pelaksanaan rancangan kali ini bakal tampil berbeza. Produksi hebat tempatan, phoSumpro membawakan nafas baru dalam program berentak realiti ini. Mereka cuba memberikan ruang kepada kaum Adam untuk lebih jauh mengekspresikan diri mereka sendiri dengan menggugurkan elemen seperti barisan juri, tawaran ganjaran dan bentuk pertandingan berbanding kebiasaan format rancangan realiti yang lain. Yang pasti tiada pemenang mutlak yang bakal ditemui dalam rancangan ini.

    Menurut Puan Airin Zainul, Pengurus besar kumpulan ntv7 & 8TV, What Men Want merupakan sebuah rancangan realiti yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan format unik dan berbeza yang pasti membuatkan para penontonnya terhibur.

    (L-R) Fendi, Ken, Kit, Wolfie, Narmi, Gerrit2

    "Kami telah pun mempunyai beberapa rancangan yang memberi tumpuan kepada wanita pada tahun lepas. Tahun ini, kami akan cuba mengimbanginya dengan rancangan yang berorientasikan golongan lelaki dan tiada yang lebih baik selain memulakannya dengan What Men Want, kata Airin ketika berucap di sidang akhbar bertempat di Restoran ecoba.

    Mengetengahkan format yang unik, What Men Want mengikuti jejak enam jejaka daripada dunia yang berbeza dalam siri kehidupan mereka masing-masing. Ia memberikan sebuah pengalaman baru dan segar buat para penonton dalam menjengah ke dalam kisah peribadi mereka. Lain daripada rancangan berbentuk pencarian pasangan atau temujanji, What Men Want juga bagaikan sebuah medan untuk berdebat mengenai isu berkaitan insan misteri ini. Misi rancangan ini adalah untuk menolak sebarang jangkaan umum atau perasaan stereotaip kepada golongan lelaki. Sebaliknya, What Men Want menawarkan sudut perspektif baru di mana kesemua jejaka ini bakal memberanikan diri mereka untuk membenarkan kisah peribadi mereka didedahkan untuk tatapan umum penonton Malaysia. Penonton di rumah juga bakal menyaksikan bagaimana mereka befikir dan bertindak dalam mendepani pelbagai situasi dan melalui realiti kehidupan yang sememangnya penuh cabaran.

    Penerbit merangkap penyelia kandungannya, Mai Fernandez berkata: "Jalinan hubungan hanyalah sekadar permukaan daripada apa yang bakal rancangan ini tawarkan. Tiada barisan juri untuk dikagumkan atau ganjaran hadiah untuk dimenangi. Rancangan ini adalah sebuah pemerhatian sosial dimana enam jejaka yang mengambil bahagian ini akan menjalani rutin harian bersama 2-3 kamera yang bersama mereka. Penggambaran selama tiga bulan ini kemudiannya disusun dan digabungkan menjadi sebuah rancangan menarik sepanjang 13 episod."

    Setelah beberapa bulan mencari dan melalui pemilihan yang teliti, enam jejaka berjaya dipertemukan bersama untuk mewakili variasi lelaki Malaysia. Kepelbagaian personaliti mereka bakal membenarkan masyarakat untuk merasai ada hubungan istimewa antara mereka dengan enam jejaka siri realiti ini. What Men Want mendalami fasa terdalam perasaan seseorang lelaki, cara mereka berfikir, bertindak dan segalanya tentang diri mereka. Sama ada isu di tempat kerja, latar belakang keluarga, niat tersembunyi atau bisikan diari hati mereka bakal dicerobohi. Hadir dengan elemen yang pelbagai, rancangan realiti ini pasti memberi kejutan kepada para penonton nanti. Apa yang lebih menarik adalah apabila mereka diletakkan sebumbung sepanjang tempoh rakaman dan secara tidak langsung menghasilkan sebuah forum sosial sesama mereka dalam mencari jawapan dan buah fikiran kepada setiap persoalan.

    Tan Yin Yin yang juga salah seorang penerbitnya berkata bahawa rancangan ini telah berjaya merakam enam jejaka ini sebagai diri mereka yang sebenar. "Pada mulanya, mereka masih menjaga imej dan mempunyai kawalan kendiri kerana menyedari kehadiran kamera. Namun setelah berhari-hari mereka dirakam, perasaan kekok mula hilang, begitu juga dengan kepura-puraan mereka. Beberapa kamera digunakan di dalam merakam mereka, antaranya pandangan biasa, tersembunyi mahupun secara jauh. Semuanya dilakukan secara bersahaja untuk mengelakkan perasaan tidak selesa. Ini amat penting kerana ia memberikan sedikit ruang sepanjang tiga bulan rakaman dibuat."

    Enam jejaka yang bakal membiarkan Malaysia mencerobohi kisah peribadi mereka adalah Gerrit, Fendi, Narmi, Kit, Ken dan Wolfie yang masing-masing mempunyai latar belakang dan personaliti yang berbeza.

    Gerrit adalah jenis lelaki yang tahu bermain dengan permainannya, dan selalu mendakwa bahawa dia sentiasa mendapat apa yang dia inginkan. Dia juga akan mendominasi apa yang diperkatakannya dan menentukan segala-galanya. Penonton mungkin beranggapan bahawa dia seorang lelaki yang suka memainkan perasaan seseorang dan berhati batu. Tetapi sekali lagi What Men Want cuba lari dari jangkaan umum yang rata-rata stereotaip.

    Gerrit2

    Fendi pula seorang yang misteri dan dipenuhi kemewahan. Adakalanya, dia seorang yang hidung tinggi namun dia juga berhati besar. Mengapakah agaknya lelaki sebegini menyertai rancangan seperti ini? Mungkin juga untuk lari dari kehidupannya yang tipikal.

    Mungkin juga di antara kita yang berpendapat perasaan romantis adalah antara kualiti yang boleh membahagiakan seseorang. Untuk itu, penyanyi dan penulis lagu, Narmi bakal mewakili golongan sebegini. Sentiasa gembira denga perasaan cinta, Narmi akan sentiasa cuba untuk mengabulkan impian pasangannya. Selain pernah mengalami kekecewaan, mungkin juga persepsi tentang cintanya bakal berubah. Kesetiaannya juga mungkin menunjukkan kualitinya tidak lebih sebagai sekadar teman yang baik.

    Kehidupan Kit pula berbeza. Baginya tiada apa yang utama selain ibunya. Anak mak ini bagaikan tidak pernah mengalami masalah dalam hidup. Malah dengan bimbingan keluarga, Kit tetap masih bersama buah hatinya sejak di bangku sekolah lagi. Kit bakal berkongsi kisah hidupnya yang hampir sempurna dengan para penonton.

    Pada pandangan pertama, Ken mungkin pula kelihatan seperti samseng yang anda mungkin cuba untuk tidak cari fasal dengannya. Tapi Ken juga mungkin mempunyai hati selembut sutera kerana lelaki juga punya sifat sensitif seperti kaum wanita. Dalam kamus Ken, tiada perasaan bangga diri. Mungkin kerana itu, sifat semulajadinya yang suka memerhati menjadikan dia seorang yang mempunyai pelbagai cerita untuk dikongsikan. Sifatnya yang suka menghabiskan masa bersama teman wanita juga bakal menjauhkan dirinya dengan anggapan lelaki suka berlagak macho.

    Lain pula dengan Imran atau nama panggilannya Wolfie yang bagaikan seorang badut dan suka berjenaka. Sentiasa ceria dan kadangkala menjengkelkan, Wolfie juga seorang yang bersifat nakal yang menambahkan lagi elemen lucu tatkala bersama Gerrit, Fendi, Narmi, Kit, dan Ken. Mungkin secara ringkasnya, dia seorang yang tidak mempunyai sebarang tujuan hidup kerana mengalami transisi kehidupan yang menyebabkan sukar buatnya membuat keputusan.

    Wolfie2

    Menggalas tugas sebagai pengacara rancangan unik dan menarik ini ialah si jelita Deanna Yusoff. Ternyata pilihan itu tepat kerana Deanna serasi dan berjaya memahami siri realiti ini dengan baik seperti harapan kedua-dua penerbitnya. Menurut Mai dan Yin, Deanna seorang yang matang, mempunyai persepsi tersendiri, tahu mendalami subjeknya serta keanggunan yang semulajadi antara yang menjadikan Deanna pilihan hos yang terbaik serta bertuah buat mereka.

    "Dalam rancangan ini, kita bakal melihat dengan jelas bahawa lelaki juga mempunyai pelbagai keperluan dan banyak keinginan sama seperti jantina yang bertentangan dengan mereka. Segalanya bukanlah kerana kereta mewah, keinginan seksual atau wang semata-mata. Lelaki juga insan kompleks dan rancangan ini berjaya merakam detik-detik ini kerana difilemkan dengan pendekatan yang lebih intim" kata Deanna Yusoff.

    Bersiaran sepanjang 13 episod, rancangan selama sejam ini pastinya akan merungkai apakah yang sebenarnya insan yang bergelar lelaki inginkan dan yang pasti tanggapan stereotaip anda bakal berubah. Selami kisah realiti enam jejaka ini dalam 'What Men Want' bermula 28 Januari 2012, setiap hari Sabtu jam 10.00 malam hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.

    Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my/whatmenwant atau www.TonTon.com.my. Ikuti juga perkembangan kami melalui Facebook dan Twitter ntv7.

    Ken_WMW

    Ken

    Kit_WMW

    Kit

    Narmi_WMW

    Narmi

    Gerrit_WMW

    Gerrit

    Fendi_WMW

    Fendi

    Fendi

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Ujibakat Pencarian Cinta di ntv7
  • Winner The Perfect Gentleman ntv7
  • Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang bersama Menteri Pengangkutan
  • Ucapan Nas Adila Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Drama The Glittering Days Kini di NTV7 Mobile TV
  • 2.3 Juta Tonton Perkahwinan DiRaja di ntv7
  • Rakaman Raya Bersama Fara di Studio 2 NTV7
  • Full content generated by Get Full RSS.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong

    borak kosong


    Gaya Pakaian Yang Aneh

    Posted: 23 Jan 2012 09:00 PM PST

    Model gaya pakaian yang sedikit aneh tidak seperti umumnya model pakain yang sering ditampilkan pada dunia peragaan  selama ini, tak ada kesan kulit unsur haiwan, seperti kulit, bulu atau bahagian haiwan lainnya.Cuba lihat..








    Barang Sehari-hari yang Harus Dihindari Dipakai Bergantian

    Posted: 23 Jan 2012 08:30 PM PST


    Mungkin ramai orang yang tidak berfikir bahawa barang yang digunakan setiap hari dapat membawa kuman atau infeksi penyakit lainnya. Selain itu, juga banyak orang yang tidak berfikir bahawa barang sehari-hari yang digunakan bergantian dengan teman atau keluarga dapat menyebabkan pertukaran bakteria atau virus.


    Tetapi hasil penelitian menunjukkan bahawa, ada beberapa barang sehari-hari yang seharusnya tidak digunakan bergantian dengan orang lain. Hal tersebut tentunya bertujuan untuk mengurangi risiko menular virus dan infeksi lainnya.


    Berikut 6 barang sehari-hari yang harus dihindari untuk digunakan secara bergantian seperti dikutip dari HealthCentral, antara lain:


    1. Perangkat touchscreen


    Perangkat touchscreen, dari handphone hingga ATM pusat layanan umum dapat melekat banyak bakteria. Meskipun perangkat tersebut memang memberikan kenyamanan, namun dapat menjadi pelabuhan berbagai infeksi penyakit, termasuk E. coli, MRSA, dan virus yang menyebabkan pilek dan flu.


    Para ahli telah menguji bakteria dan virus di berbagai permukaan perangkat touchscreen. Para ahli menemukan bahawa, perangkat touchscreen dan keypad pada mesin yang digunakan di tempat umum dilekati banyak bakteria dan virus.


    2. Berus gigi dan sikat


    Sikat, berus gigi, berus make up kadang-kadang dapat digunakan bergantian kerana tertukar atau kerana alasan lain. Berus gigi dapat menularkan HIV, hepatitis B dan C. Sedangkan sikat telah ditemukan dapat membawa MRSA dan kuman lainnya.


    3. Handphone


    Seperti remote TV, handphonel sering dipegang dengan tangan dan jarang atau tidak pernah dibersihkan.


    "Handphone milik wanita juga lebih banyak kuman daripada milik lelaki. Hal ini mungkin terkait dengan fakta bahawa wanita cenderung lebih sering tak kisah pada umumnya. Wanita juga memiliki hubungan dengan anak-anak lebih sering. Handphone milik wanita juga dapat terkontaminasi dengan kuman yang ditemukan di make up," kata para ahli.


    4. Bakul belanja


    Hasil kajian baru yang telah menemukan infeksi penyakit seperti Salmonella, MRSA, dan E. coli pada bakul belanja yang disediakan oleh supermarket. E.coli juga ditemukan pada 80 peratus dari bakul belanja di beberapa negara.


    5. Kosmetik


    Adakalanya para wanita mencuba kosmetik teman, kerabat dekat, atau sampel kosmetik yang ada di kedai. Sampel kosmetik yang diambil dari kedai saat kajian selama 2 tahun, positif dapat menyebabkan infeksi penyakit seperti Staph dan E. coli.


    "Konsentrasi kuman dalam sampel kosmetik cenderung lebih tinggi pada akhir minggu, ketika pelanggan lebih banyak bergerak melalui kedai  dan mencuba sampel tersebut," kata peneliti.


    6. Pen


    Ramai orang yang menaruh pen di mulut. Hal tersebut dapat membuat pen menjadi pembawa bakteria dan virus. Infeksi mulut untuk influenza dapat menyebar oleh kerana menggunakan pen secara bergantian.

    Menteri dikecam kerana suruh remaja ikat tali kasutnya (video)

    Posted: 23 Jan 2012 08:00 PM PST

    Ada yang lagi jadi berita heboh di dunia politik India ni. Seorang menteri di pemerintahan di Madhya Pradesh, Gauri Shankar Bisen, tertangkap kamera sedang diikatkan tali  kasutnya oleh seorang remaja ketika sedang menghadiri acara di Chhindwara.
    Bisen beralasan, "Anak itu mengetahui bahawa saya baru saja melakukan oerasi bypass dan operasi hernia. Dokter menyarankan saya untuk tidak membungkuk terlalu sering.
    "Saya mengakui itu adalah kesalahan saya dan saya minta maaf untuk itu. Saya bersumpah mulai sekarang dan seterusnya, saya tidak akan memakai semua kasut yang bertali," tambahnya.
    "Saya telah membawa dari  6 pasang kasut tanpa tali," ujar anggota dari partai Bhartiya Janta Party (BPJ) ini.



    The Real Crocs,agaknya

    Posted: 23 Jan 2012 07:15 PM PST


    Gila..wanita ini dibogelkan dan diperlakukan seperti perempuna murahan kerana mencuri komputer riba

    Posted: 23 Jan 2012 07:00 PM PST

    Wanita berusia 25 tahun ini telah dimalukan oleh sekumpulan pelajar lelaki di sebuah Universiti apabila dia didakwa mencuri sebuah komputer riba dan telefon mudah alih yang dipunyai oleh seorang pelajar disana. Wanita ini telah ditangkap oleh para pelajar universiti itu ketika cuba untuk melarikan diri bersama barang curiannya.


    Bukan setakat menelanjangkan wanita ini, ada sesetengah pelajar cuba memasukkan jari mereka ke dalam kemaluan wanita ini dan pelajar lelaki yang lainnya merakam menggunakan telefon bimbit mereka dengan cara yang sangat tidak bertamadun.


    Menurut sumber wanita ini telah dua kali ditangkap kerana kesalahan yang sama. Namun kali ini nasibnya teramatlah malangnya. Kerana mencuri dia dihukum "bertelanjang bulat".


    sumber : bestoneoffour.wordpress.com

    Artis Korea Bunuh Diri Lantaran Diperkosa 100 kali

    Posted: 23 Jan 2012 06:45 PM PST


    Malang sekali nasib artis Korea ini. Jang Ja Yeon  yang bunuh diri pada 7 Mach 2009 lalu di usianya 26 tahun, kerana kecewa menjadi korban pelecehan seksual dan bahkan pemaksaan melakukan hubungan seksual melayani 30-an orang, mulai dari karyawan hingga wartawan sebanyak lebih dari 100 kali, demikian seperti dilansir dari Allkpop.


     Terungkap berkat surat hasil tulisan tangan Jang Ja Yeon sendiri yang ditujukan pada sahabat-sahabat terdekatnya. uyrat tersebut berisi keluh kesah dan kesedihannya menghadapi dilema ini, di satu sisi ingin terkenal dan mencapai cita-cita sebagai artis, namun disisi lain mengalami pemaksaan seksual.


     Jang Ja Yeon bunuh diri di rumahnya di kawasan Kyungkido, namun kerana tidak ditemukan cukup bukti pada saat itu, kes ini  dianggap sebagai kes bunuh diri biasa, tetapi setelah surat-surat Jang Ja Yeon berhasil dikumpulkan dari para sahabatnya, perlahan mulailah terungkap dan diharap kes ini dapat menemui titik terang.


     Isi surat tersebut yang diberi judul 'Snow' menceritakan kisah bagaimana para selebriti dipaksa terlibat dalam sebuah industri hiburan yang buruk dan pemaksaan melakukan hubungan seksual dari bos production housenya untuk melayani keperluan seks para relasi bos ini.


     Pihak berwajib yang menyelidiki kes ini menemukan daftar nama yang berada di sekitar 230 surat Ja Yeon yang ditujukan kepada temannya. Para ahli sudah berpendapat bahawa surat tersebut benar merupakan tulisan tangan dari Jang Ja Yeon sendiri.


     Sebenarnya , lembaga perwakilan Kim (41), dan manajer Yoo (31) telah terbukti terlibat pada kes yang menyebabkan Jang Ja Yeon bunuh diri dan mereka (Kim dan Yoo) telah mendapat hukuman percubaan selama 2 tahun penjara dan 160 jam pelayanan masyarakat.

    Beredar Foto Pemandu 'Xenia Maut' Berpesta Sebelum Langgar Orang

    Posted: 23 Jan 2012 06:30 PM PST


    Afriyani Susanti, pemandu Daihatsu Xenia B 2479 XI, yang mengalami kemalangan di kawasan Tugu Tani, Jakarta Pusat, menjadi sorotan. Sebuah foto merakam aktivitinya beberapa jam sebelum tragedi yang menewaskan sembilan orang itu pun menjadi perbincangan. 


    Foto dengan pencahayaan agak samar itu memperlihatkan Afriyani dengan balutan busana sama seperti ketika ditahan polis, pada Minggu, 22 Januari 2012. 


    Ia duduk di depan meja yang penuh dengan gelas, botol minuman, dan bungkus rokok. Ia tak sendiri. Di sekeliling meja, juga tampak beberapa orang yang diduga kawan-kawannya. 


    Kabid Humas Polda Metro Jaya, Kombes Rikwanto, mengatakan bahawa polis juga mendapat foto itu dari seorang kawan Afriani. Namun, polis belum boleh mengambil kesimpulan apakah itu pesta narkotika atau bukan. Polis belum melakukan konfirmasi dengan Afriyani. 


    "Foto itu belum menggambarkan keadaan dia (pesta narkotika), kami belum konfirmasikan, dia masih dalam proses pemeriksaan," kata Rikwanto, dalam konferensi pers di Polda Metro Jaya, Isnin, 23 Januari 2012. 


    Menurut Rikwantopihak polis masih mendalami temuan kandungan sabu-sabu dalam urin Afriyani, dan tiga temannya yang ada di dalam kereta saat kejadian. "Akan kami dalami, termasuk narkoba itu dari mana awalnya, siapa saja yang menggunakan," katanya. 


    Dalam keterangan sebelumnya, para penumpang tersebut mengatakan bahawa mereka tidak tidur pada malam sebelum kejadian. Mereka menggelar pesta perpisahan kawannya yang hendak berangkat ke Australia di Hotel Borobudur. 


    "Ketiga saksi (penumpang) mengatakan pemandu mengantuk, sempat tertidur, hilang kesedaran beberapa detik dan langsung menghantam ke bahagian kiri jalan," ujar Dirlantas Polda Metro Jaya Komisaris Besar Dwi Sigit Nurmantyas, Minggu malam.


    Hasil pemeriksaan urin itu memperberat jeratan hukum pengemudi yang terancam pasal berlapis. Selain pemakaian narkotika, pengemudi juga terbukti berkendara tanpa membawa STNK, tak memiliki SIM, merusak fasilitas umum dan menghilangkan nyawa orang lain.


    Sumber : http://metro.vivanews.com

    Gadis kecil ditelan buaya di NTT disaksikan ayahnya, jadi berita Dailymail dan The Telegraf

    Posted: 23 Jan 2012 06:15 PM PST


    berita2.com (Kupang, NTT) : Dua media masa berpengaruh di dunia, Dailymail dan The Telegraf memberitakan secara k peristiwa seorang gadis kecil yang dimakan buaya di Nusa Tenggara Timur (NTT)
    Seekor buaya besar telah menelan seorang gadis cilik bernama Juraida (10) saat bersama ayah dan kakaknya menangkap penyu di muara Sungai Wailolon, Kecamatan Omesuri, Kabupaten Lembata, Nusa Tenggara Timur (NTT), Rabu (18/1/2012) sekitar pukul 17.00 WITA. Gadis itu diterkam buaya kurang dari satu menit.
    Tubuh gadis malang itu diseret ke tengah muara dan langsung ditelan. Kejadian itu disaksikan langsung oleh ayah dan kakaknya. Namun, mereka tidak mampu berbuat apa-apa.
    Keduanya kemudian berlari ke kampung untuk minta pertolongan kepada warga. Pencarian terhadap Juraida melibatkan puluhan orang dan polis. Hingga Sabtu (21/1) malam, korban belum ditemukan.

Warga hanya menemukan potongan ikat rambut, skirt, dan baju dalam keadaan robek.
    Barang-barang itu ditemukan di hamparan pasir tak jauh dari lokasi kejadian. Wakil Bupati Lembata Viktor Mado Waton mengatakan, saat kejadian, sang gadis cilik bermain di pinggir muara dengan kedalaman air sekitar 40 sentimeter.
    Tiba-tiba seekor buaya muncul dan menerkam.

"Ada laporan yang menyebut temuan usus, tetapi belum diketahui kebenarannya," kata Viktor.

Sampai Sabtu malam,
    pencarian terhadap siswi kelas III Sekolah Dasar (SD) Wailolon itu masih berlangsung.

Peristiwa warga diserang buaya terjadi di lokasi yang sama pada 23 Disember 2011.
    Ketika itu seorang warga bernama Anton Boli Wolor (39) asal Desa Watokobu, Kecamatan Nubatukan menderita luka robek pada bahu dan dada bahagian kiri kerana diserang buaya. Beruntung, ia berhasil diselamatkan dan mendapat perawatan di hospital.

    Hanaa gadis Islam pertama model Lancome

    Posted: 23 Jan 2012 06:00 PM PST


    TUNIS: Seorang gadis dari Tunisia menjadi model wanita Islam pertama menghiasi kosmetik wajah Lancome, lapor akhbar United Kingdom, Daily Mail. 
     Hanaa Ben Abdesslem akan muncul dalam kempen baru syarikat kosmetik itu untuk bedak asas Teint Idole Ultra 24h. 
     Model berusia 22 tahun itu membuat kemunculan di atas pentas peragaan tahun lalu dan sejak itu menjadi model untuk Ralph Lauren, Oscar de la Renta dan Givenchy, memberitahu majalah New York. 


    "Menjadi model boleh jadi satu pilihan kerjaya juga. Saya bercadang untuk menukar salah faham ini dalam budaya saya. Saya bertemu seorang wanita Arab, Sophie Galal, yang berkongsi pandangan dan idea saya bagi menukar dan mendedahkan cabaran sebenar kerjaya model untuk dunia Arab. 


    "Beliau tidak lama kemudian menjadi pengurus saya dan memperkenalkan saya kepada IMG," katanya. 


    Ketika Hanaa berharap untuk mengubah keadaan, dia masih berbangga dengan asal usulnya. 
    Dalam satu temuramah, dia berkata: "Negara saya kaya dalam sejarah dan tradisi. Ia adalah budaya yang dipengaruhi dan dibentuk hasil kejayaan ketamadunan yang termasuk masyarakat Berber, Phoenician, Roman, Fatimid, Arab dan Uthmaniyah." saya membesar dikelilingi semua pengaruh. Saya berbangga menjadi sebahagian budaya itu." 


    Daily Mail melaporkan bahawa langkah Lancome memperkenalkan seorang model Afrika Utara adalah sebahagian aliran lebih besar industri fesyen untuk memupuk kepelbagaian dalam bidang itu. 


    "Warisan ideal saya di Ford akan membuka idea mengenai kecantikan, bukan hanya klasik namun global," kata ketua jabatan wanita Ford Paul Rowland, kepada akhbar New York Times. 


    "Saya mahu mencari gadis di Mesir atau Sri Lanka atau India, semua tempat di mana masyarakat tidak pandang." – Agensi


    sumber : berita harian

    Rambutan berisi batu jernih

    Posted: 23 Jan 2012 05:45 PM PST


    BALING - Pelik tapi benar. Itu yang berlaku kepada seorang penoreh getah dari Kampung Keda, Sadik di Kupang dekat sini apabila menemui buah rambutan yang berisi batu.
    Saayah Ibrahim, 56, berkata, dia tidak menyangka menemui satu objek seperti seketul batu jernih selepas mengupas kulit rambutan ketika mahu menikmati buah itu semasa keluar menoreh di sebuah kebun di Kuala Pegang dekat sini baru-baru ini.
    "Saya terkejut apabila mendapati isi rambutan yang hendak dimasukkan ke dalam mulut adalah seketul batu berwarna jernih," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keda, Sadik, Kupang dekat sini kelmarin.
    sumber : kosmo online

    Pokok pisang lemak manis bertandan empat

    Posted: 23 Jan 2012 05:30 PM PST


    KLANG - Sepasang suami isteri di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang lemak manis yang ditanam mereka di atas tanah bersebelahan rumah mengeluarkan empat tandan buah.
    Mohd. Sapuan Kamsee, 57, dan isterinya, Asmaniah Tamjis, 51, menyedari kejadian pelik itu ketika membersihkan kawasan tersebut pada Disember tahun lalu.
    Menurut Mohd. Sapuan, pada peringkat awal, pokok pisang tersebut hanya mengeluarkan dua tandan pisang namun beberapa hari kemudian, kedua-dua tandan itu bercabang dua dan kesemua empat tandan pisang itu mempunyai jantung masing-masing.
    "Ini merupakan buah sulung pokok ini sejak ditanam awal tahun lalu tetapi sebelum ini, tiada pula tanda-tanda aneh akan mempunyai empat tandan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
    sumber : kosmo online

    Rumah kerabat diraja dipecah masuk

    Posted: 23 Jan 2012 05:15 PM PST


    KUALA LUMPUR - Kejahatan perompak memang tidak pernah mengenal mangsanya apabila mereka memecah masuk kediaman seorang kerabat diraja sebelum melarikan gading gajah dan barangan perhiasan di sini Jumaat lalu.
    Kejadian tersebut disedari pada pukul 7 pagi oleh tukang kebun kediaman tersebut yang datang untuk menjalankan kerja rutin hariannya.
    Difahamkan, tukang kebun warga asing berusia lingkungan 30-an itu dikatakan terkejut apabila mendapati pintu jeriji besi rumah majikannya yang juga seorang wanita diumpil.
    sumber : kosmo online

    Ajal Andrea belum tiba

    Posted: 23 Jan 2012 05:00 PM PST


    LONDON: Sebuah kereta terbabas dari jalan raya lalu merempuh dinding dan memasuki ruang tamu rumah seorang pegawai kesihatan dan keselamatan di Colchester, Essex semalam.
    Pegawai berkenaan, Andrea Barr bagaimanapun terselamat kerana dia beredar dari ruang tamu untuk ke dapur beberapa minit sebelum kejadian itu. Dua pertiga kereta itu tersadai di ruang depan rumahnya, memusnahkan perabot dan sebahagian tempat pendiangan, mematahkan kaki piano dan menyebabkan televisyen tercampak dari tempat asalnya.


    Pemandu kereta itu, lelaki berusia 70 tahun, terkejut tetapi tidak cedera, Andrea, 55, yang mendiami rumah itu bersama-sama Bob Blatch, petani berusia 72 tahun, berkata: "Kami tidak boleh bernafas kerana debu batu-bata memenuhi ruang rumah. "Saya hanya mahu terus menangis. Saya tidak dapat mengagak kos untuk membina semula rumah itu." Blatch berkata: "Tiada siapa yang cedera. Itu yang penting." Andrea, nenek dan bekas pembiak anjing jenis whippet serta menghidap sklerosis. biasanya duduk di kerusi urutnya pada masa yang sama kejadian berlaku pada Sabtu lalu, kira-kira jam 5.45 petang.


    Mujur dia tergerak hati untuk ke dapur sejurus sebelum kemalangan berlaku. - Agensi


    sumber : myMetro

    Penganggur dituduh bunuh teman wanita

    Posted: 23 Jan 2012 04:45 PM PST


    IPOH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh teman wanitanya di kediamannya di Panorama Lapangan Perdana pada 31 Dis lepas.
    S.Manoharan, 50, dituduh membunuh Indeer Kaur a/p Jeswant Singh, 23, di rumah No 22, Lapangan Perdana 26, Panorama Lapangan Perdana, Ipoh, antara pukul 7 pagi dan 8 pagi. 
    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

    Tiada pengakuan direkodkan daripada Manoharan dan tertuduh tidak diwakili peguam semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasruddin Mohamed. - Bernama



    sumber : myMetro

    Dapur hangus angkara along

    Posted: 23 Jan 2012 04:30 PM PST


    KUALA LUMPUR: Gagal melunaskan hutang, seorang wanita yang juga peniaga berusia 39 tahun bukan saja diburu dan diugut along, tetapi rumahnya di Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, di sini, turut dibakar kumpulan terbabit, pagi semalam.
    Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang tidur tiba-tiba tersedar selepas mengalami sesak nafas. Bagaimanapun, mangsa terselamat dan tidak cedera.

    Menurut mangsa yang mahu dikenali sebagai Syarifah, semuanya bermula apabila dia yang tidur di biliknya terjaga selepas terhidu asap.


    "Saya bergegas keluar dari bilik selepas mendapati rumah dipenuhi asap. Saya membuat pemeriksaan di dapur sebelum mendapati api marak.

    "Apabila saya berlari ke ruang tamu, ia turut dijilat api," katanya, semalam.


    Beliau berkata, akibat panik dengan keadaan itu dia menjerit meminta pertolongan.



    "Beberapa jiran yang mendengar jeritan saya memecah masuk rumah sebelum berusaha memadamkan api. Lima minit kemudian, sebuah jentera bomba dan penyelamat tiba untuk memadamkan kebakaran berkenaan," katanya.

    Katanya, selepas memeriksa keseluruhan kerosakan dialaminya, dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, dengan mengesyaki perbuatan khianat itu dilakukan kumpulan along.


    Katanya, dia yang membuat pinjaman RM10,000 daripada dua along percaya kejadian itu berkaitan dengan mereka berikutan kegagalannya untuk membayar ansuran pinjaman RM700 seminggu sejak dua bulan lalu.

    Beliau berkata, sebelum kejadian itu, dia menerima beberapa SMS berbaur ugutan selepas kegagalannya membayar pinjaman.


    Sumber polis berkata, polis sudah merakam percakapan mangsa dan kini memburu kumpulan along terbabit bagi membantu siasatan.


    Sebelum ini pada 27 Ogos tahun lalu, Harian Metro melaporkan kejadian malang yang menimpa wanita itu yang terpaksa melayan along di kelab malam semata-mata untuk memperoleh pinjaman daripada mereka.



    sumber : myMetro

    Rahsia kemewahan empat beradik yang hidup ala ‘jutawan’ terbongkar

    Posted: 23 Jan 2012 04:15 PM PST


    KUALA SELANGOR: Rahsia kemewahan empat beradik yang hidup ala 'jutawan' terbongkar apabila sindiket loteri haram yang dijalankan mereka ditumpaskan sepasukan pegawai dan anggota bahagian Risikan dan Operasi Bidang Keutamaan Keberhasilan Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sebuah rumah di Tanjung Karang, petang kelmarin.
    Difahamkan, sindiket yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mengaut keuntungan sehingga RM1.5 juta sebulan dan aktif di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

    Menurut sumber, dalam serbuan jam 6 petang hasil intipan selama dua minggu itu berjaya menahan empat individu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 50 tahun selain merampas wang RM19,000, mesin faksimili dan beberapa dokumen yang dipercayai digunakan untuk tempahan nombor taruhan.


    Katanya, ketika serbuan, suspek yang menunggu keputusan loteri menyedari kehadiran polis cuba untuk meloloskan diri namun tidak kesampaian kerana rumah terbabit dikepung polis.

    "Ada di antara suspek menyorokkan wang taruhan di bawah meja bulat dengan harapan wang berkenaan tidak dapat dikesan polis.


    "Namun, hasil kecekapan kami, taktik suspek sia-sia dan wang berkenaan dirampas," katanya.



    sumber : myMetro

    Polis selamatkan kanak-kanak perempuan jadi tebusan

    Posted: 23 Jan 2012 04:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berdepan saat cemas lebih lima jam apabila dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan pisau, dipercayai kurang siuman yang menceroboh rumah keluarganya di Kampung Baru di sini, hari ini. 


    Dalam kejadian jam 10.30 pagi di Lorong Raja Muda Musa 6, mangsa yang berusia 10 tahun sedang menonton televisyen bersama keluarganya sebelum tiba-tiba suspek yang dalam keadaan bogel meluru masuk dan mengambil pisau di dapur lalu mengacukannya ke arah kanak-kanak terbabit dan menangkapnya untuk dijadikan tebusan. 
     Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan jam 4.10 petang selepas polis memasuki rumah berkenaan dan melepaskan empat das tembakan ke arah suspek. 
     Lelaki berusia 34 tahun itu yang cedera di perut, rusuk dan kaki disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. 


    Sebelum itu, usaha memujuk suspek dilakukan bapa mangsa namun tidak berhasil apabila lelaki terbabit membawa kanak-kanak itu ke dalam sebuah bilik berhampiran ruang tamu. 


    Sepasukan anggota polis yang tiba tidak lama kemudian turut gagal memujuk suspek menyebabkan pakar psikiatri HKL terpaksa dipanggil untuk memujuknya tetapi masih menemui jalan buntu. 


    Difahamkan, polis juga turut memanggil seorang wanita dipercayai kakak kepada teman wanita suspek untuk memujuknya melepaskan mangsa, namun tetap tidak berhasil. 
    'Drama' tebusan kira-kira lima jam 10 minit itu bagaimanapun berakhir beberapa polis masuk ke rumah berkenaan dan melepaskan empat das tembakan ke arah suspek, manakala kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. 


    Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata sebelum kejadian suspek dilihat berkeliaran dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu menyebabkan beberapa penduduk mengejar untuk menangkapnya. 


    Beliau berkata, suspek yang melarikan diri kemudian menceroboh masuk ke rumah mangsa lalu mengambil pisau di dapur lalu menangkap mangsa dan dijadikan tebusan. 


    "Polis tiada pilihan selain terpaksa melepaskan tembakan ke arahnya selepas pelbagai usaha memujuknya lebih lima jam tidak berhasil. 


    "Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk samun," katanya.

    Seorang lagi pelajar lemas di Pantai Sepat

    Posted: 23 Jan 2012 03:00 PM PST


    KUANTAN: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat mati lemas mandi di Pantai Sepat di sini petang tadi, sehari selepas dua beradik mati lemas di pantai yang sama ketika berkelah bersama keluarganya. 


    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata mangsa, Arvin Ratnam, 16, dari Air Putih, di sini berkelah di pantai itu bersama empat lagi keluarga saudara maranya sempena cuti Tahun Baru Cina. 
     Beliau berkata, ketika sedang mandi kira-kira 6 petang tadi, mangsa dan seorang lagi saudaranya, Thanusa Ravichandran dari Batu Arang, Selangor, hanyut dibawa ombak kuat. 
     Katanya, Thanusa bagaimanapun diselamatkan ahli keluarga yang lain dan orang ramai yang berada di situ sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan dilaporkan stabil. 


    Semalam, Mohd Saiful Mohamad, 13, dan adiknya, Mohd Zaiful, 11, lemas dalam kejadian jam 5 petang.


    sumber : berita harian

    Ngeri..

    Posted: 23 Jan 2012 09:30 AM PST


    Apa punya fesyen rambut?

    Posted: 23 Jan 2012 09:00 AM PST


    Hummer H2 Super Panjang dari China

    Posted: 23 Jan 2012 08:45 AM PST


    BEIJING - Hummer H2 merupakan SUV tergagah yang pernah ada di muka bumi ini. Namun apa jadinya jika 'si gagah' ini berubah menjadi limosin? Hal tersebut benar-benar terjadi di China. Tidak diketahui siapa pemilik Hummer limosin ini, konon SUV terpanjang ini milik sebuah hotel di Sanya, China.
      
     Seperti dikutip dari CarBuzz, Senin (23/1/2012) Hummer H2 Limousine ini memiliki panjang 40 kaki atau sekira 12 meter lebih. Padahal Hummer H2 asli memiliki dimensi panjang 5.169 mm, lebar 2.062 mm dan tinggi 2.012 mm.
      
     SUV asal Amerika ini masih menggunakan empat pintu seperti aslinya. Secara tampilan tidak banyak berubah dari model aslinya hanya panjangnya saja yang jauh berbeda. Dengan balutan warna hitam sisi samping bodi terdapat stiker dengan tulisan China dengan jejeran logo bintang dibawahnya.
      
     Di pasar global, Hummer H2 tersedia dua mesin tipe mesin yakni 6.0L V8 dengan kekuatan 325 hp dan 6.2L V8 yang sanggup melontarkan tenaga 393 hp.
      
     Jauh sebelum Hummer H2 Limousine terkuak telah tersebar pemberitaan Fiat 500 yang juga disulap menjadi limosin. Mobil mungil nan panjang tersebut dibuat oleh rumah modifikasi dari Itali iaitu Castagna.

    Pelajar IPT guna beberapa laman blog, forum untuk iklan tawaran jual BB1M

    Posted: 23 Jan 2012 08:30 AM PST




    Pelajar IPT guna beberapa laman blog, forum untuk iklan tawaran jual BB1M


    PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.


    sumber : Berita Harian

    Nekad remaja sekarang,lakukan zina walaupun orang tua ada dirumah

    Posted: 23 Jan 2012 08:00 AM PST


    Fenomena remaja terjerumus dalam hubungan seksual di luar nikah menjadi masalah serius kerana menyangkut masa depan di anak itu sendiri.


     Yang mencengangkan adalah dari pengakuan pelaku mereka melakukan making love (ML) umumnya di rumah sendiri, ketika keadaan sedang sepi. Para orangtua, sepertinya harus waspada dengan modus seperti ini. Tidak mudah dan percaya begitu saja meninggalkan anak di rumah sendirian tanpa ada pengawasan.




     Lihat saja pengakuan Bunga (bukan nama sebenarnya), setiap melakukan ML selalu di rumahnya. "Di rumah aku. Sepi tak ada orang. Takut- takut sih kalau di rumah," ujarnya saat berbincang dengan okezone di sebuah restoran. 


     Bahkan pernah melakukan hubungan sebadan padahal ada ibunya di rumah. "Mama ada di rumah ketika aku  making love (ML). Kerana, mama percaya sangat aku tak akan buat apa-apa, makanya boleh bawa kekasih di rumah," ucap Bunga. Kok sempat ML? "Waktu itu mama di bilik  atas dan aku ML di ruang tamu bawah," ujarnya enteng.


     Saat didesak apa benar hanya berhubungan intim di rumah tidak di tempat lain seperti hotel, Bunga mengatakan, "Iya".


     "Aku tak pernah check in (hotel), tapi di rumah. Rata-rata temen aku ML juga di rumah. Aku juga selalu di rumah," terang Bunga.


     Alasannya? "Kalau di rumah merasa aman, kerana tahulah siapa yang akan lalu. Kalau aku ML di ruang tamu kerana ruang tamu aku terpisah jadi tak ketahuan," paparnya.


     Imbuh Bunga, "Hampir setiap dia ke rumah aku, pasti kita ML. Dia ke rumah aku seminggu tiga kalilah dan pasti itu di rumah aku ML-nya," terang anak berpostur sedikit gemuk ini yang sudah lebih dari 10 kali bercinta.


     Lebih lanjut dia menceritakan keadaan orangtuanya yang cukup memberikan perhatian kepadanya. "Mama itu perhatian banget, cuma kan dua-duanya harus kerja dan pulang baru pukul 21.00 WIB. Aku juga sudah dibilangin supaya enggak begitu-begitu tapi aku sudah termakan cakap kekasih aku yang dulu itu dan aku luluh. Aku juga mahu sendiri. Aku malah juga sering minta ML kerana aku ketagihan kali ya," cetus Bunga terus terang.


     Menurut dia, ibunya sudah perhatian tapi tidak cukup waktu untuk mengawasi hubungan dengan kekasihnya dan teman-teman lainnya.


     "Mama selalu menasihati agar jangan macam-macam. Batasannya sampai pegangan tangan sahaja, tapi aku malah kejauhan banget sampai ML. Kalau mama tahu ditampar kali. Papa aku enggak terbuka. Tidak ada yang kurang dari keluarga aku. Tapi akunya saja yang selalu mencari kesempatan," cerita Bunga sedikit nakal.



     Sambung dia, "Kalau memang hamil aku akan minta pertanggungjawaban, minta duit buat gugur. Setengah-setengahlah duitnya buat gugur Pertanggungjawabannya bukan nyuruh kawinin aku, itu enggak. Duit buat gugur saja."






     Menurut Bunga, aborsi menjadi solusi untuk menyelesaikan masalah hamil secara cepat. "Pokoknya kalau aku hamil harus gugurkan. Nggak mungkin berani dilanjutin dan bilang mama. Itu sudah terfikirkan (aborsi) kalau memang terjadi. Teman-teman juga sama dan bahkan kita lagi mencari tempat penggugurannya," ungkap Bunga.


    sumber


    bk-sampai begitu sekali pengakuan berani remaja ini..

    Buat kecoh di pasar sebelum 'drama tebusan'

    Posted: 23 Jan 2012 07:30 AM PST


    KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang menjadikan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebagai tebusan di rumahnya di Kampung Baru di sini hari ini, membuat kecoh di pasar berdekatan sebelum insiden itu.


     Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli berkata, dia yakin lelaki berkenaan bukan penduduk Kampung Baru kerana kelibat suspek tidak pernah dilihat sebelum ini.


     Katanya, dia mungkin datang dari kawasan lain sebelum masuk ke rumah itu dan menjadikan kanak-kanak perempuan 10 tahun tersebut sebagai tebusan.


     Laporan Bernama memetik seorang lagi penduduk tempatan, Suhardi Osman, 45, berkata, lelaki itu membuat kecoh di sebuah pasar berdekatan.


     "Saya dapat tahu dia terlebih dahulu telah membuat kecoh di pasar pada waktu pagi sebelum dihalau oleh orang ramai, dan ini mungkin punca mengapa dia menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan," katanya.


     Sebelum kejadian, lelaki berkenaan dipercayai merayau-rayau di sekitar sitem transit aliran ringan LRT Kampung Baru dalam keadaan tidak berpakaian.


     Seorang lagi saksi, Azhar Osman, 47, berkata, dia ketika itu baru sahaja habis bersarapan di sebuah gerai berdekatan dan terlihat lelaki tidak berpakaian.


     Menurutnya, orang ramai yang berada di lokasi ketika itu memarahi lelaki berkenaan agar memakai pakaian yang dibawanya, namun dia yang dipercayai kurang siuman itu memberi maklum balas yang tidak diketahui butir katanya.


     "Ketika itu dia berbogel dan memegang besi yang mana baju dan seluar yang dibawa membalut besi tersebut.


     "Apabila orang ramai memarahinya agar memakai pakaian, dia mula mengeluarkan kata-kata yang tidak difahami dan mula mengamuk dengan menghayun-hayunkan besi yang dipegang," katanya.


     Katanya, dia hanya mengetahui lelaki berkenaan telah menjadikan mangsa sebagai tebusan apabila menerima pangilan daripada anaknya.


     "Apabila mendapat tahu perkara tersebut, saya agak suspek adalah orang yang sama yang ditemui sebelum itu dengan tidak berpakaian dan dia bukan individu yang biasa dilihat di sekitar kawasan ini kerana ini kali pertama saya melihatnya.


     Dalam pada itu, kejadian tersebut nyata menggemparkan penduduk Kampung Baru apabila kira-kira 300 penduduk tidak berganjak daripada kawasan kejadian untuk mengetahui perkara yang berlaku.


     Salah seorang penduduk, Abdul Ghani Mohd Noor, 48, berkata, ia peristiwa yang pertama kali berlaku di situ dan sememangnya memberi kejutan kepada penduduk lebih-lebih lagi ia berlaku pada masa cuti umum.


     Menurutnya, difahamkan lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh dadah dan dia juga orang luar, disebabkan itu dia boleh melakukan hal demikian.


     "Kejadian yang berakhir dengan empat das tembakan ini memang menggemparkan semua penduduk. Hari ini memang hari cuti dan ramai penduduk yang berada di rumah dan berita ini cepat tersebar," katanya.


     Polis bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah lelaki terbabit setelah berunding selama enam jam bagi membebaskan mangsa.

    KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang menjadikan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebagai tebusan di rumahnya di Kampung Baru di sini hari ini, membuat kecoh di pasar berdekatan sebelum insiden itu.


     Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli berkata, dia yakin lelaki berkenaan bukan penduduk Kampung Baru kerana kelibat suspek tidak pernah dilihat sebelum ini.


     Katanya, dia mungkin datang dari kawasan lain sebelum masuk ke rumah itu dan menjadikan kanak-kanak perempuan 10 tahun tersebut sebagai tebusan.


     Laporan Bernama memetik seorang lagi penduduk tempatan, Suhardi Osman, 45, berkata, lelaki itu membuat kecoh di sebuah pasar berdekatan.


     "Saya dapat tahu dia terlebih dahulu telah membuat kecoh di pasar pada waktu pagi sebelum dihalau oleh orang ramai, dan ini mungkin punca mengapa dia menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan," katanya.


     Sebelum kejadian, lelaki berkenaan dipercayai merayau-rayau di sekitar sitem transit aliran ringan LRT Kampung Baru dalam keadaan tidak berpakaian.


     Seorang lagi saksi, Azhar Osman, 47, berkata, dia ketika itu baru sahaja habis bersarapan di sebuah gerai berdekatan dan terlihat lelaki tidak berpakaian.


     Menurutnya, orang ramai yang berada di lokasi ketika itu memarahi lelaki berkenaan agar memakai pakaian yang dibawanya, namun dia yang dipercayai kurang siuman itu memberi maklum balas yang tidak diketahui butir katanya.


     "Ketika itu dia berbogel dan memegang besi yang mana baju dan seluar yang dibawa membalut besi tersebut.


     "Apabila orang ramai memarahinya agar memakai pakaian, dia mula mengeluarkan kata-kata yang tidak difahami dan mula mengamuk dengan menghayun-hayunkan besi yang dipegang," katanya.


     Katanya, dia hanya mengetahui lelaki berkenaan telah menjadikan mangsa sebagai tebusan apabila menerima pangilan daripada anaknya.


     "Apabila mendapat tahu perkara tersebut, saya agak suspek adalah orang yang sama yang ditemui sebelum itu dengan tidak berpakaian dan dia bukan individu yang biasa dilihat di sekitar kawasan ini kerana ini kali pertama saya melihatnya.


     Dalam pada itu, kejadian tersebut nyata menggemparkan penduduk Kampung Baru apabila kira-kira 300 penduduk tidak berganjak daripada kawasan kejadian untuk mengetahui perkara yang berlaku.


     Salah seorang penduduk, Abdul Ghani Mohd Noor, 48, berkata, ia peristiwa yang pertama kali berlaku di situ dan sememangnya memberi kejutan kepada penduduk lebih-lebih lagi ia berlaku pada masa cuti umum.


     Menurutnya, difahamkan lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh dadah dan dia juga orang luar, disebabkan itu dia boleh melakukan hal demikian.


     "Kejadian yang berakhir dengan empat das tembakan ini memang menggemparkan semua penduduk. Hari ini memang hari cuti dan ramai penduduk yang berada di rumah dan berita ini cepat tersebar," katanya.


     Polis bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah lelaki terbabit setelah berunding selama enam jam bagi membebaskan mangsa.


     Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.


     Dalam kejadian 10 pagi itu, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan lelaki berkenaan untuk memujuknya, namun dia bertindak lebih agresif.
      
    www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

     Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.


     Dalam kejadian 10 pagi itu, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan lelaki berkenaan untuk memujuknya, namun dia bertindak lebih agresif.
      
    www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.




    sumber : sinar harian

    Tumpukan Sampah Kalahkan Tinggi Bangunan

    Posted: 23 Jan 2012 07:00 AM PST




    LONDON - Warga di sebuah wilayah di Inggris tersiksa oleh tumpukan sampah yang memenuhi daerah tempat tinggal mereka. Tinggi tumpukan sampah itu dikhabarkan melebihi tinggi gedung empat lantai. 


    Menurut keterangan warga, sampah itu merupakan hasil sampah rumah tangga, puing-puing bangunan serta limbah kilang. Warga merasakan tumpukan sampah ini telah menimbulkan ancaman bahaya kesihatan dan menyebabkan debu kotor memenuhi rumah mereka.


    Ironisnya, sampah-sampah itu ditimbun oleh perusahaan pengolahan sampah Refuse Derived Fuel Ltd (RFD). Perusahaan ini sengaja menumpuk sampah untuk mereka daur ulang menjadi bahan bakar.


    Warga di Brierley Hill, dekat Dudley mengatakan, tumpukan sampah itu sudah menempatinya lokasinya sejak satu tahun lalu. Seorang warga mengkhawatirkan bahwa tikus banyak berkeliaran di wilayah mereka, tetapi pemerintah tidak melakukan upaya apa pun untuk mengatasi hal ini.


    "Tumpukan sampah itu memblok cahaya matahari. Saya terpaksa menghidupkan lampu dimana seharusny lampu itu tidak perlu dinyalakan," jelas seorang warga bernama David Round seperti dikutip Daily Mail, Senin (23/1/2012).


    Pihak pengawas lingkungan Inggris meminta perusahaan pengelola sampah itu untuk segera mengatasi masalah ini. Namun RDF menilai hal ini tidak lepas dari kepatuhan warga sendiri untuk menjaga lingkungan mereka.
    (faj)

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS