Nuffnang

Gosip Artis Malaysia

sumber :-

Gosip Artis Malaysia


Leuniey Terkilan Isu Bapa Kandung

Posted: 26 Dec 2012 07:46 PM PST

Apek dan Leuniey bakal mendirikan rumah tangga pada Jumaat ini.
PETALING JAYA: Bakal isteri penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) iaitu Leuniey berasa kecewa apabila tuduhan dia mengabaikan bapa kandungnya menjadi bualan panas sebelum menjelang perkahwinannya pada Jumaat ini.
Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha, 21, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan hal dalaman keluarga.
Malah dia juga terkejut apabila bapanya, Jaafar Mohamad, mendakwa tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan itu.
"Saya terkilan dengan kontroversi yang tidak sepatutnya menjadi tatapan ramai.
"Tetapi saya cuma anggap hal itu berlaku kerana ayah mungkin terlalu beremosi pada ketika itu. Mungkin juga dia inginkan perhatian daripada saya sebagai seorang anak, entah saya tidak pasti.
"Apa-apa pun, perkara ini benar-benar buatkan saya kecewa kerana banyak lagi urusan perkahwinan yang perlu diselesaikan," katanya yang dihubungi dekat sini, petang Rabu.
Pada Selasa lalu, , Jaafar telah meluahkan rasa terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan Apek, 23.
Dia juga mengatakan rasa sedih tidak dapat menyaksikan majlis akad nikah pasangan berkenaan yang akan berlangsung di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan itu.
Leuniey merupakan anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum bercerai 10 tahun lalu.
Lelaki itu kini tinggal bersama isteri baru dan dua anak lelakinya di mana seorang daripadanya merupakan adik Leuniey berusia 19 tahun.
Sementara itu, tambah Leuniey, pada Selasa lalu, dia telah bertemu dengan Jaafar, namun kedua-dua mereka tidak membangkitkan isu tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
"Kami ada berjumpa, tetapi masing-masing tidak buka cerita pun tentang kenyataan ayah itu. Biarlah.
"Saya tidak mahu perkara itu menjadi bebanan dalam keluarga. Saya anggap ia sebagai dugaan kami sekeluarga," ujarnya.
Pasangan itu akan bernikah pada Jumaat ini, pukul 9.00 pagi manakala majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu dua hari selepas itu.
Persandingan di sebelah pengantin lelaki pula akan berlangsung di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.
Dalam pada itu, pasangan itu turut mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari tahun depan, pukul 8 malam.
Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas terlibat dalam pembikinan iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum milik penyanyi Siti Nurhaliza awal tahun ini.
- ---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Suka wanita berusia?

Posted: 26 Dec 2012 02:28 PM PST

Pelakon, Zulkifli Ariffin nafi hubungan dengan 'orang kuat' Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai sekadar cinta lokasi

Dilontar pertanyaan mengenai gosip percintaan, jejaka berbadan tegap, pelakon, Zulkifli Ariffin akhirnya mengaku dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), Gayatri Su-Lin Pillai.

Biarpun pada mulanya, Zulkifli atau mesra disapa Zul, tampak kurang selesa dengan persoalan itu, Zul tidak segan silu mengakui mereka makin rapat sejak tujuh bulan lalu.
Saya tahu ramai yang bertanya hal ini. Tapi sebenarnya, tidak benar saya meminati wanita lebih tua. Saya suka dengan Gaya disebabkan personaliti yang dimilikinya, bukannya melihat kepada umurnya," Zulkifli Ariffin, Pelakon

Akuinya, perhubungan mereka terjalin selepas selesainya penggambaran filem Penanggal yang menemukan mereka.

Namun, jejaka berusia 26 tahun ini menolak ia tidak lebih daripada cinta lokasi. Ini kerana katanya, dia dan Gaya mula berkenalan serta menjadi semakin rapat selepas selesai penggambaran filem arahan Elly Suriati itu.

Zul menolak anggapan bahawa dia lebih meminati wanita berusia. Ini disebabkan teman wanitanya sebelum ini, Abby Abadi juga berbeza usia dengannya.

"Saya tahu ramai yang bertanya hal ini. Tapi sebenarnya, tidak benar saya meminati wanita lebih tua. Saya suka dengan Gaya disebabkan personaliti yang dimilikinya, bukannya melihat kepada umurnya.
"Melihat pada kredibiliti Gaya, penggiat seni semua kenal siapa dia. Saya suka dia bukan melalui reputasi yang dimilikinya, sebaliknya pada personaliti dirinya," katanya kepada HIP.

Bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Gaya, Zul berkata:
"Filem Penanggal dijalankan pada Disember tahun lalu. Selepas habis penggambaran filem itu, kami selalu keluar bersama.

"Boleh dikatakan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Kami baru menjalin hubungan. Mana tidaknya, baru tujuh bulan. Banyak lagi yang perlu kami lalui dan semua ini mengambil masa," katanya yang menetapkan mahu berumah tangga sebelum dirinya mencapai usia 30 tahun.

Zul ditemui pada majlis pelancaran filem Bikers Kental, keluaran TUSB yang diarahkan Helmi Yusof. Majlis itu berlangsung di perkarangan tempat letak kereta berhadapan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), baru-baru ini.

Teliti pilih watak

Teruja memegang salah satu watak dalam filem Bikers Kental, Zul sebelum ini tidak pernah menunggang motosikal berkuasa tinggi. Namun, disebabkan watak Arbi, Zul mula jatuh cinta dengan dunia permotoran.

Akuinya, filem itu mengajar dirinya menunggang motosikal berkuasa tinggi. Lantas Zul menyimpan impian untuk membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi. Mana tidaknya, dalam filem itu, Zul perlu menunggang motosikal dari Kuala Lumpur hinggalah ke Thailand.

Disebabkan komitmen dengan filem itu, Zul tidak mengambil tawaran berlakon drama. Justeru, wajahnya dilihat kurang menghiasi televisyen sejak kebelakangan ini. Ini diakui sendiri Zul di mana selepas berakhirnya penggambaran Bikers Kental, dia berehat empat bulan.

"Sekarang, saya sedang dalam penggambaran drama bertajuk Debunga Lalang yang akan disiarkan pada 31 Disember ini. Sejak komitmen dengan Bikers Kental, memang saya tak berlakon drama. Drama terakhir saya adalah bersama RTM pada Mei lalu.

"Saya pun sudah berehat agak lama, empat bulan saya tidak berbuat apa-apa. Jadi, sekarang saya mahu aktif berlakon drama. Saya sebenarnya bukan memilih filem atau drama, sebaliknya melihat kepada watak yang ditawarkan," tambahnya lagi yang mengharapkan tahun baru 2013 membuka lebih banyak pintu rezeki buatnya.

KPKK pantau elak dana disalah guna

Posted: 26 Dec 2012 02:25 PM PST

Pemberian Insentif Dana Industri Kreatif Negara kepada 93 syarikat produksi berjumlah RM5 juta oleh kerajaan bukan bersifat peribadi, sebaliknya sebagai galakan untuk pemain industri menghasilkan lebih banyak karya bermutu.

Tidak mahu melihat pemberian itu disalah guna untuk kepentingan peribadi, kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan memantau aliran keluar insentif berkenaan untuk tujuan pembangunan industri kreatif.

Walaupun agihan insentif dibuat mengikut karya yang dihasilkan dan tidak terlalu besar, Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, pemberian buat julung kali itu bertujuan meningkatkan peralatan penggambaran dan tenaga kerja produksi.

"Tujuan pemberian ini adalah untuk meletakkan semula kualiti drama dan filem dalam industri. Drama yang bagus datang daripada peralatan yang baik, pelakon yang bermutu dan tenaga kerja cekap. Jadi kita mengharapkan pemberian ini akan memulangkan semula hasil yang berkualiti kepada industri kreatif.

"Kementerian akan memantau sejauh mana insentif ini digunakan mengikut kualiti yang kita kehendaki," katanya yang mengharapkan pengagihan insentif itu ditambah tahun depan.

Bukan saja untuk pasaran tempatan, pemberian insentif itu juga bertujuan memberi galakan kepada pemain industri untuk menghasilkan karya yang bermutu tinggi untuk pasaran luar negara.

93 produksi layak terima insentif
Sepanjang tahun ini saja, lebih kurang dua juta produk industri kreatif dipasarkan ke luar negara dengan nilai RM400 juta. Kadar dijangka meningkat kepada RM3 bilion menjelang 2015.

"Kita tidak mahu produk yang dihasilkan hanya untuk simpanan dan pasaran tempatan saja, sebaliknya menjadi permintaan dari luar negara.

"Setiap syarikat menerima jumlah insentif berbeza mengikut kualiti, produk, skrip, kesan khas dan rating penonton. Usaha kerajaan ini dapat meningkatkan lagi kualiti filem dan drama pada masa depan," katanya.

Ada lebih 400 hingga 500 pembekal yang menerbitkan drama dan telefilem kepada RTM, namun hanya 93 syarikat yang layak menerima insentif berdasarkan kriteria yang ditetapkan RTM.

Antara penerima insentif adalah Excellent Pictures Sdn Bhd; Rumah Karya Citra Sdn Bhd; Saujana Media Sdn Bhd; Suhan Movie Trading Sdn Bhd; Cinematic Pictures Sdn Bhd dan Global Network Sdn Bhd.

Kadar insentif diselaraskan oleh semua stesen televisyen (TV) tempatan mengikut karya yang dihasilkan mereka iaitu bagi drama bersiri bernilai RM45,000 setiap episod, telefilem (RM100,000P) dan program berbentuk majalah atau dokumentari bernilai RM25,000.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Bekas Ahli Kumpulan Ruffedge Nafi Rogol Anak Tiri

Posted: 26 Dec 2012 11:18 PM PST

Ruffedge
Salah seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge telah dihadapkan di Mahkamah Seksyen atas tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun pada Februari lalu… Bagaimanapun tertuduh yang hadir memakai baju kemeja-T berwarna biru di mahkamah ditemani ibu bapa dan beberapa rakannya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.

Tertuduh yang berusia 37 tahun telah di dakwa melakukan perbuataan berkenaan pada pukul 9 pagi, 9 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Kuala Lumpur.

Bagi kesalahan tersebut, dia akan didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak tawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Hakim Roszianayati membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.. Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula.

Bapa Kandung Leuniey Sahkan Tidak Akan Hadir ke Majlis Pernikahan Apek

Posted: 26 Dec 2012 10:43 PM PST

Leuniey kahwin
Setelah 2 akhbar mengeluarkan kenyataan bapa kandung kepada Leuniey Natasha yang terkilan apabila dia tidak dijemput ke majlis pernikahan anak sulungnya bersama Khairul Fahmi Che Mat (Apek) jumaat ini akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Leuniey Natasha sendiri telah menyerahkan kad jemputan kepada bapa kandungnya, Jaafar Mohamad itu semalam..

Perkara ini telah diberitahu sendiri oleh pengurus Apek yang menemani Leuniey dan sepupunya ke rumah Jaafar semalam untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan.. Kehadiran Leuniey itu telah disambut baik oleh Jaafar dan isterinya bersama adik kandung Leuniey yang tinggal bersama keluarga tersebut.

Namun bapa kandung Leuniey mengesahkan yang dirinya tidak dapat hadir pada hari bersejarah buat anaknya itu atas sebab-sebab tersendiri namun mendoakan kebahagiaan Leuniey dan Apek selain berharap majlis pernikahan itu dapat berjalan dengan lancar.

Leuniey berkata, keputusannya untuk menyerahkan sendiri kad jemputan itu kepada bapa kandungnya bukanlah disebabkan kenyataan akhbar sebelum ini, sebaliknya Leuniey sendiri yang telah berjanji sebelum ini untuk menyerahkan kad jemputan itu kepada bapanya..

Dalam pada masa yang sama, Leuniey juga tidk menyalahkan bapanya yang telah membuat kenyataan kepada media semalam kerana dia faham akan situasi bapa kandungnya itu. Dan sebagai anak, dia memang berharapkan kehadiran bapa kandung pada majlis paling bersejarah dalam hidupnya itu nanti..

Sumber:Murai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS