Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Aduh!!! kemek Ferrari ku

Posted: 27 May 2011 09:00 PM PDT






Kolam penguin di Zoo London berharga RM9.93 juta

Posted: 27 May 2011 08:35 PM PDT

LONDON - Sebuah kolam terbesar penguin berharga £2 juta (RM9.93 juta) dibuka kelmarin di Zoo London di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia mempunyai ruang untuk pengunjung melihat apa yang berlaku di dalam kolam itu menerusi tingkap yang disediakan.

Pakar penguin Persatuan Zoologi London, Tom Hart berkata, kolam itu lebih besar dan dalam berbanding yang yang terdapat di zoo itu sebelum ini.

Sebelum ini, zoo itu mempunyai kolam untuk penguin yang dibina pada 1934 tetapi ditutup lapan tahun lalu selepas pakar-pakar menyatakan ia tidak lagi sesuai untuk didiami haiwan tersebut. - Agensi

saya petik dari kosmo online

Hebat..nenek 89 tahun gunakan beg tangan gagalkan rompakan

Posted: 27 May 2011 07:30 PM PDT

Hebat nenek ni....
saya petik dari myMetro

SYDNEY: Seorang wanita warga emas Australia yang terselamat daripada cubaan rompak berkata, dia tidak teragak-agak "membunuh" penjenayah itu jika berkesempatan.

Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai Jean itu, dia sedang berborak dengan dua rakannya di kawasan letak kenderaan bawah tanah di Melbourne apabila dihampiri seorang lelaki "selekeh." Kata Jean, 89, lelaki terbabit mengacu pisau ke leher rakannya, Marie, 82, untuk memaksanya menyerahkan beg tangan.

Ketika itu Jean menggunakan beg tangannya memukul muka perompak terbabit.

"Saya sangka dia mahu membunuh kawan saya dan ia tak boleh dibiarkan," katanya.

Kata Jean, jika berpeluang dia mahu membunuh perompak itu.

Sementara itu, Marie berkata, dia cuba menendang kangkang perompak itu tetapi gagal kerana kakinya tidak mampu diangkat cukup tinggi.

Perompak terbabit melarikan diri selepas beberapa orang awam datang untuk membantu. - AFP

Pengasas Facebook hanya makan daging haiwan yang dibunuhnya sendiri

Posted: 27 May 2011 06:00 PM PDT

Dahsyat dia punya diet...
saya petik dari Berita Harian online

SAN FRANCISCO: Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg hanya makan daging dari haiwan dibunuhnya dalam usaha menghargai kematian haiwan itu bagi membolehkan jutawan itu terus hidup. 

 Jutawan berusia 27 tahun itu mengamalkan diet itu sebagai siri cabaran peribadi terbarunya bagi menghabiskan masa terluang jika tidak berkerja mengendalikan Facebook, lapor majalah Fortune, kelmarin. 
 "Saya makan banyak makanan berkhasiat," kata Zuckerberg yang dipetik Fortune ketika berbual mengenai langkah menukar pemakanan ternakan disembelih dalam menunya. 

 "Saya juga belajar banyak mengenai pertanian mapan dan cara menternak haiwan. Ia mudah untuk makan apa saja dihidangkan apabila kita boleh makan makanan bagus setiap hari," tambahnya. 

 Seorang chef di Lembah Silikon yang tinggal tidak jauh dari kediaman Zuckerberg di utara California, Palo Alto turut memperkenalkan beliau kepada petani tempatan dan mengajarnya membunuh ayam, babi dan kambing pertamanya,  
kata Fortune. – AFP

Lelaki ini ketagih sosej

Posted: 27 May 2011 05:00 PM PDT

David Harding. (dailymail)

TEMPO Interaktif, Seorang lelaki di Greenwich, Britain, ketagihan sosej. Setiap hari, David Harding, 47 tahun, bioleh makan 13 sosej. Akibat ketagihan sosej, kini ayah tiga anak ini tengah menjalani terapi untuk menghilangkan kebiasaan buruknya.

Demi melepas ketagihan dari sosej, David sudah keluar wang sebanyak 2.000 poundsterling. Tiap bulan selama satu jam David harus bertemu dengan psikologi dan membicarakan kecanduannya itu. "Saya tidak boleh hidup tanpa sosej," katanya seperti dikutip dari Daily Mail, Khamis 26 Mei 2011.

David mula tergila-gila dengan sosej ketika dia berumur lima tahun. Setiap hari David pasti makan sosej dalam berbagai olahan, mulai dari digoreng, dimasukkan ke dalam roti sampai makan dengan kentang.

Sosiej kegemaran David adalah sosej buatan McWhinney's. Dalam satu tahun dia menghabiskan 700 poundsterling untuk membeli sosej. David sedar dia ketagihan sosej dan tidak boleh  lepas dari sosej ketika isterinya membuat sosej untuk makan malam dan rasanya tidak enak. "Ketika itu saya marah dan kecewa," katanya.

Sejak itu, David merasa harus berkonsultasi tentang ketagihannya terhadap sosis. "Saya merasa ada yang salah. Saya perlu konsultasi dengan seseorang yang profesional," ujar pria yang bekerja sebagai akauntan ini.

Direktur pelaksana perusahaan sosis McWhinney's, Kevin McWhinney, mengatakan senang ada seseorang yang ketagihan sosejnya. "Tapi saya berharap dia boleh mengendalikan kebiasaannya ini," kata dia.

Aksi gay tua yang menggelikan

Posted: 27 May 2011 11:01 AM PDT

selamba je atuk-atuk gay ni.....

Pelihara Ayam di Kampus, Mahasiswi Oxford Didenda

Posted: 27 May 2011 10:01 AM PDT

TEMPO Interaktif, Oxford - Biasanya bilik mahasiswa penuh dengan poster idola mereka, seperti penyanyi atau group band tersohor. Namun, seorang mahasiswi S-1 di Universiti Oxford, Inggris, punya koleksi lain di bilik asramanya.

Mahasiswi yang tidak disebutkan identitinya itu memelihara ayam dalam bilikrnya dan dia dikenai denda yang tidak disebutkan jumlahnya. Seorang lagi mahasiswi lainnya didenda  kerana menyimpan sekarung jerami.

Pihak kampus juga mengenakan denda bagi mahasiswa yang melempar telur, membiarkan sampah di bilik, dan mengerjai teman yang sedang tidur. Hukuman berupa membersihkan kampus juga diberikan bagi pelajar yang melanggar peraturan.


Namun, sejumlah mahasiswa Oxford menolak peraturan denda itu. "Hukuman denda tidak adil dan ekstrem," kata seorang pelajar yang sudah berkali-kali dikenai denda kerana melanggar peaturan.

Subhanallah.. Seekor Anjing Tetap Hidup Meski Ditembak Kepalanya 40 Kali, Diikat dan Dikubur Hidup-Hidup

Posted: 27 May 2011 09:01 AM PDT

'Bintang' terlihat kesusahan bernafas kerana dikubur di pasir dalam keadaan kepalanya ditembak sebanyak 40 kali.

REPUBLIKA.CO.ID,BIRZEBBUGA – Ini mungkin kes paling buruk yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali pada bahagian kepalanya, diikat, dan kemudian dikubur hidup-hidup dengan hanya  hidungnya di biarkan dipermukaan pasir. Tapi, Subhanallah.. anjing itu tetap hidup.

Anjing  (crossbreed mongrel) yang diberi nama 'Bintang' oleh penyelamatnya itu ditemukan di dekat Kota Birzebbuga, Malta. Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang ketika itu sebenarnya sedang menyiasat kes lain.

Ketika sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang ditindih sebongkah kayu pohon besar. Ketika memeriksa arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut kerana melihat seekor anjing dikubur dengan keadaan hanya hidung yang dibiarkan di permukaan pasir.

Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut, kekejutan lainnya terjadi. Keempat kaki 'Bintang' diikat sehingga tidak boleh bergerak sama sekali.

Kekejutan belum berhenti hingga di sana. 'Bintang' ternyata ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya,pasukan doktor berhasil mengambil 40 peluru yang bersarang di kepala 'Bintang' lewat sebuah pembedahan  di Hospital Ta' Qali.

'Bintang' berhasil selamat. Tapi, insiden penganiayaan binatang ini telah membuat api amarah masyarakat. Mereka menuntut agar hukuman terhadap pelaku penganiayaan binatang harus diperberat menjadi satu tahun penjara dan tahan denda 46.500 euro.

Kelompok pecinta binatang minggu depan merancang mengadakan aksi diam sebagai bentuk protes atas tindakan 'menjijikan' terhadap 'Bintang'. Lainnya memberikan dokongan lewat facebook di mana jumlahnya sudah mencapai 7.000 pengikut.

Sebanyak 1.000 orang lebih telah menandatangani petision didunia maya untuk membantu menangkap pelaku penyiksaan 'Bintang'. Mereka juga sepakat menyumbang untuk membayar kos pembedahan 'Bintang'. Sebuah perhiasan senilai 250 euro telah disiapkan sebagai hadiah bagi siapa yang berhasil menangkap pelaku penyiksaan 'Bintang'.

Dipecat Hanya kerana Tatap Mata Arnold Schwarzenegger

Posted: 27 May 2011 08:00 AM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Cinta gila sepertinya telah merasuk ke Arnold Schwarzenegger. Dari pengakuan sejumlah saksi , bintang Hollywood dalam filem Terminator tersebut seolah menghalalkan segala cara guna menutupi perselingkuhannya dengan sejumlah wanita.

Arnold diketahui sering menggunakan wang dan fasiliti negara guna berselingkuh di sebuah hotel mewah, Hyatt Regency Hotel di Sacramento.

William Taylor, veteran penegak hukum yang pernah menjadi ketua keamanan di hotel itu mengungkapkan sebahagian besar pegawai hotel dan staf gabernor tahu semua yang terjadi, tetapi mereka semua terlalu takut untuk bicara, kerana Schwarzenegger mengintimidasi mereka begitu rupa, misalnya tidak boleh bertatap mata langsung dengannya.

Dilansir National Enquirer, yang mengejutkan, kata Taylor, dua staf hotel dipecat gara-gara berani menatap mata Schwarzenegger. "Setelah itu, tak satu pun orang berani bercakap soal kegiatan rahsia  bintang itu, bahkan di antara mereka sekalipun, takut dipecat," kata Taylor.

Tuduhan Taylor, yang harus melalui 'lie detector' untuk mengungkapkan testimoni tersebut- menambah panjang daftar tuduhan yang diletakkan kepada Schwarzenegger, setelah ia mengungkap perpisahannya dengan Maria Shriver yang telah dinikahinya selama 25 tahun.

Tak lama setelah itu terungkap, Schwarzenegger punya anak dari hubungan gelapnya dengan salah satu staf rumah tangga gabernor, iaitu Mildred Baena. Aktor Hollywood ini juga dikatakn memberikan wang 65.000 dolar AS sebagai wang muka pembelian rumah Baena di Bakersfield California. Rumah itu dibeli agar anak yang menginjak remaja itu punya tempat berteduh.

Taylor mengaku, berani buka suara kerana Schwarzenegger memanfaatkan dirinya, pasukan keamanan hotel dan CHP untuk menyalahgunakan wang negara dan menipu keluarganya. "Saya suka kebenaran tentang orang ini akhirnya terungkap dan saya yakin bukan satu-satunya yang percaya dia buat dan sepatutnya dia menerima ini semua," tanda Taylor.

Impak dari pengakuan Taylor itu cukup besar. Anggota DPR mulai menyerukan dibentuknya penyelidikan soal benar tidaknya Schwarzenegger menggunakan wang negara untuk memenuhi keperluan syahwatnya ketika menjadi gabernor California.

Buang Bayi ke Tong Sampah,Ibu Ditahan

Posted: 27 May 2011 07:00 AM PDT

ERIE - Ditemukan jasad kanak-kanak berumur 14 bulan dalam beg di sebuah tong sampah. Bayi nahas itu nampak kurus, disyaki meninggal akibat kekurangan nutrisi.

Tania R Coleman, wanita berusia 20 tahun yang mengakui bahawa dia adalah ibu kanak-kanak yang meninggal itu. Pihak berkuasa setempat mengatakan, Tania sedang hamil dan memiliki dua anak perempuan yang berusia dua dan tiga tahun. Demikian dilansir Associated Press, Jumaat (27/5/2011).

Penyisatan sedang dijalankan mengenai kematian kanak-kanak ini. Kekasih wanita yang berusia 19 tahun juga ditahan.

Xavier disyaki cuba menyembunyikan kematian putri Tania dengan cara membuang jasadnya jauh dari rumah.

Kedua orang itu ditahan dengan tuduhan menyembunyikan kematian seorang anak dan membuang mayat. Tania juga didakwa atas tuduhan penganiayaan anak.(rhs)

Kaki Dimakan Tikus, Kura-Kura Berjalan dengan Skateboard

Posted: 27 May 2011 06:00 AM PDT

LONDON – Tuly, seekor kura-kura malang yang kehilangan satu kakinya, kini tidak perlu risau lagi. Kini dia boleh melangkah lebih cepat, dibandingkan teman-teman yang lainnya.

Tuly kehilangan kakinya dengan sedih sekali.. Kaki depan kanannya hilang kerana dimakan seekor tikus ketika ia sedang kelaparan.

Berkat idea gadis cilik Eleanor, anak dari Philip Chubb (64) seorang penggagas kelompok pecinta kura-kura, Tuly tak lagi kesulitan berjalan.

Di bawah badan Tuly dipasangkan papan yang diselipkan sebuah roda sebagai pengganti kaki. "Kami mendapatkan Tuly di sebuah klinik doktor haiwan, setelah ia menjalani pembedahan buang kaki demi keselamatan nyawanya," ujar Philip Chubb, seperti dilansir Orange, Jumat (27/5/2011).

"Pada saat itu dia terlihat sangt lemah. Boleh bergerak dan berjalan namun sangat lambat," imbuhnya.

Kulit bawahnya selalu tergesek ketika ia berjalan. Hal tersebut dapat menambah komplikasi bagi Tuly.

"Tuly nampak tak keberatan diletakkan di atas roda tersebut dan nampak senang meluncur. Dia sekarang benar-benar kura-kura tercepat yang kita miliki dan lucu," tegasnya.

Sumber :http://www.okezone.com/

Wanita ini guna kereta kuda melalui Drive Thru Mc Donald tetapi tak dilayan

Posted: 27 May 2011 05:00 AM PDT

Peraturan sesebuah restoran kadang membuat pelanggan merasa kecewa. Seperti yang terjadi di Alfreton, Debyshire, Britain. Hanya gara-gara memakai kereta kuda, pelayan restoran cepat saji menolak melayani Debbie Murden dan kekasihya, Ashley Macro. Keduanya datang dari rumah Debbie di kawasan Pinxton. Jaraknya beberapa kilometer dari McDonald. Mereka bermaksud membeli makan tengahari, termasuk  untuk kuda.


Sesampainya di kauter drive thru, pelayan McDonald menolak dengan alasan kesihatan dan keamanan. Jaringan restoran ini memang menolak layanan untuk pelanggan yang naik kuda atau kereta kuda. Tentu saja perempuan  itu kecewa kerana dua minggu sebelumnya ia juga datang ke sana dan dilayani dengan baik. "Ini sebuah kejutan bagi saya kerana saya tidak pernah ditolak," kata Debby seraya menambahkan ia juga sering masuk ke pub atau restoran lain dengan kereta kuda.


Lantas mereka membeli makan di pesaing McDonald, yakni Kentucky Fried Chicken (KFC) yang letaknya tidak begitu jauh dari sana. Pilihan Debbie tak salah. Ia dilayani dengan baik dan boleh kembali lagi bila-bila saja. "Kami senang melayani  Debby dan siap menerimanya bila-bila sahaja," ujar seorang juru cakap KFC.
Perlakuan McDonald itu rupanya membuat Debbie sakit hati. Ia pun bersumpah baru mahu balik ke McDonald jika mereka minta maaf. "Namun, mulai sekarang saya akan menjadi pelanggan KFC," ujarnya. Namun, nampaknya, ia bakal terus menjadi pelanggan KFC lantaran McDonald tetap pada pendirian mereka. "Kami akan memastikan peraturan ini difahami semua pekerja ," kata seorang juru cakap McDonald

Penangan patung barbie

Posted: 27 May 2011 04:00 AM PDT

Tahukah anda tentang patung Barbie? Ya patung yang satu ini memiliki wajah dan bentuk menyerupai manusia. Umunya kanak -kanak kecil sangat suka memainkanya. Namun siapa sangka ternyata mainan ini sangat teruja dalam kehidupan gadis kecil yang kini telah bmenjadi wanita dewasa. Wanita ini selalu ingin tampil seperti patung barbie..






JANGAN LUPA UNDI BEN ASHAARI
DI SINI

Video: Buat Audi A7 Dari Kertas

Posted: 27 May 2011 03:31 AM PDT

jangan lupa undi BEN ASHAARI DI SINI

Selalu ada cara unik yang dipilih pembuat kereta dunia untuk memperkenalkan produk barunya ke pasaran, Audi salah satunya. Kereta keluaran Jerman yang bermarkas di Ingolstadt ini menampilkan video unik salah satu model barunya A7 mengaplikasikan teknik kerajinan kertas di pameran New York Auto Show yang tengah berlangsung di "The Big Apple" .

Audi Amerika Syarikat menggundang designer grafik Taras Lesko untuk mewujudkan hal ini dan memerlukan waktu 10 hari untuk menyiapkan.Total 285 guntingan kertas yang dicetak melalui printer warna dan dipotong-potong, lalu disambung dengan bantuan gam. Hasilnya, luar biasa. Kereta dibuat bukan cuma tampilan luar, tapi juga sampai interiornya. Jom Lihat Videonya!






Pelik..Hukuman "Kerja Paksa" Banduan di China: Bermain Game Online

Posted: 27 May 2011 02:25 AM PDT

Akriviti kerja paksa tahanan di kem buruh Jixi, China memiliki sedikit variasi berbeza. Sambil membawa cangkul dan perkakas penggali tanah lainnya, Liu Dali bekerja menggali tanah, membangun terowongan arang batu ketika hari masih terang. Dan ketika malam dia akan sibuk menggunakan keyboard dan mouse untuk bertarung di dunia game online... dengan terpaksa...

Liu, seorang bekas kerani berusia 54 tahun yang dipenjara pada tahun 2004 kerana membuat laporan secara ilegal kepada pemerintah pusat mengenai kes rasuah yang terjadi di daerahnya, mengatakan bahawa pekerjaanya pada malam hari lebih menguntungkan petugas dari pada kerja mengali terowong yang dilakukannya ketika siang.

"Ada 300 banduan yang diwajibkan bermain game online, Kami bekerja dengan 12 shift jam kerja. Saya mendengar mereka dapat wang 5000 hingga 6000 rmb dalam sehari. Meskipun kami tidak pernah melihat wangnya. Komputer tidak pernah dimatikan," ujar Liu kepada Guardian.

Apabila mereka tidak memenuhi kouta yang harus dicapai dalam sehari, hukuman fizikal menunggu mereka. "Mereka akan meminta saya berdiri dengan kedua tangan di atas, dan ketika saya telah sampai di asrama mereka akan memukuli saya dengan batang paip dari plastik," ungkap Liu.

Perkembangan perniagaan game online memang meningkat sangat pesat di China. Diperkirakan pengumpul 80% wang virtual berasal dari negara ini. Tidak adanya regulasi yang mengatur mengenai aktivitas ini mengakibatkan para banduan pun dapat dipekerja paksakan mengeruk keuntungan dari dunia maya.

Lelaki terajang pemandu ambulan yang memandu perlahan demi isterinya

Posted: 27 May 2011 01:35 AM PDT

Seorang lelaki yang tidak sabar, menendang keluar pemandu ambulan dan memandu ambulan itu sendiri ke hospital di Wuhan, China.

Lelaki yang bernama Lin ini khuatir akan keadaan isterinya yang tidak sedarkan diri setelah meminum racun setelah mereka bertengkar pada tanggal 13 Mei lalu.

Dia pun memanggil ambulan untuk segera membawa isterinya ke hospital di daerah Jianyu, dan setelah diperiksa disana, doktor memutuskan isterinya harus dirawat di hospital daerah.

Di perjalanan, Lin komplen ke pemandu ambulan kerana menurut dia ambulan berjalan terlalu perlahan. Dan setelah melalui satu jam perjalanan, dia memutuskan untuk mengambil tindakan drastik. Ketika ambulan berhenti di lampu merah daerah Wuhan, Lin memecahkan kaca pengemudi dan memberitahu ke pemandunya bahawa dia yang akan memandu sendiri ambulan tersebut. Polis mengatakan bahawa dia mengancam pemandu ambulan dengan pisau dan menendang si pemandu keluar sebelum akhirnya membawa ambulan itu ke hospital.

Si pemandu melaporkan kejadian itu kepada polis namun pada akhirnya menolak untuk meneruskan kesnya kerana merasah iba dengan Lin.

sumber: chinadaily

Inilah Wanita Yang Hobinya Suka Gugurkan Anak

Posted: 27 May 2011 12:46 AM PDT

Mendengar kisah seorang wanita asal Puerto Rico yang melakukan 15 kali pengguguran dalam 15 tahun akan terasa sangat menyedihkan. Irene Vilar, wanita yang menulis buku Impossible Motherhood itu pun digelar sebagai wanita pecandu pengguguran

Irene Vilar adalah wanita yang lahir pada tahun 1974, dimana saat itu sebanyak 37 peratus wanita yang sudah berkeluarga dimandulkan untuk sebuah kajian yang dilakukan Amerika tentang pemakaian pil gugur anak.

Wanita yang mengaku telah melakukan 15 kali aborsi dalam 15 tahun itu dilahirkan dari keluarga bermasalah. Ibunya adalah seorang penagih dan pernah menjalani operasi saluran usus yang membuatnya depresi dan akhirnya meninggal dunia kerana bunuh diri. Ayah dan kedua abangnya pun merupakan penagih heroin.

Pada saat duduk di bangku kuliah, Vilar bertemu dengan seorang profesor berumur 50 tahun yang akhirnya menjadi suaminya. Pernikahannya tidak berjalan dengan baik kerana sang suami tidak pernah ingin memiliki anak. Ia percaya bahawa memiliki anak hanya akan menghilangkan keinginan dan kemampuan seksualnya.

Selama pernikahannya dengan sang suami yang lebih tua 34 tahun darinya, Vilar sudah melakukan 12 kali pengguguran Sejak awal, suaminya selalu berkata bahawa ia menyukai wanita muda dan tidak akan sakit hati. Ia pun mengatakan bahawa wanita yang punya anak hanya akan menjadi korban gender dan tidak boleh menikmati kebebasan.

Vilar pun menjadi stress dan selalu cuba membunuh bayi yang dikandungnya setiap kali ia hamil. Namun anehnya, ketika ia sudah berhasil menggugurkan kandungannya, ia jadi ketagihan untuk melakukannya lagi. Ia merasa harus melakukan sesuatu untuk melukai dirinya sendiri.

"Saya selalu memakan pil pengguguran setiap kali hamil. Tapi setelah pengguguran yang ke-9 dan 10, saya merasa ada sesuatu yang kurang jika tidak melakukannya lagi. Lalu ketika hamil lagi, saya merasa senang kerana dapat melakukan aborsi lagi," ujar Vilar.

Vilar akhirnya mengakhir perkahwinannya dengan sang professor pada tahun ke-8 pernikahannya. Ia merasa tidak tahan lagi dengan sikap suaminya yang narsis dan suka mengatur.

Ia pun mengaku bahawa keberaniannya membuat buku yang berjudul Impossible Motherhood terinspirasi dari kisah keluarganya yang sebahagian besar penagih narkoba dan juga keadaan ekonominya yang buruk.

Namun dalam bukunya itu banyak pertanyaan yang tidak terjawab seperti bagaimana ia boleh hamil beberapa kali? Apa yang terlintas di kepalanya ketika melakukan pengguguran atau sudah pernahkah ia mencuba cara lain untuk mencegah kehamilan seperti pemakaian kondom?

Para ahli mengatakan bahawa Vilar mungkin mengalami gangguan mental. Namun mereka tidak terlalu terkejut dengan kes yang dialami Vilar, kerana hampir 10 peratus wanita yang melakukan pengguguran berulang-ulang, biasanya akan ketagih dan terus melakukannya lagi.

Meskipun Vilar merasa tindakannya sudah membuatnya ketagihan, namun ia merasa sangat terganggu dan tidak ingin ada orang lain yang melakukan hal yang sama seperti dirinya.

Pelajar 14 Tahun Dapat Kereta Chevy Camaro 2011 kerana rajin datang sekolah

Posted: 26 May 2011 11:30 PM PDT

Chevy Camaro 2011

Kamu pasti akan iri dengan Kenzie Denton, pelajar yang masih berumur 14 tahun ini mendapat hadiah kereta Chevy Camaro terbaru keluaran 2011 dari sekolahnya. Kenapa? Jawabannya kerana rajin datang kesekolah dan nilai-nilai prestasi yang tinggi.

Pelajar-pelajar di Forth Worth, akan mendapatkan hadiah apabila rajin datang sekolah dan nilai-nilainya baik. Semakin rajin dan semakin bagus nilai prestasinya, maka tiket undian yang diterima juga semakin banyak. Ertinya peluang memenangkan undian semakin besar.

Denton, pelajar yang berhasil memenangkan hadiah utama berupa kereta sport Chevy Camaro, menangis gembira ketika kereta itu jatuh ke tangannya.
"Mungkin saya akan membiarkan orang tua saya memandunya, setelah siap baru saya akan memintanya kembali," ujar Denton yang pada usianya 14 tahun memang belum diperbolehkan memandu kereta.

Selain kereta, untuk juara runner up, disediakan 24 touch-screen tablet.Menurut pihak sekolah undian ini diadakan agar murid semakin rajin belajar dan semakin rajin sekolah.
sumber: digital spy

Aneh...Kucing ini makan 1/4 liter beras setiap hari

Posted: 26 May 2011 10:00 PM PDT

BUKITTINGGI- Kucing umumnya memakan daging ikan atau ayam, tapi yang satu ini berbeza. Butiran beras di atas piring boleh dilahap dalam sekejap.

Seekor kucing milik warga Perumahan Bukit Lampasa, Kelurahan Panganak, Bukittinggi, Sumatera Barat, sudah sejak 2 bulan lalu melakukan kebiasaan ini.

Neri, pemilik kucing, mengatakan kucing jantan berusia 6 bulan itu diketahui suka makan beras setelah beberapa kali suka bermain di dalam karung beras.

Awalnya Neri mengaku tidak menyangka Pussy, panggilan akrab kucingnya, memakan beras. Dia baru menyedari setelah lama kelamaan beras dalam karungnya berkurangan.

Setelah itu, Neri hanya membiarkan haiwan karnivora berwana putih-kuning itu keluar masuk karung beras.

"Dikira hanya main saja, tapi  beras lama-lama kurang dan ternyata Pussy makan beras," tutur Neni, Kamis (26/5/2011).

Dia menambahkan, setiap hari Pussy boleh menghabiskan sepertiga liter beras. Jumlah yang tidak jauh berbeza dengan manusia untuk makan sehari. Itu pun kerana Neri sengaja membatasinya. "Kalau tidak dia makan beras lebih banyak dari kita," ungkap Neri.

Tak ada satu pun saudara Pussy yang makan beras. Ibu kucing ini pun tidak suka memakan beras.

Tak hanya itu, Pussy juga hanya memakan makanan yang biasa dimakan manusia. Dia tidak suka tikus atau haiwan hidup lain, apalagi yang mati. "Dia juga kadang makan nasi dengan lauk pauk," tambah Neri.

Neri mengaku, tak ada keanehan atau gangguan kesihatan pada Pussy sejak punya kebiasaan makan beras. Pussy tetap lincah seperti kucing lainnya.

"Lari, main kemana-mana biasa saja. Tidak ada yang aneh. Dia seperti kucing lucu lainnya,"

Sumber :http://www.okezone.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS