Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Kisah Teman Baru Rozita Che Wan Dalam GLAM Mei 2012

Posted: 01 May 2012 08:29 PM PDT

Love Delhi! Kota penuh dramatis dengan kisah-kisah romantik ini sememangnya satu lokasi yang sesuai untuk Rozita Che Wan membicarakan teman barunya dalam siri eksklusif bersama majalah GLAM edisi Mei 2012.

Majalah GLAM membawa aktres montok, Rozita Che Wan terbang lebih 5000 KM ke negara penuh budaya, India bagi mewarnai muka depan majalah tersebut untuk edisi terbaru. Istimewanya, 42 halaman eksklusif menerima sentuhan daripada jurufoto terkenal, Bustamam Mokhtar menonjolkan sisi indah Rozita Che Wan dalam pelbagai busana berjenama seperti Marc Jacobs.

Kami kagum dengan persalinan ala kolonial musim panas yang dikenakan oleh Rozita Che Wan, sekaligus mewujudkan mood vintaj dalam setiap helaian foto-foto ini.

Mahu tahu kisah lanjut mengenai Rozita Che Wan, dapatkan naskhah GLAM di pasaran sekarang!

Foto: Nora Danish Bergambar Seksi Di Majalah Glam

Posted: 01 May 2012 08:21 PM PDT

Hari ini, sebuah laman hiburan tempatan memaparkan gambar terbaru Nora Danish didalam sebuah majalah. Tak silap kami, baru 2-3 hari lepas tersebar gambar Nora Danish sedang mengerjakan umrah.

Kelihatan beberapa keping gambar terbaru Nora Danish didalam majalah Glam Lelaki Edisi Mei/Jun 2012 dimana foto-foto ini diibaratkan oleh peminat lebih seksi dari mana-mana foto beliau sebelum ini.

Dalam beberapa keping foto tersebut, kelihatan Nora Danish mengenakan gaun satin yang sedikit sebanyak memberikan imaginasi seksi kepada mana-mana individu yang melihatnya.

Nora Danish sememangnya seorang selebriti yang sentiasa cantik dan tak salah jika OHBULAN! bariskan Nora Danish bersama selebriti lain seperti Rozita Che Wan, kan?

Kredit: Glam Lelaki Edisi Mei/Jun 2012, Rotikaya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Profile Rahim Maarof The Godfather Of Rock

Posted: 01 May 2012 08:35 PM PDT

RAHIM MAAROF – "THE GODFATHER OF ROCK"

Rahim Maarof is a well known Artist in Malaysia for over 40 years. Since being in the Mainstream for most of his career as a Recording Artist. Rahim Maarof still has the full passion as an Artist and a Performer.

As of now, he is coming out to perform in various clubs throughout Malaysia, he will be performing most of his hit singles – from his 1ST Album to his Latest New Single that has never been heard before.

Be the first to listen to his first single at Rum Jungle on the 6th of May 2012 and witness the SPECTACULAR AND AMAZING performance by Rahim Maarof and introducing great musicians from Havoq Studio leads by Man Greng.

Rahim Maarof, pengalaman lebih 40 tahun di persada seni ini telah melayakkan beliau dinobatkan sebagai barisan artis yang dihormati dan disanjungi. Berbakat di dalam bidang muzik mahupun bidang lakonan, belaiu memiliki personality yang tersendiri dan unik. Rahim Maarof yang sentiasa merendah diri, dianggap sebagai salah seorang icon dan lagenda rock.

Penglibatan beliau di persada seni muzik tanah air tidak pernah putus, beliau masih lagi aktif di atas desakan peminat yang masih mengikuti perkembangan beliau. Peminat masih meminati kelainan muzik Rahim Maarof yang dianggap generic dimana keaslian muzik beliau adalah antara yang terbaik dari segi pembawakan muzik mahupun lirik yang sentiasa menyentuh jiwa dan perasaan peminat setia beliau.

Mentor

Kebanyakkan lagu serta video klip yang dihasilkan oleh Rahim Maarof sendiri, bukan sahaja mempunyai persembahan kualiti yang tinggi malah keterampilan serta gaya beliau yang unik sentiasa menjadi trend masyarakat. Hasil kerja beliau sangat dihargai oleh semua lapisan masyarakat kerana pembawaan lagu-lagu beliau selalu berjaya menyentuh perasaan peminat serta seakan-akan memahami penderitaan yang dialami pendengar.

Rahim Maarof tidak pernah bersara di dalam bidang ini malah sentiasa aktif bersama peminat muzik dalam melihat kelahiran artis-artis baru. Hasil seni beliau amat dihargai oleh peminat 'main stream' sehingga ke hari ini.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Showcase Rahim Maarof di Rum Jungle Kuala Lumpur
  • Dafi AF, Rahim Maarof, Ogy Ahmad Daud di Laman Santai
  • SingleTrackMind LIVE @ Hard Rock Café Kuala Lumpur
  • Video Persembahan Pertama Protege di Showcase Mentor 5
  • Profile RIO REIFAN
  • Profile Jimmy Shanley Pengacara Trek Selebriti
  • Sekitar Majlis Pelancaran Album Rock Cintan 3 di Pasar Seni
  • Norish Karman & Sharifah Sofea dalam Menangguh Tangisan
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Profile AB AF7
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Gosip Artis Malaysia

    sumber :-

    Gosip Artis Malaysia


    Dang Suria Tiada Niat Tinggalkan Dunia Penyiaran

    Posted: 01 May 2012 06:54 PM PDT

    Dang Suria ingin lebih memberi tumpuan kepada keluarga. 
    PETALING JAYA: Bekas personaliti Astro Awani, Dang Suria Zainuddin menjelaskan dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan dunia penyiaran sepenuhnya walaupun telah beralih kepada kerjaya baru.
    Dang Suria menjelaskan, dia masih terlibat dalam dunia penyiaran cuma tidak mahu terikat dengan mana-mana stesen buat masa ini.
    "Saya tinggalkan bidang penyiaran adalah kerana ingin memberikan tumpuan kepada keluarga dan anak-anak yang sedang membesar kerana bekerja dalam sektor ini memerlukan masa yang panjang.
    "Pada usia dan komitmen sekarang saya perlu membuat keputusan dan keluarga menjadi keutamaan saya," katanya.
    Tambah Dang Suria, kerjaya baru yang disandang sekarang iaitu sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah hotel terkemuka di ibu negara sejak setahun lalu telah banyak memberikannya ruang untuk bersama keluarga terutama pada hujung minggu.
    "Dulu memang jarang dapat bercuti pada hujung minggu dan erti balik kampung untuk balik berhari raya memang tiada kerana tahu akan berkerja pada hari tersebut.
    "Bagaimanapun kerjaya baru ini banyak memberi ruang kepada saya walaupun banyak perkara baru yang perlu saya belajar. Sekurang-kurangnya masa bersama suami dan anak-anak tidak terabai," katanya.
    Dalam pada itu, Dang Suria memberitahu dia bakal muncul sebagai pengacara untuk sebuah program di Astro dalam masa terdekat.
    Dang Suria memberitahu, itu adalah sebagai bukti dia tidak pernah meninggalkan dunia penyiaran yang dicintainya sejak sekian lama selain tidak menggangu jadual hariannya.
    "Saya sudah berada dalam industri ini selama 15 tahun dan tidak mungkin meninggalkannya begitu saja dan kembalinya saya untuk mengacarakan program tersebut bagi mengubat kerinduan saya," katanya.
    Sementara itu bercakap mengenai penglibatannya sebagai tenaga pengajar program On Air, Dang Suria memberitahu dia akan lebih menekankan kepada jenama para peserta itu dan meneliti kekuatan mereka secara individu.
    Walaupun dia ada menerima pelbagai komen negatif mengenai kemunculannya dalam program tersebut sebelum ini, Dang Suria berkata dia hanya menjalankan tugas dan berlaku jujur tanpa niat lain.
    "Tiada niat untuk saya menjatuhkan sesiapa tetapi hanya berlaku jujur selain berkongsi pengalaman saya sebagai orang lama.
    "Bagi saya seseorang yang ada niat baik kepada seseoang itu sahaja akan bersikap jujur dengan kata-katanya.
    "Jadi komen dan nasihat saya itu hanya untuk menjadi kawan yang baik kepada mereka dan bukan berpura-pura atau pun hipokrit," katanya.
    Siaran pertama On Air akan dimulakan dengan Diari On Air di Astro RIa (saluran 104) pada setiap Rabu hingga Sabtu bermula 23 Mei ini, pukul 10 malam.
    Studio On Air pula bakal bersiaran selama lapan minggu di Astro Ria pada setiap Ahad bermula 27 Mei ini, pukul 10 malam.

    - ---

    Awie Pernah Bergelar Ahli Gimnastik Sekolah

    Posted: 01 May 2012 06:53 PM PDT

    Awie
    PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Wings Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mendedahkan dia pernah menyertai sukan gimnastik ketika umurnya 14 tahun.
    Awie berkata dia merupakan satu-satunya ahli gimnas terbaik di sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Seri Ampang, Kuala Lumpur dan pernah mewakili sekolah untuk menjalani kursus Saintifik Gimnastik Kanada.
    "Memandangkan sukan gimnastik kurang popular pada ketika itu, tidak banyak ilmu yang saya peroleh dan hanya melibatkan diri selama setahun sahaja.
    "Tetapi saya tidak pernah berhenti daripada berlatih dan idola saya pada ketika itu ialah Nadia Comaneci," katanya yang dihubungi di sini, Selasa.
    Tambah Awie, minatnya yang mendalam dalam sukan tersebut membuatkan dia kerap membuat aksi gimnastik di atas pentas pada awal kemunculannya bersama kumpulan Wings.
    Bagaimanapun, tegas Awie, walaupun sukan gimnastik dilihat feminin dan kurang sesuai bagi seorang penyanyi rock sepertinya, ia bukan sukan yang mudah sebaliknya memerlukan kekuatan otot sepenuhnya.
    "Rasanya tidak salah jika lelaki seperti saya menyertai sukan ini kerana ramai sahaja lelaki yang aktif di bidang ini dan lihatlah bagaimana sasanya mereka.
    "Bagaimanapun, sukan ini masih lagi menjadi kegemaran dan adakalanya saya akan mempraktikannya sekadar untuk meregangkan otot.
    "Selain itu, sukan ini juga telah banyak mengajar saya mengenai cara penjagaan pemakanan yang sihat," ujarnya.
    Sementara itu, Awie bakal memulakan penggambaran filem Amukan Frankenstein Tempatan pada 10 Mei ini, arahan Mamat Khalid.

    - ---

    Watie (Elite) dan Joey Akhirnya Dedah Tarikh Nikah

    Posted: 01 May 2012 06:52 PM PDT

    Anak tunggal Watie iaitu Adam segak berbaju Melayu bagi meraikan hari bahagia ibunya.
    KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi, Norwati Sadali atau Watie Elite dan suaminya, Zulkifli Daud (Joey) akhirnya mendedahkan tarikh pernikahan sebenar mereka selepas hampir lima bulan berteka-teki dengan pihak media.
    Watie, 35, berkata, dia dan Joey telah selamat bernikah pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa di sini dengan berwalikan adiknya iaitu Mohd Nor Azni Sadali.
    "Ada banyak sebab mengapa kami enggan mendedahkan mengenai pernikahan kami kepada pihak media pada masa itu walaupun sebenarnya ingin berterus terang.
    "Bagaimanapun semuanya telah selesai dengan baik dan diharapkan penjelasan ini telah menjernihkan keadaan," ujarnya.
    Watie dan Joey, 38, ditemui ketika diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.
    Watie dan Azza bersama pasangan masing-masing teruja dapat bersanding bersama-sama.
    Turut diraikan adalah rakan baiknya iaitu Azza dan pasangannya iaitu Azlan Zulaily.
    Terdahulu, pasangan ini kecoh dikatakan telah bernikah secara senyap dan apabila ditanya kedua-dua mereka enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut.
    Dalam pada itu, berkongsi detik dia dilamar suaminya, Watie berkata, Joey telah melamarnya pada ulang tahunnya pada 20 April tahun lalu namun tidak mengambil terlalu serius dengan lamaran tersebut.
    Namun kata Watie, tanpa disedari suaminya itu telah menguruskan semua hal berkaitan pernikahan mereka dan hanya mengetahui akan dinikahkan pada tengah hari sebelum majlis dilangsungkan.
    "Saya benar-benar tidak tahu Joey dan keluarga saya telah berpakat untuk mengadakan majlis itu dan pada tengah hari 22 Disember itu kakak saya telah menyuruh agar saya bersolek dan mengenakan pakaian yang cantik kerana keluarga Joey ingin bertandang.
    "Masa tu saya tak fikir lain dan hanya menyangka kehadiran keluarga Joey dari Johor hanyalah untuk merisik saya dan tak sangka lepas solat Asar Tok Kadi semua ada di dalam rumah," katanya.
    Pada majlis tersebut, turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah kerabat diraja Pahang iaitu Datuk Tengku Kamaruzaman.
    Manakala artis yang turut hadir adalah Mawi dan isteri, Ekin, Haiza, Maya, Zain Saidin, Sasha (Elite) dan Zila Bakarin.
    Sementara itu, Watie yang kelihatan anggun dalam busana pengantin dari rona emas memberitahu berasa teruja dapat bersanding dengan rakan baiknya namun memohon maaf kerana tidak dapat menjemput semua kenalan ke majlis tersebut.
    Watie berkata, dia dan Joey akan bersanding sekali lagi pada 7 Julai depan di Mydin Subang Jaya bersempena dengan karnival perkahwinan pasaraya itu dan berhasrat untuk menjemput semua kenalannya.
    "Insya Allah majlis resepsi di Mydin nanti saya akan jemput semua rakan-rakan untuk hadir," ujarnya.
    Watie dan Azza juga menerima kejutan daripada Tengku Kamaruzzaman yang telah menaja percutian ke Pulau Tioman kepada mereka sebagai hadiah berbulan madu.

    - ---

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

    sumber :-

    Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


    Gambar dan Video Skandal Seks Azmin Ali Tersebar?

    Posted: 01 May 2012 09:36 AM PDT

    Gempar Gambar-Gambar Skandal Seks Azmin Ali telah tersebar. Azmin Ali adalah Naib Presiden parti Keadilan Rakyat (PKR), Gambar tersebut tersebar apabila Azmin Ali intim dengan seorang wanita muda didalam sebuah Apartment.

    Gambar tersebut telah di upload pada semua laman blog yang baru dicipta dan tidak pasti kesahihannya di laman http://scandalazminali.blogspot.com/2012/04/pendedahan-skandal-seks-azmin-ali.html?zx=2b63e994c2afa3d3

    Gambar Skandal itu di lihat mempunyai 6 keping gambar dengan pelbagai posisi indah lagi mesra. Antaranya adalah aksi bermesra di atas sofa dipercayai dalam sebuah rumah dan aksi seks oral di dalam tandas. Walaupun G.A.M menerima email ini dari seseorang kesahihannya G.A.M masih ragu ragu, ini kerana perut Azmin Ali dengan perut lelaki dalam video dibawah tak sama.

    Meskipun foto-foto itu sudah tersebar di internet sejak semalam, namun setakat ini, Azmin tidak memberi sebarang respon untuk menafikan berkenaan perkara tersebut.


    Apa pandangan Anda, jom kita saksikan dan anda nilaikan...


    Video Skandal Seks


    Berikut antara beberapa keping gambar yang dimaksudkan berkenaan;







    G.A.M berharap Azmin Ali akan tampil ke hadapan dan menafikan dakwaan ini. Diharapkan tuduhan ini akan dapat diperjelaskan, khasnya pelbagai lapisan masyarakat yang telah mempercayai isu gambar ini...

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Berita Harian: Hip

    sumber :-

    Berita Harian: Hip


    Zizan diarah berehat

    Posted: 30 Apr 2012 02:55 PM PDT

    Hip

    Doktor sahkan Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH2011 keletihan melampau

    PENGACARA TV Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011), Razizan Razak di masukkan ke wad sejak Ahad lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana mengalami radang otot atau acute myositis yang menyebabkan tubuhnya lemah.

    Ketika itu, Razizan atau Zizan sedang bersiap sedia untuk bertolak ke Ipoh bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengacara Melodi yang disiarkan secara langsung sempena Karnival Jom Heboh.

    Di atas nasihat doktor, aktiviti seninya akan dihentikan buat masa ini dan bergantung kepada tahap kecergasan Zizan. - Marina Juki, Pengurus Zizan

    Bagaimanapun, melihat kepada keadaannya yang kurang bermaya, Zizan dibawa menjalani ujian darah sebanyak dua kali dan doktor mengesahkan pengacara dan pelakon ini mengalami radang otot.

    Susulan itu, dia diberikan protein, vitamin dan antibiotik bagi memulihkan tenaganya.

    Pengurusnya, Marina Juki berkata, doktor yang merawat Zizan juga turut menasihat artis komedi ini berehat sementara waktu dari sebarang aktiviti seni sekurang-kurangnya selama dua minggu bagi memastikan keadaan tenaganya benar-benar pulih.

    Menurutnya, sebelum dimasukkan ke hospital lagi, Zizan berada dalam keadaan kurang sihat seperti batuk berpanjangan dan sakit-sakit badan.
    "Dia memang tak duduk diam. Mungkin sebab itulah dia keletihan. Malahan pada Sabtu lalu (26 April), Zizan sempat memenuhi permintaan sebuah syarikat permotoran untuk melakukan acara promosi.

    "Zizan dan Aaron Aziz adalah duta produk M7 milik syarikat itu. Pada hari itu, Zizan masih mampu memandu kereta drift. Bukan untuk sebarang penggambaran pun, tapi sekadar suka-suka.

    "Hanya selepas itu, apabila kami hendak bersiap sedia bertolak ke Ipoh, Zizan mengadu sakit dada dan sakit belakang. Batuknya sejak lebih seminggu lalu tak juga sembuh. Ini membuatkan kami membuat keputusan untuk membawanya ke hospital," katanya kepada Hip.

    Tambah Marina lagi, doktor mengakui antara faktor Zizan mengalami keradangan otot kerana masa rehat yang tidak mencukupi.

    "Di atas nasihat doktor, aktiviti seninya akan dihentikan buat masa ini dan bergantung kepada tahap kecergasan Zizan sendiri. Dia juga amat berterima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan kesihatannya menerusi laman sosial seperti facebook mahupun Twitter selepas mendapat khabar berita berkenaan tahap kesihatannya yang lemah.

    "Zizan sendiri tidak menyangka akan ditahan wad selama beberapa hari dan akan kembali aktif setelah sihat sepenuhnya selepas ini. Bagaimanapun, keadaannya sekarang semakin baik. Raut wajahnya juga nampak lebih segar dan lebih bermaya," katanya.

    Katanya lagi, Zizan yang sebelum ini sibuk menjalani penggambaran filem Tokan akan berehat selama beberapa hari sebelum menghabiskan baki penggambaran kira-kira 10 hari lagi manakala keputusan sama ada mahu membabitkan diri dalam program terbitan Astro, Superspontan hanya akan diketahui setelah menerima laporan kesihatan daripada pihak hospital yang dijangkakan dikeluarkan esok.

    "Kalau boleh kami memang kami hendak memohon cuti daripada Astro supaya memberi peluang kepada Zizan untuk berehat secukupnya. Ini berdasarkan nasihat doktor yang mahu Zizan berehat terlebih dahulu sekurang-kurangnya seminggu.

    "Bagaimanapun, itu terpulanglah kepada pihak pengurusan Astro untuk menentukannya," katanya.

    Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani ketika dihubungi mengenai kedudukan pelawak itu dalam Superspontan memberitahu, segala keputusan sama ada Zizan akan meneruskan program itu atau tidak hanya dapat diketahui selepas menerima laporan kesihatan daripada doktor, esok.

    "Apapun, kita tunggu keputusan kesihatan daripada doktor beberapa hari lagi dan pihak Astro masih menunggu laporan kesihatan penuh yang mengesahkan samada Zizan sudah stabil atau tidak.

    "Kami juga sudah menjenguk Zizan dan setakat ini dia semakin pulih. Sebenarnya, Zizan perlukan rehat yang mencukupi dan dia sangat penat dengan tugasannya," katanya.

    Nizam, berkata pihak Astro juga akan berbincang terus dengan Zizan berkenaan kedudukannya dalam Superspontan itu kerana apa yang paling penting dan diutamakan pihaknya adalah kesihatan Zizan.

    "Kita akan bincang dengan Zizan sendiri dan setakat ini kita tidak boleh memberi sebarang jawapan dan perbincangan itu nanti akan turut membabitkan Afdlin Shauki. Keutamaan pihak kita adalah Zizan," katanya.

    Tiada niat tipu pendengar

    Posted: 30 Apr 2012 02:50 PM PDT

    Hip

    Yusry Abu Samah

    Yusry Abu Samah

    PELBAGAI pertandingan atau peraduan yang ditawarkan oleh stesen radio memang cukup menarik, lebih-lebih lagi dengan hadiah wang tunai yang agak menggiurkan.

    Ini semua dilakukan untuk meraih jumlah pendengar seramai yang boleh. Matlamat setiap radio ini memang tidak salah. Cuma format pertandingan yang agak kabur dan mengelirukan menyebabkan berlaku salah faham pendengar sehingga mereka berasa tertipu.

    Inilah yang berlaku ke atas peraduan Ketawa & Ceria anjuran radio Suria FM apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dan mendakwa peraduan itu mengelirukan sehingga dilihat seolah-olah cuba menipu pendengar.

    Nilai wang yang kami letakkan memang berjumlah RM250,000. Namun pemenang utama hanya mampu mendapatkan wang tunai RM22,400. Sebagai hadiah tambahan, kami menambah RM10,000 lagi menjadi RM32,400. Tidak ada sebab untuk menipu pendengar kami. Mungkin apa yang berlaku hanyalah disebabkan salah faham serta keliru dengan syarat yang diberikan. - Yusri Abu Samah, Ketua Operasi Suria FM

    Menurut aduan yang dikirimkan menerusi ruangan Surat Pembaca itu, seorang pengirim yang mahu dikenali sebagai Pendengar Prihatin ini mendakwa stesen radio itu mengelirukan pendengar dengan prosedur peraduan itu.

    Antara lain katanya, program yang berlangsung selama sebulan bermula 13 Mac itu tidak menawarkan hadiah seperti yang mereka dihebahkan sebelum ini apabila pemenang pertandingan akhir peraduan itu memenangi wang tunai berjumlah RM32,400, bukan RM250,000.

    Pendengar Prihatin itu juga turut mempertikaikan stesen radio ini yang hanya menawarkan wang sagu hati RM100 kepada finalis sekali gus menganggap ia tidak berbaloi dengan tenaga dan wang ringgit yang dilaburkan peserta berkenaan semata-mata untuk menyertai pertandingan peringkat akhir yang berlangsung di Kuala Lumpur itu.

    Ketua Operasi Suria FM, Yusri Abu Samah ketika ditemui Hip di pejabatnya di Petaling Jaya, menegaskan stesen radio itu tidak pernah sama sekali cuba menipu pendengarnya.
    "Dalam terma dan syarat yang kami nyatakan, pemenang peraduan Ketawa & Ceria akan ditawarkan hadiah berjumlah sehingga RM250,000. untuk pertandingan akhir, yang mana pemenang diuji dari segi kemahiran iaitu ketangkasannya untuk mendapatkan seberapa banyak wang yang boleh diambilnya dalam tempoh masa ditetapkan.

    "Dalam balang itu, nilai wang yang kami letakkan memang berjumlah RM250,000. Namun pemenang utama hanya mampu mendapatkan wang tunai RM22,400. Sebagai hadiah tambahan, kami menambah RM10,000 lagi menjadi RM32,400. Tidak ada sebab untuk menipu pendengar kami. Mungkin apa yang berlaku hanyalah disebabkan salah faham serta keliru dengan syarat yang diberikan," jelasnya.

    Sambil menyifatkan adalah perkara biasa jika ada yang tidak puas hati dalam mana-mana peraduan, Yusri bagaimanapun kecewa apabila ada pihak menganggap Suria FM begitu terdesak untuk mendapatkan jolokan nombor satu sehingga sanggup melakukan taktik kotor sebegitu.

    "Untuk apa kami bertindak sedemikian? Peraduan yang kami jalankan ini memang telus. Kalau kami menipu, masakan ramai peserta akhir meminta kami mengadakan semula peraduan ini pada masa akan datang.

    "Sebagai stesen radio yang mengutamakan kehendak pendengar, kami sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada mereka.

    "Disebabkan itulah kami memberikan wang sagu hati kepada finalis. Pada awalnya, kami memang tidak ada perancangan untuk memberikan hadiah kepada finalis lain kecuali pemenang utama kerana itu memang tiada dalam syarat awal. Tapi kami bermurah hati untuk memberikan wang berjumlah RM100 seorang atas dasar komitmen yang mereka berikan," terangnya.

    Meskipun sedikit ralat dengan dakwaan yang dilemparkan itu, Suria FM memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati atas apa yang berlaku.

    "Insya-Allah pada masa akan datang, kami akan cuba memperbaiki mana-mana yang kurang demi untuk memuaskan hati pendengar stesen radio ini," katanya.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Kosmo Online - Hiburan

    sumber :-

    Kosmo Online - Hiburan


    Diri sebenar Puteri Gambus Bongawan

    Posted:

    Diri sebenar Puteri Gambus Bongawan

    Diri sebenar Puteri Gambus Bongawan

    GILAKAN KAMU pasti menyimpan interpretasi ironi bagi Fauziah Suhaili, 23, atau cukup dikenali dengan jolokan Fauziah Gambus. 'Kamu' itu boleh merujuk kepada seseorang individu malah tidak salah juga dikatakan makna itu ditujukan khas buat aliran muzik yang dibawanya sejak berkecimpung dalam arena seni.

    Gilakan Kamu sebenarnya judul single terbaharu Fauziah untuk album keduanya yang kini dalam proses pembikinan. Kata Fauziah, lagu yang dia cipta sepenuhnya itu sedikit berbeza daripada lagu-lagunya sebelum ini.

    "Kita perlu ikuti citarasa pendengar dan peminat muzik sekarang, ikut resmi ikan di laut, biar air itu masin isinya tetap tidak berubah. Justeru, saya ciptakan lagu berentak pop rock yang disulami petikan gambus ini sekadar mengikut kehendak pendengar dan peminat yang sentiasa mahukan kelainan daripada saya," ujarnya yang mengakui dia masih bereksperimentasi dalam karya-karyanya.

    Lima tahun bermandikan irama tradisional, maklum balas yang kurang enak daripada peminat yang rata-ratanya mahukan kelainan menyebabkan Fauziah mengambil langkah mencuba aliran muzik berbeza.

    Sebelum ini, Fauziah pernah muncul bersama album berjudul Fauziah Gambus pada tahun 2007 yang mengandungi sembilan buah lagu. Malangnya, album itu hanya dipasarkan di kepulauan Borneo dan cuma berjaya memasuki pasaran negara Brunei.

    Pertemuan dengan pemain gambus wanita kelahiran Bongawan, Sabah di Butik Sinar Sutera, Puchong, Selangor baru-baru ini bagaikan tidak puas, seolah-olah banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama Kosmo!.

    Jadi lelaki

    Nada berseloroh tapi serius, Fauziah menceritakan kembali bagaimana dia boleh ketagih bermain alat muzik dari negara Timur Tengah itu.


    FAUZIAH mengaku tidak pandai berfesyen, namun dia akan memastikan setiap pakaian yang dipakai tidak terlalu menjolok mata.


    "Sejak kecil lagi saya minat bermain gambus tapi datuk saudara saya (Ismail Matusin) melarang keras, katanya gambus hanya untuk budak lelaki!

    "Tapi setiap kali dia tidur, saya akan curi-curi mencuba bermain gambus sendirian tanpa bimbingan.

    "Sifu saya adalah memori saya melihat datuk bermain gambus, sehinggalah saya meyakinkan diri menyertai pertandingan bermain gambus ketika berusia 13 tahun dengan memakai baju melayu dan menyamar menggunakan nama Fauzi," singkap Fauziah bersemangat.

    Selepas memenangi pertandingan yang hanya disertai oleh peserta lelaki sahaja itu, perspektifnya semakin berkembang. Dia menjadi lebih fokus untuk mendalami keunikan gambus.

    Bercerita lebih terperinci mengenai alat muzik yang sering mengalunkan lagu ghazal itu, kata Fauziah, pada mulanya dia berhadapan dengan kesukaran untuk bermain gambus.

    "Gambus tidak ada fret seperti gitar, jadi bermain gambus perlukan pendengaran yang tajam. Pemain perlu mencari bunyi dengan memetik talinya. Jika tersalah petik sumbang bunyinya," tambah Fauziah.

    Selain alat muzik gambus, Fauziah juga mampu bermain drum, gitar dan akordian sejak menuntut ilmu dalam diploma seni muzik modul persembahan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) selama empat tahun.

    Mengimpal besi


    SELAIN gambus, Fauziah juga cekap bermain instrumen lain seperti akordian dan drum.


    Pernah memakai baju Melayu dan membawakan lagu ghazal, Fauziah sentiasa manis dengan imej sopan.

    Hal itu diakui sendiri oleh Fauziah yang bermula dengan imej wanita Melayu dan seringkali mengenakan kebaya ketika membuat persembahan menyanyi sambil bermain gambus.

    "Saya ikut arus pemodenan dan genre muzik yang saya persembahkan, kalau lagu rock saya perlu sesuaikan pakaian saya dengan genre lagu itu.

    "Tapi saya akan pastikan pakaian saya tidak terlampau seksi. Saya masih belajar dan perlahan-lahan akan cuba menyesuaikan diri," kata si gadis yang dahulunya tidak pandai berfesyen apatah lagi berjalan dengan sopan.

    Dahulunya, Fauziah seorang gadis yang sederhana. Bukan taksub berfesyen apatah lagi menduga status dirinya yang kini bergelar artis.

    "Saya dulu 'ganas' orangnya, selalu apabila ada masa terluang saya akan mengikut bapa saya membaiki atap rumah orang atau mencuci kenderaan.

    "Kadang-kadang saya akan mengimpal besi dan hasilkan pintu pagar besi untuk rumah jiran-jiran saya di Sabah. Pendek kata, saya bukan gadis yang stereotaip," kata anak kedua daripada lima beradik itu.

    Malah, dia juga memiliki hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi. Buktinya, Fauziah mempunyai sebuah motosikal Yamaha TZM 150 berwarna putih yang sering dibawanya bersiar-siar mahupun menghadiri kuliah jika terlambat.

    Kareena tolak tawaran Karan

    Posted:

    Kareena tolak tawaran Karan

    Kareena tolak tawaran Karan


    KAREENA KAPOOR telah menolak untuk berlakon dalam sebuah filem baharu yang bakal menggandingkan dia dengan Emraan Hashmi.


    Penerbit terkenal, Ekta Kapoor dan pengarah tersohor Bollywood, Karan Johar dilaporkan mahu mendapatkan Kareena Kapoor untuk menjadi heroin sebuah filem baharu.

    Filem yang bakal diarahkan oleh seorang pengarah baharu itu menampilkan aktor Emraan Hashmi untuk watak hero. Namun, Kareena dikatakan telah menolak tawaran tersebut.

    Kareena sebelum ini diketahui umum merupakan sahabat Karan dan dia tidak pernah berkata tidak kepada sebarang tawaran pengarah filem pecah panggung, Kuch Kuch Hota Hai itu.

    Menurut IANS, Kareena yang baru selesai menjalani penggambaran filem Heroine mengakui menolak tawaran untuk membintangi filem terbitan bersama Karan dan Ekta itu pada minggu lepas.

    Namun, tersebar spekulasi mengatakan Kareena menolak tawaran berlakon filem itu kerana enggan bergandingan dengan Emraan yang terkenal dengan watak- watak lakonannya yang sering terbabit dalam adegan panas menerusi filem-filem lakonannya.

    Aura Upin & Ipin The Musical

    Posted:

    Aura Upin & Ipin The Musical

    Aura Upin & Ipin The Musical

    Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


    UPIN & IPIN THE MUSICAL akan dipentaskan di Istana Budaya sehingga 7 Mei ini.


    BUAT pertama kalinya dipaparkan dalam bentuk hidup di pentas Istana Budaya menerusi karya teater muzikal Upin & Ipin The Musical, karakter animasi Upin & Ipin nyata sukses dalam memberikan impaknya yang tersendiri.

    Bermula dengan sebuah animasi dalam bentuk tiga dimensi (3D) sehinggalah kemunculan di layar perak, nama dua adik-beradik kembar Upin dan Ipin kini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

    Bukan sahaja dalam industri hiburan tempatan, malah karakter animasi tersebut turut memberi fenomena kepada negara luar seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina dan Thailand.

    Diterbitkan bersama Les Copaque Sdn. Bhd. dan CTRA Production, Upin & Ipin The Musical bermula dengan kisah Puteri Cinonit yang berasal dari dunia lain yang mana dia tidak pernah menikmati perasaan gembira. Apabila melihat dan bertanya kepada cermin sakti mengenai kegembiraan, Upin & Ipin telah menjadi jawapan kepada persoalan Puteri Cinonit itu.

    Mengulas mengenai Upin & Ipin The Musical, tidak dinafikan teater tersebut sememangnya ditujukan khusus buat golongan kanak-kanak yang meminati siri animasi yang cukup terkenal itu. Permulaan cerita yang agak perlahan memberi sedikit rasa bosan namun tarian dan nyanyian sepanjang teater berlangsung, kemudian berjaya menaikkan aura dan tenaga pementasan ini.

    Apa yang pasti, pementasan muzikal ini dilihat membuka ruang kepada kanak-kanak untuk mencungkil bakat di pentas teater yang sememangnya bukan suatu perkara mudah. Tenaga dan bakat yang diberikan oleh mereka sangat luar biasa dan mengagumkan audiens.

    Walaupun mungkin karakter Upin & Ipin versi teater tidak banyak persamaan dari segi rupa dan suara kerana bukan dilakonkan pelakon kembar, namun lakonan yang ditampilkan berjaya mengusik dan membuat penonton kanak-kanak yang hadir teruja serta bersorak gembira kerana dapat menyaksikan idola mereka di depan mata.

    Menolak faktor sebagai hiburan semata-mata, teater tersebut juga sebenarnya secara tidak langsung banyak memberi tunjuk ajar dan teladan yang baik kepada anak-anak kecil seperti erti setia kawan, tolong menolong serta menghormati orang lain.

    Permainan tradisional seperti Jan Jan Jalok dan Pukul Berapa Datuk Harimau juga ada diselitkan dalam teater ini. Ia bukan sahaja mampu mengembalikan nostalgia golongan dewasa ketika kecil dahulu, malah dilihat sebagai proses pembelajaran bagi kanak-kanak yang semakin moden dan hampir tidak mengenal bentuk permainan tradisional.

    Pujian harus diberikan kepada pengarah muzik, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang telah berjaya menyerikan pementasan tersebut dengan lagu-lagu yang ceria dan 'hidup'.

    Tidak kurang juga, set pentas Upin & Ipin The Musical diakui sangat menarik dan telah menyuntik mood yang berbeza setiap kali bertukar babak bertukar. Koreografi yang dipersembahkan pula sangat kreatif dan bertenaga hasil kreativiti koreografer, A. Aris Kadir.

    Apa yang pasti, kanak-kanak yang menonton pementasan tersebut pasti pulang dengan hati yang gembira kerana dapat bertemu dan melihat idola Upin & Ipin serta rakan-rakan yang lain beraksi secara langsung.

    Upin & Ipin The Musical masih lagi dipentaskan sehingga 7 Mei ini di Istana Budaya pada pukul 8.30 malam dan 3 petang.

    Tiket dijual pada harga bermula RM33 hingga RM453 dan sebarang maklumat lanjut sila hubungi 03-6186 6592.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Harian Metro: Rap

    sumber :-

    Harian Metro: Rap


    Wawa gugat Lisa Surihani?

    Posted: 30 Apr 2012 06:26 AM PDT

    MEMANG sudah tuah badan. Berbanding artis seusianya, laluan pelakon yang meningkat naik, Wawa Zainal ternyata cukup mudah untuk mencari tapak di persada hiburan tanah air.

    Meniti usia 20 tahun dengan pembabitannya lebih setahun dalam bidang seni, pelakon kelahiran Lahad Datu, Sabah yang juga pemilik nama sebenar, Nur Hawa Zainal Abidin dan bernaung di bawah payung pengurusan MIG ini sudah mendapat kepercayaan daripada ramai pengarah untuk beraksi sebagai teraju utama dalam filem.

    Lebih membanggakan, Wawa juga beraksi sebagai teraju utama dengan aktor popular Shaheizy Sam dalam filem Kisah Paling Gangster dan Aeril Zafrel dalam filem 99 Kali Rindu. Manakala dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu dia memegang watak pembantu yang tidak kurang pentingnya.

    Antara filem lakonannya sebelum ini ialah Seram Sejuk, Sumpahan Kum Kum, 3 Temujanji, Budak Pailang, Aji Noh Motor dan Hantu Dalam Botol Kicap.


    Secara peribadi, Wawa yang mula diperkenalkan menerusi drama Klik dan dikenali ramai menerusi watak Bunga dalam drama bersiri Ana Lu'Lu mengakui, dia berlakon bersandarkan minat yang cukup mendalam dalam bidang lakonan, sejak di bangku sekolah lagi.


    "Mungkin orang tidak tahu, saya banyak menyertai pelbagai pertandingan sketsa dan pementasan peringkat sekolah dan Daerah Lahad Datu pada zaman persekolahan dulu. Menyedari minat saya itu, guru dan kawan-kawan sekolah juga memberi galakan pada saya untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan.

    "Justeru, selepas adik saya terbaca mengenai uji bakat anjuran MIG di Internet, saya terus memberanikan diri menghantar resume dan menghadiri uji bakat dengan ditemani abang di Kuala Lumpur. Ketika itu, saya menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Syukur, rezeki juga berpihak pada saya untuk menjadi artis MIG bermula Ogos 2010," katanya.

    Anak kelapan daripada sebelas adik-beradik yang dilahirkan tanggal 12 Februari 1992 ini turut berlakon dalam drama bersiri iaitu Impian Raya Emelyn, Cintaku 120km/j, Cinta Buat Emelda dan Bunga-Bunga Syurga yang ditayangkan di TV3. Terbaru, dia sibuk di lokasi penggambaran drama arahan Azmi Hatta berjudul Cahaya Iman.

    Pelakon jelita yang mengagumi Erra Fazira, Que Haidar, Nurkhiriah dan Wan Maimunah berkata, keluarga adalah pembakar semangatnya untuk terus mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.

    "Saya berlakon dengan restu dari keluarga. Justeru, walaupun berjauhan dan hidup berdikari di Kuala Lumpur, saya pastikan sentiasa pandai menjaga diri di tempat orang dan tidak hanyut dalam dunia glamor kerana sedar usia yang masih muda remaja.

    "Saya juga sentiasa berhubung dengan keluarga, dan setiap kali dapat cuti, saya akan pulang ke Sabah untuk bertemu keluarga.

    Selain itu, saya sentiasa ditemani dan pergerakan juga diawasi pihak pengurusan MIG bila keluar rumah atau ke pusat membeli belah," katanya.

    Wawa ditemui di majlis pelantikannya sebagai wajah baru Lipice di Jalan Telawi, Bangsar, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Besar Lipice, Lim Mei Yuen.

    Bagaimanapun, pelakon jelita yang pernah digosipkan dengan Sam ini juga tidak dapat mengelak bila didekati golongan VIP yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi di luar sana.

    "Saya tidak menafikan memang ada golongan VIP yang menghubungi dan mengajak untuk keluar minum tapi saya menolaknya secara baik.

    "Saya juga menganggap mereka sekadar peminat saja dan ia adalah perkara biasa dalam dunia artis yang tidak dapat lari daripada diminati golongan VIP.

    "Buat masa ini, fokus saya adalah untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan kerana banyak filem lakonan yang belum dinilai peminat lagi," katanya.

    Wawa tak terlintas rampas tawaran

    SEMUANYA bagaikan mimpi kerana dia sendiri tidak menyangka peluang keemasan itu datang dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi, ia julung kalinya dia dilantik sebagai jurucakap produk terkenal.

    Tanpa disangka, Wawa dilantik sebagai wajah baru Lipice menggantikan tempat aktres terkenal Lisa Surihani yang menjadi jurucakapnya selama dua tahun.

    Ditanya perasaannya mengambil alih tempat Lisa, Wawa menganggap pelantikannya sebagai wajah baru Lipice itu bagaikan mimpi yang menjadi nyata.

    "Saya tidak pernah anggap diri yang masih 'hijau' dapat ambil alih tempat Lisa kerana masih mencari tapak dalam bidang seni tempatan. Peluang keemasan yang datang dalam hidup saya ini memang rezeki yang tidak diduga.

    "Sebagai orang baru, saya sangat menghormati dan mengagumi bakat Lisa. Saya percaya dia tidak akan berasa tercabar dengan pelantikan saya sebagai wajah baru Lipice kerana namanya sudah kukuh dalam bidang seni.

    "Pada pandangan saya, siapalah artis yang boleh gantikan tempat pelakon hebat seperti Lisa yang mendapat gelaran 'Malaysian Darling' kerana saya sendiri tidak pernah terfikir pun untuk ambil alih gelaran itu," katanya.

    Berkongsi lanjut mengenai produk Lipice, kata Wawa, memang menggunakan produk itu, sejak di sekolah menengah.

    "Kini, selepas bergelar artis, saya memakai pelembap dan lip gloss untuk menyerlahkan kecantikannya setiap majlis. Antara produk Lipice yang menjadi kegemaran saya sekarang ialah Lipice Sheer Color dan Lipice Fruity (perisa Strawberi)," katanya.


    Zizan rehat 2 minggu

    Posted: 30 Apr 2012 06:15 AM PDT

    BINTANG serba-boleh, Razizan Abdul Razak atau dikenali dengan Zizan Razak dimasukan ke Wad Hospital Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur pada 29 April lalu, jam 3 pagi. Kejadian itu berlaku sewaktu dia bersiap untuk bertolak ke Ipoh bagi menjayakan siaran langsung Melodi di Jom Heboh!, Ipoh Perak.

    Setibanya di unit kecemasan hospital tepat jam 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. Berdasarkan hasil ujian darah, doktor mengesahkan Zizan mengalami 'Acute Myositis' atau lebih dikenali dengan keradangan otot.

    Pemenang anugerah Pengacara TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 itu, turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan pulih sepenuhnya. Setakat ini keadaan Zizan adalah stabil.

    Menurut pengurusnya Marina Juki, doktor menasihatkan Zizan berehat sekurang-kurangnya 2 minggu untuk pulih sepenuhnya, sebarang aktiviti seninya agak dihentikan buat seketika, bergantung kepada tahap kecergasan Zizan sendiri.


    "Zizan amat berterima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakannya di twitter dan facebook, Zizan sendiri tidak menyangka ditahan wad untuk beberapa hari. Namun begitu Zizan akan kembali aktif sebaik kesihatannya pulih seperti sedia-kala," katanya.


    Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan akan berehat sebelum menghabiskan baki penggambaran dalam lapan hari lagi. Disebabkan masalah kesihatan juga, Zizan berkemungkinan berehat selama seminggu sebelum kembali beraksi dalam Superspontan.

    "Sehingga pagi tadi (semalam) saya belum menerima sebarang perkembangan mengenai kesihatan Zizan. Saya hanya dapat membuat keputusan sama ada Zizan mampu meneruskan kerja-kerjanya minggu ini, sekiranya doktor sudah menyerahkan keputusan kesihatannya.

    "Bagaimanapun, dari pemahaman saya menerusi maklumat diberikan doktor Ahad lalu, Zizan perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu untuk memastikan keadaan kesihatannya benar-benar pulih sekali gus mengelakkan serangan kembali berlaku.

    "Saya berharap, dengan pemberitahuan ini dapat menjelaskan kepada semua pihak yang bekerjasama dengan Zizan termasuk peminat.

    "Apa yang berlaku tidak disengajakan dan kami tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa. Doaka Zizan sembuh secapat yang mungkin supaya dia dapat kembali beraksi dalam penggambaran filem serta program yang dijayakan ketika ini," katanya.


    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS