Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Mencabar stamina Shandy

Posted: 01 Mar 2013 03:03 PM PST

Beraksi dalam filem seram tuntut kekuatan stamina, tenaga seseorang pelakon

Meskipun tercabar kerana mengerah keringat luar biasa, aktres yang menempa populariti lewat sinetron, Pacar Khayalan dan filem seperti Eiffel I'm In Love dan Apa Artinya Cinta?, Shandy Aulia tidak menolak ketika ditawarkan beraksi dalam produksi seram.

Shandy, 26, berkata filem seram menuntut kekuatan stamina dan tenaga seseorang pelakon kerana terpaksa berdepan tuntutan adegan yang lebih kompleks, berbanding genre lain.
Saya tiada pengalaman berdepan ketakutan, walaupun saya percaya kewujudan makhluk ghaib dan halus. Tetapi saya berusaha tidak terlalu memikirkan perkara itu kerana apa lebih penting, fokus kepada lakonan dan karakter sepenuh hati," Shandy Aulia

"Ia menuntut keutuhan fizikal, malah ada ketika terpaksa beraksi lasak. Namun semua itu bukan masalah besar. Selepas beraksi dalam filem seram urban, Rumah Kentang tahun lalu, saya tertarik untuk mencari cabaran baru. Filem seram kedua yang dijayakan ini lebih menarik. Jalan ceritanya lebih menghiburkan, bahkan skripnya memiliki kekuatan tersendiri," katanya ketika ditemui wartawan pada sidang media filem, Samudra Hotel di Menteng, Jakarta Barat, baru-baru ini.

Shandy berkata, dia tidak mampu menepis tawaran yang dihulurkan kerana satu daripada faktor itu ialah peluang beraksi di bawah sutradara yang sama, Jose Purnomo.

Kesempatan itu katanya, memberi ruang untuk dia memperbaiki kelemahan dalam filem terdahulu. Malah kembali beraksi di bawah garapan Jose baginya, adalah satu penghormatan yang membuatnya berbesar hati.

"Namun saya tidak mahu selamanya terikat dalam genre yang sama. Awal karier dulu, saya lebih cenderung dalam genre cinta remaja tetapi kini saya berusaha untuk mempelbagaikan karakter. Mungkin untuk projek akan datang, saya memilih untuk beraksi dalam genre lebih serius," katanya mengakui selektif dalam pemilihan watak, terutama membabitkan tawaran sinetron.
Beraksi dalam filem seram kata Shandy, tidak mampu menjauhkan dirinya daripada memikirkan unsur mistik yang sedikit sebanyak menjejaskan fokusnya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak pernah menimbulkan ketakutan kepadanya. Ketika di lokasi penggambaran, Shandy memberikan sepenuh perhatian kepada watak yang dimainkan berbanding memikirkan unsur ghaib yang tidak pernah ditemuinya.

"Saya tiada pengalaman berdepan ketakutan, walaupun saya percaya kewujudan makhluk ghaib dan halus. Tetapi saya berusaha tidak terlalu memikirkan perkara itu kerana apa lebih penting, fokus kepada lakonan dan karakter sepenuh hati," katanya sambil mengakui Samudra Hotel menuntut keberanian yang tidak pernah diduganya.

Dalam filem itu, Shandy dituntut untuk melakonkan adegan mesra dengan pasangannya dalam lakonan, Denny Sumargo.

"Jangan terburu-buru membuat kesimpulan. Semua itu akan terjawab nanti apabila filem ini ditayangkan nanti," katanya yang tegar untuk mengunci mulut biarpun berulang kali persoalan itu diajukan.

Akuinya, kali pertama beraksi dalam filem seram menemukannya dengan kejutan tetapi filem terbarunya itu membuat dia lebih tercabar terutama untuk melakonkan babak menguji kekuatan fizikal.

"Saya dapat merasakan aura yang berbeza apabila beraksi dalam filem seram. Berbeza filem drama yang memerlukan banyak dialog dan berlakon dalam suasana romantis, suasana di lokasi filem seram sedikit mencengkam.

"Aksinya juga mendesak, memerlukan saya supaya bijak menyimpan tenaga. Banyak pergerakan tubuh, malah ada ketika satu babak mudah dan ringkas terpaksa dilakukan berulang kali.

"Memang mengerah keringat, belum lagi apabila berlakon di lokasi yang sedikit misteri. Meskipun tercabar tetapi ia membantu menghidupkan mood yang dicari," katanya.

Belum ingin anak

Sempat berhembus khabar pernikahannya dengan David Herbowo di Bali pada 12 Disember 2011 tidak direstui ayahnya, namun kekalutan yang lebih setahun berlaku itu sudah berlalu.

Setahun membawa status isteri, Shandy masih ingin menikmati keindahan alam rumah tangga bersama suami tanpa pernah mendesak diri untuk segera memiliki cahaya mata.

"Kami belum merancang untuk memiliki anak. Sementara ini, saya dan suami mahu menikmati masa berdua. Saya masih ingin bekerja, justeru belum terfikir untuk segera mempunyai anak," katanya.

Namun kata Shandy, itu bukan bermakna dia dan David menolak kurniaan Tuhan paling berharga itu. Mereka sebaliknya, menyerahkan urusan itu kepada ketentuan takdir.

"Jika diizinkan Tuhan, saya akan menerima. Namun disebabkan saya masih terikat dengan kontrak lakonan, jadi saya berhasrat menangguhkan keinginan itu dulu.

"Selesai semua, saya akan fokus untuk hamil. Besar keinginan saya untuk memiliki anak sebelum mencecah usia 30 tahun. Saya berharap dapat hamil pada usia 27 atau 28 tahun.

"Ketika ini saya terikat dengan kontrak beberapa filem, mungkin impian itu akan terlaksana sekitar dua atau tiga tahun lagi," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Abby Abadi Dikatakan Tidak Sensitif Dengan Mempolitikan Isu Lahad Datu

Posted: 01 Mar 2013 06:16 AM PST

Posted: 1 March 2013 at 10:16 pm  

Abby-Abadi-Bertudung

Sedang kita semua bersedih dengan pemergian dua orang wira yang terkorban dalam tragedi Lahad Datu, Abby Abadi melalui akaun twitternya pula dilihat tidak sensitif dengan mempolitikan isu di Lahad Datu tersebut.. Abby Abadi yang secara terang-terangan menyalahkan kerajaan terhadap isu Lahad Datu sehingga meragut dua nyawa pagi tadi mendapat tentangan yang hebat dari banyak pihak kerana mempolitikan isu tersebut..

Selain tentangan ada juga pihak yang menyokong tindakan Abby Abadi itu, Malah apa yang menariknya, ada juga yang turut mencadangkan agar Abby Abadi berkahwin dengan Azwan Ali yang dikatakan bakal bertanding dalam PRU ke-13 ni.. Pasti bahagia hidup mereka kan..

Tweet abby abadi - 1

Tweet abby abadi - 2

Tweet abby abadi - 3

Apa-apa pun setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai isu ini, sama-sama lah kita hadiahkan Al-Fatihah buat dua orang komando polis yang terkorban di Lahad Datu pagi tadi. Semoga roh kedua-dua Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada ahli keluarga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS