Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


(Gossip) Pak Nil Tak Puas Hati AC Mizal Dapat Gelaran Datuk?

Posted: 06 Oct 2010 11:11 PM PDT

Kak Vee dari radio Suria sebar gossip berkenaan seorang selebriti radio yang tidak puas hati dengan AC Mizal yang dapat gelaran Datuk, sampai dia minta pihak pengurusan dapatkan juga gelaran Datuk untuk diri'nya. Alasan'nya, populariti'nya lebih gah dari AC Mizal.

Desas-desus mengatakan Pak Nil (Aznil Nawawi) yang tidak puas hati. Tapi, kami tidak percaya pula sebab tak mungkin Pak Nil iri hati dengan AC Mizal. Kalau diikutkan, Pak Nil memang humble type dan beliau juga pernah menerima anugerah daripada Agong lagi.

Cuma yang kami pasti, Pak Nil pernah menyebut bahawa beliau teringin menjadi orang atas stesen televisyen, tiada pula kedengaran cerita gilakan gelaran Datuk-Datuk ni!

Blog Widget by LinkWithin
Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

(Gambar) Kad Jemputan Kahwin Ala Angkasa Sheikh Muszaphar Shukor

Posted: 06 Oct 2010 10:09 PM PDT

Haa, kaedahnya kad jemputan kahwin milik Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pun bertemakan angkawasan nan biru. Rekaan'nya tidak keterlaluan seperti artis-artis yang pernah kahwin sebelum ini. Simple dan sedap mata memandang. Apatah lagi dihiasi dengan muka angkasawan yang kacak bergaya, tidak lena gadis-gadis di luar sana dibuat'nya.

UPDATE : Anda buat lihat Live Streaming Perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan chat dengan beribu-ribu penonton yang lain!

Blog Widget by LinkWithin
Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Gambar Pra Perkahwinan Sheikh Muzaffar Dan Dr Halina

Posted: 06 Oct 2010 03:13 AM PDT

GAMBAR PRA PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA, SHEIKH MUZAFFAR DAN DOKTOR HALINA

Ini adalah gambar pra perkahwinan angkasawan pertama negara kita yang akan melangsungkan perkahwinan pada 10. Oktober nanti (10.10.2010), siapa lagi kalau bukan Sheikh Muzaffar dengan bakal isterinya, Doktor Halina.

Apa yang boleh kami katakan, memang superb lah gambar pra perkahwinan diorang ni. Siap terbang-terbang lagi. Thumbs up kepada editor gambar ni sebab hasil kerja anda memang terbaik. Berbaloi-baloi mereka tempah anda.

Lagi gambar pra perkahwinan Sheikh Muzaffar dan Dr Halina kat bawah ni. Serius, memang rugi kalau korang tak tengok hasil kerja terbaik siot dari team candid syndrome ni.

GAMBAR PRA PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA, SHEIKH MUZAFFAR DAN DOKTOR HALINA

GAMBAR PRA PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA, SHEIKH MUZAFFAR DAN DOKTOR HALINA

Kalau gambar pra perkahwinan dah superb macam ni, gambar kahwin nanti mestilah lagi superb dari yang ni. Kan? Tak sabar plak nak share gambar kahwin mereka kat Zon Artis ni.

Psstt: Kesian kat bomoh ni, tak pasal-pasal kantoi menipu

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


'Ingatlah anak'

Posted: 06 Oct 2010 10:57 PM PDT

KEBAHAGIAAN yang terpancar pada wajah Rita dan Aidil Zafuan ini diharap terus berkekalan.
KEBAHAGIAAN yang terpancar pada wajah Rita dan Aidil Zafuan ini diharap terus berkekalan.
Rita sedih Aidil Zafuan tidak menjenguknya sejak Aidilfitri

RITA Rudaini meminta Mohd Aidil Zafuan Razak supaya menziarahi anak mereka Airit Rayyan Rizqin walaupun sekejap kerana tidak menjenguknya hampir sebulan iaitu sebelum Aidilfitri lagi."Tak apalah saya beraya dengan anak, walaupun kesedihan di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. Cuma saya rayu kepada suami, luangkan sedikit masa menjenguk anak. 10 minit pun jadilah!
"Anak pun ada perasaan. Airit nampak macam sedih dan termenung, mungkin teringat bapanya. Tetapi apakan daya. Saya tidak boleh memaksa. Saya pasrah, mungkin inilah ketentuan Tuhan untuk diri saya," katanya kepada Hip.

Pelakon itu juga menegaskan, dia bukanlah kejam kerana memang tidak pernah terlintas langsung untuk memutuskan hubungan Aidil dengan keluarganya.

"Saya tak pernah halang suami menjenguk atau bermalam di rumah keluarganya. Saya rela berkorban apabila Aidil mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga tahun ini. Tetapi kalau mereka tidak dapat menerima hingga saya melahirkan zuriat yang juga darah daging mereka, bagaimana pula keadaannya?" tanyanya.

Sebagai suami, Aidil sepatutnya bersikap lebih berani, gentleman dan bertanggungjawab mempertahankan serta melindungi maruah isterinya. Tindakan Aidil mengambil sikap tunggu dan lihat atau mendiamkan diri meletakkan Rita kini dalam kebingungan.
"Saya agak terkilan dengan sikap suami. Kecewa apabila dia hanya mendiamkan diri apabila saya diaibkan. Kenyataannya mahu berbincang dengan keluarga menunjukkan dirinya masih bergantung kepada keluarga. Dia suami. Sepatutnya dia melindungi saya, bukannya membiarkan saya sendirian macam ini.

"Sebelum membuat kenyataan, saya terlebih dulu mengadu kepada suami. Tetapi jawapannya cukup mengguris hati. Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi "buatlah, lantak kau orang". Saya manusia biasa. Setakat mana kesabaran boleh bertahan? Saya berasakan maruah saya diperkotak-katikkan apabila keluar gosip yang tidak dapat diterima akal," katanya.

Rita juga menjelaskan dia terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri kerana maruah dirinya sebagai seorang isteri dan ibu seolah-olah diabaikan oleh mereka yang sepatutnya melindunginya.

"Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahu-menahu mengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini," katanya.

Rita berkata demikian mengulas kenyataan Aidil dalam Berita Harian bahawa dia (Aidil) mahu berbincang dengan keluarganya terlebih dulu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

"Saya terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri. Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahumengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak halang suami mahu bertemu dengan keluarganya, tetapi dia juga perlu berbincang dengan saya. Kenyataan Aidil mahu berbincang dengan keluarga terlebih dulu menjelaskan selama hari ini, suami masih dikongkong keluarganya. Saya sedih Aidil seperti tiada pendirian dan membiarkan orang lain mengatur kehidupan rumah tangga.

"Saya ialah isterinya, ibu kepada anaknya, Airit Rayyan Rizqin. Sepatutnya dia mempertahankan hak dan maruah saya yang difitnah, bukan membiarkan orang lain menentukan kehidupannya. Saya semakin tertekan, perasaan saya kini tidak menentu, sudahlah difitnah, suami pula bersikap seolah-olah lepas tangan," luahnya dalam nada sebak.

Bukan mengungkit, namun hakikatnya Rita masih teringat lagi kata-kata Aidil Zafuan bahawa dia sendiri bersungguh-sungguh mahu mengahwininya walaupun menyedari ia tidak mendapat restu daripada keluarganya sendiri.

"Dulu, ketika mengajak saya berkahwin, tahu pula mencari, memujuk dan berbincang keluarga saya. Walaupun keluarga saya minta Aidil mendapatkan persetujuan keluarganya terlebih dulu, keputusannya kata Adil tetap sama, hubungan kami tidak mendapat restu. Saya masih ingat kata-katanya, keluarganya sudah tidak boleh bawa berbincang lagi.

"Awalnya sukar untuk saya dan keluarga menerima. Kami tahu akibatnya jika berkahwin tidak mendapat restu. Tapi Aidil berjanji tidak akan mempersia-siakan hidup saya dan akan bertanggungjawab dengan segala apa yang berlaku. Sekarang apa sudah jadi? Anak kami masih kecil, tidak terfikirkah Aidil soal masa depan Airit?" katanya lagi.

Rita berkata, dia juga keliru dengan kenyataan bapa mentua, Abd Radzak Salleh yang mendakwa tidak pernah campur tangan berhubung rumah tangganya.
"Kalau mereka (keluarga Aidil) tidak campur tangan, rumah tangga kami tidak menjadi tegang macam ini. Kenapa tak nasihatkan Aidil supaya menemui saya dan menjenguk anaknya yang tidak ditemui sejak raya lagi," jelas Rita.

Sinar FM kekal nombor satu

Posted: 06 Oct 2010 10:53 PM PDT

KRILL, Raja Azura dan Salih terus unggul dengan Sinar Pagi.
KRILL, Raja Azura dan Salih terus unggul dengan Sinar Pagi.
Era duduki tempat kedua, Hot FM mengejar di tangga ketiga

RADIO Sinar FM, terus teguh mempertahankan kedudukannya sebagai stesen radio berbahasa Melayu nombor satu buat kali kedua berturut-turut dengan catatan purata 4.22 juta pendengar.Kedudukan Sinar FM juga dilihat semakin kukuh apabila jumlah pendengarnya bertambah sebanyak 120,000 musim ini. Pada musim lalu, radio ini mengumpul 4.1 juta pendengar.
Berada di belakang stesen yang mengetengahkan konsep retro itu juga adalah stesen radio milik AMP Networks iaitu ERA dengan jumlah 4.15 juta pendengar. Manakala stesen radio Hot FM milik Media Prima Berhad (MPB) yang pernah muncul sebagai stesen nombor satu tahun lalu pula ketinggalan agak jauh dengan 3.55 juta pendengar untuk kedudukan di tempat ketiga.

Sementara itu, stesen radio Suria FM pula terus mengekalkan kedudukannya di tangga keempat dengan catatan 1.88 juta pendengar. Biarpun ketinggalan agak jauh berbanding tiga stesen radio utama, peratusan pendengar Suria FM turut bertambah.

Bagi slot pagi, Sinar Pagi kelolaan Khairil Rashid atau Krill bersama-sama Raja Azura (K.E) dan Salih Yaccob (S.Y) juga nampaknya terus unggul apabila sekali lagi berjaya mempertahankan kedudukan mereka sebagai program paling menjadi pilihan utama di waktu pagi dengan catatan 2.2 juta pendengar.

Program kelolaan Aznil, Ray dan Haniff juga nampaknya semakin diterima pendengar apabila mereka berada di belakang Sinar Pagi dengan 2 juta pendengar, menjadikannya rancangan sarapan kedua popular di Malaysia.
Kedudukan radio berbahasa Inggeris pula nampaknya tidak berganjak berbanding kajian musim lalu. Radio Hitz FM terus muncul sebagai pilihan nombor satu dengan 1.58 pendengar. Jumlah pendengarnya juga menunjukkan peningkatan sebanyak 200,000 berbanding kaji selidik yang lalu.

Rancangan sarapan bahasa Inggeris, Morning Crew yang dikelolakan oleh JJ & Ean masih berada di tangga pertama dengan 613,000 pendengar, sementara rancangan lewat petangnya iaitu hitz Drive Thru pula mencatat sebanyak 752,000 pendengar.

Mengekori Hitz FM ialah Fly Fm dengan 728,000 ribu pendengar diikuti Mix FM di tangga ketiga dengan 451,000 ribu, Lite FM dengan 364,000 ribu dan TraXX fm dengan 76,000 ribu pendengar.

Bagi radio dalam bahasa Cina pula, MY FM mempertahankan kedudukannya sekali lagi di tempat pertama dengan jumlah pendengar sebanyak 2.03 juta. Manakala stesen radio 988 pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan pada tangga kedua dengan 1.55 juta pendengar diikuti one FM sebanyak 623,000 ribu pendengar.
Rangkaian radio miliknya AMP terus menguasai senarai carta apabila stesen radio bahasa Tamil turut muncul sebagai pilihan nombor satu bagi pendengar berbahasa Tamil di negara ini.

Radio Raaga turut memperlihatkan peningkatan sehingga 700,000 pendengar. Sentiasa berjaya menarik kunjungan orang ke acara anjurannya, rancangan sarapan pagi dan petang adalah yang paling popular. Masing-masing menemani 994,000 dan 1.01 juta pendengar.

THR Gegar juga terus menjadi jaguh Pantai Timur dengan kelebihan 700,000 pendengar. Bersesuaian dengan gelarannya sebagai Permata Pantai Timur, 1.58 pendengar di di Kelantan, Pahang dan Terengganu memilih Gegar sebagai stesen radio pilihan utama mereka di Pantai Timur.

Sangkar buah tangan pertama Nani

Posted: 06 Oct 2010 10:49 PM PDT

JIKA diukur pada susuk tubuh, mungkin ramai yang tidak menjangka kemampuan gadis kecil molek ini. Namun, pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rasyid ini, membuktikan dia berjaya mengharungi cabaran sebagai anak seni.

BERBAKAT...Nani muncul dalam program komedi terbaru Astro, Oh Yeah!
BERBAKAT...Nani muncul dalam program komedi terbaru Astro, Oh Yeah!

NANI...seronok menimba pengalaman  baru kerja belakang tabir. MENTOR...bersama Yasmin ketika menang Pelakon Wanita Terbaik  FFM19 pada 2006.


NANI...seronok menimba pengalaman baru kerja belakang tabir.
Menerusi filem Sepet arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Amani yang mesra disapa Nani menyerlah apabila meraih pencapaian Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18). Bakat lakonannya terus diiktiraf hingga dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik setahun selepas itu menerusi Gubra juga arahan Yasmin.


Anak dara pelakon dan juga tenaga pengajar Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar ini turut diberi peranan utama dalam filem Yasmin lain seperti Mukhsin, Muallaf dan Talentime. Bagaimanapun, sejak kematian Yasmin tahun lalu, ramai mengatakan kerjaya lakonan Nani agak sepi.


Terbaru, Nani muncul bersama kakaknya, Sharifah Aleya membintangi filem Magika arahan Edry Abdul Halim yang masih ditayangkan sejak 23 September lalu. Mereka memainkan watak Bawang Merah dan Bawang Putih di samping 25 pelakon popular yang terbabit dalam filem ini. Nani juga kurang beraksi di TV, malah cerita mengenainya juga jarang dilaporkan menerusi media. Kata Nani, sebolehnya dia mahu cerita yang disampaikan biarlah berbicara mengenai perkembangan karier terbaru. Dia akui tidak seperti artis lain yang gemar sembang kosong kepada wartawan tanpa memberikan tumpuan pada soal kerja.


Ternyata dalam diam, Nani sebenarnya aktif melakukan kerja belakang tabir seperti mempelajari aspek pengarahan dan menulis skrip. Nani boleh berbangga dengan hasil sulung, filem pendek iaitu Sangkar yang menyertai projek Herstory Malaysia bersama empat pengarah wanita berbakat besar termasuk Bernice Chauly, Mislina Mustaffa, Crystal Woo dan Mien Iy.


Sangkar memperlihatkan kerja seni Nani sebagai penulis skrip, pengarah dan pelakon utama. Plot cerita ini mengisahkan seorang pelajar di satu kawasan pedalaman berdepan kesempitan hidup akhirnya berkahwin dengan bapa lelaki yang diminatinya.


"Memang diikutkan pada awal pembikinan filem pendek ini, saya juga merangkak dan tidak tahu bagaimana ia harus bermula. Namun, saya bersyukur melihat hasilnya.


"Berdepan cabaran menyiapkan karya ini, saya menggunakan bantuan anggota keluarga dan rakan kru produksi yang pernah bekerja dengan saya sebelum ini.


"Mengenai respons, rakan saya mungkin bersikap 'bias' untuk memberi komen, tetapi kebanyakan maklum balas yang saya terima begitu positif hinggakan ada yang cakap, kerja saya iras seperti arwah.


"Memang sebolehnya saya mahu menghasilkan sesebuah karya macam Yasmin. Namun, saya melihat kerja saya kali ini adalah cara yang sesuai mengikut peringkat usia saya kini," katanya.


Nani berkata, Sangkar adalah kisah benar menggambarkan antara kisah wanita untuk dikongsi bersama penonton. Baginya, sentuhannya sebagai pengarah tetap berbeza berbanding Yasmin."Saya lebih memberi ruang dan fokus pada dua watak utama dalam filem ini. Saya mahu mewujudkan kekuatan dan hubungan dua watak ini.


"Yasmin pernah berpesan kepada saya, agar menulis atau menghasilkan karya mengikut apa yang kita tahu supaya penyampaiannya tidak terpesong.


"Ia menjadi penghargaan besar buat saya jika penonton menilai karya saya seperti Yasmin. Namun, saya masih berasa diri kecil berbanding Yasmin.


"Selain membesar bersama ibu bapa, saya juga banyak menghabiskan masa bersama Yasmin ketika dia masih hidup. Dia sebenarnya banyak membentuk saya menjadi karyawan," katanya.Ketika Yasmin menghasilkan filem Talentime, Nani juga bertuah kerana diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab penolong pengarah ketiga.


Menerusi filem baru, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) arahan Yusry pula, Nani memberi kejutan sebagai penolong pengarah untuk aksi lagak ngeri. Seperti diperkatakan, susuk tubuhnya mungkin menimbul persoalan, tetapi dia berusaha membuktikan mampu melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan.


"Dalam HMM, saya bekerjasama dengan pasukan pelakon lagak ngeri aktor popular Jackie Chan. Menariknya, ketika penggambaran saya memberi arahan pada tujuh pelakon aksi Cina selain 10 pelakon lain.


"Bekerja dengan mereka memberikan pengalaman menyeronokkan. Malah, saya berpeluang melakukan satu adegan lagak ngeri terbang dari dua jurang.


"Bagi saya, kerja belakang tabir seperti ini adalah kerja yang ditunggu-tunggu. Jika menjadi pelakon, saya perlu menjaga 'mood' dan menunggu lama, tetapi menjadi penolong pengarah, saya perlu memikirkan pelbagai perkara termasuk pelakon dan set di lokasi.


"Ketika di belakang tabir, ada waktunya tidak mempunyai tugasan, saya mula jadi panik. Namun, semua ini memberi cabaran, pengalaman dan proses pembelajaran pada diri saya.


"Apa yang penting, saya perlu bertanggungjawab pada kerja yang saya lakukan. Ketika ini, saya mula berasakan membuat keputusan bukan suatu perkara yang mudah.


"Mungkin suatu hari nanti, saya akan mengarah filem cereka pula. Kata Yasmin, proses praproduksi perlu dilakukan dalam tempoh enam bulan dan biarlah ia dilakukan dengan teliti jika saya berhasrat menghasilkan filem. "Walaupun seronok bekerja di belakang tabir, saya masih berminat meneruskan bidang lakonan. Perkembangan lain, saya akan turun ke lokasi penggambaran pada minggu depan membintangi satu telefilem baru," katanya.




>PROFIL
NAMA: Sharifah Amani Syed Zainal Rasyid
TARIKH LAHIR: 10 Jun 1986
USIA: 24 tahun
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
KERJAYA: Pelakon, pengarah dan penulis skrip
FILEM: Sepet, Gol & Gincu, Gubra, Cinta, Possessed, Puaka Tebing Biru, 1957 Hati Malaya, Selamat Pagi Cinta, Cicakman 2: Planet Hitam, Sayang You Can Dance, Muallaf, Magika dan Appalam.
DRAMA: Emil Emilda dan Sinderela.
ANUGERAH: Pelakon Harapan Wanita Terbaik FFM18 (Sepet) dan Pelakon Wanita Terbaik FFM19 (Gubra)

Jerat kenalan Facebook

Posted: 06 Oct 2010 10:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin.

MANGSA...Mohd Nazren  cedera  dibelasah  kumpulan samseng.
MANGSA...Mohd Nazren cedera dibelasah kumpulan samseng.
Kejadian dipercayai bermula apabila seorang jurujual, Mohd Farhan Othman, 20, meminta rakannya, Mohd Nazren Akmar Nazlan, 20, menemaninya untuk bertemu seorang wanita yang baru dikenali melalui laman sosial Facebook, kira-kira jam 2 pagi.


Mohd Farhan berkata, dia hanya beberapa kali berhubung dengan wanita berkenaan dan tidak pernah bertemu muka atau bercakap di telefon.


"Seperti dijanjikan, saya dan Nazren berjumpa dengan wanita terbabit yang dikenali sebagai Linda berusia 20-an. Saya yang memandu kereta kemudian mengarahkan Linda masuk ke dalam kereta tetapi wanita itu enggan sebaliknya mengajak kami minum di gerai berhampiran.


"Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki diketuai teman lelaki Linda yang bertindak mengepung medan selera berkenaan. Melihat perbuatan itu, Nazren cuba bertanya apa sebenarnya yang berlaku.


"Teman lelaki Linda kemudian menuduh kami menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada teman wanitanya sedangkan saya tidak tahu pun nombor telefon bimbit wanita berkenaan," katanya ketika ditemui.


Beliau berkata, dia meminta teman lelaki wanita terbabit menunjukkan bukti dan SMS lucah berkenaan.


"Bagaimanapun, mereka gagal menunjukkan bukti itu sebelum bertindak membelasah Nazren. Saya sempat mengelak sebelum bapa Nazren dan abangnya yang dimaklumkan kemungkinan berlaku pergaduhan tiba sebaik dihubungi," katanya. Katanya, sebaik bapa Nazren dan abangnya tiba untuk membantu, mereka turut dibelasah kumpulan itu. Kali ini jumlah mereka yang terbabit membelasah mereka bertambah ramai kerana pekerja gerai makan di medan selera itu turut mengambil kesempatan.


"Pada masa sama dua anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan jenayah di kawasan itu cuba masuk campur untuk meleraikan pergaduhan itu sebaliknya mereka turut dibelasah.


"Bagaimanapun, anggota terbabit hanya cedera ringan. Semua lelaki terbabit sempat melarikan diri sebaik sebuah kereta peronda polis muncul untuk memberi bantuan," katanya.


Sebaik semua lelaki itu melarikan diri, Nazren didapati mengalami pendarahan teruk di kepala dipercayai dihentak dengan objek keras dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).Dia terpaksa menerima 20 jahitan di kepala manakala ibu jari kakinya hampir hancur manakala abangnya turut dirawat di hospital sama akibat kecederaan di dagu. Bapanya, Farhan dan dua anggota polis pula hanya cedera ringan.


Sementara itu, Mohd Nazren berkata, dia yang ketika itu sudah lemah dibelasah teruk kumpulan terbabit tiba-tiba melihat dua daripada mereka mengambil sebatang besi dan menghentak kepalanya hingga pengsan.


"Apa yang dikesalkan, saya dapat melihat orang awam di sekitar medan selera itu turut membelasah kami, malah ada antara mereka yang memakai 'apron' dapur semata-mata untuk menyertai 'pesta' berkenaan. Mereka sepatutnya membantu kami, bukannya menyokong kumpulan samseng berkenaan.


"Saya hanya sedar apabila berada di wad kecemasan dengan kepala berlumuran darah dan tidak dapat mengingati apa yang berlaku, saya sedih kerana abang turut dimasukkan ke wad hanya kerana ingin membantu saya," katanya.Nazren turut membuat laporan polis di PPUKM kerana tidak berpuas hati dipukul tanpa sebab. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman mengesahkan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Pelamin bak singgahsana Sultan Mansur Syah

Posted: 06 Oct 2010 10:24 PM PDT

TARIKH 10.10.10 bakal memahat memori paling indah buat angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kerana detik itu, dia akan diijabkabulkan dengan permaisuri hatinya, Dr Halina Mohd Yunos.

LAKARAN...lakaran pelamin.
LAKARAN...lakaran pelamin.

SIMBOLIK...teratai kristal sebagai  cenderahati untuk sultanah. CANTIK...tetamu VIP pula bakal menerima angsa kristal ini. MEWAH...cenderahati perkahwinan  untuk sultan.


SIMBOLIK...teratai kristal sebagai cenderahati untuk sultanah.
Pada hari yang amat berbahagia itu, bersaksikan keluarga kedua-dua pihak, saudara-mara, sahabat-handai dan peminat, pasangan kekasih yang sama cantik dan sepadan itu akan dinikahkah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, Kuala Lumpur, tepat jam 11 pagi.

Majlis pernikahan itu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang manakala Sheikh Muszaphar menjemput seluruh rakyat Malaysia hadir sama untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraannya. Diikuti pada sebelah malamnya akan berlangsung majlis persandingan yang gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


Tanggal itu yang juga menjadi pilihan ramai pasangan kekasih lain untuk menyimpul cinta mereka dengan ikatan yang lebih suci dan diredai Allah SWT kerana ia sempena ulang tahun ketiganya ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Bukan saja Sheikh Muszaphar dan Halina berdebar menantikan detik paling bersejarah dalam hidup mereka, malah perunding perkahwinan mereka, Ariff Quasry yang juga Pengarah Urusan Cosry Wise Sdn Bhd bersama Pengarah Kreatifnya, Putra Aziz, juga bagaikan tidak sabar menantikan tarikh itu.


Selama empat bulan, mereka berdua bertungkus-lumus membuat segala persiapan agar hari yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia itu berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan memahat kenangan manis kepada semua jemputan yang hadir meraikan pasangan pengantin baru itu.

Menurut Ariff, Sheikh Muszaphar dan Dr Halina datang ke butiknya di Bangsar dan terus melantiknya sebagai perunding perkahwinan mereka selepas dia menghadiri Konsert Ratu (Datuk Sheila Majid) Bersama Cosry, yang berlangsung penuh warna-warni di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, April lalu.

"Dia tertarik melihatkan persembahan Cosry pada malam itu yang turut menyambut ulang tahun kelima butik kami. Selain konsert Datuk Sheila yang diadakan khusus meraikan 25 tahun pembabitannya dalam industri hiburan tanah air, Cosry menyajikan juga pertunjukan fesyen yang semuanya rekaan terbaru Putra.


"Kami tidak menyangka Datuk Sheikh Muszaphar memberi kepercayaan untuk menguruskan majlis perkahwinannya. Ini kerana walaupun Cosry sudah lima tahun bertapak dalam bidang rekaan fesyen tanah air, kami masih baru sebagai perunding perkahwinan. Namun, amanah itu kami terima dengan hati terbuka dan berjanji untuk menyediakan yang terbaik kepada bakal raja sehari itu," katanya.


Oleh kerana tetamu jemputan termasuk mereka dari luar negara, Ariff dan pasukan kerjanya memerah minda untuk menyediakan segala yang terbaik dan eksklusif untuk Sheikh Muszaphar dan Dr Halina.


Majlis persandingan malam bertemakan Pahlawan Melayu Di Istana Kayangan akan menyaksikan kemunculan bintang dan bulan dalam dewan itu. Lebih 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa.

Menurut Ariff, selama empat bulan tumpuannya hanya kepada persiapan perkahwinan itu. Apatah lagi, Datuk Sheikh Muszaphar seorang yang sangat teliti. Justeru, Ariff kena menerangkan dengan sejelas-jelasnya konsep baju, hantaran, pelamin, cendera hati kepada tetamu dan kad perkahwinan kepadanya.


"Sebelum kata putus dicapai untuk rekaan baju yang bakal digayakan pada hari pernikahan dan persandingan, saya, Ariff dan Datuk Sheikh Muszaphar banyak kali berbincang dan dia melakukan beberapa perubahan pada rekaan itu sehingga dia berpuas hati dengan hasilnya. Begitu juga dengan pelamin, kami mencadangkan beberapa lakaran yang berkonsepkan zaman Kesultanan Mansur Syah.

"Pada hari pernikahan, Dr Halina akan menyarungkan kebaya renda putih yang agak ringkas bersesuaian cita rasanya. Pada hari pernikahan itu, Datuk Sheikh Muszaphar akan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda.

"Rekaan hantaran juga berkonsepkan angkasa lepas dan ia memang lain daripada yang lain. Pentas untuk majlis pernikahan pula berkonsepkan dalam taman yang dihiasi tiang roman dan diperindahkan dengan bunga-bungaan segar," katanya.


Untuk majlis persandingan, Dr Halina akan menyarungkan kebaya berlatarkan rona perak yang diperincikan dengan butiran batu permata warna biru muda. Rekaan kebaya tajaan kain Jackel itu akan dipadankan dengan kain songket ditempah khas daripada Habibah Songket. Dr Halina juga akan melangkah penuh bergaya dengan kasut jenama Lewre.

"Melengkapkan lagi penampilan Dr Halina pada malam itu, dia akan mengenakan aksesori berlian daripada Mouawad yang turut dipakai pada majlis pernikahan. Datuk Sheikh Muszaphar pula akan berbaju Melayu dipadankan dengan kot, samping, tanjak dan bengkung. Rekaan itu lebih menyerlah dengan kombinasi warna serta sulaman di atasnya.


"Pelamin yang berkonsepkan zaman Kesultanan Mansur Syah itu bercorak keislaman dengan hiasan pucuk rebung. Pentas pelamin sepanjang 21 meter dan tingginya lima meter. Kami menggunakan tirai biru muda dan dihiasi bunga-bungaan segar yang menjadikan pelamin itu kelihatan sangat mewah.


"Sebagai tanda kenangan untuk dibawa pulang, cenderahati berupa lapan kuda kristal disediakan untuk Sultan, bunga teratai kristal untuk Sultanah, sepasang angsa kristal khusus untuk tetamu kenamaan (VIP) dan bola kristal buat jemputan biasa. Semuanya ditempah khas dari luar negara.

Untuk majlis memotong kek berkonsepkan sebuah roket itu, pasangan mempelai akan menggayakan busana rekaan Datuk Bernard Chandran berkonsepkan moden.

"Bagi mengetengahkan budaya dan adat Melayu pada hari persandingan itu, tetamu dapat menyaksikan acara kesenian seperti gurindam, zapin dan tarian dalam usaha membuka mata serta sebagai tarikan istimewa kepada tetamu luar negara."Majlis perkahwinan yang bakal mencipta sejarah tersendiri itu akan diserikan dengan persembahan artis terkenal tanah air. Bagi mereka yang tidak dapat bersama menghadiri majlis persandingan itu, TV3 akan menyiarkannya secara langsung tempat jam 9 malam, selama sejam," katanya.

Seret bayi keluar rumah

Posted: 06 Oct 2010 10:23 PM PDT

SEREMBAN: "Selepas mendapati cucu saya tiada di ruang tamu, kami mencarinya sehingga ke luar rumah dan terkejut melihat kesan darah di depan tangga sebelum menemuinya dalam keadaan terkulai layu dengan kecederaan di kepala, leher dan telinga," kata A Velayutham, 75.

MATI...kera liar yang dipercayai menyebabkan kematian bayi perempuan ditembak Perhilitan.
MATI...kera liar yang dipercayai menyebabkan kematian bayi perempuan ditembak Perhilitan.
Dia menceritakan kejadian cucu perempuannya berusia empat hari yang menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas digigit kera jantan liar di rumahnya di Taman Happy di sini, kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam.

Sebelum kejadian, bayi malang yang belum diberi nama itu berada bersama Velayutham di ruang tamu rumahnya selepas dimandikan sebelum warga emas itu pergi ke dapur untuk minum.

Ketika itulah kera yang tidak dapat dipastikan jumlahnya menceroboh masuk ke dalam rumah lalu menyeret mangsa ke luar serta menggigitnya sehingga cedera.

"Saya meninggalkannya bersendirian sekejap dan pergi ke dapur untuk minum air kerana terlalu dahaga. Ketika itu isteri saya berada di dapur kerana memasak, manakala menantu (ibu mangsa) mandi di bilik air.

"Saya terdengar jeritan menantu bertanya di mana bayinya menyebabkan saya dan isteri bergegas ke luar," kata Velayutham ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini.Velayutham berkata, bayi sulung anak lelakinya yang mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu itu kemudian dikejarkan ke HTJS, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.


Difahamkan, mangsa yang dilahirkan pada 3 Oktober lalu di HTJS adalah anak kepada pasangan V Nehru, 30, dan isterinya yang dikenali sebagai Revathy, 26.Sementara itu, nenek mangsa, R Athy Letchumy, 50, berkata beberapa ekor kera sering dilihat berada di sekitar rumahnya sejak kira-kira dua bulan lalu.

"Kera liar terbabit kelihatan agresif dan garang sekali menyebabkan saya tidak berani mendekatinya. Pernah saya cuba memukul haiwan itu dengan kayu, namun mereka cuba menyerang saya kembali," katanya yang sudah menetap di kawasan itu sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada bersama suami dan menantunya, manakala anak lelakinya (bapa mangsa) keluar kerana mempunyai urusan.

Sementara itu, Nehru berkata, dia bergegas pulang sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan dan amat sedih apabila melihat bayinya parah di kepala, leher dan telinga.

"Saya pernah memelihara seekor kera betina kira-kira lapan tahun lalu, namun haiwan itu tidak pernah mendatangkan masalah kepada keluarga saya kerana dikurung," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusof Awang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Misteri bau busuk terurai

Posted: 06 Oct 2010 09:18 PM PDT

MELAKA: Pencarian punca bau busuk yang disangka bangkai tikus oleh seorang penduduk di Kampung Batu 4, Solok Pantai, Batu Berendam, dekat sini, semalam membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas dalam keadaan dibungkus dengan plastik sampah.

ANGKAT...mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.
ANGKAT...mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.
Lebih mengejutkan, mayat mangsa, Abdul Halim Manan, 70, yang juga seorang pembantu kedai makan di Taman Melaka Baru itu, ditemui kira-kira jam 7.30 pagi di kawasan pokok pisang di tepi longkang yang ditutup dengan pelepah kelapa dipercayai diletakkan di situ sejak malam Sabtu lalu.


Penduduk, Mohd Azahari Mohd Zin, 13, berkata dia terkejut dengan penemuan mayat lelaki warga emas berkenaan, tetapi mendakwa ada melihat seseorang meletakkan plastik sampah terbabit di kawasan itu tanpa mengesyaki sesuatu.


Menurutnya, ketika kejadian dia berada di dapur rumahnya dan mendengar bunyi orang berjalan di belakang rumah.


"Saya dengar bunyi orang berjalan di belakang rumah dan mengintai dari belakang pintu. Saya nampak seorang perempuan sedang mengheret satu bungkusan plastik hitam dan meletakkannya di pangkal pokok pisang di tepi longkang.


"Berikutan itu, saya menegurnya dan orang itu hanya jawab dia mahu buang sampah sebelum beredar," katanya.


Menurutnya, disebabkan rasa ingin tahu, selepas hujan lebat keesokan harinya dia pergi melihat ke tempat wanita itu membuang sampah berkenaan dan melihat ada satu bungkusan plastik hitam ditutupi dengan pelepah kelapa.


"Pagi Ahad lalu saya pergi ke tempat itu dan melihat terdapat satu bungkusan hitam. Saya tidak syak apa-apa ataupun mengusik plastik berkenaan yang kelihatan seperti sampah biasa.


"Pagi tadi (semalam), saya dan datuk (Hamzah Baba, 60) tercium bau yang amat busuk. Datuk arahkan saya mencari sama ada bangkai tikus atau haiwan mati. Saya beritahu datuk bau busuk itu mungkin datang dari bungkusan sampah itu.


"Datuk memeriksa bungkusan plastik itu sebelum mengoyak sebahagiannya menggunakan sabit sebelum dia terperanjat melihat benda seperti kepala manusia," katanya.


Katanya, datuknya kemudian memberitahu penemuan itu kepada beberapa penduduk kampung sebelum memeriksa dan mendapati ada mayat manusia di dalam plastik terbabit sebelum seorang jiran menghubungi polis.Sementara itu, Hamzah berkata, beberapa hari sebelum ini dia tidak perasan perkara pelik ataupun terhidu bau busuk mayat mangsa yang dipercayai sudah mati.


"Pagi tadi (semalam) masa keluar rumah kira-kira jam 7.15 pagi untuk menghantar cucu ke sekolah, saya tercium bau amat busuk dan menyangkakan bangkai tikus tetapi tidak sempat mencarinya.


"Sebaik pulang, saya menyuruh cucu pergi mencari dari mana datangnya bau busuk itu sebelum memeriksa bungkusan plastik sampah di kawasan kebun di belakang rumah saya dan mendapati ada mayat di dalamnya," katanya.


Sementara itu, suasana di kampung terbabit gempar dengan berita penemuan mayat lelaki itu yang tersebar menyebabkan kawasan tempat kejadian dipenuhi orang ramai.Beberapa jiran mangsa termasuk pemilik rumah sewa nyata terkejut dengan penemuan mayat lelaki itu.


Peniaga kedai runcit, Norlin Alias, 31, berkata tiga hari sebelum penemuan mayat itu, isteri mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kelihatan pelik apabila dilihat mundar-mandir di kawasan tempat kejadian.

Raja Azura suami berpisah

Posted: 06 Oct 2010 09:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.

Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

"Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh," kata sumber itu.

Pada 6 Ogos lalu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.

Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.


Ketika ditanya sama ada punca perceraian itu disebabkan orang ketiga, sumber itu enggan mengesahkannya.

"Itu tidak dapat dipastikan dan biar perkara itu wartawan bertanya kepada Raja Azura. Hakikat ini kerana selama ini dia tidak pernah bercakap mengenai hal rumah tangga mahupun suaminya kepada orang lain. Dia (Raja Azura) tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya," katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan komen Raja Azura berhubung perceraian itu semalam, namun difahamkan dia berada di Genting Highlands, Pahang, kerana terbabit rakaman program Kedek-Kedek Drypers, sekali gus menutup talian telefon bimbitnya.

Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu.

Bekas Pengacara TV3 Bercerai Talak Satu

Posted: 06 Oct 2010 07:51 PM PDT

Saat bahagia Nadia dan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi kini hanya tinggal kenangan.

KUALA LUMPUR: Bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nadia Shahrul Anuar sah bercerai talak satu dengan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rabu.

Perceraian secara baik itu dilafazkan di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya, Sulaiman bersetuju untulk melafazkan cerai.

Menurut Mohd Zaidi, persetujuan dicapai selepas Sulaiman, 29, selaku plaintif dan Nadia, 26, yang dinamakan sebagai defendan berpuas hati dengan perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 25 Ogos lalu.

Antara perkara yang dipersetujui ialah hak penjagaan kekal anak tunggal pasangan itu, Mohamed Aaron Erwin, tiga tahun, diserahkan kepada Sulaiman.

Nadia pula dibenarkan untuk mengambil anaknya pada hujung minggu dan pada waktu-waktu kecemasan dan dibenarkan untuk membawa kanak-kanak itu ke tempat yang selamat dalam jagaannya.

Bagaimanapun, demi keselamatan anak itu, dia haruslah diiringi dengan pengawal keselamatan yang disediakan.

Perjanjian itu juga melibatkan persetujuan Nadia untuk mengugurkan tuntutan edah, nafkah tertunggak, mutaah dan harta sepencarian manakala Sulaiman yang merupakan pengarah jualan VW Cars Sdn Bhd akan menarik semula permohonan nusyuz yang difailnya.

Nadia hadir bersendirian di mahkamah dan diwakili peguam syarie Wan Akram Zainal Abidin manakala Sulaiman hadir bersama ayahnya dan dikawal oleh enam pengawal peribadi.

Pada 28 Disember 2008, Nadia memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di mahkamah rendah syariah atas dakwaan tiada persefahaman, campur tangan pihak ketiga dan berlaku penganiayaan tubuh badan.

Bagaimanapun, Sulaiman menafikan dakwaan mengasari tubuh badan bekas isterinya menerusi kenyataan akhbar yang dibuatnya dan mendakwa dirinya kesal dengan tindakan Nadia yang meninggalkan keluarga selepas menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Dr. Rozmey "Balas Dendam" Mahu Wartawan Rasa "Pedih"

Posted: 06 Oct 2010 07:50 PM PDT

Dr. Rozmey kecewa dengan pihak media yang dikatakan tidak menyokongnya.

PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Rozmey Che Din dilihat mahu membalas dendam kepada pihak media apabila enggan menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.

Perkara itu disebabkan rasa tidak puas hati beliau dengan pihak media selama ini yang disifatkan tidak menyebelahinya ketika melaporkan sesebuah berita.

Malah beliau juga dilihat kecewa apabila seri9ng dikritik mengenai filem 2 Alam.

Dr. Rozmey dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, biarlah pihak media berasa pedih apabila tidak memperoleh berita sensasi daripadanya.

Katanya ini kerana berita yang ditulis wartawan belum tentu berpihak kepadanya.

"Biar depa (mereka) rasa pedihnya tak dapat berita sensasi daripada doktor. Belum pasti berita yang mereka tulis memihak (kepada) kita. Cukup sebuah akhbar sahaja yang bermaharajalela," katanya dalam SMS tersebut.

mStar Online petang Rabu telah menghubungi beliau beberapa kali untuk bertanyakan mengenai filem 2 Alam yang akan ditayangkan pada 18 November akan datang.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya mengirimkan SMS tersebut.

Faizal Tahir Luka & Bengkak Kaki Akibat Kemalangan

Posted: 06 Oct 2010 07:50 PM PDT

Faizal Tahir mengalami kecederaan pada kakinya yang baru sahaja dibedah itu.

PETALING JAYA: Penyanyi popular, Faizal Tahir luka dan bengkak pada kakinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya Penchala Link menghala ke Damansara dekat sini pada pukul 3 pagi, Isnin.

Menurut pihak pengurusan Monkeybone, Helmi Hamdan, kereta Honda Civic Type-R yang dipandu sendiri oleh Faizal berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu melanggar tembok.

"Setakat ini, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah, tiada kecederaan serius. Cuma dia mengalami demam teruk disebabkan terkena hujan pada hari kejadian.

"Kakinya yang baru lepas pembedahan pula luka dan bengkak disebabkan terkena papan pemuka (dash board).

"Menurut Faizal menerusi SMS yang dihantar kepada saya, ketika kejadian, dia merasakan seperti ada minyak pada permukaan jalan raya menyebabkan keretanya terbabas," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Helmi pula tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai kejadian itu. itu.

Selain Faizal, turut berada dalam kereta berkenaan ialah adiknya tetapi dia tidak mengalami kecederaan.

Tambah Helmi, buat masa ini, segala aktiviti seni yang berlangsung pada bulan Oktober ini terpaksa dibatalkan dan Faizal akan kembali bergantung kepada tahap kesihatannya.

Faizal pula gagal dihubungi untuk menceritakan insiden berkenaan.

Ahmad Idham Dapat Anak Lelaki

Posted: 06 Oct 2010 07:49 PM PDT

Ahmad Idham tidak kisah jika diberikan rezeki anak lagi di masa akan datang.

PETALING JAYA: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzzri mendapat seorang lagi anak apabila isterinya yang mahu dikenali sebagai Amy, selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Gleanigles Intan pada pukul 11 pagi, Rabu.

Beritahu Ahmad Idham, anaknya yang lahir dengan berat 3.5 kilogram itu diberi nama Ahmad Khalif. Dia bersyukur apabila proses kelahiran berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, isteri dan anak saya selamat. Isteri saya juga tidak ada sebarang masalah komplikasi ketika melahirkan Khalif.

"Apa-apa pun saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi rezeki kepada kami," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Nama Ahmad Khalil diberi oleh isteri Ahmad Idham, Amy.

Tambah Ahmad Idham, dia tidak kisah jika dikurniakan anak lagi pada masa akan datang.

"Anak itu sebenarnya adalah amanah daripada Allah dan kita harus menerima seadanya. Jadi, saya tak pernah hadkan berapa jumlah anak yang perlu kami ada. Kalau ada rezeki lagi, ada la.

"Apa pun, saya tak panik seperti dulu, ketika kelahiran anak pertama saya," ujarnya yang gembira mendapat anak keempatnya itu.

Ezad Tak Gentar Tanpa Exists

Posted: 06 Oct 2010 07:48 PM PDT

Ezad Lazim

BEKAS vokalis kumpulan popular Exists iaitu Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 31, atau Ezad mengakui tidak sekali-kali akan mengalah dan berasa gentar demi bergelar penyanyi solo yang berjaya.

Walaupun laluannya penuh berliku dan tidak semudah yang disangka, penyanyi yang kini mahu dikenali sebagai Ezad Lazim ini menganggap setiap cabaran dan kesukaran itu sebagai guru terbaik yang mematangkan dirinya.

"Saya akui usaha untuk bergelar penyanyi solo penuh berliku dan tak selancar yang diharapkan. Apatah lagi apabila sampai ke hari ini bayangan yang mengaitkan saya dan kumpulan Exists masih kuat 'melekat'.

"Namun, saya tak salahkan peminat atau sesiapa pun tentang persepsi itu sebab tempoh 15 tahun bersama Exists adalah satu tempoh yang panjang. Memang susah untuk saya padam sepenuhnya perkaitan itu.

"Apa pun, saya tidak akan berputus asa untuk meneruskan perjuangan ini. Saya harap peminat dapat menerima penghijrahan saya dengan hati terbuka," katanya yang ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Shah Alam Convention Centre (SACC) bersama mStar, Selasa.

Mengulas tentang pertaruhan sulungnya sebagai penyanyi solo menerusi single Bertemu Cintaku, Ezad mengakui, sambutan dan kesedaran peminat yang masih kurang memberangsangkan itu bukan alasan buatnya untuk berputus asa, jauh sekali untuk berundur.

"Saya akui, sampai ke hari ini sambutan dan kesedaran peminat terhadap percubaan solo saya masih kurang meyakinkan. Saya perlu melipatgandakan usaha tetapi itu bukan alasan untuk saya mengalah.

"Walaupun sukar sedikit tetapi apa jua hasilnya setakat ini biarpun kecil membuatkan saya gembira dan memberikan kepuasan kerana ia usaha saya sepenuhnya dan tidak menumpang pada orang lain," katanya.

Terbaru, Ezad kini sedang dalam proses rakaman bagi melengkapkan album solonya.

Dia yang sudah merakamkan tiga lagu kini sedang mencari dua buah lagu lagi bagi melengkapkan album tersebut yang dijangka bakal menjengah pasaran selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Tuhan Selamatkan Maher Zain

Posted: 06 Oct 2010 07:47 PM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Lubnan yang sedang popular dengan lagu "Thank You Allah", Maher Zain (gambar) merupakan seorang penyanyi yang begitu bertuah kerana hatinya terbuka untuk kembali ke pangkal jalan setelah tersasar dengan kehidupannya sebelum ini.

Penyanyi yang berusia 28 tahun ini tidak malu untuk berkongsi pengalaman hitam bagaimana kehidupannya terpesong sehingga dia pernah terlupa membaca Al-Fatihah.

Katanya, perkara itu berlaku kerana dia terlalu sibuk mengejar kepentingan dunia selain terlibat dengan aktiviti sosial kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.

"Tiga tahun lalu kehidupan saya sangat teruk. Saya terpengaruh dengan rakan-rakan dan telah melupakan Allah. Bukan senang untuk hidup di negara Barat apatah lagi banyak aktiviti hiburan yang akan menyebabkan kita alpa," katanya.

Menurut Maher lagi, dia bersyukur kerana Allah telah memberi hidayah kepadanya apabila dia mula sedar dengan kesilapan lalu ketika menyaksikan satu persembahan nasyid di sebuah negara.

Persembahan dalam bahasa Arab itu benar-benar menginsafkan Maher walaupun dia tidak faham maksud lagu berkenaan.

"Hati saya amat tersentuh mendengar lagu itu menyebabkan saya menjadi insaf lalu menghasilkan lagu-lagu berunsur ketuhanan," katanya.

Sementara kunjungannya ke Malaysia, Maher akan turut mengadakan persembahan Save The Soul anjuran rumah perlindungan wanita Raudatul Sakinah pada 14 dan 15 Oktober ini di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam, Selangor.

Siaran Langsung Perkahwinan Sheikh Muszaphar Ahad Ini

Posted: 06 Oct 2010 07:45 PM PDT

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 akan menyiarkan secara langsung majlis persandingan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor,38, bersama pasangannya Dr. Harlina Mohd. Yunos,29, pada Ahad ini.

Siaran langsung itu akan dipancarkan dari Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 9 malam selama sejam yang meliputi daripada susunan atur cara majlis, ketibaan pengantin dan juga istiadat menepung tawar.

TV3 dalam satu kenyataannya berkata, selain acara persandingan, pada pukul 2 petang siaran tertunda majlis akad nikah kedua mempelai yang dilakukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada sebelah paginya akan disiarkan menerusi slot Nona yang bersiaran pukul 2 petang

Dalam rancangan khas perkahwinan angkasawan itu, beberapa segmen istimewa akan disiarkan seperti kisah belakang tabir majlis gilang-gemilang itu dan kisah menarik pasangan mereka berdua.

Sari berkorban demi anak

Posted: 06 Oct 2010 07:44 PM PDT



Pelakon yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara, Sari Yanti, 26, ternyata kelihatan semakin berseri-seri setelah selesai menjalani tempoh berpantang.

Sari berkata, hidupnya kini semakin lengkap dengan kehadiran anak sulungnya, Barr Al Aliy, yang kini berusia 2 bulan. Malah, semakin teruja menjalani hidup sebagai ibu muda.

Meskipun pada awalnya, dia agak kekok menguruskan anak sendiri, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dan seronok menguruskan anak sendiri. Kata Sari, dia tidak memerlukan khidmat pembantu atau pun pengasuh untuk menjaga anaknya.

"Saya sebenarnya kurang percaya pada pembantu atau pengasuh yang ada. Selagi saya mampu, saya akan jaga anak sendiri dan saya lebih selesa macam ini.

"Anak saya pun baru seorang saja dan saya rasa setakat ini saya mampu menguruskannya sendiri tanpa ada orang asing di rumah.

"Kalau ada apa-apa urusan, rumah mentua saya dekat sahaja dan boleh hantar anak sekejap pada ibu mertua. Lagipun, dia sentiasa 'available' untuk menjaga satu-satunya cucunya ini," cerita Sari yang ditemui dalam majlis rumah terbuka di ibu kota baru-baru ini.

Sari berkata, suaminya, Mohd Eddy Casmady atau Eddy juga sangat ringan tulang dan pandai menjaga anak. Malah, akui Sari, suaminya lebih pandai menguruskan anak berbanding dirinya.

"Saya bersyukur dapat suami sepertinya. Masa pantang, dia banyak tolong saya. Dia rajin uruskan anak malah pandai mandikan 'baby'. Saya pula, masa awal-awal dulu, rasa takut nak pegang. Malah mandikan 'baby' pun saya takut sebab rasa terlalu kecil sangat.

"Penat-penat tu memang penat sebab anak kecil banyak ragamnya. Malam pun selalu berjaga. Tapi saya dan suami gembira dapat merasai pengalaman menjadi ibu dan ayah," katanya yang telah menjalani tempoh berpantang di rumahnya sendiri sambil ditemani ibu tersayang.



Kembali aktif berlakon

Sudah menjadi karier utamanya, kata Sari, dia akan kembali aktif berlakon. Malah setakat ini, sudah ada beberapa tawaran yang menanti.

Namun jelas Sari, semua tawaran harus dipertimbangkan dulu, kerana statusnya sebagai isteri dan ibu membataskannya menerima tawaran yang ada.

"Buat masa ini, cukuplah satu 'job' untuk satu masa. Saya tak nak terlalu tamak terima tawaran sehingga anak di rumah terabai.

"Semua tawaran yang datang, saya akan timbang dulu. Kalau yang melibatkan lokasi yang jauh, saya akan tolak. Saya tak boleh tinggal anak lama-lama kerana dia menyusu badan,"kata Sari yang bertekad untuk menyusukan bayinya secara eksklusif selagi mampu.

Menyentuh tentang watak, Sari berkata, dia tidak kisah menerima apa sahaja watak, termasuklah watak remaja seperti mana lakonannya dalam drama Kisah Kaisara yang pernah melonjakkan namanya dulu.

"Saya tak kisah nak bawa watak apa pun. Tapi kalau watak remaja tu, saya tak yakin pengarah atau penerbit akan bagi lagi pada saya kerana status saya dah pun berubah. Dah ada anak dah pun," katanya yang berusaha mengurangkan berat badan kini iaitu 46 kilogram, lebih empat kilogram daripada beratnya sebelum ini.

Empat selebriti popular rancakkan Mari Menari

Posted: 06 Oct 2010 07:42 PM PDT

Astro Ria sekali lagi tampil dengan program realiti terbaru Mari Menari. Jika sebelum ini, lantai tari diserikan oleh selebriti-selebriti popular tanah air menerusi program Sehati Berdansa tetapi tahun ini, pihak Astro memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk menunjukkan bakat dalam bidang tarian.

Lebih menarik, program Mari Menari menampilkan empat selebiriti popular iaitu Erra Fazira, Lisdawati, Zul Huzaimy dan Ferhad yang bertindak sebagai penasihat serta juri untuk setiap minggu.

Kehadiran mereka bukan sekadar memberi nasihat dan tunjuk ajar, malah mereka akan menjadi sumber inspirasi kepada setiap pasangan yang bertanding.

Program tarian yang pertama diperkenalkan ini akan mencipta satu lagi fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air.

Memulakan sesi uji bakat lebih tiga bulan lalu di seluruh Malaysia, lebih seribu pasangan yang telah mencuba nasib namun mereka yang benar-benar boleh menari dan dapat memberikan komitmen selama 10 minggu latihan kepada perserta yang berjaya terpilih.

Seramai 12 peserta telah dipilih bakal mempamerkan kehebatan mereka. Lebih menarik pasangan ini adalah daripada kalangan keluarga sendiri.

Setiap pasangan akan dibimbing oleh 12 koreografer profesional yang dipilih berdasarkan pengalaman dan kecekapan mereka untuk membimbing setiap pasangan yang berentap bagi merebut hadiah lumayan iaitu sebuah kondominium The Haven yang terletak di Ipoh, Perak bernilai RM358,000.

Mari Menari akan mula bersiaran pada 16 Oktober ini di saluran Astro Ria dan dihoskan oleh Awal Ashaari yang digandingkan bersama Lisa Surihani. Peserta akan dinilai oleh juri dan 50 peratus akan diberikan oleh penonton melalui undian sms.

Nikah segera elak fitnah

Posted: 06 Oct 2010 06:20 PM PDT




PERNIKAHAN kali ketiga penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu, Aishah, kali ini bersama duda anak enam Faizal Sazali Zulkifli, 44, pada 30 April lalu banyak menimbulkan tanda tanya berikutan pernikahan tersebut dilakukan di sempadan Thailand dan bebas daripada pengetahuan umum.

Malah, selepas bergelar isteri dan bertemu media dalam beberapa majlis hiburan, Aishah masih enggan membuka mulut. Namun, selepas beberapa waktu, pihak media dapat juga menghidu berita pernikahannya dan Kosmo! menjadi akhbar pertama yang membuat laporan mengenainya secara eksklusif pada 24 Jun tahun ini.

Menurut Aishah yang ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya baru-baru ini, dia langsung tiada niat untuk menyembunyikan status mahupun suaminya. Juga tiada sebarang rahsia yang disembunyikan sebalik perkahwinannya yang dilakukan di sempadan Thailand.

"Saya tidak sembunyikan perkahwinan kerana kedua-dua keluarga tahu akan pernikahan kami. Cuma pada usia begini dan ini bukan perkahwinan pertama kami berdua, saya rasa tidak perlu untuk saya menghebohkannya. Kami berdua telah fikir panjang sebelum pernikahan dan apa yang penting kami telah bernikah.


ALBUM Anak diterbitkan oleh syarikat milik Aishah sendiri iaitu Aishah Creative Enterprise.


"Bezanya tiada publisiti sahaja, selepas bernikah saya tidak sembunyikan status dan suami kerana saya akan memperkenalkan Faizal sebagai suami kerana tidak mahu menimbulkan fitnah," ujarnya.

Tambah Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 45, meskipun pernikahannya kelihatan dilakukan secara tergesa-gesa kerana perkenalan selama seminggu di dunia maya menerusi laman sesawang www.muslimah.com itu telah membawa dirinya ke jenjang pelamin, itu bukan bermakna dia menyembunyikan sesuatu.

"Selain waktu yang sesuai, kami bernikah segera di sempadan kerana untuk mengelak fitnah dan suami saya ketika itu masih belum dapat surat cerai. Kalau saya ingin buat di sini dan buat sebuah majlis perkahwinan walaupun secara kecil-kecilan ia tetap mengambil masa yang panjang untuk persediaan," tuturnya.

Luah Aishah lagi, dia bukanlah punca suaminya bercerai kerana ketika dia mula berkenalan dengan Faizal, suaminya itu telah pun dalam proses memohon penceraian di mahkamah syariah.

"Saya tidak pernah bermadu dan saya bukan puncanya bercerai kerana ketika baru berkenalan dengannya, dia telah pun dalam proses pernceraian di mahkamah," balasnya.


AISHAH bersama dua puteranya, Armand Azhari (kiri) dan Azhad Ahlami.


Kehidupan yang dicari-cari

Aishah mengakui kehidupannya banyak berubah sejak bergelar isteri kepada Faizal. Kehidupannya lebih tenang dan teratur. Malah, hubungan mereka juga direstui oleh dua orang anak Aishah daripada perkahwinan keduanya, Armand Azhari, 16 dan Azhad Ahlami, 10.

"Anak-anak saya merestui, malah mereka yang menggalakkan saya berkahwin lagi. Kata mereka, jika mereka sudah besar nanti siapa yang akan menemani saya. Anak saya juga memanggil Faizal dengan panggilan ayah walaupun mula-mula mereka memanggilnya uncle," katanya.

Tanpa berselindung Aishah memberitahu kehidupannya kini merupakan kehidupan yang dicari-cari selama ini.

"Saya selalu tengok pasangan yang berusia balik daripada sembahyang subuh di masjid bersama-sama. Sekarang saya dapat suami yang mampu membimbing ke arah kebaikan dan dapat membimbing anak-anak saya.

"Suami saya cakap, kenapa nak tunggu sudah pencen baru nak berubah. Jadi sekarang kehidupan kami lebih baik dan bermakna daripada dahulu. Anak-anak pun ada contoh yang baik dan lebih kerap ke masjid berbanding dahulu," ucapnya.

Album Anak

Aishah yang selama ini popular dengan genre pop kini telah muncul dengan sebuah album kerohanian yang berjudul Anak. Album yang diterbitkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Aishah Creative Enterprise dan diedarkan oleh Nasyeed.Com dan Sony Music itu telah lama diidamkan Aishah.

Idea dan perancangan sejak tahun lepas membuahkan hasil apabila dia bertemu dengan penerbit yang benar-benar tahu apa yang dia inginkan iaitu Dakmie yang pernah menerbitkan album untuk Rabbani sebelum itu.


INILAH kali pertama Aishah dan anak-anak dirakam bersama Faizal oleh media.


"Tidak sangka agak sukar dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan keseluruhan album. Jika sebuah lagu pop saya boleh selesaikan rakaman selama 40 minit berbeza dengan album ini. Surah al-Fatihah sahaja mengambil masa lebih kurang satu jam dan terpaksa dirakam semula bagi mendapatkan sebutan yang benar-benar jelas.

"Saya dipantau oleh mereka yang arif dalam bidang ini sepanjang tempoh rakaman dan secara keseluruhan ia mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan," tuturnya yang terlibat sebagai penulis lirik album tersebut.

Album itu yang sudah berada di pasaran itu menghimpunkan 20 buah doa dan zikir berlagu antaranya Doa Nabi Zakariya, Selawat Syifa, Doa Melihat Bayi dan Qasidah Doa Syukur Beroleh Zuriat. Selepas ini, akan diadakan siri album kerohanian daripada Aishah, walaupun begitu tegas Aishah dia masih akan aktif menyanyi lagu-lagu pop seperti biasa.

Crossings tiru Ghost Whisperer?

Posted: 06 Oct 2010 06:19 PM PDT


PENDUKUNG watak utama Crossing (dari kiri), Dira, Hansen dan Zakizamani.


BOB mengalami kemalangan aneh yang menyebabkan dia mempunyai berkebolehan untuk melihat roh menerusi pantulan imej di cermin. Kebolehan itu digunakan untuk membantu roh menyelesaikan masalah yang belum dituntut semasa hidup.

Bantuan Bob membenarkan roh-roh itu bersemadi dengan tenang. Ceritanya kedengaran seperti sebuah siri terkenal Amerika Syarikat, Ghost Whisperer. Mungkin mempunyai persamaan tetapi drama terbaru ntv7, Crossings itu diberi sentuhan tempatan.

Dibintangi oleh Zakizamani Osman, Dira Abu Bakar dan Hansen Lee, drama 13 episod itu disiarkan pada setiap Jumaat bermula 1 Oktober lalu pukul 8.30 malam di ntv7. Diarahkan oleh Prakash Murugiah, Crossing yang menjalankan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan utama.

Sungguhpun melibatkan 'interaksi' bersama roh yang telah meninggal dunia, Zaki yang memegang watak Bob memberitahu drama itu tidak menakutkan.

"Drama ini menggabungkan komedi serta sedikit keseraman. Tapi seram itu amat ringan sahaja. Rohnya bukan yang menakutkan tetapi muncul seperti manusia," ujar Zaki.

Bob yang merupakan penyusun iklan berkenalan dengan Katie (Dira) dan Danny (Hansen) dan bersama-sama, mereka melalui pelbagai perkara lucu ketika menyelesaikan masalah roh yang menghantui Bob.

"Setiap episod mempunyai cerita berlainan. Menariknya kami memaparkan cerita roh yang biasa berlaku di Malaysia. Semuanya dikaitkan dengan elemen tempatan contohnya seperti bomoh.

"Walaupun setiap episod mempunyai cerita roh berlainan tetapi pada hujungnya, semua cerita ada kaitannya," tambah Zaki yang juga merupakan penulis skripnya.

Menjalankan penggambaran selama dua bulan setengah, Danny yang merupakan pencipta menjadi kawan Bob apabila mendapat tahu dia mampu berhubung dengan roh. Ini kerana Danny suka mencipta alat pengesan hantu.

"Danny hidup dalam dunianya sendiri dan suka mencipta alat pengesan hantu. Apabila dia tahu bahawa Bob dapat berhubung dengan roh, dia terus berkawan dengannya. Disebabkan dia dan Katie tidak ada kereta, saya menjadi pemandu mereka sepanjang drama itu," kata Hansen.

Bagi Dira, dia pertama kali terlibat dalam berbahasa Inggeris. Menjayakan watak Katie, dia menyukai kebebasan yang diberikan untuk menyerlahkan bakatnya.

"Saya tidak mahu diri saya hanya dilabelkan sebagai pelakon drama bahasa Melayu. Jadi dengan lakonan kali ini, ia membuktikan kredibiliti saya. Tapi drama Inggeris memberikan cabaran kerana ia bukan bahasa utama saya. Nasib baik Hansen dan Zaki banyak membantu.," jelas Dira yang akan terlibat dalam teater Banduan Akhir Di Sel Akhir.

JYJ gegarkan Kuala Lumpur

Posted: 06 Oct 2010 06:16 PM PDT


ALBUM sulung JYJ, The Beginning mendapat sentuhan Kanye West.


RENTETAN kejayaan membawa Super Junior menjayakan konsert di Kuala Lumpur Mac lalu, Redstar Presents Sdn. Bhd. kini bakal membawa sebuah lagi kumpulan pop terkenal Korea, JYJ.

Sempena kelahiran album sulungnya yang berjudul The Beginning, JYJ akan muncul di Kuala Lumpur menerusi JYJ New Album Showcase 2010 pada 17 Oktober ini, pukul 2 petang di Stadium Negara.

Diuruskan oleh Marctensia, ia merupakan penampilan pertama kali kumpulan yang dianggotai tiga remaja terdiri daripada Kim Jaejung, Park Yuchun dan Kim Junsu itu di Malaysia. Ketiga-tiga mereka merupakan anggota asal kumpulan Dongbangshinki yang juga dikenali sebagai TVXQ di Korea dan Tohoshinki di Jepun yang ditubuhkan pada tahun 2003 di Korea Selatan.

Dikenali kerana wajah kacak, skil tarian dan kebolehan vokal, mereka dengan mudah menguasai pasaran Asia. Mereka merupakan pencetus gelombang kedua muzik Korea ke dalam pasaran Jepun dengan menjadi artis luar dari Jepun pertama berjaya menguasai carta lagu popular Jepun, Oricon Charts menerusi sembilan single yang meraih juara carta tersebut.

Pada tahun 2009, trio tersebut menubuhkan JYJ. Pada Jun tahun ini, JYJ mengadakan konsert sulung mereka di Tokyo Dome, Jepun yang dihadiri lebih daripada 200,000 peminat dari 43 negara di serata ceruk dunia. Sehingga kini, DVD konsert tersebut merupakan DVD kedua terlaris dari segi jualan di Jepun dengan 140,000 unit terjual pada minggu pertama sahaja.

Ketika mengganggotai TVXQ juga, Jaejung, Yuchun dan Junsu telah mencipta Guinness Book of Records dua tahun berturut-turut pada 2008 dan 2009 dengan mempunyai kelab peminat dengan keanggota paling ramai di dunia iaitu mencecah lebih 80,000 orang di Seoul sahaja, selain merupakan kumpulan paling banyak dirakam fotonya dengan jangkaan 500 juta kali yang disiarkan dalam majalah, kulit album dan iklan cetak dari awal kemunculan pada 2003 ketika kumpulan ini ditubuhkan sehinggalah 19 Mei 2009 iaitu sewaktu masih bersama kumpulan lama mereka.

JYJ kini dalam rangka konsert bergerak mereka dari 15 Oktober ini sehingga hujung November di Asia dan Amerika Syarikat bermula di Bangkok sebelum ke Kuala Lumpur, diikuti Hong Kong pada 24 Oktober, Taipei (30 Oktober), Shanghai (7 November), New York (12 November), Seattle (13 November), San Francisco (14 November) dan Los Angeles (19 November)

Jualan tiket bagi konsert JYJ di KL pada 17 Oktober ini boleh didapati dengan melayari laman web www.fatdeal.com.my. Harga tiket adalah dari RM100 (tempat duduk), RM200 (bebas), RM250 (tempat duduk bernombor), RM300 (rock zone berdiri) dan RM800 (tempat duduk VIP).

Selain single pertama daripada album The Beginning yang berjudul, Ayyy Girl, hasil ciptaan penyanyi tersohor Kanye West yang turut menyumbangkan vokalnya dalam lagu tersebut, The Beginning juga mengandungi dua lagu penerbit lagu tersohor, Rodney 'Darkchild' Jerkins iaitu Empty dan Be My Girl.

"Saya sangat bangga berpeluang untuk bekerjasama dengan JYJ dalam album sulung mereka.Ia seumpama pertembungan antara Timur dengan Barat" ulas Rodney.

Bagi maklumat lanjut konsert JYJ di Malaysia, sila hubungi talian 03-2092 1199 atau 019-827 9898 serta layari www.marctensia.com.

Cucu Raja Arab Saudi dibicara

Posted: 06 Oct 2010 06:15 PM PDT


GAMBAR rakaman kamera litar tertutup yang ditayangkan di sebuah mahkamah kelmarin menunjukkan Saud Abdulaziz (kiri) memukul Bandar Abdulaziz di dalam sebuah lif di Hotel Landmark, London pada 22 Januari lalu.


LONDON - Seorang anggota kerabat diraja, Saud Abdulaziz Bin Nasir Al Saud yang merupakan cucu pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah II memukul sehingga mati seorang pembantu lelakinya dalam serangan ganas didakwa bermotifkan seks di sebuah hotel eksklusif di sini.

Pendedahan itu dibuat dalam perbicaraan di sebuah mahkamah kelmarin.

Juri sebuah mahkamah majistret di sini diberitahu bahawa Saud membunuh pembantunya, Bandar Abdulaziz selepas menderanya secara fizikal dan seksual selama beberapa minggu.

Kerabat diraja tersebut didakwa mencurahkan arak sebelum bertubi-tubi menumbuk kepala pembantunya yang berusia 32 tahun dengan menyebabkan beberapa giginya patah dan mangsa mengalami pendarahan otak di bilik suite Hotel Landmark, tempat mereka menginap, di sini.

Putera itu turut mencekik Bandar sehingga menyebabkan tulang lehernya retak selain menggigit kedua-dua pipi mangsa dalam serangan yang mempunyai hubung kait dengan dorongan seks.

Saud, 34, cuba menutup jenayahnya dengan membersihkan kesan darah dalam serangan tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Pada mulanya, dia dilaporkan memberitahu polis bahawa Bandar cedera dalam satu insiden rompakan.

Kerabat diraja berkenaan kemudian mengaku membunuh pembantunya tetapi menafikan membunuh dengan niat atau berniat untuk mendatangkan kecederaan teruk terhadap mangsa.

Pasangan tersebut tiba di bandar raya ini pada Disember tahun lalu dalam percutian terakhir mereka mengelilingi dunia.

Juri diberitahu, Saud dilihat cuba menggoda krew bar dan menggunakan khidmat pelacur lelaki sekurang-kurangnya dua kali semasa percutiannya di sini.

Putera itu memberitahu polis beliau adalah rakan Bandar yang merupakan anak angkat sebuah keluarga golongan sederhana di Arab Saudi dan rakannya itu mengiringinya ke mana sahaja beliau pergi.

Namun, mahkamah dimaklumkan bahawa Bandar duduk dalam kelas ekonomi manakala Saud menaiki penerbangan kelas pertama.

Pembantu lelaki itu dikatakan berjalan dengan mengekori tuannya dan dia tidur di lantai bilik hotel mereka.

Ketua pasukan pendakwa raya, Jonathan Laidlaw berkata: "Hubungan mereka lebih kompleks berbanding apa yang diakui oleh defendan dan ia bukan hubungan yang sihat.

"Bandar dilayan seperti seorang pembantu atau amah dan terdapat unsur jahat dalam layanan defendan terhadap mangsa.

"Beliau akan memukul Bandar dan penderaan itu bukan sahaja melibatkan keganasan fizikal - ia turut melibatkan elemen seksual," tambahnya.

Juri berkenaan menonton rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Saud berulang kali menumbuk Bandar di dalam lif hotel itu pada 22 Januari lalu.

"Apa yang jelas dalam kejadian ini adalah mangsa hanya menurut dan tidak melawan," kata Laidlaw.

"Dia langsung tidak mempertahan diri atau cuba melawan atau menaikkan tangannya terhadap defendan," ujar pendakwa raya itu.

Serangan tersebut menyebabkan telinga Bandar bengkak tiga kali ganda saiz asal dan memerlukan pembedahan pemulihan.

Pada 14 Februari lepas iaitu malam pembunuhan, pasangan itu makan malam sempena Hari Kekasih sebelum kembali ke hotel mereka sebelum tengah malam.

Seorang penginap di bilik bawah menyatakan, dia terdengar nada suara tinggi dan bunyi perabot jatuh.

Pada tengah hari esoknya, Saud menghubungi kenalan di Kedutaan Arab Saudi.

Kenalan itu tiba di bilik mereka dan menemuinya sedang sedih dan menangis di samping pembantunya.

Pakar-pakar polis menemui bukti forensik daripada seluar dalam Bandar.

Di sebalik penemuan itu, putera berkenaan berterusan menafikan bahawa dia adalah gay.

Namun, kata Laidlaw: "Bukti jelas menunjukkan bahawa dia adalah gay atau memiliki kecenderungan homoseks".

Pemeriksaan ke atas komputer riba putera itu mendapati beliau pernah melayari laman agensi teman sosial dan rumah urut gay.

Ibu Saud ialah anak perempuan Raja Abdullah.

Ayahnya, Putera Abdulaziz iaitu anak saudara Raja Abdullah, mengikuti perbicaraan tersebut di galeri awam mahkamah berkenaan.

Perbicaraan akan disambung.

Dipenjara kerana kerat kanak-kanak

Posted: 06 Oct 2010 06:14 PM PDT


BAIKUNI (kanan) dikawal dua anggota polis selepas dia dihukum penjara seumur hidup di sebuah mahkamah di Jakarta semalam.


JAKARTA - Sebuah mahkamah Indonesia memenjarakan seumur hidup seorang lelaki kerana membunuh dan mengerat empat kanak-kanak jalanan.

Lelaki itu, Baikuni, 50, ditangkap pada Januari lalu beberapa hari selepas kepala dan bahagian-bahagian badan seorang budak lelaki berusia 9 tahun ditemui di dalam satu beg plastik di sebuah sungai di sini.

Semalam, Mahkamah Daerah Jakarta Timur mendapati Baikuni bersalah kerana membunuh, meliwat dan mengerat empat budak lelaki sejak 2007.

Semua mangsa berusia antara 6 tahun hingga 12 tahun.

Pihak pendakwa raya menyatakan, Baikuni dipercayai membunuh sehingga 14 mangsa.

Baikuni dikenali dengan panggilan bapa di jalanan kerana dia dikatakan bersimpati terhadap kanak-kanak dengan memberikan mereka tempat berteduh.

Baikuni menyatakan, dia tidak akan mencabar keputusan mahkamah berkenaan.

Lelaki dirogol tiga wanita bergilir-gilir

Posted: 06 Oct 2010 06:13 PM PDT

HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.

Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.

Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.

"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.

"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.

"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.

Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.

Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.

Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.

Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.

Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki.

Diplomat Romania didakwa

Posted: 06 Oct 2010 06:12 PM PDT


SILVIU IONESCU


BUCHAREST - Seorang diplomat Romania yang didakwa menyebabkan kematian ekoran satu kejadian langgar lari di Singapura pada tahun lalu menafikan bertanggungjawab dalam insiden berkenaan pada hari pertama perbicaraannya di sini semalam.

"Sebanyak 90 peratus apa yang terkandung dalam pertuduhan tidak menggambarkan realiti kejadian," kata diplomat berkenaan, Silviu Ionescu kepada barisan hakim.

Bekas Kuasa Usaha Romania di Singapura itu yang ditahan sejak Mei lepas meminta supaya dia dibebaskan sementara menunggu perbicaraannya selesai.

Perbicaraan kes tersebut ditangguhkan pada 17 November depan.

Diplomat tersebut didakwa melanggar tiga pejalan kaki semasa memandu sebuah kereta milik misi diplomatik Romania pada Disember tahun lalu.

Mangsa berkenaan, warganegara Malaysia berusia 30 tahun, mengalami kecederaan otak dan meninggal dunia pada Hari Krismas.

Rakan mangsa, Bonghwee Haw yang merupakan rakyat Malaysia berusia 23 tahun dan pernah cedera parah dalam insiden berkenaan, hadir di mahkamah semalam tetapi tidak dapat memberi keterangan berikutan masalah terjemahan.

Dia mungkin dipanggil semula pada 17 November ini.

"Haw berada di mahkamah hari ini bagi memastikan keadilan dilaksanakan," kata peguamnya, Namasivayan Sririvasan.

Pejabat Peguam Negara memberitahu, Ionescu didakwa kerana menyebabkan kematian, mendatangkan kecederaan fizikal dan membuat kenyataan palsu.

Dia menafikan merupakan pemandu kereta berkenaan dan menyatakan, kenderaan tersebut telah dicuri.

Namun, pihak pendakwa raya berkata, kenyataan Ionescu tidak konsisten dengan apa yang berlaku.

Terdahulu, Kementerian Luar Singapura berulang kali meminta pemerintah Romania supaya memastikan keadilan dilaksanakan dalam kes Ionescu.

Logo Presiden AS tercabut semasa Obama berucap

Posted: 06 Oct 2010 06:11 PM PDT


OBAMA melihat logo rasmi Presiden Amerika Syarikat yang tercabut semasa beliau berucap di Auditorium Carnegie Mellon
di Washington kelmarin.


WASHINGTON - Satu logo rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) tercabut daripada podium semasa Barack Obama sedang menyampaikan ucapan menyebabkan pentas tempat beliau berdiri itu digegarkan dengan bunyi dentuman buat seketika kelmarin.

Kejadian lucu itu berlaku semasa Obama tengah berdiri dan berucap pada Sidang Kemuncak Wanita Paling Berkuasa anjuran majalah terkenal Fortune di Auditorium Carnegie Mellon di sini malam kelmarin.

"Itu (logo tercabut) tidak apa. Anda semua pun masih kenal saya lagi," gurau presiden sebaik beliau melihat keadaan di depan podium tersebut menyebabkan ramai penonton turut ketawa sejurus insiden itu berlaku.

"Namun, saya yakin ada petugas di belakang pentas ini yang pasti gementar, bukankah begitu?" kata Obama merujuk kepada kakitangan yang ditugaskan menampal logo itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS