Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Majlis Akad Nikah Ella & Azhar

Posted: 07 Jul 2012 11:20 AM PDT

Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an dengan sekali lafaz. Tahniah Ella. Selamat Pengantin Baru.

Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.

Ella tampil anggun dengan busana rekaan Saiful Baharim.

Ella Sanding

Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media. Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Ella dan Azhar kelihatan sedondon dengan persalinan berwarna krim rekaan Saiful Baharim.

Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ella dan Azhar berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Gambar Ella dan suaminya selepas selamat diijabkabulkan.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Hantaran Majlis Tunang & Nikah Ella

Posted: 07 Jul 2012 08:19 AM PDT

Gambar Hantaran Majlis Nikah Ella & Azhar

Syukur, alhamdulilah, Ratu Rock Ella telah selamat diijabkabulkan tepat jam 10.30 malam ini (7 Julai 2012). Tahniah, Ella. Selamat pengantin baru.

Walaupun ada masalah bekalan elektrik terputus selama 2 jam, majlis pernikahan Ella & Azhar selamat dilangsungkan.

Budiey yang turut berada di dewan itu dapat melihat majlis yang turut disaksikan oleh ibu Ella, adik beradik dan keluarga ini begitu meriah dan paling dinantikan.

Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 tunai tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Menurut Ella, sekarang dia selamat dimiliki dan pastinya akan menurut perintah suami. Nak pergi nyanyi, kena minta izin suami. Ella bersyukur segalanya selamat berlangsung.

Menurut Azhar, dia mengenali Ella dulu, kemudian barulah rasa cinta tu datang dari hati.

Gambar Ella Kahwin

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Sanding

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Sanding

Ella Sanding

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Ella Sudah Sah Bergelar Seorang Isteri

Posted: 07 Jul 2012 08:34 AM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA DAN AZHAR

Dengan hanya sekali lafaz, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali, 30, sekitar jam 10.30 malam tadi dalam majlis pernikahan yang diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang.

Ella dan Azhar dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Teluk Gadong iaitu Baharudin Abu Bakar dengan berwalikan abang sulung Ella iaitu Mohd Nor Izam Aminuddin.

Seperti yang sudah dikhabarkan, nyata Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 tunai beserta tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki. Sebagai balasan, Ella menghadiahkan Azhar dengan sembilan dulang hantaran.

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA DAN AZHAR

Untuk info, Ella dan Azhar akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember hadapan.

Zon Artis: Kepada Ella, selamat pengantin baru dan tahniah kami ucapkan. Semoga mahligai yang dibina ini akan berkekalan dan berbahagia buat selama-lamanya. InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails

(Gambar) Sekitar Berlangsungnya Majlis Berinai Ella

Posted: 07 Jul 2012 03:28 AM PDT

Semalam telah berlangsung majlis berinai Ella, penyanyi yang mendapat jolokan ratu rock Malaysia dan ini ada beberapa gambar ekslusif yang dikongsikan oleh Ministry Of Moment di page Facebook mereka. Jangan tidak tahu, Ministry Of Moment adalah photographer rasmi yang akan merakam semua moment bersejarah perkahwinan Ella dan bakal suaminya, Azhar. Jangan buang masa, mari lihat kesemua gambar pilihan kami kat kat bawah ni.

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA

GAMBAR NIKAH ELLA

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA

GAMBAR NIKAH ELLA

GAMBAR NIKAH ELLA

GAMBAR KAHWIN ELLA

GAMBAR KAHWIN ELLA

Jika anda masih tidak tahu, majlis akad nikah Ella dan Azhar akan berlangsung pada malam ini di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor. Dikhabarkan, wang hantaran yang akan diberikan oleh pihak lelaki bernilai RM50 ribu. Banyak tu!

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Masih 6 Tahun, Suri Cruise Sudah Punya Boyfriend ?

Posted: 07 Jul 2012 09:15 PM PDT


infospesial.net -  Hidup terus berlanjut seperti biasa untuk Suri putri Tom Cruise setelah perpecahan orangtuanya dan dia pasti tampaknya tidak menyadari masalah yang terjadi. Ketika Suri diajak Katie berkunjung ke muzium, ia terlihat bersama seoang anak laki-laki seusiaya. Benarkah Suri punya kekasih ?

Selama ini diketahui Suri tak pernah terlihat bermain ataupun memiliki teman seusianya. Tapi kini semua berubah ketika Katie dan Tom memutuskan bercerai, Suri mulai mempunyai kehidupan normal dengan beberapa teman tak terkecuali teman dekat  lelaki.

Dengan raut muka sumringah Suri senang bermain dengan temannya. Meski terkesan belum terbiasa untuk beradaptasi bergaul dengan anak seusianya, namun Suri terlihat tak terganggu dengan perubahan ini.

Orangutan di Zoo Florida Gunakan iPad Untuk Memesan Makanan

Posted: 07 Jul 2012 09:00 PM PDT


Siapa kata hanya manusia saja yang boleh menggunakan iPad. Buktinya sebuah zoodi Florida, Amerika serikat (AS) menggunakan tablet andalan Apple tersebut untuk berkomunikasi dengan Orangutan.
Orangutan di zoo Jungle Island, Florida, menggunakan iPad untuk berkomunikasi dengan penjaga mereka.
Staf menggunakan tablet tersebut untuk memberitahu para Orangutan apa yang ingin mereka makan.
"Mereka memiliki semua kecerdasan yang diperlukan untuk berkomunikasi dengan kita." tutur staf kebun binatang, Linda Jacobs.
"Beberapa dari mereka lebih menyukai carrot. Dan bukankah kita juga memiliki pilihan masing-masing?" tambahnya.
Dalam sebuah video yang diposting ke YouTube, terlihat staf kebun binatang sedang memperlihatkan menu makanan melalui iPad kepada seekor Orangutan dewasa, yang kelihatannya begitu bersemangat memilih makanan favoritnya.
"Saya tidak ingin sesorang memberikan makanan kepada saya dengan menu yang sama setiap hari. Saya ingin mereka memiliki pilihan yang lebih untuk makan siang mereka.." ungkap Linda.
Selain mengajari orangutan, diharapkan bahawa teknologi ini membuat Orangutan lebih bersosialisasi dengan pengunjung zoo.
Zoo tersebut juga berencana untuk membiarkan pengunjung berkomunikasi dengan Orangutan dengan membuat sebuah layar interaktif yang dikoneksikan dengan iPad.

Excuse me, Miss. This is NOT how you show your love in public

Posted: 07 Jul 2012 08:45 PM PDT




STOMPer McCitizen was annoyed to see a woman placing her hand in her partner's pants in public.


Said the STOMPer:


"Love you too much I need to grope your butt in public."


sumber : stomp.com.sg

Seorang ibu perguna anak perempuannya 4 tahun untuk mencuri iPhone 4s

Posted: 07 Jul 2012 08:30 PM PDT

Seorang ibu tertangkap kamera CCTV memanfaatkan anak perempuan berusia 4 tahun untuk mencuri iPhone 4S milik penjaga kedai pakaian di kota Chongqing, China. Dengan cerdik keduanya berhasil menipu pekerja itu.

Sang ibu mengalihkan perhatian  perempuan itu dengan menjajal banyak pakaian yang dipamerkan. Ketika fikiran  teralihkan,anak 4 tahun itu berlari ke meja juruwang untuk mengambil iPhone 4S dan alat pengisi baterinya. Telefon tersebut kemudian dimasukkan ke kantung seluar sang ibu, yang berhasil ditutupi oleh baju-baju yang dibawa sang ibu.

Si ibu berkata ke penjaga kedai hendak menarik wang tunai di mesin ATM untuk membeli baju yang ia sukai. Namun ternyata, ia tak kembali lagi.

Selang beberapa saat, barulah pekerja menyedari bahawa iPhone 4S-nya hilang. Ia segera melaporkan aksi pencurian kepada pihak berwenang dan menyerahkan bukti video dari kamera CCTV. Duo ibu-anak itu sekarang sudah ditangkap untuk dimintai keterangan.

Untuk mengantisipasi aksi pencurian dan keamanan data, Apple menyediakan aplikasi Find My iPhone untuk mendeteksi keberadaan produk Apple yang hilang. Aplikasi ini berjalan di perangkat bersistem operasi iOS. Setelah meng-install, pengguna cukup melakukan sig-in dengan akaun Apple ID.

Find My iPhone yang diaktifkan pada pengaturan iCloud, akan menampilkan peta lokasi keberadaan perangkat Apple yang hilang. Pengguna juga boleh membuat perangkat yang hilang itu mengeluarkan suara dengan volume penuh selama 2 minit, mengunci dari jarak jauh, atau menghapus data yang ada di perangkat agar tak disalahgunakan oleh pencuri.

Sumber :http://tekno.kompas.com

Bayi kembar enam diberi nama dengan jenama kereta terkenal

Posted: 07 Jul 2012 08:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM, BANGKOK - Begini akibatnya bila terlalu cinta dengan kereta. Seorang ibu dari Thailand memberi nama enam anak kembarnya dengan nama kereta terkenal.
Seperti diwartakan ZeeNews, Sabtu (7/7/2012), ibu bernama Duangchanok Wangwitthayaskul, memberikan nama keenam bayinya Audi, Fortune (Toyota Fortuner), Porsche, Mini, Volkswagen, dan Fiat.
Duangchanok dan suaminya memutuskan memberi nama bayi kembarnya, dengan nama kereta favorit mereka. Wanita berusia 29 tahun sudah memikirkan rencana pemberian nama, sejak kelahiran anank-anak mereka dua bulan lalu. Namun, baru sekarang ia sempat memberikan nama.
Kehamilan Duangchanok adalah hasil fertilisasi in vitro alias bayi tabung. Kini, Duangchanokan dan suaminya harus mengundang saudara dan menyewa tiga pengasuh, untuk membantu merawat anak-anaknya. (*)

Pemilik restoran layan Obama meninggal dunia 3 jam kemudian

Posted: 07 Jul 2012 08:00 PM PDT


AKRON - Seorang pemilik restoran yang melayan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang bersarapan pagi ketika mengadakan jelajah kempen di sini semalam, meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Josephine Harris, 70, pemilik restoran Ann's Place, dibawa ke hospital selepas mengadu letih dan rasa gelenyar.
Dia disahkan meninggal dunia kira-kira 11.18 pagi waktu tempatan (11 malam tadi waktu Malaysia).
Obama bersarapan pagi di restoran itu kira-kira jam 8.30 pagi.
Pegawai pemeriksaan perubatan Summit County berkata, Harris meninggal dunia disebabkan punca semula jadi dan oleh itu bedah siasat tidak akan diadakan.
Difahamkan serangan jantung membawa kepada kematian warga emas itu.
Dalam kenyataan media, Setiausaha Akhbar White House, Jay Carney berkata, Obama menghubungi anak perempuannya dari Air Force One untuk menyampaikan takziah kepada mendiang.
Akron Beacon Journal melaporkan bahawa Harris memeluk Obama apabila dia bertemu dengan Presiden AS di restorannya.
"Saya pasti beliau terharu," kata Frankie Adkins, kakaknya kepada Akron Beacon Journal.
"Dia sayang Obama," katanya lagi.
sumber : sinar harian

'Saya tak serik datang ke Malaysia'

Posted: 07 Jul 2012 07:45 PM PDT


JOHOR BAHRU - Personaliti televisyen Singapura, Rita Zahara Mohd. Nazeer mengakui dia dan keluarganya masih trauma selepas disamun dua lelaki ketika berhenti di Jalan Susur 5, Larkin di sini pada 1 Julai lalu.
"Apa yang boleh dikatakan, sekarang ini keluarga saya masih trauma namun saya tidak serik (ke Malaysia) kerana kejadian sebegini boleh berlaku di mana-mana sahaja," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.
Rita Zahara, 37, bagaimanapun lega selepas tiga lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian itu ditangkap di Felda Ulu Tebrau di sini pada Rabu lalu bersama dua pucuk pistol serta selaras senapang patah.
Mengimbas semula kejadian, Rita memberitahu, dia memberhentikan kereta Nissan Sunny yang dipandu untuk membeli buah-buahan di kawasan itu sementara dua anak, kakak dan pembantu rumah menunggunya di dalam kenderaan yang enjinnya masih hidup pada pukul 12.40 pagi.
Dua lelaki kemudian melarikan kereta itu dan membebaskan empat mangsa di dalamnya dalam keadaan selamat di Kampung Nora, Ulu Tiram dua jam kemudian kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.
sumber : kosmo online

Ulama mahu pengarang akhbar dihukum mati

Posted: 07 Jul 2012 07:30 PM PDT


RABAT, Maghribi – Tiga ulama konservatif paling terkenal di Maghribi secara terbuka membuat permintaan supaya wartawan yang menyokong kebebasan seksual di negara Afrika Utara berkenaan dijatuhi hukuman mati.
Tindakan itu dibuat selepas pengarang akhbar harian Al-Ahdath Al-Maghribia, Mokhtar el-Ghzioui, secara terbuka menyokong seorang aktivis hak asasi manusia Maghribi yang menghalalkan hubungan seks sebelum perkahwinan.
Beliau membuat komen penuh kontroversi itu dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen pada minggu lepas.
Dalam wawancara tersebut Mokhtar berkata, beliau tidak kisah jika emak atau adik perempuannya bersetuju mahu melakukan hubungan seks suka sama suka. – Agensi
sumber : kosmo online

Cruise buat Katie bagai robot

Posted: 07 Jul 2012 07:15 PM PDT


NEW YORK: Di sebalik paparan rumah tangga yang bahagia di media, rupa-rupanya Katie Holmes hidup dalam suasana serba tertekan apabila suaminya, Tom Cruise, mengenakan pelbagai syarat ketat.
Semalam, beberapa media mula menerbitkan beberapa maklumat dalaman mengenai keluarga selebriti itu.

Ada antara media itu mendakwa Katie dikawal Cruise seperti sebuah robot, manakala akhbar lain mendedahkan, hero filem Mission Impossible itu banyak campur tangan dalam aktiviti seni isterinya. Akhbar di AS melaporkan, Cruise melarang penerbit filem memaparkan gambar Katie berkucupan dengan sebarang pelakon yang terbabit dalam produksi mereka. Cruise, 50, juga digelar sebagai "tok dalang" dalam setiap tindakan Katie sehingga akhirnya aktres terbabit berasa meluat dan bosan dengan situasi itu.


Kemuncak kepada perasaan Katie itu, dia mengumumkan perpisahannya dan memfailkan perceraian. Satu laman sesawang hiburan pula mendakwa, Cruise mengarahkan pengeluar filem Thank You For Smoking yang diterbitkan pada 2005 supaya memadamkan sebarang gambar promosi menunjukkan Katie bercium dengan Aaron Eckhart.

Ketika itu, kata sumber, Katie dan Cruise baru saja mula berpacaran.


Menurut sumber, Cruise enggan membenarkan Katie, 33, menaiki penerbangan dengan pelakon filem Batman Begins ketika produksi itu baru diterbitkan.



"Syarat itu menyebabkan seorang lagi pelakon filem itu, Morgan Freeman, menganggap tindakan Cruise sebagai memualkan," katanya. Menurut sumber itu, Cruise melayan Katie seolah-olah robot.

"Cruise membuat setiap keputusan untuk Katie, sama ada dalam kerjaya atau dalam kehidupan peribadinya," katanya. Semalam, kemunculan terkini Katie menguatkan lagi dakwaan itu apabila aktres terbabit kelihatan amat kurus walaupun dia gembira melayan anaknya, Suri. Pasangan Cruise - Katie dijangka bersemuka di mahkamah seminggu lagi untuk menentukan masa depan Suri. - DM



sumber : myMetro

Menangis lihat suami tersepit

Posted: 07 Jul 2012 06:45 PM PDT


MARANG: "Saya hanya mampu menangis melihat suami tersepit dan mengerang kesakitan," kata Normah Abd Razak, 49, isteri kepada Mohd Hamzah Ismail, 51, yang tersepit selepas lori dipandunya dirempuh sebuah lori lain di Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Pulau Kerengga, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.20 pagi, Mohd Hamzah parah di kaki kiri akibat tersepit di dalam lori dipandunya yang remuk dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan selepas dirempuh lori lain.

Kemalangan berlaku ketika Mohd Hamzah yang baru mengambil bekalan buah tembikai dari sebuah kebun di Kampung Serating, di sini, tiba di gerai menjual buah-buahan milik Normah di tempat kejadian.


Sebaik menghampiri gerai, Mohd Hamzah yang juga bapa kepada enam anak memberi lampu isyarat untuk berhenti di sebelah kiri jalan sebelum kenderaannya dirempuh lori dari belakang.

Rempuhan turut menyebabkan kebanyakan tembikai dan satu botol besar mengandungi minyak diesel yang berada dalam lori dipandu Mohd Hamzah tercampak keluar dan bertaburan di atas jalan raya.


Normah berkata, ketika kejadian, dia melayan beberapa pelanggan bersama dua anak dan seorang cucunya.



Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas, menyebabkan dia panik sebelum segera menghampiri suami bagi melihat keadaannya.

"Saya menangis tapi tak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya kerana dia tersepit. Saya hanya mampu berdoa supaya suami selamat selain memintanya bertenang.


"Malah, usaha orang ramai mengeluarkannya juga gagal kerana keadaan lori yang remuk menyukarkan dia dibawa keluar dari kenderaannya.

"Bagaimanapun, suami dikeluarkan 30 minit kemudian dengan bantuan bomba yang tiba tidak lama selepas itu," katanya.


Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya yang dihubungi mengesahkan, pihaknya menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.



sumber : myMetro

Gaya hidup punca tubuh menawan

Posted: 07 Jul 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Individu yang terlalu taksub kecantikan dinasihat menggunakan cara lebih efektif mendapatkan kulit serta tubuh badan sihat dan menawan, berbanding melakukan pembedahan dan suntikan hingga memudaratkan.
Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Hussain Habil berkata, antara pendekatan yang diamalkan tidak merokok, bersenam, mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, selain memperbanyakkan aktiviti riadah.

"Cara ini lebih selamat dan berkesan. Sayangnya, ramai terlepas pandang serta mentaliti masyarakat kita yang sentiasa mahukan benda segera dan tidak bersabar.


"Lumrah dunia, ramai mahu kelihatan sentiasa muda, namun fitrah semula jadi, kita pasti akan tua. Cuma ada cara lebih efektif untuk melambatkan penuaan," katanya.

Beliau berkata, suntikan ke dalam anggota tubuh boleh memudaratkan jika si pemakai tidak tahu isi kandungan sebenarnya.


"Kajian membuktikan suntikan vitamin mahupun kolagen mampu membuatkan buah pinggang rosak, di samping berisiko mendapat kanser kulit.



"Ini kerana kandungan bahan kimia pada cecair itu berbahaya. Kita ada kala tidak tahu berapa peratus kandungan kolagen sebenar atau tiruan dalam cecair yang bakal disuntik pada wajah atau badan.

"Ia bukan saja memudaratkan, malah membuang duit, masa dan tenaga," katanya Beliau mengulas tindakan segelintir individu yang semakin ligat membuat suntikan dan pembedahan, termasuk di punggung, bagi mendapatkan tubuh badan menawan tanpa memikirkan risiko bakal ditanggung.


Katanya, pengaruh media juga antara faktor yang menyumbang kepada gejala ini berikutan iklan yang menekankan bentuk badan langsing terlalu banyak di pasaran.

"Kita lihat sama ada di media cetak atau elektronik, semua memaparkan imej individu bertubuh cantik dan berkulit mulus. Cara ini secara tidak langsung mendorong individu yang merasakan mereka bermasalah melakukan suntikan.


"Ada kala apabila terlalu ghairah, ada yang tidak mengira hukum dan menghalalkan cara. Bagi saya, apabila bertekad melakukan suntikan atau perubahan pada tubuh atau muka, mereka juga harus bersedia berdepan risiko jangka panjang yang akan memudaratkan.


"Ramai tidak nampak kesan jangka panjang apabila melakukan suntikan pada kulit. Yang mereka tahu hanya mahu cantik dan kesan jangka pendek yang cepat," katanya.


Katanya, ia berpunca daripada tindakan kawan yang suka mengejek atau memberi pendapat negatif hingga mereka rasa tercabar. , seterusnya memilih jalan singkat dengan membuat suntikan meskipun berisiko.


Apapun, katanya, masyarakat seharusnya tidak memilih jalan mudah untuk kekal cantik dan muda.


"Tidak guna hanya cantik luaran. Kalau boleh, biar luaran dan dalaman seiring, baru terpancar aura seri sebenar," katanya.


Pakar Motivasi dan Kaunseling, RKH Motivasi and Services, Dr Robiah Kulop Hamzah berkata, suntikan hanya boleh dilakukan jika ada parut, wajah dan tubuh yang mencacatkan dan memudaratkan jika tidak dilakukan suntikan.


"Apapun, paling penting, semuanya bergantung kepada niat. Jika baik, tidak salah, tapi kalau sebaliknya, ia dikira tidak betul.


"Jika anda dilahirkan dengan tubuh badan dan wajah yang tiada cacat cela, mengapa mahu mengubah ciptaan Allah kerana ia sebaik-baik kejadian.


"Mengubah kejadian Allah bermakna anda melawan ciptaan-Nya. Jika mahu membuat suntikan menarik perhatian, ia salah dan tidak dibenarkan," katanya.



sumber : myMetro

Kekasih pelajar lahir bayi di tandas dicekup

Posted: 07 Jul 2012 06:15 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai kekasih kepada seorang pelajar tingkatan empat yang melahirkan bayi di tandas asrama sebuah sekolah menengah berasrama di bandar raya ini, semalam.
Suspek berusia 19 tahun dari Perumahan Awam Kos Rendah Kampung Durian Guling, Marang, itu ditahan polis di rumahnya, jam 5 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek yang tidak bekerja ditahan hasil soal siasat dijalankan terhadap pelajar berusia 16 tahun terbabit.


"Siasatan awal mendapati suspek dan pelajar itu mengenali antara satu sama lain dan pernah berjumpa beberapa kali serta dipercayai melakukan hubungan seks sekitar Oktober atau November tahun lalu.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 13 Julai ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


"Bagaimanapun, pelajar berkenaan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)," katanya.



sumber : myMetro

Tonggek bawa maut

Posted: 07 Jul 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Fenomena membesarkan punggung yang popular di Britain dan Amerika Syarikat kini mula menular di negara ini, terutama di kalangan selebriti, orang kenamaan dan model, supaya kelihatan lebih seksi dan montok.
Trend ini semakin menjadi-jadi selepas personaliti popular Britain, Pippa Middleton secara tiba-tiba dilihat memiliki punggung seksi ketika menjadi pengapit kakaknya, Kate pada majlis perkahwinan dengan Putera William, tahun lalu.
Faktor itu menyebabkan ramai mendakwa dia menjalani pembedahan atau suntikan membesarkan punggungnya yang sebelum itu leper.

Selain pengaruh Pippa dan selebriti Barat lain, trend membesar dan memantapkan punggung turut dikaitkan dengan artis Korea dan Jepun yang makin popular di kalangan remaja negara ini.



Pakar kulit, Dr Ko Chung Beng berkata, selepas penggunaan silikon, teknologi terkini bagi membesar dan mencantikkan punggung yang semakin menjadi pilihan ialah melalui pemindahan lemak dari tubuh ke punggung.



sumber : myMetro

Angkara teguran

Posted: 07 Jul 2012 05:45 PM PDT


KAJANG: Tiga pelajar lelaki tingkatan enam sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan, dekat sini, cedera dibelasah sekumpulan samseng hanya kerana menegur adik seorang ahli kumpulan itu membuat bising ketika menyertai satu program di sekolah itu, malam kelmarin.
Seorang daripada mangsa yang cedera mata kanan akibat ditumbuk serta diterajang mendakwa, kejadian berlaku jam 10.45 malam ketika 90 pelajar tingkatan tiga ingin pulang selepas selesai mengikuti program bestari anjuran pihak sekolah. 
Mangsa, Muhammad Najib Zulkarnain, 18, ketika ditemui di rumahnya di Bandar Seri Putra, Kajang berkata, kejadian turut disaksikan beberapa guru dan ibu bapa pelajar yang menjemput anak mereka. 


sumber : myMetro

Gilalah..abang ni kerjanya test wanita yang nak jadi pelacur kelas atasan

Posted: 07 Jul 2012 05:30 PM PDT

Entah apa yang terlintas di fikiran Jaime Rascone ketika ia memutuskan untuk meninggalkan pekerjaanya sebagai seorang DJ menjadi penguji bagi calon-calon PSK (Pekerja Seks Komersial) kelas atas.

Boleh jadi profesi yang dijalani Jaime ini adalah profesi yang diidam-idamkan ramai lelakidi dunia ini. Lelaki dari Chile ini bekerja layaknya seorang quality control dirumah pelacuran.


Jamie Rascone yang tadinya adalah seorang model freelance serta seorang DJ pada awalnya bertemu secara tidak sengaja dengan Fiorella Companions, seorang "mami" yang khusus menyediakan PSK-PSK kelas atas di Chile. Kebetulan "sang mami" sedang memerlukan seseorang untuk melakukan wawancara dan pengujian akhir untuk calon-calon PSK yang akan ia latih. Jamie pun segera menerima tawaran ini. Yang harus ia lakukan adalah melakukan semacam wawancara dengan para calon PSK, melakukan uji kejiwaan, sesi foto dan pada akhirnya mendapatkan pelayanan seks dari para wanita calon PSK tersebut.


Dia harus membuat catatan dalam kertas kerjanya dengan menilai para calon PSK mulai dari bagaimana mereka menggoyangkan pinggul, cara mereka mengerang, cara memasangkan kondom hingga pelayanan seks yang diberikan.


Bagi para lelaki nampaknya profesi Jamie ini adalah profesi fantasy yang sangat menggiurkan, selain kerana pengalaman erotisme juga penghasilan financial yang ia dapatkan, namun menurut Jamie, sebagaimana profesi lain, profesi yang ia jalankan inipun lama-kelamaan akan menjemukan. Bagaimana, anda berminat untuk menggantikan?





Source: http://mrcoppas.blogspot.com

Dianggap ‘Provokatif’ Iklan Dakota Fanning Dilarang di Inggris

Posted: 07 Jul 2012 05:15 PM PDT

Sebuah iklan untuk parfume Marc Jacobs yang menampilkan bintang terkenal Hollywood Dakota Fanning (17), telah diarang di Inggris kerana dianggap terlalu provokatif secara seksual, dan dianggap sebagai eksploitasi seksual terhadap anak.

Dalam iklan tersebut memperlihatkan bintang filem War of the Worlds dan Charlotte Web, mengenakan skirt pendek dan memegang sebotol parfume Marc Jacobs diantara kedua kakinya, yang diaggap "provokatif secara seksual" oleh regulator iklan.

Pihak berkuasa standarisasi periklanan (ASA) menerima empat pengaduan yang menyatakan bahawa iklan tersebut offensif dan tidak bertanggung jawab, kerana menggambarkan model remaja dalam sebuah "gaya seksual".


Sementara itu, Coty UK, Majalah ES dan majalah mode Sunday Times yang memuat iklan tersebut mengatakan mereka belum menerima keluhan perihal iklan itu.

Coty mengatakan bahawa sebahagian besar pembaca yang melihat iklan tersebut berusia lebih dari 25 tahun, dan merupakan usia yang menjadi target parfume tersebut. Mereka juga menambahkan bahawa gambar Fanning ini mirip dengan banyak gambar 'sensual' lain pada majalah


Namun ASA menegaskan bahawa posisi botol parfum di pangkuan Fanning sangat "provokatif secara seksual" dan melihat bahawa aktris tersebut benar-benar terlihat seperti di bawah usia 16 tahun dalam gambar tersebut.

"Kami menganggap bahwa panjang gaunnya, kaki serta posisi botol parfum menarik perhatian secara seksual. Dengan inilah kami menyimpulkan bahwa iklan itu tidak bertangung jawab dan cenderung menyebaban pelangaran serius" jelas ASA.

Sumber : guardian.co.uk

Image source :marcjacobs.com

Cuba anda baca cerita ini,adakah kes ini perkosaan atau tidak?

Posted: 07 Jul 2012 05:00 PM PDT


Xiao Juan, Wanita 26 tahun tinggal di Guizhuo. Pada 27 Jun lalu dia dan kekasihnya pergi ketempat pesta ulang tahun temannya. ketika mereka pulang sudah terlalu malam akhirnya diputuskan mereka menginap disebuah hotel. Ketika tengah malam Xiao Juan pergi ke toilet awam diluar biliknya. setelah itu dia kembali namun bukan kebilik dia menginap tapi ke bilik sebelahnya!!

Masih belum terlalu sedar, Xiao Juan berfikir bahawa laki laki yang ada dikamar itu adalah kekasihnya, dan mereka pun berhubungan seks. setelah itu laki-laki itu pun bergegas pergi, Xia Juan bingung dan menanyakan kepada laki-laki itu mahu kemana,dia berkata mahu ketandas . Ketika dia melihat laki-laki itu dan dia baru tersedar kalau itu bukan kekasihnya, dia terkejut dan menangis, tetapi lelaki itu terus cabut lari.

Akhirnya Xiao Juan menangis dan pergi ketempat kekasihnya dan mengadukan hal tersebut. Xiao Juan dan kekasihnya akhirnya memutuskan untuk melaporkan lelaki itu kepada polis bahawa dia telah diperkosa.

Tetapi polis bingung untuk mendefinisikan apakah itu pemerkosaan atau bukan, kerana tidak ada unsur paksaan didalamnya.

So? menurut anda bagaimana??

Kisah Keluarga Yang Miliki 18 Anak Kandung

Posted: 07 Jul 2012 04:45 PM PDT


VIVAnews - Filosofi banyak anak banyak rezeki nampaknya mengilhami pasangan Gil dan Kelly Bates untuk membangun keluarga besar. Walau sudah memiliki 18 anak kandung, pasangan asal Tennessee, Amerika Syarikat, itu masih berencana menambah anggota keluarga baru lagi.

Anak tertua dalam keluarga itu berusia 22 tahun. Sedangkan yang terkecil masih 11 bulan. "Kami tidak pernah merencanakan untuk memiliki 18 anak," kata Gil Bates seperti dikutip ABC News.

Keluarga Bates merupakan penganut Kristen Evangelis yang tidak percaya dengan penggunaan kontrasepsi buatan. Kelly yang kini berusia 44 tahun hampir selalu hamil setiap tahun selama 22 tahun terakhir. "Kami biarkan Tuhan menentukan berapa banyak anak untuk kami," kata Kelly.

"Semakin banyak anak semakin banyak berkat," Gil yang kini berusia 46 tahun menambahkan.

Sebanyak 18 anak itu adalah Zach (22), Michaella (21), Erin (20), Lawson (19), Nathan (18), Alyssa (16), Tori (15), Trace (14), Carlin (13), Josie (12), Katie (10), Jackson (9), Sipir (8), Yesaya (6), Addallee (5), Ellie (4), Callie (2), dan Judson (11 bulan). "Mereka semua begitu berbeda, tak ada yang sama wajahnya," kata Kelly.

Tanpa anak kembar, Kelly melewati 18 kali persalinan secara normal semenjak menikah dengan Gil. Bahkan, 14 persalinan dilakukan di rumah berkat bantuan bidan, yang ertinya tanpa suntikan anestesi atau metode persalinan modern.

Hampir semua persalinan berjalan lancar tanpa kendala, kecuali persalinan anak ke-15. "Addallee adalah anak spesial kami kerana lahir prematur dan hampir tak boleh bertahan hidup. Addallee sempat berhenti bernafas dan jantungnya terhenti ketika lahir," ujarnya.

Keluarga Bates tinggal bersama di sebuah rumah dengan lima bilik tidur. Dengan 20 orang hidup dalam satu atap, mereka harus berbagi perhatian dan fasiliti rumah.

Awal tahun ini, Kelly sebenarnya hamil anak ke-19. Namun, janinnya gugur di minggu-minggu awal usai tes kehamilan positif. "Awalnya semuanya nampak baik. Kami bahkan melihat detik jantung," kata Kelly yang bersama keluarganya sangat kehilangan janin yang mereka namai Sion.

Sembari terus berdoa, mereka mencuba berbagai upaya medik agar Kelly boleh hamil lagi. Kelly menjalani terapi hormon untuk mempertahankan kesuburannya. "Kami melakukan upaya untuk memaksimalkan kesempatan hamil lagi," kata Kelly.

Adoi!!! mak sakitnya

Posted: 07 Jul 2012 04:30 PM PDT






LETAK MAKLUMAT IKLAN
dah macam nangka busuk jatuh.....

Bro, Apa Ada Anak Panah di Wajah Saya?

Posted: 07 Jul 2012 04:15 PM PDT


Seorang anak remaja patut bersyukur kerana masih hidup setelah tertancap anak panah sepanjang 20cm yang hampir saja membuatnya tewas atau bisu selamanya.



Di umurnya yang ketujuh belas, Lewis Tavernier benar-benar mendapatkan pengalaman tak terlupakan. Kepalanya tertancap anak panah yang melesat tembus ke pipi dan hampir saja mengenai otaknya.

Sambil membawa crossbow miliknya, dia pergi ke rumah temannya di Stevenage, Hertfordshire untuk berlatih memanah.

Sampai disana, dia menaruh benda itu di meja dan berguraul dengan temannya. Tiba tiba saja, senjata itu melepaskan anak panahnya dan Tavernier yang hanya berjarak hampir 1 meter dari pusat bencana tak mampu berbuat apa-apa saat anak panah itu menembus pipinya.

"Jaraknya hanya sekitar semeter tetapi (tembakan) itu sangat cepat dan kuat sampai saya tidak merasa benda itu menancap di kepala saya. Saya hanya ingat mengatakan;" Bro, apa ada anak panah di wajah saya?"

"Dia terlihat stress tapi saya rasa saya terkejut kerana pada awalnya tidak ada rasa sakit sama sekali. Baru ketika saya dihantar oleh ayahnya ke hospital, rasa sakit itu muncul."



"Doktor mengatakan bahawa anak panah itu hanya berjarak 2mm dari saraf yang mungkin boleh membuat saya tewas, dan apabila menancap lebih rendah lagi kemungkinan saya tidak akan boleh bicara lagi selamanya."



sumber: Dailymail
foto: Archan

Gaya Pakaian Yang Aneh

Posted: 07 Jul 2012 04:00 PM PDT

Model gaya pakaian yang sedikit aneh tidak seperti umumnya model pakain yang sering ditampilkan pada dunia peragaan  selama ini, tak ada kesan kulit unsur haiwan, seperti kulit, bulu atau bahagian haiwan lainnya.Cuba lihat..








Peserta pertandingan mencari model ini punya dua alat kelamin

Posted: 07 Jul 2012 11:00 AM PDT


LODZ - Michalina Manios (22) adalah seorang wanita yang kini menjadi salah satu peserta favourite sebuah pertandingan pencarian model di sebuah program televisyen bertajuk, Poland's Top Model Show.

Namun yang mengejutkan adalah pengakuan dirinya yang mengaku , bahawa dirinya pernah menjadi seorang lelaki.

"Saya terlahir hermaprodit (berkelamin ganda). Namun pada saat saya keluar dari rahim ibu saya, doktor kandungan ibu mengatakan saya adalah bayi laki-laki kerana terlihat alat kelamin laki-laki," ujar Michalina kepada dewan juri sebelum mereka memilihnya ke pusingan berikutnya.

"Tetapi ketika saya membesar, perasaan kewanitaan saya mendominasi daripada menjadi laki-laki dan empat tahun lalu, saya menjalani operasi untuk membuang alat kelamin lelaki dan mengubah nama saya," imbuhnya sebagaimana dilansir Orange, Isnin(12/9/2011).

Saat sekolah, Michalina mengaku bersedih kerana harus menjalani hidup sebagai seorang lelaki kerana doktor mengizinkan bahawa dirinya tidak boleh menjalankan operasi kelamin sebelum dirinya berusia 18 tahun.

"Ketika akhirnya saya boleh menjalani operasi tersebut, saya sangat bahagia. Saya sekarang boleh mengejar cita-cita saya menjadi seorang model," ujarnya.

Michalina yang berasal dari Lodz, Poland, ini pernah mempelajari ilmu linguistik sebelum dia pindah ke Paris. Kini dia fasih berbicara dalam enam bahasa termasuk Inggris, Perancis, Sweden, dan Russia.(rhs)

Paku, Rantai dan Batu Keluar Dari Perut Bayi Ketika Buang Air

Posted: 07 Jul 2012 10:30 AM PDT

Erik Nurianan, seorang kanak-kanak berusia 14 bulan asal kampung Gunungsari RT 29/10 Desa Gembor, Kecamatan Pagaden, Subang ini mengeluarkan benda keras dari anusnya.

Peristiwa itu terjadi sejak Erik berusia 4 bulan. Setiap kali Erik buang air besar, bersama kotorannya ditemukan benda keras seperti paku, pegas, mata rantai yang sudah berkarat. Tidak itu saja, menurut datuk Eril, Warisa, dari anus cucunya itu juga keluar batu yang cukup besar.


"Benda-benda itu keluar dari anus cucu saya, ketika buang air besar. Ada paku, batu dan mata rantai. Kejadiannya awal waktu dia berumur 4 bulan," kata Warisa kepada INILAH.COM.
Peristiwa ini membuat puluhan warga datang ke tempat Erik tinggal untuk melihat sendiri keanehan ini.

Hah...Wanita ini Melepas Bajunya di Jalanan

Posted: 07 Jul 2012 10:15 AM PDT

Entah kenapa gadis ini dengan tiba-tiba membuka bajunya di jalanan ramai. Nampaknya seperti si gadis mengalami tekanan mental yang tinggi sehingga melakukan hal yang memalukan ini.






Bapa tujuh anak pakai kereta Mercedes walaupun menganggur

Posted: 07 Jul 2012 10:00 AM PDT

Seorang bapa kepada tujuh orang anak, Peter Davey enggan bekerja kerana dia menerima pendapatan lumayan menerusi hasil elaun sara hidup golongan penganggur kerajaan Britain.



Walaupun dia dan isterinya, Claire, 29 menganggur, elaun sara hidup lebih £42,000 (RM207,765) setahun yang diterima mereka mencukupi untuk keluarga itu tinggal di rumah berkembar dan memiliki sebuah kereta Mercedes Benz selain sebuah kenderaan pelbagai guna.

"Mengapakah saya perlu bekerja kerana jika saya bekerja, saya belum tentu memperoleh pendapatan sebanyak ini, lebih baik kami menganggur," kata Peter, 35.

Di rumah berkembar mereka di Isle of Anglesey itu, keluarga tersebut memiliki televisyen skrin rata besar, sebuah permainan video Wii, tiga permainan video Nintendo dan sebuah komputer di samping empat telefon bimbit.

Namun, dia dan isterinya yang kini mengandung anak kelapan, masih tidak berpuas hati dengan elaun kebajikan tersebut dan mahukan kerajaan menaikkannya ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.   ~~Agensi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS