Adsense

Sabtu, 7 Julai 2012

Zon Artis

Zon Artis


Ella Sudah Sah Bergelar Seorang Isteri

Posted: 07 Jul 2012 08:34 AM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA DAN AZHAR

Dengan hanya sekali lafaz, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali, 30, sekitar jam 10.30 malam tadi dalam majlis pernikahan yang diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang.

Ella dan Azhar dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Teluk Gadong iaitu Baharudin Abu Bakar dengan berwalikan abang sulung Ella iaitu Mohd Nor Izam Aminuddin.

Seperti yang sudah dikhabarkan, nyata Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 tunai beserta tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki. Sebagai balasan, Ella menghadiahkan Azhar dengan sembilan dulang hantaran.

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA DAN AZHAR

Untuk info, Ella dan Azhar akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember hadapan.

Zon Artis: Kepada Ella, selamat pengantin baru dan tahniah kami ucapkan. Semoga mahligai yang dibina ini akan berkekalan dan berbahagia buat selama-lamanya. InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails

(Gambar) Sekitar Berlangsungnya Majlis Berinai Ella

Posted: 07 Jul 2012 03:28 AM PDT

Semalam telah berlangsung majlis berinai Ella, penyanyi yang mendapat jolokan ratu rock Malaysia dan ini ada beberapa gambar ekslusif yang dikongsikan oleh Ministry Of Moment di page Facebook mereka. Jangan tidak tahu, Ministry Of Moment adalah photographer rasmi yang akan merakam semua moment bersejarah perkahwinan Ella dan bakal suaminya, Azhar. Jangan buang masa, mari lihat kesemua gambar pilihan kami kat kat bawah ni.

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA

GAMBAR NIKAH ELLA

GAMBAR PERNIKAHAN ELLA

GAMBAR NIKAH ELLA

GAMBAR NIKAH ELLA

GAMBAR KAHWIN ELLA

GAMBAR KAHWIN ELLA

Jika anda masih tidak tahu, majlis akad nikah Ella dan Azhar akan berlangsung pada malam ini di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor. Dikhabarkan, wang hantaran yang akan diberikan oleh pihak lelaki bernilai RM50 ribu. Banyak tu!

Related Posts with Thumbnails