Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


(Gossip) Selebriti Wanita Malas Ke Dapur, Beri Suami Makan Nasi Bungkus

Posted: 21 Oct 2010 09:48 PM PDT

Al-kisahnya, ketika kami melepak di Facebook malam tadi, seorang informer chat dengan kami mengenai seorang selebriti wanita yang dikatakan amat pemalas ke dapur, sampai suami balik kerja pun diberinya makan nasi bungkus. Bukan itu sahaja, mak mertua pun naik angin dengan perangai menantunya, bangun tidur lambat, mandi pun lambat!

Kami bertanyakan hubungan informer ini dengan selebriti tersebut. Dikatakan, mak'nya adalah kawan baik kepada mak mertua selebriti tersebut, malah hampir setiap hari si mak mertua akan mengadu perihal menantunya. Biasa'lah, sedikit sebanyak informer ini akan tahu juga cerita selebriti tersebut.

Bukan main berang lagi mak mertua, sudah'lah 2 tahun dahulu tersebar gambar seksi selebriti itu bercuti-cuti di pantai bersama teman lelaki (kini suaminya) sebelum berkahwin. Kemudian, apabila hendak berkahwin, selebriti itu demand kereta sebagai hantaran pula. Menurut informer, memang keluarga lelaki terdiri daripada keluarga yang berada, fulus banyak. Tetapi, selebriti itu pun bukan popular tahap Siti Nurhaliza, demand mengalahkan tuan puteri!

Selebriti wanita ini memang cantik, pernah popular dengan lagu-lagu tangkap leleh. Kini, anak pun sudah ada seorang. Kata informer, kini selebriti itu ingin kembali menyanyi, I sh*t you not.

Harap selebriti tersebut ubah perangai, kerana perkahwinan memang penuh dengan onak ranjau yang sering menduga.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pandai Melawak? Sertai Ujibakat Raja Lawak Musim 5 Di The Mall

Posted: 21 Oct 2010 09:12 PM PDT

Kunjungan kali kedua ke Sabah untuk mencari pelapis bakat lawak di Malaysia, Raja Lawak Astro ternyata tidak menghampakan apabila pihak rancangan Raja Lawak menerima sambutan yang amat menggalakkan pada tahun ini. Malah, penyertaan dari negeri ini bertambah lebih sekali ganda berbanding ketika pertama kali mengadakan sesi ujibakat di Sabah tahun lalu.

Ujibakat yang dijalankan di 1Borneo Hypermall selama dua hari pada hujung minggu lalu diacarakan Alex, pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim lalu. Kehadiran Afdlin Shauki sebagai juri serta persembahan istimewa Johan,  Zizan, dan kumpulan Kecik menarik  kira-kira lebih 2,000 orang untuk membanjiri ruang legar kompleks membeli-belah itu seawal jam 10 pagi lagi.

Setelah berjaya menjelajah ke Kuantan, Pulau Pinang, dan Kota Kinabalu, pasukan produksi Raja Lawak musim kelima akan meneruskan pencarian di Johor Bahru dan Kuching sebelum berakhir di Kuala Lumpur.

Kepada yang berminat untuk menyertai sesi ujibakat, bolehlah menghadirkan diri di tempat-tempat berikut:

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim kelima) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan terus diberi kepercayaan untuk mengacarakan program raja Lawak Astro memasuki musim kelima ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


A.Aida Terbitkan Drama Bersiri Halimah Jonggang Musim 2

Posted: 21 Oct 2010 08:32 PM PDT

Pada 20 Oktober lalu, Budiey meeting dengan pengarah dan penerbit yang boleh tahan jugaklah kontroversinya, A. Aida.

Sebenarnya, ini adalah kali pertama kami berjumpa. Tapi Kak A.Aida ni rupanya dah lama menjadi pembaca setia Sensasi Selebriti. Menurut kata A.Aida, dia selalu rujuk kat blog ni untuk cari para pelakon bagi drama arahan dan terbitannya. Terima kasih kak A.Aida sebab sudi melayari blog yang tak berapa popular dah ni.

Budiey & A.Aida

Budiey dan pengarah & penerbit A.Aida

Dalam pada itu, A.Aida mengadu sebab cerita pasal dia banyak tapi takde pun Budiey nak letak nama dia dalam ruangan category. Okay, sekarang ni hasrat dan impian A.Aida direalisasikan. Budiey dah pun letak nama akak kat ruangan 'category'.

Tujuan perjumpaan kami petang itu adalah untuk mendengar perbincangan mengenai drama bersiri Halimah Jonggang yang kini dah pun masuk musim kedua.

Untuk info pembaca, drama terbitan A.Aida ini akan disiarkan setiap hari Rabu, jam 9 malam bermula pada 27 Oktober 2010 menerusi saluran Prima saluran 105.

Drama arahan Ting Tiah Seng atau lebih dikenali dengan nama T.S Jeffry ini mengekalkan watak utama Sheera Iskandar sebagai Halimah, namun tidak mengekalkan Pierre Andre kerana watak heronya diganti oleh Ako Mustapha.

Selain Sheera dan Ako, drama ini dijayakan oleh Along Cham membawa watak Haikal, Opie Zami sebagai Pocai, Norlia Ghani , Aishah Atan sebagai Mak Dara, Diya Kholid, Hamid Gurkha, Zami Ismail, Azza AF, Linda Hashim dan Maimunah Ahmad.

Menurut A. Aida, drama ini dihasilkan untuk penonton yang suka dengan drama yang santai, rileks dan tak banyak berfikir berat sangat. Inspirasinya datang setelah melihat drama Ugly Betty yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Dan dengan fenomena yang sama, A.Aida kini sedang dalam proses untuk menghasilkan sebuah lagi drama berjudul Dollah Hapak.

Menyentuh tentang drama Halimah Jonggang, beliau menghasilkan dengan kos sebanyak RM800 ribu untuk menyiapkan 26 episod. Lagu tema Halimah Jonggang nyanyian Eddie Hamid juga akan dikekalkan kerana lagu ini dianggap sebagai satu trademark untuk drama ini.

Cakaplah atau kritika apa sahaja tentang drama beliau, sebenarnya A.Aida ini sangat kebal dan cukup kalis. Sebelum ini, semasa drama Halimah Jonggang bersiaran, beliau telah mendengar dan menerima banyak sekali komen positif dan negatif tentang drama tersebut. Gila tak, menurut kata A.Aida, rating penonton drama ni mencapai jumlah sejuta penonton sepanjang Halimah Jonggang musim pertama. Apakah untuk musim kedua ini, drama ini akan mencipta satu fenomena seperti musim pertama?

A. Aida

A. Aida

A. Aida

A. Aida

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gossip Aida Aris Cinta Zul Handy Black
  • Drama Online Terbaru Portal Gua JELMA Lakonan Naim Daniel
  • Gambar Sheera Iskandar Pelakon Drama Halimah Jongang & Siong
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • Drama Criminal Minds
  • Gambar Aida Gadis Melayu Bertunang Dengan Saiful Nizam
  • Rozita Che Wan, Kamal Adli dalam Drama Madu Sorok
  • Drama Matahari Lakonan Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Sabrina Ali
  • Ujibakat Mencari Pelakon Drama Bersiri TARI TIRANA
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Alyah di Prebiu Video Muzik Terbaru KAU BISU

    Posted: 21 Oct 2010 07:04 PM PDT

    Pada 19 Oktober lalu, pastinya menjadi tarikh bersejarah buat penyanyi yang terkenal dengan gaya stylonya, siapa lagi kalau bukan Alyah yang telah melancarkan video klip terbarunya berjudul KAU BISU. Majlis prebiu video klip ini diadakan di Red Box The Gardens, Mid Valley City pada jam 3 petang, dihoskan oleh Didie Alias dan Ayie – wartawan Stylista Portal Murai.

    Konsep video muzik Kau Bisu ialah FUTURISTIK!

    Saksikan dulu prebiu video klip berdurasi 35 saat ini sebagai teaser:

    Budiey nak ucapkan tahniah untuk Alyah yang akhirnya berjaya menghasilkan video muzik Kau Bisu dengan kos perbelanjaan semuanya dengan duit poket sendiri.

    Video muzik Kau Bisu mendapat sentuhan pengarah yang tak asing lagi, Ghaz – salah seorang pengasas The Media Hustler Sdn Bhd. Hasil karya Ghaz dapat ditonton sebelum ini menerusi video muzik artis terkenal yang lain seperti video muzik Cinta Kosmik – Fabulous Cats, Aku Tak Percaya Cinta – Liyana Jasmay dan Mungkin – Anuar Zain. Ternyata, konsep futuristik gerak lincah stylo yang diketengahkan dalam video muzik ini menonjolkan lagi imej baru Alyah.

    Yang menariknya, bila Alyah juga menghargai pereka fesyen tempatan di mana beliau menjemput pereka muda berbakat besar dalam mereka kostum busana yang futuristik seperti Sandra Azwan, Tg Syahmi, Jonathan Liang dan Hafiz.

    Solekan ala futuristik dalam video muzik ini ditatarias oleh Bosco yang telah memberikan imej glam futuristik yang stylo sesuai dengan konsep rancak lagu Kau Bisu. Bosco menampilkan tiga wajah Alyah yang berbeza konsep dan juga dandanan. Semasa pembikinan, Alyah terpaksa menanggalkan 3 kali solekan di wajah.

    Penampilan pertama solekan smokey diberi elemen artistik dengna gaya ramput punk. Dandanan rambut kedua, Bosco menggunakan rambut palsu bob dipotong dan solekan kening hitam menampakkan lebih edgy dan solekan wajah yang natural diberi glitter bahagian mata dengan dandanan rambut disisir kemas lebih menyerlahkan gaya boyish seperti yang dibuat semasa majlis prebiu ini.

    Alyah

    Alyah

    Alyah

    Alyah

    Alyah

    Alyah

    Alyah

    Alyah

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Video Muzik Artis Terkenal di Program Popular@Muzik Aktif
  • Alyah Fesyen Lady Gaga di Party Nominasi Shout Awards 2010
  • Muzik Video Lagu Mati Hidup Kembali Butterfingers
  • Quotes of The Day: Saya Belum Mahu Bercinta – Alyah
  • Sebalik Pembikinan Video Klip Mila Terbaru GILA
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Album Personaliti Alyah
  • Gambar Pengambaran Video Klip Sindarella
  • Gambar Selebriti di Prebiu Astro Universe
  • Gambar Sekitar Muzik Video Ayuh Kawan Lagu Tema Filem Estet
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    Nana XFM (Dulu Kat ERA) Selamat Lahirkan Anak Perempuan

    Posted: 21 Oct 2010 05:21 PM PDT

    GAMBAR ANAK NANA XFM (DULU RADIO ERA DAN BEKAS PELAJAR AF1)
    AD:iPhone 3G ini mungkin menjadi milik anda.. Tak nak ke?

    Nana XFM (dulu kat Radio ERA dan juga merupakan bintang AF1) telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pagi semalam (21 Oktober 2010 – khamis). Bayi dilahirkan secara normal dan diberi nama Althea Raqeem Brian. Gambar baby ada kat bawah ni.

    GAMBAR ANAK NANA XFM (DULU RADIO ERA DAN BEKAS PELAJAR AF1)

    So, tahniah kami ucapkan kepada Nana dan suami, Brian diatas kelahiran Althea. Semoga rumah tangga anda semakin utuh dan bahagia dengan kehadiran'nya.

    Psstt: Jom terjah www.zonbebas.com

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    sumber :-

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Teh kunci ketenangan

    Posted: 21 Oct 2010 05:53 PM PDT


    KANDUNGAN kimia tumbuhan dalam daun teh dilaporkan mempunyai kesan psikologi ke atas manusia. - Gambar hiasan


    ADAKAH anda sentiasa memikirkan cara yang menyenangkan untuk menjaga kesihatan? Berita baik ini pasti anda nanti-nantikan.

    Anda hanya perlukan secawan teh setiap hari untuk menjana kecerdasan mental dan menjamin kesejahteraan fizikal.

    Perkara ini telah dibuktikan oleh pakar teh terkenal di dunia yang membentangkan hasil kajian terbaru mereka mengenai hubung kait antara pengambilan teh dan kesihatan.

    Kajian itu menumpukan manfaat tianin (theanine: analog asid glutamik atau asid amino dalam teh) dan flavonoid (vitamin P atau sitrin atau kelas metabolit sekunder tumbuhan).

    Hasilnya menunjukkan manfaat yang menarik, khususnya kelebihan teh dalam memperbaiki mood, meningkatkan tumpuan dan kecerdasan di samping menurunkan risiko strok iskemia.

    Cara hidup

    "Teh sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat Malaysia. Kita menikmati minuman ini dalam pelbagai cara, sama ada teh kosong, teh susu atau teh hijau.

    "Kami ingin memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa mereka sentiasa menghirup secawan minuman yang berkhasiat," kata Quah Seng Khie, Pengurus Jenama Peruncitan Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd.

    Tambahnya, manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan teh telah menjadi tumpuan penyelidikan saintifik yang dijalankan secara meluas.

    "Simposium ini memberi peluang kepada pakar teh untuk berkongsi kemunculan kaedah sains baru dan menggalakkan perbincangan mengenai kebaikan teh kepada fizikal," ujarnya.

    Hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr. Georgie Russell daripada R&D Unilever dan Institut Teh Lipton menunjukkan bahawa pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif.

    "Kajian kami menunjukkan bahawa mood sering dianggap kualiti subjektif dan boleh diukur dengan berkesan.

    "Ini adalah satu perkembangan yang menarik, ia membolehkan kita mengukur kesan rangsangan luar ke atas mood kita. Sebagai contoh, kami dapat mengesahkan bahawa teh susu memberi kesan positif ke atas mood.

    "Kesan positif ke atas mood bukan sahaja membuatkan kita rasa ceria, tetapi beberapa kajian menyarankan bahawa teh dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imunisasi," kata Russell.

    Lebih tumpuan

    Selain kesan psikologi, Dr. Eveline De-Bruin membentangkan bukti baru yang menunjukkan bahawa pengambilan teh boleh membantu anda memberi lebih tumpuan dan membaiki kecerdasan subjektif. Mekanisme kajian inilah yang menjadi tumpuan perbincangan semua saintis.

    Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukkan bahawa selepas mengambil satu dos kuat tianin dan kafein, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap.

    "Kajian ini menunjukkan tindak balas bahan aktif dalam teh, tianin dan kafein mengoptimumkan pengaktifan bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap tumpuan kita seharian," Eveline De-Bruin.

    Kurangkan risiko strok

    Dr. Lenore Arab, Profesor di David Geffen School of Medicine di UCLA, mendedahkan hasil penyelidikan telah mengesahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpotensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21 peratus.

    Strok adalah punca kematian ketiga paling tinggi di Malaysia. Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 40,000 penghidap strok di Malaysia.

    Strok juga merupakan penyebab utama kehilangan upaya fizikal. Strok iskemia, berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83 peratus daripada semua kes strok yang dilaporkan.

    Dr. Sheila Wiseman dari Institut Teh Lipton, menyokong dakwaan ini dengan hasil kajian yang berbeza. Beliau menjelaskan bahawa flavonoid teh membantu menenangkan saluran darah.

    "Hanya 100 miligram flavanoid teh sehari iaitu bersamaan dengan kurang daripada satu cawah teh sehari dapat membantu membaiki kapasiti keanjalan saluran darah. Ini bermakna kesan positif pengambilan teh ke atas fungsi vaskular mungkin relevan bagi kebanyakan orang di dunia yang hanya minum satu atau dua cawan teh sehari," ujarnya.

    Reza seronok, insaf ikut majlis amal

    Posted: 21 Oct 2010 01:38 AM PDT

    Dijamu di rumah Megat Amri, Kampung Periang

    Pelakon remaja baru Reza Hasbi salah seorang selebriti yang terpilih menjayakan Majlis Amal Jamu Mak Dara dengan kerjasama majalah Hai dan Bank Islam di Kuala Kangsar, Perak pada 18 dan 19 Oktober lalu.

    Pengalaman selama dua hari ke rumah perlindungan kanak-kanak dan rumah orang susah di sebuah kampung menimbulkan rasa insaf serta seronok bermesra dengan orang-orang kampung.

    bersama tenaga kerja rumah perlindungan

    Selain Reza, majlis itu turut dijayakan oleh Riz, Danny Anwar, Ana Dahlia, Azam Pit, Ryzal, Diddy Hirdy dan Anding. Mereka menghiburkan adik-adik di sebuah rumah perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat serta menghulurkan bantuan keperluan dapur ke rumah orang susah di Kampung Periang.

    Selain menjayakan majlis amal tersebut, majalah Hai turut mengadakan sesi fotografi untuk keluaran istimewa sempena Hari Raya Aidiladha nanti. Kebetulan diadakan majlis menyembelih lembu akikah di kampung itu oleh Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Mohd. Gadaffi Syed Ali.

    Sempat posing lagi

    "Rasa seronok sangat bila lihat masyarakat kampung yang terhibur dengan kedatangan kami. Saya ni masih baru, alhamdulillah ada juga yang sudah mengenali saya. Kebetulan kampung saya juga berdekatan dengan kampung ini.

    "Rasa insaf pun datang juga apabila melihat adik-adik di rumah perlindungan. Apatah lagi apabila kita kenangkan trauma yang mereka lalui pada usia yang muda.

    "Mereka seronok menonton persembahan kami. Semasa mahu pulang mereka melambai tangan dan ada juga yang mengajuk gaya saya berlakon sponton di atas pentas," kata Reza.

    Rumah warga tua yang uzur

    Reza dan rakan-rakan juga melihat sendiri kesusahan yang dilalui oleh beberapa orang tua yang hidup terbiar di kampung itu dan berharap bantuan yang dihulurkan akan dapat mengurangkan kesusahan mereka.

    "Kalau banyak syarikat mengadakan majlis amal sedemikian secara berterusan, semakin banyaklah orang yang memerlukan bantuan dapat perhatian," kata Reza.

    Tunggu reaksi peminat

    Reza sekarang sedang menjalani penggambaran blok kedua drama rantaian Trilogi Cinta yang sedang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur. Wataknya besar dan memerlukan tumpuan sepenuhnya.

    Mahu berjaya dalam lakonan

    Khabar Haji Sahut Panggilan Ilahi

    Posted: 21 Oct 2010 01:36 AM PDT

    "Labbaik Allahumma Labbaik,Labbaik laa syarikka laka labbaik, Innal haamda wanni'mata laka wal mulk Laa syariika laka" yang bermaksud "Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Ya Allah aku penuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan kebesaran untuk-Mu semata-mata. Segenap kerajaan untuk-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu.

    Panggilan menunaikan Rukun Islam kelima sudah tiba. Hanya insan-insan yang terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah. Berjuta-juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berkumpul menyatakan pengabdian kepada Allah Yang Maha Besar. Namun amat jarang sekali bagi kita melihat dengan mata sendiri bagaimana perjuangan teman-teman yang bakal memegang gelaran Haji atau Hajah.

    Astro Oasis mencipta sejaran apabila menjadi stesen televisyen pertama menyiarkan liputan harian selama 24 jam langsung dari Kota Suci. Khabar Haji musim kedua menyediakan liputan lebih terperinci antaranya sidang telefon jemaah haji di Tanah suci dengan kaum keluarga, menerokai aktiviti masyarakat setempat termasuk yang berasal dari Malaysia dan lokasi menarik seperti Kompleks Percetakan Quran Raja Fahd, kebun kurma Madinah dan banyak lagi.

    Khabar Haji juga bakal merakamkan detik bersejarah persalinan Kelambu Kaabah ketika jemaah sedang berwukuf di Arafah. Penonton juga akan dibawa menikmati kemuncak ibadah haji iaitu Wukuf dan Melontar Jamrah bermula 9 hingga 11 Zulhijjah akan disiarkan secara langsung selama sejam dibawakan dari Arafah dan Mina.

    "Pemilihan peserta Imam Muda, Aran dan Azhar sebagai pengacara serta penampilan khas Juara Imam Muda, Asyraf bertujuan menggalakkan golongan muda ke Tanah Suci. Naik haji selalunya sinonim dengan golongan berusia yang ingin kembali kepada Allah.

    "Namun di sini kami ingin dedahkan apa sebenarnya yang berlaku di Tanah Suci kerana ibadah haji sebenarnya memerlukan tenaga yang banyak. Dan kalau boleh kami ingin membuka hati golongan muda ini agar mengerjakan haji tika usia muda dan masih banyak tenaga.

    "Kita juga berpeluang melihat sanak saudara yang sedang mengerjakan haji di sana nanti. Dalam masa yang sama, tujuh orang krew yang terlibat turut sama berpeluang mengerjakan amal ibadah di sana," ujar Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar.

    Program ini turut mendapat kerjasama dari Iqraa TV, Arab Saudi dan ini membolehkannya ditonton melalui saluran Iqraa TV dan juga sebahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Asia yang mendapat capaian satelit Iqraa TV.

    Saksikan Khabar Haji bermula 7 November sehingga 21 November ini bermula jam 10.00 malam menerusi saluran Astro Oasis (106).

    Arrora Salwa Dari Polis Jadi Penyanyi

    Posted: 21 Oct 2010 01:29 AM PDT

    Lemah lembut lagak gayanya. Bidang modeling menjadi sebahagian dirinya. Namun jangan disangka lembut tiada bahaya. Bekas anggota polis ini pernah mengalami pengalaman menakutkan dan maki hamun menjadi makanannya sewaktu menyertai pekerjaan berisiko tinggi ini, namun segalanya hanya menjadi kenangan kini.

    Berpangkat Lans Koperal, Salwa Md Razak atau nama pentasnya, Arrora Salwa meninggalkan Polis yang disertai sejak 2004 untuk menyertai syarikat rakaman Sony Music Malaysia.

    Mengembangkan bakat dengan menyertai kumpulan D'Muse semasa di Pusat Latihan menguatkan lagi azamnya untuk terjun dalam bidang seni muzik tanah air. Mengintai peluang tika itu namun rezeki masih tidak memihak kepada dirinya. Tanggal 23 Julai 2010, usahanya nyata membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan kontrak rakaman lima tahun bersama Sony Music.

    "Bila dapat peluang besar macam ni, memang saya akan genggam betul-betul. Sebab tu saya sanggup tinggalkan karier untuk capai impian jadi penyanyi. Bukan senang nak dapat peluang begini, lebih-lebih lagi terlalu banyak artis yang dilahirkan melalui program realiti. Memang bagus sertai program realiti sebab orang akan lebih kenal.

    "Namun saya tak berminat tonjolkan bakat melalui program begitu kerana saya lebih suka bermula daripada bawah. Saya nakkan cabaran perjalanan untuk sampai ke puncak, dengan itu barulah pengorbanan itu dihargai. Biar saya naik dengan bakat yang ada," ujarnya.

    Bukan sedikit tohmahan yang diterima apabila keputusan ini diambil. Gelaran penyanyi kampung kerapkali singgah di telinganya. Namun Arrora tidak berpaling lagi, terus menongkah maju menyempurnakan cita-citanya.

    "Banyak cabaran yang saya lalui bila mengejar impian ini. Tak kurang ada yang menghina dan mengeji. Mereka tak percayakan kebolehan yang ada. Kata mereka saya hanya penyanyi kampung. Tapi tak apalah, cuma satu hari nanti saya akan buktikan apa yang mereka kata itu semuanya tak betul. Dan saya sekali-kali tak akan balik menyertai polis semula sekiranya cita-cita ini gagal," katanya yang bakal muncul dengan single berjudul Ahmad ciptaan Panji.

    Memang senang untuk bergelar selebriti pada masa ini, namun tidak semuanya berkualiti. Ada setengahnya hanya menjual rupa dan kontroversi tanpa sebarang produk berkualiti.

    Sebagai artis yang baru mencipta nama, pastinya sukar untuk gadis kelahiran Kota Tinggi Johor ini mendapatkan perhatian peminat seni muzik. Alyah sendiri mengambil masa 10 tahun untuk dikenali. Arrora pula bagaimana? Biarlah masa yang menentukannya.

    Mahu belajar cara berlakon

    Posted: 21 Oct 2010 01:27 AM PDT

    MAGIKA...Diana berganding dengan Mawi dan Fimie dalam filem  muzikal fantasi arahan Edry.
    MAGIKA...Diana berganding dengan Mawi dan Fimie dalam filem muzikal fantasi arahan Edry.

    PERASAAN terkilan tidak mampu disembunyikan bintang muda Diana Danielle, 19, apabila namanya langsung tiada dalam senarai Top 5 Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang bermula semalam dan berkemuncak pada Ahad ini.

    Bagi anak tunggal yang dibesarkan ibunya, Norsiah ini, filem terbarunya, Magika dirasakan peluang terbaik untuk menerima pencalonan di majlis mengiktiraf hasil kerja karyawan seni tanah air selepas mula mendapat perhatian melalui filem Evolusi KL Drift.


    Hatinya mula berbunga-bunga apabila pengarah Magika, Edry Abdul Halim dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim menghubunginya untuk memaklumkan mereka mencalonkan namanya bagi dua kategori penting FFM23.


    Bagaimanapun, Diana hanya mampu menyimpan rasa terkilan apabila namanya tiada dalam senarai Top 5 yang diumumkan 14 Oktober lalu.

    Norman sendiri mengakui terkilan apabila nama Diana Danielle tidak berada dalam Top 5 Pelakon Harapan Wanita Terbaik kerana lakonannya sungguh berkesan selain mempunyai peranan besar dalam Magika.

    "Mungkin terkilan bukan perkataan sesuai untuk menggambarkan perasaan saya. Sebenarnya, saya harap dapat sama-sama memeriahkan FFM kali ini dengan pencalonan untuk Pelakon Harapan Wanita Terbaik.

    "Saya rasa Magika peluang cerah untuk dicalonkan. Selepas membintangi beberapa filem, saya belum pernah dicalonkan dan berharap dicalonkan kali ini.

    "Bagaimanapun, apa boleh buat kerana nama saya tidak sangkut satu pun pencalonan.

    "Apapun, saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang saya terima selama ini.

    "Malah, saya bersyukur sangat diberi peluang menjayakan Magika kerana ia membuka banyak rezeki saya dalam lakonan selepas itu. Antaranya ... Dalam Botol dan baru saja selesai menjayakan filem Hanyut arahan pengarah terkenal, U-Wei Shaari."Saya juga menimba pengalaman baru bekerja dengan Edry. Walaupun ini karya pertamanya, kesungguhan Edry di lokasi cukup baik dan saya bangga dengan keberaniannya bereksperimentasi di layar perak," katanya.


    Diana yang menyambung pengajian peringkat ijazah dalam jurusan biosains di Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Selangor mengakui kejayaan di FFM begitu penting kepada pelakon kerana ia dianggap sebagai bukti pencapaian seorang pelakon atas apa yang dilakukan."Sudah tentu setiap pelakon mengimpikan kejayaan atas usaha mereka dalam lakonan kerana ia dianggap sebagai kayu pengukur atas apa yang dilakukan. "Kalau pencapaian pelajar diukur dengan keputusan peperiksaan, pelakon pula melalui pengiktirafan ini.

    "Apapun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus memperbaiki lakonan pada masa akan datang. Malah, saya akui banyak yang perlu diperbaiki lagi setiap kali menonton Magika.


    "Saya menonton filem itu lapan kali termasuklah ketika suntingan (editing) dan memasukkan suara (dubbing) dan rasa lakonan saya tidak cukup baik dan banyak yang perlu diperbaiki.


    "Melihat kelemahan itu, membuatkan saya ingin mengambil kelas berlakon. Mungkin tahun depan saya akan mengikuti kelas lakonan untuk memperbaiki lagi lakonannya.


    "Mungkin bukan waktu terdekat ini kerana sibuk dengan pelajaran dan juga penggambaran, tetapi mungkin tahun depan," katanya berminat belajar dengan Fatimah Abu Bakar.


    Apapun, impian Diana untuk memeriahkan FFM23 hanya melalui persembahan pada malam kemuncak di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Ahad ini.

    Diana akan berganding dengan pasangannya dalam Magika, Mawi menyampaikan lagu dari filem itu, Penyembuh Rindu secara duet dan turut dipilih Rafflesia The Pearl Centre untuk menggayakan perhiasan mutiara ketika menjayakan FFM23 nanti.

    Selain Diana dan Mawi, Magika turut dibintangi Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, Aznil Nawawi, Raja Azura, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil Raja Lawak, Ruminah Sidek, Norman Hakim, Zaibo dan Marsha.


    Filem ini juga mencatat kejayaan awal apabila menerima paling banyak pencalonan iaitu untuk 12 anugerah. Edry dicalonkan untuk Pengarah Harapan Terbaik, Ziana (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik) dan Fimie (Pelakon Kanak-kanak Terbaik). Pemenangnya diumumkan dalam majlis pembukaan FFM23, malam tadi.


    Selepas Magika yang ditayangkan di pawagam 23 September lalu dan Kecoh Betul (3 Jun), Diana kini menanti tayangan filem ... Dalam Botol dan baru selesai menjalani penggambaran filem Hanyut. Gadis jelita kelahiran Houston, Amerika Syarikat pada 22 November 1991 ini juga tidak lepas dikaitkan dengan kisah cinta.

    Sebelum ini, Diana bercinta dengan pelakon dan pengarah muda, Syamsul Yusof dan kini dikatakan hangat bercinta dengan pelakon dan juga pengarah muda, Farid Kamil.


    Walaupun tiada pengakuan daripada mereka, ramai yang tahu hubungan mesra yang terjalin. Malah, ada gosip mengatakan mereka bakal berkahwin pada awal tahun depan sebagaimana disiarkan Bintang Popular pada 3 Oktober lalu dengan tajuk Diana, Farid nikah Januari 2011? Mengulas perkara itu, Diana hanya tersenyum manja.

    Katanya, cerita itu hanya gosip semata-amat kerana tidak mungkin dia akan berkahwin dalam waktu terdekat ini.


    "Saya masih muda lagi dan banyak perkara yang hendak saya lakukan sebelum bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri," katanya.


    Enggan bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Farid, Diana menafikan sengaja menyorok kisah cintanya itu. Katanya, dia memilih untuk low-profile dalam menjalin hubungan kali ini.


    Apabila ditanya apakah yang membuatkan dirinya tertarik dengan Farid, Diana mengatakan hero filem Remp-it dan Lagenda Budak Setan itu sebagai lelaki yang baik.


    Kata Diana, mereka tidak pernah dipertemukan dalam filem sebelum ini berbanding Syamsul yang sering digandingkan dengannya dalam drama siri dan juga filem.


    "Saya tidak keberatan berlakon dengannya. Malah, ada beberapa tawaran untuk menggandingkan kami berdua, tetapi tidak dapat dipenuhi kerana terikat dengan jadual," katanya.


    Sementara Farid, bukan saja dicalonkan untuk Pengarah Harapan Terbaik menerusi filem sulungnya, V3: Samseng Jalanan bersaing dengan Edry di FFM23, malah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Lagenda Budak Setan berentap dengan Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2).


    >PROFIL
    NAMA SEBENAR: Diana Danielle Danny Beeson
    TARIKH LAHIR: 22 November 1991
    TEMPAT LAHIR: Houston, Amerika Syarikat
    KETURUNAN: Melayu-Amerika
    STATUS: Bujang
    ADIK-BERADIK: Anak tunggal
    KERJAYA: Model, pelakon dan penyanyi
    DRAMA/TELEFILEM: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah
    FILEM: Evolusi KL Drift, Maut, Bohsia, Setem, Kecoh Betul, Magika, ... Dalam Botol dan Hanyut
    LAGU: Radio (bersama Imran Ajmain, Ahmad Nabil dan Infinatez), Penyembuh Rindu (duet bersama Mawi)

    9 anak 'buang' ibu kuat makan

    Posted: 21 Oct 2010 01:25 AM PDT

    JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

    Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

    Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan."Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot."Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu," katanya.

    Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

    Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

    Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

    Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

    "Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

    "Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang," katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

    Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

    Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

    "Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

    "Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan," katanya.

    Tak perlu bayar sewa bulanan

    Posted: 21 Oct 2010 01:23 AM PDT

    LAWAT...Raja Nong Chik (tiga dari kiri) mendengar penerangan daripada Johari mengenai kebakaran, semalam.
    LAWAT...Raja Nong Chik (tiga dari kiri) mendengar penerangan daripada Johari mengenai kebakaran, semalam.

    KUALA LUMPUR: "Atas rasa prihatin terhadap kemalangan menimpa mereka, saya berbesar hati memberi kelonggaran kepada mangsa kebakaran agar tidak perlu membayar sewa bulanan sepanjang tempoh baik pulih gerai," kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

    Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan kepada 12 mangsa kebakaran di Pasar Raja Bot, di sini, semalam.

    Raja Nong Chik berkata, pihaknya menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyiapkan gerai berkenaan dalam tempoh dua atau tiga bulan.


    "Saya sudah melawat kawasan kebakaran dan Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya kerugian barangan dianggarkan hampir RM500,000.


    "Walaupun sumbangan diberikan tidaklah seberapa, saya berharap ia dapat mengurangkan beban yang ditanggung mangsa," katanya.

    Hadir sama pada majlis berkenaan Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani dan Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Mohd Isa.Kedua-duanya menghulurkan sumbangan RM500, masing-masing kepada setiap mangsa kebakaran serta melawat kawasan kebakaran.

    Terdahulu, Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Kawasan Chow Kit Kuala Lumpur, Choo Teng Loy berharap pihak terbabit dapat menyiapkan gerai agar peniaga dapat berniaga seperti biasa.

    "Saya bersyukur dengan pengumuman menteri dan terima kasih diucapkan kerana sentiasa prihatin dengan nasib kami," katanya.

    Mengapa kami nak berubah

    Posted: 21 Oct 2010 01:20 AM PDT

    ANGGUN...26 peserta akhir Pencarian  Duta Bizzy Body 2010/11.
    ANGGUN...26 peserta akhir Pencarian Duta Bizzy Body 2010/11.

    MENURUNKAN berat badan sehingga berbelas, malah berpuluh kilogram barangkali dianggap cukup sukar apatah lagi jika ia dilakukan tanpa perlu menjalani sebarang rawatan dan diet yang memudaratkan.

    Mereka berjaya membuktikan tiada yang mustahil sekiranya memiliki keazaman di samping panduan yang betul untuk merealisasikannya.


    Bagi Nur Hidayati Buniamin, 28, sebab utama dia bertekad untuk mengurangkan berat badannya semata-mata menyahut cabaran seseorang yang pernah mengecewakannya.


    "Saya cukup tersentuh apabila dia menyatakan tidak dapat menerima diri saya kerana saya berbadan besar. Saya memang cukup marah dan kecewa."Tapi saya bersyukur kerana kata-katanya itu, saya mampu bangkit dan membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dilakukan," katanya.


    Bagaimanapun, katanya, dia berbadan besar sejak kecil lagi dan ramai beranggapan genetik keluarga yang dibawanya itu akan menyukarkan proses penurunan berat badan."Sepanjang tempoh itu ramai yang mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati. Ada yang kata saya tidak dapat memilih pakaian dikehendaki kerana tiada saiz, malah kata-kata sedemikian membuatkan keyakinan diri makin kurang.


    "Saya kemudian bersikap sambil lewa pada diri dan tidak menjaga penampilan sewajarnya," katanya ketika ditemui di Sunway Pyramid, baru-baru ini.


    Kini, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam tempoh tujuh bulan selepas melakukan proses rawatan pelangsingan disediakan di Bizzy Body. Malah, dia turut mengamalkan diet seimbang seperti yang disarankan.


    Gadis manis yang bekerja sebagai ahli kaji bumi di sebuah syarikat cari gali terkemuka itu berkata, paling penting ikuti semua langkah atau saranan yang diberikan sama ada untuk proses rawatan ataupun bentuk pemakanan.


    "Disiplin diri amat penting untuk menurunkan berat badan kerana tanpanya, usaha yang dilakukan hanya sia-sia.


    "Tanamkan dalam hati bahawa apa yang dilakukan ini adalah untuk kesenangan diri kemudian hari dan jangan sesekali mengeluh ketika melakukannya," katanya.


    Fadzilah Md Noor, 32, pula menghadapi masalah berat badan sewaktu mengandung anak-anaknya dan ia kekal pada berat 70 kilogram sebelum ini.


    Ibu kepada dua anak itu berkata, selepas bersalin berat badannya hanya berjaya dikurangkan sebanyak 10 kilogram dan ia kekal tidak berganjak.


    "Saya cukup susah hati dengan keadaan itu dan ia sedikit sebanyak memberikan tekanan kerana merasa cukup rendah diri apabila melihat orang lain lebih langsing selepas bersalin.


    "Disebabkan itu, saya berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan berat badan yang dimiliki berjaya dikurangkan," katanya.


    Bagaimanapun, dia yang bekerja sebagai arkitek kini mampu berbangga apabila berjaya menurunkan berat badan sehingga 21 kilogram dalam masa lima bulan saja.


    "Penting untuk menjaga pemakanan kerana faktor terbabit memainkan peranan penting, malah ia menjadi penyumbang masalah berat badan berlebihan.


    "Saya amat bersyukur kerana dengan bantuan yang diperoleh berat badan saya berjaya dikurangkan dalam jumlah yang banyak dan ia cukup menggembirakan," katanya.


    Selain itu, Angelyn Lim, 29, pula amat meminati aktiviti sukan luar, tetapi disebabkan faktor berat badan berlebihan, ia menjadi sesuatu yang sukar untuk dilakukan.


    "Berat badan saya meningkat selepas melahirkan anak kira-kira dua tahun lalu dan ia menjejaskan segala aktiviti luar yang sebelum ini pernah dilakukan.


    "Saya cepat berasa letih dan sukar bergerak hingga sering ketinggalan berbanding rakan lain ketika melakukan aktiviti terbabit," katanya.


    Dengan bantuan pelangsingan yang diterimanya melalui pertandingan berkenaan, Angelyn berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram dalam tempoh empat bulan.


    Sementara itu, ibu kepada tiga anak, Rozimah Yahaya, 42, juga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 17 kilogram dalam masa tiga bulan.


    Dia yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan berkata, sokongan diberikan keluarga amat penting terutama anak-anak perempuannya dalam usahanya menurunkan berat badan.


    "Paling utama kita perlu mengikuti semua diet yang disediakan dan mengamalkan pemakanan sihat selain menjalani rawatan disediakan.


    "Jangan abaikan salah satu daripadanya kerana ia memang memainkan peranan dalam proses penurunan berat badan secara sihat," katanya.


    Florence Choong Chiao Mei, 30, pula berkata berat badan berlebihan memberikan pandangan kurang selesa terhadap diri bukan oleh masyarakat luar, tetapi dia sendiri turut merasakannya.


    "Kita akan berasa kurang yakin untuk bergaya kerana memiliki badan yang besar dan beranggapan setiap pakaian yang dikenakan akan menjadi bahan ejekan.


    "Sebagai contoh, sebelum ini saya hanya memakai baju bersaiz S ataupun XS, tapi kini berubah kepada L dan ia sesuatu yang cukup menakutkan," katanya.


    Bagaimanapun, katanya, selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram dalam masa enam bulan, ia sesuatu yang cukup membanggakan.


    "Berat badan berlebihan biasanya disebabkan pengumpulan toksin dalam badan dan ia perlu dikurangkan dengan menjalani rawatan sepatutnya dan mengikut amalan diet pemakanan yang betul," katanya.


    Kelima-lima wanita terbabit bakal menyertai 21 lagi peserta akhir yang terpilih dalam Pencarian Duta Bizzy Body 2010/11 yang akan diadakan pada 14 November depan di pusat beli-belah terkemuka Sunway Pyramid.


    Sementara itu, menurut Ketua Kumpulan Pemasaran Wyann International, Danny Hoh, semua peserta terbabit dinilai bukan hanya melalui kadar penurunan berat badan masing-masing, tetapi turut membabitkan keyakinan diri, karisma serta penampilan diri.


    Kriteria terbabit diambil kira kerana peserta yang bakal dinobatkan sebagai pemenang akan turut membawa imej Bizzy Body sebagai pusat pelangsingan dan kecantikan terkemuka.


    "Kami perlu melakukan pemilihan secara terperinci dan menyeluruh untuk memilih peserta yang benar-benar layak untuk menjadi duta," katanya.


    Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengurus Kanan Operasi Wyann International, Olivia Tam yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Wyann International, Wang Li. Pertandingan itu turut mendapat sokongan penaja termasuk UOB, Sunway Pyramid Shopping Mall, Simone's Models, Touch Group, Xixili, A Cut Above, Le Ann Maxima, Envee Apparel, Lazo Diamond, Yeo's, I Nuovi, Female, Nu You, Harian Metro, Steven Goh, Greg's Video, EDSB dan Diamond Screen.


    Juara Pencarian Duta Bizzy Body 2010/11 akan membawa pulang hadiah bernilai RM100,000, tempat kedua RM50,000 dan ketiga RM30,000 serta dilantik sebagai Duta Bizzy Body baru selama setahun.

    Sambutan Luar Biasa Uji Bakat "Kamilah Bintang"

    Posted: 21 Oct 2010 01:19 AM PDT

    Para peserta yang menghadiri uji bakat Kamilah Bintang.

    PETALING JAYA: Keinginan untuk menjadi penghibur muda membuatkan kira-kira 1,600 peseta yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 14 tahun menyertai uji bakat Kamilah Bintang.

    Pencarian untuk sebuah program hiburan di Astro Ceria itu telah diadakan sebelum ini di Kuantan, Johor Baru dan berakhir di Shah Alam, Selangor minggu lalu.

    Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh berkata, sambutan yang diberikan oleh golongan berkenaan untuk program yang pertama kali diadakan itu amat memberangsangkan dan ia benar-benar di luar jangkaan apatah lagi ia dihadiri oleh pelbagai keturunan," katanya.

    Katanya, kebanyakan peserta melakukan persiapan yang cukup baik termasuklah dari segi pemilihan lagu dan penampilan diri. Ia membuktikan mereka begitu serius untuk menunjukkan bakat masing-masing.

    Shahir (AF8) menjadi artis undangan untuk uji bakat Kamilah Bintang.

    Rancangan Kamilah Bintang merupakan program pencarian bakat sewaktu musim cuti sekolah yang akan menyaksikan lima peserta bersaing sepanjang enam minggu.

    Peserta yang mengumpulkan markah tertinggi akan dipilih sebagai juara pada peringkat akhir. Sepanjang tempoh itu, mereka akan dibimbing oleh barisan artis profesional yang mempunyai nama besar dalam industri seni Malaysia.

    Dalam uji bakat yang diadakan minggu lalu itu, artis-artis hebat seperti Mawi, Shahir AF8, Bungkface dan Kumpulan Hujan turut hadir untuk membuat persembahan istimewa.

    Kamilah Bintang akan mula bersiaran di Astro Ceria (saluran 611) pada 12 November ini, setiap Jumaat, pukul 9.00 malam.

    "Soal Asyraf"’ Temui Penonton 26 Oktober Ini

    Posted: 21 Oct 2010 01:18 AM PDT

    PETALING JAYA: Program bual bicara terbitan Astro Oasis (saluran 106), Soal Asyraf akan menemui penonton mulai 26 Oktober ini, setiap Selasa, pukul 7.30 malam.

    Program yang disiarkan sebanyak 13 episod itu merupakan penampilan sulung Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan (gambar) sebagai pengacara selepas dinobatkan sebagai juara Imam Muda pada akhir Julai lalu.

    Menerusi program arahan pengarah Muhammad Adlan Shaharir ini, Asyraf akan memberikan jawapan yang jujur dan meyakinkan berdasarkan pemahaman melalui pengalaman, ilmu dan pendidikan yang diperoleh selama ini.

    Dia akan menjadi dirinya sendiri dan berinteraksi sebagai seorang sahabat untuk memberikan penjelasan kepada penonton secara santai terhadap isu yang dibincangkan

    Jawapan dan penjelasan itu nanti akan dikukuhkan dengan sumber ayat al-Quran dan Hadis yang Sahih.

    Soal Asyraf yang disiarkan selama 30 minit itu akan membincangkan isu yang lebih sejagat. Untuk menarik minat golongan muda, Asyraf akan membincangkan pelbagai isu penting serta kaitannya dengan Islam merangkumi aspek sains dan teknologi, populariti laman sosial termasuklah hiburan dan sukan.

    Pendekatan secara interaktif digunakan Asyraf untuk menggalakkan penonton menyalurkan soalan dan pandangan. Mereka boleh menghantar terus ke laman Facebook, Twitter, sidang video Skype atau melalui surat.

    "Mr. Mama" Kembali Hangatkan TV3

    Posted: 21 Oct 2010 01:18 AM PDT

    PETALING JAYA: Drama komedi, Mr. Mama (gambar) kembali bersiaran di TV3 untuk musim ketiga pada 3 November ini, setiap hari Rabu, pukul 10 malam.

    Setelah diperkenalkan pada tahun 2008, drama tersebut berjaya mencuri perhatian para penonton apabila berjaya mencecah rating paling tinggi sebanyak 2.65 juta.

    Masih mengekalkan Arash Mohd sebagai pemegang watak utama bernama Badrul ataupun Mr. Mama, drama bersiri 13 episod terbitan Radius One Sdn Bhd itu turut membariskan pelakon-pelakon popular lain seperti Jasmine Ashraff (Suria), Syainie Aida (Aliya), Muhammad Syahmi (Alif) dan Muhammad Naim Daniel (Afif).

    Diarahkan oleh Heykal Hanifah drama Mr. Mama 3 ini diserikan dengan karenah keluarga Badrul yang mencuit hati.

    Mr. Mama 3 mengisahkan kehidupan Badrul yang sibuk dalam urusan rumah tangga sementara isterinya, Suria seorang wanita berkerjaya yang amat komited terhadap kerjanya.

    Untuk musim ini, ia menceritakan bagaimana suasana rumah Badrul menjadi tegang apabila ibu Badrul, Mak Ude datang melawat dari kampung.

    Suria menjadi resah. Dia sering bergaduh dengan Mak Ude kerana berbeza pendapat.

    Keadaan menjadi keruh apabila Mak Ude beria-ia memberikan petua tradisional kepada Badrul dan Suria bagi membahagiakan rumah tangga mereka. Badrul amat tertekan dengan perselisihan faham antara ibu dan isterinya.

    Akhirnya, Mak Ude mengundur diri dan berjanji akan melawat mereka apabila mempunyai masa lapang.

    Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, pihaknya peka dengan permintaan penonton dan juga situasi semasa, dimana ada para suami yang menjadi suri rumah membantu isteri.

    "Atas permintaan ramai Mr. Mama kembali dengan jalan cerita yang lebih segar dan menarik. Drama bersiri Mr. Mama juga pernah dianugerahkan sebagai Drama Komedi Terbaik Anugerah Skrin 2008.

    Rain Difitnah Berjudi Di Las Vegas

    Posted: 21 Oct 2010 01:17 AM PDT

    AKTOR dan penyanyi dari Korea, Rain yang menghadapi tuntutan sejumlah wang daripada seorang lelaki bernama Andrew Kim kerana didakwa berjudi di Las Vegas, Amerika Syarikat.

    Berhadapan situasi yang mencemarkan nama baik Rain, pengurusannya J.Tune Entertainment memberi kenyataan bahawa Andrew Kim hanya berniat jahat terhadap pelakon tersebut.

    Sebelum ini Andrew Kim juga dikatakan pernah terlibat dalam kes pembatalan konsert jelajah dunia Rain pada tahun 2007.

    "Kes ini hanya merugikan dirinya sendiri. Dia membuat tuduhan tersebut kerana dendam. Kami sekarang sedang mencari cara untuk menepis tuduhan yang tidak berasas itu.

    "Kami juga akan membuat tuntutan ganti rugi terhadap tuduhan palsu yang boleh menjejaskan nama baik Rain," kata wakil pengurusan J.Tune Entertainment seperti dipetik dari Allkpop.

    Dalam pada itu, pihak pengurusan aktor tersebut membantah dakwaan Andrew Kim yang mengatakan Rain gemar berjudi, namun mereka tidak menafikan pelakon drama Fugitive Plan B itu sering berkunjung ke Las Vegas.

    Paramore Mengaku Bebas Dadah

    Posted: 21 Oct 2010 01:16 AM PDT

    Paramore bersih dadah dan gejala sosial.

    KUALA LUMPUR - Kumpulan antarabangsa, Paramore menegaskan mereka merupakan bintang rock yang bersih dan bebas daripada dadah dan gejala sosial yang lain.

    Menurut gitaris kumpulan itu, Taylor York, walaupun sejak dari dulu lagi artis rock sering dikaitkan dengan pelbagai jenis gejala sosial, Paramore memastikan mereka menjaga reputasi ahli-ahlinya supaya memiliki rekod yang baik.

    "Menjadi seorang "rock star" adalah satu perkara yang agak pelik kerana selalu dikaitkan dengan seks dan dadah. Tapi rasanya, para peminat sudah bijak dan mereka boleh menilai mana yang baik dan buruk.

    "Saya rasa, selagi kami menjaga reputasi kami, peminat akan terus menyokong kami seperti sekarang ini.

    "Menjadi seorang selebriti, sama ada suka atau tidak, kita perlu mendisiplinkan diri masing-masing," katanya pada sesi temu bual bersama Paramore di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Selasa.

    Dalam pada itu, kata gitaris kedua kumpulan itu, Jeremy Davis, keadaan mereka yang sibuk dengan jelajah konsert dan menghasilkan lagu membuatkan mereka berasa selamat daripada gejala-gejala negatif itu.

    Paramore kini sedang mengadakan konsert jelajah di beberapa buah negara bagi mempromosikan album ketiga mereka, Brand New Eyes.

    Rabu lalu mereka mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

    Selain itu, bercerita mengenai pengalaman kumpulan itu mengadakan konsert, Paramore begitu selesa apabila beraksi di depan para peminat Asia.

    "Pada pendapat saya, negara Asia begitu hebat kerana peminat-peminatnya agak berbeza. Mereka terlalu baik dan saling hormat-menghormati sesama sendiri termasuklah kepada kami," kata Jeremy.

    Russel Brand Dan Katy Perry Kini Di India

    Posted: 21 Oct 2010 01:16 AM PDT

    Apakah motif Perry menutup wajahnya?

    PELAKON komedi Hollywood, Russell Brand,35, dan tunangnya, penyanyi Amerika, Katy Perry, telah pun tiba di Mumbai, India, semalam (Rabu), untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 23 Oktober ini.

    Pasangan itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai dahulu sebelum bertolak ke Rajasthan, tempat majlis perkahwinan itu diadakan.

    Ketika Brand yang pernah ditahan gara-gara mencederakan jurugambar di lapangan terbang Los Angeles, dan Perry ditemui, Perry menutup wajahnya dengan jaket manakala, pengawal peribadi pasangan tersebut cuba menjauhkan jarak antara jurugambar dengan mereka.

    Pasangan tersebut dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan mengikut adat Hindu di sebuah hotel mewah, Taj Rambagh Palace, Jaipur dengan disaksikan oleh keluarga dan teman rapat.

    Tiga ekor harimau dilaporkan akan turut 'menyerikan' majlis resepsi yang akan diadakan pada sebelah malam.

    Brand yang sedang menjalani proses pemulihan ketagihan dadah dan alkohol serta dikatakan kaki perempuan telah melamar Perry ketika mereka sedang bercuti di India tahun lalu.

    Sebelum ini pelbagai spekulasi mengenai majlis pasangan tersebut telah dilaporkan sehinggakan Brand dan Perry enggan memberitahu tarikh perkahwinan mereka kerana takut diganggu.

    Pada Mac lalu, hubungan mereka dikatakan putus disebabkan tersebarnya laporan Brand berparti dengan beberapa orang wanita di sebuah pub. Namun, pasangan itu kembali berbaik semula selepas beberapa minggu.

    Umie Aida Kempen Untuk Wanita Mangsa AIDS

    Posted: 21 Oct 2010 01:15 AM PDT

    Umie Aida mengutip sumbangan untuk disalurkan kepada Majlis Aids Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Rabu.

    PETALING JAYA: Pelakon Datin Umie Aida,37, mahu wanita yang dijangkiti HIV agar tidak menyisihkan diri sebaliknya berani untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital yang disediakan untuk mereka secara percuma.

    Umie berkata, beliau amat simpati dengan nasib wanita yang dijangkiti penyakit berkenaan apatah lagi yang berpunca daripada perbuatan suami masing-masing.

    "Saya mahu wanita yang dijangkiti HIV akibat perbuatan suami mereka agar menjadi wanita yang tabah dan tidak malu untuk mendapatkan perlindungan serta kaunseling daripada pihak hospital," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

    Umie antara artis yang dilantik menjadi duta oleh Majlis AIDS Malaysia dan berperanan melakukan kempen untuk menyalurkan nasihat kepada wanita-wanita yang dijangkiti penyakit berkenaan yang berpunca daripada perbuatan suami masing-masing.

    Bagi menjayakan kempen itu, Umie turut dijemput memberi penerangan mengenai gejala penyakit itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam selama sejam bermula pukul 3 petang.

    Kempen itu diadakan sempena persidangan Umno yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober ini.

    Selain Umie, artis-artis lain yang dilantik menjadi duta oleh majlis itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Fahrin Ahmad, Winnie K dan Dayang Nurfaizah.

    Sebagai duta Majlis Aids Malaysia, Umie turut meminta orang ramai agar terus menyalurkan sumbangan bagi membolehkan majlis itu menubuhkan rumah perlindungan yang dapat berfungsi untuk membekalkan kerjaya kepada wanita-wanita tersebut.

    "Saya berharap seluruh rakyat Malaysia dapat membantu Majlis Aids Malaysia untuk menyalurkan sumbangan kerana dengan bantuan itu kita dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama atau bangsa,' katanya.

    "Restoran Cheng Ho Tiada Masalah" - Norish

    Posted: 21 Oct 2010 01:14 AM PDT

    Amy dan Norish tidak pernah menutup perniagaan restoran mereka.

    PETALING JAYA: Pemilik restoran Cheng Ho, Norhasniza Hassan atau Norish terkejut apabila timbul dakwaan restoran berkenaan telah ditutup kerana tiada sambutan selepas di saman oleh seorang kanak-kanak dua tahun lalu.

    Norish yang juga isteri kepada penyanyi rock Amy (Search) berkata restoran berkenaan masih beroperasi seperti sebelum ini dan tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas sama sekali.

    "Saya menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan kami terpaksa menutup restoran kerana tiada sambutan dan berkaitan kes mahkamah. Sebenarnya restoran ini masih lagi beroperasi seperti biasa," kata ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

    Restoran Cheng Ho yang terletak di Block 3b-15-17g, Seksyen 4, Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu dibuka dari pukul 12.15 tengah hari sehingga 2.30 petang dan 6.15 petang sehingga 10.30 malam.

    Restoran itu hanya menyediakan makanan untuk waktu tengah hari dan malam sahaja.

    Katanya mungkin ada pelanggan yang datang bukan pada waktu tersebut menyebabkan mereka menganggap restoran itu sudah tidak beroperasi lagi.

    "Saya rasa mereka tidak tahu waktu sebenar restoran ini dibuka dan mereka datang pada waktu yang salah," ujarnya.

    Dalam pada itu, Norish turut menolak dakwaan kononnya beberapa pekerja restoran itu telah lari kerana masalah dalaman.

    "Pekerja kami masih sama seperti dahulu dan tiada sebarang masalah dalaman tentang pengurusan restoran ini. Ia mungkin hanya sekadar khabar angin sahaja," katanya.

    Sementara itu, Norish berkata pihkanya merancang untuk membuka cawangan baru restoran itu dalam masa terdekat ini.

    "Insya-Allah, kami akan membuka cawangan di Johor Bharu. Kami masih mencari lokasi sesuai yang seharusnya mudah dikunjungi pelancong termasuklah dari negara jiran, Singapura," kata Norish.

    Pada 24 September 2008, Nik Zahir Nik Mohd. Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya, Nik Muhammad Zakwan yang berusia empat tahun kerana mendakwa pekerja restoran Cheng Ho cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur akibat tertumpah kuah tomyam panas.Bagaimanapun Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Amy membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada mangsa akibat kejadian berkeaan.

    Lisa Surihani Terima Padah Kerana Menjerit

    Posted: 21 Oct 2010 01:13 AM PDT

    Suara Lisa serak sebab banyak menjerit dalam filem Sekali Lagi...

    KUALA LUMPUR: Pelakon Lisa Surihani Mohamed mengaku terpaksa menjerit bagi menjayakan wataknya sebagai Shiela dalam filem Sekali Lagi… terbitan Metrowealth (MIG).

    Disebabkan banyak menjerit untuk melakonkan babak penuh emosi, Lisa, 24, menerima padah apabila mengalami sakit tekak sehingga suaranya berubah menjadi serak.

    Bagi mengelakkan suaranya menjadi lebih serak, duta produk Garnier dan Lip Ice ini meminta kebenaran daripada penerbit filem tersebut, David Teo untuk mengurangkan babak menjerit kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada karier pengacaraannya.

    Ini kerana, dalam masa yang sama, Lisa sedang sibuk mengacarakan program Mari Menari bersama pengacara dan pelakon Awal Ashaari.

    Lisa, Mia dan Sam merupakan pelakon utama dalam filem Sekali Lagi...

    "Bagi memulihkan suara serak ini, saya minum air kembang semangkuk. Nasib baik bos saya (David Teo) memahami dan membenarkan saya untuk mengurangkan babak menjerit," katanya kepada mStar Online semasa sesi memperkenalkanya sebagai duta produk penjagaan diri Garnier Natural Light di Alexis, Bangsar Shopping Centre, Selasa.

    Selain Lisa, filem Sekali Lagi… turut dilakonkan oleh Shaheizy Sam sebagai Arman dan pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha (Amy).

    Menariknya tentang filem ke-11 lakonannya itu, Lisa melakonkan watak sebagai seorang ibu tunggal bernama Shiela dan mempunyai seorang anak bernama Amy (Mia Sara Nasuha).

    Buat pertama kalinya, Lisa bergandingan dengan pelakon yang dikaguminya iaitu Shaheizy Sam yang melakonkan watak Arman, lelaki yang mempercayai dirinya mengidap autisme.

    Bercerita sedikit tentang pengalamannya setelah membintangi filem yang telah selesai penggambaran itu Lisa akui seronok dengan gandingan terbaru tersebut.

    "Saya baru pertama kali berlakon dengan Sam dan sememangnya saya teruja apabila berlakon dengannya," ujarnya.

    Lisa menganggap watak Shiela memberikan cabaran tersendiri kerana ceritanya sangat berat dan penuh emosi.

    Raja Farah Kahwin Bulan Depan

    Posted: 21 Oct 2010 01:12 AM PDT

    Megat dan Farah telah mula bercinta pada 14 Februari lalu.

    PETALING JAYA: Pelakon Raja Farah, 22, bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan depan (November) bersama kekasihnya, Megat Andika, 25.

    Menurut Farah, dia dan Megat telah pun melangsungkan pertunangan mereka pada 9 Oktober lalu.

    "Sebenarnya, majlis pertunangan diadakan tanpa dirancang. Asalnya pihak lelaki mahu merisik dahulu. Tapi lain pula jadinya bila tarikh merisik dijadikan sebagai hari pertunangan dan tarikh pertunangan dijadikan kepada hari pernikahan.

    "Apapun, saya akan umumkan tarikh pernikahan kami dalam masa terdekat nanti. Pada bulan depan, keluarga saya dan dia (Megat) merancang untuk membuat majlis pernikahan dahulu dan di sebelah malamnya pula, kami akan adakan majlis kesyukuran.

    "Resepsi pula mungkin kami adakan pada awal tahun depan kerana saya masih lagi sibuk dengan penggambaran drama Kau dan Aku untuk siaran Astro sehingga hujung tahun ini.

    "Saya sendiri tidak sangka dengan perancangan ini. Kami baru bercinta pada 14 Februari lalu dan hubungan kami tidak sampai setahun pun. Tapi, mungkin dah sampai masanya untuk kami dijodohkan," katanya ketika dihubungi mStar Online, disini, Rabu.

    Tambah calon pelakon pembantu wanita terbaik bagi Festival Filem Malaysia yang ke-23 (FFM23) itu, dia kini mempersiapkan diri mempelajari tanggungjawab sebagai seorang isteri daripada ibunya.

    Raja Farah sedang mempersiapkan diri untuk bergelar isteri nanti.

    Sementara itu, ketika menghubungi Megat, dia gembira kerana dirinya dan Farah sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.

    "Saya pun tak sangka yang kami akan disatukan. Semua ini adalah jodoh. Saya harap segala perancangan kami berjalan dengan lancar," katanya.

    FFM23: Filem Magika Bolot 5 Anugerah Cipta

    Posted: 21 Oct 2010 01:11 AM PDT

    Pengarah filem Magika Edry Abdul Halim bergambar bersama pemenang anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik Fimie Don dan penerbit Norman Abdul Halim selepas memenangi lima Anugerah Cipta.

    PETALING JAYA: Malam Perasmian Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang berlangsung di Centre Atrium E@Curve, Mutiara Damansara, menyaksikan filem Magika terbitan KRU Studios merangkul lima anugerah daripada 12 Anugerah Cipta yang disampaikan, di sini, Rabu.

    Anugerah tersebut adalah bagi kategori Kostum/Busana yang dimenangi Hasnan Yaacob, Lagu Tema Asal Terbaik iaitu Penyembuh Rindu ciptaan Edry Abdul Halim, Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin dan Johan Lucas), Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Fimie Don) dan Pengarah Harapan (Edry Abdul Halim).

    Sementara itu, persaingan sengit bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik berpihak kepada aktor Shaheizy Sam (V3: Samseng Jalanan) manakala Yana Samsudin pula diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Adnan Sempit.

    Pemenang Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik, Yana Samsudin dan Shaheizy Sam.

    Selain kejutan daripada Magika, dua kategori lain iaitu Pelakon Harapan Lelaki dan Pelakon Harapan Wanita turut mengejutkan apabila aktor berketurunan India iaitu Shashi Tharan (Estet) dan aktres/hos Kadazan Daphne Iking (Belukar) memenangi kategori tersebut.

    Kemenangan ini dilihat cukup istimewa dan memahat sejarah tersendiri apabila kedua-dua kategori itu diungguli oleh pelakon bukan Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran FFM.

    Anugerah Poster Terbaik pula jatuh kepada filem Belukar dan Penataan Bunyi Terbaik dimenangi oleh Brian Ng (V3: Samseng Jalanan).

    Dua anugerah utama iaitu Pengarah Harapan dan Filem Komedi Terbaik yang dimenangi oleh My Spy (Afdlin Shauki) telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Magalin Decruz.

    Edry menang anugerah Pengarah Harapan dan Lagu Tema Asal Terbaik iaitu Penyembuh Rindu dari filem Magika.

    Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM10,000. Majlis yang berlangsung selama satu setengah jam itu disusuli oleh tayangan perdana dua filem yang turut bertanding di FFM23 iaitu Estet dan 2 Alam.

    Kesemua pemenang Anugerah Cipta menerima wang tunai RM10,000 dan trofi.

    Sementara itu anugerah utama pula akan disampaikan pada malam kemuncak FFM23 yang akan di adakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 24 Oktober ini.

    Ulek Mayang: Menyulam cinta dengan puteri kayangan

    Posted: 21 Oct 2010 12:41 AM PDT

    Drama 20 episod arahan Rashid Sibir ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Fezrul Khan, Elly Mazlein, Seniwati Mariani Ismail, Fizo Omar dan Sabrina Ali.

    Berlokasikan negeri Terengganu, Ulek Mayang, mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri Mayang Sari di persisiran pantai.

    Suatu hari, mereka bertemu dan jatuh hati. Namun kisah cinta mereka dikhianati, Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali.

    Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, slot Lagenda amat disukai ramai kerana paparan cerita yang sangat menarik dan 'Ulek Mayang' bakal memenuhi cita rasa penonton.

    "Selain paparan kisah cinta terlarang antara dua dunia yang agak klise, para penonton juga akan teruja dengan tarian Ulek Mayang yang telah diubahsuaikan daripada sebuah upacara pemujaan kepada tarian kebudayaan supaya bersesuaian dengan ajaran Islam pada zaman sekarang. Kami berharap agar penonton TV3 akan terhibur dengan siri drama tersebut."

    Jangan ketinggalan untuk menonton "Ulek Mayang" mulai 25 Oktober 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang di TV3 dan siaran ulangannya di TV9 jam 8.30 malam.

    ‘Lady Gaga’ Malaysia

    Posted: 21 Oct 2010 12:40 AM PDT



    SANA-SINI, orang asyik memperkatakan tentang imej baru Alyah,29, yang tak ubah seperti Lady Gaga. Berani tampil dengan solekan 'gothic' dan pakaian yang 'futuristik' Alyah nampaknya semakin ghairah dengan imej yang dicetuskan penyanyi antarabangsa itu.

    Mungkin bagi sesetengah pihak, imej seperti itu tidak bersesuaian dengan orang timur seperti kita, namun bagi Alyah, ia sekadar fesyen untuk diterokai.

    "Saya jenis yang suka mencuba. Apa yang saya pakai sekarang memang tengah popular di seluruh dunia dan tidak salah sekiranya saya ingin mencuba.

    "Lagipun fesyen ini pernah berlaku dulu dan penyanyi seperti Noor Kumalasari pun pernah membawa imej ini," kata Alyah yang tidak kisah sekiranya imejnya itu dikecam segelintir pihak.

    Penyanyi yang popular dengan lagu 'Tak Mungkin Kerana Sayang' ini juga tidak kisah walaupun ada pihak yang menuduhnya cuba meniru Lady Gaga.

    Jelas Alyah, ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana fesyen itu juga menjadi ikutan artis popular seperti JLO dan juga Qistina Aguilera.

    "Muzik dan fesyen adalah seiring. Saya tampil dengan imej ini juga kerana single terbaru saya, Kau Bisu yang konsepnya adalah 'Pop Futuristik'. Tambahan lagi, saya memang suka dengan imej seperti ini dan inilah diri saya yang sebenar," kata Alyah yang ditemui ketika pelancaran video klip lagu itu di Red Box, Garden.



    Labur RM35,000 untuk video muzik 'Kau Bisu'

    Demi mencari kelainan untuk video klip terbarunya, Alyah sanggup mengeluarkan wang saku sendiri dengan kos keseluruhan mencecah RM35,000.

    Seperti mana imej dan konsep lagu barunya itu, begitulah samanya dengan hasil video muzik Kau Bisu yang dilihat setanding dengan karya antarabangsa.

    Akui berpuas hati dengan video muzik arahan Ghaz dari The Media Hustler Sdn Bhd, Alyah berkata, ia menepati apa yang diinginkannya selama ini.

    "Buat pertama kalinya, saya bekerjasama dengan orang tempatan dan hasilnya memang memuaskan.

    "Muzik video ini juga sangat mencabar, kerana selain sukar untuk mendapatkan lokasi yang sesuai, ia juga mengambil masa yang lama untuk disiapkan," kata Alyah yang pernah menjalani penggambaran video muzik di Indonesia untuk lagu terdahulu.



    Tidak mampu bayar pengurus

    Memandangkan Alyah sudah bertukar beberapa pengurus, maka timbullah pelbagai spekulasi yang tidak enak tentang dirinya.

    Paling ketara, dia dituduh sebagai artis yang tidak berdisiplin. Bagaimanapun, kata Alyah, dia sebenarnya tidak mampu membayar pengurus kerana menanggung kos syarikat yang tinggi.

    "Banyak projek yang saya buat dan untuk video muzik ini pun memerlukan kos yang tinggi. Jadi saya terpaksa lepaskan pengurus yang ada.

    "Tapi saya berhubung baik dengan mereka. Dan mereka pun masih memanggil saya sekiranya ada persembahan," kata Alyah yang meletakkan syarat tempoh tiga bulan percubaan kepada setiap pengurus yang ingin bekerja dengannya bagi mencari keserasian.

    Jerebu capai paras bahaya

    Posted: 21 Oct 2010 12:40 AM PDT



    KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.

    "Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.

    "Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini semalam.

    Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lepas bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.

    Bagaimanapun, bacaan IPU di stesen-stesen pemantauan kualiti udara di tempat-tempat lain setakat ini berada pada tahap baik dan sederhana.

    Muhyiddin berkata walaupun bacaan IPU menurun bawah paras 300, sekolah di daerah berkenaan masih dinasihatkan untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum di luar kelas.

    Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke daerah Muar hari ini untuk diagihkan kepada penduduk terutama ke sekolah-sekolah.

    Selain itu, bekalan air mineral juga akan dihantar untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih.

    Muhyiddin berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat bagi memantau dan mengawal keadaan jerebu selain menggerakkan semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang terbabit.

    "Langkah yang pertama adalah untuk memaklumkan kepada penduduk daerah Muar, maklumat ini kita kena maklumkan supaya langkah-langkah untuk mengawal kesihatan ini diambil oleh penduduk yang berada di daerah Muar terutama tentang pemakaian topeng mulut," katanya.

    Sementara itu, katanya Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas juga berhubung dengan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk memohon kerjasama bagi mencari penyelesaian bersama berhubung perkara itu.

    Menurutnya Malaysia juga bersedia untuk menyediakan sebarang bentuk bantuan termasuk bantuan logistik bagi memastikan keadaan itu tidak terus berlarutan.

    "Menurut laporan yang kita terima, ia (jerebu) berpunca dari sana (Indonesia), ini bukan kita mahu buat tuduhan tapi kita mahu langkah diambil sebelum merebak dan memberi kesan lebih buruk kepada Malaysia," kata Muhyiddin.

    Penulis blog mula dibicara

    Posted: 21 Oct 2010 12:39 AM PDT



    SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini, semalam memulakan perbicaraan kes remaja yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya.

    Khairulizam Abdul Ghani, 29, adalah seorang juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.my.

    Dalam perbicaraan semalam, dua saksi dipanggil memberi keterangan iaitu jurugambar polis, Konstabel Wan Khairul Al-Jufri Hashim, 24 dan Penolong Pengurus Maybank Seremban, Fazlita Abd Wahab, 42.

    Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah memaklumkan, sepanjang perbicaraan yang dijadual berlangsung selama tiga sehingga esok, beberapa saksi terlibat akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

    Khairulizam yang memakai kemeja putih hadir ke mahkamah diwakili peguam bela, Mohd Radzlan Jalaludin.

    Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 7.25 malam dan 9.05 malam, pada 22 Januari lepas di No. 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini.

    Jika disabitkan kesalahan, Khairulizam boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

    Khairulizam bertindak menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan 26 Januari lalu atas perbuatannya itu.

    Lelaki miliki 115 burung tanpa kebenaran ditahan

    Posted: 21 Oct 2010 12:38 AM PDT



    SHAH ALAM – Sebanyak 115 burung pelbagai jenis dari spesies tempatan dan luar negara dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Serdang Raya, Serdang, kelmarin.

    Pengarah Perhilitan Selangor, Rahmat Topani berkata, serbuan yang dijalankan empat anggotanya dibuat kira-kira jam 10.30 malam selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam.

    Menurutnya, turut ditahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang bertanggungjawab menyimpan semua haiwan itu dipercayai untuk dijual.

    "Pemeriksaan di luar rumah yang didiami suspek bersama keluarganya, menemui burung spesies tempatan iaitu 64 burung bayan kecil, burung bayan 'putting'(33), burung bayan nuri (tujuh) dan burung merbah telinga merah (dua).

    "Kami turut menemui burung dari spesies luar termasuk anak burung iaitu tiga burung 'Sun Conure', burung Fischer Love Bird (lima) dan burung African Gray Parrot (satu) yang diletakkan di bahagian dapur," katanya pada sidang akhbar semalam.

    Rahmat berkata, nilai rampasan keseluruhan bagi semua burung itu dianggarkan berjumlah antara RM12,000 dan RM15,000.

    "Siasatan lanjut mendapati harga pasaran bagi seekor anak burung dari spesies luar boleh mencecah sehingga RM2,000," katanya.

    Beliau berkata, tiga jenis burung bukan spesies tempatan yang dirampas iaitu jenis Sun Conure dan African Gray Parrot memerlukan dokumen tertentu bagi membolehkannya dibawa masuk ke negara ini termasuk untuk tujuan memilikinya.

    Katanya, suspek boleh didakwa mengikut Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kerana memiliki dan membawa masuk dua spesies burung dari negara luar membabitkan denda tidak melebihi RM100,000 bagi setiap ekor haiwan atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

    Menurutnya, suspek yang melakukan kegiatan haram itu sejak setahun lalu juga boleh didakwa mengikut Seksyen 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76).

    Rahmat berkata, semua burung dari spesies tempatan akan dilepaskan ke habitat asal manakala, burung dari spesies luar akan dihantar ke zoo.

    Guna TAP tanpa akses Internet

    Posted: 21 Oct 2010 12:37 AM PDT


    ZUKRI (kanan) dan Khairul melancarkan perkhidmatan TAP di Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) semalam memperkenalkan perbankan mudah alih, Transact at Palm Mobile Banking-i (TAP) yang membolehkan pemegang akaun menjalankan transaksi perbankan melalui telefon bimbit tanpa memerlukan akses Internet.

    Menjadikan ia sebagai bank pertama yang memperkenalkan perkhidmatan berkenaan, pemegang akaun dapat melaksanakan transaksi perbankan dengan mudah dan ringkas kerana ia hanya perlu menggunakan cip khas yang telah dibangunkan bersama dengan syarikat tempatan.

    Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan tersebut perlu memiliki akaun simpanan atau akaun semasa Bank Islam dan pengaktifan TAP Mobile Banking-i itu akan dibuat dengan melekatkan cip khas yang dilekatkan bersama-sama dengan kad SIM telefon bimbit pelanggan.

    "Apabila cip tersebut diletakkan, pelanggan boleh terus menjalankan transaksi perbankan mereka.

    "Bagi fasa permulaan ini, TAP Mobile Banking-i menawarkan perkhidmatan pembayaran bil, tambah nilai prabayar talian telefon mereka, pemindahan dana dalam Bank Islam dan antara bank GIRO, pertanyaan baki dan makluman khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan baru itu di sini semalam.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Besar, Divisyen Perbankan Pengguna Bank Islam, Khairul Kamarudin.

    Mengulas lanjut, Zukri berkata, Bank Islam mengenakan caj yang minimum dan berpatutan bagi semua transaksi dan maklumat iaitu percuma bagi pindahan dana dalam bank tersebut dan serendah 20 sen untuk setiap makluman SMS sehingga RM2 untuk pemindahan dana antara bank GIRO.

    "Perkhidmatan ini berbeza kerana keupayaan untuk berfungsi pada bila-bila masa dan lokasi tanpa memerlukan akses Internet dan sesuai semua jenis telefon bimbit melalui semua pembekal telekomunikasi utama.

    "Sistem keselamatan dwipengesahan iaitu kemasukan kata laluan dan nombor PIN disediakan bagi memastikan keselamatan akaun dan maklumat pelanggan kami," katanya.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS