Seperti tahun-tahun sebelum ini, Metrowealth (MIG) sekali lagi mengadakan Majlis Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus untuk meraikan serta berkongsi rezeki dengan semua yang menjayakan terbitannya.
Dengan tagline 1 Dekad, 49 Filem, majlis gilang gemilang yang diadakan di Hotel One World itu dihadiri juga oleh ramai tetamu jemputan yang terdiri daripada krew, selebriti, artis MIG, pelakon, penggerak filem, media dan penulis blog.
Sejak tahun penubuhan MIG pada tahun 2000, nampaknya 2010 adalah tahun paling cemerlang buat MIG kerana 29 buah filem yang ditayangkan di pawagam sepanjang tahun 2010, 11 daripadanya adalah daripada terbitan MIG. Ini membuktikan MIG begiitu konsisten dan bekerja keras untuk buat filem.
Lebih membanggakan, daripada RM73 juta kutipan keseluruhan untuk tahun 2010, RM42juta adalah milik MIG. Bagi MIG, ini adalah satu angka yang besar dan sungguh membanggakan.
Menurut kata boss besar MIG, Encik David Teo, ini satu pencapaian dan anugerah tersebut, dan pada malam ini anugerah itu dikongsi bersama kepada semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis, pihak media dan semuanya. Tanpa sokongan padu dari semua pihak, kejayaan ini tidak pasti menjadi nyata.
Bukan sekadar kutipan filem, perancangan membentuk modal insan dalam industri hiburan nampaknya telah menunjukkan kejayaan. Buktinya, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan 7 orang pengarah muda dan 6 diantaranya telah berjaya menghasilkan filem dan mencapai kutipan box office. Paling berjaya adalah Ismail Bob Husin menerusi Ngangkung yang dihasilkan sebagai filem pertama. Di majlis ini beliau menerima sebuah kereta Toyota Alphard. Tahniah bro!
Antara kejayaan MIG sepanjang tahun 2010:
Filem Ngangkung dicatatkan di Malaysia Book of Records 2011 sebagai Filem Dengan Kutipan Box Office Paling Tinggi iaitu RM8.4 juta.
Filem Adnan Sempit yang ditayangkan awal tahun lalu pula mencatat kutipan RM7.8juta. Manakla filem lain antaranya mendapat antara RM2juta hingga RM5juta.
Begitu juga dengan bidang pengurusan artis, nampaknya artis di bawah naungan MIG seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen dan ramai lagi semakin kuat menapak dalam industri hiburan. Sekaligus menarik minat artis popular yang lain seperti Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak memilih MIG untuk mengurus kerjaya seni mereka. Ini menjadikan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.
Untuk tahun 2011 pula MIG akan terus menerbitkan filem. Antaranya seperti Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.
Syabas untuk MIG.
Ini Lisa Surihani cuma menggantikan staf MIG je ni. Dapat rumah!
Staf MIG dapat rumah Semi – D 2 Tingkat.
Azahari, Pegawai Perhubungan Media dapat sebuah kereta Mercedez Benz E 200
Shaheizy Sam yang baru sahaja join MIG terus dapat rumah Semi D 2 Tingkat
Bukan itu sahaja, Sam juga menerima pakej mengerjakan umrah bersama kedua ibu bapanya bernilai RM30ribu. Tahniah Sam
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Thursday, January 27th, 2011 pada 8:57 am dan dibawah kategori Events.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Pada jam 8 malam ini (26 Januari 2011) telah berlangsung Malam Penghargaan MIG di Hotel One World. Ramai sekali selebriti terutamanya artis di bawah pengurusan artis yang hadir termasuklah Intan Ladyana.
Sebanyak 49 filem telah diterbitkan dalam masa satu dekad. Filem Alamak Toyol mencatit sejarah gemilang buat MIG dengan menjadikan filem yang ke-50.
Tahniah buat MIG dari kami di Sensasi Selebriti. Tahniah juga kepada semua pelakon, krew, staff dan artis MIG yang menerima bonus pada malam ini.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Wednesday, January 26th, 2011 pada 9:27 pm dan dibawah kategori Intan Ladyana.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Nampaknya desas-desus yang kami dengar sebelum ini iaitu Ahmad Dhani akan menjadi pengetua Akademi Fantasia untuk musim ke-9 (AF9) mungkin menjadi kenyataan apabila salah sebuah radio tempatan seolah-olah mengesahkan yang Ahmad Dhani adalah pengetua rancangan realiti nombor satu Malaysia itu pada pagi tadi.
Kami cuba mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini kat pihak yang berkaitan namun mereka masih enggan mengesahkannya dengan memberi jawapan "nantikan pengumuman rasmi". Jadi, sah atau tidak yang Ahmad Dhani akan menjadi pengetua AF9 hanya akan diketahui apabila pihak produksi membuat pengumuman rasmi.
Apa kata anda sekiranya benar yang Ahmad Dhani adalah pengetua AF9?
Kata zizan dia cuma pergi ke Mahkamah Syariah untuk mengambil kad Nikah mereka dan menafikan yang rumahtangga mereka menghadapi masalah seperti yang digossipkan sebelum nie..
Walaubagaimanapun memang benar Zizan ada meminta nasihat daripada ustaz untuk rumahtangganya.tapi bukan kerana masalah rumahtangga,,.
Bagusla,sensasi harap rumahtangga mereka kekal la selamanya..maklumlah skrg nie selalu sgt dengar kisah perceraian artis.Semuanya mengejutkan je.
"Saya percaya ustaz lebih arif dalam memberi nasihat dan pandangan perihalsuami isteri selain daripada ibu bapa kami sendiri.
"Kami bukannya bertemu kaunselor bagi memperbaiki masalah rumah tangga seperti yang dilaporkan," katanya.
Zizan bagaimanapun menasihatkan jika ada mana-mana pihak yang melihat artis ke mahkamah jangan terus membuat andaian kerana ia boleh menimbulkan fitnah.
"Kepada mata yang memandang di luar sana itu, jangan terus membuat andaian danberfikiran cetek, takut nanti boleh menimbulkan fitnah.
"Pejabat agama bukan hanya tempat mengendalikan kes nikah kahwin dan perceraian, banyak lagi perkhidmatan yang disediakan. Kepada pasangan yang sudah berkahwin pula, tidak semestinya bila keadaan sudah menjadi keruh baru hendak rujuk kepada pejabat agama," katanya.
Tambah Zizan, antara nasihat yang diberikan oleh ustaz kepada dia dan isteri adalah mencari masa berkualiti bersama bagi mengeratkan hubungan suami isteri.
"Kami baru 10 bulan berkahwin dan baru balik dari bercuti di Bali, Indonesia. Ustaz tersebut juga menyarankan agar mencari kualiti masa bersama namun ia bukan bererti pasangan harus bercuti secara mewah.
Menurut Nora Danish,Jejai dengan Fasha dah putus cinta sejak 2 bulan yang lalu.Jejai yang cerita pada Nora Danish.
Fasha pulak cerita yang semasa Jejai kat Jepun setiap hari Jejai msg dan call dier,cume lepas Jejai pulang ke Malaysia mereka sudah tak berhubung lagi.
Nora berasa lega kerana Jejai membersihkan namanya dari kemelut percintaan Fasha dan Jejai..Tapi walaupun Nora menafikannya,Sensasi tetap rasa perpisahan mereka tentulah kerana cemburu Fasha terhadap Nora Danish.
Jejai pulak adakah dia nak cuba ambik hati Nora jadi dia menceritakan perpisahannya dengan Fasha dua bulan lepas dan membersihkan nama Nora pada media? itu yang kita tak tahu..huhu..adakah Jejai nak pujuk Nora balik?nie spekulasi je..
Tp menurut Nora dia sekarang sedang menegnali seseorang yang lain...
Ramai peminat yang tengok gambar mesra Nora dan Jejai bersama keluaraga di Jepun mengharapkan Nora dan Jejai kembali bersama demi anak-anak..mereka mampu hidup bahagia sebab keluarga Jejai begitu sayangkan Nora.Jejai pun dulu pernah bercinta bertahun2 dengan Nora kan.
Sebagai seorang yang pernah kalah dalam perkahwinan dengan Jejai kerana org ketiga sedikit sebanyak pasti perpisahan Fasha dan Jejai dapat mengubati luka lama Nora.
Winning the break up is what matter.. kata org la :P
Komen Nora
"Saya lega kerana Jejai sudah menceritakan perkara sebenar," kata aktres Nora Danish
"Saya nafikan gosip yang mengaitkan percutian saya dengan keluarga Jejai di Jepun sebagai punca perpisahan mereka sedangkan hubungan sudah putus dua bulan sebelum itu," katanya.
Nora atau nama sebenar, Nora Danish Mohd Hanif, 29, berkata dia perlu bertegas dalam perkara itu kerana tidak mahu namanya dikaitkan lagi.
"Saya tidak mahu orang salah faham dan mengaitkan saya dalam perkara itu. Saya kena bertegas kerana sampai bila-bila pun saya akan dikaitkan dengan perkara ini," katanya.
Nora sedih kerana sering dikatakan masuk campur dalam hubungan Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 34, dengan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27.
"Saya sedar ada spekulasi yang sering mengaitkan nama saya kononnya mengganggu hubungan mereka.
"Walaupun gosip itu tidak menyebut nama, saya sedar ia ditujukan kepada saya tetapi saya cuma diam dan membiarkan masa menentukan. Sekarang sudah jelas dan terjawab," katanya yang dihubungi, semalam.
Menurutnya, dia tidak ada hak untuk masuk campur dalam urusan perhubungan Jejai dengan Fasha kerana mereka bukan lagi suami isteri.
"Kami sudah lama bercerai dan kalau satu hari nanti mereka ditakdirkan berkahwin pun saya tidak ada sebarang masalah.
"Saya sendiri mengaku sedang mengenali seseorang ketika ini seperti yang Jejai katakan dalam akhbar hari ini (semalam)," katanya.
Nora berkata, sebelum mereka bercuti di Jepun pada 30 Disember lalu, Jejai ada menceritakan kepadanya hubungannya dengan Fasha sudah dua bulan berakhir.
"Saya cuma mendengar saja kerana saya tidak mahu mengambil tahu tetapi bersyukur kerana Jejai memberi kenyataan tidak mengaitkan saya dan saya tidak tahu mengenai kenyataan itu sehinggalah membacanya di akhbar.
"Sebelum ini saya sedih kerana ada sesetengah orang hanya mendengar pandangan sebelah pihak saja dan membuat spekulasi sendiri tanpa meminta penjelasan saya," katanya.
Mengenai kenyataan Fasha, Jejai masih menghubunginya dan menghantar SMS sepanjang ahli perniagaan itu bercuti, Nora berkata, dia tidak tahu apa-apa.
"Mereka sudah putus dua bulan sebelum kami pergi Jepun, kalau Jejai hantar pun mungkin sebagai kawan yang bertanya khabar.
"Selepas hampir tiga tahun bercerai, ini kali pertama saya mengikut keluarga bekas suami bercuti," katanya.
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nah! Kali ini Fasha Sandha tidak bermain-main lagi, malah berkongsi bukti panggilan serta BBM Jejai dengan dirinya sepanjang berada di Jepun sebagai bukti bahawa kenyataannya dalam entri "Kenyataan Nora Itu Adalah Salah" – Fasha Sandha Kemukakan Bukti adalah benar.
Seperti yang Fasha Sandha katakan, "Jangan lupa, semua pics, log, sms, bb semua ada dlm simpanan I. Kalau I dedahkan semuanya, akan mengaibkan org lain, jadi I keluarkan apa yg penting,utk membuktikan bahawa mmg kami break on the 18th. Dan I yang meletakkan 'NOKTAH'. Orang lain tu, tak payah jadi jurucakap,nak cakap lebih2 atau nak mengandaikan call utk tanya khabar je. U all fikirlah dan buat kesimpulan."
Malah, Fasha Sandha memberikan kata-kata tegas berbunyi "Bekas isteri (merujuk kepada Nora Danish). Pls read metro today and metro yesterday. Compare n fikir siapa yg berkata benar."
Di laman Twitter semalam, Fasha Sandha ada menghantar beberapa tweet yang seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Nora Danish di akhbar Hmetro yang dipaparkan semalam. Bunyinya agak keras, Fasha Sandha sememangnya sudah pecah tahap sabarnya setelah menyedari yang dia semakin ditindas apabila mendiamkan diri. Antara tweetnya yang pertama berbunyi, "Don't test my patience dear. Wait for my turn, beserta bukti tomorrow. Nxt time pls think wisely before u make any statement. Thanks."
Bukan sahaja kami terkejut, malahan followers Fasha Sandha yang berjumlah 54000 orang tertanya-tanya akan kenyataannya semalam. Selang beberapa minit, Fasha Sandha sekali lagi menghantar tweet yang memberikan gambaran yang jelas terhadap situasinya. "Ditindas selalu, bukan bererti akan ditindas buat selama lamanya. Hari ni kau memalukan orang lain tanpa mengunakan akal fikiran kanak2 kau. Esok tuhan menjadikan balasan berkali ganda. Sekiranya kau di pihak benar, kau tak perlu melatah, tindakan kau kurang bijak. Syukur alhamdulillah, segala bukti bersama aku, aku akan lampirkan semua."
Imbas kembali, semalam aktres Nora Danish memberikan kenyataan yang membangkitkan kemarahan Fasha Sandha apabila mengumumkan bahawa dia tidak terlibat dalam perpisahan hubungan cinta antara bekas suaminya, Jejai & Fasha Sandha, kerana mereka berdua sudah berpisah 2 bulan. Ya, akhirnya pecah tembelang apabila Jejai & Fasha Sandha sudah tiada apa-apa hubungan selama 2 bulan sebelum peristiwa percutian ke Jepun bersama Nora Danish, tempoh hari.
Kenyataan berpisah 2 bulan itu benar-benar mencabar kesabaran Fasha Sandha, lantas dia bertindak untuk mengemukakan butik kepada akhbar Hmetro sebagai tindak balas terhadap kenyataan aktres Nora Danish, hari ini. Satu mesej yang jelas ditujukan kepada aktres Nora Danish berbunyi, "Kesian kau… Apa lagi yang kau nak sebenarnya. Move on la, mind our own business la. Byk bercakap perkara yg kau tak pasti kebenaran, menampakkan kau ni kurang bijak. Kau nak cuba malukan aku? Utk apa? Kau dah dapat apa yg kau nak dan harapkan, so just diam n bersyukur. Kau lupa, Aku ada bukti."
Dalam luahan hatinya kepada Hmetro (Cukuplah Saya Ditindas) hari ini, Fasha Sandha menyangkal kenyataan Nora Danish, bahawa Jejai dan dia sudah berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi dirinya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Fasha juga menjelaskan bahawa kenyataan Nora itu adalah salah.
"Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu," kata pelakon Fasha Sandha, 27, mengenai kenyataan Nora Danish, 29, yang juga bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram Ramli, semalam.
Fasha Sandha menegaskan bahawa Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu ketika Jejai berada di Jepun, sekitar awal bulan Januari. Sekaligus menafikan dakwaan bahawa mereka berdua sudah dua bulan berpisah dan Jejai hanya menghubunginya sekadar bertanya khabar.
Gambar Jejai & Nora Danish bercuti di Jepun bersama Rayqal.
Fasha Sandha juga menyatakan bahawa Nora Danish tidak sepatutnya masuk campur dengan bercerita kepada pihak media akan kronologi hubungannya dan Jejai kepada media sekiranya benar bukan dalang punca perpisahan mereka.
"Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. "Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. "Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar," katanya.
Keadaan ini memaksa Fasha Sandha memberikan penjelasan penuh beserta bukti kukuh kepada pihak media kerana dia menyimpan semua SMS, BB Messenger dan senarai panggilan telefon. Malah, ibunya masih menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun.
Fasha Sandha menjelaskan tujuan dia mengemukakan penjelasan beserta bukti kerana dia enggan dikaitkan dengan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang. Fasha Sandha merasakan dirinya telah ditindas dan tindakan mengeluarkan penjelasan berbukti dapat menegakkan kata-katanya, sekaligus menafikan dakwaan Nora Danish.
Minggu ni memang hot dengan cerita-cerita Jejai, Fasha Sandha dan juga Nora Danish. Bagi meng-hot-kan lagi keadaan kami nak paparkan pulak gambar Jejai dan Nora Danish bercuti di Jepun bersama-sama dengan keluarga bekas mentua Nora Danish.
Kalau korang nak tau juga, percutian ini lah antara puncanya si Fasha Sandha berbikini di Bali tempoh hari. Apa yang kami boleh katakan, memang Nora Danish ni sangat baik dengan bekas mentuanya. So, Jejai kami harap kau rujuk lah balik dengan Nora Danish.
Seorang seniman Marc Quinn menggunakan darahnya sendiri untuk membuat patung kepala berdarah manusia yang bertajuk "Self". Fakta, ini patung menyeramkan adalah dari bentuk kepala Marc Quinn sendiri yang dbuat daripada 4,5 liter darah beku.Darah itu adalah darahnya sendiri. Darah diambil dari tubuh sendiri selama lima bulan. Karya ini kemudian diulang setiap lima tahun untuk menjaga kecantikkan patung daripada seniman pelik ini.
Bernafsu besar betul isteri lelaki ini sampai lakinya
dah tak larat nak melayan..
saya petik dari kosmo online
gambar hiasan
BERLIN, Jerman - Seorang lelaki Turki yang menetap di Jerman mendapatkan perlindungan polis kerana isterinya yang kerap meminta melakukan hubungan seks, kata polis semalam.
Menurut polis, lelaki itu datang ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa lalu.
Lelaki itu berkata, dia telah tidur selama empat tahun di sofa untuk mengelak daripada tuntutan daripada isteri yang mahu melakukan seks.
Isterinya itu telah dikahwini selama 18 tahun.
Dia mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinannya itu.
"Sekarang, dia bercadang untuk bercerai dengan isterinya itu dan keluar dari rumah dengan harapan dia pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang cergas sepenuhnya.
"Ketika itu, tindakannya mahu keluar dari rumah mustahil dilakukan kerana isterinya sering datang ke ruang tamu meminta dia melaksanakan tugas perkahwinan (seks) sehingga membuatkan dia meminta pertolongan polis untuk mendapatkan tidur pada waktu malam," menurut polis. - AFP
Berani sungguh lelaki ini,sanggup melakukan pekara bahaya
ini semata-mata untuk sebuah mini cooper...saya petik dari
kosmo online
RAUT wajah Andreas Muller yang menunjukkan dia mengalami kesakitan akibat tatu di kemaluannya.
BERLIN - Seorang pemuda Jerman berusia 39 tahun, Andreas Muller akan memperoleh sebuah kereta Mini Cooper kerana membuat tatu perkataan mini pada kemaluannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia membuat keputusan untuk membuat tatu yang menyakitkan di bahagian kemaluan bagi menyertai pertandingan anjuran sebuah stesen radio baru-baru ini.
Perbuatan Muller itu menyebabkan dia menduduki carta teratas dalam senarai tatu paling pelik.
Menurut salah seorang jurucakap penganjur, terdapat banyak aksi tatu pelik yang dikemukakan oleh pendengar.
Namun, Muller memenangi pertandingan selepas para pendengar mendengar jeritannya kerana sakit semasa tatu perkataan mini itu dibuat.
Muller mendakwa kesakitan itu berbaloi kerana dia akan duduk di dalam kereta Mini Cooper yang bakal dimenanginya. - Agensi
Lagi kelakuan tak senonoh seorang guru dengan murid...
tertangkap di sebuah taman....
saya petik dari kosmo online
LOVELAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru, Courtney Bowles, 31, ditangkap pada minggu lepas kerana dia mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar sekolah tinggi berumur 16 tahun di sebuah taman, lapor agensi berita 7NEWS kelmarin.
Seorang pegawai polis Sharon Hopkins yang sedang meronda di Taman Tasik North pada Jumaat malam mendekati kereta Bowles di sebuah tempat letak kereta,
"Semasa saya menghampiri kereta itu, saya melihat seorang lelaki dan wanita berbogel di bahagian belakang kereta.
"Wanita yang berada di atas lelaki itu terus bangun apabila melihat lampu suluh yang dinyalakan ke arahnya dalam kereta itu," katanya.
Selepas berpakaian, Bowles mengaku telah melakukan seks.
Bowles diarahkan oleh mahkamah untuk tidak menghampiri sesiapa sahaja yang berumur di bawah 18 tahun termasuk dua anaknya selain tidak boleh berada hampir di sekolahnya serta menghubungi remaja lelaki itu.
Guru itu dibebaskan dengan ikat jamin AS$50,000 (RM152,544) dan akan dihadapkan ke mahkamah pada minggu depan. - Agensi
Berkorban apa saja..asalkan kakinya dapat diselamatkan...
beginilah nasib seorang lelaki yang mendapat kemalangan....saya
petik dari myMetro
BEIJING: Demi menyelamatkan kaki kiri seorang lelaki yang cedera akibat kemalangan, doktor di sebuah hospital di China mengambil keputusan menjahit kaki berkenaan ke kaki kanannya untuk sementara sebelum mencantumkannya semula tidak lama lagi.
Menurut jurucakap hospital itu, lelaki itu - hanya dikenali sebagai Ma - terbabit dalam kemalangan di tempat kerja dua minggu lalu.
Katanya, insiden itu menyebabkan kaki kiri Ma rosak teruk dan mengalami jangkitan kuman.
"Jika dibiarkan, kemungkinan besar kaki kiri Ma terpaksa dipotong," katanya.
ELAK SALUR DARAH ROSAK...doktor memperkemaskan balutan pada kaki kanan Ma selepas disambung dengan kaki kirinya yang cedera sebelum pembedahan membetulkan kaki itu dilakukan tidak lama lagi.
Bagi menyelamatkan Ma, kata jurucakap itu, pasukan perubatan hospital membuat keputusan radikal - memotong kaki kiri Ma.
Kaki itu kemudian dijahit ke kaki kanan untuk sementara waktu bagi memastikan salur darah serta otot Ma tidak rosak.
"Pembedahan bagi menyambung semula kaki kiri Ma dijangka dibuat dalam tempoh sebulan," katanya. - TS
Li Enhai, seorang juru masak berbakat dari China, telah mencipta namanya di Guinness Book of Records setelah membuat mee sepanjang 2.852 meter, dengan hanya satu kilogram tepung. Dalam gambar, anda dapat menyaksikan mee nya peregangan teknik, pada pembukaan hotel, di Keshikten, China utara.
Ada bus stop yang unik di luar sana. Sambil menunggu bas, kita boleh tahu berapa berat badan kita. Sudah tentu tanpa ada yang duduk maka angka disitu adalah 0 kg. Seperti gambar di bawah ini....
:
:
:
:
:
:
:
:
Jika ada yang duduk maka akan tertera di billboardnya berapa berat badan kita yang sebenarnya. Ini adalah kreatifiti dari iklan di luar sana. So sesiapa yang punya berat badan yang berat..baiknya jangan duduk di bus stop ini.....
Seorang wanita muda selamat setelah jatuh dari tingkat 23 sebuah hotel di ibukota Argentina, Buenos Aires. Ketika jatuh, tubuh wanita tersebut menimpa sebuah taksi yang sedang parking dekat dengan hotel.
Seperti ditulis CBS News, Selasa (25/1/2011), tubuh wanita malang tersebut jatuh tepat di kaca depan kereta hingga menyebabkan kaca pecah. Pemandu teksi sudah keluar ketika insiden itu berlaku.
Saksi mengatakan, wanita tersebut memanjat penghalang keselamatan dan melompat dari sebuah restoran di bahagian atas Hotel Crown Plaza Panamericano.
Ketika ini wanita berusia 20 tahun tersebut sedang menjalani rawatan intensif untuk merawat beberapa luka.
Sementara pemandu taksi, yang disebut oleh media lokal bernama Miguel, mengatakan, dia keluar kendaraannya setelah melihat seorang polis mendongak ke atas.
"Aku turun dari kereta beberapa saat sebelum wanita itu jatuh. Jika aku tidak keluar, aku akan terbunuh," katanya.
"Saya hanya 10 meter dari lokasi, suaranya mengerikan," tambahnya.
Hotel Crown Plaza Panamericano adalah salah satu landmark yang paling dikenal di Buenos Aires. (anw/Ari)
Seorang lelaki lumpuh berasal dari Merseyside, yang menjadi sukarelawan di Bangladesh, berusaha mengumpulkan dana dengan berjalan sejauh lima ribu km.
Peter Donnelly (24), lelaki yang menggunakan kerusi roda ini, akan menggunakan bus, kereta dan kapal feri untuk melakukan perjalanan sejauh lima ribu km menuju St Helens.
Dia cuba mengumpulkan dana bagi Pusat Rehabilitasi Kelumpuhan (CRP) di Dhaka di mana dia menjadi sukarelawan selama empat bulan lalu.
Donnelly mengalami kemalangan ketika menaiki motor dan tulang belakangnya hancur pada ketikat berusia 19 tahun.
CRP membantu orang-orang seperti Donnelly dan membantu mereka untuk rehabilitasi.
Donnelly merancang untuk singgah di14 negara termasuk Nepal, China, Russia, Jerman dan Perancis, hingga perjalanannya berakhir di England.
"Alasan saya melakukan ini agar saya boleh mengumpulkan dana bagi CRP, yang membuat pekerjaan mengagumkan bagi negara miskin di dunia ini," ujarnya.
"Ketika orang-orang melihat orang lumpuh berada di depannya mereka akan memahami kesulitan yang kami hadapi dan berusaha untuk menyesuaikannya," katanya lagi.
Kejadian ini berlaku di Stesen Kereta Api Beijing, Beijing, keretapi itu menuju ke Mudanjiangt.Seorang budak kecil jatuh ke celah dalam platform dan kereta api. Selepas 2 minit akhirnya anak kecil itu dapat diselamatkan.
Riyadh –Seorang pemuda yang baru berusia 21 tahun ini yang sudah mampu menyimpan sekitar 30 kereta mewah yang mahal di garaj rumahnya.
Mahasiswa bernama Dhiaa Al-Essa ini memiliki koleksi 30 kereta mewah yang antara lain terdiri dari 4 Ferrari, 5 Porsche, 3 Lamborghini, 2 Rolls-Royce dan sebuah Mercedes SLR McLaren.
Dan gilanya lagi, Dhiaa Al-Essa ternyata belum puas dan memesan sebuah Koenigsegg Agera lengkap dengan sebuah kunci berbahan emas dan sebuah Bugatti Veyron untuk ulang tahunnya yang ke-22.
Tapi tentu saja, semua koleksi itu dibeli bukan dari duit poketnya sendiri, melainkan dari poket ayahnya yang memang seorang taipan minyak.Semua koleksi peribadi si anak kaya ini pun memiliki plat nomor 070 .
Dhiaa Al-Essa pun kerap kali terbang ke London, Montreal, Las Vegas hingga New York di musim panas hanya untuk berjalan-jalan memandu koleksinya ini.
"Aku cinta kecepatan tapi di Arab Saudi batas kecepatan hanya 120 km per jam, itu sangat pelahan. Ketika Bugatti tiba saya berharap untuk membawanya ke Jerman dimana Anda dapat memandu selaju yang mungkin," tutur Al-Essa.
"Mercedes McLaren SLR adalah kesukaan. Saya suka tampilannya dan mengemudikannya," tambah mahasiswa teknik di sebuah pusat pengajian tinggi di Riyadh, Arab Saudi ini. Salah satu koleksi Al-Essa adalah sebuah Ferrari 458 Itali yang bernasib malang dan terbakar tidak lama di Heathrow. Namun tidak pakai tunggu lama, Al-Essa langsung mengganti kereta itu yang kini sudah di recall Ferrari itu dengan sebuah Ferrari 599 Roadster yang memiliki siri produksi ke 70 dari 70 mobil yang dibuat.
Tapi uniknya, meski memiliki banyak mobil mahal, Al-Essa ternyata cukup low profile kerana lebih senang menggunakan penangkutan awam ketika pergi ke kampus. "Aku sebenarnya suka menggunakan pengangkutan awam ini" katanya.
Trend gigi menyala dengan LED warna warni.Kalangan anak muda di Jepun yang menggunakan LED gigi ini biasanya berkumpul dan berjalan bersama-sama di waktu tengah malam dengan mempertontonkan gigi mereka yang menyala berwarna warni. Warna LED ini boleh ditukar warnanya memalui teknologi nirkabel dengan handphone kita, biasanya dengan Bluetooth.-ruanghati.com
Artist Spencer Tunick has been documenting the live nude figure in public, with photography and video, since 1992. Since 1994 he has organized over 75 temporary site-specific installations in the United States and abroad. Tunick's installations encompass dozens, hundreds od thousands of volunteers; and his photographs are records of these events. The individuals en masse, without their clothing, grouped together metamorphose into a new shape. The bodies extend into and upon the landscape like a substance. These grouped masses which do not under core sexuality become abstractions that challenge or reconfigure one's views of nudity and privacy. The work also refers to the complex issue of presenting art in it pernament or temporary public spaces.
Dogon adalah nama daripada satu suku yang tinggal di wilayah plato tengah Mali, di selatan sungai Niger. Ketika ini suku Dogon mempunyai lebih kurang 800 ribu orang. Suku Dogon sangat terkenal dan menjadi objek kajian antropologi banyak ilmuwan. Mereka terkenal akan mitologi, kebudayaan serta arsitektur pemukimannya. Ketika ini juga telah terjadi perubahan yang signifikan terhadap cara hidup, kebudayaan dan kepercayaan orang Dogon.
Satu yang pelik Orang-orang suku Dogon tersebut hanya dapat menangkap ikan di Tasik Suci Antogo hanya sekali dalam 1 tahun. Pada hari yang ditentukan, ratusan nelayan menangkap ikan di keranjang dengan terburu-buru, "membersihkan" seluruh isi tasik dalam hanya beberapa minit. Ini merupakan ritual yang unik dan menarik.
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.