Adsense

Khamis, 17 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Wawa tak minta bayaran tinggi

Posted: 16 Jan 2013 06:51 PM PST

Pelakon Cinta Qaseh akui masih baru, enggan rosak kerjaya sendiri

Baru-baru ini tersiar gosip mengatakan bakat baru ini sudah mula meletakkan harga. Kemudian, kedengaran pula cerita kononnya dia hanya inginkan watak utama andainya ada tawaran.

Apabila cerita sebegitu dikaitkan dengan bakat yang belum terbukti kemampuannya, tentulah ia menimbulkan pelbagai reaksi. Antaranya, siapakah dia untuk meminta yang bukan-bukan?

Enggan membiarkan persoalan itu berlarutan, kesempatan bertemu dengannya di Balai Berita, semalam, digunakan untuk mendapatkan penjelasan daripada empunya diri. Malah, Wawa Zainal juga bagai dapat mengagak pertanyaan yang bakal diajukan sebaik saja wartawan HIP menghampiri.

Wawa menyangkal dakwaan mengatakan dirinya kini sudah pandai meminta harga tinggi atau demand bagi perkhidmatan diberikan.

Tegasnya, jauh sekali untuk dia bertindak demikian kerana mengenangkan bakatnya yang masih hijau dan dirinya yang belum 'matang'. Segala urusan berkaitan tawaran serta harga ditentukan pihak pengurusannya, MIG Productions.

Bimbang penerbit lari
Wawa juga menjelaskan, dia berasakan harga diberikan syarikatnya berbaloi serta munasabah dengan bakatnya yang masih baru.

"Kadar harga saya biasa saja, sekitar RM6,000 ke RM7,000 untuk sebuah filem, manakala untuk drama episod pula sekitar RM1,500.

"Buat apa saya nak demand kerana ia akan menjejaskan kerjaya seni saya juga? Ia juga akan membuatkan penerbit takut nak ambil saya. Jadi, tak timbul soal harga dan apa yang diletakkan itu agak munasabah, bersesuaian dengan bakat saya," katanya.

Mengakui isu harga timbul selepas dia menerima tawaran daripada sebuah produksi drama, ia membuatkan pelakon ini kerisauan. Kini dia mengharapkan isu itu tidak dipanjangkan selepas penjelasan diberikan.

Mungkin kerana wujud salah faham menyebabkan ada pihak melabelkan dirinya meminta berlebih-lebihan. Bagi Wawa, perjalanannya masih jauh dan agak tidak adil untuk dia bersikap sedemikian tatkala bakatnya baru hendak digilap.

Peluang gilap nama

Mengenai pencalonannya dalam senarai akhir kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Wawa menganggap ia peluang untuknya menaikkan lagi namanya dalam industri seni.

Baru dua tahun menjejakkan kaki dalam industri, Wawa berbangga apabila peminat menyedari kehadirannya dan kini disenaraikan dalam acara berprestij itu.

"Tak menang tak apa, yang penting nama saya pernah berada dalam Top 5 ABPBH. Saya tidak ada kelab peminat kerana masih baru dan orang tidak mengenali saya lagi," katanya yang tidak menafikan mungkin mempunyai kelab penyokong sendiri suatu hari nanti, bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti bersama.

Baginya, populariti juga bukan diukur dari segi rupa paras, sebaliknya bakat lebih penting dalam menaikkan lagi kerjaya seseorang artis.

"Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini rezeki tidak putus-putus dan saya akan rebut apa saja tawaran yang datang. Bagaimanapun, saya suka habiskan satu persatu, tidak ambil sekali gus," katanya yang baru selesai penggambaran filem Longkai bergandingan dengan Faizal Hussein, Erra Fazira dan Black.

INFO: Wawa Zainal

* Walaupun tidak mempunyai kelab peminat, Wawa mempunyai kumpulan penyokong di Twitter yang menggelarkan diri mereka Wawa Lovers.

* Wawa turut mempunyai 200,000 rakan di laman peminat (fan page) yang diwujudkan pengikutnya. Ia melebihi jumlah peminat fan page artis ini sendiri yang mempunyai lebih 80,000 rakan.

* Duta produk kecantikan jenama Shurah ini menjadikan Lisa Surihani sebagai idola dalam mencapai impiannya bergelar pelakon berjaya.

* Terbaru, Wawa membintangi drama 13 episod arahan Feroz Kader berjudul Cinta Qaseh.

Dia mahu imej sendiri

Posted: 16 Jan 2013 02:58 PM PST

Rupanya saling tak tumpah gadis Melayu. Namun, penyanyi berusia 25 tahun ini berasal dari Utah, Amerika Syarikat (AS), bergelar finalis kepada program realiti popular The Voice musim pertama, Dia Frampton tidak dinafikan ramah dan mudah mesra.

Menemuinya di Wisma Academy, Petaling Jaya, sehari sebelum persembahannya di The Bee, Solaris Dutamas, malam Sabtu lalu, Dia sedang giat menjelajah Asia Tenggara seperti Vietnam, Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.

Mempromosikan album solo pertamanya yang berjudul Red, Dia begitu teruja dapat mengembara, mengumpul pengalaman dan bekerjasama dengan pelbagai jenis pemuzik dan insan seni. Meskipun judul albumnya sama dengan album terbaru milik Taylor Swift, Dia menolak sangkaan dia meniru penyanyi country terbabit, sebaliknya Dia mahu menjadi diri sendiri.
Saya suka melakukan suatu yang berbeza dan menarik. Dalam perjalanan itu, saya tahu saya perlu melalui banyak kesilapan," Dia Frampton, Penyanyi

Dia masih mencari genre muzik yang sesuai dengannya. Disebabkan itu, Dia mahu menjelajah dan bekerja dengan seberapa ramai pemuzik bagi mencari kelainan.

"Saya meminati artis seperti Damien Rice, Tori Amos dan banyak lagi. Tapi saya tak akan menjadi satu lagi Tori Amos. Saya suka melakukan suatu yang berbeza dan menarik. Dalam perjalanan itu, saya tahu saya perlu melalui banyak kesilapan.

"Itu sebabnya saya mahu bekerja dengan orang berbeza. Malah, saya ingin bekerjasama dengan artis dari Korea seperti kumpulan yang saya minati iaitu 2NE1," katanya.

Dia memberitahu, dia mengenali Afgan, artis dari Indonesia dan gemar melihat apa yang berlaku dalam persada muzik di seluruh dunia.
"Tapi sedihnya, saya tidak mengenali artis di Malaysia. Tambah lagi, saya hanya berada di negara ini dua hari. Jadi, tak sempat untuk mengenali artis Malaysia," katanya yang pernah bekerjasama dengan kumpulan Foster The People, Florence And The Machine selain mentornya, Blake Shelton.

Pernah berduet dengan kakak

Mungkin tidak ramai yang tahu, sebelum menyertai The Voice, Dia berduet dengan kakaknya pada 2004. Ketika itu, mereka menggelarkan diri sebagai Meg & Dia.

Bertanya apakah program The Voice banyak menaikkan namanya berbanding ketika menjadi artis indie, Dia mengakui program itu banyak membantunya meluaskan karier seninya.

"Namun, tanpa saya sedari dan membuatkan saya lebih gembira, ketika menjelajah, ada peminat tahu dulu saya berduet dengan kakak. Ini membuktikan ramai yang mengikuti perjalanan seni saya sejak dulu lagi," katanya.

Dia gembira singlenya yang berjudul The Broken Ones diterima dengan baik di seluruh dunia.

Bukan sekadar menyanyi, Dia yang meminati manisan pulut mangga memberitahu, dia bakal menerbitkan buku untuk bacaan golongan remaja. Buku yang mungkin diberi judul Captain Lightning Bug. dijangka diterbitkan tahun ini.

Selain novel, Dia juga sedang mengusahakan pengeluaran album keduanya yang dijangka dipasarkan tahun ini.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Rita Rudaini Ibarat Budak Belum Matang – Fauzi Nawawi

Posted: 16 Jan 2013 08:20 PM PST

Lisdawati dan Fauzi Nawawi

Lisdawati dan Rita Rudaini sudahpun berdamai setelah 7 tahun bermusuhan, namun mungkin belum tiba masanya lagi Rita Rudaini dan suami Lisdawati, Fauzi Nawawi untuk berdamai sehinggakan Rita Rudaini meletakan syarat agar Fauzi Nawawi tiada di lokasi pengambaran ketika dia disana..

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Fauzi Nawawi mengatakan yang sikap Rita Rudaini itu ibarat budak yang belum matang..

"Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada,"

"Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya,"

Untuk pengetahuan korang, Fauzi Nawawi, Lisdawati dan Rita Rudaini terlibat sama dalam penggambaran drama terbaru, Kerana Sarah arahan Murali Abdullah.. Namun Fauzi Nawawi bersikap profesional dan menghormati permintaan Rita Rudaini serta pihak produksi yang tidak membenarkan mereka bersama ketika penggambaran dijalankan..

Sumber:Metro

Seniman Akan Buat Kejutan Pada Patrick Teoh Kerana Menghina Islam

Posted: 16 Jan 2013 05:02 PM PST

zed-zaidi

Gara-gara Patrick Teoh yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sentimen agama Islam di akaun facebook dia tempoh hari, Zed Zaidi selaku presiden SENIMAN membidas dan mengutuk tindakan pelakon itu yang dikatakan menghina Islam.. Menurut Zed Zaidi, perbuatan menghina agama ini sangat sensitif dan boleh membawa kepada peperangan..

"Mewakili persatuan, saya mengutuk segala kata-kata kesat yang dikeluarkannya berhubung sentimen agama kita.

"Kalau dia nak bagi pandangan atau rasa tak puas hati, saya tak kisah. Itu pandangan peribadi. Tetapi saya tidak bersetuju apabila dia menggunakan sentimen agama,"

"Soal agama ini sangat sensitif… boleh bawa kepada peperangan. Dia perlu jelaskan keadaan sebenar.

"Marah kerajaan negeri marahlah… yang pergi sentuh agama Islam kenapa? Gunalah kata-kata yang baik. Bukan kata-kata kesat seperti itu," katanya kepada Sinar Harian Online.

Tambah Zed Zaidi lagi, sesiapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan Patrick Teoh itu boleh membuat laporan polis kemudian rujuk kepada SKMM..

"Siapa yang tidak puas hati, boleh buat laporan polis kemudian rujuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Zed Zaidi juga telah mengumumkan di akaun twitternya yang pihak Seniman akan membuat kejutan kepada Patrick Teoh sekitar jam 1.30 petang ini kerana menghina Islam.. Kejutan apa yang pihak Seniman nak buat kami pun tak tahu.. Sama-sama la kita tunggu tindakan daripada pihak Seniman nanti..

zed zaidi seniman akan buat kejutan pada patrick teoh