Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Promo: Tiket Penerbangan Ke Paris Buat Penonton Setia TV9

Posted: 13 Feb 2012 10:18 PM PST

Berita baik untuk semua penonton setia TV9 di mana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi peraduan-peraduan hebat di TV9. Kesemua peraduan adalah amat mudah. Oleh itu jangan ketinggalan untuk menyertainya. Antara peraduan menarik yang ditawarkan bermula pada bulan Februari ini adalah:

Cipta Perbualan Romantis antara Ariana & Mikhail

PERADUAN TV9 MALAYSIA

Jika sebut "Paris", pasti ramai yang terus membayangkan kecantikan dan nilai-nilai romantis yang tersemat di dalam kota cinta tersebut. Drama Ariana Mikhail lakonan Nora Danish dan Syed Hussein (Sein) melalui slot Ratu, setiap Isnin & Selasa, 8.30 malam mengisahkan cinta pertama mereka yang berlatarbelakangkan kota Paris ini. TV9 ingin memberi peluang kepada penonton setianya untuk merasai detik-detik percintaan Ariana dan Mikhail dengan menawarkan dua (2) tiket penerbangan ke Paris.

Caranya mudah sekali di mana peserta hanya perlu mencipta perbualan paling romantis di antara Ariana dan Mikhail berdasarkan gambar yang dipaparkan di www.tv9.com.my. Paling menarik, pemenang akan dipilih sendiri oleh Ariana (Nora Danish) dan Mikhail (Sein) berdasarkan dialog yang paling romantis. Peraduan bermula pada 13 Februari dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Februari 2012.

Peraduan SMS Mutiara Hati – Anugerah

PERADUAN TV9 MALAYSIA

Program Anugerah menerusi slot Mutiara Hati di TV9 kini kembali sekali lagi dengan Peraduan SMS yang menjanjikan para pemenangnya tiket istimewa ke Lost World of Tambun! Peraduan SMS Mutiara Hati ini akan bermula pada 13 Februari 2012 dan berakhir pada 9 Mac 2012.

Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu menonton sinetron Anugerah yang disiarkan di TV9 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 5.30 petang untuk mendapatkan kata kunci yang berlainan pada setiap hari. Terdapat 4 kata kunci pada setiap minggu dan seterusnya peserta perlu menghantar SMS MUTIARA ke 33399 untuk memberi semua kata kunci pada minggu tersebut serta menjawab satu soalan seminggu.

Peserta dengan jawapan yang tepat dan paling pantas akan diumumkan sebagai pemenang. Satu (1) pemenang akan dipilh setiap minggu mengikut kriteria pemilihan dan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat minggu yang seterusnya. 4 pemenang bertuah akan diumumkan dan setiap pemenang akan mendapat tiket ke Lost World of Tambun (Baucer Keluarga untuk 4 orang).

Peraduan Movie Night

PERADUAN TV9 MALAYSIA

Seperti yang sudah diketahui ramai, TV9 kini menyiarkan pelbagai filem antarabangsa terbaik pada setiap hari Sabtu jam 10.00 malam menerusi slot Movie Night. Penonton hanya perlu menonton filem-filem terbaik ini di TV9 untuk mendapatkan 3 soalan dan slogan. Jawapan paling tepat dan cepat serta slogan paling kreatif akan diumumkan sebagai pemenang. Hadiah yang ditawarkan berupa iPod Touch, PSP Go dan XBOX 360 Slim. Peraduan bermula pada 17 Mac 2012 dan tarikh tutup adalah pada 15 April 2012. Filem-filem Movie Night yang terlibat dalam peraduan ini adalah:

1. Gamer (17 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
2. Aeon Flux (24 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
3. Bandslam (31 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
4. Rambo (7 April 2012. Sabtu, 10 malam)
5. The Ring (14 April 2012, Sabtu. 10 malam)

Psstt: Memang unik dan lain daripada yang lain bangunan-bangunan ni~

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Iqram Dinzley ingin berhenti berlakon untuk mendalami agama Islam

Posted: 13 Feb 2012 09:39 PM PST


Pelakon, Iqram Dinzley mengakui pernah berhasrat untuk berhenti daripada bidang lakonan kerana ingin mendalami agama Islam.

Iqram berkata, keputusan itu telah difikirkannya sebanyak dua kali iaitu pada kali pertama dia pulang dari menunaikan Umrah pada tahun 2006 dan ketika bercuti di Turki pada tahun lalu.

"Dah dua kali saya berhajat untuk meninggalkan bidang lakonan ini untuk mendalami lagi agama Islam yang selama ini saya rasakan diri ini agak cetek dalam pengetahuan agama.

"Bagaimanapun saya rasa, perubahan boleh dilakukan secara berperingkat dan pada masa sama saya tetap mendalami ilmu-ilmu agama yang banyak lagi rasanya saya tidak tahu," katanya.

Tambah Iqram, antara perubahan yang dilakukannya ialah dia tidak lagi memakai seluar pendek seperti yang sering digayakannya sebelum ini apabila keluar beriadah.

"Selain itu juga, jujur saya katakan, saya sedang berusaha untuk menguatkan rukun Islam yang kedua iaitu sembahyang lima waktu sehari.

"Benar, perkara ini harus dilakukan sejak dahulu lagi, tetapi saya sedang bergerak ke arah kebaikan, Insya-Allah," ujarnya.

Nabila akui Johan Asaari lelaki sempurna

Posted: 13 Feb 2012 09:26 PM PST

Sensasi pasti ramai yang kenal kedua artis nie,Nabila Huda dan Johan Asaari dan kedengaran desas desus kononnya mereka bercinta,pergi dating sana-sini.Tengok wayang bersama. Bahkan Nabila memanggil Johan dengan panggilan "Sayang".

Semasa sesi photo Shoot ,kedua mereka kelihatan begitu mesra dnegan gelagat seperti orang bercinta dan sungguh selesa berpegangan .Namun menurut Nabila dan Johan mereka adalah kawan karib.

Ish ish..ade ke kawan karib berlainan jantina kene panggil "sayang",pegang-pegang sume nie? Memang begitu "senang" lah bagi lelaki mengambil kesempatan terhadap kawan karib kalau mcm nie..huhu..

Sensasi pun ade jugak kawan karib lain jantina,tapi tak kuaseee haih nak pegang atau panggil syg...hell noo..panggil "aku kau" sudah..






"Sebelum Pelangi Kasih kami pernah sama-sama berlakon drama untuk RTM. Orangnya pendiam, merendah diri dan pemalu tetapi sangat menghormati pelakon senior. Di lokasi, dia bersungguh-sungguh mahu belajar dan akan bertanya apa yang perlu dilakukan bagi memastikan lakonannya lebih berkesan.

"Untuk menghilangkan rasa gugup ketika menjayakan babak romantik dalam Pelangi Kasih, saya mengajaknya berbual dan berkongsi beberapa tips. Tak sangka kami boleh jadi kawan baik. Sudah lama saya tidak ada kawan rapat lelaki. Saya selesa berkongsi apa saja cerita dengannya.

"Dia pun ikhlas dalam persahabatan. Walau orang cakap macam-macam pasal saya, dia tidak kisah dan boleh terima saya seadanya. Jika tidak terikat dengan penggambaran, kami akan lepak dan andai sibuk, kami akan berhubung melalui telefon.

"Sebagai kawan karib, saya turut bertindak sebagai penasihat imejnya. Jika ada penggambaran atau sesi fotografi, dia akan tanya saya apa yang perlu dipakai," katanya.

Mengenai pengganti kekosongan hatinya, Nabila yang kini hidup sendiri selepas bercerai dengan Zaidy Zailani menjelaskan, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati dan perasaan. Apatah lagi mereka masih dalam proses mengenali. Katanya, andai benar ada cinta satu hari nanti biarlah ia hadir tanpa dipaksa. Andai itu takdirnya, Nabila tidak menolak tetapi buat masa ini mereka hanya bersahabat baik.

"Saya tahu orang ingat kami bercinta selepas digandingkan dalam Pelangi Kasih. Kalau cinta lokasi tidak mungkin kami rapat hingga sekarang. Lagipun mana boleh baru kenal terus bercinta. Itu cinta nafsu namanya.

"Jujur, kami tidak pernah bercakap soal perasaan. Pengalaman menjadikan saya takut untuk bercinta. Saya bimbang apabila wujud rasa itu akan rosakkan persahabatan. Andai putus, saya masih mahu berkawan baik tetapi cara itu tidak boleh diterima masyarakat kita. Saya pernah melaluinya dan tidak mahu ia berulang.

"Cara hidup saya dan Johan berbeza dan itulah yang membuatkan persahabatan kami semakin erat. Dia 'family man' dan bagi saya dia lelaki yang sempurna serta baik.

Gaya Selebriti Hollywood di Red Carpet Grammy Awards ke 54

Posted: 13 Feb 2012 09:03 PM PST

Apa yang menarik tentang Anugerah untuk selebriti,tentulah acara Red Carpet,dan apa yang menarik dalam acara Red Carpet tentulah mencuci mata melihat selebriti yang cantik dan jelita, dengan gaya mekap yang bermacam rupa.Fesyen pakaian ya ng menarik dan pelik-pelik.
Dan Fesyen Hollywood sering menjadi insprirasi buat Selebriti tempatan kita.

Jom Cuci mata ,..
Adele
Alicia Keys
Carrie Underwood
Cyndi Lauper masih nampak 'hot' walaupun
sudah berusia 58 tahun! Woot!
Begitu juga dengan Diana Ross yang bakal
menjangkau usia 68 tahun pada 26 Mac akan datang!
Penyanyi kumpulan Black Eyed Peas, Fergie nampak
pelik dengan pakaian lace berwarna oren ini.
Foo Fighters
Jessie J kelihatan seperti bola disko!
Namun dressnya kelihatan cantik on her body!
Seperti kali pertama Katy Perry
tidak kelihatan OTT (over the top)!
Kelly Osbourne
Kings Of Leon
Lady Antebellum
Pengacara Anugerah Grammy, LL Cool J.
Nicki Minaj
Produksi penulisan lagu The Smeezingtons yang dianggotai oleh
Philip Lawrence (kiri), Bruno Mars dan Ari Levine.
Good girl gone bad! Rihanna!
Sum 41
Penyanyi desa terkenal, Taylor Swift.

Gambar Nita Hamzah kini selesa menggelapkan kulit

Posted: 13 Feb 2012 08:53 PM PST

Kalau dulu Agnes Monica menggelapkan kulit dan menggayakan Kebaya fesyen nampak seluar dalam tapi sebenarnya agnes nampak cantik juga berkulit gelap,Kini Nita pula menggelapkan kulit selepas putus cinta dengan Zahid AF...Amacam,ok tak?


Nita Hamzah pemilik nama sebenar Norhanita bt Hamzah merupakan pemenang tempat kedua untuk program realiti tv Malaysian Idol musim 2. Nama beliau mula dikenali ramai setelah menyertai program ini.

Nita yang sebelum ini pernah bercinta dengan pemenang Akademi Fantasia musim ke-2, Zahid kini dilihat semakin menggemari melakukan aktiviti laut. Mungkin berasa bosan selepas cinta yang disulam putus ditengah jalan, Nita mencari sesuatu yang baru untuk dilakukan seperti aktiviti laut selain dari menyanyi.

Dan dalam gambar pun jelas menampakkan kulit penyanyi lagu "True Love" ini jauh lebih gelap berbanding sebelum ini. Nita juga tampak seronok dan selesa melakukan aktiviti lasak yang kini menjadi kegemarannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Kuch Kuch Hota Hai Pecah Rating Penonton Paling Tinggi

Posted: 13 Feb 2012 10:51 PM PST

KUCH KUCH HOTA HAI PECAH RATING PANGGUNG SABTU

Siapa sangka filem komedi romantik gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol yang diberi gelaran Golden Couple in Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai merupakan pilihan utama para penggemar filem Bollywood tempatan apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi hampir 3 juta (12.9 TVR) atau 57.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Baru sahaja ditayangkan menerusi slot Panggung Sabtu di TV3 pada 12 Februari lalu, filem Kuch Kuch Hota Hai terbukti berjaya memberi impak yang hebat bukan sahaja menerusi jalan ceita yang bagus malah tiada siapa dapat menyangkal kehebatan dan keserasian di antara pelakon popular Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee di dalam filem hindi box office tahun 1998 ini.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, "Walaupun sudah 14 tahun sejak ia mula ditayangkan di layar perak, para peminat filem Kuch Kuch Hota Hai di seluruh dunia masih lagi mengingati jalan cerita filem tersebut malahan ada yang berjaya menghafal lirik lagu-lagu runutnya hingga ke hari ini. Ternyata lagak Anjali yang pada mulanya tomboy tetapi berubah penampilan kerana cintanya terhadap Rahul sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua yang pernah menonton filem blockbuster India arahan pengarah tersohor, Karan Johar ini."

"Sehubungan itu, pihak kami memutuskan untuk menyiarkan semula filem ini yang bukan sahaja sarat dengan elemen percintaan tetapi juga mengetengahkan nilai murni persahabatan dan kekeluargaan bersesuaian dengan citarasa para penonton setia slot Panggung Sabtu. Kami amat bersyukur kerana taruhan kali ini ternyata membuahkan hasil dan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dalam usaha kami untuk terus menyajikan rancangan dan pengisian yang terbaik kepada semua."

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Peraduan Dialog Paling Kelakar Tak Hingat Filem CUN!
  • Living With A Superstar Shah Rukh Khan Di TV1
  • Gambar Fasha Sandha di Sidang Media Drama Dia Atilia
  • Gambar Shah Rukh Khan Terima Anugerah Datuk
  • Media Prima & RTM: Stesen TV Mana Lebih Popular?
  • 8TV Trending Pecah Rekod di Twitter
  • Red Carpet Photo Golden Awards 2010
  • Daphne Iking Dalam The Breakfast Show di NTV7
  • Rating Jumlah Penonton TV Program Raya 2009
  • Rating Anugerah Bintang Popular 2007 4.5 Juta
  • TV9 Perkenal Slot Terbaru 9X

    Posted: 13 Feb 2012 06:52 PM PST

    TV9 MEMPERSEMBAHKAN 9X

    Sejajar dengan komitmen TV9 (Saluran 119) untuk mengetengahkan elemen-elemen ekspresi diri dan kreativiti di kalangan remaja dan belia, sebuah slot baru yang diberi nama 9X telah dicipta khusus buat tontonan penonton dalam lingkungan usia 15 – 29 tahun, yang tahu apa yang mereka mahu! Barisan program yang ditawarkan oleh 9X menjanjikan kelainan, pengisian kandungan yang lebih 'muda', dan menggunakan formula yang tepat bersesuaian dengan penonton sasar kami. 9X akan mula menemui penonton mulai 20 Februari ini pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.30 malam.

    Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9, "9X diinspirasikan melalui hasil pertemuan kami dengan anak-anak muda di acara-acara padang TV9 sekitar tahun 2011. Jumlah remaja yang kreatif, imaginatif dan ekspresif di dalam masyarakat kita adalah di luar jangkaan kami. Sehubungan itu, 9X adalah ibarat 'kotak suara' mereka di dalam memperkembangkan lagi kreativiti di dalam bidang muzik, kualiti produksi dan ekspresi artistik."

    "Kami berpegang teguh pada tiga perkara iaitu untuk terus menyuntik elemen baru di dalam semua usaha kami; untuk terus memberikan kelainan dan untuk terus menjadi sumber inspirasi kepada penonton kami. Menyedari bahawa adanya keserasian di antara nilai-nilai kami dan komuniti remaja masa kini, ianya menaikkan semangat kami untuk memainkan peranan dalam menyediakan platform bagi mereka untuk mengekspresikan diri di samping menjadikan ia sebagai aspirasi kepada yang lain. Kami yakin 9X bukan sahaja akan menjadi tapak permulaan kepada para remaja untuk berkarya dan berkongsi kreativiti, malah kami turut memberi sokongan serta menggalakkan mereka untuk menceburkan diri dalam bidang produksi yang seterusnya akan disiarkan di TV9 untuk tontonan semua," tambah Sherina lagi.

    Salah sebuah projek di dalam slot 9X ialah 9X Mix Tape yang memaparkan kolaborasi di antara artis atau kumpulan muzik tempatan dengan videografer amatur. Penerbitan program ini bukan sahaja merupakan inisiatif kami dalam mempromosikan industri muzik tempatan tetapi turut memainkan peranan dalam mengasah bakat kreatif dalam bidang produksi. Episod pertama 9X Mix Tape menyaksikan Oh Chentaku bekerjasama dengan Uzair Sawal dalam menerbitkan sebuah dokumentari perjalanan muzik Oh Chentaku dengan mentaliti 'tiada batasan di dalam kreativiti.'

    Kegilaan remaja terhadap program realiti bersiri, menarik minat kami untuk mencuba menerbitkan program realiti bersiri tempatan. 9X mempersembahkan Aizat Gegar NZ, program realiti empat episod kisah percutian Aizat dan 30 orang ahli keluarganya di New Zealand. Cabaran krew kamera kami dalam merakamkan aksi realiti mereka akan bersiaran setiap Isnin, jam 10.30 malam.

    Barisan program lain di bawah slot 9X termasuk Teenwolf, sebuah drama bersiri Inggeris tentang kisah hidup Scott McCall selepas diserang oleh seekor serigala, yang akan disiarkan mulai 21 Februari, setiap Selasa, 10.30 malam. Pulau, sebuah drama mini bersiri yang mengisahkan tentang sekumpulan pemenang pakej pelancongan ke sebuah pulau misteri yang telah karam di tengah lautan dan tersadai di pulau misteri itu. Lebih mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapakah gerangan pembunuhnya. Lakonan hebat Sharifah Amani, Bront Palare dan Natasha Hudson di bawah arahan Azma Aizal Yusuff ini akan disiarkan mulai 22 Februari, setiap Rabu, 10.30 malam.

    Maklumat lanjut tentang 9X boleh didapati di laman web rasmi www.tv9.com.my/9X yang akan menjadi medan interaksi untuk para remaja berkomunikasi, selain di laman sosial www.facebook.com/tv9dihatiku dan www.twitter.com/tv9malaysia

    Aizat Gegar NZ
    Mulai 20 Februari, Setiap Isnin, 10.30 malam

    Program realiti empat episod ini merakamkan detik-detik percutian Aizat dan 30 orang ahli keluarganya di New Zealand menaiki caravan. Saksikan aksi-aksi bertenaga, cemas dan mencuit hati adik-beradik dan sepupu-sepupu Aizat yang menjalankan aktiviti-aktiviti mencabar seperti menaiki speedboat di tengah lautan, terjunan bungee dan mencuba tarian kaum asli Mouri di sana.

    Teenwolf
    Mulai 21 Februari, Setiap Selasa, 10.30 malam
    Drama bersiri Inggeris ini mengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Scott McCall yang telah menjadi seekor 'manusia serigala' akibat diserang seekor serigala. Perubahan dirinya ini hanya diketahui oleh dua sahabat baiknya yang juga merupakan 'manusia serigala' iaitu Stiles Stilinski dan Derek Hale yang membantu dirinya untuk menjalani kehidupan barunya. Keadaan menjadi sukar apabila keluarga teman wanita Scott, Alison Argent, adalah pemburu serigala. Lakonan Tyler Posey, Dylan O'Brien, Tyler Hoechlin, Crystal Reed.

    Pulau
    Mulai 22 Februari, Setiap Rabu, 10.30 malam
    Drama mini bersiri 8 episod ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Bot yang dinaiki mendapat kemalangan, dan menyebabkan mereka terdampar di pulau itu tanpa sebarang keperluan asas. Lebih mengerikan ialah apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar di antara mereka. Misteri pulau ini dan setiap kematian di situ makin lama makin terungkai apabila masing-masing yang masih hidup nampak apa signifikasi setiap kejadian yang berlaku. Lakonan Sharifah Amani, Bront Palare, Natsha Hudson, Amyza Adnan, Chomatt Samad, Sufian Mohamed dan Fazlina Dato' Hj Ahmad Daud.

    SOUNDCHECK
    Mulai 19 Mac, Setiap Isnin, 10.30 malam
    Rakaman siaran langsung persembahan daripada kumpulan-kumpulan tempatan terkenal dan juga penyanyi yang sedang menempa nama di persada tanahair. Antaranya adalah Hujan, Aizat Amdan, Shila Amzah, Awi Rafael, Tomok, Monoloque, Oh Chentaku dan Azlan and the Typewriter. Juga turut dimuatkan perjalanan hidup suka duka mereka sebelum dan selepas menjadi artis.

    9X MIX TAPE
    Mulai 5 Mac, kapsul 2 minit (di antara 10.30 malam – 11.30 malam)
    Kapsul 2 minit ini merupakan salah sebuah projek 9X yang memaparkan kolaborasi di antara artis atau kumpulan muzik tempatan dengan videografer amatur. Penerbitan program ini bukan sahaja merupakan inisiatif kami dalam mempromosikan industri muzik tempatan tetapi turut memainkan peranan dalam mengasah bakat kreatif dalam bidang produksi. Episod pertama 9X Mix Tape menyaksikan Oh Chentaku bekerjasama dengan Uzair Sawal dalam menerbitkan sebuah dokumentari perjalanan muzik Oh Chentaku dengan mentaliti 'tiada batasan di dalam kreativiti.'

    Tags: , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Beautee Perkenal Sabun Pencerah & Sabun Jerawat
  • Teaser Drama Merah Puteh
  • Amanda Misbun & Ana Dahlia Dalam Slot Kasih TV2
  • Program Wanita Hari Ini Bakal Perkenal Set Baru
  • Misha Omar Berlakon Dalam Drama Siri Julia Juli
  • Slot Senda Pagi Perkenalkan Gameshow Ewah-Ewah & Berek
  • Nasir Bilal Khan, Atie AF dalam Drama Seram Loga Maya
  • TVi Perkenal Program Remaja Lebih Segar
  • Filem Animasi di TV9
  • Program TV Aidilfitri di Saluran Muzik Aktif
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Tukang masak cipta pie dari testis kerbau untuk hari Valentine

    Posted: 13 Feb 2012 09:30 PM PST

    Seorang tukang masak ciptakan pie dari testis kerbau untuk  pasangan-pasangan yang merayakan hari kasih sayang.

    Charlie Bigham mengatakan makanannya itu boleh menjadi zat perangsang nafsu birahi yang ideal dengan petunjuk-petunjuk memasak bahkan mendorong pasangan " untuk mematikan telefon, meyalakan lilin-lilin, dan menyelinap masuk ke sesuatu yang lebih nyaman."

    "Sejak tahun 1996 aku sudah membuat makanan enakku ini dengan segala keperdulian  yang kamu inginkan jika kamu memiliki waktu. Bagaimanapun juga, (hampir)  tak ada 

    Cara yang lebih baik untuk boleh bersama daripada makanan segar dan enak yang sudah disiapkan," ujar Charlie seperti dilapor dari situs Femalefirst.

    Cinta Serigala, Tracie Koziura Ganti Nama Jadi Rebel Wolf

    Posted: 13 Feb 2012 09:15 PM PST


    Tracie Koziura dari Leicester berganti nama menjadi Rebel Wolf. Dirinya mengganti nama itu sekitar 19 bulan lalu kerana dirinya pencinta serigala.
    Rebel berusia 53 tahun dan menjalankan web development business  bersama partnernya Paul dan dirinya memiliki begitu banyak foto-foto serigala.
    "Rebel Wolf lebih sesuai untukku ketimbang nama lahirku. Itu terasa benar. Aku selalu memberontak (rebel) saat masih remaja dan terpesona dengan serigala sejak yang aku boleh ingat.

    Orang yang mengenal aku dengan baik masih memanggilku Tracie dan itu pulalah nama yang kugunakan untuk tujuan-tujuan bisnis.

    Tapi aku suka dipanggil Rebel Wolf sepanjang waktu, meski Paul berpikir nama itu sedikit gila. Jika aku ada di situs-situs networking, aku selalu menggunakan nama Rebel Wolf. Aku sudah melakukannya sejak 1998," jelas ibu satu anak ini.

    Kanak-kanak Rusia Ini Dengan Gerakan Tari yang Luar Biasa

    Posted: 13 Feb 2012 09:00 PM PST



    Umurnya mungkin baru beberapa tahun, namun kanak-kanak laki-laki dari Rusia ini benar-benar tahu bagaimana menghidupkan suasana dalam pesta.


    Dengan gerakan tariannya yang luar biasa anak muda ini turun ke lantai menari dan menjadi menjadi bintang dalam pesta. Seperti seorang penari profesional ia memutar tubuhnya dengan mudahnya dalam iringan lagu tradisional, negara tersebut.




    Dengan gerakan tari yang luar biasa, anak kecil ini menjadi bintang pada acara dansa


    Bahkan, dengan gerakannya professionalnya ini, sang bocah mendapatkan partner menari, iaitu seorang wanita cantik dengan gaun merah.


    Anak yang tidak diketahui namanya ini diyakini menari Lezghinka, tarian nasional para penduduk di Pegunungan Kaukasus yang terletak di Rusia, Georgia, Armenia, Iran, Turki dan Azerbaijan. Dimana, setiap negara memiliki versi sendiri dan dapat dilakukan sebagai tari solo, pasangan atau kelompok.



    Alat Makan ini Membuat Anda Sarapan Sambil Membina Otot

    Posted: 13 Feb 2012 08:45 PM PST


    Ingin bersenam namun tak mempunyai waktu ? Mungkin alat makan ini sesuai buat anda yang terlalu sibuk untuk melakukan latihan fisik dan dijamin dapat membentuk otot anda.


    Peralatan makan dari krom yang terdiri dari pisau dan garpu mempunyai berat masing-masing 1 kg, sedangkan sudu beratnya 2 kg, atau lebih berat dari 32 set peralatan makan stainless steel dikombinasikan.




    Perangkat makan ini diharapkan membakar kalori sementara anda menyantap makanan


    Peralatan makan buatan tangan Firebox ini dijuluki sebagai peralatan makan sempurna untuk orang yang 'rakus' dan membutuhkan senaman.


    Namun, selain harganya yang mahal, kerana satu set peralatan makan ini berharga 69.99 poundsterling, ada kekhuatiran bahawa perangkat makan ini dapat menambah ketegangan di sekitar pergelangan tangan pemakai.

    Wow..nenek memandu selama 82 tahun tanpa pernah di saman

    Posted: 13 Feb 2012 08:30 PM PST


    Umur tidaklah boleh menghalangi semangat dan kesenangan kita akan sesuatu. Mungkin prinsip ini yang terus dipegang oleh Maisie Griffith. Bukan apa-apa, Maisie saat ini sudah berusia 100 tahun dan masih senang memandu sendiri.


    Nenek ini pun membuktikan hal itu ketika perayaan hari jadinya ke satu abad dirinya memandu sendiri. Maisie sendiri sudah 82 tahun mengemudi kereta dan hingga saat ini dia tidak pernah mendapat saman akibat memandu laju, salah parking  atau kecelakaan.


    Maisie bahkan masih ingat ketika dia pertama kali belajar memandu di usia 12 tahun di pertanian keluarganya di Truganina, Victoria, Australia.


    "Kuda dan keretanya agak lambat ketika dibawa ke sekolah yang jaraknya tiga km. Itu jadi sedikit lebih cepat ketika kami punya kereta," ingat dia.


    Setelah enam tahun berlatih memandu di kawasan pertanian tersebut dan sudah cukup umur, enam tahun kemudian dia pun mendapat lesen memandunya.


    Sekarang, dengan ulang tahun ke-100 ia bangga boleh mengingat itu semua dan menunjukkan pada keluarga dan teman-temannya bahawa mereka dapat 'melakukannya' juga dengan catatan memandu yang sempurna.


    Sejak pertama kali memandu, Maisie sudah berganti puluhan kereta dan kini memandu sebuah Audi. "Anda hanya harus berhati-hati. Saya boleh pergi ke rumah putri saya, toko-toko dan pertemuan CWA (Country Women Association)," jelasnya seraya mengatakan paling tidak dirinya masih mengemudi hingga 10 kali tiap minggunya.


    Sumber : http://oto.detik.com

    Rayakan Hari Valentine, Lelaki Ini Pilih Bercerai

    Posted: 13 Feb 2012 08:15 PM PST


    WELLINGTON - Hari Valentine yang jatuh setiap 14 Februari, umumnya kerap dirayakan dengan saling memberikan hadiah baik berupa cokelat, sejambak bunga atau bahkan lamaran dari pasangan yang ingin segera menikah.


    Namun hal itu berbeza dengan yang dialami seorang wanita malang dari New Zealand. Bukannya menerima hadiah berupa bunga atau cokelat, wanita ini justru akan menerima surat cerai dari suaminya tepat pada perayaan Hari Valentine.


    Hal ini bermula ketika sebuah stesen radio di New Zealand The Rock, menawarkan kesempatan berikut dengan sejumlah bayaran bagi siapa saja yang ingin mengumumkan perceraiannya tepat pada Hari valentine.


    " Ini ditargetkan kepada para lelaki miskin yang mengira mereka telah menikah dengan seorang malaikat, padahal sebenarnya mereka hanya menikah dengan setan yang berpakaian malaikat," ujar The Rock dalam situsnya seperti dikutip Daily Mail Minggu, (12/2/2012).


    Program 'Win a Divorce' ini rupanya menarik perhatian seorang lelaki yang diyakini bernama Sam untuk menceraikan isterinya. Sam dilaporkan akan mengumumkan perceraian itu melalui radio The Rock pada 14 Februari 2012 . 


    Stesen radio The Rock ini memang terkenal melalui berbagai program kontroversi. Sebut saja seperti yang terjadi tahun lalu, dimana The Rock mengadakan sebuah kompetisi 'Win a Wife'. Pemenang dalam kompetisi ini akan mendapatkan paketjperjalanan selama 12 hari ke Ukraine untuk memilih wanita yang akan menjadi pasangan hidupnya.(rhs)

    Trend Wanita Jepun Kecilkan Kepala

    Posted: 13 Feb 2012 08:00 PM PST

    KEPALA kecil ternyata menjadi keinginan terbesar wanita Negeri Sakura. Bahkan demi memenuhi hasratnya tersebut, mereka rela meletakkan tali pinggang di kepalanya.

    Perkembangan mode setiap tahun selalu berubah-ubah. Hal ini berbanding lurus dengan keinginan para wanita untuk menyempurnakan tubuhnya yang dianggap mereka sebagai sebuah takaran daya tarik.

    Wanita Jepun, misalnya. Meski dianugerahi kulit yang indah dan fisik yang menarik, ternyata mereka masih tidak puas dengan ukuran kepala mereka. Tak hairan, keinginan untuk memiliki ukuran kepala yang kecil kerana dianggap indah pun menjadi impian, seperti dilansir Boldsky, Isnin (13/2/2012).

    Saat ini, wanita yang sedar mode di Jepun menempuh berbagai cara agar dapat mewujudkan mimpi memiliki kepala yang kecil. Salah satu cara yang mereka lakukan dengan mengambil itali pinggang yang dipasangkan pada kepala. Tali pinggang seberat lima paun biasanya dikenakan di kepala mereka saat tidur.

    Para pembuat dari "Small Face Make Belt", yang disebut sebagai Kogao Meiku Beruto, mengatakan bahawa hal itu dipercayai dapat membantu menyusutkan ukuran kepala dari waktu ke waktu. 

    Sumber : http://lifestyle.okezone.com

    Ais krim dengan rasa pelik

    Posted: 13 Feb 2012 07:45 PM PST


    Siapa yang tidak kenal ais krim? Makanan penutup mulut serta makanan ringan dari lemak susu ini banyak penggemarnya kerana rasanya yang manis, lembut, dan segar. Rasa ais krim yang beragam juga menjadi daya tarik utama, seperti coklat, vanila, strawberry, dan lain-lain. Nah, selain rasa ais krim normal seperti itu, jangan ketinggalan untuk merasa ais krim rasa pelik  ini! Berikut 7 ais krim dengan rasa unik.


    1. Ais krim rasa kaktus


    Ais krim ini muncul di Jepun dengan nama Saboten Aisu. Konon katanya, rasa ais krim ini seperti siraman air yang mengalir dari kaktus yang kering terjemur di padang pasir. Hmm ada awas, mungkin masih ada duri kaktus yang masuk!


    2. Ais krim rasa arang


    Es krim unik dengan rasa arang yang dingin, Hmm seperti apa ya?


    3. Ais krim drakula


    Nah, ais krim ini dilarang keras untuk para drakula. Pasalnya,ais krim ini memiliki rasa bawang putih yang kuat. Ais krim ini diakui memiliki kandungan yang berkhasiat untuk tubuh. Hmm mungkin boleh juga untuk bumbu dapur ya?


    4. Ais krim laut


    Seperti namanya, ais krim ini memiliki rasa laut! Asin, dan mungkin lidah Anda mati sejenak kerana rasa dingin yang muncul. Ais krim asal Jepun ini mungkin hanya disukai oleh penggemar berat pantai ya?


    5. Ais krim sambal


    Siapa yang tak tahu wasabi, sambal khas Jepun yang kuat rasanya. Nah, ternyata kini wasabi juga boleh dinikmati dalam bentuk ais krim dengan campuran rasa lain seperti lobak dan ikan.


    6. Ais krim rasa tinta sotong


    Bukan hanya berbahan dasar tinta sotong saja, tapi ais krim ini juga dikombinasikan dengan udang, gurita, belut, dan bahkan paus!


    7. Ais krim rasa viagra


    Anda yang teruja bagaimana rasanya viagra dalam ais krim, wajib mencubanya!


    Sumber : http://www.langitberita.com

    Nyawa Terancam Kerana Hanya Makan Pizza Selama 31 Tahun

    Posted: 13 Feb 2012 07:30 PM PST


    Sudah banyak para ahli yang memperingatkan bahawa makan junk food atau makanan cepat saji boleh berbahaya untuk tubuh. Tapi seorang wanita malah hanya mahu makan pizza selama 31 tahun. Kerana kebiasaan tersebut, kini nyawanya pun harus terancam.


    Selama 31 tahun terakhir, Claire Simmons (33 tahun) hanya mahu makan pizza keju atau tomato. Dan kini doktor memperingatkan bahawa ia akan meninggal bila tidak juga berhenti dari kebiasaan makannya yang aneh.


    Doktor mendiagnosis Claire dengan Selective Eating Disorder (gangguan makan selektif), keadaan aneh yang dapat meningkatkan risiko stroke atau serangan jantung di kemudian hari.


    "Saya menjaga kesihatan tubuh dengan berolahraga dan minum banyak air putih," ujar Claire Simmons, seperti dilansir Thesun, Isnin (13/2/2012).


    Tapi dokter mengatakan tubuh Claire akan menimbun banyak masalah di masa depan kerana kurangnya vitamin dan mineral yang boleh menyebabkan stroke dan serangan jantung.~borakkosong


    Untuk tetap sihat, para ahli merekomendasikan diet bervariasi, termasuk beberapa porsi sayuran dan buah.


    "Saya benar-benar takut pada buah dan sayuran. Saya begitu marah ketika orang berfikir saya bersikap yang bukan-bukan, ini adalah keadaan medis yang nyata," jelasnya.


    Catherine Collins mengatakan bahawa memiliki kebiasaan makan aneh saja mungkin tidak akan menimbulkan masalah, tapi menghilangkan seluruh kelompok makanan sihat dalam menu Anda tentu akan memiliki implikasi kesihatan jangka panjang.


    "Diet terbatas pada beberapa makanan saja akan membuat tubuh memiliki kandungan antioksidan dan serat yang lebih sedikit. Hal ini akan membuat Anda lebih berisiko mengalami penyakit jantung dan kanser," jelas Catherine Collins dari British Dietetic Association.


    Selain itu, diet tanpa buah dan sayuran akan membuat tubuh lebih tinggi kalori. Hal ini terkait dengan kenaikan berat badan, sembelit dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung.


    Sumber : http://www.detikhealth.com

    Gara-gara Facebook, Ayah Tembak Laptop Anak

    Posted: 13 Feb 2012 07:15 PM PST


    Seorang Ayah di Amerika Syarikat membuat kontroversi, terkait video rakaman saat ia memarahi dan menembak laptop anak perempuannya hanya kerana sebuah posting status Facebook.


    Seperti diwartakan PCR, Isnin (13/2/2012), dalam video yang telah megumpulkan 20 juta view dan lebih dari 220 ribu 'likes', Tommy Jordan duduk di hadapan kamera dan menjelaskan posting kasar yang dibuat oleh anak perempuannya di Facebook.


    Anak perempuan tersebut berusia 15 tahun dan dalam status Facebook, mendeskripsikan pekerjaan rumah tangga yang dilakukannya merupakan sebuah perbudakan dan pantas menerima upah.


    Ayahnya kebetulan sedang menghabiskan waktu untuk meng-update dan memasang perangkat lunak baru di laptop milik remaja putri itu, dan menemukan postingan berisi ejekan terhadap orangtuanya, dengan pengaturan privasi agar orangtuanya tidak boleh melihat posting tersebut.


    Sang Ayah, Tommy Jordan, membaca surat itu dari sebuah print out, menegur anak perempuannya, kemudian mengatakan bahwa akan ada konsekuensi yang mengerikan. Konsekuensi itu adalah pistol semi automatik kaliber 0.45 milimeter.


    Jordan mengatakan bahawa satu-satunya laptop yang akan dapat digunakan oleh anak perempuannya adalah laptop yang dibeli sendiri lewat kerja separuh waktu. Tampaknya, duit  peluru yang ditembakkan juga boleh jadi tanggungan anak perempuannya itu.


    Meskipun banyak yang komen dan mempertanyakan apa gunanya senjata api dalam perselisihan keluarga, banyak juga yang nampaknya mendukung tindakan keras terhadap perilaku menyimpang di jejaring sosial seperti Facebook.


    Sumber : http://techno.okezone.com

    Pencuri pelik siap sapu lantai,lipat kain dan masak di rumah yang dimasukinya

    Posted: 13 Feb 2012 07:00 PM PST


    Keluarga Ashley Murray kedatangan tamu dirumahnya pada malam Isnin kelmarin. Ia adalah tamu yang baik, mahu menyapu lantai, melipat baju, dan memasak makan malam. Sayangnya, tamu itu adalah orang yang tak diundang, dan ia datang ketika seluruh penghuni rumah tiada di rumah.
    Ketika Murray bersama anaknya pulang  dan melihat keadaan rumahnya malam itu dari depan, ia menyedari ada sesuatu yang aneh. Lampu di ruang keluarga sudah menyala. Awalnya ia fikir saat itu kakaknya sudah pulang, tetapi ketika ia cuba membuka pintu, pintunya masih terkunci, dan setelah ia mengintip dari balik tirai jendela, terlihatlah seorang lelaki tak dikenal sedang berada di dapur rumahnya di daerah South Bend, Indiana.
    Melihat itu, Murray menjauh dari jendela dan memanggil polis. Setelah memastikan polis akan datang, ia berteriak kepada si lelakitak dikenal "Polis sedang menuju kemari!" Dan lelaki itu membalas "Polis sudah disini," menutup jendela rumah, menguncinya, dan diam didalam hingga polis datang. Pencuri yang aneh.
    Polis akhirnya datang dan langsung menahan tamu asing yang diketahui bernama Ketih Davis. Davis,  berusia 46 tahun itu terus-terusan berusaha menolak ditahan dengan alasan bahawa rumah itu adalah rumah tempat tinggalnya. Walaupun begitu, polis tetap menahannya.
    Di poket Davis ditemukan satu set kunci milik Murray. Menurut Murray, kunci itu biasanya ia taruh di sebuah tempat penyimpanan khusus untuk digunakan oleh kakaknya yang biasa pulang malam. Ia menduga Davis telah mengintipnya dan mempelajari cara untuk membuka tempat penyimpanan itu.
    Yang aneh, Murray tak menemukan satupun benda berharga yang hilang dalam rumahnya. Ia justru menemukan lantai rumahnya sudah disapu, pakaian sudah dilipat, dan bahkan ia sudah menambahkan lapisan kain serta bantal di atas sofa.
    Barang yang hilang hanya ayam di peti sejuk dan jus jeruk, itupun ayamnya sudah menjadi ayam goreng setelah dimasak oleh Davis.
    "Ia meminum jus jeruk saya, tapi saya tak keberatan kerana ia telah menyapu lantai dan melipat baju-baju saya," ujar Murray kepada WNDU.
    Murray belakangan mengatakan kepada polis bahawa putranya pernah melihat lelaki ini sedang memerhatikan dirinya ketika sedang bermain bersama tetangga.
    Polis yang menginterogasi Davis mengatakan bahawa sang pelaku telah memberikan alamat fiktif dan mereka mengalami kesulitan untuk mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut Davis. Sementara ini, mereka masih menduga sang pelaku antara terpengaruh oleh ubat-ubatan atau memang memiliki masalah secara psikologis.

    Mayat pelancong Australia dalam sungai

    Posted: 13 Feb 2012 06:45 PM PST


    TOKYO: Seorang lelaki dipercayai rakyat Australia ditemui mati di bandar peranginan ski Jepun, kata polis, semalam.
    "Mayat itu ditemui dalam sungai dekat kedai serbaneka tengah hari kelmarin" di destinasi popular di Niseko di Pulau Hokkaido di utara Jepun, kata jurucakap polis.

    "Kami masih mengenal pasti identitinya, tetapi dipercayai dia adalah warga Australia yang bercuti bersama beberapa rakan," katanya.


    Akhbar Australia The Herald Sun melaporkan lelaki itu dikenali sebagai David Fitzpatrick, 45, yang tidak muncul untuk penerbangan pulang ke negara asalnya. - AFP


    sumber : myMetro

    Biri-biri, rusa kahwin di zoo China sempena Hari Valentine

    Posted: 13 Feb 2012 06:30 PM PST


    BEIJING: Sebuah zoo China akan mengadakan perkahwinan Hari Valentine untuk seekor biri-biri jantan dengan rusa betina, lapor agensi berita kerajaan Xinhua, semalam.
    Pengunjung membanjiri taman hidupan liar di wilayah barat daya di Yunnan untuk menyaksikan biri-biri yang mempunyai nama Cina, Changmao bermaksud rambut panjang dan rusa itu, Chunzi (suci), selepas penjaga zoo mendedahkan di Internet, kedua-dua haiwan itu mula mengawan.

    Taman hidupan liar itu akan mengeluarkan 500 tiket khas pada harga 66 yuan (RM33) sekeping untuk acara itu, lapor media kerajaan China News Service. Bagaimanapun, pakar memberi amaran mengenakan kualiti manusia pada haiwan. - AFP



    sumber : myMetro

    Paderi sebat dan biarkan kelaparan tiga anaknya hingga mati

    Posted: 13 Feb 2012 06:15 PM PST


    SEOUL: Seorang paderi dan isterinya ditahan kerana didakwa membiarkan tiga anak mereka kelaparan dan menyebat kanak-kanak yang sakit itu hingga mati dalam cubaan untuk mengusir roh jahat, kata polis, semalam.
    Paderi berusia 43 tahun itu dan isterinya ditahan atas kesalahan membunuh selepas saudara pasangan itu menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang reput di kediaman mereka bersebelahan dengan gereja di daerah Boseong dekat pantai barat daya negara ini.

    Menurut jurucakap Agensi Polis Wilayah Jeonnam, ujian forensik menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia lapan dan lima tahun mengalami lebam teruk di tubuh mereka tanpa sebarang makanan dalam perut.


    Pasangan itu memberitahu polis, mereka cuba merawat tiga anak mereka yang mengalami demam panas dan selesema melalui puasa dan berdoa serta menyebat mereka berulang kali untuk "menghalau roh jahat".

    "Kami percaya kanak-kanak itu tidak diberi makan sejak 23 Januari lalu sebelum akhirnya mereka mati pada 1 atau 2 Februari lalu," kata jurucakap itu. Pasangan itu menyebat setiap anak mereka sebanyak 39 kali dengan tali pinggang atau pemukul lalat dalam lima insiden berasingan, sebagai merujuk kepada petikan dalam kitab Injil.


    Polis berkata, mereka merujuk kepada petikan dalam Injil yang berbunyi: "Usah tangguh untuk mendisiplinkan anak; jika kamu menghukum mereka dengan rotan, mereka tidak akan mati. Hukum mereka dengan rotan dan selamatkan mereka daripada kematian." Anak keempat pasangan itu, bayi berusia setahun diletakkan dalam jagaan polis dan dalam keadaan sihat. - AFP



    sumber : myMetro

    Remaja 16 tahun cekik teman wanita hingga mati

    Posted: 13 Feb 2012 06:00 PM PST


    JAKARTA: Seorang remaja lelaki mencekik teman wanitanya, gadis bawah umur, hingga mati di Kutai Timur, Kalimantan Timur kerana enggan mengadakan hubungan seks dengannya, Ahad lalu.
    Ketua Polis Kalimantan Timur, Komisioner Kanan Adjutan, Budi Santoso berkata, mangsa ditemui mati pada jam 6 pagi dalam kawasan Masjid Darul Mutaqqim di Kampung Makmur Jaya. 
    Polis menahan remaja lelaki itu di rumahnya.

    Remaja berusia 16 tahun itu mengaku kepada anggota polis penyiasat dia melakukan jenayah itu.




    Ketua Detektif, Sugeng Subagyo berkata, mangsa mati akibat dicekik.

    Mayat gadis itu dihantar ke Hospital Besar Wahab Syahranie Samarinda untuk bedah siasat. - Jakarta Post 



    sumber : myMetro

    Dedah payudara semasa cuaca sejuk melampau di Moscow

    Posted: 13 Feb 2012 05:45 PM PST


    MOSCOW, Rusia - Tiga aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat gergasi gas semula jadi Gazprom di sini semalam.
    Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat Gazprom.
    Ketiga-tiga wanita itu mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius.
    Salah satu poster itu mengandungi mesej yang menyamakan Ketua Pegawai Eksekutif Gazprom, Alexei Miller dengan ketua polis rahsia pada zaman pemerintahan pemimpin Adolf Hitler di Jerman, Heinrich Mueller.
    Tunjuk perasaan itu dibuat kerana Ukraine dan Rusia gagal mencapai penyelesaian berhubung harga gas sejak beberapa bulan lalu.
    Namun, ketiga-tiga wanita itu diusir keluar dari ibu pejabat tersebut oleh kakitangan lelaki syarikat Gazprom.
    - Agensi
    sumber : kosmo online

    Pejabat Apek disimbah cat

    Posted: 13 Feb 2012 05:30 PM PST


    KOTA BHARU: Selepas dipalit kontroversi dan menjadi mangsa fitnah, penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (gambar), 23, atau Apek, berdepan pula ancaman pihak tertentu apabila bangunan pejabat syarikat miliknya, Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd (KFR), di sini, disimbah cat hitam.
    Pengurus KFR, Seiyed Ahmad Mohamad Yusoff berkata, bangunan terletak di Jalan Seri Cemerlang, Dusun Raja itu disimbah cat hitam tiga kali.
    Menurutnya, kejadian pertama berlaku antara 3 dan 4 Februari, diikuti kejadian kedua pada 9 Februari lalu dan terbaru Sabtu lalu.

    Kejadian itu mendorong Seiyed Ahmad membuat laporan polis bersama Khairul Fahmi di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 1.33 tengah hari, kelmarin dan berharap mereka yang bertanggungjawab akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.




    "Ketika kejadian pertama antara 3 hingga 4 Februari lalu, saya menyangka ia (simbahan cat) perbuatan budak nakal, namun selepas kejadian sama berulang, saya terpaksa membuat laporan polis demi keselamatan Apek dan kakitangan.

    "Kami tidak mahu menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Kami tidak mahu berlembut lagi kerana kejadian ini menjejaskan reputasi syarikat dan mengancam keselamatan orang lain terutama Apek," katanya ketika ditemui di pejabat KFR di sini, semalam.

    Menurut Seiyed Ahmad, satu bungkusan plastik mengandungi cat hitam turut ditemui di hadapan pintu masuk pejabat KFR pada Sabtu lalu dan bungkusan itu sudah diserahkan kepada polis sebagai bahan bukti.

    Katanya, pihaknya akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) selain memantau sebarang pergerakan mencurigakan.

    Dalam pada itu, Khairul Fahmi ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam, enggan mengulas dan menyerahkan kepada pengurusan KFR untuk membuat kenyataan.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.



    sumber : myMetro

    Dosa RM17j, nyawa terancam

    Posted: 13 Feb 2012 05:15 PM PST


    KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.
    Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu. 
    Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai 'Football Fever' dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

    "Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.



    "Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan 'cuci duit'. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta," katanya.


    sumber : myMetro

    Beli iPhone dapat komik Cina dan berus

    Posted: 13 Feb 2012 05:00 PM PST


    JOHOR BAHRU: "Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman," kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya di sini, semalam.
    Faizal yang juga pengurus sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.
    Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.

    "Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.




    "Telefon bimbit berkenaan pula dijanjikan dalam tempoh dua hari menerusi Poslaju. Kiriman itu tiba dua hari kemudian iaitu pada 5 Januari lalu, namun saya terkejut mendapati ia hanya berus cat terpakai, komik serta telefon mainan," katanya.

    Faizal mendedahkan perkara itu pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

    Menyambung keterangannya, Faizal berkata, dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar.

    "Saya ke premis itu dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu.

    "Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk membeli tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama," katanya.

    Faizal memfailkan tuntutan berkenaan kepada TTPM dengan harapan mendapat pembelaan sewajarnya dan menamakan Jay One Communication and Services dan penama akaun, Yow dalam tuntutannya bagi mendapatkan ganti rugi berikutan penipuan itu.

    Presiden TTPM, Maznah Haron kemudian memerintahkan penentang kedua iaitu Yow selaku pemegang akaun yang menerima wang pembelian telefon bimbit terbabit mengembalikan RM1,750 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.

    Tuntutan yang difailkan terhadap Jay One Communication and Services pula dibatalkan. Ketika prosiding, Jay One Communication and Services dan Yow tidak hadir untuk mengemukakan hujah bagi mengetepikan tuntutan difailkan terhadap mereka.

    Maznah turut menasihatkan Faizal supaya membuat laporan polis berkaitan kes itu selain lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah terutama ketika berurusan menerusi Internet.



    sumber : myMetro

    Telinga konstabel digigit si penipu

    Posted: 13 Feb 2012 04:45 PM PST



    KUALA TERENGGANU - Telinga kiri seorang anggota polis berpangkat konstabel hampir putus selepas digigit seorang suspek yang cuba melarikan diri ketika baru ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Gong Badak di sini kelmarin.
    Sebelum kejadian pukul 9 malam, suspek lelaki berusia 34 tahun dari Batu Rakit di sini berpura-pura mahu muntah sebelum dia menolak Konstabel Amran Yahya, 23, dan terus melarikan diri.
    Bagaimanapun, Amran berjaya mengejar suspek yang belum sempat keluar dari kawasan balai menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.

    sumber : kosmo online

    Gambar Iklan Komersial di Jerman ini.. Lucu Atau Menyeramkan ?

    Posted: 13 Feb 2012 04:30 PM PST

    Gambar Iklan Komersial di Jerman.. Lucu Atau Menyeramkan .Iklan ini nampak menyeramkan tetapi dilihat lagi sebenarnya lucu.Cuba nilaikan sendiri sama ada iklan ini lucu atau menyeramkan.






    Ditetak samseng

    Posted: 13 Feb 2012 04:15 PM PST




    ngeri betul...ditetak samseng

    Gagal curi kereta gara-gara pemilik kereta bogel

    Posted: 13 Feb 2012 04:00 PM PST

    image
    Di London Seorang pencuri kereta terpaksa membatalkan niatnya untuk mencuri sebuah kereta  disebabkan pemilik kereta yang mengejar pencuri itu sambil telanjang. 
    Russell Stuart yang sedang terlelap tidurnya, tiba-tiba terbangun setelah mendengar bunyi dekat keretanya. Dia melihat pencuri kereta berusaha untuk mencuri kereta kesayangannya tersebut. 
    Stuart segera bangun dari tidurnya, membuka pintu penumpang dan duduk disamping kerusi tepat disebelah pencuri yang hendak mencuri itu. Namun lucunya, Stuart tidak sedar jika dirinya belum menggunakan pakaian sama sekali.
    Setelah pencuri tersebut melihat yang dia bogil, dia langsung membuka pintu dan lari dari Stuart. "Saya langsung bangun dari tidur dan menuju ke kereta, buka pintu dan duduk disebelahnya," ungkap Stuart.
    "Dia mungkin hairan mengapa ada orang yang berbadan besar dan telanjang duduk disampingnya. Tetapi ketika kereta kepunyaan kita berusaha dicuri, saya tak perlu berfikir tetapi langsung bertindak," kata Stuart.
    Setelah pencuri itu lari, lelaki berusia 51 tahun tersebut sempat mengelilingi kota Kent, dalam keadaan telanjang untuk mencari pencuri itu. Namun dia menghentikan aksinya kerana dalam keadaan bogel mengganggu ketenangan kota.

    [Aneh] Gadis Remaja Ini Punya Wajah Tua Sebelah

    Posted: 13 Feb 2012 03:45 PM PST

    TEMPO Interaktif, Jakarta – Seorang gadis berusia 11 tahun setengah wajahnya kelihatan tua. Christine Honeycutt dari Carolina Utara, Amerika, disahkan menderita sindrom Parry-Romberg yang tak ada ubatnya. Sistem imunitasnya memakan jaringan subcutaneous antara otot, tulang dan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan elastik dan kekecangannya sehingga tulangnya tak boleh tumbuh normal.

    Seiring waktu, sebahagian wajahnya menjadi lebih kecil, dan hampir hanya terlihat kulit yang membungkus tengkorak. Penyakit ini juga boleh  menyerang bahagian tengkorak dan membuatnya buta dan mengalami sinus. Ibu Christine, Vicki Honeycutt awalnya tak menyedari apa yang dialami anak perempuannya. Ketika Christine berusia lima tahun, dia melihat ada tanda abu-abu di kening Christine, tepat dibawah garis rambutnya. Ia juga melihat seperti ada lebam di lehernya.

    Doktor dia temui hanya menyarankan agar memberi krim cortizone. Tetapi dia menolaknya, kerana ada enam tanda lainnya yang memperlihatkan ada yang salah. Beberapa bulan kemudian tanda-tanda itu berkembang menjadi garis yang melintas keningnya. Pada 2006 lalu anaknya pun mengalami kerosakan ukuran wajah.

    "Saya selalu berkata, dia punya telinga yang lucu, tapi satu malam ketika saya menciumnya, saya melihat salah satunya berukuran lebih kecil," kata Vicki. Dia pun menemui dokor ahli gen yang memberikan diagnosa mengejutkan, bahawa tidak ada ubat untuk penyakitnya.

    Christine boleh dibedah plastik setelah penyakitnya berhenti mengganggu wajahnya. Dia lalu menemui seorang doktor yang pernah membedah pesakit dengan penyakit sindrom Parry-Romberg juga. Dia mengatakan Christine oleh dibedah tanpa harus menunggu penyakitnya berhenti merusak wajahnya. Dia pun akhirnya menjalani pembedahan selama 9 jam untuk merubah wajahnya.

    Operasi itu berjalan lancar dan garis abu-abu diwajahnya telah pudar, meskipun tidak hilang sama sekali. Penyakit itu tidak akan sembuh tetapi dengan operasi lanjutan, setidaknya penyakit boleh dikendalikan.

    Hargailah guru semasa mengajar, jangan seperti murid-murid ini!!

    Posted: 13 Feb 2012 03:30 PM PST





    Walaupun tak suka cikgu atau bosan..
    janganlah sampai berperangai seperti mereka ini....

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS