Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta Diwujudkan?

Posted: 19 Jul 2011 10:49 PM PDT

Drama arahan Erma Fatima hasil lakonan pelakon popular Fazura, Shahz Jaszle & Fauziah Gous mula mendapat tentangan daripada sebuah kumpulan fanpage.

Fanpage Facebook, "Kami Bantah Tayangan Perdana Tahajjud Cinta" telah diwujudkan dengan jumlah penyokong sekitar 600 orang (buat masa ini). Motif penubuhan fanpage berkenaan dikatakan, "membantah jalan cerita dan gaya lakonan yang jelas menghina muslimat yang berpurdah."

"Kami masih lagi membuka ruang untuk komen dan kritikan membina terhadap drama Tahajud Cinta. Kita bukan mahu menjatuhkan industri filem, malah mahu industri ini berkembang selari dengan kehendak Islam. Islam itukan syumul," kata admin Fanpage berkenaan melalui statusnya.

Ada pendapat yang sensitif dengan penayangan Tahajjud Cinta kerana dipercayai menjatuhkan institusi pendidikan sekolah pondok.

Seorang penyokong Fanpage bernama Muhamad Nazri berkata, "Dalam cerita Tahajjud Cinta ini ingin menyampaikan mesej bahawa orang yang mengajar di pondok adalah orang yang jahil agamanya & bersikap jahat, dan orang yang belajar diluar negara itu adalah orang yang baik belaka… ini akan menjatuhkan istitusi pondok."

Namun, ada yang menyokong penayangan Tahajjud Cinta dengan memberikan pendapat yang lebih terbuka.

"Watak tak semua perlu sempurna untuk sesebuah drama. Ada sebabnya diletakkan begitu supaya ada pengajaran yang mahu ditunjukkan. Itu lebih kepada realiti kehidupan kita sebenar. Bertudung tapi.. seorang ustaz tapi.. kemudian berubah. Itu realiti. kita tidak mahu tengok watak yang sempurna saja dalam drama. Drama yang mencabar mentaliti orang yang menontonnya lebih bagus! itu namanya drama, " kata Desyntha Desy di Fanpage berkenaan.

Setakat ini, ada cadangan untuk mengutarakan aduan kepada pihak Media Prima atas penayangan drama tersebut. OHBULAN! akan menghubungi pihak Media Prima untuk mengesahkan penerimaan aduan tersebut nanti. Info : Tahajjud Cinta ditayangkan setiap hari Jumaat, jam 9 malam di TV9.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambar : Karnival Upin Ipin Di Johor Hujung Minggu Lepas.

Posted: 19 Jul 2011 10:27 PM PDT

Tahun ini, TV9 telah membawakan satu lagi keriangan kepada peminat setia Upin & Ipin, dengan satu karnival pada 16 & 17 Julai lalu yang tertumpu hanya kepada kartun animasi Nombor 1 Malaysia ini. Karnival Upin & Ipin yang dilaksanakan buat pertama kalinya dengan kerjasama Les Copaque secara gilang-gemilang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor dan telah menerima kunjungan lebih dari 150,000 orang yang berpusu-pusu masuk ke dewan untuk melihat dan menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang dua hari tersebut.

Karnival yang akan dijalankan dari jam 9 pagi hingga 7 petang ini sarat dengan pelbagai aktiviti untuk mereka yang hadir seperti perarakan animasi, replika rumah sebenar Opah, mini konsert Idola Kecil, kemunculan maskot-maskot Upin & Ipin bersama rakan-rakan dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, malah pengunjung bolehlah membawa sedikit kenangan manis ini bersama mereka dengan membeli barangan Upin-Ipin yang sungguh comel dan mempunyai harga yang amat berpatutan. Karnival ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Perubatan KPJ, Datin Paduka Siti Sa'adiah Sheikh Bakhir.

Begitu banyak aktiviti menarik dirancang sepanjang karnival ini yang menyasarkan pengunjung sehingga 100,000 orang. Khemah-khemah yang pastinya menarik perhatian orang ramai adalah seperti khemah Berita Adik, Tadika Mesra, Fanclub Upin & Ipin, kaunter aktiviti Les Copaque, TM, dan banyak lagi. Aktiviti sepanjang karnival ini bukan sahaja dapat menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan mendapat peluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif, tetapi ia juga akan turut memberi promosi hebat dengan harga berpatutan kepada semua yang hadir.

Ibu-bapa yang hadir begitu gembira melihat anak mereka begitu khusyuk dan seronok dengan melihat maskot-maskot Upin & Ipin dan menyertai pelbagai pertandingan seperti permainan kerusi muzik, jigsaw puzzle, sesi solek dan banyak lagi!

Tidak cukup dengan itu, Karnival Upin & Ipin ini juga turut digemparkan dengan persembahan mantap oleh adik-adik Idola Kecil iaitu Harris, Hadi, Afiq & Deera. Pasti ramai yang sudah melepas rindu dengan mendengar mereka menyanyi. Untuk mempelbagaikan persembahan, mereka juga akan mengagumkan penonton dengan tarian dan rap sebagai tarikan. Turut hadir untuk memeriahkan karnival ini adalah personaliti Chopp!! iaitu Intan Ladyana dan Lydia Ibitisam. Pelakon-pelakon Juvana iaitu Johan Asari, Adam Shah dan Syazwan Zulkifly juga turut membuat kejutan apabila mereka turut serta dalam karnival yang begitu meriah ini.

Dua ratus pelajar dari SRK Bandar Baru Uda 2 telah dijemput untuk bersama-sama kami di Karnival Upin & Ipin ini dan juga pelajar-pelajar dari Sultan Ibrahim Girls School telah mengadakan persembahan pancaragam.

Selain sebagai platform kepada usahawan bumiputera untuk mengembangkan produk buatan Malaysia, karnival ini juga adalah sebagai tanda penghargaan TV9 dan Les Copaque kepada penontonnya yang setia sejak awal pertubuhannya lagi. Ini adalah satu acara yang paling sesuai untuk membawa anak-anak dan seisi keluarga untuk beriadah pada hujung minggu.

Kita jumpa lagi pada Karnival Upin & Ipin di lokasi yang seterusnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Bengkel Bersama Dj Aanantha Berjaya Cungkil Bakat Pelajar

Posted: 19 Jul 2011 10:00 PM PDT

BENGKEL BERSAMA DJ AANANTHA BERJAYA CUNGKIL BAKAT PELAJAR

Betullah pepatah ada cakap, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau mahu anak kita membesar dengan bakat yang besar serta kebolehan yang mempesona, mestilah asuh dan didiklah dari kecil lagi. Pendek kata, kalau nak asuh dan bentuk jiwa anak kita jadi lebih positif dari bersemangat untuk berjaya, kena tanam didikan tu masa kecik lagi. Bila dah besar, senang sikit nak bentuk ikut dengan acuan yang betul.

Persona Talent Workshop - DJ Aanantha with the children and parents

Sekarang, ramai yang komplen sistem pendidikan negara kurang menekankan dari segi 'soft skills' seperti teknik persuasion, alaa lebih kurang satu kemahiran yang biasanya salesman atau real estate agents guna untuk meyakinkan orang. Bukan senang untuk membuatkan orang bersetuju atau ikut cakap kita.

Ya, bukan mudah nak yakinkan orang, kan? Jadi, pertama sekali, kena ada ilmu public speaking atau kebolehan yang lain juga seperti cara untuk bermain alat muzik dan sebagainya. Patutlah sesetengah budak-budak zaman sekarang susah nak jadi kritis dan berfikiran kreatif. Budiey rasa mereka tak diberi pendedahan yang secukupnya.

Setiap dari kita ada bakat dan keistimewaan. Dari minat dan kebolehan masa kecil juga kita dapat lihat samada minda anak-anak ini betul-betul berkembang atau tidak.

Kalau pembaca masih ingat, sebelum ni Budiey ada tulis tentang duta Persona yang juga seorang deejay THR Raaga, DJ Aanantha yang merancang untuk mengadakan bengkel untuk kanak-kanak sempena dengan Kempen Persona, Lebih Sempurna.

Dan bengkel ini telah pun diadakan dengan jayanya… tak caya tengok sendiri gambar yang Budiey sertakan kat sini. Meriah dan happening betul! Seronok Budiey tengok. Macam nak join sekali je rasanya. Hehe.

Persona Talent Workshop 1

Bestnya jadi budak-budak ni, dapat join workshop percuma. Zaman kita kanak-kanak dulu mana ada workshop macam ni. Biasalah hidup pun kat kampung je.

Segala apa yang dirasai dan dilalui oleh kanak-kanak ini boleh dibaca dari gambar-gambar ni. Semuanya ceria-ceria dan nampak happy dapat join bengkel macam ni.

Persona Talent Workshop - Show Time 3

Tak yahlah Budiey nak ulang pasal bengkel motivasi ni sebab yang nyatanya, bengkel ni sangat bagus untuk diorang mencungkil potensi dalam diri masing-masing.

Walaupun bengkel tu cuma 2 hari je, tapi rata-rata peserta semuanya berpuas hati dengan apa yang dipelajari. Diadakan pulak kat The Actors Studio Academy, workshop ini memang sesuai betul untuk membentuk keyakinan kanak-kanak. Paling penting, mereka bebas untuk menonjolkan bakat-bakat menerusi teater dan kesenian.

Session with Dato Faridah Merican 1

Bengkel yang melibatkan 21 orang kanak-kanak ini dipilih dari beberapa sekolah yang mengambil bahagian. Macam-macam aktiviti telah disusun. Menurut kata mereka, semua games dan aktiviti semuanya fun-fun belaka.

Pada hari kedua pula, mereka juga bertuah kerana dapat didikan dan ajaran asas dari Dato' Faridah Merican. Mmm, siapa tak kenal dengan tokoh teater dan seni ni kan? Memang beruntung betul diorang. Mereka didedahkan dengan dunia kerjaya sebagai insan seni yang menghiburkan orang ramai di pentas teater dan TV. Semua kanak-kanak begitu teruja dan mereka dapat berinteraksi secara terus dengan orang yang luas pengalaman seperti Dato' Faridah.

Semestinya, kanak-kanak ni diajar tentang seni lakonan melalui permainan berbentuk teater, diasah juga dengan teknik vokal melalui persembahan dengan nyanyian lagi. Tak lupa, yang paling havoc, mereka teruja dengan seni tarian menerusi koreografi pop.

Bersama DJ Aanantha pula, Budiey lihat mereka ni sangat seronok sekali. Bukan apa, duta Persona ini memang bijak mencuri perhatian dengan gurauan dan celoteh yang sering buat diorang ni ketawa. Pecah perut dengar lawak dari DJ Aanantha. Tapi motif tak lari dari tujuan asal iaitu untuk berkosngi tentang pentingnya kemahiran berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Kalau kita belajar Mass Comm, memang kena belajar kemahiran berkomunikasi. Jadi, kanak-kanak ni kira advance sebab dah diajar macamana nak bercakap dengan lebih kritis.

Persona Talent Workshop 2

Mungkin sebab itu, DJ Aanantha ambil peluang untuk berkongsi kisah hidup dan bakatnya. Kira perfect la pilihan Persona pilih beliau. Lagi pun, dia kan ada bakat dalam seni muzik. Ye lah, muzikkan dah jadi passion DJ Aanantha.

Tengok diorang ni memang syok je dengar kata-kata semangat dari DJ Aanantha, mesti diorang ni pun nak pasang angan-angan untuk jadi macam Aanantha. Masa depan susah nak diduga, jadi kanak-kanak ni memang patut tahu apa cabaran sebenar yang akan mereka tempuh satu hari nanti. Gemerasi muda hari ini akan mencorak negara di hari esok. Jadi masa yang tepat ialah mereka dibentuk fizikal dan mental untuk jadi orang yang berguna.

Budiey kira bengkel motivasi macam ni memang wajar diteruskan. Bukan apa, ramai lagi kanak-kanak kat luar sana masih tak tahu bakat terpendam yang mereka ada. Lagi pun, ramai yang tak berapa yakin dengan diri sendiri. Jangan harap pada kelas di sekolah sahaja dengan bengkel ini pelajar dapat pengalaman yang baru.

Kata Dj Aanantha, dulu ibu bapanya mahu dia kerja di pejabat 9-5 sebab mereka rasa itu yang terbaik, tapi sebenarnya itu tak menjanjikan apa-apa kalau kita tidak ada kerja keras, yakin pada diri sendiri, kita takkan kemana-mana pun. Lihatlah sekarang, DJ Aanantha dah berjaya buktikan pada semua yang dia juga ada bakat dan dapat hidup senang selepas impiannya untuk jadi insan seni tercapai.

Bukan setakat dapat berkongsi cerita tapi dalam ramai-ramai peserta tu, 3 orang darinya telah dipilih untuk menyertai program mentor bersama DJ Aanantha dan yang paling gempaknya, mereka bertiga akan tampil dalam muzik video terbaru DJ Aanantha nanti. Wah, beruntungnya. Tahniah buat 3 orang kanak-kanak ni.

Semua ini adalah antara yang dirancang dengan begitu rapi untuk kempen Persona – Better, Undoubtedly. Jadi kepada pembaca yang nak tahu tentang mereka yang terpilih bersama DJ Aanantha ni, bolehlah layari: www.protonpersona.com.my

Persona Talent Workshop 5

DJ Aanantha with the children at the Persona Talent Workshop

Session with Dato Faridah Merican 2

Persona Talent Workshop - Prepping for Show Time

Persona Talent Workshop - Show Time 2

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • AIM Anjur Bengkel Pembikinan Album
  • DJ Lin Dilantik Jadi Duta Kereta Persona PROTON
  • Bengkel Solekan & Andaman di Akademi RedGlow
  • Program Jadi Hannah Montana Rock bersama Shila
  • Cipta Inspirasi & Keyakinan Diri Anda Dengan Kempen Persona
  • Kejutan AF6: Saida Kakak Siti Nurhaliza Masuk AF 6
  • Ekspresi Remaja TV9
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert ke-6 Akademi Fantasia Tema Live Band!
  • Bengkel Penulisan Pilihan Raya Untuk Blogger
  • Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 7
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Siti Saleha di The Blue Kebaya Showcase

    Posted: 19 Jul 2011 09:54 PM PDT

    Sebut pasal The Blue Kebaya Showcase ni, membuatkan Budiey teringat kepada filem Red Kebaya. Tapi semalam, tema warna biru pada semua rekaan baju kebaya membuatkan ruang legar concourse The Weld terasa sejuk dengan kejernihan dan ketenangan warna biru. Tambahan pula ramai artis yang cantik-cantik hadir untuk menggayakan rekaan. Bayangkan seramai 30 artis dan selebriti hadir dengan rekaan dari 16 orang pereka. Semuanya gojes-gojes.

    salikin sidek

    Pereka Salikin Sidek, seorang pereka fesyen yang terkenal dengan seni songket dan rekaan yang beretnikkan keMelayuan telah memilih Siti Saleha, pelakon yang makin meningkat naik. Gaya kebaya dengan potongan ringkas diperbuat dari kain songket memberikan gaya elegan dan semestinya Siti Saleha tampil menawan. Selain Siti Saleha, penyanyi yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru – Kembali Lagi Di Sisimu, Farah Asyikin turut menggayakan rekaan Salikin Sidek. Kepada yang meminati Farah Asyikin dari dulu, pasti tahu lagu Kembali Lagi Di Sisimu adalah antara lagu yang terawal dan mempopularkan nama Farah Asyikin. Tapi single ini diberi nafas baru dari segi susunan muziknya. Lagu ini bakal berkumandang di corong radio tak lama lagi. Serta tak ketinggalam pelakon cantik molek bernama Ramona Zam Zam. Pergh mantap tu joe! Cun habis semuanya.

    Sementara itu, Siti Saleha yang mahu dipanggil Sal sekarang ni baru sahaja habis pengambaran sebuah drama yang akan ditayangkan pada hari raya nanti.

    Siti Saleha Blue Kebaya

    Siti Saleha Blue Kebaya

    Siti Saleha Blue Kebaya

    Siti Saleha Blue Kebaya

    Siti Saleha Blue Kebaya

    Siti Saleha Blue Kebaya

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Siti Saleha di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Gambar Siti Saleha di Pelancaran PUMA FAAS Collection
  • Gambar Siti Saleha Nora Elena di Promo Tour Enchanteur Paris
  • Gambar Rekaan Raya Ezuwan Ismail di The Blue Kebaya Showcase
  • Siti Saleha Pelakon Drama 5 Jingga Kekasih Baru Jehan Miskin?
  • Siti Saleha & Remy Ishak di Roadshow Enchanteur Paris & Dashing
  • Drama Nora Elena
  • Gambar Siti Saerah di Showcase Made In Malaysia
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Celcom Gives Away RM10,000 Everyday
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Jennifer Lopez bercerai dengan Marc Anthony kerana orang ketiga

    Posted: 19 Jul 2011 12:03 AM PDT

    Gambar kenangan semasaa J.Lo mengandung anak kembar

    Terkejut jugak Sensasi dengar cerita perpisahan /perceraian J.Lo dengan Marc Anthony.Bukan apa mereka kan pasangan yang loving dan sentiaa mesra di majlis2...Ditambah pula selepas kelahiran anak kembar mereka.

    Menurut lawan web gosssip hollywood, sumber rapat dengan penyanyi cantik yang terkenal dengan panggilan JLo berkata, JLo dipercayai sudah jatuh cinta dan mabuk asmara dengan seorang pelakon William Levy. Levy merupakan pelakon gandingan dalam klip video lagu terbaru JLo "I'm Into You". Sumber juga melaporkan bahawa JLo dan William kelihantan intim sepanjang menjalani penggambaran klip video tersebut yang dilakukan di sebuah kawasan peranginan.

    Mereka kelihatan sangat sepadan sebagai pasangan bercinta. William yang memiliki tubuh badan yang sasa jauh berbeza berbanding Marc Anthony yang kurus kering dan cengkung. Tidak hairan sekiranya punca JLo meninggalkan Marc Anthony dan beralih arah kepada William.

    Walaubagaimanapun, itu bukanlah punca utama perpisahan mereka. Antara sebab lain pepisahan mereka ialah di khabarkan jadual kerja JLo yang sangat padat menyebabkan mereka tidak banyak menghabiskan masa bersama dan Marc Anthony yang telalu mengawal JLo membuatkan mereka berpisah.

    Ada beberapa khabar angin yang menyatakan bahawa Marc Anthony naik marah kerana JLo lebih mendahulukan kerjayanya daripada keluarga mereka.

    Jennifer dan Marc mengumumkan penceraian mereka akhir minggu lalu, setelah menikah selama 7 tahun dan dikurniakan dua anak kembar Max dan Emme yang berusia 3 tahun. Sebelum ini, JLo pernah mengalami penceraian sebanyak dua kali dengan Ojani Noa, seorang pengusaha restoran, dan Cris Judd, seorang penari latar.
    William Levy yang dikatakan salah satu punca perpisahan JLo & Marc Anthony

    Nora Danish dan Lisa Surihani "Rapat" ?

    Posted: 18 Jul 2011 11:57 PM PDT

    Rapat nyer dua orang selebriti yang terkenal dengan kecomelan dan kekiutan (eh,sama..) dan kejelitaan mereka...

    Rapat mcm kawan rapat jerlah,korang jangan pikir bukan-bukan pulak,,wanita kan suka bermanja-manja dengan kawan sendiri..huhu..

    Lisa memang hangat bercinta dnegan Yusry KRU skrg nie,bukan lagi rahsia.
    Nora Danish pula katanya sedang rapat dengan seseorang..tp identiti masih dirahsiakan..

    Yang sensasi perasan dari dulu,dimana ada Nora Danish mesti si Tam ada skali...tengok kat gambar last...lain mcm je gaya Tam nie..huhu

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    Lagi Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah AF2 & Johan

    Posted: 19 Jul 2011 04:49 PM PDT

    GAMBAR KAHWIN FARAH AF2

    Kami dah pun kongsikan beberapa gambar sekitar majlis resepsi Farah AF2 dan Johan yang berlangsung pada Sabtu lalu. Kalau belum tengok dan nak tengok gambar-gambar tu, boleh klik di sini. Pada post ini, kami tambah beberapa lagi gambar untuk tatapan anda. Saksikan..

    GAMBAR KAHWIN FARAH AF2

    GAMBAR KAHWIN FARAH AF2

    GAMBAR KAHWIN FARAH AF2

    GAMBAR KAHWIN FARAH AF2

    + Kesemua gambar di atas kredit kepada G.i Photoshot

    Psstt: Kalau bosan, kami layan BLOG INI

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Datuk ini setelah 66 tahun baru dapat ambil ijazahnya

    Posted: 19 Jul 2011 09:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM, LONDON - Setelah 66 tahun tak pernah menginjakkan kaki di kampus, seorang lelaki Inggris berusia 85 tahun akhirnya kembali ke kampus untuk mengikuti upacara penyampai ijazah.

    Harold Jones memulakan studinya di Cardiff tahun 1942. Dia tercatat sebagai mahasiswa Howard Gardens Sixth Form, jurusan teknik mesin.

    "Yang mengikuti jurusan ini memiliki insentif tambahan agar lulus kerana jika tidak akan diberi senapang dan dikata, 'Ayuh pergi sana melawan Jerman'," katanya.

    "Dari lima belas orang yang semula mengikuti kursus ini hanya lima yang selesai," tuturnya.

    Ketika kuliah, Jones mengikuti kewajiban menjadi pasukan cadangan sehingga dia menjadi staf di bahagian radar untuk melacak pembom Jerman yang datang menyerang.

    Tahun 1944 ketika tinggal satu tahun kuliah, Jones datang ke London dengan tiga sahabatnya. Mereka diterima di Angkatan Laut Inggris. Dia mengikuti latihan tahun 1945 saat perang akan berakhir.

    Jones dikirim untuk menyelesaikan pelatihan di Angkatan Laut Inggris tahun 1945 dan tidak pernah mengambil ijazahnya di Universiti Cardiff.

    Tahun 2011, datuk lapan anak ini kembali kampus untuk mengikuti pengambilan ijazah secara rasmi bersama mahasiswa lainnya yang berusia 60 tahun lebih muda.

    "Setelah dalam waktu yang lama, akhirnya mendapatkan gelar ini," ujar Jones.

    "Sungguh mengesankan bagi saya. Saya mungkin lebih tua 40 atau 50 tahun namun itu tidak penting. Saya senang kembali ke Cardiff," lanjutnya.

    Meskipun tak sempat Jones yang sekarang tinggal di Madrid berhasil dalam kariernya. Dia pernah bekerja di Wales kampung halamannya serta di Timur Tengah, London, Belanda dan Afrika Selatan.

    Ibu cuba jual anaknya yang baru berusia 3 hari

    Posted: 19 Jul 2011 08:00 PM PDT


    VANCOUVER, Amerika Syarikat - Seorang wanita tidak berumah dituduh cuba menjual anak lelakinya yang berusia tiga hari di restoran Hazel Dell Taco Bell di sini pada harga di antara AS$500 (RM1,507) hingga AS$5,000 (RM15,074), lapor beberapa buah akhbar semalam.

    Ibu itu, Heidi L. Knowles berumur 36 tahun bertindak menjual anaknya itu pada Khamis lalu.

    Menurut dokumen mahkamah, seorang wanita menghubungi talian kecemasan 911 bagi membuat laporan bahawa Heidi membuat tawaran untuk menjual anaknya itu kepadanya.

    Ibu itu kemudian ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah kelmarin.

    Hakim mahkamah menetapkan wang ikat jamin sebanyak AS$50,000 (RM150,749) selepas mendapati dia mempunyai rekod jenayah termasuk keganasan rumah tangga dan dadah.

    Ibu itu yang merupakan seorang janda dan kini ditahan di sebuah penjara akan dibicarakan pada 29 Julai depan.

    Menurut dokumen mahkamah, Heidi yang menganggur memberitahu polis dia menginap di Motel Kay's di Vancouver, Washington dengan anaknya itu buat sementara waktu sehingga menemui tempat tinggal yang sesuai.

    Dia menyara kehidupan dengan wang bantuan kebajikan sebanyak AS$540 (RM1,628) sebulan dan penerima program bantuan makanan kebajikan.

    Ibu itu memberitahu polis, dia berpindah dari Florida ke Vancouver, Washington tiga bulan lalu.

    Jika sabit kesalahan, dia akan dipenjarakan sehingga lima tahun. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Pulau cuma dijual £750,000

    Posted: 19 Jul 2011 07:00 PM PDT


    PEMBROKESHIRE, Wales - Sebuah pulau yang mengandungi sebuah istana yang terletak di luar pantai Pembrokeshire, selatan Wales menanti pembeli dengan harga jualan £750,000 (RM2.25 juta).

    Ia yang dikenali sebagai Pulau Thorn Fort mempunyai sebuah istana yang mengandungi sembilan bilik tidur selain dapur, bilik makan dan bilik permainan.

    Kubu yang terdapat di pulau itu dibina pada 1850-an bagi menghalang serangan tentera Perancis.

    Pulau itu mempunyai pemiliknya sejak tahun 1930-an dan kemudian dijadikan sebuah hotel.

    Ia kemudian dibeli oleh kumpulan hotel Von Essen 10 tahun lalu dan pada 2001 sebuah keluarga menjadi penjaga pulau berkenaan selepas memenangi satu pertandingan. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Alamak ...Jepun jual daging tercemar

    Posted: 19 Jul 2011 06:00 PM PDT


    TOKYO - Peruncit kedua terbesar di Jepun kelmarin mengakui menjual daging daripada lembu dipercayai diberi makanan dicemari bahan radioaktif, sekali gus mencetuskan kebimbangan baru mengenai kesan kebocoran loji nuklear akibat bencana berganda 11 Mac lalu.

    Syarikat Aeon menyatakan daging lembu tercemar itu dijual di sebuah kedai di ibu negara Tokyo dan di lebih 12 kedai lain di kawasan berhampiran.

    Aeon mengakui lembu ternakan dari Fukushima itu diberi makan jerami padi yang mempunyai kadar radiasi melebihi had dibenarkan kerajaan.

    Sebelum ini, kes sayuran, teh, susu, makanan laut dan air dicemari radiasi mencetuskan kebimbangan ramai selepas krisis nuklear terburuk dunia dalam tempoh 25 tahun selepas bencana Chernobyl berlaku di Jepun.

    Kerajaan Jepun dijangka melarang eksport daging lembu, iaitu makanan popular di negara itu, dari seluruh ladang ternakan di Fukushima.

    sumber : Sinar Harian

    Wanita ini mati kerana jadi santapan singa

    Posted: 19 Jul 2011 05:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan malang menjadi santapan singa liar yang berhasil melarikan diri dari sebuah kandang di Kenya. Demikian dilansir The Sun, Selasa (19/7/2011).

    Martha Nduta dilaporkan mendapat serangan mematikan itu di rumahnya dan singa liar itu kemudian menariknya dari rumah tempat ia tinggal.

    Petugas setempat kemudian mencari perempuan berusia 58 tahun di daerah Nyahururu dan hanya berhasil menemukan hanya tengkorak dan beberapa serpihan tulang.

    Keluarga perempuan malang itu berhasil mengenali tubuh korban dari pakaian yang tercabik-cabik dan sepatu dari lokasi kejadian.

    Ketua polis Laikipia West,Francio Nyamatari, mengatakan lembaga reservasi Kenya Wildlife Service kini berusaha mencari singa liar jantan kerana dikhautirkan akan menyerang warga setempat.

    Diduga, haiwan liar itu berhasil melarikan diri melalui pagar yang rosak di Laikipia Nature Conservancy sebelum masuk ke sebuah desa di sebelah utara Nairobi.

    Akibat salah asuhan..begini jadinya

    Posted: 19 Jul 2011 11:01 AM PDT





    Mahasiswi dan suami orang ditangkap kerana berhubungan seks ditengah sawah

    Posted: 19 Jul 2011 10:01 AM PDT


    Ratusan warga Desa Singkil, digegarkan dengan penangkapan pasangan yang berhubungan seks di sebuah gebuk sawah desa setempat, Ahad (17/7/2011) pukul 20.00 WIB. Saat ditangkap warga desa setempat, keduanya sedang memadu kasih dan tanpa mengenakan sehelai benang pun di tubuhnya.
    Pasangan bogel Sug (24) dan mahasiswi WL (20) diadili warga di Kantor Desa Singkil, Ponorogo, Minggu (17/7) pukul 20.00 WIB. Foto: surya/sudarman

    Pasangan itu adalah Sug (24) warga Desa Sambilawang, Kecamatan Bungkal, Kabupaten Ponorogo dan WL (20) warga Desa Bukur, Kecamatan Jiwan, Kabupaten Madiun. Pasangan lelaki ketika ini, diketahui telah beristeri dan ditinggal isterinya menjadi Tenaga Kerja Wanita (TKW). Sedangkan pasangan perempuan, merupakan salah satu mahasiswi di salah satu perguruan tinggi di Kabupaten Ponorogo.

    Penangkapan pasangan itu, bermula saat pukul 18.30 WIB, kedua pasangan itu, sama-sama menunggang motornya menuju pertengahan gebuk di sawah. Warga curiga lalu mengikuti "Saat kami masuk gebuk, keduanya sudah dalam keadaan bogel. Kami pun mengamankan pakaian keduanya. Keraa kami kesal kami bawa keduanya ke balai desa," terang Gianto, salah seorang warga kepada Surya, Ahad (17/7) malam. (sumber)

    Gila ..remaja bunuh ibubapanya dan kemudian adakan pesta

    Posted: 19 Jul 2011 09:25 AM PDT


    REPUBLIKA.CO.ID, FLORIDA – Seorang remaja laki-laki berumur 17 tahun diduga melakukan tindak kekerasan dengan menggunakan penukul yang mengakibatkan kedua orangtuanya meninggal dunia. Tanpa rasa bersalah, anak tersebut langsung mengikuti pesta dan membiarkan jenazah kedua orangtuanya itu terbaring di bilik tidur.

    Demikian disampaikan pihak berkuasa setempat Sabtu minggu lalu. Remaja tersebut bernama Tyler Hadley. Ia berasal dari Florida, Amerika Syarikat (AS). Atas tindakannya itu, dia didakwa dengan tuduhan pembunuhan .

    Ia langsung ditahan di penjara remaja tanpa penangguhan. Kedua orang tuanya, Blake dan Mary-Jo Hadley, mengalami tindakan kekerasan dengan menggunakan penukul di kepala dan beberapa titik di dada. Kekerasan terhadap kedua orangtuanya itu dilakukan Hadley setelah dia mem-posting sebuah acara pesta sekitar 1.15 pm (waktu setempat) Sabtu kepada teman-temannya, di rumahnya di utara West Palm Beach.

    Penyiasat setempat percaya bahawa kedua orangtuanya diserang di luar blik tidur utama dan mayat mereka dipindahkan ke bilik dan pintu kamar dikunci. Sekitar 60 orang menghadiri pesta malam itu, menurut Jurucakap Polis Port St Lucie Tom Nichols.

    Pesta tersebut begitu meriah, sehingga membuat bising para tetangga dan melaporkannya ke polis. Tak lama polis tiba pada pukul 1.30 (waktu setempat) untuk memastikan acara pesta tersebut berjalan normal. Ketika polis datang, pesta tengah berlangsung meriah, ujar Nichols.

    Polis lalu pergi. Namun kembali pada pukul 04.20 dan menemukan tubuh kedua orangtua Hadley ditutupi dengan tuala, file, buku dan barang-barang rumah tangga lainnya. Selain itu terdapat tukul besi yang berada di antara kedua orangtua Hadley. Sang ibu, yang berumur 47, adalah seorang guru sekolah rendah Sementara sang ayah, (54) bekerja untuk sebuah perusahaan elektrik.

    Polis setempat tengah melakukan otopsi terhadap mayat kedua orangtua Hadley. Namun pihak polis percaya bahawa orangtua Hadley meninggal kerana pukulan benda tumpul. Menurut polis, Hadley saat ini tengah mengikuti ujian untuk masuk sekolah menengah keatas, namun tidak lulus.

    Nenek Mensi sudah 21 kali melahirkan anak,sampai sekarang belum menopause

    Posted: 19 Jul 2011 08:50 AM PDT


    MANGALDAN, KOMPAS.com — Kalau ada hukuman buat pelanggar program keluarga berencana, boleh jadi Mensita Edano Cera bakal dipenjara lama. Kerana, perempuan 56 tahun itu sudah 21 kali melahirkan.


    Nana Mensi, di Pangasinan, Filipina melahirkan ke-21 anaknya dalam keadaan sihat. Namun, lima di antaranya meninggal kerana kecelakaan atau sakit.

    "Saya boleh terus melahirkan kalau tidak mengalami menopause," kata ibu yang kemudian menjaga lima anak angkat lagi itu.

    Cera tinggal di Desa Barangay Guilig, dengan suaminya Emilio (59) dan dua anak termudanya yang berusia 17 tahun dan 14 tahun di sebuah rumah sederhana.

    Pasangan itu menikah pada 1968, ketika itu usia Cera baru 15 tahun. Mereka sebenarnya menyedari program keluarga berencana yang dicanangkan Pemerintah Filipina dan alat kontrasepsi.

    "Kami tidak pernah mencubanya. Tidak pernah tertarik," ujarnya.

    "Meskipun memang sulit membesarkan sebegitu ramai anak, kami tidak menyesalinya. Tuhan sudah memberinya kepada kami dan kami membesarkannya dengan baik," kata Nana Mensi.

    Dia melahirkan pertama kali pada 1971. Puteri sulungnya, Celia, kini berusia 40 tahun. Sementara si bongsu, Carl Edmund, berusia 14 tahun.

    "Terus terang, sampai sekarang saya belum mengalami menopause. Jadi mungkin saya masih boleh punya anak lagi," katanya.

    Dia melahirkan semua anaknya di rumah. Awalnya dengan bantuan bidan desa. Kini setelah usianya makin tua, proses kelahiran anak-anaknya dibantu doktor.

    Menurut Cera, semua anaknya tumbuh dalam kondisi sehat. "Mereka jarang sakit. Meskipun mereka kelihatannya kurus, mereka sehat. Mereka makan teratur dan tidak pernah kelaparan," tegas perempuan yang mengidap diabetes itu.

    Sementara itu, menurut Dr Ophelia Rivera, ibu seperti Cera rentan terhadap masalah kandungan dan penyakit jantung. Dia juga boleh mengalami kerosakkan gigi dan tulang reput.

    Sumber : Inquirer.net

    Wanita ni ketagihan seks setelah digigit anjing

    Posted: 19 Jul 2011 07:45 AM PDT


    Sejak digigit anak anjing, seorang perempuan di India jadi ketagihan seks dan selalu mencapai orgasme berulang setiap kali berhubungan seks. Hasil pemeriksaan menunjukkan, peningkatan birahi terjadi kerana perempuan itu tertular rabies.

    Perempuan 28 tahun yang tidak disebutkan namanya itu dilaporkan mengalami peningkatan ghairah seks yang tidak wajar. Diakui sendiri oleh suaminya, perempuan ini tidak pernah sebegitu berghairahnya sejak keduanya menikah sekitar 8 tahun lalu.

    Tidak hanya menjadi lebih mudah terangsang, perempuan ini juga selalu mengalami orgasme berulang (multiple orgasm) yang kadang-kadang berlangsung sampai 2 hari. Yang penat tentu saja suaminya keraa harus melayani isterinya lebih sering dari biasanya.

    Kedua pasangan ini menajukan masalahnya ke hospital terdekat. Semula doktor juga bingung mendiagnosisnya, hingga akhirnya beberapa hari kemudian si pesakit menampakkan gejala aerofobia (takut udara dan ketinggian) serta hidrofobia (takut air).

    Selain takut cahaya, takut air dan takut udara termasuk gejala spesifik pada infeksi virus rabies. Akhirnya doktor menyimpulkan pesakit tertular rabies, namun sayang si peakit terlambat mendapat vaksin lalu akhirnya meninggal keesokan harinya.

    Kes ini telah dilaporkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior edisi terbaru.Salah seorang doktor di Chennai Medical College India, Ponniah Thirumalaikolundusubramanian, MD mengatakan peningkatan libido sangat mungkin dipengaruhi oleh virus rabies. Dikutip dari MensHealth.com, (11/7/2011), virus yang mencapai otak mempengaruhi bahagian tertentu yang membangkitkan perilaku hiperseks.

    Seandainya dugaan Dr Ponniah terbukti benar, maka virus rabies boleh disebut sebagai aphrodisiac (obat kuat) paling mematikan. Infeksi virus ini hampir tidak boleh diatasi dan hampir pasti menyebabkan kematian jika sudah mencapai otak dan susunan saraf pusat.

    Dalam banyak kes, infeksi rabies memang tidak memunculkan gejala hingga virus mencapai otak atau susunan saraf pusat. Kerana itu setelah digigit anjing, sangat dianjurkan untuk sesegera mungkin mendapat vaksin rabies sebelum virusnya menyebar.

    Pelajar di China siksa babi sebelum membunuhnya

    Posted: 19 Jul 2011 06:35 AM PDT













    These horrific photos show students in Nanning, China, tying up some pigs before beating them with metal poles, stepping on them and trying to drown them in a pail of water.

    STOMPer Freakazoid, who sent in these pictures, said:

    "This is just horrible!

    "The pigs were seen bleeding from the torture.

    "It's uncertain if the pigs survived the ordeal.

    "What's with these people abusing animals? I can't comprehend what they get out of this.

    "It's just disturbing to see people behaving worse than animals."

    Cara tendangan penalti yang menjadi kontroversi

    Posted: 19 Jul 2011 05:45 AM PDT


    Banyak cara dilakukan pemain bolasepak untuk tampil unik seperti yang dilakukan oleh pemain pasukan Uni Emirates Arab (UEA) ketika melakukan di perlawanan persahabatan melawan Lebanon (16/7) yang berakhir 6-2 untuk UEA itu.

    Salah satu gol dalam pelawanan itu diciptakan oleh Awana Diab tetapi, bukan gol yang menjadi masalah namun cara menendangnya yang akhirnya menjadi kontroversi.

    Awalnya Diab seperti ingin mengambil penalti seperti biasa namun ketika sebelum menendang bola pemain membalikkan badan dan menendangnya menggunakan tumit dan bola meluncur masuk ke gawang Lebanon tanpa ada reaksi dari penjaga gol lawan.

    Atas tendangan pelik ini pelatih UEA, Srecko Katanec marah terhadap Awana Diab dengan alasan dirinya tidak senang cara yang dilakukan pemainnya itu di pertandingan antarabangsa.

    Diab sendiri setelah melakukan tendangan aneh itu mendapatkan kad kuning dari pengadil tanpa ada alasan jelas mengapa dirinya mendapatkan kad tersebut.[Oa]

    videonya:


    Aksi brutal lelaki aniaya burung merak

    Posted: 19 Jul 2011 04:00 AM PDT





    Video budak comel yang buat aku geram

    Posted: 19 Jul 2011 03:40 AM PDT

    Comel betul budak ni..geram kau
    tengok....


    Kupu-kupu berusia 70.000 tahun ditemukan

    Posted: 19 Jul 2011 02:00 AM PDT


    Ilmuwan berhasil menemukan spesies kupu-kupu baru tanpa sengaja. Mengejutkannya, kupu-kupu ini sudah ada di Bumi selama 70.000 tahun. Seperti apa?

    Bahkan, para ahli tak menyangka ada kupu-kupu Cryptic Wood White ini. Kupu-kupu aneh ini nampak mirip Reals Wood White. Namun ahli yang mempelajari kupu-kupu ini menemukan, haiwan ini memiliki lebih banyak kromosom dan secara genetis berusia 70.000 tahun.

    "Temuan ini sangat menarik. Buku tentang kupu-kupu harus ditulis ulang," ujar kepala eksekutif Butterfly Conservation Martin Warren. Kupu-kupu ini ditemukan Sir David Attenborough.

    "Keberadaan kupu-kupu terus menurun. Saya mendorong orang untuk membantu konservasi haiwan menakjubkan ini," ujar Sir David seperti dilaporkan dailymail.

    Kesian..mahu selamatkan anak daripada anjing tapi tertembak suami

    Posted: 19 Jul 2011 01:00 AM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan bermaksud menembak seekor anjing yang hendak menyerang anaknya. Namun, salah tembak, ia malah membunuh suaminya. Demikian dilapor Sydney Morning Herald, Isnin (18/7/2011).

    Keterangan yang disampaikan seorang saksi ke polis Mississippi, Amerika Syarikat (AS), menyebutkan jika anjing jenis pit bull bernama Cocaine berusaha menggigit dan menyerang anak-anak.

    Anak pasangan suami isteri ini mengatakan jika mereka diamankan ke dalam rumah dan sang ayah berusaha menenangkan anjing tersebut.

    Polis mengatakan bahawa perempuan bernama Betty Walker ini menembak dua kali, satu mengenai anjing dan satunya lagi mengenai dada sang suami.

    Juru cakap polis Jackson Colendula Green mengatakan kematian Robert Walker yang berusia 53 tahun sepertinya tidak disengaja. Namun juri akan memutuskan apakah mereka akan menjatuhkan dakwaan terhadap Betty

    Kerana payudara isteri yang besar buat suaminya tertangkap polis

    Posted: 19 Jul 2011 12:00 AM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang penjual kokain tertangkap setelah tetangganya curiga dia menggunakan wang penjualan narkoba untuk operasi perbesaran payudara isteri. Demikian dilapor Daily Mail, Isnin (18/7/2011).

    Polis menyerbu ke rumah pasangan Julie Coyne dan George Kelly di Lobley Hill, Gateshead, Inggris, setelah sejumlah tetangga mereka mengatakan bahawa pasangan suami isteri ini hidup di atas rata-rata standard.

    Pasangan ini hidup dengan menggunakan tunjangan sosial pemerintah dan ketika polis menyerbu rumah pasangan itu, mereka menemukan kokain senilai 30 ribu poundsterling dan bukti tanda bayar operasi plastik dan pemutihan gigi.

    Tetangga rumah mereka memberikan informasi ke polis setelah melihat payudara sang isteri tetangga tiba-tiba membesar. Selain menemukan ubat-ubatan terlarang dan bukti pembayaran operasi payudara, polis juga menemukan seutas jam tangan mewah Rolex termasuk sejumlah replika mahal tali pinggang kejuaraan.

    Pasangan yang masing-masing berusia 39 tahun ini ditangkap bersama seseorang lainnya bernama Brian Hall (50) yang tinggal di jalan yang sama. Di pengadilan Newcastle Crown Court, Kelly dijatuhi hukuman dua setengah tahun penjara sementara Hall dipenjara tiga tahun enam bulan. Sedangkan, Coyne diberi hukuman melakukan kegiatan sosial dan harus bekerja untuk masyarakat selama 100 jam tanpa dibayar.

    Inilah musuh terbesar dekad ini

    Posted: 18 Jul 2011 11:00 PM PDT

    INILAH.COM, Jakarta – Sebuah televisyen menggadakan jejak pendapat untuk menentukan tokoh yang dianggap sebagai 'musuh'. Siapa musuh terbesar para penonton?

    Ternyata, musuh terbesar itu bukan dari industri hiburan. Ia adalah Ketua Federasi Sepak Bola Internasional (FIFA), Sepp Blatter. Ia digelar sebagai biggest villain of the past decade.

    Menempati urutan kedua sebagai musuh terbesar adalah bekas Ketua Bank RBS Sir Fred Goodwin. Kemudian bekas CEO perusahaan yang bertanggung jawab atas tumpahan minyak besar-besaran di Teluk Mexico, British Petroleum, yakni Tony Hayward.

    Para atlet yang berselingkuh seperti Ashley Cole (3), Tiger Woods (4) dan Ryan Giggs (7) juga dianggap sebagai musuh.

    Sebaliknya, dalam jajak pendapat televisyen Syfy ini, seperti dilansir Mirror, pahlawan terbesarnya adalah Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama.

    Berada di belakang Obama adalah David Beckham, Putera William dan pengarang Harry Potter, JK Rowling.

    Jejak pendapat digelar bersamaan pelancaran serial pahlawan super baru di televisyenber bayar itu, 'The Cape'. Kajian ini melibatkan dua ribu orang yang disuruh menuliskan pahlawan dan musuh terbesar versi mereka.

    Wanita Pilih Main Game Daripada Berhubungan seks

    Posted: 18 Jul 2011 10:00 PM PDT


    BERMAIN game sudah sejak lama dikaitkan sebagai hobi lelaki. Umumnya, game dilakukan remaja lelaki yang terobsesi permainan komputer, juga suami yang tergolong antisosial. Namun sebuah penemuan menarik dilaporkan minggu ini, ternyata wanita juga menggemari game online sama seperti lelaki.

    Bahkan, responden yang telah menikah mengaku lebih punya banyak waktu 'berteman' dengan layar komputer saat bermain game ketimbang bermain dengan suami. Demikian seperti dilapor Dailymail.

    Kajian yang dibuat Doritos, snack asal Amerika ini menemukan, sementara 50 peratus lelaki mengaku ketagihan game online, 49 peratus wanita juga mengalaminya. Lelaki menghabiskan 22,3 peratus waktu mereka bermain game online, wanita justru lebih lama yakni 23,2 peratus dari seluruh waktunya.

    Penelitian ini juga menemukan bahawa responden wanita menghabiskan waktu lebih banyak bermain game daripada bercinta. Parahnya, 1 dari 5 wanita mengaku bermain game online di ranjang, sementara sang suami tidak bolehberbuat apa-apa soal ini.

    Alasan yang mendasari lelaki bermain game online adalah prinsip pertandingan sedangkan 2 di antara 3 wanita mengaku memaikannya untuk menghilangkan stress. Dan soal pilihan game, wanita lebih menyukai game yang berelemen sosial atau menggunakan otak sedangkan lelaki memilih game berunsur kekerasan atau gambling.

    Adakah kegemaran lelaki dan wanita terhadap game online menjadi perosak hubungan? Para ahli mengatakan, Ya. Kedekatan kita terhadap teknologi menjauhkan kita dari teman-teman bahkan pasangan, yang akan berhujung pada masalah. Belum lama ini sahaja terungkap bahawa 15 peratus perceraian terjadi lantaran salah satu pihak ketagihan game.

    Sekarang ini, ramai orang yang tetap menggunakan handset saat makan malam atau menghabiskan banyak waktu di depan komputer atau televisyen. Mereka lebih terhubung dengan teman di Facebook berbanding dengan pasangannya. Teknologi telah mengganggu hubungan perkahwinan di mana kita menjadi saling menjauh. Teknologi telah menjadi semacam gangguan keintiman," jelas para peneliti dari Doritos

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS