Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Lagi Fesyen Red Carpet Selebriti di Anugerah Skrin 2010

Posted: 27 Dec 2010 05:14 AM PST

Seronok tengok Fesyen artis kita,ada yang cantik,ada yang pelik..ada jugak yang nampak disaster :P

Sorry to say tapi sensasi tengok Fesyen baju Abby sangat disaster especially bila baju nyer nampak kedut seribu dan mcm baju tidur kelawar..zzz

Mizz Nina anggun dengan gaun pendek koleksi terbaru dari Giorgio Armani manakala Noh pula segak dengan sut dari rekaan yang sama. Difahamkan, pakaian mereka diterbangkan khas dari Amerika Syarikat dua hari sebelum malam kemuncak ASK 2010 berlangsung. Kasut yang dipakai Noh pula dari jemana Prada. Amboi, bertuah sungguh Noh dapat Mizz Nina. Pandai Mizz Nina jaga penampilan Noh.

Kemunculan Nasha sentiasa menyegarkan. Tubuhnya yang lampai dan ramping sesuai sungguh dengan gaun yang dipadankan tetapi jika rambut beliau didandan tinggi, mungkin lebih menyerlah. Corak pada busana birunya cukup menyerlahkan keunikan pada gaun tersebut. Warna garang kena dengan penampilan Nasha yang sentiasa mencuri perhatian.

Diana Danielle memang pandai bergaya ringkas, jelita dan anggun. Diana bijak berfesyen dan pastinya akan muncul dengan gaya yang bersesuaian untuk majlis penganugerahan berprestij seperti ASK.

Ingatkan Lady Gaga tadi rupa-rupanya pengacara Diari Pilih Kasih 2 iaitu Eisha. Jika kesan Lady GAGA yang ingin ditampilkan Konsep futuristik yang digayakan Eisha ini merupakan rekaan dari Ridzman. Eisha juga mencuri perhatian umum dengan fesyen kasutnya yang berlainan. motif beliau mengenakan kasut berlainan?

Irma tampil ala-ala ikan duyung dengan menggayakan gaun labuh rekaan Ezuwan Ismail. Gaun bewarna biru yang direka seperti sisik ikan ini turut dihiaskan dengan labuci berlian bagi menyerlahkan lagi bahagian sisik tersebut. Walaupun gaun ini ada iras gaun Miley Cyrus ketika menghadiri anugerah Grammy di Hollywood, namun kemasannya menarik.

Atilia tentu sekali tidak sejuk di dalam dewan setelah membuat keputusan untuk membalut diri dengan selimut kuning. Walaubagaimanapun, Atilia tetap nampak comel dengan hairband yang digayakan.

Cuba teka berapa jenis fabrik yang digunakan pereka untuk rekaan ini? Renda di bahagian dada, mungkin jersey di bahagian tengah, chiffon di bahagian pinggul ke lutut, ropol di bahagian lutut ke bawah.

Abby sibuk sangat ke sampai terlupa nak gosok baju? Ketat di dada dan gelobos di pinggul dan ke bawah. Ditambah dengan dandanan rambut yang membuatkan Abby kelihatan matang daripada usia, Abby betul-betul hilang sense of fashion malam itu.

Gaun labuh rekaan Wan Pa ini nampak sarat apabila menggabungkan fabrik jenis lycra yang disaluti glitters dengan rekaan berbentuk anyaman.

Ramai yang tidak perasan wanita yang bergaya ala-ala klasik English ini adalah pelakon Jue Aziz. Jue memakai pakaian bertunang dengan rambut palsu circa awal 30-an. Dengan wig pendek warna blonde, ingatkan golongan bangsawan manalah yang datang ke ASK 2010. Gaun seksi berwarna krim dan pink ini merupakan rekaan dari butik Linda Rahim.

Fauziah kelihatan anggun di malam itu dengan aksesori yang ringkas.

Dramatis ini hadir menggayakan kaftan chiffon rekaan Melvin Lan. Sekali pandang macam Cobra pun ada. Topi manik dan labuci ilham Wan Nor Azlin ini nampak tak sesuai dengan pakaian yang digayakan.

Walaupun bertudung, namun ia tidak menghalang penerbit serta pelakon ini untuk tampil cantik di karpet merah. Mengekalkan imej muslimah, Sheila hadir mengenakan kaftan berwarna kelabu dengan perincian bunga-bunga kecil di bahagian atas. Jinggo pula tampil ringkas dengan baju kemeja berwarna sedondon.

Pelakon Awan Dania ini memperagakan gaun panjang dari rekaan Wan Pa. Manakala aksesori yang digayakan adalah dari koleksi Rafflesia. Pakaian Scha agak simple membuatkan gincu merah menyala di bibir lebih menyerlah dari pakaiannya sendiri.

Pelakon yang baru keluar dengan album ini tampil dengan rekaan pereka terkenal, Amir Luqman. Gaun pendek off-shoulder yang merupakan kombinasi dari kain chiffon dan sari ini membuatkan Nadia nampak unik di red carpet ASK 2010. Nadia jalan dengan Ungku Ismail di Red Carpet, Zarina tak cemburu ke?

Pelakon drama Nur Kasih ini tampil menggayakan gaun labuh berwarna biru dan hitam rekaan Alia Bastamam. Walaupun nampak ringkas pada malam itu tanpa sebarang aksesori, namun solekan 'smokey eyes' membuatkan gadis ini nampak lebih menyerlah pada malam itu.

Ibu dan anak dalam siri Ada Maya ini mencuri perhatian pengunjung di PWTC dengan gaun labuh bewarna merah rekaan Ezuwan Ismail. Kedua-dua mereka nampak comel dan menyerlah

Penampilan ringkas Aaron tidak sesuai untuk majlis anugerah seperti ASK. Pengalamannya dalam bidang peragawan sepatutnya dipergunakan sepenuhnya untuk bergaya pada malam tersebut. Lebih-lebih lagi Aaron merupakan salah seorang pemenang pada malam itu. Gaya ringkasnya persis seorang pegawai bank. Mujur apa saja yang dikenakan Aaron tidak mencacatkan kekacakannya.

Gaun yang dikenakan Erra Fazira seakan-akan aiskrim Paddle Pop. Warna yang dipilih itu hanya sesuai untuk gaun kanak-kanak. Erra harus membuat pilihan untuk memilih jingga, biru atau hijau bukan ketiga-tiganya.

Berilah apa saja kepada Farid untuk dikenakan, pasti nampak sesuai dengan ketinggiannya. Suit perang tua berjalur menyerlahkan ketinggiannya lagi. Pilihan warna yang amat tepat untuk seorang yang berkulit cerah sepertinya


Mengejutkan,Syella dedah dada montok,hilang kesopanan dulu

Posted: 27 Dec 2010 04:29 AM PST

Sensasi kenal dengan Nur Syella nie melalui mejalah Mangga suatu ketika dahulu.zaman tue blog-blog hiburan belum lagi menular dan sensasi pun masih bersekolah.

Sensasi tengok Syella nie cantik dan sopan je orangnyer.Ditambah pulak Syella sering sekali menceritakan tentang kesusahan keluarganya.Dia ada 13 adik beradik.Dia bernyanyi sebab nak tolong keluarga,dan macam2 lagi niat suci murni Syella nie...

Nama Syella nie takla se gah mana,sebab nyanyian dier pun takdalah menarik sgt.Bahkan ramai yang tak kenal Syella kalau tak pernah beli majalah Mangga.
Cuma gossip Syella di bela sugar daddy pernah kedengaran dulu sebab dengan tiba-tiba dia hidup mewah.


Sensasi pun pernah tengok dalam TV dulu bila Syella disoal tentang Sugar Daddy Syella ckp dia membuka salon dan butik atas hasil menjadi penyanyi dan pelakonHmmm..hairan jugaklah sensasi sebab nyanyian Syella?dia bukan penyanyi popular pun,berlakon?cuma ada satu dua drama je kot.Itu yang Syella ckp masa temubual dalam TV dulu.

Tak kisahla tentang kemewahan yang dikecapinya sekarang,tapi yang Sensasi rasa cukup pelik dengan Syella nie,setelah hidup senang,dia menjadi seorang yang sangat seksi,sosial terkena mcm cultural shock lah pulak menengoknyer..

yang terbaru gambar yang sangat menjolok mata,Syella berpakaian sangat seksi sehingga hampir menunjukkan asetnya...

Sensasi cuma mampu menggeleng kepala jer..ish3







Antara lagu nyanyian Syella




Cerita Syella tentang hidupnya
Klik sini ..

Jue Evans Dan Zizan macam belangkas,kemana berdua

Posted: 27 Dec 2010 05:15 AM PST






Setiap kali ada Majlis ,Anugerah,pasti Jue Evans dan Zizan Raja Lawak akan datang bersama.Mereka juga sering keluar berdua,namun apabila ditanya tentang hubungan cinta,kedua mereka mesti jawab hanya kawan rapat sahaja.

Zizan cakap:

"Kami mula rapat waktu berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng. Memang senang ngam dengan Jue sebab dia chill dan tak hipokrit. Siapa tak cair tengok Jue, dia seorang yang sangat cantik dan terbuka berbincang apa sahaja.

"Kalau betul saya ada girlfriend, saya tak akan keluar terang-terangan begini. Saya lebih suka hal peribadi dirahsiakan.

"Buat masa sekarang kami masih kekal sebagai kawan dan saya belum bersedia untuk ada teman buat masa ini," kata Zizan yang tidak menolak jika ditakdirkan bercinta dengan Jue.


Kata Jue Pula:


"Kami memang rapat dan selalu keluar lepak bersama. Jue suka berkawan dengan Zizan sebab dia memang seorang yang semulajadi kelakar, bukan hanya di dalam televisyen.

"Kami selalu kongsi masalah dan dia akan beri nasihat. Waktu itu dia akan serius tapi selalunya dia akan hiburkan Jue dengan lawaknya.

"Tapi Jue tak boleh melihat Zizan lebih daripada kawan. Tak tahulah akan datang nanti macam mana.."

Filem Khurafat,penuh debaran

Posted: 27 Dec 2010 03:11 AM PST



Johan baru sahaja mengahwini Aishah. Dia pulang bercuti di kampung kerana ingin menjenguk ibu dan adiknya. Selepas pulang daripada masjid bersama Pak Imam, Ada orang kampung memberi tahu Pak Aziz dirasuk hantu. Dari situ Johan tahu Pak Aziz telah 'membela' sesuatu dan Pak Imam Mengatakan ia adalah khurafat kerana meminta tolong dan mempercayai selain daripada Allah. Bekas kekasih Johan, Ana frust menonggeng bila Johan dah kawen.Dia tak boleh lupakan Johan. Jadi dia datang jumpa Johan dan merayu Johan kembali pada dia. Tapi Johan kan dah kawen. Sejak dari itu, Johan dan Aishah di ganggu oleh hantu-hantu ni la. Persoalannya, siapa yang cuba membuat kehidupan mereka sengsara??


Filem ini adalah Filem seram pertama arahan Syamsul Yusof.Ramai yang berpuas hati dengan Filem ini yang dikatakan lain daripada Filem seram biasa dan penuh suspen dan debaran,bahkan lakonan mereka juga mantap...

Tonton Filem ini di pawagam 13 Januari 2011 nanti..



















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


(Video HD) Yuna, Cinta Sempurna Teaser Video Untuk AJL 25

Posted: 27 Dec 2010 09:24 PM PST

AJL25 teaser from Yuna Zarai.

Video selama 0:46 minit ini memaparkan sedikit teaser berkenaan susunan lagu Cinta Sempuna, Yuna yang akan dipersembahkan pada Final Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25), 9 Januari 2011. Petikan gitar stail Coldplay membangkitkan rasa misteri kepada kami, apa agak'nya yang akan dipersembahkan oleh Yuna nanti ya, saspen gila!

Screen shot 2010 12 28 at 1.04.43 PM (Video HD) Yuna, Cinta Sempurna Teaser Video Untuk AJL 25

Menurut Yuna yang kami hubungi sebentar tadi, "lagu background video tu is CINTA SEMPURNA! =D tapi rough version… so smlm takde keje, edit video.. saja kasi saspen! nyehehe."

pixel (Video HD) Yuna, Cinta Sempurna Teaser Video Untuk AJL 25
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Facebook Bunkface Diserang Penyokong Indonesia, Komen Berunsur Penghinaan

Posted: 27 Dec 2010 09:21 AM PST

Screen shot 2010 12 28 at 12.59.38 AM Facebook Bunkface Diserang Penyokong Indonesia, Komen Berunsur Penghinaan

Lebih 650 komen diterima, dan rata-rata penyokong Indonesia melepaskan kemarahan mereka di Facebook Official Bunkface dengan komen-komen berunsur penghinaan melampau, seperti Malaysia Anjing dan sebagainya. Fuh, nampaknya mereka masih tidak dapat menerima kenyataan dengan kekalahan di AFF Suzuki Cup, malam kelmarin. Rujuk status update Bunkface diserang Indonesia.

Rasanya, selama ini tidak pernah timbul mana-mana rakyat Malaysia yang bikin kacau di laman Facebook selebriti Indonesia. Dan, rakyat Malaysia juga kebanyakannya mengambil sikap berlembut hati, beralah demi menjaga hubungan baik kedua-dua buah negara. Bukan nak menuduh, kami tahu hanya segelintir rakyat Indonesia yang tidak matang sanggup berbuat begitu. Ada juga yang masih baik hati, rasional.

Cerita lain, sebuah laman web persatuan pelajar sudah dicerobohi oleh hacker Indonesia yang tidak bertanggungjawab, sempat juga hacker yang dikenali sebagai Don Tukules tersebut meninggalkan mesej berbunyi, "Indonesia Pasti Menang". Ish, kerana mengejar satu bola, habis hubungan 2 negara makin longgar.

Cepat-cepat'lah Bunkface menapis komen-komen berunsur penghinaan sebelum lagi ramai yang buat havoc disitu. C'mon guys!

pixel Facebook Bunkface Diserang Penyokong Indonesia, Komen Berunsur Penghinaan
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS