BILIK 7 – Pendedahan rahsia dan pengakuan selebriti penuh dramatik dan kejutan, bikin PANAS!
Bulan April semestinya bakal lebih hangat di Saluran Ceria Anda, ntv7 apabila sebuah lagi rancangan penuh provokasi dan hangat diperkenalkan untuk mendedahkan rahsia terdalam selebriti serta menguraikan segala kontroversi yang melanda mereka. Rancangan sensasi Bilik 7 berformat ala temubual soal siasat pastinya bakal mengorek keluar segala rintihan dan sisi rahsia apa yang terbuku daripada diari tetamu selebriti. Rancangan yang dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia ini bakal menemui penonton bermula 5 April, setiap hari Khamis jam 9.00 malam secara eksklusif di ntv7.
Menariknya lagi, set Bilik 7 direka menyerupai bilik soal siasat polis dengan sebuah meja yang mengasingkan suspek dan pihak penyiasat. Pastinya sesiapa sahaja yang melangkah masuk bakal terkesima seketika dan mula terasa sedikit terancam. Memainkan tugas sebagai penyiasat di dalam Bilik 7 adalah tidak lain dan tidak bukan, Richie Rachman yang serba boleh dan memiliki senarai pencapaian yang menbanggakan selaku editor senior, penyampai radio, perunding imej malah seorang novelis.

Richie yang kelihatan ramah dan mesra memang dikenali dengan kemahiran pemujukannnya dan sentiasa ada cara untuk membuka mulut mereka yang dikatakan "menyimpan emas". "Apa yang paling saya suka mengenai rancangan ini adalah kerana tiada lagi stesen TV lain yang pernah melakukannya sebelum ini dan mereka juga memberikan saya kebebasan untuk mengutarakan soalan kepada tetamu jemputan dan apa yang lebih menarik adalah saya dapat bertemu selebriti yang penuh kontroversi daripada pelbagai latar belakang," kata Richie.
Richie juga memberitahu media bahawa turut sama dalam soal siasat nanti adalah rakan penerbitnya, Engku Azmin Engku Zaini yang berperanan sebagai 'inspektor' Bilik 7. Walaupun dipisahkan melalui cermin bilik soal siasat, Richie tetap mendapat arahan dari masa ke semasa daripada Azmin melalui alat dengar. "Saya pernah bekerjasama dengan Richie untuk beberapa projek sebelum ini dan kami sememangnya serasi dan pastinya dapat membentuk sebuah pasukan yang baik," kata Azmin.

Penerbit Bilik 7 – Engku Azmin Engku Zaini
Bilik 7 yang bakal bersiaran selama 13 episod ini membawa penonton berhadapan dengan artis tanahair yang penuh kontroversi antaranya Azwan Ali, Zarina Anjoulie, Radhi OAG, Lisdawati Nazarudin, Raja Azmi Raja Sulaiman, Pian Cecupak, Johan Asari, Melia Amelia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah. Para selebriti bakal disoal siasat bertalu-talu dan adakalanya membuat mereka panas dan "tersentap" tatkala diajukan soalan-soalan sensasi yang bakal menggemparkan penonton. Walaupun Bilik 7 adalah sebuah rancangan yang lantang dan bakal menimbulkan kontroversi, namun ianya juga membuka ruang kepada pihak selebriti untuk menyelesaikan kekusutan dan berkongsi perkara sebenar mengenai kisah kontroversi yang menyelubungi diri mereka.
"Mungkin ada sesetengah daripada kita berpendapat bahawa rancangan ini mengetengahkan elemen negatif tetapi sebenarnya rancangan ini adalah sebaliknya. Bilik 7 adalah sebuah rancangan di mana selebriti yang dilanda kontroversi ini diberikan sebuah ruang untuk berkongsi pendapat dan perasaan mereka sendiri disamping memberikan penjelasan atau mengakui kesilapan silam mereka. Saya berharap penonton bakal menontonnya daripada sudut positif dan turut belajar melalui testimoni dan kisah mereka," kata Richie.
"Acap kali saya ingin mengajukan soalan panas, namun adakalanya saya tidak perlu bertindak sedemikian kerana mereka sudah pun bersedia dan bersifat terbuka untuk berkongsi bersama saya. Saya sangat memuji akan keberanian dan kesudian mereka dalam berhadapan dan bersoal siasat bersama saya. Saya tiada sebarang rungutan kerana mereka sememangnya memberikan 100% kerjasama," tambahnya.
Sementara itu, berucap di sidang media hari ini adalah Emilya Ab Rahim, Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama ntv7, Komunikasi Jenama, Projek Khas dan Acara & Perhubungan Awam ntv7 berkata, Bilik 7 bakal menawarkan penonton sebuah rancangan yang lebih segar dan memberi nafas baru kepada penonton Malaysia dengan konsep yang menyerlah dan unik. "ntv7 amat teruja untuk menyiarkan rancangan terbaru ini yang pastinya bakal menarik pelbagai lapisan penonton dengan idea penerbitannya yang lain daripada yang lain. Tidak seperti artikel atau penulisan mengenai kisah mereka di akhbar, Bilik 7 membenarkan para penonton untuk merasakan sendiri emosi tetamu selebriti ini dan saat tegang di dalam bilik soal siasat secara visual," kata Emilya.
Nantikan ole-ole terbaru ntv7 dan jangan ketinggalan untuk merasakan debaran, drama, rintihan, bahan panas dan lebih lagi dalam rancangan Bilik 7 yang dihoskan oleh Richie Rachman yang bakal menyelongkar rahsia luar dalam selebriti tanahair yang penuh kontroversi setiap hari Khamis jam 9.00 malam secara eksklusif tentunya di Saluran Ceria Anda, ntv7. Kepada mereka yang terlepas menyaksikannya jangan lupa untuk melayari www.tonton.com.my.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai rancangan ini sila layari laman sesawang www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melaui Facebook dan Twitter.

Emilya Ab Rahim, Manager, Brand Management Group of ntv7, Brand Communications, Special Projects & Events, ntv7

(L-R) – Richie Rachman, Zarina Anjoulie, Radhi OAG, Pian Cecupak

(L-R) Richie Rachman, Engku Azmin Engku Zaini, Azwan Ali

Pengacara Richie Rachman


Pian Cecupak

Lisdawati Nazarudin

Radhi OAG
Tags: NTV7 Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari?
Daftarkan email anda [ di sini ]
Baca artikel lain yang berkaitan:
Gambar Kilafairy Seksi di Anugerah Bintang Popular 2010Gambar Jeslina Bikini Seksi PanasGossip Pelakon Jelita Dapat Rumah & Kereta MewahGambar Julia Ziegler di Festival Filem Malaysia 21KISAH MISTERI DALAM DRAMA BILIK NO. 13Profile Jimmy Shanley Pengacara Trek SelebritiTelemovie Catatan Kelmarin Lakonan Iqram DinzlyMawi Mengaku Cinta Ekin Wanita Paling IstimewaGossip: Penyanyi Hebat Perangai BurukKamal Adli & Diana Amir dalam Drama Seram Pusaka
Entri ini telah diterbitkan
pada Wednesday, March 28th, 2012 pada 9:30 am dan di bawah kategori NTV7.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.