Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Amazing Race Bujang Sepah di Golden Palm Tree Resort

Posted: 11 Dec 2010 11:02 PM PST

2010 semakin hampir ke penamatnya. 2011 pasti menanti dengan seribu satu rahsia. Pada hujung tahun macam ni, ramai antara kita yang pergi bercuti. Budiey tak sempat pun bercuti untuk habiskan cuti hujung tahun. Tapi pada hari Jumaat lepas, Budiey bertuah kerana dijemput oleh Astro untuk menyertai percutian bersama dengan kumpulan lawak Sepah di Bujang Sepah Amazing Race yang diadakan di Golden Palm Tree Resort, Sepang pada 10 & 11 Disember 2010.

Event yang berupa gateway sambil bercuti ini dibuat sempena dengan program Bujang Sepah Si Lalalitamplum yang memasuki musim kedua bersiaran di Astro Prima.

Jangan keliru, sebenarnya Amazing Race ni sekadar nama sahaja kerana kami tak perlu terbang ke serata Malaysia. Ia tidak lebih seperti satu acara treasure hunt di mana setiap kumpulan perlu mencari golden ball. Kumpulan yang sampai di penamat dengan golden ball akan menang.

Amazing Race Bujang Sepah

Budiey satu kumpulan dengan Rudy Imran dari Harian Metro, Aziz Ittar dari Utusan dan Megat dari Kosmo. Memang best sebab kumpulan kami menang untuk pertandingan ini. Hadiahnya, kami diberi hadiah berupa voucher membeli belah di Jusco sebanyak RM550. Okaylah tu kan. Yang penting kami happy.

Amazing Race Bujang Sepah

Memeriahkan lagi pertandingan, kumpulan Sepah turut hadir untuk memberi klu dan semangat buat kami. Di malamnya ada pertandingan untuk persembahan yang berkonsepkan disco. Selepas jamuan makan malam, ada sidang media dari Bujang Sepah di mana Shuib Sepah telah mengaku telah bertunang dengan penyanyi Siti Sarah pada 16 November lalu.

Untuk info pembaca, Bujang Sepah Lalalitamplom musim kedua akan ditayangkan di saluran Prima mulai 3 Januari 2011, jam 10 malam setiap hari Isnin.

Amazing Race Bujang Sepah

Amazing Race Bujang Sepah

Amazing Race Bujang Sepah

Amazing Race Bujang Sepah

Amazing Race Bujang Sepah

Amazing Race Bujang Sepah

Amazing Race Bujang Sepah

Amazing Race Bujang Sepah

Amazing Race Bujang Sepah

Amazing Race Bujang Sepah

Amazing Race Bujang Sepah

Amazing Race Bujang Sepah

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Shuib Sepah Mengaku Bertunang Dengan Siti Sarah
  • Bujang Sepah Lalalitamplom
  • Ucapan Hari Raya dari Kumpulan SEPAH
  • MAXIS INTRODUCES LOTUS RACING iPHONE APPLICATION
  • Gambar Sekitar 8TV Viewing Party di Bagan Lalang
  • One Three Hill Musim Ke-5
  • One Tree Hill Season 6
  • Filem & Program Menarik Aidilfitri di Astro
  • F&N Lancar 5 Perisa Baru Segar F&N Fruit Tree
  • Kisah Sepah Raja Lawak di Astro Ria
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Astro Menang Program Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Awards 2010

    Posted: 11 Dec 2010 07:01 PM PST

    Tahniah Astro! Menang Program Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Awards 2010
    Jangan Lupa Lirik bukti antara program terbaik di Asia

    Astro diiktiraf sebagai pemegang Anugerah Program Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Awards (ATA), acara yang paling dinantikan seluruh karyawan dari seluruh asia untuk industri televisyen. Jangan Lupa Lirik juga berjaya mendapat perhatian industri kerana menonjolkan kecemerlangan dalam susun atur jadual program, produksi dan persembahan.

    Pengiktirafan yang baru diraih ini sedikit sebanyak telah membantu menaikkan nama Malaysia dalam peta dunia melalui industri kandungan penyiaran Malaysia serta mempamerkan kecemerlangan rakyat Malaysia dalam aspek kreativiti.

    Jangan Lupa Lirik

    Melalui lebih 1,000 peryertaan dari 15 buah negara di seluruh asia, iaitu Australia, Bangladesh, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan dan Thailand, kemenangan ini memberi kenangan manis buat Astro kerana berjaya memenangi Anugerah Program Permainan Kuiz Terbaik melalui program Jangan Lupa Lirik. Di samping itu, program Gelanggang Raja Lawak Akhir turut dipuji di dalam kategori Program Komedi Terbaik.

    Jangan Lupa Lirik ialah sebuah rancangan yang menggunakan format program "Don't Forget The Lyrics" yang memerlukan para perserta bersaing untuk memenangi hadiah utama bernilai RM 1 juta dengan diuji menghafal lirik lagu daripada pelbagai jenis muzik.

    Azlin Reza, Pengurus Saluran Astro RIA berkata, "Program Jangan Lupa Lirik yang menampilkan pengacara No. 1 Malaysia; Aznil Hj Nawawi berjaya untuk mendalami jiwa para peserta serta penonton. Uniknya program ini tidak memerlukan para peserta untuk menyanyi dengan baik tetapi hanya perlu menyanyi dengan lirik yang betul. Secara tidak langsung, bakat artistik para peserta dapat dikongsi bersama para penonton di rumah!"

    ATA yang kini meniti tahun yang ke-15 penganjurannya merupakan satu-satunya majlis anugerah media peringkat Asia yang mengiktiraf kebolehan dan kemampuan luar biasa yang dapat membantu membawa industri ini ke tahap lebih tinggi di seluruh Asia.

    astro_2072

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • 8TV Receives 4 Nominations The Asian Television Awards
  • Aswara Menang Awards di 13th Lyon Asian Film Festival
  • The SHOUT! Awards Gather Music, Radio, Television and Film
  • Reza Mohammad & Scha Al Yahya dalam KATA KAU
  • Ghost 2 Won Seoul International Drama Awards 2010
  • Fann Wong Bra Scenes Drama
  • Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!
  • TV3 Kids School Attack Jana Minda Cerdas Kanak-Kanak
  • 8TV at PROMAX ASIA AWARDS 2009
  • Twelve Hotlink customers enjoy Star Treatment at the Shout! Awards
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    sumber :-

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Belum tercemar

    Posted: 11 Dec 2010 08:14 PM PST

    BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.
    BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.

    KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

    Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

    Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum 'tercemar' dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

    'Trend' yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.


    "Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

    "Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

    "Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham," katanya.

    Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

    "Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

    "Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik," katanya.

    Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum 'tercemar' kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

    "Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar 'berdating' kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

    "Tak perlu 'dating' kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami," katanya.

    Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk 'menghangatkan' suasana.

    Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

    Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

    "Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

    "Ada yang 'sangkut' sehingga bergelar suami isteri," katanya.

    Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

    "Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

    "Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri," katanya.

    Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

    "Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

    "Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

    "Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

    "Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal," katanya.

    Pengantin terharu

    Posted: 11 Dec 2010 08:13 PM PST

    CERIA... Kamsiah yang bersanding tanpa suami bergambar kenangan bersama ibu bapanya.
    CERIA... Kamsiah yang bersanding tanpa suami bergambar kenangan bersama ibu bapanya.

    MASJID TANAH: Biarpun bersanding sendirian di atas pelamin berikutan suaminya masih terlantar di Wad Orthopedik Hospital Melaka akibat patah kedua-dua kaki dalam kemalangan Isnin lalu, pengantin baru, Kamsiah Abd Majid, 21, tetap ceria.

    Baginya, biarpun terasa sedikit kekok, majlis persandingan diadakan di rumahnya di Kampung Tanjung Bidara, dekat sini, diteruskan sebagai memenuhi hasrat ibu bapanya dan ahli keluarga yang ingin meraikan perkahwinannya.

    "Semalam dan hari ini (semalam) adalah hari yang membahagiakan saya apabila disatukan dengan suami tercinta (Asmani Aziz, 32).

    "Biarpun majlis pernikahan kami terpaksa diadakan di wad, yang penting semua urusan berjalan lancar dan kami seolah-olah pasangan pengantin popular apabila mendapat liputan meluas media."Mulanya, tadi saya rasa janggal juga apabila bersanding seorang diri di atas pelamin. Mungkin jika ada suami bersama di sisi pasti suasana lebih indah, namun saya bersyukur kerana mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.


    "Umum juga mengetahui suami saya kemalangan di Simpang Taman Seri Jeram, Isnin lalu, biarpun ada yang bertanya kerana berasa pelik melihat pengantin lelaki tiada," katanya ketika ditemui.

    Kamsiah berkata, perasaannya bercampur gembira dan terharu sepanjang majlis itu sambil melayan kerenah ahli keluarga dan kenalan yang mahu merakam gambar kenangan.

    "Saya tak terkata, sedih, terharu, gembira bercampur baur tapi saya bersyukur impian saya untuk membina mahligai bersama suami sudah terlaksana, cuma bezanya suami saya tiada di sisi buat sementara waktu dan saya berharap dia segera sembuh.

    "Tadi, suami hubungi saya mengatakan dia terharu dengan sambutan diberi sempena majlis persandingan ini tapi dia bersedih kerana tidak dapat bersama-sama dengan saya, tetapi yang penting kami sah menjadi suami isteri.

    "Selepas ini, saya akan jaga suami di wad sehingga sembuh dan dibenarkan keluar, tetapi tarikhnya belum tahu. Kami tak merancang apa-apa untuk berbulan madu memandangkan keadaan kesihatan suami.

    "Kepada pihak media saya rakamkan berbanyak terima kasih kerana memberi ruang kepada kami menerangkan kedudukan sebenar, terutama saudara mara dan rakan yang datang dari jauh," katanya.

    Sementara itu ibu saudaranya, Asiah Mohamad, 41, dari Nibong Tebal, Pulau Pinang berkata, pada mulanya dia terkejut selepas mengetahui anak saudaranya bersanding sendirian, namun menerimanya selepas dimaklumkan perkara sebenar.

    Dia yang tiba bersama suami dan empat anaknya kira-kira jam 3 pagi semalam berkata, dia tidak menyangka anak saudaranya terpaksa bersanding sendirian.

    "Sampai saja di sini saya terperanjat apabila diberitahu kakak ipar saya (ibu Kamsiah) bahawa anak saudara saya bersanding seorang kerana suami terlantar di dalam wad akibat kemalangan seminggu sebelum majlis pernikahan.

    "Saya harap Kamsiah bersabar dengan dugaan ini kerana ini masih di peringkat awal, sedangkan perjalanan mengharungi alam perkahwinan masih panjang dan perlu ditempuh pasangan suami isteri tanpa berbelah bagi.

    "Apa boleh buat, tapi saya bersyukur anak saudara saya masih bersuami dan bukan tidak bersuami, cuma hari ini (semalam) dianggap sejarah yang tidak mungkin dapat kami lupakan selama-lamanya," katanya semalam.

    Sementara itu, ibu Kamsiah, Saadiah Katap, 49, dan suaminya, Abd Majid Ali, 55, bersyukur majlis kenduri itu dan persandingan tetap meriah dan lancar.

    "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, cuma terasa kurang bila pihak lelaki datang tanpa menantu saya yang masih ditahan di wad akibat kecederaan dialami, namun saya terharu dengan penerimaan mereka yang hadir.

    "Tetamu yang datang ada yang tahu, ada yang tak tahu kedudukan sebenar tapi setelah juruacara menerangkan keadaan sebenar baru mereka faham apa yang berlaku sebenarnya," katanya ketika ditemui petang semalam.

    Bapa pertaruh nyawa

    Posted: 11 Dec 2010 08:12 PM PST

    RAWAT... Henky bersama anaknya Tressa Tun Aleasah menerima rawatan di Hospital Tuaran.
    RAWAT... Henky bersama anaknya Tressa Tun Aleasah menerima rawatan di Hospital Tuaran.

    KIULU: "Ketika itu, saya tidak fikir apa-apa kecuali mengorek tanah lebih sejam untuk menyelamatkan anak saya daripada tertimbus selepas kakinya terhimpit pada sebatang kayu." kata Henky Pinllan, 30, bapa kepada Tressa Tun Aleasah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Logkou Kiulu awal pagi semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, rumah yang didiami lima sekeluarga ranap akibat runtuhan tanah disebabkan hujan lebat sejak kelmarin, menyebabkan kanak-kanak berusia empat tahun itu patah kaki kiri.

    Rumah didiami keluarga Henky yang terletak di pinggir bukit menggelungsur kira-kira lima meter pada kedudukan asal selepas dirempuh tanah runtuh.

    Menceritakan detik mencemaskan itu, Henky berkata, ketika kejadian, dia bersama isterinya Sulpa Pinllan, 30, serta Tressa, Reski Sapputera, 5, dan Safirah, 1, sedang tidur."Ketika kejadian, saya terdengar bunyi yang kuat daripada luar dan tiba-tiba atap rumah kami runtuh dan saya menyelamatkan anak dan isteri saya.


    "Dalam keadaan kelam kabut, saya hanya menemui isteri, Reski dan Safirah manakala Tressa tidak diketahui. Bagaimanapun, ketika hendak melangkah keluar, saya terdengar jeritan Tressa meminta tolong.

    "Selepas itu, saya mendapati hampir sebahagian badannya sudah tertimbus dan kakinya tersepit pada sebatang kayu menyebabkan saya sukar untuk menariknya keluar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

    Dia berkata, ketika berusaha menyelamatkan ahli keluarga, nyawanya hampir melayang apabila satu daripada kayu menghempap kepalanya.

    Henky tidak terfikir keadaan itu kerana dalam fikirannya, nyawa anak begitu penting.

    "Saya sedih apabila Tressa menjerit supaya menyelamatkannya sambil meminta supaya tidak meninggalkannya bersendirian. Sudah beberapa kali saya cuba menariknya tapi gagal. Saya sempat menyuruhnya jangan bergerak kerana mahu mendapatkan bantuan orang ramai.

    "Saya memanggil jiran untuk mendapat pertolongan bagi mengeluarkan Tressa yang tersepit dan tertimbus itu," katanya.

    Katanya, beberapa rakan turut membantu, namun gagal hinggalah seorang daripada mereka mengambil alat pemotong kayu untuk memotong kayu yang menghempap kaki anaknya itu.

    "Selepas itu, barulah anak saya akhirnya berjaya dikeluarkan dan kemudian dibawa ke klinik Kiulu sebelum doktor menyuruh saya supaya merujuk ke Hospital Tuaran.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Suhaimi Wiro berkata, semua mangsa terselamat kecuali seorang kanak-kanak mengalami patah kaki berhampiran buku lalinya dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Tuaran.

    Menurutnya, keluarga Henky bernasib baik kerana mendapat bantuan penduduk kampung lalu menghubungi polis sebelum mangsa dikeluarkan.

    Karya tempatan setanding luar

    Posted: 11 Dec 2010 08:10 PM PST

    pix_middle

    IRONI! Raut wajahnya serius, tampak angkuh namun karektor di sebalik itu mampu menggeletek teman sekeliling. Sekali pandang, Shaheizy Sam Abdul Samad dianggap sukar didampingi, bagaimanapun selepas lima minit berborak, andaian itu meleset. Dia sebenarnya kelakar dan mudah mesra.

    Pesona aktor hebat berkarisma cukup mudah dikesan pada kelibatnya. Tidak hanya mempertaruhkan bakat lakonan malah Shaheizy Sam yang mesra disapa Sam ini punya daya tarikan yang kuat bagi merantai perhatian peminat untuk setia menagih kemunculannya.

    • Foto

    • Foto

    • Foto

    Bagaimanapun, terlintas pula persoalan, acap kali bintang berusia 28 tahun ini selesa diulit pujian, adakah dengan persepsi positif itu mampu memimpinnya untuk memacu langkah ke hadapan? Membawa nama Malaysia dengan senyuman bangga dan pulang dengan tangisan syukur adalah impiannya yang sudah lama disimpan kemas.

    Bisiknya bertalu-talu tatkala menggesek biola di bahunya, usah berangan-angan terlalu tinggi jika tiada asas yang sempurna kerana bimbang tersungkur seperti Mat Jenin. Justeru di sebalik kata-katanya itu, Sam percaya dengan dirinya untuk tidak terus duduk diam sebaliknya bangkit membuktikan mana yang masih terperuk."Tiada siapa anak seni yang tidak pandang jauh ke depan. Stigma itu ada kalanya disimpul sebagai semangat namun tidak kurang yang hanya sekadar kata tanpa tindakan. Sama seperti saya, sekian lama mengukir nama, mengintai peluang tetapi baru kini rezeki itu tiba dan satu kerugian jika peluang itu dipersiakan," katanya tersenyum.


    Percaturan jejaka kacak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini bermula pada usia seawal 12 tahun menerusi filem Sama Tapi Tak Serupa sebelum membintangi telefilem popular, Pa'e tiga tahun kemudian. Namun entah mana silapnya, Sam masih gagal mencipta nama. Lenyapnya nama Sam bukan seketika.

    Andai sudah tertulis rezeki buatnya, biar bertahun lamanya terlepas tempias publisiti, tuah itu akan kembali berpaut. Lebih sepuluh tahun menyendiri memerhati dari jauh kegemilangan kakaknya, Zizie Ezette, kini bintang filem Ngangkung, Jangan Pandang Belakang Congkak, Syurga Cinta, Adnan Sempit, Niyang Rapik dan Bohsia ini bangkit menyusun langkah.

    Indahnya, 'sekembalinya' Sam itu terus menerima pengiktirafan menerusi Evolusi KL Drift 2 dengan dianugerahkan Aktor Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini.

    Sesekali butir bicaranya terhenti seakan melayang meninggalkan perbualan. Walau disogok seribu pujian, Sam akui tidak sekali terbang merasakan dirinya terbaik. Lantas, persoalan angan-angannya diterjah masuk. Menang anugerah, deretan judul filem pecah panggung dan memiliki wajah komersial sepertinya, adakah semua itu cukup ditukar sebagai lesen buatnya ke pentas yang lebih tinggi di luar sana?

    Meneliti bahasa tubuh dan tidak lekang menyumbang senyuman dalam karektornya yang sukar diramal, anak bongsu dramatis Khaty Fauziah mula berkongsi cerita dan pandangannya.

    "Pegangan hidup saya mudah, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan. Justeru sekira ada suara yang bertanya persoalan yang sama, saya yakin dan percaya yang jika ada peluang dan rezeki, tidak mustahil saya atau mana-mana bintang tempatan yang boleh beraksi di layar antarabangsa. Tidak hanya kerana baru dinobatkan anugerah dan berlakon dalam beberapa filem yang dijadikan lesen sebaliknya jati diri dan keberanian dalaman. Itu semua boleh berlaku jika usaha dan semangat tidak terhenti.

    "Bukan kerana naskhah kita tidak setanding pasaran luar kerana jujurnya saya melihat kebanyakan filem tempatan atau bakat yang kita ada hari ini jauh lebih baik. Namun sayangnya, sikap orang kita sendiri yang rasa cuak dengan serangan kreativiti luar atau sentiasa rasa rendah diri yang membelenggu industri kita.

    "Soalnya adalah kekangan kewangan dan sokongan pelbagai pihak saja. Jika masalah itu ada penyelesaian, industri perfileman kita mampu bersaing hingga ke pentas Hollywood sekalipun. Karya kita dikatakan longgar dan kurangnya penelitian kerana masalah peruntukan juga. Kita masih dihimpit pelbagai masalah berkaitan isu terhad dan batas.

    "Adat, agama, budaya dan gaya hidup orang kita adalah elemen penting yang perlu diambil kira meskipun ada kalanya tahap kreativiti idea tempatan lebih baik dan sempurna jika dibariskan dengan karya luar. Itulah hakikat kita hari ini," katanya.

    Lancang dan telus jiwa anak muda ini bersuara. Meskipun selesa menggenggam trofi dan bersedia menanti beberapa judul filem lakonannya yang bakal menjengah pawagam tahun depan termasuk Sekali Lagi, Kongsi, Aku Bukan Tomboy dan Songlap, Sam masih sibuk merencana perjalanannya agar tidak tersungkur kerana kisah negatif atau kekhilafan sendiri.

    Terlanjur bercerita soal industri perfileman dan arah tujunya dengan pelakon yang cukup mengagumi aktor Eman Manan dan Khalid Salleh ini, lantas sembang itu dipanjangkan kepada pandangannya secara menyeluruh mengenai penganjuran FFM lalu. Relevan dan masuk akal?

    "Jika saya tidak berjaya menggenggam anugerah sekalipun pada FFM itu, tidak sekali saya berkecil hati atau mempertikaikan mana-mana pihak terutamanya penjurian. Keputusan itu adalah mutlak dan kredibiliti barisan juri tidak perlu dipersoal. Mereka punya alasan dan mata penilaian sendiri siapa yang patut menang dan siapa yang tidak. Alhamdulillah rezeki berpihak pada saya dan trofi itu saya sifatkan sebagai hadiah atas usaha dan penat lelah selama ini. Itu saja.

    "Istilah terbaik dan paling bagus tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Keutamaan adalah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan usah meletak lakaran anugerah sebagai kiblat. Saya ikhlas dan jujur berlakon, bukannya mengejar pengiktirafan," katanya.

    Puas melihat peluhnya menitis tatkala menyusun bicara membincangkan soal FFM yang bagai sebuah payung kepada pelakon muda sepertinya, nyata Sam berhati-hati kerana bimbang kenyataan dan pandangannya bisa memalit rasa marah dan terkilan di kalangan penggiat seni lain yang sememangnya teman seperjuangan.

    Jauh matanya meliar memerhati keindahan Panggung Sari di Istana Budaya yang menjadi lokasi pertemuan dengan SELEBRITI sambil mulutnya mengomel sesuatu. Apabila disergah, Sam yang sebelum ini pernah menubuhkan kumpulan M.O.B bingkas memuji seni reka klasik institusi seni negara itu. Namun bagaimana pula dengan seni reka dalaman jiwa Sam yang jarang sekali dikaitkan dengan mana-mana wanita?

    "Entahlah kenapa tapi hakikatnya, saya masih lagi tiada kekasih dan sendirian hingga hari ini. Mungkin ketika ini, rezeki dalam lapangan lakonan datang memburu, justeru saya tidak mahu mempersia-siakan peluang ini. Apa yang penting, jadual harian dipenuhi dengan kerja. Saya tidak mahu memikirkan soal cinta buat masa sekarang. Jika ada yang datang dan menambat hati, saya terima," selorohnya.

    Menongkah apa saja halangan di depan mata, Sam percaya satu hari nanti bakatnya dapat ditinjau daripada jauh, di tengah pentas antarabangsa. Letak apa saja watak buatnya, pasti ia tidak mengecewakan malah ada kalanya, emosi dan ekspresi wajah yang menjadi kekuatan diberi melangkaui imaginasi penonton. Itulah Shaheizy Sam dengan pesona tersendiri.

    Ibu Cut Tari fobia dengar nama Ariel

    Posted: 11 Dec 2010 08:09 PM PST

    pix_middle

    JAKARTA: Selebriti, Cut Tari Aminah Anasya (gambar) berkata ibunya fobia mendengar nama Muhammad Nazriel Irham atau Ariel 'Peterpan.'

    "Ibu sudah sembuh, tetapi jika terdengar atau melihat gambar Ariel, dia akan menggigil.

    "Saya simpati dengannya sehingga terpaksa melarang ibu menonton televisyen," kata Cut Tari ketika ditemui di pejabat peguamnya, Hotman Paris Hutapea di Jakarta, semalam.

    Menurut selebriti itu yang terkait dengan video lucah bersama penyanyi berkenaan, walaupun dia sudah melakukan kesalahan besar hingga memburukkan nama keluarga, ibunya tetap memaafkannya."Saya bernasib baik kerana ketika dilanda masalah sebesar ini, saya masih mempunyai ibu.



    "Dia tidak pernah berhenti berdoa, kadang kala hingga jam 3 pagi. Saya kesal dengan perbuatan saya tetapi dia tetap memaafkan saya," kata Cut Tari.

    Dalam pada itu, dia juga berkata sudah bersiap sedia untuk bersemuka dengan Ariel Peterpan apabila menghadiri perbicaraan penyanyi berkenaan di Bandung, hari ini.

    "Ia, saya suda bersedia. Tetapi ini bukan kali pertama saya menemuinya selepas kes video lucah kami terbongkar," katanya.

    Hotman pula berkata, anak guamnya itu perlu bersedia dari segi mental bagi menjadi saksi dalam perbicaraan itu, lebih-lebih lagi video dia melakukan seks dengan Ariel mungkin ditayangkan dalam perbicaraan itu.

    Ariel menghadapi tuduhan menyebarkan video seksnya dengan Cut Tari dan teman wanitanya, Luna Maya.

    Sumber utama serat

    Posted: 11 Dec 2010 08:03 PM PST

    MENYELERAKAN... jikalau kena dengan cara masakan, sayur boleh menjadi hidangan kegemaran.
    MENYELERAKAN... jikalau kena dengan cara masakan, sayur boleh menjadi hidangan kegemaran.

    KEKURANGAN makanan ini menyumbang kepada 85 peratus penyakit kardiovaskular (jantung), 19 peratus kes kanser perut dan usus, 15 peratus kanser secara keseluruhan dan 11 peratus angin ahmar.

    Pengambilan yang cukup sebanyak tiga hingga lima hidangan sehari pula boleh mengurangkan 17 peratus penyakit jantung — penyakit pembunuh nombor satu di dunia.


    Makanan apa yang hebat sangat ini? Maaf, penulis bukan mahu berteka-teki kerana makanan ini ada di keliling kita dan boleh dibeli dengan mudah pada harga murah, namun tidak ramai menggemarinya.

    Malah ada yang mengambil satu atau dua hidangan seminggu dianggap banyak, sedangkan jumlah itu sebenarnya terlalu sedikit. Makanan hebat yang dimaksudkan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.


    Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2003 mendapati lebih 80 peratus rakyat Malaysia mengambil kurang lima hidangan sayur dan buah setiap hari dan hampir 40 peratus penduduk makan hanya satu atau dua hidangan sayur sehari.


    Keadaan ini menyedihkan kerana negara kita mewah dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh dibeli dengan harga murah.Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, WHO menyarankan kita mengambil sembilan hingga 13 hidangan sayur dan buah sehari.


    Jumlah ini mungkin keterlaluan tetapi jika kita dapat mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah sehari sudah memadai.

    Dalam soal selidik dijalankan Persatuan Advokasi Kanser Malaysia (Empowered) ke atas 400 warga kota di tiga kawasan di Lembah Klang (Sentul, Sri Pantai dan Selayang Prima) mendapati responden mengaku suka makan sayur tetapi kekerapan pengambilannya ialah dua atau tiga kali (hidangan) seminggu.


    Cara hidup moden yang kita jalani kini (banyak makan, tidak aktif dan kurang bersenam) sebenarnya mendekatkan kita dengan pelbagai penyakit gaya hidup dan kronik lain seperti sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti dan kanser.


    Sayur-sayuran dan buah- buahan membekalkan banyak khasiat yang tidak boleh disediakan sendiri oleh badan. Selain vitamin dan garam galian, bahan yang sangat diperlukan daripada tumbuh-tumbuhan ialah serat.


    Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu serat boleh larut dan serat yang tidak larut dalam air.


    Menurut perunding diet klinikal, Tan Yen Seng, serat tidak larut air membantu mencegah sembelit dan melancarkan pembuangan najis manakala serat yang larut dalam air pula boleh mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam darah. Setiap tumbuh-tumbuhan mempunyai kedua-dua jenis serat ini pada nisbah berbeza.


    Serat tidak larut air memberi jisim kepada najis, untuk membolehkan najis dikeluarkan dengan lebih mudah. Najis kita menjadi 'besar dan lembut' kerana mengandungi pelbagai jenis serat tumbuh-tumbuhan yang menyerap banyak air. Dengan itu kurang tekanan diperlukan untuk mengeluarkan najis daripada usus besar.


    "Berapa banyak serat yang kita perlukan? Setiap hari kita memerlukan 20 hingga 35 gram serat sehari. Untuk kanak-kanak (tiga hingga 18 tahun) keperluan serat harian mereka berbeza dan cara kiraannya ialah mencampurkan umur dengan lima. Contohnya anak anda berumur lima tahun, jumlah serat diperlukannya ialah 5 (umur) + 5 bersamaan 10 gram serat.


    "Bagaimana pula hendak mengira jumlah serat dalam buah dan sayur? Memang bukan mudah, tetapi anda boleh membuat anggaran berdasarkan Jadual 1," katanya.


    Bagaimanapun, katanya, cara lebih mudah ialah memastikan anda mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah setiap hari. Saiz satu hidangan ialah satu potong atau sebiji buah bersaiz sederhana atau setengah cawan sayur.


    "Program lima-hidangan- sehari diamalkan banyak negara di dunia dan ia terbukti dapat meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, terutama di kalangan kanak-kanak.


    "Ini kerana kanak-kanak tanpa mengira negara, keturunan dan mahupun latar belakang pendidikan atau ekonomi memang susah makan sayur," katanya.


    Lazimnya tabiat yang dipupuk sejak kecil itu akan berterusan hingga dewasa dan pada ketika ini lebih sukar untuk kita mula menyemai perasaan suka terhadap 'rasa' sayur-sayuran kecuali jika terpaksa berbuat demikian, contohnya selepas menghidap penyakit tertentu.


    Obesiti antara faktor utama kepada kanser kerana ia boleh merangsang pertumbuhan sel kanser. Pada masa sama ia meningkatkan risiko penyakit gaya hidup lain. Obesiti dikenal pasti ada kaitan dengan banyak jenis kanser, contohnya kanser usus, payudara, prostat, rektum, endometrium (pada wanita), buah pinggang, rahim dan tiroid.


    Kita juga perlu mengurangkan pemakanan yang tinggi kandungan lemak, bukan untuk mengawal berat badan saja tetapi kajian menunjukkan lemak berlebihan boleh meningkatkan risiko kepada pelbagai jenis kanser seperti usus, payudara, prostat, rektum dan endometrium.


    Sebaliknya, lebihkan pengambilan makanan yang kaya serat, terutama buah- buahan dan sayur-sayuran, untuk melindungi kita daripada kanser paru-paru, usus, payudara, prostat, pundi kencing, mulut, rahim dan perut.


    "Semua jenis serat boleh membantu kita mengurangkan berat badan. Serat tidak boleh dihadam, jadi ia tidak menambah kalori dalam diet anda.


    "Oleh kerana makanan mengandungi banyak serat mengambil masa lebih lama untuk dikunyah, ia secara tidak langsung memperlahankan rentak makan kita.


    "Katakan tidak pada bahan laksatif dan diuretik (yang membuatkan anda berulang alik ke tandas) kerana bukan saja tidak membantu mengurangkan lemak tetapi juga boleh membahayakan kesihatan.


    "Penurunan berat yang ketara selepas anda letih berulang alik ke tandas sebenarnya disebabkan berat air yang hilang daripada badan, sedangkan jumlah lemak masih tetap sama. Berat badan anda akan naik semula selepas anda minum bagi menggantikan air yang dibuang.


    "Kita tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapat khasiat buah dan sayur. Beli buah yang dalam musim. Maknanya ia boleh dibeli dengan banyak pada harga murah. Kalau kita dapat memasukkan beraneka warna sayur dan buah dalam diet seharian, lebih baik.


    "Pada masa sama, pastikan kita minum air secukupnya iaitu satu hingga satu setengah liter air sehari. Air penting untuk mengawal suhu badan, membolehkan buah pinggang berfungsi dengan baik dan mencegah sembelit. Jika kita makan banyak serat tetapi kurang minum air, kita boleh mengalami sembelit kerana serat menyerap banyak air," katanya.


    Ramai tidak sedar kudapan yang diambil sebenarnya banyak menyumbang kepada masalah pertambahan berat badan kerana kebanyakannya berkalori tinggi.


    Bagaimanapun, bukan bermakna kita tidak boleh makan di antara waktu makan, cuma perlu bijak membuat pilihan.

    A. 90 gram kerepek epal (mengandungi 460 kalori). Gantikan ia dengan empat biji epal bersaiz sederhana (320 kalori) dan empat batang pretzel (120 kalori). Jumlah kalori kudapan baru anda ialah 460 kalori.
    B. Sepotong kek epal (320 kalori). Ia bersamaan dengan sehiris tembikai madu (80 kalori), secawan buah-buahan campur (60 kalori), 120 gram sorbet (80 kalori) dan bisotto (100 kalori).
    C. Gantikan seketul ayam goreng (720 kalori) dengan ayam panggang (400 kalori)
    D. Gantikan sepinggan mihun goreng (850 kalori) dengan semangkuk mihun sup (550 kalori)
    E. Gantikan seketul pisang goreng (200 kalori) dengan dua biji kiwi (90 kalori)
    F. Segelas teh tarik (150 kalori) dengan segelas air kosong (0 kalori)

    Bila masa terbaik untuk makan buah?
    Ramai yang keliru apabila ada sesetengah pendapat mengatakan masa terbaik untuk makan buah ialah sebelum menikmati hidangan utama seperti makan tengah hari atau malam. Antara alasan yang diberikan ialah untuk melancarkan proses penghadaman dan badan dapat menyerap khasiat buah- buahan dengan lebih baik.


    Ada pula yang memberi pendapat lebih ekstrem mengatakan buah yang dimakan selepas hidangan berat akan menjejaskan sistem penghadaman.


    Sebenarnya sehingga kini tiada kajian khusus yang menyokong dakwaan berkenaan kerana sama ada dimakan selepas atau sebelum hidangan berat, badan masih boleh menyerap khasiat dalam buah- buahan kecuali jika ada masalah pada usus, kata perunding pemakanan, Indra Balaratnam.


    "Buah-buahan boleh dinikmati bila-bila masa, tetapi ia perlu dimakan dalam keadaan paling segar dan secepat mungkin selepas dipotong.


    "Ini kerana sebaik terkena angin, proses pengoksidaan berlaku dan ia memusnahkan bahan antioksida dalam buah, walaupun ia dibalut dengan plastik pembalut makanan atau disimpan dalam peti sejuk.


    "Bahan antioksida penting untuk membantu pencegahan banyak jenis penyakit seperti kanser. Untuk mendapat manfaat ini, hiris buah sejurus sebelum dihidang dan elak membeli buah yang dibelah seperti tembikai. Jika bimbang ia tidak dapat dihabiskan selepas dipotong, beli yang bersaiz kecil.


    "Untuk buah-buahan yang boleh dimakan kulitnya seperti jambu batu, epal, lai dan pir; makan dengan kulitnya sekali. Ini kerana kebanyakan vitamin terletak betul-betul di bawah kulit. Walaupun kulit buah dicuci, ada juga yang mencucinya sekali lagi selepas dikupas dan makin banyak vitamin terbuang," katanya.


    Tidak kira bila buah dimakan, kita masih dapat khasiatnya. Namun, memakan buah sebelum makan nasi ada kebaikannya, terutama bagi individu yang menjaga atau cuba menurunkan berat badan. Kandungan serat dan air di dalam buah membuatkan kita lebih cepat kenyang dan ia secara tidak langsung membantu kita mengurangkan jumlah hidangan tengah hari atau malam.


    Buah juga adalah snek atau kudapan terbaik untuk menggantikan kuih- muih, kerepek, coklat atau hidangan ringan lain. Sebabnya mudah — ia bukan saja kaya dengan bahan antioksida, vitamin, garam galian dan serat, bahkan kandungan kalorinya juga rendah.


    Jadi, anda tidak perlu risau isu berlebihan kalori harian apabila menjadikan buah-buahan (kecuali durian) sebagai kudapan.


    Bagaimanapun, untuk pesakit kencing manis, berbincang dengan doktor dulu mengenai kuantiti yang boleh diambil untuk mengelak masalah kawalan penyakit kerana kebanyakan buah-buahan tempatan sangat manis dan tinggi kandungan gulanya.


    Namun, kata Indra, individu yang ada masalah gastrik diingatkan tidak mengambil buah-buahan sitrus atau berasid, terutama daripada keluarga limau, sebelum makan kerana ia boleh menyebabkan mereka sakit perut.


    "Yang lebih penting ialah cuba amalkan makan buah dan sayur berlainan warna. Lebih baik jika kita dapat masukkan lima warna iaitu hijau, merah, biru- ungu, kuning-jingga dan putih dalam diet seharian kerana setiap warna ada fungsi berbeza dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan," katanya.

    Epal
    Mencegah dementia (nyanyuk), masalah berat badan berlebihan, melawan kanser, mengurangkan paras kolesterol. Makan epal bersama kulitnya kerana hampir 50 peratus vitamin C dalam epal berada betul-betul di bawah kulitnya.

    Pisang
    Kaya potassium, bertindak sebagai anti kemurungan (ia merangsang emosi baik dan tidur), kaya antioksidan, mengawal tekanan darah, memberi tenaga segera, mengurangkan risiko kanser dan mencegah sembelit mahupun cirit-birit.

    Anggur dan kismis
    Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan masalah ingatan; kaya dengan bahan antioksida yang baik untuk kelihatan awet muda, penglihatan, kesihatan kulit; mencegah masalah gigi dan gusi; melancarkan perjalanan usus dan sebagai sumber tenaga segera.

    Buah kiwi
    Membantu mengatasi masalah insomnia (tidak boleh tidur malam); bertindak sebagai ejen pencair darah semula jadi untuk pesakit jantung (sekali gus merendahkan paras kolesterol dan trigliserida); membantu melancarkan pernafasan untuk kanak-kanak dan baik untuk kesihatan mata, usus serta prostat.

    Mangga
    Kaya dengan vitamin A, C dan E; yang bertindak sebagai anti kanser, meningkatkan kesihatan mata; membantu pencernaan; membuatkan kulit lebih berdaya tahan terhadap haba daripada sinaran matahari; mencegah masalah pertambahan berat badan dan merangsang ingatan.

    Oren
    Kaya vitamin C dan beta karoten (antioksidan); sangat baik untuk membantu perkembangan janin dan mengawal tekanan darah; penting untuk kesihatan mata; meningkatkan daya ketahanan badan dan mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.

    Anuar Zain Anggap Twitter, Facebook Punca Masalah

    Posted: 11 Dec 2010 08:02 PM PST

    PUTRAJAYA: Penyanyi popular Anuar Zain mengakui takut dengan trend masyarakat kini yang terlalu obsess dengan laman sosial seperti Twitter dan Facebook.

    Menurutnya, kecanggihan teknologi tersebut boleh mengundang bahaya kepada orang lain atau mudah disalahgunakan.

    "Saya lihat ramai yang terlalu taksub dengan Twitter atau Fecebook, di mana mereka berada pasti akan diberitahu kepada semua rakan dalam laman sosial tersebut.

    "Tetapi mereka tidak tahu sebenarnya perkara tersebut akan mengundang bahaya. Bayangkan jika mereka ada mempunyai musuh sudah pasti dengan mudah sahaja mereka boleh dicari," katanya.

    Tambah Anuar, menyedari bahaya tersebut dia tidak pernah mempunyai sebarang laman sosial peribadi miliknya. Segala perkembangan kerjayanya hanya beritahu melalui laman web rasmi yang diuruskan oleh pengurusannya.

    "Saya tidak mengatakan iannya tidak elok, ia bergantung kepada artis atau individu untuk menggunakan mengikut kepentingan mereka.

    "Tapi bagi saya ia adalah sesuatu yang mengundang bahaya, malah ramai selebriti luar negara yang sudah menghentikan penggunaan Twitter atau Facebook," katanya yang ditemui baru-baru ini.

    Jelasnya, pengalaman dikatakan telah meninggal dunia merupakan peristiwa buruk yang pernah dialami akibat kecanggihan teknologi internet ini.

    "Tahun lalu saya pernah diberitakan mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Ramai yang penik dengan berita tersebut dan mencari saya.

    "Walhal ketika itu saya baru sahaja menghubungi pembantu peribadi saya. Semua ini gara-gara khabar angin di internet yang entah dari mana datangnya," katanya kesal.

    Tambahnya, biarpun peredaran teknologi semakin canggih namun ia tidak sepatutnya disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

    Mentor 5: Erra Masih Wajah Ekslusif Astro

    Posted: 11 Dec 2010 08:01 PM PST

    KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira mengakui masih lagi wajah ekslusif stesen televisyen Astro biarpun dipilih menyertai program realiti Mentor musim ke-5 terbitan TV3.

    Jelasnya, peranannya sebagai wajah ekslusif adalah sebagai pelakon sahaja dan tidak melibatkan komitmen lain.

    "Wajah Ekslusif ialah sebagai pelakon sahaja, yang mana komitmen saya hanya berlakon di stesen televisyen tersebut.

    "Bagaimanapun, sebelum menerima tawaran sebagai mentor ini saya sudah berbincang dengan pihak Astro terlebih dahulu samaada ianya boleh atau tidak," ujarnya yang ditemui di Majlis Sidang Media Mentor musim ke-5, di sini, Jumaat.

    Selain itu, bercerita tentang bidang lakonan filem yang lama ditinggalkannya, Erra memberitahu dia masih menunggu watak yang benar-benar sesuai dengannya sekarang.

    "Bukan saya tidak mahu berlakon filem lagi tetapi saya masih menunggu filem yang benar-benar memberi impak kepada penonton.

    "Bukan tiada tawaran tetapi saya menolak kerana saya rasakan watak tersebut terlalu biasa dan jika saya tidak berlakon dalam filem tersebut pun tidak mencacatkan filme tersebut," ujarnya.

    Tambahnya, dia tidak terkilan jika menolak tawaran yang dirasakan tidak sesuai buatnya.

    Menyentuh bidang nyanyian, Erra memberitahu dalam perancangan untuk menerbitkan album sendiri pada tahun depan.

    "Terlalu banyak kisah tentang album saya yang tidak keluar sampai sekarang, jadi saya ambil keputusan untuk terbitkannya sendiri.

    "Sekarang masih lagi merancang dan saya harap tahun depan dapat kumpul metarial dan lagu yang betul-betul sesuai dengan saya," katanya.

    Sementara itu, Erra memberitahu kesanggupan dia menenrima tawaran menyertai Mentor kerana sudah bersedia untuk mencurahkan pengalaman yang dimilikinya kepada seseorang yang layak bergelar bintang.

    "Program ini bagus kerana saya dapat berkongsi pengalaman saya kepada seseorang yang saya rasa layak untuk menjadi seorang anak seni.

    "Saya juga tidak hanya menekankan aspek vokal semata-mata tetapi mencari seorang penghibur yang serba boleh," katanya.

    Edry Janjikan Peluang Kerjaya

    Posted: 11 Dec 2010 08:01 PM PST

    PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Edry Abdul Halim menjanjikan peluang kerjaya kepada anak didik (protege)yang bakal dipilih dalam program realiti Mentor musim ini.

    Pemilik syarikat KRU Sdn Bhd ini juga memberitahu menang atau kalah dalam pertandingan tersebut dia tetap akan memberi laluan sebagai seorang bintang.

    "Ya, sebab itu saya cari seorang bintang pop yang mempunyai pakej persona bintang. Saya mahu dia boleh pergi jauh walaupun tidak memenangi pertandingan ini.

    "Salah satu kelebihan menjadi protege saya ialah menang atau tidak, dia akan diberi peluang untuk menjadi seorang artis," ujarnya.

    Bagaimanapun, menurutnya dia bimbang terhadap permilihan yang bakal dijalankan pada sesi uji bakat yang diadakan nanti.

    "Saya takut jika tiada lagi bakat yang boleh digilap pada sesi uji bakat yang dijalankan nanti. Biasanya memang susah nak cari sebab yang dating ialah muka yang sama sahaja.

    "Saya harap ada lagi bintang yang ada bakat nyanyian dan boleh digilap memandangkan sudah terlalu banyak program realiti nyanyian yang mencungkil bakat-bakat baru," katanya.

    Selain itu, Edry memberitahu bagi menyertai program ini dia terpaksa menangguhkan beberapa projek filem terbarunya sehingga selesai Mentor.

    "Secara jujurnya saya memang sibuk tetapi memandangkan telah berjanji lama dan mereka telah menawarkan saya sejak musim pertama lagi.

    "Saya telah kosongkan jadual saya sehingan Jun nanti, setakat ini projek besar yang tertangguh ialah filem 29 Februari.

    "Saya tidak mahu protege saya terabai jika saya sibuk dengan hal-hal lain. Saya akan beri komitmen kepada program ini sehingga selesai dan barulah sambung semula tugas yang terbengkalai itu," katanya.

    Puisi Luahan Hati Ariel Ketika Di Tahanan

    Posted: 11 Dec 2010 08:00 PM PST

    JAKARTA: Biarpun berada di tahanan, bekas vokalis Peterpan, Ariel masih mampu berkarya.

    Kekasih kepada Luna Maya ini mencurahkan rahsia hatinya ketika bersendirian berada di penjara.

    Kandungan puisi tersebut adalah berkaitan kenapa dia lebih banyak berdiam diri sepanjang berada di dalam tahanan.

    Puisi tersebut telah dibacakan oleh Alvin Adam dalam majlis The 50 Greatest Indonesian Singers yang dianjurkan oleh sebuah majalah popular Indonesia Rolling Stone.Ariel turut tersenarai sebagai artis terbaik Indonesia.

    Jika saya bercerita sekarang,Maka itu hanya akan membuat sebagian orang memaklumi saya,Dan sebagian lagi akan tetap menyalahkan saya,Tetapi itu juga akan membuat mereka memaklumi dunia yang seharusnya tidak dimaklumi,Dan tidak ada yang dapat menjamin apakah semua dapat memetik hal yang baik darikemakluman itu,Atau hanya akan mengikuti keburukannyaMaka lebih baik saya diam.

    Jika saya bersuara sekarang,Maka itu akan membuat,Saya terlihat sedikit lebih baik,Dan beberapa lainnya terlihat lebih buruk sebenarnya,Maka saya lebih baik diam.

    Jika saya berkata sekarang,Maka akan hanya ada caci maki,Dari lidah ini,Dan teriakan kasar tentang kemuakan,Serta cemoohan hina pada keadilan,Maka saya lebih baik diam.

    Saya hanya akan berkata pada Tuhan, bersuara pada yang berhak,Berkata pada diri sendiri,Lalu diam kepada yang lainnya,Lalu biarkan seleksi Tuhan,Bekerja pada hati setiap orang.

    Popular Punca Eminem Sukar Dapat Kekasih

    Posted: 11 Dec 2010 07:40 PM PST

    PENYANYI Rap, Eminem tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang yang terkenal. Jejaka bernama Marshall Mathers itu mengakui disebabkan itu juga dia sukar untuk mempunyai teman wanita.

    Walaupun berstatus duda, bekas suami kepada Kimberley Scott ini juga mengakui belum bertemu dengan pasangan yang sesuai untuk dirinya.

    "Saya ingin mempunyai seorang kekasih namun ketika ini ia adalah sangat sukar. Saya sukar untuk bertemu dengan orang baru, sedangkan untuk keluar ke tempat umum juga menjadi masalah kepada saya," ujarnya.

    Dalam pada itu penyanyi ini tidak suka kehidupan pribadinya menjadi perhatian media. Dia mengakui mahu dikenali dengan perkembangan kerjaya berbanding cerita cintanya.

    Populariti yang dimilikinya kini bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupannya malah dia sukar untuk mempercayai seseorang yang boleh menerima dia seadanya.

    Gaji baru ATM diperinci

    Posted: 11 Dec 2010 07:39 PM PST




    KUALA TERENGGANU - Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skim gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya sama dengan Polis Diraja Malaysia mengikut pangkat.

    "Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skim perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.

    "Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji," katanya.

    Angkara cinta tiga segi

    Posted: 11 Dec 2010 07:37 PM PST


    ANGGOTA polis berpangkat koperal dipercayai dirawat di Wad 9 Hospital Slim River, Perak sejak bulan lepas.


    KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang anggota polis berpangkat koperal sejak sebulan lalu kini terjawab dan dipercayai angkara isterinya sendiri.

    Semuanya terbongkar sejak beberapa hari lalu apabila polis mendapati seorang pesakit tidak dikenali di wad kecemasan Hospital Slim River, Perak rupa-rupanya koperal yang dilaporkan hilang itu.

    Mangsa dipercayai ditinggalkan di luar wad kecemasan itu oleh satu pasangan yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback kira-kira pukul 5 pagi pada 11 November lalu.




    Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Abdullah (gambar) berkata, ketika ditemui, mangsa yang sebelum ini bertugas di salah sebuah balai polis di Gombak di sini berada dalam keadaan hilang ingatan dipercayai akibat dipukul teruk di kepala.

    Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an turut mengalami kecederaan di kaki disyaki dipukul seorang suspek berusia 27 tahun yang dikatakan kekasih kepada isterinya.

    Polis percaya pasangan yang meninggalkan mangsa di hospital berkenaan adalah isteri mangsa dan kekasih wanita itu selepas mereka panik melihat mangsa cedera parah.

    "Selepas itu, isteri mangsa membuat laporan polis mendakwa suaminya hilang pada 12 November lalu selepas lelaki itu keluar dari rumah di Rawang.

    "Bagaimanapun, polis mengesyaki sepanjang tempoh mangsa hilang, berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek lelaki sehingga menyebabkan mangsa cedera parah," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

    Hantu Kak Limah kutip RM1.2 juta

    Posted: 11 Dec 2010 07:37 PM PST


    WATAK Hantu Kak Limah yang dilakonkan oleh Delimawati berjaya menarik peminat untuk memenuhi panggung.


    KUALA LUMPUR – Walaupun jumlah kutipan filem Estet agak mengecewakan pengarah filem, Mamat Khalid, namun filem terbarunya, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) pula menunjukkan perkembangan di sebaliknya.

    Dalam tempoh dua hari tayangan, filem sekuel filem Zombi Kampung Pisang itu didakwanya sudah berjaya mengutip sebanyak RM1.2 juta.

    Bagaimanapun jumlah itu belum disahkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas seminggu sesebuah filem ditayangkan.

    Menurut Mamat, beliau dimaklumkan, jumlah kutipan pada hari pertama tayangan filem HKLBR pada Khamis lalu, mencecah RM330,000 dan RM870,000 pada hari kedua.

    "Masa membaca skrip sahaja saya sudah dapat rasa ada kelainan yang akan berlaku dalam filem ini dan jangkaan itu boleh dikatakan menjadi sekarang," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

    Mimpi buruk jadi kenyataan

    Posted: 11 Dec 2010 07:36 PM PST


    ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan gerakan mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang semalam.


    KUALA TERENGGANU - Bapa kepada tiga adik-beradik yang ditemui mati lemas di Pantai Pandak, Chendering dekat sini tidak menyangka mimpi ketiga-tiga mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya benar-benar memberikan petanda buruk.

    V. Shanmugam, 47, berkata, dia bermimpi mengenai perkara tersebut pada malam sebelum tiga anaknya itu terbabit dalam kejadian lemas kelmarin.

    "Saya bermimpi ketiga-tiga mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Selepas itu perasaan saya menjadi tidak tenteram," ceritanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

    Pelajar cicir diberi peluang kedua

    Posted: 11 Dec 2010 07:22 PM PST

    PUTRAJAYA - Rebutlah peluang kedua yang ditawarkan oleh 64 kolej komuniti di seluruh negara yang menyediakan lebih 50 kursus kemahiran di bawah sembilan Program Sijil Modular Kebangsaan.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peluang kedua itu diberikan kepada golongan yang tercicir pada kali pertama dan ia memberikan kesempatan kepada mereka menyambung pengajian.

    Dalam syarahan bertajuk Peluang Kedua di sini semalam, beliau berkata, pada yuran serendah RM10 sebulan, mereka boleh mengikuti kursus jangka pendek dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.

    Katanya, syarat kemasukan yang lebih terbuka kerana hanya memerlukan sekurang-kurangnya pelajar yang boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.

    Solo itu bahagia - Anuar

    Posted: 11 Dec 2010 07:20 PM PST




    MENJENGAH ke teluk rasa figura ternama Anuar Zain, sekali lagi pertanyaan tentang kesendirian tanpa suri di penghujung usia 40 tahun disuakan ke mukanya. Sedikit lelah yang enggan dijelmakan, pelantun yang masih berhantu dengan alunan Lelaki Ini teguh mendakap syukur.

    Terima kasih Tuhan katanya kerana diperlengkapkan kehidupan bahagia beriring utuh karier. Teman dan keluarga juga berkelip indah, menemani siang malam seorang Anuar Zain.

    Dia masih beraja tanpa permaisuri dan 2010 yang bakal ditinggalkan ini, langkahnya teratur tidak bergugah oleh terkilan atau sepi bersendirian yang masuk mencelah.

    "Saya seorang yang sabar dan sangat bersyukur. Jika tiada jodoh sekali pun untuk saya, mungkin itulah aturan terbaiknya yang telah ditentukan kepada saya.

    "Saya sendirian, solo tanpa teman hidup tetapi tidak bermakna saya dalam kesepian. Walaupun belum berkahwin dalam usia begini, saya ada ramai kawan yang berkualiti," pertahan Anuar meladeni hakikat hidup membujang.

    Menambah resam orang bujang, Anuar juga tidak terdesak atau merintih jodoh tak sampai.

    "Saya bukan orang yang suka berdrama sebegitu rupa. Saya menikmati hidup saya sepenuhnya dan tidak merosakkan jiwa dengan perkara sebegitu.

    "Fokus sahaja dengan kerja dan kenapa harus menjadi mangsa perasaan kerana saya reda jodoh itu kerja Tuhan. Tapi bila saya kata saya reda, ada pula menggelarkan saya sebagai 'poyo'. Biarlah," ucapnya.

    Berbaki kurang tiga minggu sebelum 2011 menyelinap ke posisi, Shahrul Anuar Zain yang bugar bersandar vokal lunak ada berharap. Biarlah 2011 mencurahkan hasil yang baik untuk semua. Kepada dirinya sendiri, dia tidak meletak sebarang visi khusus.

    "Saya jenis sukar untuk bercakap tentang visi, lainlah kalau berkaitan dengan album atau lagu baru. Ada perkara tertentu yang datang tanpa dijangka. Tetapi biasalah, bila masuk tahun baru, orang akan cakap tentang penambahan usia atau peralihan hidup.

    "Saya masih Anuar Zain yang dikenali umum, jika ada peralihan dari segi kematangan itu takrifan orang luar terhadap saya. Dalam soal kerja, ia masih sama," ucapnya sedar ada janji kepada peminat yang belum diselesaikan.


    ANUAR ZAIN masih berdiri gah sebagai penyanyi lelaki solo terulung negara.


    Janji

    Bukan berjanji untuk menamatkan zaman bujang tetapi janji terhadap album yang masih berdepan proses pembikinan. Mulanya September kemudian terheret ke bulan Disember, belum ada tanda-tanda bahawa album baru yang kerap diperkatakannya menunjukkan tanda kelahiran.

    "Sudah tertangguh lebih tiga bulan, saya sedar ramai yang merungut kenapa begitu lama. Bukan terlalu mahukan hasil yang sempurna tetapi saya mahukan kelainan.

    "Sekarang ia dalam proses mixing. Semua lapan buah lagu telah siap, awal tahun depan mungkin album akan siap sepenuhnya," katanya yang menjual single terbaru, Ku Berjanji Karna Cinta sebagai pengubat rindu peminat setianya.

    Kedatangan tahun baru juga memberi laluan kepada kerja yang telah ditumpahkan sepenuh hati sepanjang penghasilan lagu Sedetik Lebih akan membuahkan hasil.

    Bukan sekadar lagu tema yang sering dinyanyikan oleh naskhah terdahulu, tetapi sentuhan indah Edry dan Yusri Abdul Halim untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa itu memberi makna kepuasan kepada Anuar.

    Dirakamkan bersama 40 pemuzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), proses penghasilan lagu itu sahaja cukup sebagai satu kekaguman Anuar terhadap kreativiti dan kredibiliti trio tiga beradik KRU itu.

    "Melodi lagu itu sangat bagus dan saya sukakan elemen yang menjadi signatur kepada Edry. Saya terima tawaran itu kerana mahukan suasana berkerja orang yang berbeza-beza, kerja dengan Edry serta pihak KRU. Itu semua penting untuk profil kerjaya saya.

    Diberi kepercayaan menyanyikan dua versi lagu tema, Sedetik Lebih untuk versi bahasa Melayu dan The Memories dalam versi Inggeris, Anuar menambah:

    "Untuk projek lagu tema itu, kami bersama-sama berbincang dan saya turut memberi input dari segi idea dan penyampaian, jadi pendengar boleh kenal stail saya dalam lagu berkenaan dan saya sukakan hasilnya," katanya dalam sesi fotografi yang disusun pihak KRU di Hotel Marriot Putrajaya, Khamis lalu.

    Diusulkan satu kebarangkalian melihat kelibat Anuar dalam projek filem KRU Motion Pictures untuk masa akan datang, adik Ziana Zain itu pantas menggeleng kepala.


    JODOH tidak sampai bukan satu masalah kepada Anuar yang bakal memasuki usia 41 tahun pada Februari 2011.


    "Saya tak pandai berlakon dan tak adil untuk pelakon lain. Cukuplah, saya pernah mencuba berlakon tapi gagal. Ada artis lain boleh jadi penyanyi dan pelakon sekali gus, tapi bukan saya.

    "Lakonan saya sangat 'keras'. Saya cuma tengok sekali sahaja filem yang saya lakonkan (Bintang Hati). Saya tak sanggup tengok, segan,' katanya yang pernah dipelawa pihak KRU untuk membintangi filem Magika sebelum ini.

    Menolak kemungkinan ketibaan Sedetik Lagi untuk penayangan Hikayat Merong Mahawangsa sekitar Mac nanti bakal bertindih kelancaran promosi album terbaru yang direncanakan terzahir pada waktu yang sama, Anuar yakin terhadap strategi yang telah disusun.

    Dalam santai pertemuan singkat itu, Anuar berkongsi pelbagai luahan termasuklah soal jaringan laman sosial Facebook mahupun Twitter yang sedang menjadi trend semasa, baik di kalangan artis mahupun masyarakat umumnya.

    "Terus-terang saya katakan, saya tidak ada akaun peribadi Facebook atau Twitter. Ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggunakan kelebihan yang ada menerusi laman sosial berkenan.

    "Untuk saya, saya sangat pentingkan privasi. Untuk apa saya ada laman sosial sedangkan saya sudah boleh bertemu ramai orang setiap masa. Peribadinya, saya melihat ada bahayanya jika teknologi itu diaplikasi secara melampau," katanya.

    Cukuplah dihina atau diperlekehkan di laman sosial orang lain, untuk memiliki laman sosial peribadi satu perkara yang mustahil untuknya. Secara rasmi, Anuar cuma didaftarkan atas satu akaun Facebook Fan Page yang dikendalikan oleh pengurusannya.

    Terima hadiah rumah sebelum nikah

    Posted: 11 Dec 2010 07:19 PM PST


    UNTUK majlis sidang akhbar sahaja, Rabecca sudah menerima penajaan barang kemas Chopard bernilai sehingga RM100,000.


    BERAGAM rasa, teruja dan berdebar terlihat pada wajahnya. Kelmarin, semua separuh sabar menanti Rabecca Nur Al-Islam, 24, mengotakan janjinya berkongsi bahagia tentang ikatan penting bernama pernikahan.

    Senyumnya meleret menyembunyikan debar di sebalik baju kurung moden sentuhan Ezuwan Ismail yang bersalut ke tubuhnya.

    Rabecca atau panggilan mesranya, Becca membongkar segala pertanyaan sejak seminggu lalu apabila pertama kali membuka mulut tentang tarikh hari bahagianya.

    Tanggal 14 Januari 2011 menjadi angka keramat yang dipilih Rabecca sebagai detik bercantumnya dia dengan belahan jiwa digelar 'sayang' - seorang peguam dan bapa tunggal kepada dua cahaya mata berusia 14 dan 7 tahun.

    Lelaki yang dimaksudkan, Nor Azam Datuk Sulaiman, 42, seperti yang pernah dihebahkan media sebelum ini.

    Di rembang petang bertempat di Butik Harrods, KLCC, Kuala Lumpur, Becca melanjutkan bicara tentang lelaki kelahiran Kuching, Sarawak itu.

    "Dia bukan Datuk, orang korporat, bukan juga dari tanah seberang. Saya mengenalinya sejak tiga tahun lalu.

    "Biarpun jarak usia kami 18 tahun, saya tidak menganggapnya satu masalah.

    "Kami akan bernikah 14 Januari 2011 di rumah baru saya di Ampang, Selangor.

    "Keesokan harinya, saya dan sayang mengadakan resepsi persandingan di Hotel Flamingo manakala sebuah acara diadakan di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur pada hari ketiga.

    "Untuk majlis belah pihak keluarga saya di Johor Bahru keluarga bakal suami di Kuching, kami belum menetapkan tarikhnya," jelas Rabecca yang akan menerima 15 berbalas 17 dulang hantaran daripada pihak lelaki.

    Bakal suaminya tidak dapat hadir semasa sidang akhbar itu atas urusan kerja. Kata Rabecca, dia menetapkan bulan madu di Eropah pada Februari.

    "Saya akan menjemput pihak media datang ke rumah baru yang kini dalam proses pengubahsuaian sekitar dua minggu sebelum majlis pernikahan kami.

    "Itu janji saya," ungkapnya.

    Sensasi Bintang: Kenapa kalian memilih Januari 2011?

    RABECCA: Ia sebagai simbolik genap tiga tahun usia perkenalan kami. Kami keluar bertemu janji buat kali pertama juga pada tarikh tersebut.

    Sejak bila kalian mula menjalin cinta?

    Kami bertemu secara kebetulan pada sebuah acara tiga tahun lepas. Dia menghubungi saya setelah mendapatkan nombor telefon daripada kenalannya.

    Beberapa bulan bercakap menerusi telefon hampir setiap hari, kami mula rapat.

    Kenapa dia mahu cepat melamar Rabecca sedangkan kalian baru berkenalan?

    Saya sendiri terkejut dengan keputusannya. Dia berharap perkahwinan kami jadi yang kedua dan terakhir buatnya.

    Saya yang baru berusia 22 tahun ketika itu menolak lamarannya dan beri syarat dua tahun lagi kerana ada sasaran dalam karier. Saya tambah lagi setahun.

    Bila majlis merisik dan pertunangan?

    Pihak lelaki datang merisik ke kediaman keluarga saya di Ampang pada 25 Ogos lalu. Ia sekadar majlis kecil-kecilan yang dihadiri sekitar 10 orang. Majlis pertunangan pula mungkin dilangsungkan beberapa jam sebelum kami bernikah.

    Berapa jumlah mas kahwin dan hantaran kalian?

    Dia bagi dirinya (tergelak). Saya tidak tahu jumlah mas kahwin dan wang hantaran nanti. Saya bersyukur kerana dia tunai janjinya menghadiahkan sebuah rumah di Ampang untuk saya.

    Apa yang menariknya tentang bakal suami?

    Dia merupakan seorang bapa yang baik. Saya pula menyayangi budak-budak. Sifat sama ada pada dirinya.

    Sebaik saja kami berkenalan, saya dapat mengambil seorang anak angkat (Nor Adam Daniel, 3). Itu juga situasi paling berharga buat saya apabila bertemu dengan calon suami dan Adam.

    Apa rancangan selepas mendirikan rumah tangga kelak? Masih berlakon atau meninggalkan dunia seni?

    Saya tidak akan berhenti berlakon. Ada kebarangkalian saya akan memperlahankan kerjaya lakonan saya.

    Saya ingin membuka perniagaan kerana minat mendalam terhadap bidang fesyen. Saya bercita-cita untuk menghasilkan jenama baju dan kasut sendiri.

    Harajuku Sarimah

    Posted: 11 Dec 2010 07:18 PM PST


    INILAH fesyen terbaru Sarimah yang dilakukan bagi memberi impak kepada 1. 2.. 3... Tukar.


    SAAT kelibatnya melangkah berjalan atas permaidani merah, menghadiri deretan majlis hiburan dan bersantai di tempat umum, gaya Sarimah Ibrahim, 32, tidak pernah terlepas daripada tumpuan mata memandang. Fesyen dan Sarimah ibarat penyatuan yang saling melengkap antara satu sama lain.

    Terbaru, wanita kelahiran Dublin, Ireland itu nekad untuk menukar penampilannya secara total.

    Dengan penampilan sebagai wanita matang yang sudah terbiasa dilihat selama ini, Sarimah kini menyuntik elemen fesyen Harajuku. Fesyen tersebut menterjemah gaya ranggi dan berwarna-warni daripada stail ekstrem remaja Jepun.

    "Saya baru pulang dari Jepun minggu lalu. Lawatan ke sana umpama bercuti sambil bekerja.

    "Tiga alasan saya berada di Negara Matahari Terbit itu - ingin mempelajari budaya asing, mencari pakaian dan menjalankan pemerhatian terhadap pengaruh fesyen digunakan dalam program televisyen mereka.

    "Bayangkan, saya sanggup menukar stail rambut dan cara pemakaian semata-mata hendak tampil dengan fesyen Harajuku.

    "Ini semua dilakukan sebab saya mahu nampak lain dalam program terbaru, 1. 2.. 3... Tukar.

    "Ia menjadi pengganti kepada Tangkap Muat yang pernah bertemu peminat beberapa bulan lalu.

    "Umum tahu, fesyen jenis ini tidak hanya tertumpu di Jepun. Ia sebaliknya mendapat perhatian daripada peminat di seluruh negara lantaran gayanya yang unik.

    "Cuma, mungkin bilangan penggemar stail ini tidak ramai kerana mereka masih kekok mengenakan kostum dan berdandan seperti watak dalam komik.

    "Biarpun memilih konsep Harajuku, saya tetap menyarungkan pakaian yang bersesuaian dengan cara pemakaian orang Timur," ujar Sarimah teruja dengan penampilan 360 darjahnya.

    1. 2.. 3... Tukar menjadi refleksi gaya hidup yang merubah penampilan individu terpilih mencapai impian. Rancangan 14 episod itu terangkum soal kerjaya, percintaan dan masa depan.

    Untuk melihat sendiri 'magis' yang direalisasikan oleh Sarimah dengan bantuan penata gaya, jangan lupa menyaksikan 1. 2.. 3... Tukar yang akan menemui audiens setiap Rabu pukul 10 malam mulai 15 Disember ini di Astro Ria (saluran 104).

    Misi serba baru SDAF

    Posted: 11 Dec 2010 07:17 PM PST


    TIGA pelakon utama SDAF, Liyana, Ebby Yus dan Johan.


    MENJELMA sahaja judul Siti Di Alam Fantasi yang berhias kostum serta kisah pengembaraan imaginasi, khalayak cepat mentafsir, karya itu sebagai karya saduran yang menterjemah kisah Alice In Wonderland ataupun The Wizard of Oz ke dalam ruang lingkup budaya Melayu.

    Bukan kali pertama teater Siti Di Alam Fantasi (SDAF) dipentaskan tetapi naskhah itu pernah menemui khalayak pada 1998 dan 2000.

    Di bawah teraju pengarah yang sama, Aminah Rhaphor, hujung 2010 bakal menyaksikan teks yang sama itu masuk ke Istana Budaya (IB) mulai 22 hingga 31 Disember ini.

    "Memanglah orang kita mudah menyangka SDAF sebagai Alice In Wonderland Malaysia sebab kita tiada bahan rujukan lain yang lebih memberangsangkan.

    "Tanpa kita sedar, sebenarnya orang Melayu ada teks hikayat pengembaraan yang besar seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Demang, Hikayat Malim Dewa dan banyak lagi.

    "Itu semua hikayat tentang anak raja yang keluar mengembara ketika mereka masih remaja, sebelum menjadi raja.

    "Pengembaraan adalah proses wajib dalam hikayat lama.

    "Penulis sendiri tidak kisah dengan jolokan itu, idea penghasilan teater ini dahulupun lahir daripada pengamatan saya terhadap animasi di luar negara.

    "Sama macam SDAF, ia kisah Siti anak orang bangsawan yang sangat sombong. Dia diperintahkan ayahandanya untuk mencari batu geliga milik keluarganya yang dicuri oleh lembaga hitam.


    AMINAH RHAPHOR (tengah) ketika sesi latihan teater SDAF yang giat diadakan di Istana Budaya baru-baru ini.


    "Dalam pengembaraan itu, Siti mengenal erti kasih sayang, persahabatan serta nilai murni.

    "Kata kunci teater ini adalah hidup haruslah berkasih sayang," kata Aminah yang giat menjalankan latihan SDAF sejak 20 November lalu.

    Berubah mengikut aliran waktu, pemegang watak Siti yang dahulunya dibawa Amy Mastura kini beralih kepada pelakon genit, Liyana Jasmay.

    Dahulunya, Siti mengembara bersama dua orang suruhan bapanya.

    Kembara kali ini, dia hanya ditemani Mamat lakonan Ebby Yus dan sebatang pokok hidup dan boleh bercakap, lakonan Johan Raja Lawak.

    "Saya kira pengembaraan tiga orang kanak-kanak tidak akan jadi menarik, jadi saya buangkan satu watak budak lelaki dan masukkan watak pokok (Johan).

    "Saya percaya kanak-kanak akan lebih seronok," tambah Aminah.

    Ebby Yus didera Siti

    Di kalangan pelakon seperti Liyana Jasmay, Johan, Fizo Omar, Mas Muharnie, Vanidah Imran dan Che Kem, Ebby Yus mendahului senarai berkenaan dari segi usia.

    Tanpa peneman sepanjang kembara Siti (Liyana) sebagai watak budak lelaki berusia 13 tahun merupakan satu penderaan fizikal kepada Ebby yang sudah berusia 43 tahun.

    "Sepanjang berteater dalam enam atau tujuh produksi di IB, inilah teater yang paling menyakitkan saya. Ada masanya bila di rumah saya akan tertidur kepenatan.

    "Apa tidaknya, daripada usia sebenar 43 tahun saya kena bergerak seaktif kanak-kanak 13 tahun. Saya juga seiring dengan stamina Liyana dan Johan," katanya.


    SITI DI ALAM FANTASI (SDAF) lakonan Liyana menerima jolokan 'Alice In Wonderland Malaysia'.


    Sibuk dengan bisnes minyak wangi Couple Perfume yang baru diusahakan sejak September lalu, Ebby meletakkan keyakinan bahawa SDAF terzahir sebagai sebuah teater kanak-kanak yang mampu menggeletek hati semua penonton.

    Johan si pokok hidup

    Pertama kali berdepan cabaran serta komitmen sesi latihan teater disifatkan Johan Raja Lawak sebagai ilmu lakonan yang cukup berguna kepadanya.

    "Saya jadi pokok. Mulanya saya keliru bagaimana watak pokok hendak diluahkan, mujurlah setelah berbincang, cikgu (Aminah) berikan saya kebebasan.

    "Dia mahukan elemen Johan Raja Lawak itu disertakan sepanjang saya menjadi pokok.

    "Jangkaan kami, kanak-kanak akan gemarkannya," beritahu Johan semasa ditemui pada sesi latihan SDAF di IB, Selasa lalu.

    Ricky reda kekasih tiada dara

    Posted: 11 Dec 2010 07:14 PM PST


    RICKY HARUN


    MENYAKSIKAN senario pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan terutama membabitkan remaja membuatkan aktor popular, Ricky Harun, 23, meluah rasa syukurnya kerana dia masih dilindungi daripada gejala sosial.

    "Lihat saja sekarang para pelajar perempuan berpakaian menjolok mata. Mereka bergaul tanpa batasan dengan lelaki. Situasi ini membimbangkan. Jika tidak dibendung, ia boleh melarat," jelasnya yang lahir pada 12 Januari 1987.

    Enggan berselindung, pelakon utama filem Kawin Kontrak itu mengaku ada rakannya mengamalkan gaya hidup bebas termasuk remaja beragama Islam.

    Malah, tanpa segan silu mereka memperlihatkan budaya tidak bermoral di depan orang lain.

    "Namun, saya tidak pernah terikut dengan stail hidup mereka yang kebaratan. Meskipun berkelakuan nakal sebelum ini, saya sebaliknya masih berpegang pada prinsip menjauhi perkara dilarang Tuhan," luah Ricky yang membawa nama lengkap Ricky Chilnady Pratama Harun.

    Pada waktu sama, anak sulung daripada dua beradik itu tidak berdepan masalah jika teman wanitanya kelak tidak punya dara lagi.

    Jika itu ditakdirkan jodohnya, Ricky menerima keadaan tersebut dengan perasaan terbuka.

    "Harus bagaimana lagi kalau saya mengalami situasi ini. Mahu atau tidak, saya kena terima si dia seadanya disebabkan sudah terlalu sayang dan mencintainya.

    "Soal kekasih masih perawan atau sebaliknya, saya enggan membuat penilaian terhadap wanita ini," ucapnya santai.

    Tiga dekad Jake Gyllenhaal

    Posted: 11 Dec 2010 07:12 PM PST


    JAKE GYLLENHAAL


    BAKAL melangkah usia 30 tahun pada 19 Disember ini, Jake Gyllenhaal mengaku dia tidak sesekali risau terhadap peningkatan umurnya. Aktor tampan yang sedang menjalin cinta dengan Taylor Swift itu sebaliknya teruja untuk melihat apa yang tersedia untuk masa depannya.

    "Saya optimis serta seronok menyambut kedatangan umur baru ini. Ia seperti saya menutup halaman dalam sebuah buku sebelum menyambung halaman seterusnya. Saya anggap seperti penghormatan terbesar apabila sampai usia 30 tahun.

    Jake mengecap glamor sebaik muncul dalam filem Donnie Darko sekitar sembilan tahun lalu. Dia juga sempat berkongsi cerita tentang dirinya yang mengalami transisi positif dari semasa ke semasa. Jake takjub dengan kejayaan yang dimilikinya kini.

    Jumpa rangka gladiator Rom kuno

    Posted: 11 Dec 2010 07:12 PM PST


    MORRISON bersama rangka gladiator yang ditemui 30 sentimeter di bawah lantai Muzium Yorkshire, England.


    YORK - Rangka seorang gladiator zaman Rom Kuno setinggi 1.77 meter berjaya ditemui oleh seorang ketua kurator, Andrew Morrison sewaktu kerja-kerja membaik pulih Muzium Yorkshire, England dilakukan baru-baru ini.

    Bagi seorang lelaki Rom, rangka itu cukup tinggi dan memiliki tubuh yang tegap. Purata ketinggian manusia yang hidup pada waktu itu ialah 1.6 meter.

    Gladiator merupakan lelaki yang dilatih untuk bertarung menggunakan senjata dalam pertunjukan di gelanggang seperti yang digambarkan dalam filem Gladiator lakonan Russell Crowe.

    Rangka itu ditemui hanya 30 sentimeter di bawah lantai muzium. Analisis yang dibuat membuktikan rangka itu milik seorang lelaki yang kuat tetapi mati ditikam secara bertubi-tubi, termasuk satu kesan tikaman pedang di bahagian belakang kepalanya.

    "Bukti fizikal menunjukkan gladiator ini tidak dikebumikan sebagaimana sepatutnya.

    "Memang mustahil untuk disahkan, tetapi dia mungkin seorang gladiator yang dibunuh secara kejam dan dibiarkan mati begitu sahaja," kata Morrison.

    Pakar dari Osteo Arkeleologi York merumuskan bahawa lelaki itu berusia antara 36 hingga 45 tahun. Menurut pengarahnya, Malin Holst, jangkaan umurnya diperoleh menerusi analisis kemerosotan bahagian sendi dan keadaan giginya.

    Berikutan penemuan itu, pakar arkelogi semakin yakin mengenai kewujudan gelanggang sukan berbahaya itu di bandar tersebut. Pada 1,600 tahun lalu, York yang kini sebuah bandar di England merupakan ibu negara Rom untuk wilayah utara.

    Bahagian bawah tanah Muzium Yorkshire juga sudah lama dijangka menjadi salah satu lokasi utama perlawanan itu.

    Rangka itu kini dipamerkan untuk tatapan umum di muzium yang sama.

    Pasangan 80 tahun temui cinta di Facebook

    Posted: 11 Dec 2010 07:11 PM PST


    MOORE dan Brocklesby kini bahagia menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri selepas berkenalan di laman sosial Facebook.


    WEST YORKSHIRE - Pasangan warga emas, Barbara Moore, 77, dan Laurence Brocklesby, 82, menemui cinta menerusi laman sosial Facebook dan bakal meraikan perayaan Krismas sebagai suami isteri.

    Moore dikatakan mula menggunakan komputer selepas suaminya meninggal dunia empat tahun lalu. Bekas jururawat pediatrik itu kemudian tertarik dengan profil Brocklesby yang menduda sejak 16 tahun lalu.

    Bermula dengan meminta tip-tip mengenai berkebun daripada Brocklesby, pasangan itu akhirnya berbual dalam talian dan telefon selama beberapa jam setiap hari.

    "Kami berbual tentang semua perkara. Sungguh mengagumkan bahawa kami mempunyai banyak persamaan dan lebih terbuka apabila berbual di Internet," kata Moore.

    Pasangan itu juga meneliti profil gambar masing-masing di laman Facebook supaya dapat tahu apa yang ingin dijangkakan.

    Selepas tiga bulan berkenalan dan mengalami patah pergelangan tangan, Brocklesby akhirnya dapat berjumpa dengan Moore.

    "Barbara (Moore) menawarkan diri untuk membawa saya berjumpa doktor kerana saya tidak lagi boleh memandu akibat kecederaan itu.

    "Dari situlah segalanya bermula," cerita Brocklesby yang mempunyai empat orang cucu.

    Sebelum mengambil keputusan berkahwin, Moore menjemput Brocklesby untuk tinggal di rumahnya.

    EU minta 'ujian porno' Republik Czech dihentikan

    Posted: 11 Dec 2010 07:08 PM PST


    FILEM porno digunakan untuk menguji orientasi seks lelaki gay yang ingin mendapatkan suaka bagi golongan itu di Republik Czech.


    PRAGUE - Kesatuan Eropah (EU) menggesa Republik Czech agar menghentikan 'ujian porno' yang dikenakan kepada pencari suaka gay yang bertujuan memastikan bahawa mereka adalah lelaki gay sebenar.

    Ujian itu memerlukan mereka menonton filem lucah yang terdiri daripada filem porno biasa (melibatkan lelaki dan perempuan) serta filem porno gay untuk dinilai tahap rangsangannya. Alat pengesan akan disambungkan kepada alat sulit untuk menguji sama ada mereka terangsang atau sebaliknya.

    Jika pemohon terangsang apabila menonton pasangan lelaki dan wanita melakukan hubungan seks, permohonan suaka akan ditolak secara automatik. Suaka tersebut dipohon oleh golongan gay kerana beranggapan mereka berada dalam bahaya di negara asal masing-masing.

    Jurucakap Menteri Dalam Negeri Republik Czech, Pavel Novak menyatakan ujian itu hanya dijalankan ke atas pemohon dari negara seperti Iran yang golongan gay boleh didakwa. Ujian tersebut dilihat penting bagi memastikan orientasi seks pemohon. EU pula menyifatkannya sebagai melanggar hak asasi manusia.

    Dalam satu laporan mengenai kesaksamaan homoseksual, Agensi bagi Hak-hak Asasi menegaskan bahawa ketepatan keputusan ujian tersebut adalah diragui.

    Biarpun begitu, Kementerian Dalam Negeri Republik Czech mendakwa, ujian itu hanya melibatkan kurang daripada sepuluh kes dan ia dihadiri oleh pakar perubatan.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS