Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


OHBULAN!

Posted:

Sebentar tadi, sesi sidang media bersama Marsha Milan Londoh berlangsung di Alibi Music, Bangunan KLK, Mutiara Damansara. Sidang media ini dibuat bagi menjelaskan kepada peminat berkenaan insiden dimasukkan ke hospital sekitar 2 minggu lepas. Ikuti temubual bersama Marsha selepas ini.

"Malam sebelum insiden tersebut berlaku, saya memang rasa tidak sihat dan sedikit lemah. Memang rasa lain macam sangat. Selepas saya ambil ubat antibiotik dan ubat tekanan darah rendah, saya terus masuk tidur," kata Marsha memulakan sesi soal jawab bersama media.

"Keesokan harinya, saya ambil ubat lagi sebelum keluar makan tengah hari. Kondisi saya ketika itu pun masih lemah lagi. Malangnya, kereta yang dipandu saya terlanggar pembahagi jalan. Apabila saya balik rumah, semasa menuruni tangga, saya terjatuh dan pengsan. Rumah saya berada di tingkat bawah, jadi saya memang kena turun tangga," jelas Marsha menceritakan penyebab insiden berkenaan.

Pada masa yang sama, Marsha menafikan dakwaan berkenaan pengambilan pil sebanyak 30 biji.

"Saya tak tahu daripada mana datangnya cerita berkenaan. Jika benar saya telan 30 pil, rasanya saya memang tiada di sini lagi. Sebetulnya, saya tak buat perkara itu."

Adakah tekanan darah rendah disebabkan masalah peribadi?

"Kalau nak kaitkan insiden ini dengan masalah peribadi, rasanya memang tiada kena mengena. Sebelum ini, saya sudah banyak kali lalui perkara ini, jadi memang tiada apa-apa pun," jelas Marsha yang baru putus cinta.

"Sebagai pengetahuan, saya memang alami penyakit sinobronchitis sejak lewat tahun 2009. Apabila penyakit ini menyerang, vokal suara saya turut terganggu. Antara organ yang turut terjejas ialah salur pernafasan. Jadi, ia turut menjadi penyebab kepada tekanan darah rendah."

Adakah Marsha selalu bergaduh dengan bekas teman lelaki?

"Gaduh itu perkara biasa, tapi ia memang tiada kaitan dengan insiden itu. Sewaktu perkara ini terjadi, saya sudah 2 minggu putus cinta. Lagipun, hubungan kami memang tak pernah serius. Jadi memang saya tak terjejas dengan cerita peribadi itu."

Adakah bekas kekasih melawat Marsha di hospital?

Ada.

Setakat ini, Marsha berada di bawah pemerhatian?

"Ya, saya masih berada di bawah pemerhatian dan akan berjumpa dengan doktor beberapa kali."

Kenapa baru Marsha jelaskan kepada media, hari ini?

"Soal kerja dan bermacam-macam lagi isu berbangkit dikhuatiri akan menyebabkan saya tertekan. Jadi, pihak perubatan menasihatkan saya supaya tidak berada dalam situasi berkenaan. Saya akan kerja semula mulai minggu ini dan akan melancarkan lagu soundtrack untuk filem Mantra berjudul, Tak Perlu Selamanya.

]]>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Que Haidar Kembali Dengan MISTERI JALAN LAMA

Posted: 22 Sep 2011 09:55 PM PDT

Que Haidar Kembali Dengan MISTERI JALAN LAMA

Sebelum Que Haidar membuat keputusan untuk bersara dari bidang lakonan, pelakon berkaliber ini sempat berlakon sebuah filem bersama Tayangan Unggul Sdn Bhd berjudul Misteri Jalan Lama (MJL). Filem yang ditunggu-tunggu oleh penonton tanah air setelah Que mengambil keputusan untuk bersara. Kali terakhir membuat kemunculan menerusi filem Lagenda Budak Setan.

Selain Que Haidar antara pelakon yang terlibat adalah Hans Isaac, Dato' Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khan, Afdlin Shauki, Vanida Imran , Marion Counter, Namron, Liyana Jasmay, Sari Yanti, Sabrina Hassan, Adam Corrie Lee, Sobri Anuar, Yalal Chin. Jika sebelum ini Afdlin lebih terarah kepada filem komedi, tetapi kali ini beliau tampil membuat kelainan dengan filem Fantasi Drama.

Misteri Jalan Lama

Membawakan watak Ilya, bergandingan dengan Hans Isaac (Indra) sebagai pasangan adik-beradik yang berseteru lebih dari 15 tahun. Apabila kematian ayah mereka, mereka berjumpa demi melunaskan wasiah arwah bapa mereka. Pelbagai kejadiah aneh yang berlaku sepanjang penerokaan mereka melalui jalan lama.

Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar merupakan salah seorang pelakon terbaik di Malaysia. Dia yang dilahirkan pada 30 Mei 1979 di Felda Taib Andak, Kulai, Johor merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia teater sebelum terjun ke layar perak. Penampilan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Toll Gate Girl arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2001 ketika berusia 23 tahun bersama aktres Amy Mastura & Rita Rudaini. Filem pertama lakonan beliau berjudul Haru Biru arahan Shadan Hashim pada tahun 2004 namun hanya pada tahun 2007 filem itu ditayangkan.

Debut beliau di layar perak adalah menerusi filem KL Menjerit 1 pada tahun 2005 yang terus meledakkan nama beliau. Filem-filem popular beliau adalah Zombie Kampung Pisang, Castello, Cinta, Setem dan banyak lagi. Populariti Que di layar lebar dibuktikan dengan kemenangan 2 tahun berturut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 2008 dan 2009. Que juga pernah memenangi 2 buah trofi kategori lakonan terbaik di Anugerah Skrin TV3 menerusi dua buah drama TV lakonannya Tuhan Pun Tahu(2007) & Terlerai Takbir Kasih(2009). Di Festival Filem Malaysia beliau pernah dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello serta 2 kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM19) menerusi filem KL Menjerit 1. Manakala bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dia pernah dicalonkan bagi filem Castello(FFM19) Papadom. (FFM22) dan Lagenda Budak Setan (FFM23).

Misteri Jalan Lama

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Terkini Vanidah Imran di Prebiu Filem Lu Fikirlah Sendiri
  • Sinopsis Misteri Jalan Lama
  • Saksikan Episod Akhir Drama Sindarella di TV3 Malam Ini
  • Que Haidar Buka Bisnes Ikan Masin
  • Misha Omar Jadi Pekak Sebab Pendarahan Dalam Telinga?
  • Unveil The Truth
  • LOST, Siri TV Amerika Popular Kini Kembali di 8 TV
  • Que Haidar Pelakon Malaikat Maut Raja Bling-Bling Malaysia?
  • QUE HAIDAR MABUK?
  • Gambar Terbaru Que Haidar di Sidang Media Cinta Untuk Ain
  • KL Tower International Jump Malaysia 2011

    Posted: 22 Sep 2011 09:38 AM PDT

    KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2011

    "KL Tower International Jump Malaysia 2011" kembali lagi. Acara sukan ekstrim Menara Kuala Lumpur yang dikenali di peringkat antarabangsa ini akan diadakan seperti berikut:

    Tarikh : 28 September – 2 Oktober 2011
    Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
    Tempat : Menara Kuala Lumpur

    Objektif utama KLTIJM 2011 adalah untuk mempromosi dan meningkatkan industri pelancongan di Menara Kuala Lumpur serta mempromosi sukan terjunan BASE kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

    Acara kali ke-11 ini akan menyaksikan seramai lebih 100 orang para penerjun antarabangsa dan tempatan yang terdiri daripada Australia, New Zealand, Ireland, Switzerland, Finland, USA, Russia, Ukraine, Sweden, Oslo, Chile, United Kingdom, Holland, Norway, France, Poland, Germany, Nerthelands, New Zealand, Canada, England, Jepun dan Malaysia mempamerkan aksi-aksi menarik dan mendebarkan untuk tatapan pengunjung Menara Kuala Lumpur.

    "Tahun ini, lokasi terjunan akan tertumpu di Menara Kuala Lumpur bagi memberikan peluang kepada para penerjun membuat terjunan di lokasi kegemaran mereka di rantau ini" kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

    Kemahiran, keberanian dan keazaman serta pengetahuan dalam objek geometri, kawasan pendaratan dan keadaan cuaca mendorong penerjun-penerjun ini membuat terjunan dari menara ini, dengan 'jatuh bebas' ('free fall') selama tiga saat, yang memberikan debaran dan kejutan kepada pengunjung yang menyaksikannya.

    Terjunan diwaktu malam yang telah diperkenalkan pada tahun lalu, akan turut teruskan pada tahun ini mulai 7.00 malam hingga 10.00 malam iaitu pada 30hb September 2011 dan 1hb Oktober 2011.

    Tiket-tiket eksklusif ke Pelantar Terbuka untuk menyaksikan terjunan ekstrim ini boleh diperolehi di Kaunter Tiket bermula dari 28 September sehingga 2 Oktober 2011 mulai jam 9.00 pagi hingga 9.30 malam. Dengan 15 minit pengalaman menyaksikan penerjun secara langsung, pengunjung boleh membeli tiket-tiket ini serendah dari RM100.00 hingga RM150.00 untuk tontonan waktu siang dan RM150.00 hingga RM200.00 untuk tontonan waktu malam.

    Pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana para penerjun ini mempersembahkan aksi-aksi yang mendebarkan dari Pelantar Terbuka dengan ketinggian 310 meter dan hanya mengambil masa enam saat sahaja untuk membuka payung terjun tersebut.

    Marilah berkumpul ke Menara Kuala Lumpur dan menyaksikan sendiri aksi-aksi yang mendebarkan daripada para penerjun yang luar biasa ini.
    Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-2020 5499 atau layari laman web www.menarakl.com.my

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011
  • KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2009
  • Drama 21 Jump Street Lakonan Johnny Depp di 8TV
  • Monumental Challenge
  • Kilauan Jalur Gemilang Di Menara Kuala Lumpur
  • Universal Networks Enters Licensing Agreement NBC Universal International
  • Battleground 2011 Auditions
  • Gambar Sekitar Majlis Ramah Mesra Pelakon Drama Tower 13
  • Amnesty International Malaysia Anjur Kembara Ke Johor
  • Crotchets And Cloth Fashion Theatre
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Kalau Ada Kebakaran Di Kenya ,Jangan Panggil Petugas Pemadam Kebakaran. Kenapa? (Video)

    Posted: 22 Sep 2011 09:45 PM PDT


    Ketika terjadi musibah kebakaran di Kenya, jangan menghabiskan waktu untuk memanggil pemadam kebakaran. Kerana akan membuat masalah menjadi semakin besar.

    Dilaporkan oleh stesen televisyen NTV Kenya, sebuah kawasan tempat tinggal di daerah Kiambu mengalami kebakaran. Petugas pemadam kebakaran segera dipanggil. Dan tak lama kemudian, suara sirine kenderaan pemadam kebakaranpun terdengar.

    Dengan hadirnya petugas pemadam kebakaran dari Brigade Keystone Kiambu, masyarakat berharap api dapat segera dijinakan dan rumah itu dapat terselamatkan. Tetapi yang terjadi setelah itusebaliknya.

    Petugas yang datang dengan seragam lengkap itu ternyata tidak membawa air dalam kenderaannya. Dan lebih teruknya lagi, mereka tidak punya apa-apa untuk memadamkan dan mesin kenderaan mereka yang tiba-tiba terbakar. Pening..pening.-idbite.com



    sumber: Anorak

    Isteri rantai suami dan harap suami mati cepat di India,Ayoyo ama..kenape ni?

    Posted: 22 Sep 2011 08:40 PM PDT

    KALYANI DAS (kiri) merantai tangan suaminya pada tingkap sebuah kereta api semasa dia dalam perjalanan ke Kolkata dari kampung Mallickpur, India baru-baru ini.

    NEW DELHI - Seorang isteri, Kalyani Das bertindak untuk merantai tangan suaminya yang telah dikahwininya selama 50 tahun.

    Das yang berusia 60 tahun akan merantai tangan suaminya yang sakit mental itu, Pachugopal yang berumur 65 tahun.

    Menurut wanita itu, suaminya mengalami masalah sakit mental kerana masalah keluarga yang dihadapinya kira-kira tujuh tahun lalu.

    Kalyani bekerja di sebuah warung tepi jalan dengan memperoleh pendapatan AS$1.05 (RM3.31) sehari.

    Menurutnya, dia berharap suaminya akan meninggal dunia bagi membolehkan penderitaannya hidup bersamanya berakhir.

    Dia berkahwin semasa umurnya 10 tahun.

    Kalyani akan merantai tangan suaminya yang dibawa pergi ke tempat kerjanya bagi mengelak dia melarikan diri dan menderanya semasa dia sedang bekerja.

    Kaki Pachugopal juga dirantai di tepi sebuah bangunan semasa isterinya sedang bekerja.

    Dia merantai tangan suaminya pada tingkap semasa mereka menaiki sebuah kereta api dari kampung Mallickpur ke tempat kerjanya di Kolkata. - Reuters

    sumber : kosmo online

    Gila babi..lelaki ini selamba campak mesin basuh dari tingkat 8 apartmentnya

    Posted: 22 Sep 2011 07:45 PM PDT


    Seorang lelaki di Jerman mencampakkan mesin basuh dari tingkat 8 apartmentnya.

    Gunther Koenig, 48 tahun terlalu malas membawa turun mesin basuhnya yang sudah tua dari tingkat 8 apartmentnya ke tingkat bawah.

    Dia akhirnya mencampakkan mesin basuh itu dari apartment Freiburgnya.
    Mesin basuh itu hancur berkeping-keping dan juga membuat lubang retakan yang luas disekitar area tempat mesin basuh itu jatuh sehingga menyebabkan jalan disekitarnya ditutup untuk sementara waktu hingga pecahan-pecahan itu boleh dibersihkan.

    "Aku tak ada hal yang perlu diributkan tentang ini– aku sudah cek dan tak ada seorangpun dibawah sebelum aku menjatuhkannya," ujar Koenig.

    Kelakuan Gunther ini membuatnya berurusan dengan polis.

    sumber : metro.co.uk

    Rumah perlindungan setan diserbu

    Posted: 22 Sep 2011 06:45 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun dirantai, seorang warga emas berusia 68 tahun dibiarkan tidur dan tinggal bersama kira-kira 40 anjing, manakala sepasang suami isteri yang uzur dibiarkan berbaring atas katil dipenuhi najis.

    Lebih menyedihkan apabila bilik tidur tiga lagi warga emas sudah usang dengan atap dan dinding bocor menyebabkan mereka basah dan kesejukan ketika hujan manakala lapan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun berhimpit dalam bilik tidur seluas kira-kira enam meter persegi.

    Begitu kehidupan daif ditanggung empat warga emas berusia 50 hingga 70 tahun serta lapan kanak-kanak termasuk dua remaja yang berlindung di sebuah pusat kebajikan tidak berdaftar sejak tiga tahun lalu.

    Difahamkan, pusat kebajikan itu turut menyediakan khidmat asuhan kanak-kanak dan 36 orang dilaporkan dihantar waris ke pusat terbabit.



    Penderitaan warga emas dan kanak-kanak itu berakhir apabila seorang waris iaitu ibu seorang remaja yang dirantai melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), baru-baru ini.





    sumber : myMetro

    Astaga,Dua Buah Tanduk Tumbuh di Kepala Kanak-kanak Ini

    Posted: 22 Sep 2011 05:25 PM PDT




    LONDON - Rencana awal doktor ingin menghilangkan tanda lahir yang muncul di dahi seorang bayi ini. Namun nampaknya ada dua benjolan yang membentuk tanduk di bahagian kiri dan kana dahi kanak-kanak tersebut.George Asman (5), lahir sebagai bayi yang memiliki tanda lahir seperti cacat warna merah berukuran cukup besar pada kulit dahinya.
    Tidak mahu anaknya menanggung malu saat dewasa, saat berusia empat tahun George dibawa sang ibu ke hospital Great Ormond Street Hospital di London, Inggris. George pun menjalani operasi dengan tujuan menghilangkan tanda berwarna merah tersebut.


    Para doktor yang menangani operasi George menyisipkan dua jaringan sel ekspander di bawah kulit dahi. Namun kelamaan jaringan itu menggelembung dan meninggalkan benjolan mirip tanduk di kepala George.

    Empat bulan pasca-operasi, dua sel jaringan tersebut diangkat beserta tanduk itu sehingga memungkinkan jaringan kulit baru tumbuh di dahi George dan menghilangkan tanda lahir berwarna merah itu.

    "Saya terkejut ketika melihat dahi George makin lama menggelembung dan setelah empat bulan benar-benar seperti dua tanduk besar. Anak kecilku jadi nampak seperti iblis," ujarKaren (33), ibunda dGeorge, sebagaimana dilansir Dailymail, Khamis (22/9/2011).

    George sempat menjadi perhatian publik saat berada di tempat-tempat ramai. "Mereka melihat anak saya dengan tatapan aneh dan George tidak memiliki teman," imbuh Karen.

    Operasi kedua George berjalan lancar dan berhasil sempurna. George tampak lebih tampan. Dia kini sudah beraktiviti normal seperti anak seusianya.

    "Anak saya adalah lelaki yang hebat. Dia berhasil menjalani semuanya dengan berani," ujar Karen bangga.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Bagaimana perasaan anda jika dihidangkan sayur begini?Geli beb...

    Posted: 22 Sep 2011 11:30 AM PDT


    Kalau aku pasti termuntah ...geli beb...

    Kak jangan pakai macam tu nanti orang ingat akak tak pakai seluar

    Posted: 22 Sep 2011 10:45 AM PDT

    bahaya macam ni kak...

    Inilah pak cik yang betul-betul kurang ajar,cuba tengok apa dia buat

    Posted: 22 Sep 2011 09:47 AM PDT



    Gaya dia fokus macam ye ye aje...tapi sebaliknya dia fokus kat tempat
    menarik aje...pok cik oh pok cik

    Wow ..peti simpan mayat siap dengan alarm,akan berbunyi jika mayat itu bergerak

    Posted: 22 Sep 2011 08:45 AM PDT


    MALATUA - Dewan kota di Turki membuat sebuah tempat penyimpanan mayat yang dilengkapi dengan alarm, untuk berjaga-jaga jika nantinya mayat tersebut tiba-tiba hidup kembali.

    Pejabat berita Turki Anatolia melaporkan bahAwa ruang tempat penyimpanan mayat berbentuk peti sejuk tersebut sangat sensitif jika ada gerakan di dalamnya.

    Seorang petugas pemakaman mengatakan bahawa jika ada gerakan yang terjadi di tempat penyimpanan mayat itu meski kecil, automatik alarm akan berbunyi.

    "Meski pesakit dinyatakan telah meninggal dunia oleh doktor, kami tetap menjaga adanya kemungkinan pesakit tersebut hidup kembali," ujarnya seperti dilansir BBC, Khamis (22/9/2011).

    Sementara petugas lainnya, Akif Kayadurmus menambahkan bahawa pintu penyimpanan mayat tersebut dilengkapi dengan sistem spesial yang secara automatik akan membuka pintu jika ada gerakan.

    Rumah duka di Provinsi Malatua tersebut memiliki kapasiti untuk menampung mayat sebanyak 36 jenazah.

    Sumber :http://www.okezone.com

    Tertekan dengan keganasan rumah tangga yang dialaminya wanita ini tukar diri jadi vampire

    Posted: 22 Sep 2011 07:50 AM PDT


    FLORIDA – Seorang janda dengan empat orang anak dari Guadalajara, Mexico, memutuskan mengubah dirinya menjadi menyeramkan semenjak dirinya mendapatkan perlakuan kasar dari bekas suaminya.Semenjak menjadi mangsa kekerasan dalam rumah tangga (KDRT), Maria Hose Cristerna (35), mentato hampir keseluruhan bahagian tubuhnya, menanam tanduk dari titanium di tengkorak kepalanya serta mengoperasi giginya untuk dipasangkan taring.


    Dia mengungkapkan, tanduk yang ditanam di kepalanya menyimbolkan kekuatan dirinya. Bahkan saat tanduk dari titanium tersebut ditanam di tengkorak kepalanya, dia lalui tanpa obat bius.

    "Tanduk yang saya miliki ini menyimbolkan kekuatan dan ditanam tanpa anastetik (ubat bius). Saya pun memasang taring di gigi saya kerana saya mencintai susuk vampire sejak masih kecil. Saya pun mengganti warna mata saya agar mereka mengetahui bagaimana saya ingin menjadi vampire," ujar Maria, sebagaimana dilapor Dailymail, Khamis (22/9/2011).

    Keunikan Maria ini mendapat perhatian dari sebuah perusahaan hiburan dengan nama Ripley's Believe It Or Not!. Maria pun diundang ke pusat perusahaan tersebut di Florida, Amerika Syarikat, untuk diambil fotonya. Keunikan Maria ini akan diabadikan di muzium Ripley's Believe It Or Not!.

    Keinginan Maria untuk menjadi vampire yang hidup abadi pun demikian terwujud, kerana susuk Maria akan terus dapat menakutkan generasi masa mendatang kerana Ripley's akan mengabadikan susuk Maria dengan membuatkannya lima buah patung lilin. Tiga diantaranya akan ditaruh di Odditotiums di Veracruz, Mexico City dan kota kelahiran Maria, di Guadalajara.

    Maria tentu senang, namun membuat replika dirinya adalah sebuah pekerjaan tersulit bagi para pembuat patung Ripley's.

    "Maria adalah wanita paling aneh di dunia ini, atau setidaknya yang paling langka yang pernah saya temui," ujar Edward Meyer Wakil Presiden Ripley's.

    Maria kini memiliki penampilan yang sangat menyeramkan, namun dia berujar bahawa di dalam kehidupan sehari-hari dia jalankan normal sebagai seorang ibu dari empat orang anak.

    Wanita yang menikah di usia 17 tahun ini, kini berkerja sebagai seniman tato dan tindik. Padahal sebelumnya Maria adalah seseorang yang dididik menjadi seorang pengacara dan membesar di keluarga yang sangat pentingkan agama.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Pelik..Pembunuh ini Protes Kerana Mendapat Hukuman Ringan

    Posted: 22 Sep 2011 06:46 AM PDT


    Mungkin baru kali ini ada pembunuh yang mengatakan kalau hukuman yang diterimanya terlalu sedikit. Pelik!

    Adam Patrick Owens, lelaki 36 tahun dari Australia dinyatakan bersalah setelah membunuh ibu kandungnya sendiri (69 tahun) dengan menggunakan pisau dan dicucuk berulang kali ke tubuh sang ibu.

    Ketika dipengadilan, setelah mendengarkan hukuman yang diterimanya dari hakim Lucy McCallum, iaitu dirinya dipenjara selama 17 tahun, Adam pun memprotes dan berteriak kalau hukuman itu kurang lama.

    Dr Caleb Owens, saudara Adam merasa hukuman yang diterima saudaranya itu sudah cukup pantas dan lega kerana koment yang diberikan Adam selama pengadilan tidak diabaikan oleh hakim.

    Adam pernah mengatakan kalau dirinya boleh jadi akan mengulangi perbuatannya lagi, setelah selesai menjalani hukumannya itu.

    berita asal : dailytelegraph.com.au

    Lawak-lawak..buaya kena penjara

    Posted: 22 Sep 2011 05:35 AM PDT


    Biasanya seorang manusia penjahat yang dimasukkan ke dalam penjara. Namun di Sydney, seekor buaya yang berbahaya pun boleh juga dimasukkan penjara.

    Seperti diberitakan BBC, polis di utara Australia menangkap seekor buaya air masin yang panjangnya mencapai 2,4 m. Buaya tersebut dimasukkan dalam sel yang sudah tidak digunakan agar membahayakan keselamatan warga sekitarnya. Meski demikian, polis merawat buaya tersebut dengan baik agar dapat tetap hidup.

    Buaya tersebut ditangkap setelah sempat mengancam nyawa seorang nelayan di daerah tersebut. Meski demikian belum jelas sampai bila buaya tersebut menghuni penjara tersebut.

    Gempak selipar ni berbentuk keyboard

    Posted: 22 Sep 2011 04:30 AM PDT




    Nova, Anjing Betina Tertinggi di Dunia 5 kaki 11 inci

    Posted: 22 Sep 2011 03:40 AM PDT

    Dengan tinggi 5 kaki 11 inci (sekitar 1,5 meter), Anjing jenis Great Dane ini secara rasmi dinobatkan sebagai anjing betina tertinggi di dunia.

    Berat badannya lebih dari 70 kg, Anjing betina yang diberi nama Nova oleh pemiliknya Ann Suplee dari Addison, Illinois, baru-baru ini menerima gelaran sebagai anjing betina tertinggi di dunia oleh Guinness Book of Records.



    "Saya ingin Nova mendapatkan pengakuan ini, kerana dia anjing yang baik dan dia layak untuk itu." kata Ann yang mengaku sangat bangga dengan anjing peliharaannya ini.

    Kerana ukurannya yang besar, Ann bahkan mempunyai panggilan khusus untuk anjingnya ini yakni 'Super-Nova'.

    Sumber : dailymail

    Datuk 78 tahun baru masuk sekolah,takut pelajaran matematik

    Posted: 22 Sep 2011 02:48 AM PDT


    Seperti kebanyakan pelajar lain, datuk ini takut menghadapi pelajaran matematik. Lebih baik terlambat daripada tidak sama sekali. Mungkin itu yang ada dalam fikiran Apostol Stoyanov, 78 tahun.
    Datuk yang mengaku buta huruf ini akhirnya memutuskan untuk bersekolah, aktiviti yang belum pernah dia ikuti selama hidupnya.

    Tinggal sendiri di desa Popovtski Bulgaria, Stoyanov mengaku 'takut' belajar matematik.
    Dia juga tak dapat membaca kerana sejak kecil tak pernah mengalami dunia pendidikan di bangku sekolah.

    Stoyanov memulai hari pertamanya bersama 430 pelajar lainnya pada Khaamis minggu lalu waktu setempat. Dia menjelaskan, "Hari pertama saya lalui seperti l murid baru yang datang ke sekolah.

    Namun saya akan belajar tanpa mengikuti jadual belajar rakan-rakannya yang lain," ucapnya kepada pejabat berita BTA seperti dikutip yahoonews.

    Dia hanya akan masuk sekolah ketika mengikuti ujian, kuis dan menyerahkan pekerjaan rumah. Seperti pelajar pada umumnya, ketakutan akan pelajaran matematik membuatnya mencari kelas tambahan untuk mata pelajaran tersebut.

    Hakim perintah tutup mulut tertuduh dengan salotape kerana tak reti diam

    Posted: 22 Sep 2011 01:45 AM PDT


    Seorang hakim AS memerintahkan menutup mulut tertuduh dengan salotape.

    Hakim negeri Canton, Stephen Belden memerintahkan seorang polis untuk menampal salotape ke mulut tertuduh perampokan setelah frustrasi kerana gangguan-gangguan yang dilakukannya berulang-ulang.

    Harry Brown, 51 tahun, yang khabarnya mengeluhkan peguam yang disediakn untuknya itu kurang persiapan dan dia secara terus menerus mengganggu perjalanan pengadilan.

    Setelah memberikan peringatan beberapa kali namun tak dihiraukan, Hakim Belden memerintahkan untuk menutupi mulut Brown dengan salotape sebagai usaha terakhir.

    Ketika salotape itu dilepaskan beberapa saat kemudian, Brown mengeluhkan kalau tindakan tersebut tidak terhormat.

    Wanita ini kejar kekasihnya dengan pisau kerana menyangka pelakon filem porno yang mereka tonton bersama itu kekasihnya

    Posted: 22 Sep 2011 12:40 AM PDT


    Seorang wanita dari Amrik ditangkap setelah mengejar kekasihnya dengan pisau. Wanita itu mengira kekasihnya adalah pelakon filem porno.

    Bermula saat mereka berada di rumah Albuquerque sambil menonton filem porno bersama.
    Kemudian Amanda Moya (20 tahun) tiba-tiba mengatakan kalau kekasihnya adalah aktor yang ada di filem tersebut dan mengejar si mangsa menurut laporan KOB.com

    "Ia hampir menenggelamkan aku dan berbuat macam-macam lagi. Ia mengacukan pisau di bawah tenggorokkanku," lapor si mangsa kepada 911.

    Dengan memakai seluar pendek,lelaki itu lari ke jalan sambil menelefon 911 dengan menggunakan handphonenya.

    Menurutnya,kekasihnya itu sudah menusuk pisau di wajah dan juga mengigit dadanya.

    Seorang operator 911, menyuruh mangsa melarikan diri dan masuk ke sebuah took. Beruntung ia akhirnya bertemu dengan seorang anggota polis yang menerima panggilan kecemasannya.

    Petugas polis itu berhasil menangkap Amanda dan menuntutnya dengan 3 buah tuduhan sekaligus, yaitu penyerangan membabi buta, penyerangan terus menerus dan penyiksaan kepada anak kerana dia meninggalkan bayinya yang masih berusia 8 bulan sendirian saat mengejar kekasihnya itu.

    sumber : KOB.com

    Remaja 12 tahun terkejut ada pesanan untuk orang dewasa pada candy yang hendak dimakannya

    Posted: 21 Sep 2011 11:45 PM PDT


    Seorang anak gadis 12 tahun di AS terkejut saat menemukan sebuah pesan tak senonoh di sebuah candy Valentine's Day.

    Ciara Bush, dari California, hendak memakan candy berbentuk hati/cinta dengan sebuah pesan romantis yang tertulis di sana ketika dia mendapati pesan itu berbunyi : 'Nice t*ts'.

    "Kupikir pesan itu agak mengejutkan, aku sedang membacanya dan aku memperlihatkannya kepada ibuku setelah melihatnya," ujar Ciara.

    Setelah orang tua Ciara meng-email ke kilang pembuat candy itu untuk mengatakan kepada mereka apa yang telah terjadi, mereka meminta orang tua Ciara untuk mengirim kembali candy tersebut sehingga mereka boleh menyelidiki.

    "Aku ingin ini menjadi perhatian semua orang. Hati- hati dengan apa yang kamu dapatkan," ujar ayah Ciara, Derrick.

    sumber : kcra.com

    Inilah perompak yang suka merompak pada Hari Khamis

    Posted: 21 Sep 2011 10:40 PM PDT


    Seorang perampok bank dari New Jersey tertangkap setelah terbiasa merompak pada hari Khamis .

    Peter Bielecke dinyatakan bersalah pada bulan Jun atas sebuah perompakan yang dilakukannya.

    Tapi ternyata Peter tak hanya merompak di sebuah bank saja, tapi juga sekitar 5 bank pada bulan Januari, Februari, dan March dibeberapa kota termasuk dikampung halamannya Brick.

    Seperti yang diberitakan Metro.co.uk, Peter tak memberi alasan kenapa dirinya hanya mencuri pada hari Khamis saja, tapi pihak berkuasa mengatakan pola yang dilakukannya – merompak hari Khamis sahaja- membuatnya mudah untuk dijejaki

    Lelaki yang berusia 40 tahun itu ditahan pada 5 March ketika merompak di Old Bridge, New Jersey.

    Dan dirinya bakal dipenjara selama 5 tahun 10 bulan. Selain juga harus membayar denda hampir $12,000 bersamaan dengan hukuman yang diterimanya di pengadilan daerah di Trenton.

    sumber : Metro.co.uk

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS